Suasana malam di tapak perkhemahan, suhu malam jangan cakaplah bro kalau tak pakai baju panas atau baju berlapis-lapis memang boleh menggigil kesejukan bila keluar dari khemah apabila hendak menuju ke tandas atau ke kedai makan berasap-asap mulut bila bercakap.
Di bawah adalah khemah yang disewa oleh kami sob dan Look dimana boleh memuatkan 3 orang dan saiznya agak besar tapi kami hanya berkongsi hanya berdua. Peralatan yang diberikan lampu, selimut tebal, pelapik tidur pula berupa toto yang gebu memang nyenyak tidur sepanjang 3h2m berkhemah di sini, agak berbeza kelengkapan daripada khemah-khemah yang lain hanya diberikan pelapik tidur dan selimut sahaja.
Di bawah adalah khemah yang disewa oleh kami sob dan Look dimana boleh memuatkan 3 orang dan saiznya agak besar tapi kami hanya berkongsi hanya berdua. Peralatan yang diberikan lampu, selimut tebal, pelapik tidur pula berupa toto yang gebu memang nyenyak tidur sepanjang 3h2m berkhemah di sini, agak berbeza kelengkapan daripada khemah-khemah yang lain hanya diberikan pelapik tidur dan selimut sahaja.
Disini juga banyak rusa-rusa liar besar berkeliaran tapi jinak bermain-main dan mencari makanan di sekitar kawasan tapak perkhemahan
Meggi seafood dan fresh oren
Sepanjang sob berada disini kebanyakan waktu hanya makan di kedai Mr Dan, kerana dia agak paham apa menu yang boleh sob makan as muslim jadi bab makanan takde masalah sangat. Selalu order telur dadar dengan nasi putih kalau nak rasa special sikit tambah tomyam seafood. Sarapan pagi pula roti bakar dan kopi panas cukup menyegarkan untuk permulaan hari. Oh ya bagi yang membawa stok makanan sendiri seperti maggi cup atau minuman 3in1 nescafe atau milo air panas boleh dibeli disini. Disebabkan sob adalah regular customer jadi untuk charge bateri telefon di kedai ini tidak bayaran dikenakan, it free
Hari Ketiga
Phu kradueng national park
Hari ketiga di bumi Thailand, suasana pagi dari tapak campsite berkabus dan suhu ketika itu terasa sangat nyaman tapi sejuk dengan tiupan angin. Seawal pagi sob telah bersiap untuk pergi melihat sunrise, bersiap lebih kurang sahaja gosok gigi pun depan khemah sebab hari masih gelap dan seterusnya perlahan-lahan melangkah mengikut lampu headlamp pendaki yang lain menuju ke tempat menunggu berkumpul untuk lokasi melihat matahari terbit.
Menariknya di sini akan dibuat pengumuman terlebih dahulu memberitahu waktu berkumpul sekiranya anda berminat bersama-sama pergi melihat matahari terbit, dimana lokasi daripada tapak perkhemahan lebih kurang 15 minit berjalan kaki dan sejauh 3km, petugas akan membuat pengumuman untuk meminta pengunjung berkumpul di hadapan visitor center dan mereka akan mengiringi terus ke Cliff Nok Aen. Untuk maklumat tambahan boleh pergi pergi ke pusat informasi untuk bertanyakan waktu dan aktiviti yang boleh dilakukan disini.
Pemandangan di sekeliling, dari platform viewpoint.
Selamat pagi, Thailand
Aktiviti wajib di Phu Kradueng adalah melihat sunrise dan sunset. Salah satu sebab kenapa ramai yang ingin ke puncaknya hanya untuk melihat sunrise yang dikatakan antara lokasi terbaik di wilayah Loei, jom kita layan sunrise dahulu.
Alhamdulilah rezeki, sunrise hari kedua adalah lebih cantik daripada sunset yang sob dapat pada hari pertama, walaupun pada mulanya agak hampa dengan kehadiran kabus yang menutup pemandangan tapi lama kelamaan kabus beransur hilang ditiup angin dan munculah matahari terbit kekuningan yang memukau pandangan tapi percayalah sunrise di gunung-gunung Malaysia adalah jauh lebih cantik.
Tidak lama sob berada disini lebih kurang 20 minit, perut sudah mula berkeroncong minta untuk diisi dengan segera bila hari beransur cerah mula bergerak ke Tapak Perkhemahan kembali. Jangan risau disini juga terdapat Ranger yang bertugas membantu pergerakan anda untuk bertanyakan jalan dan mereka juga membuka gerai yang menjual kopi panas, maggi cup dan ubi bakar.
Perjalanan pulang dari Nok Aen ke Tapak khemah, menariknya terserempak dengan rusa sambar yang tengah meragut rumput.
Melalui kawasan tasik-tasik kecil yang dikelilingi Pokok Pine dan Oak
Selepas selesai bersarapan pagi, seawal pagi sob dan Look bersiap-siap untuk menjelajah keseluruhan kawasan Taman Negara ini, pada hari pertama kami berdua telah merancang untuk menyusuri semua tourist attraction disini, ini bermakna kami berdua akan melalui trek kawasan hutan, laluan sungai-sungai kecil, air terjun, tasik, cliff, savana dan trek yang bakal dilalui oleh kami sangatlah panjang untuk membuat satu pusingan yang lengkap. Perjalanan kami berdua hampir mengambil masa selama 11 jam untuk sampai kembali ke tapak perkhemahan, pewai teruk bang hiking kat trek mendatar😄
Image may be NSFW.Clik here to view.

