Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Pengalaman Mendaki Gunung Chabang, Perak

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gunung Chabang yang berketinggian 1711 Meter dari aras laut, berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta ini terletak di Pos Slim, Simpang Pulai Perak antara gunung mempunyai tahap kesukaran mendaki yang mencabar fizikal dan mental mungkin disebabkan 75% trek pendakian yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak, grafnya menaik tiada discount dimana tidak banyak melalui trek yang landai dari satu checkpoint ke checkpoint berikutnya.

Walau bagaimana pun pendakian kesini tidak mengecewakan terutama apabila dapat melihat air terjun yang cukup menarik di kaki gunung dan melihat mossy forest di puncak merupakan tarikan utama untuk mendaki disini selain daripada terdapat tinggalan beirut lama yang masih kukuh terdapat di puncak Gunung Chabang.

Mendaki Gunung Chabang, Perak

Klik..klik.klik kedengaran bunyi WhatsApp dari handphone

'Sob minggu depan free tak jom naik gunung ?'Mesej dari Zubir
'Naik gunung mana ? santai-santai nak ar aku ikut, kalau trek hardcore aku malas'
'Jom santai-santai layan Gunung Cabang Sob, aku ingat nak cari waterfall dekat sana sekali, orang cakap air terjun kat kaki Gunung Chabang lawa-lama lepas tu boleh terus naik ke Puncak' Zubir memberi cadangan
'Gunung Chabang dekat mana wei, aku pernah dengar nama gunung ni tapi tak sure kat mana location dia ?' Aku membalas mesej zub
'Dekat Perak wei, dekat ja laluan nak naik pi  Cameron Highland'
'Ohhhh kalau macam tu aku On zubir, daypack ke camping ?' Aku bertanya untuk pengesahan
'Daypack sob, malas nak pikul barang naik puncak nak cari waterfall lagi'
'Ok brother aku On, nanti aku teks lain'

Gerik Silver x Gunung Chabang

Antara perbualan kami merancang pendakian ke sana, seminggu sebelum trips ke Gunung Chabang berlangsung, alang-alang perlu  memandu menuju ke Ipoh kami turut mengajak Geng Kroni Gsoa Ipoh yang lain yang berminat untuk bersama-sama mendaki ke Gunung Chabang. Tak bestlah kalau pewai seorang-seorang, sebab sob tahu macam mana pace Zubir ketika mendaki jadi kena ada ramai geng barulah best layan trek hardcore, bersemangat nak mendaki sampai ke puncak barulah tak lipak separuh jalan.

Lewat malam selepas selesai kerja Sob dan zubir bergerak daripada Gerik menuju ke Ipoh untuk berkumpul dengan dengan Geng Gsoa iaitu Marwan, Fatin dan Botak jadi total semua lineup seramai 5 orang. Sampai ke Ipoh seperti biasa kami lepak dahulu di kedai mamak menunggu hari cerah, keesokan pagi barulah kami semua bergerak carpool bersama-sama menuju ke Pos Slim, Simpang Pulai. Berhenti sebentar di Simpang Pulai untuk bersarapan pagi dahulu di gerai tepi jalan untuk mengisi perut yang rancak berbunyi berkeroncong seterusnya tapau makanan disini terlebih dahulu untuk makan tengahari di waterpoint .

Starting point Pos Slim, Simpang Pulai Perak

Memandangkan kami hanya merancang untuk mendaki secara 'daytrip' jadi kami semua cuba bergerak seawal pagi menuju ke Pos Slim, ini bagi membolehkan dakian boleh dilakukan seawal mungkin kerana pertama kami ingin turun daripada gunung sebelum hari lewat malam dan kedua misi mencari air terjun di kaki gunung mungkin mengambil sedikit masa untuk mencari lokasinya dan ini  akan menambahkan lagi masa pendakian kami semua ke puncak gunung . 

Sedikit info bagaimana cara untuk kesini dan bayaran meletak kereta

Tapak permulaan pendakian yang terletak di Kampung Orang Asli Pos Selim iaitu kira-kira 12 km dari Pekan Simpang Pulai di pinggir laluan utama Ipoh Cameron Highland. Tiada pengangkutan awam khusus yang boleh digunakan untuk kesana, melainkan memandu kenderaan sendiri untuk sampai kesini. Pemanduan daripada Kuala Lumpur mengambil masa 4 jam untuk sampai kesini.

Boleh parkir kereta di kawasan perkampungan orang asli  merupakan kawasan parkir berbayar dan harga yang dikenakan berbeza-beza mengikut pertimbangan Tok Batin. Semasa kunjungan saya dan team, harga yang dikenakan adalah RM15.00 bagi sebuah kereta dimana keselamatan kereta akan dijaga oleh penduduk setempat seperti diberitahu kepada kami semua.

