Satu perjalanan merentasi sempadan negara daripada Malaysia menuju ke Indonesia, menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa dengan tujuan yang satu ingin menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Kepulauan Jawa iaitu Gunung Semeru yang terletak di wilayah dua kabupaten, yakni Kabupaten Malang dan Kabupaten Lumajang, Provinsi Jawa Timur. Gunung yang turut dikenali Puncak Abadi Para Dewa di mana pendakian kami yang mengambil masa selama 3H2M bermula daripada Ranu Pani melalui beberapa checkpoint & campsite seperti Watu Rejeng, Ranu Kumbolo, Jambangan, Kalimati & Cemoro Tunggal sehingga sampai ke Puncak Semeru puncak tertinggi di Tanah Jawa, Indonesia. Gunung semeru yang cukup terkenal di kalangan pendaki Malaysia kerana keindahan panorama gunung-ganangnya dan keadaan trek yang bakal dilalui cukup memberikan cabaran yang tersendiri dan membangkitkan perasaan adrenaline buat penggemar aktiviti mendaki !
Gunung Semeru berketinggian 3676 mdpl, Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia
Hari Pertama
( 04 December 2018 )
Dari kuala Lumpur ke Malang
Tanggal 04 December 2018, Sob bersama teman-teman dari Team Gerik Silver iaitu Matdro, Apit & Mirol bergerak daripada KLIA2 menuju ke Lapangan Terbang Juanda - Terminal 2 dengan menaiki pesawat Air Asia XT-321, lebih kurang pukuL l1.00 am kami semua selamat mendarat ke Kepulauan Jawa, Indonesia disini kami disambut oleh Gogo daripada Pewai Adventure saudara Edy dan rakan-rakan yang lain yang terlebih dahulu sampai sehari lebih awal. Seterusnya menaiki van membawa kami semua menuju ke Kota Malang, dimana anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Perjalanan menuju ke Kota Malang cukup menarik perhatian sob selain dari view gunung ganang kelihatan juga begitu banyak masjid & surau yang didirikan dengan jarak yang agak berdekatan satu pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat di sini :P
Dari kuala Lumpur ke Malang
Tanggal 04 December 2018, Sob bersama teman-teman dari Team Gerik Silver iaitu Matdro, Apit & Mirol bergerak daripada KLIA2 menuju ke Lapangan Terbang Juanda - Terminal 2 dengan menaiki pesawat Air Asia XT-321, lebih kurang pukuL l1.00 am kami semua selamat mendarat ke Kepulauan Jawa, Indonesia disini kami disambut oleh Gogo daripada Pewai Adventure saudara Edy dan rakan-rakan yang lain yang terlebih dahulu sampai sehari lebih awal. Seterusnya menaiki van membawa kami semua menuju ke Kota Malang, dimana anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Perjalanan menuju ke Kota Malang cukup menarik perhatian sob selain dari view gunung ganang kelihatan juga begitu banyak masjid & surau yang didirikan dengan jarak yang agak berdekatan satu pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat di sini :P
Terlebih dahulu sebelum berangkat ke sini Sob membuat tempahan tiket penerbangan secara online di traveloka.com, cukup mudah serta berbaloi dengan promosi-promosi yang selalu ditawarkan. Alhamdulillah pada pertengahan tahun 2017 sob ada menyertai Contest #MYTravelAdventure by Traveloka dimana kisah mendaki Gunung Kinabalu terpilih dalam senarai 5 yang terbaik dan dapatlah sob gunakan hadiah RM1000 kepada Tiket Flight & Hotel! rezeki pengguna setia traveloka.com
Pemandangan pekan kecil daripada Basecamp ( Jaka Basecamp ) tempat penginapan kami sebelum bergerak menuju ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru
Kesemua lineup bersiap sedia menuju ke Starting Point Taman Nasional Semeru! let pewai :)
(05 December 2017)
Perjalanan menuju ke Ranupani !
