Assalamualaikum dan salam ramadhan semua.
Bulan ramadhan adalah bulan yang sangat dinantikan saban tahun, bulan yang menjanjikan pahala yang berganda kepada hambanya yang tahu merebutnya, bulan ramadhan tidak seharusnya dibiarkan sebegitu sahaja bahkan patut digandakan amal ibadah dan melakukan amal kebaikan supaya diterima allah s.w.t
Alhamdulilah baru-baru ini, saya menerima telah menerima jemputan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Abang Zuk (Zuk Travel & Tours Snd Bhd) yang bertempat di Jeti kelip-kelip Kampung Dew pada 12 Julai 2014. Majlis ini adalah anjuran Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak yang julung kalinya diadakan bagi meraikan tetamu-tetamu terhormat kita anak-anak yatim dari kawasan Ulu Sepetang, Taman Berkat Simpang dan dari Kg Dew Seberang. Majlis kali ini juga turut diserikan dengan kehadiran Staf-staf Tourism Malaysia Perak, wakil media (berita harian & ipoh encho), travel agensi (Komas Safar Travel & Tours Sdn Bhd) dan para bloggers datang untuk memberikan bantuan bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis berbuka puasa ini.
Majlis Berbuka Puasa I 12 Julai 2014
Anjuran Kelip-kelip kampung Dew bersama zuk travel & Tours Snd Bhd
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

Majlis yang berlangsung secara bersederhana tapi cukup meriah untuk meraikan anak-anak yatim dari kawasan Ulu Sepetang, Taman Berkat Simpang dan dari Kg Dew Seberang bertujuan untuk kita bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut bulan ramadhan disamping tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik. Selain diadakan majlis berbuka puasa, solat maghrib berjemaah bersama-sama kami diberi peluang untuk merasai keunikan dan tarikan yang popular yang terdapat di Kampung Dew iaitu melihat sendiri kelip-kelip di persisiran sungai kampung Dew.
Di bawah saya kongsikan sedikit sebanyak perjalanan majlis berbuka puasa.
2.00 petang : Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk
4.00 petang : Agihan Bubur Lambuk kepada orang ramai
5.30 petang : Agihan Bubur Lambuk di Tol Kamunting
7.00 petang -11 malam : Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah di Jeti, Solat Isyak
dan Terawih Berjemaah di Masjid Kg Dew, Melawat kelip-kelip dan
majlis penutup.
dan Terawih Berjemaah di Masjid Kg Dew, Melawat kelip-kelip dan
majlis penutup.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

Bubur-bubur lambuk dibungkus untuk diagihkan kepada penduduk kampung, masjid berdekatan dan diberikan kepada orang ramai yang melalui Tol Kemunting
Majlis dimulakan seawal 2.00 PM, aktiviti gotong royong memasak juadah berbuka pasa, memasak bubur lambuk dan lain-lain, ribuan terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung kampung Dew kerana cukup ringan tulang membantu memasak dan tidak berkira demi memastikan majlis ini berlangsung dengan jayanya selain turut membawa juadah untuk dibawa makan berbuka puasa nanti, alhamdulilah semoga dimurahkan rezeki berganda-ganda...amin..
Encik Syukur atau pangilan manjanya paksu Manager kelip-kelip Kampung Dew sangat baik orangnya sedang mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna Tol Kemunting, alhamdulilah rezeki ramadhan.
Semua tetamu kelihatan mula kelaparan tak sabar hendak merasa juadah berbuka puasa yang sangat lazat yang disediakan, sebelum kita boleh makan makanan yang berat makan dahulu kuih muih, selepas solat barulah boleh makan sampai kenyang.
Sementara menunggu masuknya waktu berbuka puasa diadakan majlis tahlil dan doa selamat daripada iman Majid Kampung Dew, selepas itu diadakan solat maghrib berjemaah dan seterusnya perkara-perkara yang sangat ditunggu-tunggu iaitu makan beramai-ramai. Syukur walaupun majlis ini berlangsung secara bersederhana tapi lauk pauk yang disajikan memang terbaik, daripada udang galah, ketam, kerang bakar, ayam goreng, pelbagai jenis lauk pauk, air tebu, air tembikal, air kopi dan juadah-juadah yang lain. Juadah yang disajikan memang cukup dan sedap lazat terutama gulai daging, dikhabarkan rempah yang digunakan untuk menumis adalah rempah giling buatan tangan, owh memang rajin penduduk Kampung Dew menggiling rempah ratus patutlah sesangat sedap rasa kari daging, sampai rasa nak bungkus bawa balik rumah, dibuat dengan penuh rasa kasih sayang gitu :P
Abang Zuk meraikan para tetamunya, tambah jangan tak tambah...jemput-jemput makan.. jangan malu-malu rezeki ramadhan haruslah dikongsi bersama.. agak-agaknya itulah yang diucapkan abang zuk kepada tetamu yang hadir :P
Image may be NSFW.
Clik here to view.![]()
Clik here to view.

