Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Perak Trip - Program Kebudayaan & Kesenian Royal Belum


Assalamualaikum dan salam sejahtera reader!....

Pengembaraan kita di Royal Belum Rainforest diteruskan lagi tapi kali ini saya akan membawa korang semua meninjau ke Program kebudayaan dan kesenian Royal Belum yang berlangsung pada 23-24 jun 2014 bertempat di Model Perkampungan Orang Asli Sg Tiang. Ini adalah entry edisi khas dimana saya akan menceritakan serba sedikit perjalanan apa yang menarik berlaku sepanjang program ini berlangsung kepada korang semua.

Royal Belum Rainforest I 2014

Intro *sila baca seperti iklan kepelbagaian bio di Malaysia di TV* untuk ambik mood!

Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia antara salah satu daripada 12 negara yang kaya dengan kepelbagai bio  merangkumi lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung dan pelbagai lagi dan di Royal belum atau digelar sebagai permata hati perak kerana keindahan dan kepelbagaian spesis flora dan fauna yang masih dalam keadaan habitat asal masih belum terusik 

Program  kebudayaan dan kesenian royal dianjurkan bertujuan untuk mempromosi keindahan dan keunikan yang terdapat di Royal Belum serta menjadi sebagai salah satu ikon  perlancongan yang popular di negeri perak, khasnya di daerah Gerik sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 I Visit Malaysia Year 2014. 

Antara objektif program ini ialah mempertengahkan kesenian dan kebudayaan masyarakat orang asli yang menetap di sekitar kawasan Royal belum, dimana membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat melalui industri perlancongan seperti penjualan hasil kraftangan, hasil hutan dan penglibatan penduduk setempat dalam program yang dijalankan. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Negeri Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak dan NCIA.


Bertempat di Model Perkampungan Orang Asli Sg Tiang, Royal Belum Perak

 Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Negeri Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak dan NCIA.  Majlis ini dirasmikan olah YB Salbiah Binti Mohamad,  selaku Adun Temenggor.

Antara tetamu vvip yang turut hadir ialah En Mohamad Suhaimi Bin Samssudin (Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak) Puan Noor Asmah ( Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak) Tuan Haji Ibrahim (Pengarah Tourism Malaysia Perak) dan Puan Jariah daripada NCIA (Northern Corridor Implementation Authority)

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah diberikan penerangan dan diadakan demontrasi cara hidup seharian yang diamalkan oleh masyarakat orang asli seperti bagaimana cara untuk memburu menggunakan sumpit, teknik-teknik bagaimana cara untuk menangkap haiwan serta bagaimana cara memasak nasi menggunakan buluh kaedah masyarakat orang asli Jahai.


Tekun  YB Salbiah Binti Mohamad,  selaku Adun Temenggor mendengar penerangan yang diberikan

Diberikan penerangan serta demo bagaimana cara untuk menyumpit menggunakan buluh oleh ranjer daripada perbadanan taman negeri perak, kelihatan Tuan Haji Ibrahim bergaya macho di sebelah Adi Putra

Ini pula diajar bagaimana teknik memasak menggunakan buluh, teknik survival dalam hutan daripada suku kaum orang asli Jahai, sambil dibantu oleh Amaris.

ketika proses memasak, ada teknik yang tersendiri.. bak kata Chef Zam rasanya rasa nasi yang dihasilkan lazat dan  tak hangit

Inilah hasilnya nasi yang telah dimasak menggunakan buluh, rasa macam nak cuba buat le, macam menarik je..macam comel je :P

Abang Sado Adi Putra I Agak friendly orangnya

Eh lupa nak khaborkan kepada awok-awok semua,  Program Kebudayaan & Kesenian Royal Belum kali ini juga turut mengundang beberapa salebriti untuk meluangkan masa dan turut terlibat dalam program ini antaranya Adi Putra, Ayo OIM, Haliza Misbun, Tanuja & Twins, Cheff Zam dan Amaris.

"Apa gosip i yang mengatakan akan berlakon dengan adi putra? ish..ish itu gosip semata-mata  jangan percaya ok terutama di ruangan gosip di Wordless Wednesday 8 yang mengatakan i ada pengembaraan dengan Adi Putra.. wah u all ni suka fefeling artis gittuw.. mak jemah sungguh! *sambil tangan di dada, mata di atas*

Siapa lagi tinggi saya ke atau Anuja?

Bersama Tanuja Miss Malaysia 2009 dan Anuja, sekali imbas tengok memang boleh bezakan mana satu tanuja dan anuja, agak seiras rupa mereka. Dahlah cantik, tinggi, badan langsing patutlah menang Miss World Malaysia. Tanuja saya peminat setia awak since Mastercheff.



Di Malaysia terdapat banyak kaum orang asli antaranya Bateq, Temeir, Semai,semang, senoi dan suku kaum yang terdapat di daeerah Royal Belum adalah suku kaum Jahai dan saya dulu bersekolah di SMKSIS so far memang banyak juga orang asli bersekolah di situ jadi dari kecil sudah bergaul dengan dengan diorang jadi adalah cerita rahsia-rahsia alam yang sempat korek daripada diaorang. Bagi korang yang tertanya-tanya dan ingin tahu lebih lanjut mengenai orang asli Jahai bolehlah baca info di bawah -Sumber

Lokasi penempatan kumpulan etnik Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

Bersama dengan anak-anak kecil daripada suku kaum Jahai, tapi diorang ini agak pemalu sikit ya! kena pandai ambil hati baru adik-adik ni nak dekat dengan kita, so cute :P



Turut dimainkan demo alatan muzik menggunakan buluh antara alat muzik tradisional kaum Jahai, selalu yang kita lihat didalam tv tarian sewang dimana diringi dengan alat muzik, sedikit informasi yang boleh saya kongsikan mengenai tarian sewang -sumber

Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat Orang Asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan turut merangkumi unsur-unsur spititual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala, walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata. Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini biasanya diiringi paluan alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh.

wajah-wajah ceria, penyambung warisan generasi Orang Asli Jahai

Image may be NSFW.
Clik here to view.


Seperti biasa Fam Trips kali disertai oleh Para bloggers, wakil media, wakil travel agensi untuk merasai sendiri tarikan yang ada di negeri perak serta mempromosikanya kepada orang ramai

Macam mana menarik bukan? sebenarnya masih banyak lagi tarikan yang ada di sini nantikan kisah saya yang seterusnya mengenai Royal Belum Rainforest apa yang boleh saya gambarkan untuk entry berikut tempat yang penuh mistik mempunyai tarikan tersendiri terutama kepelbagaian bio flora dan faunanya serta ekosistem yang ada di sini, so nantikan entry seterusnya ya! 

Kepada korang semua yang rasa teruja nak datang ke sini selepas membaca cerita saya *ewah* (klik sini) untuk tahu bagaimana cara atau untuk berhubung dengan siapa untuk datang ke Royal Belum Rainforest. eh tak dilupakan  Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi mereka aka Tourism Malaysia Perak dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua:

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak



Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>