Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernahkah anda mendengar nama Victoria Bridge, sekiranya tidak pernah mesti korang tertanya-tanya apakah itu victoria bridge? adakah seseksi model victoria secret atau secantik victoria beckkam, maaf sangkaan anda salah Victoria Bridge ialah sebuah jambatan kereta api yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar. Merupakan salah satu khazanah negara yang masih kekal sehingga hari dan masih terpelihara dalam keadaan elok.
Untuk entry kali ini saya akan membawa korang semua menyelami dan meneroka salah satu mercu sejarah yang ada di Kuala Kangsar iaitu Victoria Bridge atau dikenali juga sebagai jambatan kereta api Victoria. Jambatan kereta api ini dinamakan sebagai Victoria Bridge, mengambil sempena nama Ratu Victoria, pertamanya ketika di awal pembinaan pada tahun 189, merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan secara seluruhnya telah berada di dalam pemerintahan baginda Ratu.
Bagi anda pertama kali singgah ke blog ini, ingin membaca entry terdahulu bolehlah klik pautan di bawah:
- Jemputan FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014
- Kayuhan Basikal Di Bike Ride @ Padang Rengas
Victoria Bridge Kuala Kangsar, Tapak Warisan Sejarah Negara
Disini Saya Kongsikan Sedikit Info Dan Sejarah Mengenai Victoria Bridge
Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar. Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.

Ini merupakan pertama kali saya datang ke sini, sebelum ini pernah juga mendengar nama jambatan Victoria daripada kawan-kawan yang tinggal di sekitar kuala kangsar, tapi saya tak sangka rupanya jambatan ini sangat panjang dan luas permukaanya serta mempunyai senibina yang sangat menarik, dinyatakan bahawa jambatan ini pernah dibom semasa perang kedua, kerana fungsinya amat penting pada masa itu.
Jom Layan Beberapa keping Gambar Di Sekitar Victoria Bridge, Kuala Kangsar Yang Sempat Saya Ambil.
Kucing jalanan ini merupakan model rasmi kami untuk dijadikan objek untuk mengambil gambar di Victoria Bridge :P

Struktur pembinaan di Jambatan, menggunakan besi dan bata-bata merah, masih utuh sehingga sekarang.

Bagi anda yang sangat sukakan bidang photograpy dan mencari lokasi yang menarik, sangat disyorkan untuk korang datang disini untuk ouating, sebab pemandangan yang ditawarkan sangat super! eh tak dilupakan kepada bakal pengantin, couple yang nak cari lokasi outdoor yang cantik ataupun korang yang duk berangan nak bergambar konsep ala-ala zaman dahulu kala, harus datang ke Victoria Bridge di Pekan karai, Kuala Kangsar. Tak percaya saya cakap di victoria bridge ini sangat awesome viewnya untuk bergambar, boleh tengok bukti di bawah :P

Meh saya belanja satu keping gambar lagi gambar. Bukan saya dah cakap tempat ini sangat indah dan unik panoramanya, sangat sesual dijadikan lokasi untuk photograpy selain kaya dengan warisan sejarah tersendiri.
Acara wajib, bergambar secara berjemaah rombongan Fam Trip kali terdiri daripada media massa, media cetak, bloggers dan Travel Agensi menandakan kami semua telah sampai ke Victoria Bridge. Kepada team Tourism Malaysia Perak berbanyak terima kasih kerana sudi membawa kami semua menjelajah tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Bandar kuala kangsar bandar diraja.
"Victoria Bridge mampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah di Kuala Kangsar malah di Malaysia kerana mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri yang sangat menarik, antara tapak warisan sejarah negara yang perlu dikekalkan dan dikomersialkan selain daripada lokasi ini sendiri menawarkan pemandangan yang cukup cantik, jadi apa lagi Moh Le Ke Pekan Karai Kuala Kangsar melawat sendri jambatan Kereta api victoria"
Eh Korang semua entry Entry FAM Trips kali ini masih ada sambunganya, tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati di sekitar kuala kangsar akan saya kongsikan di entry yang berikutnya antaranya ialah kilang Mariwasa iaitu pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia, Ke Masjid Ubudiah antara masjid tercantik di Malaysia, melawat Azydar Enterprise mengusaha tenun tekap warisan melayu turun menurun dan Galeri Sultan Azlan Shah.
FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat - tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, jadi sekiranya anda sebarang persoalan, pertanyaan atau ingin mendapatkan info-info terkini bolehlah hubungi Pejabat Tourism Malaysia perak seperti alamat di bawah.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :
Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my