Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Ekspedisi Menawan Gunung Baling, Kedah

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera

Apa khabar semua? diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera, entry kali ini nak berkongsi mengenai pengembaraan Sob bersama-sama Geng Hiking Sampai Jadi #GHSJ dalam misi menawan Gunung Baling. Untuk misi kali ini memerlukan kami untuk mendaki ketingian 420M untuk sampai ke puncak Gunung Baling. Untuk pengetahuan korang Gunung Baling ni termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur dimana di puncak gunung akan menjumpai batu-batu kapur dan juga batu kristal.

Ekspedisi Menawan Gunung Baling

Pengembaraan Team HSJ bermula dari Gerik, di mana bertolak daripada pekan gerik menuju ke Pekan Baling, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 Jam dan berkumpul di Perkampungan yang terletak di bawah kaki gunung untuk berjumpa Our Tour Guide bersiap-siap untuk mendaki Gunung. Owh sebelum itu kebanyakkan anggota jemaah #Team HSJ yang joint Trips Hiking Sampai Jadi merupakan pengalaman pertama kali hiking gunung, so banyak perkara-pekara menarik yang terjadi sepanjang trips ini yang membuat kami semua akan repeat lagi sekali mendaki Gunung Baling.

Pemandangan Gunung Baling di waktu pagi.

#Team HGSJ Amalina, Anis, Jamilah, k. June, Khairul @ Boris, 
Addy, Adli & our Guide Nazhif!

Gunung Baling, walaupun nama dia Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung, ketingian boleh dikira sebagai tahap ketinggiaan bukit, apa yang menarik mengenai gunung baling ini ialah kepelbagian geogologi dan lanskap hutan yang boleh korang jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak. 

Check point untuk naik ke Gunung Baling, di belakang rumah-rumah orang kampung dimana di awal pendakian akan melalui lorong-lorong rumah, seterusnya akan menjumpai dusun buah dan disitu akan menjumpai trek untuk ke puncak dimana trek di ikat dengan tali merah dan diletakkan botol.. Tahap kesukaran untuk menjadi gunung baling untuk yang pakar mungkin agak mudah pejam mata pun boleh sampai, tapi untuk beginner perhh.. boleh tahan juga trek gunung baling memang menguji kesabaran diri, mental dan segalanya sekiranya kurang focus dan tidak berazam untuk sampai ke puncak memang tewas di tengah jalan!

Perhentian rehat pertama kami di Gua Kambing, kenapa gua ini dipanggil sebagai gua kambing? sebab terdapat satu struktur batu yang menyerupai kambing.

Walaupun ramai yang cakap ketinggian gunung baling standard aras ketinggian bukit dimana masa pendakian yang untuk naik dan turun dalam masa 3 jam, tapi kecerunan dan trek yang terpaksa dilalui agak mencabar, curam, agak berbatu dan licin sekiranya selepas hujan sangat menguji fizikil dan mental korang, senang cakap walaupun kitinggian gunung ini aras rendah tapi memang sangat layan trek kat sini! ada kejutan tersendiri.


Ekspedisi pendakian yang di diklasfikasikan  sebagai  ekspedisi santai-santai oleh Team HSJ.. santai-santai ke? bukan main teruk lagi hampa push diri nak sampai ke puncak, alhamdulilah sampai jugak kat atas.. sangat berbaloi bukan dengan pengalaman dan pemandangan yang ditawarkan

Checkpoint tempat rehat pertama Gua Kambing, rehat sebentar untuk reduce kembali energy.

Laluan trek yang agak curam, memang akar-akar kayu sebagai tempat untuk berpaut 

Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.




Acara wajib setiap kali berehat, bergambar, berselfie & membahan salah satu cara nak hilangkan perasaan nak give up yang menari-nari dalam minda, mostly yang joint trips ini beginner untuk hiking gunung so rasa sangat bertuah kerana semua team memainkan peranan masing sentiasa memberi kata-kata peransang dan sokongan  kepada satu sama-lain supaya team rasa tak mengalah. Sebenarnya cara paling senang nak kata-kata peransang dengan membahan! tak percaya ? cuba buat ya :P

eh tunjuk apa tu? nampak tak semangat untuk menawan gunung baling terpancar di muka masing-masing

Sekarang kami berasa di laluan yang ke 3, laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan pokok buluh. Suasana di sini memang cantik, sejuk so kalau sampai disini memang port wajib untuk bergambar! Dekat sini korang akan melalui celah-celah batu yang agak tajam di lereng-lereng bukit jadi memang amat digalakkan untuk memakai sarung tangan untuk keselamatan jari daripada terluka. 



Antara cabaran untuk terpakasa ditempuhi untuk sampai ke puncak adalah melalui 'batu celah' sebab ada lubang kecik dan korang terpaksa menyelit di bawah celah-celah batu. kerjasama daripada setiap anggota kumpulan sangat penting untuk menggelakkan kemalangan yang tidak dijangka. Safety first

Setelah 2 Jam mendaki akhirnya sampai juga kami ke puncak Gunung Baling.. alhamdulilah


Pemandangan di atas gunung baling turut dikenali sebagai Rock Garden dekat sini korang akan melihat pelbagai bentuk batu dikelilingi pokok-pokok renek dan serai, satu pemandangan landskap yang cukup berbaloi untuk dilihat bila sampai di atas puncak.

Tips daripada sob pastikan korang memakai baju lengan panjang sebab dekat sini memang banyak nyamuk sembur insert repplent pun still nyamuk hinggap memang ketegak nyamuk-nyamuk kat sini. selain di atas ini banyak batu-batu besar yang tajam,  pokok serai untuk mengelakkan luka badan korang terkena batu dan daun serai,

seperti biasalah you all dah sampai ke atas puncak aktiviti wajib kena buat ialah welfie & selfie di  atas gunung baling sambing menikmati pemandangan indah gunung dilitupi oleh kabus.. syukur


saya sudah sampai ke sini? anda bila lagi ! memang gayat owhh.. bila tengok kat bawah.

It very valuable experince a lot of fun in the process of bonding with nature, very unforgettable Hiking activities experience! It all about Teamwork.. Advanture.. Nature

Thanks kepada our guide Nazsif yang sentiasa menjaga keselamatan kami dengan efisen good job bro! kepada Addy & Adli walaupun agak malu-malu kucing first time jumpa terima kasih kerana sudi menjaga dan memberi kata-kata semangat kepada akak-akak korang ya!sepanjang pendakian ini. kepada K June, Anis, Amalina & Jamilah you girls Rocks the world! Boris do are great job bro..give fully support untuk trips kali ini kata-kata semangat kau membuat ramai yang bersemangat untuk sampai ke Puncak, Hope ini adalah permulaan untuk Geng HSJ untuk trips dan advanture yang mendatang!...

Segala penat lelah mengharungi pelbagai cabaran dan ragam melalui laluan berbatu yang mencabar. panjat tebing batu tinggi dengan tali, lalui celah-celah lubang batu yang sempit, kerabat akar-akar kayu akhirnya sampai juga Team Hiking Sampai Jadi ke atas, memang sangat berbaloi dapat melihat memandangan yang memukau!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>