Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Explorasi Mendaki 3 Puncak - Gunung Stong, Gunung Ayam Dan Gunung Baha

$
0
0
Mendaki di 3 Puncak Gunung Stong, Baha & Ayam antara salah satu pengalaman pendakian yang sob tak mungkin lupakan daripada keindahan Air Terjun Jelawang yang cukup terkenal buat para penggemar waterfall dimana ia merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara sehingga di saat menunggu sunrise di awal pagi di Kem Baha dimana dihidangkan dengan pemandangan himpunan lautan awan kapet sehingga membentuk negeri di atas awan, sambil melihat terbitnya pancaran cahaya matahari kemasan di sebalik awan subhanallah cukup mengagumkan seolah-olah berada di kayangan satu kenangan indah yang cukup sukar dilupakan!

Explorasi Mendaki Gunung Stong, Gunung Ayam dan Gunung Baha

Trips Mendaki 3 Puncak berlangsung seminggu selepas kita Menyambut Hari Raya Aldilfitri, jadi perasaan teruja antara ingin mendaki dan suasana berhari raya masih berselang- seli. Trips menjaki 3 Puncak Stong, Baha dan Ayam telah dianjurkan oleh Infamous Hikers - Gogo Rusy yang berlangsung selama 3hari 2malam dan melibatkan lebih 20 orang lineup, cukup meriah dengan pelbagai ragam dan karenah di sepanjang trips ini berlangsung :P

Jumaat 

Sob dan Amalina bertolak pukul 01.00 malam daripada Tasik Banding menuju ke Pekan Dabong, dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan yang gelap dan senyap sunyi dimana sekali sekali hanya bertembung dengan lori-lori besar yang melalui jalan tersebut menuju ke Grik  dan kami berhenti sebentar dipertengahan perjalanan untuk mengambil lagi 3 line up, iaitu Mat, yeh dan kak yong geng-geng daripada utara, seperti yang telah dirancang untuk bergerak sekali dan seterusnya menunggu kesemua lineup berkumpul di lokasi yang ditetapkan, setibanya kami di sana Local Guide telah menunggu untuk melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum mendaki ke Kem Baha untuk bercamping, kami bersarapan dahulu di gerai berhampiran dan seterusnya bertolak ke lokasi berikutnya untuk explore 3 gua iaitu Gua Keris, Gua Tali dan Gua Gelap yang terletak lebih kurang 7 km daripada Pekan Dabong

Memulakan Explorasi 3 Gua lead by Kak Ana eh! aka Acik Kantin Gunung :P

Lebih kurang pukul 09.00 pagi kami memulakan aktiviti, selepas diberi taklimat ringkas mengenai gua dan safety oleh Abang Odie, guide yang mengiringi kami sepanjang pendakian ini berlangsung. Pengalaman terpaksa merangkak untuk masuk ke laluan lubang yang kecil untuk ke sebelah yang berselut, bergelonsor, berjalan di jalan  yang sempit dan gelap sememangnya memberikan perasaan aderenali outdoor yang cukup merujakan, sumpah sentiasa ada rasa keinginan nak repeat lagi bila dikenang! Dengan keadaan landsap gua yang masih terjaga cukup indah dengan pelbagai rupa dan bentuk susunan batu stalaktit serta stalagmit memang menyasikkan antaranya di Gua Keris, hampa akan melihat  kawanan kelawar dan menjumpai satu farmasi batu yang berbentuk seperti keris cukup menarik.


Di dalam Gua Gelap

Lebih kurang pukul 12.00 aktiviti santai Explorasi Gua berakhir dan seterusnya cabaran sebenar menanti kami, memulakan perjalanan menuju ke Hutan Simpan Gunung Stong setelah siap dibahagikan ration yang perlu dibawa oleh setiap team kami mula bersiap-siap untuk memulakan pendakian menuju ke Kem Baha, dimana tapak kemsite ini terletak di atas air terjun jelawang untuk bermalam sebelum meneruskan pendakian pada kesokanya untuk tapau terus 3 puncak iaitu Puncak Stong, Baha & Ayam.