Ini merupakan lokasi permulaan kami untuk memulakan pendakian. Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam lebih menggunakan Jeep melalui kawasan perkampungan di Malang pada awalnya kelihatan di kiri dan kanan ladang-ladang epal yang cukup luas, seterusnya semakin jauh perjalanan menuju ke atas akan melalui pula kawasan dipenuhi dengan ladang-ladang sayur milik penduduk tempatan yang cukup indah seluas saujana memandang di lereng-lereng bukit dan turut kelihatan hutan Pine tree di kiri dan kanan cukup indah dan mempesonakan membuatakan kami semua bertambah teruja untuk mendaki.
Pemandangan indah di kiri dan kanan dalam perjalanan seolah-olah seperti melihat sebuah lukisan alam
Jalan kampung yang sedang dinaik taraf, dari sini meneruskan perjalanan dengan menaiki motosikal meneruskan perjalanan ke Desa Ranu Pane memerlukan bantuan motosikal penduduk kampung ke Tempat pendaftaran untuk mendaki mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Di Pos Ranupani untuk mendaftar
Lebih kurang 20 minit perjalanan daripada tempat Jeep memberhentikan kami dan meneruskan perjalanan menaiki motosikal dimana sepanjang jalan dihidangkan dengan pemandangan indah ladang sayur akhirnya kami sampai ke Balai Besar Taman National Bromo Tengger Semeru di mana wajib para pendaki mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian.
Sedikit info yang cukup menarik untuk dikongsikan, mulai 01 Oktober 2017 setiap pendaki harus memohon permohonan untuk mendaki secara online dan terdapat limit quota pendakian untuk satu-satu masa selain itu perlu juga membawa salinan pemeriksaan kesihatan, Pengenalan diri dan senarai barang keperluan mendaki sebelum dibenarkan untuk memulakan pendakian
Sahabat petualangan muka ceria sebelum memulakan langkah untuk mendaki, terlebih dahulu di permulaan jalan akan melalui kawasan jalan di ladang-ladang sayur kehijauan yang cukup menyegarkan mata.
Kisah Pendakian Semeru, Trips kroni adik-beradik !
Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami memulakan pendakian yang bermula dari pintu Taman Nasional Bromo Tengger Semeru melalui jalur Desa Ranu Pani, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang dan menuju ke Kem Kali Mati untuk berehat sebentar sebelum keesokan harinya meneruskan misi summit atack menuju ke puncak. Tempoh masa perjalanan yang diambil selama 6-8 jam perjalanan secara santai merentasi pelbagai panorama indah yang berbeza-beza dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Berada di Pos 1
Terdapat lebih kurang 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo untuk berehat dan makan tengahari di Ranu Kumbolo, yang menariknya di pos-pos tersebut terdapat peniaga kecil menjual kuih muih dan minuman panas. kopi hitam & kuih muih yang cukup simple tapi rasanya cukup padu yang berharga 5000 rupiah yang dijual sepanjang trek menjadi peneman ketika untuk melepaskan lelah sebentar setelah penat mendaki.
Look deep into nature, and then you will understand everything better.
Di Tasik Ranu Kumbolo tasik suci, berhenti di sini sebentar untuk menikmati makan tengahari.
Perjalanan santai menuju ke Ranu Kumbolo
Kedengaran 8 jam perjalanan itu jauh dan cukup membebankan untuk dilalui, yeah betul walaupun teknya tidak begitu pacak serta agak santai tapi masih memerlukan mengeluarkan kudrat untuk mendaki tapi perjalanan yang dilalui tidak begitu terasa kerana keadaan suhu yang nyaman sejuk di sepanjang perjalanan tambahan pula pemandangan indah di kiri & kanan sepanjang pendakian. Selain itu turut kelihatan pelbagai jenis kulat dan pokok orkid yang boleh dijumpai cukup menarik perhatian.
Pendakian yang santai menuju ke Ranu kumbolo melalui Watu Rejeng di sini terdapat sebuah tasik yang dianggap suci oleh penduduk tempatan yang terjaga dimana terdapat pantang larang & adat tertentu yang perlu dipatuhi ketika berkunjung disini, antara pantang larang yang perlu dipatuhi ialah para pendaki dilarang membasuh tangan, air yang yang hendak diambil terlebih dahulu menggunakan botol atau bald.. Air tasik yang bersih ini boleh diisi terus untuk diminum seperti diberitahu oleh porte.