Selain daripada laluan treknya yang agak kejam, mendaki kesini memerlukan kita memikul air  lebih  banyak yang perlu diambil di LWP untuk kegunaan company dan personal bagi trips yang bermalam disebabkan tiada punca air berhampiran Kemsite. Perjalanan masa dari LWP  menuju ke Kem Botak  mengambil masa 1.40 minit lebih bergantung kepada pace masing-masing. 

Disebabkan faktor-faktor berikut kami mengambil keputusan untuk mendaki secara Daytrip jadi lupakan sahaja niat  untuk melihat pemandangan indah  daripada Puncak Botak kerana selalunya mendaki secara daytrip akan sampai agak lewat di Puncak Botak, selalunya pemandangan disitu mungkin ditutup oleh kabus pada waktu petang berbanding trips bermalam di mana awal pagi boleh melihat pemandangan yang jelas tidak ditutupi oleh kabus. Jadi misi utama kami untuk sampai ke puncak melihat keindahan hutan mossy sekali gus menambahkan lagi senarai beirut yang dijumpai di gunung-gunung Negeri Perak

Melalui kawasan rumah orang asli  ini untuk menuju ke laluan kecil 

Setelah selesai urusan parking kereta, tak manis sekiranya masuk ke kawasan rumah orang sekiranya tidak memberi salam terlebih dahulu jadi kami bertemu sebentar dengan orang kampung untuk memberitahu niat untuk mendaki disini, kerana mereka merupakan penduduk asal disini lebih arif selok belok di sekitar kawasan hutan ini dan sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak dijangka berlaku senang untuk mendapatkan bantuan.


Trek menuju ke Gunung Chabang

Seterusnya zubir selaku ketua kumpulan memberi sedikit penerangan mengenai laluan yang bakal dilalui, membaca doa semoga perjalanan dipermudahkan. Lebih kurang 10.00 pagi kami memulakan langkah  mendaki Gunung Chabang, kawasan pertama yang kami perlu lalui adalah perkampungan orang asli dengan jarak sekitar 10-15 minit berjalan. Di tengah perjalanan akan nampak satu simpang kecik, turun dan akan menjumpai anak sungai kecil seberang anak sungai akan berjumpa rumah orang asli  yang dibina dari buluh seterusnya melalui kebun-kebun yang diusahakan oleh penduduk kampung terus sahaja  laluan itu akan membawa ke Gunung Chabang

Air terjun yang cukup menarik ditemui di kaki Gunung Chabang

Kami tidaklah mengikuti 100%  trek asal di awal pendakian, kerana ingin mencari air terjun terlebih dahulu based on GPRS dan map berkemungkinan terdapat beberapa air terjun di sekitar kawasan sungai, alhamdulilah lebIh kurang 2 jam rintis menyusuri  sungai akhirnya jumpa salah satu air terjun di Sungai Slim di ketinggian 700 meter. Mengikut kata Zubir sekiranya kami rintis ke atas lagi berkemungkinan besar akan menjumpai air terjun yang lagi tinggi dan cantik tapi disebabkan kesuntukan masa kerana ingin sampai ke puncak kami memutuskan untuk menuju ke ke trek Gunung Chabang, ini menjadi sedikit masalah kerana kami sudah tersasar dari trek asal jadi usaha untuk kembali mengambil masa 40 minit dimana terpaksa melalui jalan hutan yang semak dan banyak pokok buluh yang tumbang.

Melalui laluan semak dan buluh tumbang

Lebih kurang 40 minit mendaki akhirnya jumpa trek asal, masih tidak boleh menarik nafas lega kerana dari awal-awal lagi kami semua sudah sedia maklum bahawa trek yang bakal dilalui di sini memang akan memenatkan kerana kebanyakan laluan dari satu checkpoint menuju ke checkpoint yang lain treknya agak menaik tidak banyak yang landai selain daripada banyak halangan daripada pokok buluh yang curam di awal pendakian seterusnya melalui trek yang banyak pokok-pokok duri jadi perlu sentiasa berhati-hati. Masa yang di ambil untuk sampai di puncak dari starting point seseorang pendaki memerlukan antara 4-6 jam bergantung kepada kelajuan  pendaki itu sendiri.

Antara cendawan dan kulat yang ditemui, ketika melalui trek menuju ke puncak. 

