Assalamualaikum & salam sejahtera
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapkan, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.
(Surah Al-Anbiyaa':31
Terima kasih 2017 & selamat datang 2018
Tahun 2017 satu tahun yang penuh warna warni telahpun meninggalkan kita semua, alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT masih dipanjangkan umur, kesihatan tubuh badan & masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog www.sobriyaacob.com! Seperti tahun-tahun yang sebelumnya sob akan listkangunung dan bukit yang telah didaki sepanjang tahun tahun 2017. Untuk tahun 2017 tidak banyak full entry dapat sob kongsikan mengenai aktiviti mendaki di blog akibat kekangan masa, pada tahun lepas aktiviti mendaki banyak difokuskan di sekitar kawasan Perak. Diharapkan perkongsian ringkas ini dapat memberi sedikit tips & info dan paling penting menjadi pengubat rindu dan kenang-kenangan buat diri sendiri, InsyaAllah
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan Puncak tertinggi di Tanah Borneo yang ketinggiannya 4095.2 Meter. Gunung ini telah diiktiraf sebagai salah satu World Heritage Site oleh UNESCO di Malaysia & untuk mendaki disini harus menempah slot lebih awal 6 bulan kerana ada quota pendakian setiap hari yang dibenarkan. Pendaki selalunya akan menginap campsite di Laban Rata yang berketinggian 2972 Meter. Pesona keindahan mendaki Gunung Kinabalu tak pernah mengecewakan, di sepanjang jalan menuju ke puncak akan melalui landskap hutan yang pelbagai daripada hutan tropika ke mossy forest seterusnya deretan pohon-pohon dan akhir sekali ketika mendaki di atas aras 3000 meter ke atas pula mula kelihatan pelbagai bentuk formasi batuan besar di puncak sambil dilitupi dengan awan-awan kapet. Alhamdulilah Gunung Kinabalu pembuka tirai untuk aktiviti pendakian sob untuk awal tahun 2017 mendaki pada musim tengkujuh memang memberikan cabaran tersendiri masih ingat pada hari kedua ketika berada di sayap-sayap menuju ke low Peak untuk Mission Summit Attack, syukur walaupun dilanda angin kuat seketika di pertengahan perjalanan dengan keadaan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 3800 meter dimana puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada di hadapan keadaan ketika itu angin kuat berselang seli dengan hujan lebat, mungkin rezeki sob dan rakan-rakan berjaya meneruskan meneruskan pendakian sehingga sampai puncak tertinggi kinabalu.
Pemandangan indah kehijauan di Pyramid Hill
Sosodikon Hill atau turut dikenali sebagai Pyramid Hill berketinggian 1604 Meter terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Apa yang menariknya mendaki disini selain daripada menawarkan pemandangan indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu di kiri dan kanan kelihatan tumbuhan menghijau seluas mata memandang, suhu di sini yang nyaman serta keadaan trek yang jelas dan anggaran masa yang diambil untuk mendaki lebih kurang 20 minit untuk sampai ke puncak Untuk mendaki disini dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 seorang dan sekiranya korang datang ke sini untuk mendaki Gunung kinabalu, Pyramid Hill antara tempat yang boleh dimasukkan di dalam list untuk dilawati yang terdapat di Kundasang.
The magnificent Hidden Waterfall, terletak di simpang menuju ke Tok Nenek
3) Gunung Yong Yap
Gunung Yong Yap yang berketinggian 2,167 Meter terletak di simpadan negeri Perak & Kelantan merupakan gunung yang ke 11 tertinggi di Malaysia dan ke 6 di semanjung Malaysia. Terdapat 2 laluan untuk memasuki gunung ini iaitu laluan Kampung Kuala Mu di Sungai Siput, Perak dan laluan ke 2 dari Pos Brooke ke Sungai Rengil, dimana kebiasaanya pendaki menggunakan laluan trek dari Pos Brooke Sungai Regil. Mendaki Gunung Yong Yap akan melalui beberapa checkpoint antara simpang Y, Kem Agas, Kem Sungai Y, Kem Balak dan terus ke puncak selain itu perlu merintasi lebih kurang 5 buah sungai. Kebanyakan pendaki yang mendaki disini akan melakukan pendakian 3 puncak sekali gus yang dikenali sebagai Trans YYBTN gabungan 3 puncak iaitu Yong Yap, Bubu & Tok Nenek kerana inginkan laluan pendakian yang lebih mencabar. Awal bulan Februari 2017 sob berpeluang untuk mendaki ke sini memang tidak dapat dinafikan trek untuk mendaki ke Gunung Yong Yap memang memberikan cabaran yang tersendiri antara perlu merangkak, bergelongsur melalui laluan trek yang terhalang oleh pohon-pohon buluh yang tumbang, perlu mendaki pada sudut 80 darjah dimana keadaan trek yang berlumpur dan becak tapi semuanya berbaloi apabila melalui kawasan Mossy forest yang cantik dan dihidangkan dengan view yang awesome di puncak.
