Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog ni...
Apa khabar semua? diharapkan korang semua sihat dan ceria-ceria selalu :P entry ini adalah kesenambungan trip Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor ( Part 1 & Part 2 ) Perjalanan kami diteruskan lagi ke kampung orang asli Chuweh, antara perkampungan orang asli suku jahai yang terdapat di Hutan Belum Temenggor dan destinasi terakhir kami menuju ke Air terjun sungai enam Base Camp memang best giler dapat mandi air terjun di sana:P
Sepanjang perjalanan menaiki bot untuk sampai ke destinasi akan disajikan dengan pemandangan indah di sekeliling tasik yang airnya menghijau.. hutan yang masih belum tercemar diterokai.. sangat recomended untuk korang datang untuk menghilangkan stress dan mencari ketenangan diri... very lovely and peaceful place gittuw, boleh dengar bunyi ungas dan desaran air"P
Sepanjang perjalanan mata akan terpukau dengan keindan alam semula jadi.
Owh... untuk pengatahuan korang semua Keluasan keseluruh Hutan Belum (utara dan selatan) mencecah lebih 3,110 kilometer persegi, berada di paras 250 meter hingga 2000 meter dari aras laut. Lembah Belum merupakan antara tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan yang terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh yang membentuk tasik ini.
Tak pasti apa nama empangan ini ? rasanyaini adalah empangan temenggor!
betulkan sob sekiranya salah
betulkan sob sekiranya salah
Antara empangan yang korang boleh lihat dalam perjalanan untuk menuju ke Kampung Orang Asli, menurut kata tour guide pembinangan empangan ini telah menegelamkan perkampungan Melayu yang terdapat di sini iaitu Kampung Temenggor Lama. Selain itu korang juga akan menjumpai kolam ternakan Ikan Trapia yang diusahakan di sini. Ikan Trapia ye adik-adik bukan Ikan Talipia. Actualy ikan ini berwarna hitan dan saiznya agak besar dan mempunyai rasa yang agak manis dan isinya lembut! nak rasa jemputlah datang ke Belum. Selalunya ikan ini selalu diexport ke luar negara..
Antara Sangkar ternakan Ikan Trapilia yang terdapat di sini.
Dicelah bongkah batu ini terdapat tumbuhan yang masih hidup wujud di zaman Dinosours berusia lebih 400 ribu tahun :P amazing right! masih hidup sampai sekarang :)
Pulau Batu Putih (White Rock Island)
Di sepanjang perjalanan korang juga akan mejumpai satu pulau yang agak unik daripada pulau-pulau yang ada disekitar tasik ini yang dikenai sebagai Pulau Batu Putih. Menariknya di pulau ini terdapat satu spesis pokok yang dipanggil sebagai pokok Bogok yang hidup pada zaman Dinosours terdapat di celah-celah bongkahan batu di bukit ini. Ini dapat membuktikan bahawa usia Hutan Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon di Brazil, untuk lebih pencerahan ( klik sini ) korang boleh rujuk entry sob yang terdahulu Mengenai Khazanah Hutan Belum
Akhirnya sampai juga kami ke Kampung Orang Asli Chewah, disebabkan faktor air tasik yang meningkat disebabkan musim hujan dan juga pelepasan air daripada empangan di sebelah simpadan Thailand menyebakan banyak penempatan perkampungan orang asli yang tengelam dan terpaksa berpindah ke tempat yang lebih tinggi.
Sebahagian kampung yang tengelam akibat peningkatan air tasik :(
Jumlah penduduk orang asli yang mendiami kampung ini.
Memo ni penting "harga barang jual di sini, semua naik mengikut harga-harga luar"
Antara hasil hutan, kraftangan penduduk kampung yang turut dijual disini.
Kebanyakan orang asli dari suku Jahai yang masih mengekalkan gaya hidup turun-temurun. Kebanyakan rumah diperbuat daripada buluh dan atap nipah. Selalunya orang asli dari suku jahai suka berpindah ke tempat baru terutama selepas ada berlaku kematian.