Air Terjun Jelawang air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara ,berketinggian 303 meter atau anggaran ketinggian bagunan 30 tingkat jadi bayangkanlah! 

Daripada starting Point menuju ke Kem Baha dianggarkan lebih kurang 1 jam 30 minit secara santai-santai, dimana permulaan pendakia melalui kawasan kebun getah seterusnya menjumpai beberapa kawasan pondok dan di pertengahan jalan kami melintasi sungai menyusuri batu-batuan besar untuk menuju ke air terjun seterusnya dimana jalan berlatar belakangkan air terjun Jelawang untuk menuju ke trek ke seberang yang bestnya semasa kita melintas di bawah air terjun terasa titihan air terjun terkena muka hasil dariapada tiupan angin cukup menyegarkan. Daripada sini hendak menuju ke Kem Baha sudah tidak jauh tapi cabaranya pula sudah mula melalui trek yang agak mencabar dan sedikit mencanak dimana mental dan semangat teamwork sudah mula memainkan peranan untuk support each other supaya jangan mudah give up di pertengahan jalan.

The Boys at Kemsite Kem Baha *dengan gaya Hipster sangat !*

Lebih kurang pukul 3.00 petang, kebanyak team sudah sampai ke tapak kemsite seterusnya terus bersiap-siap mendirikan khemah memandangkan cuaca ketika itu agak mendung dan di khuatiri hujan  lebat akan turun dan seterusnya mula memasak bergotong royong, lebih kurang sejam selepas itu aktiviti rescue telah dimulakan untuk mencari saki baki teamyang agak  pewai  yang masih belum sampai ke puncak, alhamdulilah semuanya selamat sampai ke kemsite dengan selamat.


Sebenarnya sob agak terkejut dengan keluasan camsite di Kem Baha yang agak luas yang boleh memuatkan lebih 150 orang pada satu-satu masa, lengkap dengan tapak dapur, kedai, tandas dengan keadaan kemsite yang bersih dan sangat stategik bersebelahan dengan air sungai yang cukup sejuk dan jernih untuk bermandi-manda fuhh memang layan bercamping di sini sambil panggang kambing golek :P kalau diberi peluang lagi sekali mendaki di sini pastinya sob hanya akan lepak-lepak lama di kemsite ini sambil layan gelongsor di air terjun dan melihat sunrise di awal pagi yang cukup mempesonakan.


Aktiviti di sebelah malam free and easy, so kami mengambil peluang untuk lepak-lepak berkenalan antara satu sama lain, kerana kebanyakan yang mengikuti trips ini berasal daripada lain-lain negeri dan tak pernah bertegur sapa jadi inilah peluang berkenalan dan berkongsi cerita dan pegalaman mendaki yang pernah dilalui. Lepak sehingga awal pagi bertemankan kerlipan bintang sambil, alunan bunyi-bunyian rimba sambil menikmati semangkok megi dan milo 3in1. Thanks kak Fida, Kak Nurul, Kori sudi melayan karenah adik awak ni eh ? nampak tak kita muda lagi :P

Selamat Pagi Cinta, eh bukan selamat pagi awan kapet.


Sabtu

Seawal pagi dalam pukul 6.00 am, Sob sudah setkan jam untuk bangun daripada tidur supaya tidak terlepas menyaksikan pancaran cahaya kemasan matahari terbit daripada Kem Baha diantara lokasi untuk menyaksikan himpunan awan karpet terbaik di Malaysia, lebih kurang 6.30 pagi berbekalkan segelas milo  panas dan camera disisni sob menuju ke di tebing batu dimana disini puncak air terjun jatuh ke bawah, memang pada mulanya agak scary dan gayat apabila sekali sekala melihat ke bawah memang curam tapi keindahan sunrise mengatasi segala-galanya dimana sedikit demi sedikit perasaan gayat itu hilang.

Disebabkan sob keluar agak awal, maka dapatlah port yang agak best untuk lepak untuk menunggu kehadiran matahari terbit. Sumpah ini antara tempat yang sob mendaki yang belanja pemandangan awan kapet cukup cantik Subhanallah syukur pada mu Allah, berikan kesempatan kepada hambamu untuk melihat keindahan bumi ciptaanmu! Tak terkata keindahannya melihat kepulan-kepulan awan menutup pemandangan kampung-kampung di bawah sana seolah-olah berada di kayangan, sambil melihat sedikit demi sedikit cebisan-cebisan cahaya matahari keemasan mula keluar mewarnai kegelapan malam di sebalik himpunan awan karpet.

