Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar semua? diharapkan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera :P Pengembaraan kita diteruskan lagi melawat ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Untuk pengetahuan korang semua Kilang Mariwasa Kraftangan merupakan pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia dan produk-produk berasaskan silver buatan tangan, trips kali ini agak istimewa kerana kami diberi peluang melihat sendiri bagaimana sesuatu proses pembuatan dijalankan daripada proses awal hingga ke akhir. Owh seblum itu Ini adalah entry terakhir penerokaan kita melawat Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak jadi jom kita singgah sebentar melawat ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd untuk melihat proses ini dijalankan.
- Jemputan FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum
- Kayuhan Basikal Di Bike Ride @ Padang Rengas
- Perak Trips - Victoria Bridge Kuala Kangsar
- Perak Trip - Seni Warisan Tekat Benang Emas
- Perak Trip - Galeri Sultan Azlan Shah
- Perak Trip - Keindahan Masjid Ubudiah
Sebelum itu, marilah kita bersama-sama berdoa semoga bumi Gaza kembali aman sejahtera serta dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. "Ya Allah, berikanlah kekuatan & keselamatan buat sahabat & saudara-saudara Islam ku di Gaza, Palestin dalam menempuhi dugaan, amin"
" PRAY FOR GAZA"
Sejurusnya tiba disini, kami disambut mesra oleh kakitangan Mariwasa Kraftangan diberikan sedikit taklimat mengenai latar belakang syarikat, produk dan perkidmatan yang dihasilkan dan seterusnya dibawa melawat ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana proses dijalankan. Terlebih dahulu dibawa ke ruang pameran untuk melihat produk-produk kraftangan yang dihasilkan.

Antara produk-produk yang dipamerkan di ruang pameran.
Pelbagai jenis dan bentuk aksesori dipamerkan sangat menarik, bagi anda yang berminat bolehlah beli.
Di sudut ruang pameran, dipamerkan pelbagai produk-produk yang dihasilkan untuk tujuan cenderahati atau boleh dijadikan perhiasan, antaranya labu sayung, barang kraftangan yang daripada logam, besi, seramik kaca, frame gambar, beg, aksesori perhiasan dan pelbagai lagi. Sangat menarik melihat produk yang dipamerkan kerana sangat halus dan berkualiti tinggi :P
Setelah diberi sedikit taklimat dan melihat produk-produk yang dipamerkan di ruang pameran kami dibawa sendiri melihat produk yang dihasilkan di sini terutama penghasilan medalion dan pingat-pingat kebesaran. Di bawah saya kongsikan sedikit info bagaimana proses-proses penghasilan Pingat-pingat darjah kebesaran
Antara Contoh pingat-pingat darjah kebesaran, untuk pengetahuan korang hanya di mariwasa kraftangan sahaja dibenarkan untuk menghasilkan pingat-pingat darjah kebesaran
Proses penghasilan agak rumit dan memerlukan ketelitian, kemahiran dan kesabaran yang tinggi, saya nak terangkan dengan lebih detail pun saya agak kurang arif, mungkin sedikit sebanyak gambar di atas boleh membuatkan korang berigiminasi bagaimana proses ini dijalankan jadi sekiranya korang berminat untuk melihat bagaimana proses ini dilakukan daripada mula sehingga ke proses akhir, bolehlah berkunjung sendiri ke Mariwasa Kraftangan, Kuala kangsar, Perak. Selain itu banyak produk-poduk lain yang dihasilkan di sini seperti medalion dan produk berasakan silver sesetengah produk dihasilkan menggunakan mesin dan juga masih diperlukan kemahiran seni mengukir, untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.
Handmade, memerlukan kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi.
Seterusnya kami melawat di ruangan pembungkusan dimana setiap produk yang telah siap dibuat akan dibungkus disini.
Ini adalah cenderahati jenis medalion untuk Lapangan Terbang Klia 2, yang dihasilkan oleh Mariwasa Kraftangan.
Owh bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana proses medalion dihasilkan adalah seperti berikut pertama proses pembuatan medal dan mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya proses rekaan die atau acuan, kemudian proses penempaan medalion, kemudian proses cantuman pengikat medal, proses pegilatan, dan terakhir proses pembukusa.
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Kilang Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd
Lot 522, Kawasan Perusahaan,
33000 Kuala Kangsar, Perak
Tel: 05-776 5888 / 0214 / 0215
Fax: 05-776 0213
Email: sales@mariwasakraftangan.com
Website: www.mariwasakraftangan.com
FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website :www.tourism.gov.my