Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Menyingkap Sejarah Dan Keunikan Senibina Kellie's Castle

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apa khabar buat semua pembaca blog Sobri Yaacob, diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera. Terlebih dahulu Sob ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang lepas serta mendapat barakah di bulan yang mulia ini.

Memandangkan tahun hadapan Tahun Melawat Perak 2017 / Visit Perak 2017, untuk entry kali ini sob ingin berkongsi dengan korang semua salah satu tarikan pelancongan yang cukup menarik yang terdapat di Batu Gajah, Perak iaitu Kellie’s Castle turut dikenali sebagai Istana Kellie's, sebuah istana yang dibina dengan penuh perasaan cinta seorang suami kepada isteri serta anak-anaknya dimana mempunyai nilai-nilai sejarah dan  keunikan dalam prosses pembinaan istana.

Menyingkap Sejarah Dan  Keunikan Senibina kellie's Castle


Kellie's Castle atau turut dikenali Rumah Kellas sememangnya istana yang penuh dengan nilai sejarah dan pelbagai misteri yang menghantui kawasan ini, lokasi istana indah ini yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, hanya 20 perjalanan daripada bandara Ipoh. Keller's Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai, tapi bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu dan mempunyai misterinya yang tersendiri.




Pemandangan Kellie's Castle dari luar

Proses pembinaan Istana Kellie's, sebenarnya mempunyai kisah sejarah yang tersendiri yang cukup menarik untuk dibaca, untuk info yang menyeluruh mengenai sejarah Kellie's Castle bermula daripada kisah hidup William Kellie Smith, bagaimana istana ini dibina, kenapa istana ini lambat disiapkan serta kisah-kisah misteri yang terdapat di kellie's castlle dimana korang boleh pergi sendiri melawat ke Istana Kellie's kerana di sini banyak info-info yang boleh dibaca atau boleh rujuk ke blogharithsidek.blogspot dimana banyak dikongsikan info-info dan maklumat yang cukup menarik untuk dibaca mengenai  sejarah Istana kellies's

Jom masuk ke dalam istana! 

Disini sob kongsikan sejarah ringkas mengenai  Kellie's Castle

Istana Kellie dibina sebagai rumah kedua bagi pengusaha ladang dari Scotland bernama William Kellie Smith pada abad ke-20. Tinggal jauh dari kampung halaman, Kellie berhasrat membina kediaman baru yang dapat mengembalikan kenangan di rumahnya yang jauh di Scotland. Mahligai ini terletak di bahagian atas bukit yang pada asalnya adalah sebuah estet getah. William Kellie Smith adalah seorang lelaki yang menarik dan sangat terkenal di kalangan pekerjanya dari India Selatan. Seorang yang baik hati, beliau mendirikan sebuah kuil Hindu untuk pekerjanya di perkarangan kawasan mahligai tersebut. Sebagai tanda penghargaan, pekerja-pekerja beliau mendirikan sebuah patung Kellie lengkap dengan sut putih dan topi. Pembinaan mahligai yang unik ini bermula pada tahun 1915. Walau bagaimana pun, ia terhenti secara mendadak dengan kematian mengejut Kellie pada tahun 1926.


Korridor di tingkat 2. Disini juga lokasi bilik utama serta bilik anak-anak william dan Agnes, dikatakan disini juga kelibat atau roh-roh  penghuni istana ini kelihatan! 


Bersebelahan Istana Kellie's ialah Rumah Kellas yang merupakan rumah pertama Tuan William dimana ditempatkan penempatan orang gaji, pekerja dan klinik. Yang menariknya mengenai Binaan Istana Kellie's di sini terdapat 4 terowong rahsia yang dibina bagi tujuan keselamatan ketika waktu darurat, Terdapat 1 ruangan shaf lif di Kellie’s Castle, di mana sekiranya istana ini dibina sepenuhnya mungkin akan menjadi lif yang pertama di Malaya pada ketika itu. Di tingkat atas, di kawasan bumbung bersimen yang agak luas akan didirikan gelanggang tenis mengikut perancangan Tuan William.

 Istana  Kellie's yang dibina di kawasan estet getah


Contoh senibina yang dibina, difahamkan semasa proses pembinaan istana ini tidak menggunakan sebarang paku dan jentera berat.



Menariknya mengenai proses pembinaan istana ini dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india, istana ini sememangnya unik

Di dalam salah satu bilik di dalam istana, sudut penerangan  mengenai Kellie's Castle.

Gambar di atas menunjukan  Tuan William, isterinya bersama kawan-kawanya sedang menikmati minum petang - so korang boleh feeling-feelinglah bagaimana suasana pada masa zaman kegemilangan Tuan William


Salah satu ruangan di dalam istana yang dihiasi lengkap dengan susunan perabut dan deco seakan berada pada zaman itu tapi ruangan ni tidak dibenarkan masuk, jadi hanya boleh dilihat daripada luar. Mungkin ini contoh bentuk dalaman istana Kellie's sekiranya berjaya disiapkan.



Maklumat mengenai Kompleks Kellie's Castle

Kompleks Kellie’s Castle menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti surau, tandas, sudut cenderahati, teater mini dan juga kafetaria bagi pengunjung yang datang yang sangat selesa dan kemas .Disediakan tempat parking kereta yang luas dan selesa dikenakan bayaran sebanyak Rm2.00 dan tiket masuk ke dalam istana bagi dewasa sebanyak Rm5.00 dan kanak-kanak Rm3,00 bagi warganegara Malaysia.

Tersergam indah sebuah istana lama yang mistik penuh dengan kisah misteri suka dan duka, tapi pada masa sekarang lokasi ini antara destinasi perlancongan di perak yang menarik dilawati, sekiranya korang inginkan susana yang lebih menyeramkan dan mistik pastikan kunjungan korang ke sini pada waktu malam pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza! Kellie Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu tapi bergantunglah kepada persepsi masing-masing bagi sob Kellie’s Castle sebuah istana yang dibina dengan penuh perasaan cinta Tuan Wiliiam kepada isterinya Agnes dan anak-anaknya dan mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>