Tasik Ranu Kumbolo yang terletak di pertengahan jalan sememangnya memukau pandangan setiap pendaki membuatkan perjalanan menuju ke sini rasa sangat berbaloi. Selepas melalui tasik berkenaan, terdapat sebuah bukit kecil yang perlu dilalui dan ia dikenali sebagai Bukit Tanjakan Cinta dengan panorama indah sepanjang pendakian.
Pendakian yang santai menuju ke Ranu kumbolo melalui Watu Rejeng di sini terdapat sebuah tasik yang dianggap suci oleh penduduk tempatan yang terjaga dimana terdapat pantang larang & adat tertentu yang perlu dipatuhi ketika berkunjung disini, antara pantang larang yang perlu dipatuhi ialah para pendaki dilarang membasuh tangan, air yang yang hendak diambil terlebih dahulu menggunakan botol atau bald.. Air tasik yang bersih ini boleh diisi terus untuk diminum seperti diberitahu oleh porte.
Tasik Ranu Kumbolo yang terletak di pertengahan jalan sememangnya memukau pandangan setiap pendaki membuatkan perjalanan menuju ke sini rasa sangat berbaloi. Selepas melalui tasik berkenaan, terdapat sebuah bukit kecil yang perlu dilalui dan ia dikenali sebagai Bukit Tanjakan Cinta dengan panorama indah sepanjang pendakian.
Pemandangan Tasik Ranu Kumbolo daripada atas Bukit Tanjakan Cinta, tasik semakin ditupi oleh kabus selepas hujan renyai-renyai.
Bunga liar di bawah bukit berwarna ungu seakan lavender memukau mata, bukit terbentang padang rumput yang luas yang dinamakan oro-oro ombo. Oro-oro ombo dikelilingi bukit dan gunung dengan pemandangan yang sangat indah, padang rumput luas dengan lereng yang ditumbuhi pohon pinus
Perjalanan lebih kurang 10 minit menuju ke Oro-Oro Ombo selepas melalui Bukit Tanjakan cinta satu perasaan takjub yang tak dapat digambarkan betapa indahnya ciptaanmu tuhan, lautan bunga berwarna ungu persis bunga lavender walaupun ia sekadar 'bunga parasit' tapi ia cukup menarik untuk dihayati sentiasa menanti kehadiran para pendaki. Gabungan pemandangan lereng-lereng bukit kehijauan bunga bunga indah berwarna ungu serta langit yang membiru memang mewujudkan warna-warna alam yang cukup harmoni !
Setelahnya melalui laluan di hamparan bunga persis lavender kelihatan bukit di hadapan kami yang masih perlu didaki anggaran perjalanan perjalanan sekitar 2 jam setengah lagi untuk sampai ke Kalimati dimana disitu merupakan kemsite kami akan bermalam, semasa dalam perjalanan menuju ke Kalimati sesekali sekala kami melihat kelibat sang Semeru menunjukkan dirinya di sebalik kabus yang bakal didaki keesokan harinya !
Cemoro Kandang berketinggian 2500 Mtr menuju kemsite Kalimati
Daripada Cemoro Kandang, perjalanan masih berbaki beberapa kilometer yang harus dilalui. Pemandangan gunung yang bakal dilalui mula berubah panorama nya daripada melalui kawasan savana kehijau seterusnya akan melalui kawasan ditumbuhi hutan cemara dan pinus. Keadaan pokok disini kelihatan banyak seperti pokok pine serta susana yang berkabus dan hujan mulai turun di setengah laluan trek, kadang-kala diselingi dengan bunyi-bunyi burung, unggas cukup memberikan satu perasaan mistik ketika melalui di kawasan ini.
Pos Kalimati berada pada ketinggian 2.700 Mtr
Pos Kalimati terletak di kaki Gunung Semeru yang mempunyai sumber air bersih yang tersendiri jadi untuk bermalam dan beristirahat disini terlebih dahulu menjadi pilihan ramai pendaki berbanding tidur di Arcopodo, walaupun jarak dari Arcopodo untuk ke puncak lebih dekat tapi memerlukan kita mendaki lagi dalam tempoh 1 jam setengah dengan permukaan trek yang agak pacak dan tidak mempunyai sumber air disitu perlu dibawa oleh pendaki selain daripada saiz kemsite yang tidak seluas di Pos Kalimati.
