Assalamualaikum dan salam sejahtera reader :P
Apa khabar semua? terutama pembaca blog ini diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera & ceria selalu! btw untuk entry kali ini agak special sob akan berkongsi dengan korang semua mengenai keunikan khazanah alam yang terdapat di Hutan Belum, Perak. Untuk entry kali ini sob akan membawa korang semua menjelajah Hutan Belum-Temenggor one of the part Belum Forest state antara destinasi yang semakin popular untuk dilawati di Royal Belum
Bagi korang yang tertanya-tanya apa bezanya belum-temenggor dengan Royal Belum, sila rujuk peta di bawah. Hutan belum terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Belum-Temenggor ( lower ) dan Royal Belum ( upper ) menghala ke Thailand dimana anda wajib membuat permit terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Bagi korang yang pertama kali membaca entry sob mengenai Hutan Belum boleh (klik link) ini bagaimana cara untuk sampai ke Hutan Belum
Dianggarkan keluasan keseluruhan kawasan in 4X singapore! bayangkan berapa luasnya
Royal Belum Rainforest, kalau salah masuk boleh sesat ni :P
Sedikit Fakta mengenai Hutan Belum-Temenggor :
Hutan Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum (lower) dan Hutan Simpan Belum (upper). Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.
- Kompleks Hutan Belum-Temengor berusia 130 juta tahun merupakan hutan tertua di dunia.
- Menjadi kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia.
- Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temengor (147,505) hektar).
- Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.
Jeti Belum Rainforest Resort
Back to our story, antara aktiviti yang kitaorang lakukan untuk Belum-Temenggor Tour ialah, tour island belum temenggor ( melawat batu putih & kawasan ternakan ikan trapilia) melawat kampung orang asli ( kampung chuweh ) mencari bunga reffelesia, Salt licks ( Sira Gajah ) dan menjejaki air terjun di base camp sungai enam! & kesemua pakej ni korang boleh dapat di Belum Rainforest Resort. Sound intresting right, jadi apa lagi call untuk tempahan! Kesimpulan untuk keseluruhan trips Belum-Temenggor Tour is totally awesome! sob bagi 5 bintang :P
Misi explorasi khazanah hutan Belum-Temenggor kitaorang dimulakan seawal 9.00 am berkumpul di Jeti Belum Rainforest Resort, terlebih dahulu diberikan taklimat ringkas keselamatan dan mengenai aktiviti explorasi yang bakal kami lakukan, so jom gateway to nature bro!
Pemandangan waktu pagi daripada Jeti Belum rainforest resort! nice view beb :P
Another way to explore Royal Belum, use houseboot.
Daripada Jeti Belum Resort, first stop kitorang ialah mencari bunga Raffesia atau juga dikenali sebagai bunga Pakma, bunga yang paling terbesar di dunia di Raffesia X-tray. Perjalanan daripada Jeti ke sini lebih kurang 15 minit masa diambil.
Welcome to Rafflesia X-tray
Sebenarnya sob agak teruja untuk sampai kesini nak melihat bunga rafflesia kembang mekar, sebab percubaan sebelum ini dalam misi mencari bungga Rafflesia di sungai Kooi (klik sini) agak menghampakan. Jadi untuk percubaan kali kedua ini harap dapatlah tengok bunga raffelesia kembang live di depan mata. "dalam hati asyik berdoa..mintak-mintaklah kali ni tuah aku mengena! i hope :P"
You Can Feel Experience The Magical Of Nature, gittew! :P
Daripada Tempat perhentian boat untuk sampai tapak Bunga Raffelesia anggaran masa lebih kurang 15 minit, bergantung kepada stamina korang. Jadi sebelum hiking pastikan korang panaskan badan, regangkan urat-urat saraf yang ada sebab korang kena agak mendaki agak tinggi sedikit, tapi jangan risau trex di sediakan.. untuk sampai ke tapak bunga Rafflesia.
Antara Pokok-pokok besar yang boleh dijumpai.. di sepanjang perjalanan .
Sarang lebah kelulut
Tahi gajah yang masih fresh lagi, antara "benda" yang kitaorang jumpa semasa hiking!
Tahi gajah yang masih fresh lagi, antara "benda" yang kitaorang jumpa semasa hiking!
Trex disediakan untuk para pengujung, jadi tak perlulah korang nak redah lorong hutan bagai untuk sampai ke destinasi " kau ingat kau tarzan!":P bersenam sambil membakar kolori degil..
Akhirnya sampai juga kami kedestinasi, seperti biasa nasib masih kurang ada "ong" nak melihat bunga Rafflesia kembang Mekar, mengikut kata Tour Guide bunga rafflesia baru sahaja dalam proses hendak berkambang, bermakna memerlukan masa lebih kurang 5 hari lagi untuk berkembang mekar sepenuhnya.
Bunga Raffelesia yang baru hendak berkembang.
Bunga Raffelesia yang sudah layu baru sahaja lepas berkembang beberapa hari yang lepas, tempoh masa bunga Raffelesia berkembang hanya bertahan selama 5-7 hari sahaja.
Sedikit Maklumat Mengenai Bunga Raffelesia :
- Bunga ini hanya tumbuh di hutan hujan tropika Asia Tenggara sahaja. Daripada 20 spesies Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia, lapan daripadanya terdapat di Malaysia.
- Bunga Rafflesia mengambil masa 9 bulan untuk berkembang dan akan berkembang sekitar 5-7 hari sahaja. Seboleh-bolehnya jangan pegang Bunga Rafflesia ini mengunakan jari.
- Rafflesia dikenali sebagai bunga yang terbesar tetapi ada juga bersaiz kecil. Bunganya besar tetapi tidak mampu membuat makanan sendiri dan semua makanannya diambil daripada tumbuhan perumahnya. Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan, tetapi ia tidak mempunyai klorofil, iaitu bahagian hijau tumbuhan yang diperlukan dalam proses membuat makanan sendiri seperti yang terdapat pada tumbuhan lain.
Dilarang memetik, mengambil atau merosakkan bunga Rafflesia
Nampaknya misi sob kali ini untuk melihat Bunga Raffelesia berkembang mekar masih belum berjaya! it ok at lease still dapat tengok yang baru hendak mekar pun sudah memadai. Untuk entry berikutnya sob akan berkongsi mengenai sira gajah dan perkampungan orang asli! so wait next entry guys :P
Owh bagi korang yang pertama kali melawat blog ini jangan lupa baca kisah pengembaraan sob di Royal Belum Rainforest, boleh klik link dibawah.
- Meneroka Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok
- Misi Meneroka Sungai Kooi & Mencari Bunga Pakma
- Keunikan Sira Garam Di Royal Belum
- Berakit Di Kem Sungai Tiang Royal Belum
Ok bye! jumpa lagi untuk next entry :P