Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Eksplorasi Mendaki Gunung Bubu, Gerik Perak

$
0
0
Bukit Bubu turut dikenali sebagai Gunung Bubu oleh penduduk setempat merupakan salah satu lagi Gunung yang cukup menarik yang terdapat di sekitar kawasan Gerik yang wajib didaki. Bukit yang berketinggian 619 Mtr walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Kenderong & Kerunai (K2) Gunung Papulut & Pulut tetapi berada di puncak bukit menjanjikan pemandangan 360 darjah indah kawasan sekitar Gerik dan dari sini boleh kelihatan K2 yang terbentang luas. Gunung yang terletak di kawasan Bersia, Gerik ini boleh dimasuki melalui jalan menuju ke Tasik Temenggor - Pangkalan Trojan dimana pertengahan jalan akan menjumpai satu simpang laluan masuk (starting point) menuju ke Gunung Bubu. 

Eksplorasi Mendaki Gunung Bubu, Gerik Perak

Keadaan trek yang perlu dilalui untuk sampai ke Puncak Bubu, pada mulanya akan melalui kawasan yang bertanah merah yang dikelilingi oleh pagar elektrik. Ya hampa sedia maklum bahawa kawasan hutan di sekitar Gerik menuju ke Hutan Belum-Temenggor merupakan kawasan habitat bagi Gajah 🐘🐘 dan sekiranya selalu menggunakan jalan raya dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan memang kebiasaan untuk berselisih atau menjumpai kawanan gajah melintasi jalan atau berada di tepi-tepi jalan.

Seterusnya perjalanan akan merintasi satu kawasan pencawang elektrik diamana dari sini sudah boleh kelihatan puncak Gunung Bubu dan seterusnya memasuki kawasan hutan, menjumpai sungai kecil dimana itu merupakan last water Point (LWP), teruskan perjalanan melalui jalan balak yang agak jauh treknya yang sedikit semak dimana kawasan ini mungkin merupakan laluan balak yang sudah lama tidak dilalui dan di satu dua kawasan kelihatan pokok-pokok besar yang tumbang menutupi trek sebelum sampai ke puncak.

Dari jauh boleh Kelihatan Gunung Bubu, melambai-lambai menunggu untuk didaki 🗻

Credit  📷: En Wee ( V2 Kembara )

Melalui kawasan yang dipagar elektrik, ketika melalui laluan ini boleh mendengar bunyi meletop pop..pup..pop di sekitar pagar mungkin disebabkan bunyi yang terhasil daripada arus elektrik yang dipasang di pagar. Pastikan selepas masuk ke dalam sila tutup kembali pagar yang dibuka & paling pentingkan pastikan memohon dahulu permit kebenaran untuk masuk mendaki kerana kawasan hutan ini diisytiharkan sebagai kawasan hutan simpan. 

Trips mendaki Gunung Bubu selama 2 Hari 1 malam, bermalam di puncak gunung adalah anjuran Group V2 Kembara - Leader / Gogo Master Wee, kekuatan seramai 10 orang pendaki yang cukup berdisiplin.  Seorang penunjuk Arah iaitu Mr Sabarudin Subki aka Abang Dean pendaki tegar Gerik dan seorang sweeper. Saya sob sebagai pendaki jemputan yang buat-buat sibuk untuk memeriahkan suasana 😆alhamdulillah selepas beberapa kali diajak oleh Abang Dean untuk mengikuti trips mendaki Gunung Bubu, Gerik dan beberapa kali juga terpaksa menolak atau lipak di saat akhir kerana tidak yakin dengan kekuatan diri sendiri, risau menghadapi masalah pewai yang melampau akan memberi kesan kepada kelancaran pendakian team yang lain, maklumlah me is nubis dalam arena mendaki akhirnya pada hujung bulan April 2017 sob berpeluang untuk mengikuti trip ke Gunung Bubu anjuran V2 Kembara.

Kesemua lineup terlebih dahulu berkumpul di Kampung Bersia sebelum menaiki kenderaan yang telah disewa untuk menuju ke starting point dimana anggaran masa diambil 20 minit perjalanan daripada kampung bersia ke simpang tempat permulaan mendaki, kesemua pendaki berkumpul disitu diberikan sedikit taklimat serta info mengenai mendaki Gunung Bubu seterusnya melakukan senaman ringan dan bismillahirrahmanirrahim anggaran 2.30 petang pendakian dimulakan. Anggaran masa bagi pendakian secara santai-santai dalam tempoh masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke puncak.