Gunung Yong Belar berketinggian 2,181 Mtr merupakan gunung ke 3 tertinggi di semenanjung yang terletak di bersempadan negeri Perak, Pahang dan Kelantan. Terdapat 2 cara permulaan untuk memasuki Gunung Yong Belar sama ada melalui Tangga 200 dimana perjalanan yang perlu ditempoh mencabar atau terus melalui kebun sayur untuk perjalanan yang lebih singkat. Sepanjang pendakian akan melalui beberapa checpoint atau kemsite antaranya Kem Tudung Periuk & Kem Kasut. Sekiranya inginkan sedikit kelainan boleh mencuba melalui laluan Air Terjun Pelaur dimana disini terdapat waterfall yang cantik kehijauan dipenuhi lumut dan terdapat kemsite yang boleh bermalam sebelum ke Puncak. Keadaan trek Gunung Yong Belar, sob boleh rumuskan antara gunung yang paling mudah untuk didaki yang termasuk di dalam list G7, owh ya bagi yang tertanya-tanya apa itu G7 adalah gelaran yang diberikan untuk gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Keadaan trek yang jelas tapi mempunyai cabaran yang tersendiri antara perlu mendaki di dalam keadaan trek yang berlumpur dan melalui kawasan yang berakar. Cuaca yang sejuk sepanjang pendakian ke puncak memberikan satu panorama yang cukup indah terutama ketika melalui celah-celah pokok yang dipenuhi dengan lumut, suasana di dalam hutan yang sejuk dan berkabus cukup mendamaikan.
Gunung Gayong yang terletak di Negeri Perak mempunyai ketinggian 2,173 Meter merupakan gunung ke-4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Apa yang menarik mengenai Gunung Gayong kawasan mossy forest yang bakal dilalui adalah lebih cantik berbanding di laluan Gunung Gayong. Kebiasaanya para pendaki sudah Sinonim dengan gelaran KORGA gabungan nama Gunung Korbu dan Gunung Gayong dimana kebiasaanya para pendaki akan melalui kedua-dua puncak ini didalam satu ekspedisi pendakian kerana puncaknya bersebelahan dan mengambil masa anggaran 1 ke 2 jam sahaja merentasi permatang dari Korbu ke Gayong. Sob masih ingat ketika melakukan expedisi Trans V1 pada pertengahan tahun 2017 berada di puncak Puncak Gayong pada waktu malam ketika itu cahaya bulan penuh menyinari menerangi kawasan gunung dan kelihatan jelas di bawah kawasan Pekan berwarna warni yang disinari lampu neon cukup cantik, satu suasana yang jarang dapat dinikmati sekiranya tidak berada di kawasan yang agak tinggi memang memberikan pengalaman yang tersendiri.
Gunung Korbu yang berketinggian 2,183 Meter adalah gunung ke2 tertinggi di Semenanjung Malaysia,Gunung tertinggi di Perak, puncak tertinggi di Banjaran Titiwngsa dan gunung ke7 tertinggi di dalam Malaysia. Gunung yang terletak di Negeri Perak ini terdapat beberapa jalan masuk untuk mendaki antaranya Sungai Termin atau Empangan Sultan Azlan Shah (SAS) laluan ini lebih mudah untuk didaki berbanding laluan Sungai Senooi, dimana akan melalui beberapa kemsite iaitu melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak, Kem Singapura, Kem View dan Kem Permatang serta Puncak Bonsai Tonggek manakala untuk laluan Sungai Termin atau Empangan Sultan Azlan Shah akan melalui kemsite Kem Seroja, Kem Kijang dan Puncak Botak. Ekspedisi pendakian banjaran Trans Titiwangsa V1 pula merangkumi beberapa gunung tertinggi di Malaysia yang termasuk di dalam senarai G7 seperti Gunung Yong Belar, Gunung Korbu dan Gunung Gayong merentasi Banjaran Titiwangsa sejauh jarak lebih 32 kilometer dimana Gunung Korbu termasuk di dalam laluan Gunung yang perlu dilalui oleh para pendaki.
