Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Meneroka Tarikan Kuala Sepetang Eco Tourism

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kuala Sepetang atau juga lebih dikenali sebagai Kuala Sepetang Eco Tourism antara destinasi perlancongan di Negeri Perak yang semakin dikenali yang terletak 15 kilometer daripada Bandar Taiping disebabkan oleh kepelbagaian hasil laut yang fresh, mempunyai pusat penyelidikan paya laut, tarikan sejarah dan semestinnya tarikan  keindahan alam semulajadi yang sangat mengagumkan!

Alhamdulilah baru-baru ini sob telah menerima jemputan daripada Tuan Khairul- www.kualasepetang.com seorang bloggers / pemandu pelancong / aktivis alam sekitar yang giat mempromosikan Kuala Sepetang sebagai destinasi Eco Tourism yang menawarkan pengalaman unik disamping menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik. Seperti mempelajari dan mengenali lebih dekat kepelbagaian spesis tumbuh-tumbuhan paya bakau, flora serta fauna yang mendiami kawasan tersebut, melihat proses bagaimana arang dihasilkan, melihat dengan lebih dekat kehidupan sebagai seorang nelayan, ronda-ronda di perkampungan nelayan kuala sepetang, melihat burung helang, dolfin dengan dekat serta berpeluang melihat kelip-kelip pada waktu malam. 

Untuk edisi Perak Trips kali ini, sob akan membawa korang semua meneroka destinasi-destinasi yang sangat menarik di Kuala Sepetang untuk dilawati. Jadi untuk entry pengenalan sob akan listkkan secara ringkas kawasan atau aktiviti yang korang boleh kunjungi sekiranya datang ke Kuala Sepetang. Jadi jom berkenalan dengan lebih *intim* apa yang menarik ada di Kuala Sepetang. Jadi moh le kite ke Kuala Sepetang yop !! ....

Hutan bakau Kuala Sepetang I Kuala Sepetang Eco Tourism

Melawat Pusat Hutan Paya Laut Matang

Sekiranya korang sampai ke Kuala Sepetang, make sure ini antara destinasi yang wajib korang lawati ke Pusat Hutan Paya Laut Matang, apa yang best mengenai kawasan ini selain boleh mempelajari mengenai ekosistem  flora dan fauna yang mendiami kawasan paya bakau secara live dengan membaca info-info yang disediakan di laluan pejalan kaki sambil menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang perjalanan korang bukan setakat tengok pokok-pokok bakau sahaja tetapi juga akan menjumpai pelbagai jenis burung dan ikan belacak yang jarang ditemui.

Untuk pengetahuan korang Hutan bakau Kuala Sepetang adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Matang yang terkenal di peringkat dunia sebagai ''mangrove conservation area" dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang paling baik pengurusannya di dunia. Luas keseluruhan hutan bakau ini ialah kira-kira 20 hektar, jadi amatlah rugi kalau sampai ke kuala sepetang tak mengunjungi Pusat Hutan Paya Laut Matang.

Charcoal Factory Kuala Sepetang I proses penghasilan arang

Charcoal Factory Kuala Sepetang 

Untuk aktiviti seterusnya, korang boleh melawat kilang-kilang arang yang terdapat di sekitar Kuala Sepetang mesti korang tertanya-tanya apa yang bestnya mengenai kilang arang ni.. jawapanya tunggu entry penuh mengenai pengalaman sob melihat sendiri bagaimana proses untung menghasilkan arang daripada kayu bakau.. bukan satu proses yang senang memerlukan kemahiran, kudrat dan pengalaman untuk mendapatkan arang yang berkualiti, jangan korang ingat senang tau nak hasilkan arang kayu.. silap proses tinggal abu je, Jadi tunggu ya :P

Suasana Damai Di Perkampungan Nelayan

Jalan-jalan melawat perkampungan Nelayan Kuala Sepetang

Bagi korang yang sukakan memancing, atau nak tengok bagaimana orang tempatan menangkap ikan, udang, sotong, kerang, ketam di sinilah kawasanya... di sepanjang sungai kuala sepetang, satu pengalaman yang menarik untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses ini dijalankan. Korang juga boleh ambil pakej speed boat untuk jalan-jalan di sekitar muara sungai Kuala Sepetang dimana banyak aktiviti yang boleh korang lakukukan anataranya melihat aktiviti seharian penduduk setempat, melihat burung helang, dolfin sambil dilatari pemandangan indah kampung nelayan.. memang mendamaikan gitu! terasa kehidupan yang damai dan keserdehanaan memang sesual bagi korang yang ingin merasai pengalaman di perkampungan nelayan.

Melihat Kawanan Burung Helang I Kuala Sepetang Eco Tourism

Melihat Burung Helang & Dolfin

Bagi sob ini adalah tarikan utama yang ada di  kuala Sepetang tawarkan paling menarik dan melekat di hati sanubariku ini! melihat kawanan burung helang dan dolfin pada jarak yang dekat. Bayangkan sekumpulan burung helang berebut makanan yang dibaling dengan agresif dimana kita boleh nampak sifat *kehaiwanan itu* perhh memang satu detik yang tak boleh diterangkan dengan kata-kata. apa yang sob boleh cakap! ya aku dah pernah tengok burung helang dengan jarak sangat dekat dalam kawanan yang banyak dengan ciri-ciri *keliaranya* and like this fealing! yeahhaa...  eh poyo ayat aku! sambil dilatari saat matahari melabuhkan waktunya, satu panorama yang sangat mengangumkan!

Ya disebabkan bila sob post entry ini di facebook banyak tanya eh betul ke ada dolfin @ ikan lumba-lumba di kuala sepetang ini. ya betul mengikut Cik Khairul  memang ada kehadiran dolfin di kuala sepetang untuk mencari makan dan bermain-main di sekitar muara sungai.. dan sekiranya nasib kita baik akan menjumpai kawanan ikan lumba-lumba mengejar bot untuk bermain-main! tak percaya lagi cuba google, siap ada video lagi :P

Pemandangan Waktu Malam Di Sungai Kuala Sepetang

Melihat Kelip-kelip 

Orang cakap kelip-kelip dan hutan bakau memang tak boleh dipisahkan, jadi disini pun korang berpeluang untuk melihat kelip-kelip bebas mengawan dengan mesranya untuk mengeluarkan cahaya bergemerlapan untuk menarik pasangan sehingga membentu satu formasi kerlipan cahaya yang menarik, jadi ini antara aktiviti waktu malam yang korang boleh buat selain daripada menikmati mee udang yang banyak dijual di sekitar kawasan kuala sepetang.

So macam mana menarik tak? ini adalah entry pengenalan mengenai tarikan yang ada di sekitar Kuala Sepetang, untuk entry berikutnya sob akan tulis dengan lebih detail percutian sob di kuala sepetang!  Apa yang sob boleh rumuskan kuala sepetang bukan setakat kaya dengan keindahan alam semulajadi, kepelbagaian ekosistem tapi kaya dengan sejarah tersendiri di mana kepelbagaian aktiviti penduduk setempat itu sendiri merupakan tarikan utama untuk datang ke sini... dan bagi korang pencinta photograpy pastikan kuala sepetang antara lokasi wishlist wajib korang lawati :P

Jadi sekiranya korang teringin datang ke sini dan tidak tahu untuk berhubung dengan siapa, bolehlah berhubung terus dengan Encik Khairul : Tel 012-5145023 atau melawat laman web www.kualasepetang.com di mana banyak informasi menarik mengenai kuala sepetang dikongsikan. Ingat kuala sepetang sekarang bukan sekadar tempat makan mee udang! tapi macam-macam ada :P



Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>