Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :P
Apa khabar semua, diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera... perhh!! * lap peluh dulu* lamanya rasanya tak berblogging sampaikan rasa kekok bila nak menaip * hopely mood kelincahan nak bercerita tu datang balik* Walaupun sob lama tak post apa-apa entry kat blog ni tapi still jadi silent reader untuk blog korang, wah sakan ye korang.. travel sana sini! reviewlah, buat advertisinglah.. masyuk!!dan nampaknya ramai juga yang sudah tukar domian blogsport ke nama sendiri.. tahniah! siap guna template yang mesra seo.. lebih up todate.. terbaik bro! semoga kita semua terus sukses dalam dunia blogging :P
Ok cukuplah mukadimah pembukaan untuk entry pertama di tahun 2015, untuk entry kali ini sob nak bawa korang semua melawat satu lagi tempat menarik yang ada di daerah Lenggong Perak yang dikenali sebagai Hutan Lipur lata kekabu! antara port yang best untuk bersantai-santai, mandi manda *sejuk gila air dia.. rasa sampai ke tulang* dan lepak-lepak di hujung minggu.

Bagi korang yang pertama kali dengar nama Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak di Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit. Lokasinya tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Kawasan rekreasi ini tidak jauh daripada pekan lenggong lebih kurang 9km, dan jangan risau ada banyak sagnboard tunjuk arah ke lokasi ini. Owh sebelum terlupa bagi korang semua yang pertama kali datang ke area sini dan tercari-cari tempat menarik yang ada disekitar daerah lenggong ni boleh rujuk entry terdahu sob senarai tempat menarik di Kuala Kangsar, Lenggong & Gerik.
Disediakan kemudahan tempat letak kereta yang luas
Selamat datang ke Hutan Lipur Lata Kekabu , Lenggong perak
Air kat sini memang sejuk.. sampai rasa kat tulang! memang terasa segar!

Sebelum itu, meh sob sharekan dengan korang semua sedikit info mengenai Hutan Lipur Lata Kekabu :
Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Air terjun yang cantik kira-kira 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir di kawasan ini. Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah pada hujung minggu. Kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah. -sumber-
Di sini memang banyak kemudahan asas disediakan untuk pengunjung seperti tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi bagi korang yang ingin tinggal lebih lama atau menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi atau pun riadah. Kalau nak berkhemah di sini lama mana pun tak payah risau sebab memang selesa dan semua kemudahan ada disediakan.
Ada juga disediakn pondok dan wakaf untuk berehat.
Ini pulak tapak perkhemahan, so bagi korang yang kaki camping, memang tak de masalah nak berkhemah di sini.
Kemudahan ini memang wajib ada, tandas awas!. tandas awan kat sini sob bagi 5 bintang oppo! bersih, selesa dan memuaskan hati..
Seronok owhh.. main air! jadi memang recommended korang datang ke sini!
Credit: www.eshamzhalim.com
Hutan Lipur Lata Kekabu ini adalah diselenggara oleh Jabatan Perhutanan Perak. Kebanyakan pokok di sini telah diletak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Lata Kekabu. Kawasan ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang untuk pengunjung dan bagi aktiviti perkhemahan dan bermalam pula, korang mesti minta kebenaran denganPejabat Hutan Daerah terlebih dahulu. Tiada bayaran masuk dikenakan. - sumber-
Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak,
33300 Grik, Perak
Tel. : 605-7912 384
Faks : 605-7913 797
Nota kaki: Btw kepada semua yang pm kat fb, tanya khabar kat blog.. actualy sob masih je tulis blog cuma kekangan waktu membataskan.. tambah-tambahan baru-baru ni lappy kena virus habis semua folder gambar tak boleh bukak.. stress!! macam mana nak update blog! kalau bahan tak ada, itu yang buat mood nak blogging down sikit :( tapi sob masih follow blog korang cuma tak tinggalkan jejak :P
Ok semua.. jumpa lagi untuk entry yang berikutnya.. insyallah.. :P