Gunung Tahan dengan ketinggian 2,186 meter adalah puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Terletak di Taman Negara, Pahang, Tahan menjadi titik sempadan di antara negeri Pahang dan Kelantan. Terdapat beberapa laluan untuk ke puncak Tahan serta anggaran tempoh hari masa pendakian yang bakal diambil berdasarkan kemampuan & pace pendaki itu sendiri adalah seperti berikut laluan pertama Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan (5-6 hari). Laluan Kedua Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh (5-6 hari), laluan ke 3 Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh (3-4 hari ) dan laluan yang terakhir iaitu Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan (4-5 hari). Alhamdulillah awal bulan November 2017 sob dan Team GSoA telah berjaya sampai ke puncak tertinggi semenanjung Malaysia dan ini merupakan penutup kalender bagi aktiviti mendaki pegunungan Malaysia bagi tahun 2017. Mendaki Gunung Tahan satu pengalaman yang sangat awesome, bagi sob ini antara gunung yang wajib didaki kerana Gunung Tahan sangat istimewa auranya sob masih teringat-ingat akan keindahan Banjaran Tahan yang terbentang luas di kiri dan kanan, melalui kawasan dipenuhi dengan deretan pohon-pohon bonsai, merasai sendiri kesejukan bermalam di Kem Botak yang berketinggian 1943 Mtr menikmati suasana malam bertemankan ribuan kerlipan bintang di langit & menikmati keindahan matahari terbit dikelilingi oleh lautan awan karpet di puncak tertinggi semenajung !
Gunung Baling yang Ketinggian 420 meter, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana permukaan gunung terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling yang terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah & koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Walaupun gelaran yang diberikan sebagai Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung dimana ketinggian boleh dikira sebagai tahap ketinggian bukit, apa yang menarik mengenai Gunung Baling ini ialah kepelbagaian biologi dan landskap hutan yang boleh dijumpai jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak. Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Peringkat ke kedua akan melalui hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh. Berbanding pada masa dahulu, kini banyak kemudahan asas telah disediakan untuk kemudahan pendaki antaranya tandas, tempat parking kereta, pondok untuk berehat dan keadaan trek yang lebih jelas diletakkan penunjuk arah.
Bukit Sipadan Malaysia - Thailand
9) Khao Ko Be
Bt Kobeh a.k.a Khao Ko Be yang berketinggian 896 Meter terletak di HS Lepang Nenering iaitu salah satu daripada gunung-gunung Uluu Titiwangsa yang bersempadan dengan Thailand. Hutan simpan Lepang Nenering ini menganjur hingga ke Royal Belum. Yang menariknya pendakian ke Bukit Kobeh mengambil masa antara 4 - 6 jam perjalanan melalui trek kebun, perlu melintasi 14 kali laluan sungai dimana di pertengahan perjalanan akan menjumpai Air Terjun yang cukup menarik yang dikenali sebagai Air Terjun Alai seterusnya mendaki menuju ke laluan permatang sebelum sampai ke Puncak. Di puncak bukit akan menjumpai batu penanda sempadan Malaysia - Thailand, tinggalan beirut lama & pemandangan yang super awesome di puncak. Puncak bukit Kobeh adalah tanah siam yang paling selatan dimana ia adalah titik penghujung Tanah Thailand yang bersempadan dengan Malaysia.