Lokasi kemsite yang indah dan luas ini terletak di tepi hutan cemara dipenuhi dengan padang rumput yang luas dan keperangan menghasilkan pemandangan savana. dari seni sudah boleh kelihatan susuk tubuh gunung semeru dengan jelas yang akan didaki pada kesokan harinya. Suasana disini bayangkan disini dengan suhu yang tak menentu kadang-kadang berkabus, dingin dan kadang-kadang terasa tiupan angin kencang memberikan pengalaman bercamping yang cukup luar biasa.
Tepat pukul 5.00 petang kami semua sudah sampai di Pos Kalimati, masa disini adalah lebih cepat berlalu berbanding di Malaysia, ketika kami sampai ke sini hari sudah lewat petang dan hari semakin gelap, kabus sudah mula menutupi pemandangan di kiri & kanan. Bertapa bersyukur nya dan nikmatnya apabila sampai di Kalimati khemah dan makan malam sudah siap dirikan oleh Porte berbanding dengan trips di Kerinchi. Menunya pulak cukup menarik nasi putih, sup daging bersama telur dadar memang cukup menyelerakan apabila dinikmati pada cuaca yang semakin dingin selain itu dapat mengembalikan kembali tenaga kami semua selepas penat seharian mendaki.
Walaupun sekadar dapat lelapkan mata hanya sebentar itu pun tidur-tidur ayam, perasaan tidur di sini hanya tuhan tahu berapa sejuknya di malam hari sampaikan memakai beberapa helai baju dan sleeping beg masih terasa kedinginan malam. 'Selamat malam kalimati, ya Allah semoga esok perjalananku dipermudahkan tiada badai atau angin kuat melanda ketika mendaki ke Puncak, Semeru tunggu aku datang !
Semangat Semeru, hang tunggu aku datang !
Hari Kedua berada di Semeru setelah melakukan tracking lebih 7 jam menuju ke kem site kalimati, dapatlah berehat lebih kurang 4 jam tanpa tidur yang nyenyak mungkin disebabkan suhu yang sejuk lebih kurang 2.30 pagi sob dan rakan-rakan telah dikejutkan untuk bersiap untuk Misi Summit Attack yang mungkin mengambil masa lebih 8 jam bagi perjalanan santai untuk sampai ke puncak.
Pendakian di awal pagi daripada Kalimati menuju ke ke Arcopo pada mulanya masih lagi dalam keadaan steady, masih dalam mood panaskan badan mencari rentak mendaki trek gunung berapi! Jalur pendakian yang dilalui sudah mula pacak dan cuaca yang agak dingin yeah nampaknya cabaran Semeru sudah bermula! Lebih kurang 1 jam mendaki seterusnya akhirnya sampai ke Arcopodo, meneruskan perjalanan menuju ke Cemoro Tunggal hingga ke puncak dimana tempoh pendakian yang diambil lebih kurang 7 jam.
Pendakian kali ke dua sob mendaki trek gunung berapi yang antara paling pewai bersepah, bayangkan dengan langkah 5 ke 10 langkah pasti akan berhenti mengambil nafas sebentar berbanding mendaki Gunung Kerinci mungkin disebabkan struktur tanah gunung berapi disini trek tanahnya berpasir, lembut & batuan yang mudah untuk jatuh ke bawah menyebabkan langkah kaki kita akan jatuh ke bawah balik apabila cuba melangkah ke atas. Pada masa itu kekuatan kaki & tangan memang diperlukan sehingga di satu-satu laluan memang memerlukan sob merangkak kaki & tangan pasak ke bumi untuk menahan daripada berundur ke bawah.
Mendaki itu mengajar kita semua mengenal batas-batas dan kemampuan diri bukan untuk kita untuk mencabar alam
Lebih kurang 20 minit lagi hendak sampai ke puncak kedengaran satu bunyi letupan yang kuat di puncak Gunung, kelihatan asap tebal menjulang ke udara menunggu kehadiran kami semua ke Puncak di mana dalam diam sang Semeru telah mengeluarkan bunyinya !