Antara tertamu-tetamu terhormat kita yang diraikan dalam majlis berbuka puasa, selepas siap menjamu selera ada kejutan dan hadiah istimewa daripada pihak pengurusan kelip-kelip Kampung Dew kepada tetamu yang hadir dimana kami dibawa untuk melihat sendiri kilip-kelip di Kampung Dew antara tarikan utama perlancongan di kawasan ini.
Sebelum boleh naik kenalah pakai jaket keselamatan dulu, safety first :P
Image may be NSFW.
Clik here to view.![]()
Clik here to view.
Terpancar kegembiraan dan keterujaan di wajah adik-adik kita dibawa melihat kelip-kelip sebab bukan semua orang berkesempatan untuk menikmati pengalaman sebegini, walaupun adik-adik ini duduk di kawasan yang berhampiran tapi bukanya semua berpeluang dan pernah merasai pengalaman melihat kelip-kelip di habitatnya. Ini pengalaman pertama saya melihat kelip-kelip memang sangat awesome, seperti biasalah entry pengalaman melihat kelip-kelip di Kampung Dew akan muncul, jadi tunggu sabar ya! saya tahu korang pun ecited nak bacakan :P
Image may be NSFW.
Clik here to view.![]()
Clik here to view.
Teruja melihat kelip-kelip sambil berpeace sakan, bukan adik je teruja abang lagilah bertambah teruja melihat kelip-kelip di habitat asalnya, selalu dapat tengok seekor dua itupun sesat termasuk ke dalam rumah ini bayangkan melihat ratusan ribu kelip-kelip di sepanjang persisir sungai, seperti melihat pesta cahaya berkelipan.
Nampak tak kelip-kelip kat dalam gambar tengah berterbangan? apa nampak, sah-sah korang temberang! sebenarnya waktu kami pergi melihat kelip-kelip ialah pada waktu bulan terang / bulan penuh jadi agak kurang banyak kelip-kelip boleh kelihatan seperti waktu bulan gelap. Bagaimanapun kami masih boleh lihat kelompok kelip-kelip berhinggap di pokok berembang mengeluarkan cahaya... perh tak ubah pemandangan seperti melihat pokok krismas, tapi original tanpa lampu sangat cantik.
Bergambar kenang-kenangan Encik syukur dari pengurusan kelip-kelip kampung Dew, Puan Hasni dari Tourism Malaysia Perak dan Encik Zuk dari Kuk travel & Tours Snd Bhd bersama tetamu yang diraikan.
Program terakhir pada malam itu ialah diadakan majlis penghargaan kepada anak-anak yatim yang hadir di Majlis berbuka puasa di Kampung Dew dimana diberikan sedikit sumbangan duit raya, cenderahati untuk mengembirakan tetamu kita yang hadir, alhamdulilah rezeki yang ada kita kongsikan bersama. terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Bergambar kenang-kenangan bersama dengan semua tetamu yang hadir
Entry kali ini khas untuk majlis berbuka puasa anjuran kelip-kelip Kampung Dew,owh bagi korang semua yang ingin datang ke sini untuk melihat kelip-kelip secara live dihabit asalnya bolehlah berhubung terus dengan Paksu pengurus kelip-kelip kampung dew melalui alamat di bawah.
Tuan Syukur Bin Ishak
Fireflies Kampung Dew Port
No 1, Kampung Dew,
34400 Semanggol, Perak.
Tel: 019-5786456
Email: shukor.hero@yahoo.com
Dan tidak dilupakan sekiranya anda mencari travel agensi / tourist guide yang diktiraf sebagai Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013, di majlis Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2013 bolehlah hubungi :
Tuan Zuk Yusuf
Zuk Travel & Tours Sdn Bhd
Tel: +6010-2254 668
E-Mail: zuktravel@yahoo.com.my
Facebook Pages: Zuk Travel & Tours
Untuk entry yang berikutnya saya akan membawa korang semua meneroka tarikan yang ada disini iaitu kelip-kelip dan juga merasai kelazatan mee ketam yang cukup femes, jadi tunggu ya :P