Mini waterfall, berhampiran Kem Tigok
10) Gunung Bah Gading
Gunung Bah Gading yang terletak berhampiran Kg. Gedung, Bidor, Perak mempunyai ketinggian setinggi 1620 Meter . Terdapat dua laluan ke puncak Gunung Bah Gading iaitu melalui Kem Orkid atau melalui Air Terjun Tigok. Laluan utama untuk memasuki Gunung Bah Gading adalah melalui laluan Via Air Terjun Tigok dimana permulaan akan melalui kampung Orang Asli Pos Gedong anggaran mengambil masa 2 jam untuk sampai ke kemsite Tigok dimana akan melintasi lebih kurang 8 buah sungai. Perjalanan untuk sampai ke puncak anggaran masa lebih kurang 4-5 jam perjalanan bergantung kepada Pace pendaki itu sendiri. Di puncak Gunung Bah Gading terdapat sebuah penanda beirut, selain itu menawarkan pemandangan 360 darjah yang sangat mempesonakan daripada puncak dimana dari sini juga dapat melihat pemandangan kawasan Bidor & puncak Gunung Batu Putih dengan jelas. Selain itu terdapat banyak flora dan fauna di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang boleh dijumpai, antara tarikan utama para pendaki mendaki di Gunung Bah Gading kerana disini terdapat air terjun yang boleh disenaraikan antara air terjun yang cukup cantik yang terdapat di Perak iaitu Air Terjun Tigok. Bagi sob Gunung Bah Gading bukan biasa-biasa, pendakian ke sini memang tidak mengecewakan gabungan trek yang mantap dan air terjun yang sangat awesome
Sambutan Merdeka-Raya di puncak Bukit Gelok
11) Bukit Gelok
Bukit Gelok merupakan satu lagi puncak menarik yang terdapat di Banjaran Papulut terletak di selatan Hutan Simpan Papulut,di kawasan Lawin,pendaki akan disajikan view Tasik Kenering, gunung-gunung Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh. Bukit yang berketinggian 538 Meter ini terletak di Lawin, Perak Walaupun tidak terkenal seperti Gunung Papulut & Gunung Pulut, puncak bukit yang botak dan pernah terbakar ini menjanjikan view 360 dengan trek pendakian yang mencabar ala-ala Gunung Kenderong. Gunung yang pernah terbakar ini boleh disifatkan treknya seperti mini K2 dimana treknya permulaan agak pacak, akan melalui beberapa false peak dan terakhir akan melalui banjaran yang agak rapuh di mana agak mudah untuk batu jatuh atau tergolek sekiranya salah langkah pijak. Pendakian ke sini memang memberikan aderanaline yang tersendiri terutama ketika melalui trek dimana kiri dan kanannya adalah gaung
Last waterpoint, sebelum sampai ke Puncak Bubu
12) Gunung Bubu
Gunung Bubu antara berpuluh-puluh gunung ganang dan bukit yang terdapat di daerah Hulu perak yang cukup menarik yang terdapat di sekitar kawasan Gerik yang wajib didaki. Bukit yang berketinggian 619 Meter ini walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Kenderong & Kerunai (K2) Gunung Papulut & Pulut tetapi berada di puncak bukit menjanjikan pemandangan 360 darjah indah kawasan sekitar Gerik dan dari sini boleh kelihatan K2 yang terbentang luas. Gunung yang terletak di kawasan Bersia, Gerik ini boleh dimasuki melalui jalan menuju ke Tasik Temenggor - Pangkalan Trojan dimana pertengahan jalan akan menjumpai satu simpang laluan masuk (starting point) menuju ke Gunung Bubu. Apa yang menariknya di puncak terdapat tinggalan beirut lama yang sudah jatuh menyembah bumi selain daripada itu terdapat kawasan lumut yang cukup indah yang masih belum terusik.
Awan karpet di Puncak Gunung Semanggol
13) Gunung Semanggol
Gunung yang terletak di daerah Kerian, Perak ini terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol. Gunung yang berketinggian 390 Meter antara lokasi yang cukup menarik untuk dijadikan tempat mendaki atau training pada hujung minggu selain daripada Bukit Larut. Walaupun Gunung semanggol ini digelar Gunung tapi tahap ketinggian adalah level ketinggian bukit sama seperti seperti Gunung Baling & Gunung Pulut tetapi apa yang paling menariknya mendaki disini adalah view dari puncak Gunung Semanggol yang 360% sungguh menakjubkan terutama ketika waktu matahari terbit, sekiranya bernasib baik himpunan awan kapas menanti kehadiran pendaki. Dari puncak gunung boleh melihat dengan jelas pemandangan Bukit Merah laketown, Bukit Larut, laut, ladang sawit dan pemandangan sawah padi terbentang luas cukup memukau! Keadaan laluan trek Gunung Semanggol walaupun rendah tapi agak pacak cukup memberi kepuasan dan cabaran ketika mendaki, jadi pastikan membawa air yang secukupnya. Bagi yang sukakan aktiviti camping, sob boleh cadangkan untuk bermalam di puncak gunung kerana terdapat tapak yang luas untuk dijadikan kemsite.