Gunung Chabang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan hutan hutan gunung, jadi setiap kali sampai ke ketinggian tertentu landscape hutannya juga akan berubah-ubah pokok yang boleh dilihat. Sama seperti hutan-hutan lain di Malaysia disini juga terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan terutama pokok-pokok herba antaranya pokok tongkat ali, kacip fatimah dan sebagainya

Rama-rama yang jinak berterbangan  hinggap di tangan ketika rehat sebentar di last water point

Waterpoint

Corak pendakian yang mencabar fizikal pendaki selain daripada trek yang menaik sampai ke atas, di setengah laluan perlu banyak menunduk di kawasan buluh paling menyakitkan hati laluan trek untuk menuju ke Puncak Botak terdapat banyak duri-duri tajam dari pokok rotan dimana treknya yang agak ditutupi oleh pokok duri dan renek di kiri dan kanan jadi perlu menebas sedikit dan merangkak di setengah laluan. 

Sedikit tips yang bakal mendaki ke sini mungkin boleh memakai glove ketika mendaki, ini sangat penting sentiasalah berhati-hati  ketika berjalan watch your step sekiranya tidak mahu tangan dan badan luka akibat tercucuk atau tersangkut duri-duri tajam.

Berada di Puncak Botak, lebih kurang 3 jam mendaki. 

Tempoh masa diambil dari bawah menuju ke Puncak Botak mengambil masa 4 jam 10 minit. Disini  antara kawasan viewpoint yang agak terbuka jadi berada disini mula  merasai kesejukan altitud tinggi tambahan bila angin kuat bertiup mula terasa seperti mencucuk-cucuk tubuh waktu itu kedinginan menggantikan kehangatan tubuh yang dirasai ketika mendaki tadi.

Kem Botak

Seperti yang telah dijangka keadaan di puncak Botak agak berkabus, jadi tidak dapat melihat pemandangan sekeliling, kami tak bazirkan banyak masa di sana teruskan perjalanan menuju ke Kem Botak  berehat, solat sambil membuat air panas fuhh cukup nikmat ketika minum terutama waktu itu suhu di kemsite agak sejuk cukup memberikan kehangatan yang diperlukan tubuh badan selepas penat mendaki  dan seterusnya  meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Chabang di mana misi utama untuk melihat tinggalan beirut lama di puncak masih belum ditemui.

Keadaan  Kem botak kelihatan agak selesa, mungkin boleh memuatkan lebih 15 orang pendaki dalam satu masa di sekeliling kem lindungi oleh pokok-pokok yang agak rimbun ini penting untuk mengelak daripada tiupan angin sejuk dan hujan, tanah yang keras, tak lecak dan rata tanpa ada akar-akar pokok kayu sangat selesa untuk tidur bermalam setelah penat mendaki


Menuju ke Puncak Chabang

Dari kem Botak menuju ke Puncak Chabang mengambil masa 1 jam dengan keadaan trek yang lebih landai, cuma lebih tanah agak berselut dan basah jadi perlu berhati-hati ketika melangkah sekiranya tidak mahu tergelincir jatuh  terbenam di dalam selut. .

Hutan berlumut di Gunung Chabang

Lebih kurang  40 minit trekking akhirnya sudah mula dapat melihat mossy forest disekitar laluan, subhanallah keadaan mossy forest disini masih dalam keadaan baik dan cukup memikat hati. Suasana ketika itu yang diseliputi kabus dan sejuk memberikan magic yang tersendiri ketika itu, kami hanya berhenti lebih kurang beberapa minit untuk bergambar kenangan sebelum terus ke puncak yang sudah tidak jauh.


Dari jauh kami sudah boleh melihat kelibat beirut yang dicat warna kuning, itu menandakan expedisi kali ini semakin menghampiri penamat. Puncak Gunung Chabang yang berketinggian 1711 Meter  berjaya didaki oleh kami semua, tahniah Team. Penangan trek Gunung Chabang memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendaki tapi apabila berjaya sampai ke puncak  satu kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata.

keadaan di puncak ketika itu agak berkabus dan kurang sinaran matahari disebabkan sudah lewat petang bagaimanapun udaranya cukup nyaman dan selesa. Kami tidak berada lama di puncak lebih kurang 15 minit untuk bergambar seterusnya bersiap-siap untuk turun kembali.

Trek yang agak basah, berselut dan licin memperlahankan sedikit langkah kami untuk sampai ke starting point pada mulanya, langkah berhati-hati perlu diberi perhatian ketika hendak turun kerana setiap akar kayu dan trek yang licin boleh mengundang risiko tergelincir memandangkan hari semakin gelap kami  mempercepatkan langkah dengan lebih pantas dan mengurangkan masa berhenti berehat ini bagi membolehkan kami sampai ke kawasan parkir tidak terlalu lewat malam, lebih kurang 3 jam tracking akhirnya sampai kembali ke kawasan parking cuma lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kampung orang asli kami sepanjang perjalanan kami ditemani dengan bunyi riang-riang yang sangat kuat sekurang-kurangnya dapat memecahkan susana malam yang sepi ketika menurun.


          ARTICLE BERKAITAN

Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>