Assalamualaikum & salam sejahtera semua...
Entry ini kesenambungan untuk Trip Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor, selepas kami semua ke Tapak Rafflesia X-tray untuk melihat bunga Rafflesia berkembang Mekar agak kurang bernasib baik kerana Bunga Raffelesia masih tidak berkembang sepenuhnya, perjalanan kami seterusnya menuju ke salt lick atau dikenali juga sebagai sira gajah.
Bagi korang yang first time dengar mengenai Salt Lick meh sob bagi pencerahan apa itu sira gajah atau juga biasanya juga dikenali sebagai jenuk. Jenut atau Sira ini sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa Inggeris nya ialah‘Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka. Kalau korang perasan sebelum ini Sob juga ada menulis entry berkaitan jenuk / sira gajah boleh (klik di sini) Keunikan sira Gajah Di Belum.
Dalam perjalanan menuju ke tapak Sira Gajah
Antara treck tracking yang disediakan, disepanjang laluan di kawasan yang terpilih diletakkan Camera tracking untuk merekodkan jumlah kehadiran binatang liar yang datang ke Sira ini untuk mendapatkan Garam mineral
Perjalanan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Tapak Jenuk / Sira Gjah, perjalanan agak mendatar tidak perlu mendaki bukit seperti di Tapak Refflesia, ada trek disediakan. Terlebih dahulu Tour Guide kami dari Belum Rainforest Resort En Hassan memberi sedikit penerangan mengenai Sira Gajah dan juga langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan trekking.
Jenuk I Sira Gajah
Sebenarnya jenuk ini juga mempunyai banyak jenis, jenuk diatas dipanggil sebagai jenuk kering kerana tidak mempunyai titisan mata air yang mengalir disekitar jenuk ini.. Sekiranya korang perasan entry sob terdahulu jenuk di Kem Papan boleh diketegorikan sebagai jenuk basah kerana di kawasan batuan yang terdapat titisan mata air yang mengandungi garam mineral.
Inilah Garam Miniral yang dijilat oleh haiwan-haiwan liar yang bertandang di Jenut ini terutama Gajah ibarat klinik untuk mendapatkan khasiat, mineral yang diperlukan oleh haiwan tersebut..
Clik here to view.

Kalau tak percaya tengok bertapa besarnya saiz tapak kaki Pak Long, kat sini disepanjang jalan amat mudah untuk menjumpai najis Pak Long! jadi mulut dan kelakuan kita kenalah dijaga :P
Clik here to view.

Antara flora dan fauna yang dijumpai di sepanjang perjalana di kawasan hutan ini, dianggarkan lebih kurang 10 spesies burung enggang yang ada di Malaysia dan melindungi lebih 274 spesies burung dan dianggarkan, lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di sini.. wow so amazing! so jangan sesuka hati nak buang sampah merata-rata dan membuat kerosakan di dalam hutan! Please always respect the mother nature gift ya :P
Untuk entry berikutnya sob akan bercerita mengenai Perkampungan Orang Asli dan Air Terjun yang terdapat di Hutan Belum Temengor ni! so tunggu ya jumpa lagi untuk entuk entry a\yng berikutnya bye....