Trek yang dilihat dari bawah kelihatan semakin mula menghampiri penghujung tapi sayang itu sekadar ilusi budak pewai semata-mata, ternyata masih jauh perjalanan untuk sampai ke puncak. Berbekal semangat Malaysia Boleh kami gagahkan juga melangkah selangkah demi selangkah sehingga sampai ke puncak. Alhamdulillah walaupun tidak berpeluang melihat matahari terbit di puncak tapi ketika dalam perjalanan menuju ke puncak masih dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang menyinar merah kemasan yang cukup indah, subhanallah Allah maha besar!
Alhamdulillah lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu Indonesia pagi, semua lineup telah sampai menjejakkan kaki di Puncak Gunung Semeru - Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia, rasa sangat bersyukur dan puas dirasakan setelah melalui perjalanan yang panjang melalui pelbagai dugaan serta cabaran alhamdulillah pada akhirnya kami sampai ke sini !
Gunung Semeru berketinggian 3676 Mtr
Gerik Silver X Semeru 2017
Gerik Silver X Semeru 2017
Berada di Puncak yang berketinggian 3676 Mtr dari aras laut & merupakan puncak ketiga tertinggi di Indonesia memang memberikan kepuasan tersendiri. Melihat, mendengar bunyi-bunyi & asap daripada kawah gunung berapi memang cukup menginsafi bukan satu situasi yang biasa boleh dijumpai di tanah air tercinta. Pemandangan di Puncak memang cukup mempersonakan seolah-olah kehadiran Sob dan teman-teman di sambut dengan Hamparan awan karpet putih yang menebal menanti kehadiran kami, cuaca yang cerah cukup jelas untuk melihat pemandangan indah di sekitar Gunung. Pemandangan gunung-ganang seluas mata memandang memang memberikan aura semangat pendaki yang diidamkan, Semeru bukan biasa-biasa tapi cukup luar biasa aura gunungnya.
Perjalanan naik ke puncak hampir 6 jam manakala turun pula sekitar 1 jam perjalanan,Laluan berpasir gunung berapi yang mempunyai kecuraman 70 darjah dan angin kuat menghembus laluan menjadikan suhu persekitaran mencecah empat darjah Celcius, benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal.
Clik here to view.

Lebih kurang 50 minit di puncak sob memutuskan untuk pulang ke Kalimati untuk berehat sebentar sambil menunggu kesemua lineup sampai ke sini seterusnya makan tengahari dan bersiap-siap kemas peralatan menuju ke Ranu Kumbolo untuk bermalam lagi semalam serta berehat-rehat satu kerugian sekiranya tidak bermalam tasik Ranu Kumbolo kerana pemandangan disana cukup cantik.
Selamat Tinggal Kalimati, Jumpa lagi Gunung Semeru di lain waktu. Perjalanan diteruskan kembali menuju ke Ranu Kumbolo.
Good morning, begin your day with good feeling 😎
. Ranu kumbolo mountainous lake located in Bromo Tengger Semeru, national park, East Java
(07 December 2017)
Suasana Pagi di Ranu Kumbolo & pulang
Suasana pagi di Ranu Kumbolo benar-benar memberikan auranya tenang dan positif yang tersendiri, selepas penat seharian mendaki Gunung Semeru akhirnya dapat juga melakukan aktiviti yang santai bersama sahabat petualang yang lain. Langit biru, cahaya matahari dan danau Ranu Kumbolo menikmati pula sarapan pagi yang disediakan oleh Pak Porter bersama kopi hitam yang panas di pagi hari yang nyaman membuatkan segalanya cukup sempurna untuk memulakan hari, semua masalah yang dihadapi seolah-olah hilang buat seketika dimana setiap detik yang berlalu dinikmati sepenuhnya.
Suasana pagi di sekitar Tasik Ranu Kumbolo
Perjalanan turun menuju kembali ke pintu rimba semuanya dalam keadaan terkawal dan alhamdulillah tidak ada team kami yang mengalami kecederaan teruk sepanjang tempoh pendakian Gunung semeru cuma beberapa team yang agak keletihan dan pewai dan itu adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh para pendaki dan lebih kurang pukul 4.00 petang diiringi oleh hujan lebat kami semua selamat sampai keluar, syukur alhamdulillah.