Assalamualaikum & salam sejahtera semua..
Apa khabar? hopely korang dalam keadaan ceria & sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan! Jadi apa berita terhangat di Malaysia buat masa sekarang selain daripada isu #menderma oh ya duit Malaysia sudah jatuh nilai 1 USD = RM 4.00, jadi buat kaki-kaki travel yang suka pergi ke oversea bertabahlah bro! senyum jelah #SyukurEkonomiMalaysiaMasihKukuh. Jadi marilah kita semua beramai-ramai bercuti-cuti di dalam Malaysia :P
Pulau Pinang memang sangat dikenali sebagai lokasi percutian yang menawarkan pelbagai tarikan bandar yang pesat membangun, syurga makanan buat pencinta makanan dan lokasi percutian yang menjanjikan keindahan alam semulajadi yang mengagumkan.Tak lengkap sekiranya sampai ke Penang tidak mengunjungi ke Taman Negera Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Secara Peribadi Penang National Park is my favorite location in Penang!
Taman Negara Pulau Pinang I Penang National Park
12) Taman Negara Pulau Pinang
Untuk hari 3 di Penag, sob dan dook merancang hendak ke area Teluk Bahang, perjalanan dari Bandar Georgetown ke Teluk Bahang lebih kurang selama 45 minit, antara lokasi yang menarik ada di sana ialah Toy Muzium, Taman Rempah Tropika, Taman Botani, escape & Pantai Batu Feringgi yang boleh korang kunjungi.
Sebelum ini sob adalah pernah sampai ke Teluk Bahang untuk menyiapkan final project, tapi tidak bersekempatan lagi untuk hiking di dalam Penang National Park sekadar jalan-jalan & lepak-lepak di tepi pantai ketika zaman belajar dahulu, jadi untuk trips kali ini ke penang sob memang merancang untuk hiking di dalam hutan ini, nak explore sendiri khazanah-khazanah flora dan fauna yang terdapat di dalam Taman negara & tujuaan utama kami ke sini adalah hendak melawat pusat konservation Penyu Pantai Kerachut, teringin giler nak tengok baby-baby penyu yang comel-comel yang ada di pusat konservation. Mula-mula sob sendiri tak percaya bila orang kata yang dekat penang ni ada tempat penyu datang bertelur! jadi korang kena datang sendiri.
Tidak silap sob di sini terdapat dua jalan, yang pertama menuju Teluk Duyung & Mukah head yang kedua pula ke arah Pantai Kerachut. Jarak dari pintu masuk hendak menuju ke Pantai Kerachu di situ terdapat Tasik Meromiktik & Pusat Konservasi Penyu anggaran sejauh 3405 meter. Tempoh masa untuk sampai adalah 1 jam 20 minit tapi bergantung kepada cuaca dan tahap stamina korang. Tempoh masa yang diambil oleh sob dan dook lebih kurang 1 jam 40 minit untuk sampai ke Pantai Kerachut.
Sebelum korang masuk ke Taman Negara Pulau Pinang, pastikan dahulu daftar nama kepada renjer hutan ini bertujuaan untuk rekod sekiranya ada emergency kes berlaku dan tiada bayaran dikenakan.
Keadaan jalan trecking disni dalam keadaan baik, disetengah laluan disediakan tangga untuk menurun bukit curam & jambatan untuk melintas anak sungai
Orkestra Hutan
Lebih kurang 20 minit perjalanan korang akan sampai satu kawasan yang dikenali sebagai orkestra Hutan. Yang best mengenai tempat ni korang akan dengar bunyi-bunyi unggas seperti katak, cengkerik, burung yang membentu satu bunyi alam yang sedap didengar! kalau sob rekod bunyi tu memang letak kat dalam blog, yang bestnya sepanjang jalan menuju ke pantai kerachut memang korang tak akan dengar bunyi-bunyian ungas sekuat di tempat ni, ini antara lokasi hot sport nak layan bunyi-bunyian alam. Jadi bila dah sampai kat sini please close your eye and enjoy the sounds of nature gittuw!