Lebih kurang sejam melepak-lepak di tepi tebing air terjun, kami terus menuju ke khemah untuk bersarapan kudus kepada Team Memasak Acik Kantin Gunung dan  menu pada pagi itu ialah  sardin tin, telur dadar bersama nasi panas so ohsem siapkan tapaukan untuk kami mendaki lagi! sesungguhnya jasa anda memasak buat kami semua sangat dikenang dimana trips yang sob follow tak memerlukan kemahiran memasak sob lavel masak air dan meggi diperlukan :P 


Seterusnya lebih kurang pukul 9.30 Pagi, bagi sebahagian lineup yang masih bersemangat untuk meneruskan pedakian mendaki 3 puncak kami berkumpul dan diberikan taklimat ringkas, tips dan panduan mengenai pendakian kali ini, manakala bagi team yang masih lagi dalam mood pewai tidak meneruskan pendakian hanya menunggu di Kem Baha sambil bersantai-santai bermain air terjun

Perjalanan menuju ke Puncak Stong mengikut anggaran sob mengambil masa lebih kurang 4 jam dimana akan melalui lebih 3 sungai jadi jangan risau mengenai water point yang banyak boleh ditemui sepanjang jalan untuk mengisi botol air. Keadaan trek pada mulanya agak landai cuma di akhiran untuk sampai ke Puncak Stong treknya agak mencanak perlu mendaki dalam aggaran 60 darjah.

salah satu sungai / water point menuju ke Puncak Stong


Keadaan trek daripada kem site Baha menuju ke Puncak Stong agak jelas, dan tidak menjadi masaalah sekiranya berjalan di dalam satu kumpulan dan anda agak slow dan terpisah dan tertinggal sedikit ke belakang cuma pastikan jarak diantara kawan -kawan yang lain tidak begitu jauh dan ada sweaper sedia menunggu di belakang manakala bagi keadaan landskap hutan pula permulaan akan melalui hutan-hutan di mana banyak pokok-pokok besar dipertengahan sehingga ke puncak akan menjumpai pokok-pokok yang semakin rendang dan berlumut.

Di dalam perjalanan menuju ke Puncak Stong Sebahagian lineup yang masih bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan, walaupun masing-masing sudah pewai untuk menakluk puncak berikutnya.

Puncak Pertama, Gunung Stong ( 1,422 m ) unlock, with my hiking partner Amalina !

Lebih kurang sejam setengah berada di Puncak Gunung Stong, berehat-rehat, makan tengahari sambil menunggu kesemua lineup sampai ke sini. Keluasan di Puncak Stong agak kecil dimana puncak tertinggi terletaknya Penanda berada di atas sebiji batu besar. Seterusnya kami meneruskan perjalan untuk menuju ke puncak seterusnya iaitu Puncak Gunung Ayam, malangnya beberapa lineup megambil keputusan untuk berpatah balik ke kem dan tidak meneruskan misi kerana terlalu penat.

Bagi sob cabaran yang sebenar bermula ketika perjalanan menuju ke Puncak Ayam, dimana di pertengahan perjalanan kami menjumpai banyak najis-najis pak long ( gajah ) dan sob dipahamkan oleh Abe eddie ini merupakan antara laluan gajah, jadi kami kesemua peserta diminta berjalan di satu barisan suapaya tidak berpisah kerana laluan menuju ke Gunung Ayam terdapat banyak laluan denai yang bercabang-cabang senang cerita laluan tikus dikuatir mungkin boleh tersesat.

