Assalamualaikum & salam sejahtera...
![]()
Disebabkan waktu pendakian kami bermula sudah agak lambat, cuaca di kawasan Taiping yang tidak menentu pada sebelah petang biasanyaa terutama di kawasan Bukit Larut akan turun hujan, jadi misi utama kitaorang untuk sampai ke Puncak bukit larut terpaksa dilupakan dan secara automatik muncul pulak idea untuk mandi air terjun yang terdapat di dalam perjalanan ke puncak Bukit larut.
Bagaimana dengan aktiviti hujung minggu korang? membosankan hanya duduk terperap di rumah setelah penat bekerja, inilah masanya keluar untuk beriadah mengeluarkan peluh sambil menikmati keindahan alam sekitar. Jadi sekiranya anda semua mencari aktiviti riadah yang sihat dan mengeluarkan peluh mendaki ke Puncak Bukit Larut antara pilihan aktiviti riadah yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke Taiping, Perak
Misi Menjejaki Air Terjun Di Bukit Larut
Bukit Larut di Taiping Perak ataupun dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. dengan ketinggian 1,200 Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia walaupun Bukit larut tidak sebegitu popular seperti Cameron higlands tapi keindahan alam semulajadinya, ketenangan dan udara yang nyaman membuat lokasi ini tempat yang paling menyeronokkan untuk hiking terutama kepada beginner.
Pintu masuk ke Bukit Larut, korang boleh park kereta di area sini
Perjalanan kami bermula seawal 4.00 pagi daripada Gerik menuju ke Tasik Taiping, owh ya trips kali ini juga disertai oleh #GHKJ tujuan utama kami ialah untuk menyertai Program Awareness Walk Orang Utan seawal 8.00am, one of the program pulau orang utan to save Orang utan, mengenai program itu sekiranya ada masa nanti sob tulis.
Waktu pendakian kami bermula agak lambat sekitar pukul 12.00 tengahhari, agenda utama kami ke Taiping ialah untuk mendaki Bukit Larut, maka terpaksalah mendaki dalam cuaca agak panas dan ketika dalam perjalanan kebanyakkan pendaki lain yang mendaki seawal pagi dalam perjalanan turun ke bawah.
#GHSJ penuh semangat untuk mendaki !

Disebabkan waktu pendakian kami bermula sudah agak lambat, cuaca di kawasan Taiping yang tidak menentu pada sebelah petang biasanyaa terutama di kawasan Bukit Larut akan turun hujan, jadi misi utama kitaorang untuk sampai ke Puncak bukit larut terpaksa dilupakan dan secara automatik muncul pulak idea untuk mandi air terjun yang terdapat di dalam perjalanan ke puncak Bukit larut.
Terdapat dua cara untuk sampai ke Puncak Bukit Larut, sama ada menaiki Jeep atau mendaki. Bayaran sebanyak Rm 6,00 dewasa, manakala kanak-kanak Rm 3.00 dan untuk sewa trailer sebanyak Rm 15.00
Keadaan treck di sini berjalan tar, so agak senang untuk mendaki sekiranya korang teringin sampai lebih cepat ke atas banyak jalan-jalan short cut yang boleh lalu. Tapi pastikan tidak sampai tersesat ke dalam Hutan. Yang best diberapa kawasan memang ada air bukit, jadi bagi korang yang kehabisan air atau keletihan bolehlah basah-basahkan muka, refresh kembali tenaga sebelum teruskan pendakian!
Owh ya pendakian kali ini melibatkan seramai 6 orang anggota jemaah dalam usaha membakar-lemak degil iaitu Aburis, Amirul, Miela, K June, Amalina dan Sob. Sebelum ini team kami ada menjaki Puncak Gunung Baling boleh baca kisah kitaorang (di sini)
Masa pendakian yang sepatutnya di ambil untuk sampai ke puncak 3 jam dan turun 3 jam, manakala jarak perjalanan sejauh 10 km dan akan melalui lebih kurang 72 selekoh jalan. Dekat sini juga banyak Jeep yang lalu lalang jadi pastikan apabila korang mendengar bunyi Hon sila berdiri di tepi-tepi jalan, kerana kebanyakan kenderaan Jeep dipandu agak laju... jadi make sure always alert dengan bunyi-bunyi hon.
Di sepanjang perjalanan memang akan disajikan dengan pemandangan yang awesome!
Boleh dikatakan setiap 2, 3 km korang akan menjumpai pondok rehat jadi untuk beginner tak perlu tergopoh gapah untuk sampai ke puncak take your time and enjoy that moment. Jujurnya walaupun bukit larut ini diketegorikan sebagai bukit tapi tahap keletihan dan kesukaranya boleh tahan juga boleh terasa sengal keesokan harinya tambahan pula kebanyakan treck hanya melalui jalan raya membuatkan perjalanan terasa jauh untuk sampai.
Di pertengahan perjalanan
Akhirnya jumpa juga Air Terjun yang tidak bernama sebab kitaorang sendiri tidak pasti nama air terjun ini, apabila bertanya dengan local yang hiking pun tak sure nama dengan tepat gelaran air terjun ini, dengan ini sob istiharkan air terjun ini dengan nama Air Terjun Sob boleh? just kidding :P
Air Terjun Bukit Larut
Untuk penjelasan, misi kali ini memang kitaorang tidak sampai ke puncak sebab target utama Team HSJ memang untuk mandi air terjun nak merasa nikmatnya mandi air bukit memang best giler sejuk sampai ke tulang memang puas mandi. Untuk sampai ke puncak perjalanan masih berbaki 1jam 30minit, manakala kitaorang hanya sampai separuh perjalan di Bukit Larut. Pendakian kali ini walaupun bermotif santai-santai practice for next project hiking memang Bukit Larut memberikan satu pengalaman pendakian yang berbeza dan tersendiri walaupun hanya berjalan di trek bertar tapi tetap memberikan cabaran yang tersendiri!