Bukit Belah
Perjalanan trekking seterusnya, korang akan menjumpai satu tempat yang dikenali sebagai Bukit Belah, kenapa tempat digelar sebagai Bukit Belah, ceritanya begini ye adik-adik pada zaman dahulu terdapat bukit setinggi 5 meter 'dibelah' menggunakan cangkul oleh 7 orang lelaki penduduk temppatan dalam tempoh masa 10 hari saja. sebagai laluan jalan untuk kerbau menarik kayu yang ditebang untuk dibawa ke bawah. Jadi apa kesimpulan cerita iniorang dahulu memang gagah perkasa kalau tak mana mungkin anak sampai 10 orang dong, minum tongkat ali kah? :P
Sedikit informasi yang agak menarik sob nak share mengenai Taman Negara Pulau Pinang
- Merupakan taman negara paling kecil di negara ini dengan keluasan seluas 2,562 hektar. Ia diwartakan pada tahun 2003 dan merupakan rumah bagi 46 spesis burung seperti burung raja udang, uwak-uwak dan bangau.
- Taman Negara Pulau Pinang terletak dipinggir Timur Laut Pulau Pinang dengan berdepankan Selat Melaka. Sekiranya dari Kuala Lumpur ianya sejauh lebihkurang 400km dan hanya 30km (45 minit) dari Bandar Goergetown. Pulau Pinang.
- Taman Negara ini bersempadankan dengan kawasan metropolitan dengan keluasan 1,213 hektar meliputi hutan pantai dan bukit malahan kaya dengan flora dan fauna. Hutan ini dahulunya diperlindungi dengan nama Hutan Simpan Pantai Acheh dan dibezakan dengan 5 habitat yang berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan di tempat lain seperti tasik meromiktik, tanah lembap, pelantar lumpur, batu karang dan pantai penyu bertelur.
- Terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara.
- Ekspedisi pada tahun 2000 yang dikendalikan oleh Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia merekodkan terdapat sebanyak 417 spesis flora manakala 143 spesis fauna. Sebelum kawasan ini dijadikan taman negara, penduduk tempatan mengenalinya sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh.
- Pantai Kerachut juga merupakan tempat bertelur bagi penyu hijau dari bulan April hingga Ogos, dan penyu karah pula dari bulan September hingga Februari.
Rehat sebentar melepaskan lelah, yang best jalan tracking dekat sini dalam keadaan baik, so kalau korang pakai selipar jamban pun boleh bro! Digalakkan pakai kasut bersarung yang sesuai untuk mengurangkan rasa beban ketika berjalan.
Explorasi Keunikan Taman Negara pulau Pinang
Sebelum ini sob pernah masuk ke Hutan Belum yang terletak di Gerik, Perak( boleh rujuk entry di sini )terdapat perbezaan antaranya permukaan Hutan, suhu di dalam hutan dan flora dan fauna yang tumbuh. Disebabkan lokasi Taman Negara Pulau Pinang Di tepi laut jadi memberi satu panorama hutan yang berbeza daripada hutan-hutan yang sob penah masuk dahulu, awoseme experience.. dapat merasai pengalaman yang baru
Akhirnya 1 jam 40 minit perjanan kami, akhirnya sampai juga ke Pantai Kerachuk, sampai sahaja ke pantai ini korang akan nampak Tasik Meromiktik, antara tarikan utama ada di sini kerana di Malaysia di Taman negara ini sahaja terdapat Tasik Meromiktrik.
Apa itu Tasik Meromiktik ?
Meromiktik adalah bermaksud fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terbentuk di tepi pantai akibat tindakan angin dan ombak. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang masuk ke dalam tasik (dibawa oleh ombak dan angin) hingga membentuk lagun bermusim.Kiranya lepas terbentuknya beting pasir di tepi pantai tadi, air laut yang masuk ke tasik tadi dah tak boleh keluar ke laut balik. Air laut dan air tasik mempunyai suhu dan ketumpatan berbeza. Air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas. Dalam tasik ni ada 2 jenis air dan dua air tu tak bercampur antara satu sama lain. Kalau kita dalam tasik tu kita akan dapat rasa di bahagian bawah panas dan bahagian atas sejuk.
Tasik Meromiktik
Inilah rupa Tasik Meromiktik, waktu kami datang tasik ini agak cetek boleh nampak daratan kat tengah-tengah tasik Penomena Tasik Meromiktik ni berlaku cuma pada peralihan musim monsum Timur Laut pada November - Mac dan angin monsun Barat Daya pada Mei - September.
Yang best kat Pantai Kerachuk ni, Pantai bersih dan pasir putih mata memandang, memang best nak lepak-lepak sambil kena angin laut, view pun sempoi.
