Assalamualaikum dan salam sejahtera reader!....
Pernah tak korang semua terfikir bagaimana pembuatan arang dijalankan, ataupun pernah tengok secara live bagaimana proses pembakaran arang dilakukan daripada cara pemilihan jenis kayu, proses pengeringan, proses pembakaran dan mengredkan kualiti arang ? apa tak pernah ! ya kita serupa, jadi jom korang semua layan cerita di sebalik Hitamnya Arang Di Kuala Sepetang! eh bukan.. Proses Penghasilan Arang Di Kuala Sepetang versi Abang Sob! sebenarnya bukan mudah untuk menghasilkan seketul arang banyak proses, tenaga.. kudrat digunakan! untuk memastikan ayam bbq anda dibakar dengan lazat dan sempurna :)
Suasana di Dalam Kilang Arang Kuala Sepetang I Charcoal Factory
Waktu yang paling tepat untuk melihat keseluruhan proses ini dijalankan adalah pada awal pagi, pada waktu itu kita boleh melihat keseluruhan aktiviti dijalankan daripada kayu bakau dipindahkan ke kilang melalui bot kecil, proses pengeringan kayu, proses kulit kayu dibersihkan dan kayu diletakkan ke dalam glove / oven untuk dibakar sehingga menjadi arang
Proses pembakaran kayu mengambil masa sehingga 30 hari! untuk menghasilkan arang yang berkualti tinggi, tapi istilah yang digunakan bukan dibakar ialah dimasak selama 30 hari dengan menggunakan suhu yang berbeza-beza. 10 hari api besar, 10 hari api kecil dan 10 hari lagi untuk proses penyejukan arang

Kubah yang berbentu seperti glove ini dipanggil sebagai Tanur.
Dapur pembakaran kayu di kilang ini berbentuk unik seperti reka bentuk iglu dengan warna kecoklatan. Senibina dapur pembakar ini terdiri daripada batu-bata. Pembinaan dapur yang berbentuk iglu itu memerlukan 25,000 bongkah bata untuk membangunnya. Sebenarnya batang-batang kayu ini tidak dibakar secara langsung. Ia boleh diumpama sebagai 'kukus' bagi menyejat kandungan air dari batang dan melalui beberapa prosedur pembakarannya.- sumber-

Untuk memperolehi arang yang bermutu tinggi dan suhu api mestilah dijaga peringkat demi peringkat bagi memastikan ianya benar-benar sesuai untuk digunakan.
Apa yang sob paham Setiap dapur arang / atau tanur boleh memuatkan sehingga 1,500 batang kayu arang di dalam sesebuah tanur yang beratnya mencecah 50 tan, setiap daripada batang kayu itu akan disusun tegak berdiri supaya proses memasak dijalankan.
Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan mengikut gred yang tersendiri dan di pasarkan ke Korea dan jepun antara pasaran utama bagi tujuan pembuatan alat-alat solek dan pencuci muka!
korang pernah dengar orang cakap air titihan daripada tanur ni sangat bagus untuk masalah kulit terutama untuk menghilangkan bekas jerawat? ada sesiapa pernah cuba ?
Pemandangan Di Luar Kilang Arang
Antara kaedah pengankutan secara tradisional digunakan untuk membawa kayu arang ke kilang antaranya menggunakan bot dimana air pasang surut memudahkan kayu bakau yang ditebang daripada hutan dibawa ke sini, tapi sob rasa cara yang paling mudah sekarang mungkin menggunakan lori
Inilah rupa kayu bakau adik-adik bukan kayu getah! Dan kayu bakau ini ada jenis kayu bakau tersendiri seperti kayu bakau kurap dan minyak * just google*

Kayu-kayu bakau yang dikeringkan, dibuang kulit dan dipotong mengikut size sebelum proses pembakaran di dalamTanur dijalankan.
Kilang Arang kayu Di Kuala Sepetang
Sekiranya korang berminat untuk berjalan-jalan ke kuala sepetang boleh hubungi Tuan Khairul - www.kualasepetang.comuntuk melihat sendiri pakej produk perlancongan yang ditawarkan yang ada di sekitar kawasan Kuala Sepetang dan jangan lupa mention yang korang baca daripada blog sob! ya
Akhir kata serumit proses pemerapan ayam untuk bbq lagi complicated proses arang kayu dihasilkan!
Ok semua jumpa lagi untuk entry yang berikutnya.. insyaalah! bye :P