Gunung Kerunai terletak bersebelahan dengan Gunung Kenderong, berketinggian lebih 1000 Meter turut dikenali sebagai K2 Malaya gabungan nama iaitu Kenderong & Kerunai yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik ini terletak di Gerik, Perak. Kebiasaanya para pendaki sudah Sinonim dengan gelaran K2 dimana kebiasaanya para pendaki akan mendaki kedua-dua puncak ini didalam satu ekspedisi pendakian kerana puncaknya bersebelahan. Sepanjang perjalanan mendaki ke puncak akan melalui jalan-jalan denai yang terbuka terbuka memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan dapat menyaksikan pemandangan kawasan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan indah Gunung Kenderong berdiri megah.
Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 Meter ini terletak di Gerik Perak. Laluan utama untuk mendaki Gunung Kenderong adalah melalui dari Kampung Pahat. Gabungan nama dua gunung iaitu Kenderong& Kerunai u digelar K2 Malaya merupakan rentis gunung paling popular di daerah Hulu Perak.Terletak di tengah-tengah antara Banjaran Bintang & Banjaran Titiwangsa, view di puncaknya jarang sekali mengecewakan. Trek Gunung Kenderong merupakan antara yang paling mencabar & pacak serta memerlukan sedikit technical climb, perjalanan masa untuk memanjat Gunung Kenderong mengambil masa selama 4-5 jam secara daypack dan terdapat satu kemsite dikenali sebagai Kem Solar yang akan ditemui dalam perjalanan ke Puncak..Trek gunung yang sob boleh disifatkan treknya lengan bertemu lutut tambahan pula sekiranya mendaki ketika cuaca yang panas kerana sepanjang mendaki menuju ke puncak tak begitu banyak pokok besar boleh dijadikan tempat berteduh dan trek yang agak mencabar pacak daripada bawah sehingga ke punca disebabkan trek gunung kenderong ini agak mencabar dan keindahan himpunan awan kapet yang cukup memukau membuatkan ramai yang kembali lagi mendaki di sini.
Di checkpoint terakhir sebelum sampai ke Puncak Batu Putih
16) Bukit Batu Putih
Bukit Batu Putih yang berketinggian 135.9 meter, terletak di Gopen, Perak. Tahap kesukaran untuk ke puncak Bukit Batu Putih boleh dikategorikan sebagai trek yang sesual untuk lapisan umur dimana trek yang perlu dilalui agak jelas dimana untuk mendaki dan menurun menggunakan trek yang sama. Anggaran pendakian ke puncak mengambil masa selama 30 minit dan sepanjang perjalanan terdapat lebih kurang 3 checkpoint untuk berehat sebelum sampai ke puncak. Pemandangan di puncak boleh kelihatan jelas pemandangan kawasan sekitar serta sungai Geroh antara laluan yang popular dengan sukan water rafting. Untuk mendaki disini dikenakan bayaran sebanyak RM 2.00 seorang
Pemandangan dari Bukit Batu Suluh berlatarbelakangkan Empangan SAS & Gunung Korbu
17) Bukit Batu Suluh
Bukit Batu Suluh yang berketinggian 401 Meter, terletak di Ulu Kinta, lokasi bukit yang terletak di laluan yang sama untuk mendaki Gunung Korbu. Apa yang menariknya mengenai Bukit ini ialah walaupun ketinggiannya agak rendah tapi sepanjang jalan untuk menuju ke puncak di kiri dan kanan sepanjang trek akan menjumpai banyak tumbuhan-tumbuhan yang menarik dan unik selain daripada pemandangan yang cantik boleh dilihat seperti empangan SAS, Gunung Korbu & bandaraya Ipoh. Keadaan trek pulak berbeza dengan Bukit Batu Putih yang lebih mudah didaki berbanding sini keadaan treknya yang agak pacak dari permulaan dan di sesetengah laluan, terpaksa melalui laluan yang berbatu-batu yang agak sempit dimana di kiri & kanan adalah gaung.
Image may be NSFW.
Clik here to view.![]()
Clik here to view.

