Masih single & mencari cari-cari eh! I Tayang sikit baju raya tahun ini.
Alhamdulilah syukur kepada allah swt, kerana masih diberikan peluang untuk bernafas untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014, rasanya masih tidak terlewat walaupun sudah malam raya untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H buat semua sahabat bloggers dan pembaca blog sobriyaacob.com yang disayangi sama ada korang silent reader atau yang selalu memberi komen di blog ini. Ampun dan maaf aku pohonkan sekiranya terdapat sebarang post, entry, komen yang saya berikan mengguris hati korang #salamkosong-kosong. Diharapkan Syawal tahun ini membuka lembaran baru untuk kita semua dan marilah kita semua bermaaf-maafan sesama kita tidak kira muda atau tua, musuh atau sahabat kerana kita semua adalah sama kita adalah hamba kepada Allah swt. Semoga Hari Raya Aidilfitri ini disambut dengan keceriaan dan dipenuhi nikmat kesyukuran kepada Yang Maha Pencipta.
Salam Syawal & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 iklas daripada saya penulis blog sobriyaacob.com