Lebih Lurang 20 minit perjalanan menaiki bot daripada perkampungan orang asli kami menuju ke destinasi terakhir iaitu Air Terjun Sungai Enam untuk picnik makan tengahari selepas penat seharian explorasi Hutan Belum - Temenggor. Dipahamkan bahawa dahulu kem ini di bawah milik pengurusan MKN tetapi disebabkan banyak berlaku kerosakan yang tidak dapat diatasi disebakan kem ini berada jauh di tengah hutan dan memerlukan kos penyelengaraan yang tinggi maka pengurusan kem ini diberikan kepada pihak lain. Sob dapat bayangkan sekiranya kem ini terus dijaga rapi dan dibaik pulih.. perhh memang cantiklah keadaan kem ini, tambahan lokasi kem ni berada di kawasan sungai di tengah hutan... . '.memang terbaik feelnya close to nature'
Jambatan untuk masuk ke dalam kem, antara lalauan untuk sampai ke Air Terjun
Disini pula dewan makan.
Antara chalet yang telah lama ditingalkan, tak boleh bayangkan kalau malam-malam overnight kat sini, tapi view dia memang awesome di hadapan chalet ada anak sungai.. banyangkan bagun pagi mendengar bunyi air sungai.. cuaca yang nyaman.. sejuk je.. memang best.. :P
Daripada kem ini untuk sampai ke Air Terjun memerlukan pendakian lebih kurang 20 minit, dimana keadaan jalan agak extrem dan anda terpaksa mendaki sedikit untuk sampai ke Air Terjun.Yang menarik sepanjang perjalan korang akan menjumpai banyak flora dan fauna yang menarik so pastikan camera sentiasa stanby :P
Utamakan keselamtan, ini baru sampai ke Waterfall Stage 3 masih banyak perjalanan yang harus diteruskan untuk sampai ke destinasi.
Perjalanan untuk sampai ke air terjun, trek juga disediakan dan masih dalam keadaan baik, jadi tidak menjadi masalah untuk korang mendaki sampai ke Air Terjun Sungai Enam Base Camp yang penting semangat kena ada.
Kena Panjat bukit, lalu di tebing sungai, lintas anak sungai, barulah sampai ke Air Terjun.. memang advanture! best :P
Akhirnya sampai juga ke Air Terjun Sungai Enam Base Camp, so apa aktiviti wajib harus dibuat selepas penat mendaki mestilah mandi sungai, air sungai sejuk dan jernih sampai meresap rasa ke tulang.. memang layan, sangat berbaloi untuk sampai ke air terjun ni :P
Disini sob senarai Air Terjun yang terdapat Di Hutan Royal Belum ni yang boleh dikunjungi oleh korang.
1. Sg. Kejar
2. Sg. Semelians3. Sg. Mes (3 level)
4. Sg. Gen
5. Sg. Ko'oi
6. Sg. Tan Hain
7. Sg. Ruok (4 level)
8. Sg. Enam
9. Sg. Gadong
10. Sg. Kiroi
11. Lata Belanga
12. Teluk Major
Seronok dapat mandi air terjun :P
Ok nampkanya entry explorasi Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor berakhir disini, boleh disimpulkan ini merupakan satu pengalaman yang yang berharga banyak perkara baru dapat dipelajari yang tidak dijangka, satu anugerah daripada ilahi yang sangat bernilai dimana kita haruslah menjaga sebab alam dan manusia masing-masing ada peranannya. Teringat satu pepatah yang menarik perhatian sob
"manusia dan alam mempunyai hubungan yang sangat rapat. Kedua-dua entiti ini sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jiika terpisah, rosaklah manusia, musnahlah alam"
Owh bagi korang yang pertama kali melawat blog ini jangan lupa baca kisah pengembaraan sob di Royal Belum Rainforest, boleh klik link dibawah.
- Meneroka Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok
- Misi Meneroka Sungai Kooi & Mencari Bunga Pakma
- Keunikan Sira Garam Di Royal Belum
- Berakit Di Kem Sungai Tiang Royal Belum
- Explorasi khazanah Hutan Belum Temenggor - Sira Gajah
- Explorasi khazanah Hutan Belum Temenggor - Bunga Rafflesia
Ok bye... assalamualaikum..