Pantai Kerachuk antara pantai-pantai yang masih terjaga elok, bersih dan bebas daripada pencemaran! tapi kenapa bila sebut tempat ni sob ingat lokasi pesta bogel ya? nasib baik masa sob masuk tak jumpa mana-mana group tengah buat pesta bogel :P
Lepas puas lepak-lepak di Pantai kerachuk, hilangkan lelah penat hiking jom kita tengok kemudahan-kemudahan yang ada di sini.So far kemudahan seperti pusat kawalan, tandas, tempat solat, disediakan tempat berkhemah dan pondok untuk melakukan aktiviti riadah! Semuanya dalam keadaan baik.
yang best mengenai Pantai Kerahcuk ini memang tak jumpa langsung sampah dibuang merata-rata! good job kalian semua!
Pusat Konservasi dan penerangan Penyu Pantai Kerachut
Pusat ini terletak di Pantai Kerachut, berhampiran Jeti. Tujuan Pusat ini ditubuhkan untuk sebagai satu fungsi pusat ini juga adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan penyu dengan pelbagai aktiviti yang boleh dirangka seperti program sukarelawan penyu, penyelidikan dan kajian serta yang paling menarik aktiviti penetasan dan pelepasan anak penyu. Jadi sekiranya anda datang pada waktu dan musim yang betul korang boleh lihat sendiri penyu bertelur di sekitar pantai. menarik bukan!
Banyak informasi mengenai habitat penyu boleh korang baca, dari cara penyu mengawan, bertelur, menetas, sehinggalah penyu datang balik ke tempat habitat asal untuk bertelur kembali. Ini antara fakta yang menarik mengenai penyu yang sob ingat untuk mendapat telur penyu yang betul-betul berkualiti penyu betina perlu mengawan dengan empat penyu jantan yaang berbeza untuk menghasilkan telur yang paling berkualiti! menarik bukan. Bukan semua penyu yang dilepaskan di laut akan hidup nisbah 1000 anak penyu yang dilepaskan mungkin hanya 2, 3 yang mampu bertahan hidup sampai dewasa
Inilah anak-anak penyu yang ada di Pusat Konservasi, comel-comel bukan ? memang sangat berbaloi untuk hiking semata-mata untuk melihat anak penyu, satu perasaan yang sangat mengujakan bila dapat lihat dan pegang nak anak penyu secara live! Tapi kalau dapat tengok penyu bertelur depan mata secara live rasanya mau terlompat-lompat excited.
Mengikut rekod daripada 15 hingga 20 ekor penyu agar mendarat di negeri ini ketika musim mengawan dan yang membanggakan hanya tiga hingga empat ekor merupakan ibu penyu lama iaitu yang pernah mendarat sebelum ini, purata penyu bertelur 100 -120 biji. Jadi sekiranya korang melakukan aktiviti camping di pantai ini amatlah tidak digalakkan untuk berjalan merata-rata atau membuat bising kerana ini akan menganggu penyu-penyu ini untuk bertelur.
Entry mengenai Taman Negara Pulau Pinang, masih ada sambungan part 2, untuk entry berikutnya sob akan share pengalaman sob di Monkey Beach apa yang menarik ada di pantai itu yang boleh korang buat. Owh ya bagi korang yang terlepas entry terdahulu penang escape Part 1 & 2 boleh klik( link ini ) Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk datang ke sini boleh guna cara di bawah.
Panduan Perjalanan ke Taman Negara Pulau Pinang
Terdapat dua pintu masuk ke taman ini, satu di Kuala Sungai Pinang dengan menaiki bot atau satu lagi di Teluk Bahang, yang mudah dituju dengan menaiki kereta. Tidak sampai 45 minit perjalanan menaiki kereta untuk ke Taman Negara Pulau Pinang dari ibu negeri, George Town. Perjalanan ke sini melewati persekitaran bandar dan kampung di sepanjang jalan pesisir pantai bandar Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Pintu masuk pertama ke taman ini berada di Teluk Bahang, atau anda boleh menaiki bot dari Kampung Kuala Sungai Pinang. Denai melalui taman dibuat dengan baik dengan papan tanda yang memudahkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi
Department of Wildlife and National Parks Penang
Telefon: +604-881 3530/881 2016/261 3039