Hujan gerimis mula turun di pertengahan perjalanan menyebabkan kami mula kesejukan dan kelaparan, bagi yang membawa sweater atau baju hujan bolehlah berlindung daripada terkena air hujan maka terselamat daripada kesejukan agin kuat bertiup sepanjang pendakian bagi yang tidak membawa maka terpaksalah redha akan air hujan rahmat mencurah-curah ke baju mengiringi sepanjang pendakian. Keluasan di Puncak Gunung Ayam tidaklah sebesar mana tetapi terdapat kawasan yang berhampiran yang sesuai untuk dijadikan tempat perkhemahan bagi pendaki yang mahu berkhemah tapi sob lebih mencadangkan berkhemah di Puncak Gunung Baha kerana tapak khemah lebih luas dan lebih dekat dengan punca air.

Group Photo tanda kemenangan berjaya mendaki puncak kedua, Puncak Gunung Ayam ( 1504 mtr), Unlock. Keadaan di puncak berkabus selepas hujan!

Pemandangan di atas puncak agak terhad memandangkan kabus sangat tebal memberikan efek yang seram di samping bunyi serangga dan angin yang sepol-sepol bahasa tapi memberikan satu susana pemandangan yang cukup menarik tambahan dengan kehadiran pokok-pokok seperti pohon bonsai yang unik dan bekas najis Gajah di puncak gunung ayam bayangkan masih ada kehadiran gajah di kawasan tanah tinggi lebih 1000 meter  sudah cukup mengujakan hati kami semua.

Puncak Baha (1450 mter ) Unlock! syukur :P

Seterusnya kami menuju ke Puncak ke 3 iaitu Puncak Gunung Baha yang sudah tidak jauh daripada Puncak Ayam dianggarkan perjalanan lebih kurang 15 minit, dengan keadaan trek berlecak disebabkan baru lepas hujan dan ada di antara lineup sudah mula berasa kebas-kebas, kekejangan otot kaki disebabkan jatuh akibat trek licin, tapi itu semua tidak mematahkan semangat kami semua untuk melengkapkan misi pendakian 3 Puncak, malah membuatkan kami semua lebih bersemangat! Keadaan kabus yang semakin kebal dan cuaca yang semakin redup mula melitupi pandangan mata disamping efek pewai sudah mula meresap di dalam diri, syukur lebih kurang pukul 5.30 petang kami berjaya sampai ke puncak terakhir iaitu Puncak Gunung Baha, satu perasaan sangat puas apabila berjaya sampai ke puncak terakhir seterusnya berehat-rehat sebentar, solat dan seterusnya bergegas kembali ke Kem Baha. Perjalanan balik semula menuju ke  Kem Baha dalam keadaan hari semakin gelap dimana kami perlu melintasi satu sungai besar, syukur semua selamat sampai ke kem lebih kurang Pukul 8.00 malam.

Di Telaga Tujuh

Ahad

Hari terakhir berada di Kem Baha selepas semalaman mendaki aktiviti hari ini lebih kepada aktiviti santai-santai mak jemah iaitu mandi waterfall kononya treatment bercuma untuk mengurut badan dengan membiarkan aliran air terjun jatuh ke badan yang sengal-sengal kesan mendaki semalam dan aktiviti wajib yang perlu dibuat iaitu bermain gelongsor atau sliding di air terjun yang berketinggian 50 meter dan sob sendiri sudah melakukanya, sumpah memang memang terbaik.

Untuk pengetahuan hampa air terjun Jelawang terdiri dari 7 tingkat dan di setiap tingkat terdapat banyak kolam mandi dan tempat menggelungsur. Di salah satu tingkat, berdekatan Kem Baha terdapat kolam yang di panggil kolam Tuan Puteri. Kira-kira setengah jam trekking dari kem ini pula akan jumpa pula Telaga Tujuh dimana terdapat deretan kolam-kolam kecil yang kesemuanya berjumlah tujuh.

Take nothing but pictures, leave nothing but footprints, kill nothing but time :P

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami semua berkemas-kemas dan seterusnya mula turun menuju ke bawah untuk berangkat pulang ke destinasi masing, Perasaan ketika mendaki 3 puncak memang cukup puas dan menyeronokkan alhamdulilah ketiga-tiga puncak iaitu Gunung Baha dengan ketinggian 1,450 meter, Gunung Ayam, 1,500 meter dan Gunung stong 1,422 meter daripada aras laut,  sukses dengan jayanya !



Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>