Gunung Pulut berketinggian 651 Meter terletak di Gerik, Perak sudah mula semakin dikenali oleh Para pendaki seperti Gunung Kenderong & Gunung Kerunai Gunung Pulut mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun dengan ketinggian yang agak rendah berbanding gunung lain di Gerik dan tingginya boleh dikategorikan dengan ketinggian bukit tapi pendakian anda disini akan selalu disajikan dengan pemandangan indah ketika matahari terbit dan hamparan lautan awan karpet di di sekeliling gunung. Memang tidak dinafikan ada sedikit pertikaian mengenai kewujudan nama Gunung ini kerana tidak ada di dalam Topo tidak seperti Gunung Papulut yang terletak bersebelahan yang terdapat Beirut di puncaknya, tapi selalunya pendaki yang mendaki di sini selalu bernasib baik kerana sering dibelanjakan dengan pemandangan Cukup cantik daripada Puncak. Waktu yang paling sesuai untuk datang kesini ketika awal pagi dimana sekiranya bertuah kelihatan himpunan awan karpet menutupi pekan Gerik dan kampung yang berhampiran sehingga menghasilkan pemandangan negeri di atas awan. Di laluan terakhir untuk sampai ke puncak terpaksa mendaki bukit yang pacaknya 80 darjah dimana di kiri & kanan adalah gaung. Dari sini boleh kelihatan jelas Gunung Kenderong dan kerunai manakala pemandangan di sebelah belakang pemandangan Gunung Papulut
Pokok-pokok besar yang dijumpai dalam perjalanan menuju ke Puncak Papulut
19) Gunung Papulut
Gunung Papulut berketinggian 725.72 Meter ini merupakan gunung yang sebenar yang dinyatakan di dalam topo terletak Gerik, Perak di dalam kawasan hutan Simpan Papulut dimana di atas puncak gunung terdapat tinggalan beirut lama yang sudah rebah menyembah bumi. Gunung papulut diantara berpuluh gunung & bukit yang berada di Banjaran Papulut sangat menarik dan rare untuk didaki kerana keindahan kepelbagaian flora & fauna yang boleh ditemui sepanjang jalan, anggaran masa pendakian secara santai selama 3 jam dimana laluan trek yang tidak jelas dan ini antara laluan penghuni rimba. Selain itu laluan dari satu trek ke trek yang lain kebanyakan melalui permatang di mana terdapat pokok-pokok yang menarik dapat ditemui sepanjang jalan. Banjaran papulut menganjur dari Gerik - Nenering, terletak di tengah-tengah dipisahkan oleh lebuhraya Gerik- kuala dari bintang hijau & sungai perak dari Titiwangsa. Daripada atas puncak boleh kelihatan puncak K2, Puncak Pulut, Bukit Puteri, Bukit Gelok & Empangan Kenering
Di Puncak Gunung Semeru, Indonesia
20) Gunung Semeru
Gunung Semeru merupakan gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, berketinggian 3,676 meter dan terletak di Pulau Jawa, Indonesia. Tersenarai di antara 7 summit Indonesia, gunung yang ke 3 tertinggi di Indonesia ini kebiasaan masa pendakian yang diambil selama 3h2m secara santai dan akan melalui beberapa kemsite & checkpoint seperti Watu Rejeng, Ranu Kumbolo, Jambangan, Kalimati & Cemoro Tunggal menuju ke Puncak Semeru puncak tertinggi di Tanah Jawa, Indonesia. Di puncak Gunung boleh kelihatan Kawah di puncak Gunung Semeru dikenal dengan nama Jonggring Saloko yang masih aktif dimana akan mengeluar bunyi dan asap gunung berapi. Apa yang menariknya mendaki disini selain daripada pemandangan indah yang boleh dilihat di sepanjang jalan terutama di Ranu Kumbolo keadaan trek adalah lebih senang dan santai berbanding Gunung Kerinci kecuali daripada Arcopodo menuju puncak Semeru anggaran masa pendakian yang diperlukan antara 3-6 jam, kerana melalui trek bukit pasir yang berbatu dan sangat curam & ini merupakan trips penutup bagi kalender tahun 2017.
Orang sering bertanya kenapa suka mendaki ?
Jangan hanya bertanya tapi cuba lakukan sendiri :)
Percayalah perjalanan untuk menuju ke puncak masih jauh, tetapi ia sentiasa berada di atas sana. Bau tanah selalu menjaga semangatku untuk terus mendaki dengan terus bersemangat bukan sekadar membawa tubuh tanpa ada perasaan. Terima kasih 2017, satu tahun yang penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan dan pengalaman yang ditempuhi cukup luar biasa dimana cukup indah untuk dikenang !
Looking forward to more adventure 2018 !