Assalamualaikum dan salam Sejahtera,
Dikelilingi oleh alam semula jadi sentiasa menjadi destinasi pilihan utama Sob untuk bercuti dan berehat, bayangkan dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest pasti tidak akan menyesal. Cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah dan ini antara satu destinasi perlancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak
Sob tahu sebenarnya tersangatlah banyak tempat untuk bercuti yang sangat menarik untuk diterokai di sekitar Negeri Perak tapi untuk entry kali ini sob ingin lebih focus mengenai destinasi percutian yang kian menjadi bualan para pelancong iaitu di Hutan Simpan Belum yang terletak di daerah Gerik Perak.
Bagi yang tertanya-tanya apa aktiviti yang korang boleh lalukan sekiranya berkunjung ke Royal Belum Forest antara aktiviti menarik yang korang boleh lakukan antaranya Tour Island, melawat kampung orang asli, mencari bunga reffelesia, Salt licks ( Sira Gajah ), tracking di hutan,menjejaki air terjun dan pelbagai lagi. Di bawah sob kongsikan gambar-gambar percutian dan aktiviti yang sob lakukan semasa berkunjung ke Royal Belum Forest
Berkayak Di Tasik Banding, Perak
Mandi Manda di Tasik, best owhh...
Mencuba aktiviti lasak dan advanture di Belum Advanture Camp

Pemandangan Di dalam salah satu lokasi menarik di Hutan Belum, iaitu di Sungai Kool
Antara pokok-pokok Besar yang boleh ditemui.
Tiruk di Waterfall aktiviti wajib sekiranya berkunjung di Air Terjun Sungai Enam
Keindahan Hutan Belum yang masih belum terusik dimana menjadi tempat tinggal flora dan fauna.
Jungle tracking di dalam Hutan Belum antara aktiviti yang cukup menarik , sambil disajikan dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan.
Di salah satu perkampungan Orang Asli di Hutan Belum
Ronda-ronda melawat pulau-pulau yang terdapat di sekitar tasik, pengalaman yang cukup menarik!
Sob akan kongsikan kepada korang semua bagaimana cara untuk ke sana :
Bagaimana cara hendak sampai ke Royal Belum Forest
1- Memandu sendiri menggunakan kereta:
Melalui Lebuh Raya Utara Selatan Plust melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1 jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke kelantan sehingga sampai ke pulau bandingperjalanan dianggarkan dalam 1 jam, banyak sigboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan barang keperluan dicadangkan beli d Gerik dan pastikan isi minyak penuh di stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian.
2- Menaiki kenderaan awam bas atau teksi:
Menaiki bas akan turun di stesen bas gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263) dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi tambang.
Cara-cara untuk memasuki ke Hutan Royal Belum boleh didapati daripada Perbadanan Taman Negeri Perak untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya:
Tempat Penginapan Terdapat di Tasik Banding
-Royal Belum Rainforest Resort
-Banding Lake Site
-Chalet Mat Shah
Royal Belum Rainforest Resort
Jangan ingat di tengah-tengah kawasan hutan ini tidak ada kemudahan hotel, chalet atau resort di sini banyak ditawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan untuk menginap semuanya bergantung kepada bajet, pakej dan suasana percutian yang korang inginkan Untuk memudahkan urusan tempahan Hotel dan Resort korang boleh tempah melaluiHotelsCombined untuk banding dan cari harga hotel dari semua laman web popular dimana korang boleh dapatkan hotel yang terbaik dengan harga yang terendah.