First and last waterpoint yang akan dilalui, anggaran perjalanan daripada starting point mengambil masa  selama 1 jam lebih, jadi disini boleh mengambil air atau refill untuk kegunaan camping di Puncak.


Sedikit info yang agak menarik untuk dikongsikan, sob dimaklumkan bahawa di Perak terdapat 3 Gunung yang menggunakan nama atau gelaran iaitu Gunung Bubu.Gunung Bubu pertama terletak di Ulu Kenas, Kuala kangsar berketinggian 1657 mtr, seterusnya Gunung Bubu, Yong Yap & Tok Nenek yang terletak di antara sipadan negeri Perak & Kelantan yang berketinggian 1974 mtr dan terakhir Gunung Bubu, Gerik antara yang paling rendah diantara Gunung Bubu yang lain berketinggian 619 mtr, maafkan sob sekiranya info yang diberikan adalah salah atau masih ada lagi Gunung Bubu lain yang terletak di negeri Perak.

Sebelum ini sob pernah mendaki Gunung Bubu, Kuala Kangsar bersama Abang Dean #agaras dalam kenangan pada awal tahun 2016 dan Gunung Bubu ( YYBTN ) awal tahun 2017, jadi untuk melengkapkan kesemua senarai mendaki Gunung Bubu yang terdapat di Perak, trips ini memang sangat dinantikan. Sedikit persamaan di antara gunung ini selain daripada nama gunung yang sama & terletak di Perak, trek pendakian yang agak panjang tapi layan, banyak melalui anak sungai untuk trek Bubu Yybtn & kuala kangsar dimana keadaan trek yang agak jarang dilalui serta rare dan terakhir banyak menerima serangan pacat ketika on treck, cuma jumlah pacat di Bubu Gerik agak kurang berbanding dengan peratusan gigitan pacat di Bubu Kuala Kangsar


The Lumut place, di dalam perjalanan menuju ke puncak @ campsite hampa akan menjumpai satu kawasan  yang agak luas yang di penuhi dengan tumbuhan berlumut. Mohon jangan lalu atau pijak di kawasan ini untuk menuju ke atas boleh melalui kawasan sebelah yang telah dibuka yang tidak terdapat lumut di laluan.

Tak banyak sob boleh gambarkan mengenai trek mendaki Gunung Bubu dan sepanjang perjalanan tidak menjumpai kemsite atau checkpoint yang telah dibuka oleh pendaki yang terdahulu, sebab kebanyakannya mungkin masuk hiking daypack atau camping terus di Puncak Gunung. Mungkin dalam perjalanan ketika mendaki hampa akan menjumpai dua atau tiga kawasan atau simpang yang agak luas yang boleh dijadikan lokasi untuk take 5.

Kemsite di Puncak Bubu

Lebih kurang pukul 6.30 petang, kesemua line up telah berjaya sampai ke Puncak Bubu syukur alhamdulilah puncak Gunung Bubu yang berketinggian 619 Mtr telah berjaya dipijak, Selepas berjaya mengharungi trek Gunung Bubu tidak begitu kejam tapi agak nakal dan mungkin faktor mendaki ketika tengah hari menyebabkan terasa sangat bahang panas menyebabkan diri  cepat terasa letih. 'Eh jujur cakap tak de stamina ;p' seterusnya mendirikan khemah, keluarkan ration dan memasak. Keluasan di Campsite tak begitu luas mungkin boleh memuat seramai 30 orang lineup di puncak tidak banyak kawasan yang agak rata untuk mendirikan khemah.

Sekiranya mendaki tidak terkena gigitan mesra Pacat, samalah seperti makan ulam tanpa sambal belacan, tak ada nikmat mendaki. So how? besar tak pacat-pacat di Gunung Bubu ? 

Beutiful sunset at the Top Mount Bubu, Gerik

Good Morning, from the summit Bubu. The view from Top is really amazing.
#geriksilveroutdooradventure


Bersama Abam idola yang tidak berputus asa memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat sob supaya tidak berputus asa untuk mendaki sampai ke Puncak 😂 Baju pun baju recycle naik Gunung Bubu, Kuala Kangsar tapi kita bawa je naik puncak Bubu Gerik, janji ada tulis Perkataan Bubu. Alhamdulillah lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami semua seramai 11 orang pendaki berjaya keluar dengan dengan selamat daripada Gunung Bubu tanpa ada sebarang kecederaan.

Group Photo 📷 With Line Up, Group V2 kembara.
Thank for this opportunity, it really awesome experience  to hike with V2 Kembara, hopefully in future we will meet again



Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>