Laluan trek dibahagikan kepada dua arah laluan berbeza, tetapi jangan risau laluan itu tidak akan bergabung atau bertembung, jadi mana-mana laluan yang diikuti tetap akan berakhir.
Di sepanjang laluan terdapat lima checkpoint dibuka pada peak season di Thailand, pada musim biasa hanya 3 checkpoint akan dibuka sepanjang masa. Di setiap kawasan Checkpoint terdapat kawasan untuk berehat dan kedai menjual makanan jadi anda tidak perlu membawa banyak barang cukuplah sekadar sebotol air dan sedikit kelengkapan untuk hiking seperti coklat dan lampu suluh tapi ingat trek yang bakal ditempuh agak panjang dan harga makanan dijual pula agak mahal
Pemandangan di salah satu anak sungai yang dilalui
Yang membuatkan kawasan ini sangat unik adalah kehadiran pokok maple yang banyak boleh ditemui disini, di setengah laluan trek akan kelihatan daun kemerahan meliputi jalan memang cantik. Tak percaya tengok gambar di atas bro, betulkan ? persis berada di negara 4 musim pula rasanya.
Berbalik kepada laluan yang bakal dilalui sesetengah kawasan di sekitar tapak perkhemahan adalah habitat untuk gajah, jadi kita boleh lihat tanda-tanda amaran diletakkan di laluan, sekiranya terdapat gajah di kawasan iturangerr yang bertugas akan menutup kawasan laluan tersebut
Tarikan utama disini adalah waterfall dan cliff, tapi sayangnya ketika waktu sob melawat adalah ketika musim luruh jadi aliran air sangatlah sedikit dan di sepanjang laluan anda boleh menjumpai lebih 7 air terjun disini antaranya air terjun Van quang, Ada yai, Pyeong Phob Mai dan sebagainya.
Nak tengok macam mana aliran waterfall dekat sini boleh google dan kesemua waterfall disini sob berjaya jumpa cuma aliran arusnya agak mengecewakan hampir kering.
Bergambar di salah satu cliff yang cukup terkenal disini
Disini terdapat lebih 6 cliff atau viewpoint di sepanjang jalan dimana dari satu kawasan ke kawasan yang lain terasa agak jauh terutama apabila sudah pewai berjalan lebih daripada 10 jam. Tips sekiranya membawa duit lebih bolehlah menyewa basikal untuk pusing sekeliling taman, lebih menjimatkan masa. Disetiap cliff merupakan kawasan untuk bergambar kerana pemandangan terbuka dari sini anda akan dilatari pemandangan gunung ganang di sekeliling
- Cliff Mac Dook Dek pemerhatian terdekat terletak di sebelah selatan gunung, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat pelawat.
- Cliff on Noah 1.2 km lebih jauh dari barat McDuck atau 3.3 km dari pusat pelawat untuk laluan yang lebih pendek.
- Cliff Yap Mek terletak kira-kira 2.1 km barat tebing Pada Nuh.
- Daeng Viewpoint terletak di 1.2 km barat tebing Iap Me
- Cliff Nok Aan adalah dek pemerhatian terdekat yang menghadap matahari terbit pada waktu pagi. Ia terletak 1.1 km timur pusat pelawat.
- Cliff Lom Sak puncak yang paling popular untuk menonton matahari terbenam di pinggir barat daya dataran tinggi, di 9 km dari pusat pelancongan. Kebanyakan pengunjung sampai ke batu ini untuk melihat matahari terbenam berdekatan ada penjual yang menjual minuman dan makanan ringan.
Suasana senja ketika menuju balik ke tapak perkhemahan.
Bergambar ketika matahari terbenan di Yeab mek cliff
kami berdua mengambil masa lebih kurang 11 jam untuk melengkapi satu pusingan sebelum sampai kembali ke tapak perkhemahan, apa yang menarik di sepanjang perjalanan banyak tumbuhan kecil yang dijumpai seperti periuk kera,orkid-orkid liar, lumut dan cendawan. Tidak dilupakan kelibat rusa-rusa yang jinak dijumpai meragut rumput di tepi laluan trek, yang tidak takut dengan kehadiran pengunjung. Di bawah sob saya kongsikan bagaimana cara anda semua untuk datang ke sini.
Bagaimana untuk Phu Kradueng National Park
Melalui Kereta
Dari Bangkok pergi ke utara di lebuh raya 1, kemudian berpaling ke arah timur ke arah lebuhrayaa 2, di antara Pak Chong dan Nakhon Ratchasima berpaling ke utara lebuh raya 201. Panjang laluan adalah kira-kira km 500. boleh setcoordinate 16.870460, 101.846647
Melalui kereta api
Di Bangkok, naik kereta api di Stesen Keretapi Hualamphong dan ke Stesen Keretapi Khonken, dari sana mengambil bas ke Ley dan turun di Pha Nok Khao atau Phu Kradueng dan kemudian mengambil Song Thae ke [mini van] taman
Melalui bas
Di Bangkok, naik bas ke Lei di stesen bas Mo Chit 2 dan turun di Pha Nok Khao, dan kemudian ambil minivan menuju taman [ sama seperti saya lakukan].