Assalamualaikum dan salam sejahtera Reader!
Apa kahabar semua? diharapkan korang semua sihat-sihat sejahtera. Kasi muaahh sekali! kat korang semua.. kata rindu kat Sob? kalau rindu ambik hammer dan paku kat dalam hati.. eh! tetiba :P Memandangkan pada waktu sekarang Sob agak kurang aktif menulis sebarang post kat blog ini, disebabkan kekangan masa yang amat mencemburui diri beta sehingga agak lambat membalas sebarang pertanyaan yang dilontarkan ke ruangan email sobriyaacob@gmail.com maka dengan itu terbitlah satu ruangan dedikasi khas dimana sob akan membalas setiap pertanyaan anda yang diberikan kepada sob.
Dimana setiap pertanyaan email yang sob rasa amat bermanfaat untuk dikongsikan dengan korang semua sob akan jawap di sini. Btw jangan risau bagi email yang anda hantar beunsurkan soalan peribadi dan 18XL ke atas .. abang sob tak akan kongsikan itukan rahsia kita berdua tak akanlah semua benda nak dikongsikan :P
P/s: Tiba-tiba rasa tajuk Q&A Bersama Abang Sob terlalu komersial sangat..kan :P
Untuk kali ini email ini diterima daripada Nufie bertanyakan tempat menarik yang sesual dijadikan tempat lawatan sambil belajar.
Dear Nufie..
walaikumussalam nufie, terima kasih atas kesudian menghantar email kepada saya aka Abang Sob. Untuk pengetahuan nufie abang bukanlah penulis blog travel tegar! tapi adalah berkongsi sedikit sebanyak mengenai mengenai tempat travel yang menarik di Malaysia. Berbalik kepada soalan Nufie memandangkan ini lawatan sambil belajar jadi konsepnya berjalan sambil kena belajar jugakkan? ke lawatan sambil berhibur ? *just kidding* jadi antara lokasi yang Sob cadangkan ialah
Royal Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak
Memandangkan nufie ni orang johor jadi agaklah tak best sekiranya pergi ke negeri sebelah selatan jadi jom datang ke sebelah utara, barulah berbaloi duk dalam bas sampai sakit-sakit pinggang. Memandangkan sob sukakan suasana yang advanture dan nature jadi agak mencadangkan Royal belum antara tempat destinasi yang boleh Nufie Fikirkan.
Pertama : Hutan Belum antara hutan yang tertua di dunia, lebih tua daripada hutan amazon di Brasil jadi banyakklah benda baru yang boleh Nufie dan kawan-kawan boleh pelajari *new experince mengenai hutan, tumbuhan, binatang dll*
kedua : Di sini turut disediakan kem jadi amat bagus untuk membentuk salsiah diri terutama kalau nak buat kem bulding! itupun kalau korang nak merasa duduk dalam hutan :P
ketiga : Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan antaranya mendaki bukit mencari bunga pakma, meneroka sungai dan tasik mempelajari kehidupan orang asli dan paling best sesi bermain air dalam tasik seperti berakit & berkayak.
Terakhir : Sebabnya abang dah memang pernah sampai sini, memang Royal belum memberikan kepuasan yang maksimum.. terbaik, tak percaya boleh baca entry abang terdahulu mengenai royal belum forest : P
- Keindahan Sungai Kooi Dan Misi Mencari Bunga Rafflesia
- Meneroka Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok
- Berakit Di Kem Sungai Tiang Royal Belum
- Advanture Of Royal Belum Rainforest
Cadangan tambahan : Sebelum sampai ke Royal belum boleh singgah dahulu ke Kuala Kangsar bandar diraja, boleh melawat ke tempat pembuatan labu sayung ( Produk tradisi perak ) melawat Masjid Ububiah, Galeri Sultan Azlan Shah, Istana Kuning. Di lenggong pula boleh ke Geleri Arkeologi Nur Lembah Lenggong ( Disitu dipamerkan Perak Men )
Note : Dari Johor - Ipoh - Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik- Hutan Belum
Pulau Pinang
Btw yang ini abang tak perlu tulis secara detail, rasanya Nufie boleh google apa yang best ada di Pulau Pinang, boleh bukak link ini Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Pulau Pinang di sini sob ada listkan secara detail tempat-tempat yang best di Pulau Pinang boleh dilawati *boleh baca dan buat Review* ataupun boleh klikbutton kat atas di My Travel Log. Peneng apa abang boleh kongsikan destinasi perlancongan yang menarik banyak benda boleh dipelajari daripada sejarah, budaya, makanan dan menawarkan pemandangan yang cantik.
Ini antara Destinasi yang Sob boleh cadangkan kepada Nufie, sebenarnya banyak tempat-tempat yang best untuk dijadikan tempat lawatan sambil belajar disebabkan Royal Belum dan Peneng agak dekat di hati Sob maka tempat-tempat ini dicalonkan antara yang boleh Nufie and the geng fikir-fikirkan ya :P
Sory nufie sebab lambat memberi respon, disebabkan tarikh yang dirancangpun masih lambat lagi tahun depan jadi abang *taklah* rasa bersalah sangat lambat respon email nuffie ya. Apapun abang puji sikap Nufie yang buat persediaan awal / survey untuk trip ini berjalan lancar dengan jayanya.. Sekiranya ada Cikgu daripada SMK Tunku Putra, Batu Pahat Johor yang membaca entry ini mohan beri A + kepada Nufie atas kegigihan beliau mencari maklumat.
oklah semua, berjumpa lagi untuk entry Q&A Bersama Abang Sob yang berikut! bye