Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pulau pinang boleh dikatakan antara lokasi percutian yang lengkap untuk berlibur, kehadiran anda ke sini pasti tidak mengecewakan daripada pelbagai variasi makanan yang perlu dicuba oleh penggemar makanan, begitu juga pelbagai tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi. Di bawah sob senaraikan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi di sekitar bandar Georgetown
Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Georgetown merupakan bandaraya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru, turut disebut dengan nama Tanjung oleh penduduk setempat. Tapi apa yang buat sob keliru sampai sekarang setengah orang panggil Bagan tak pun Tanjung ? Orang-orang Penang yang segakn lagi lawa tolong betulkan kekeliruan abang sob ini ? Owh ya selain itu yang membuatkan kawasan ini sangat menarik kerana telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, jadi kunjungan korang ke sini pasti tidak mengecewakan kerana banyak paktiviti menarik yang boleh dibuat di sini
Padang Kota Lama
Padang kota lama, tempat menarik yang perlu korang kunjungi sering menjadi tumpuan penduduk setempat ataupun pelancong untuk bersantai-santai. Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini ialah pertama sekiranya anda pertama kali datang di sini anda boleh melawat ke Kota Fort Cornwallis kota tinggalan sejarah di mana Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack.
Fort Cornwallis
Di sini masih jelas kelihatan Kubu pertahanan yang dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas hingga kini. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota terutama di bangunan-bangunan lama yang persi bangunan dari negara luar.
Banyak bagunan-bangunan menarik boleh ditemui di sekitar Padang Kota Lama terutama kebanyakan design dipengaruhi oleh senibina British. Perfect places untuk pencita photograpy. Untuk aktiviti riadah yang lebih santai korang boleh bersiar-siar di kawasan sekitar dengan menaiki beca atau lepak-lepak di tepi tebing-tebing pantai yang mengadap laut sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik
Selain itu, antara tempat makan yang agak popular di Padang Kota Lama adalah Mee Sotong Hameed, pesembor yang banyak dijual di Food court dan jangan lupa pekena coconut shake padang kota!. Pada sebelah malam di kawasan Padang Kota menjadi tumpuan, banyak aktiviti menarik ada di sini antaranya busking, main buih belon, roller blade memang best terutama apabila lepak-lepak bersama kawan sambil pekena angin laut!
Antara Mercu tanda yang femes kat sini.
Pemandangan di Lebuh Pantai Georgtown.
Church Street Pier
Tanjong City Marina
Marina pertama di Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya GeorgeTown. Pemandangan dari Tanjung City Marina cukup menarik dimana korang boleh nampak feri ke bot bertukar ganti tiba dan berlepas dari jeti. Kepada korang yang teringin nak merasai pengalaman menaiki Kapal Cruise ataupun nak honeymoon di atas kapal besar boleh pergi ke Pelabuhan Swettenham bersebelahan Tanjung Marina City, bolehlah fealing makan light dinner sambil menghadap matahari jatuh! romantik :P
Chew Village
Apa yang menarik mengenai kawasan Perkampungan Cina di atas air di mana di hujung perjalanan korang akan menjumpai Jetty yang masih digunakan oleh penduduk setempat, pertama dekat sini korang akan menjumpai a few Art Street, sekiranya anda dalam misi menjejaki semua art street yang femes lokasi ini wajib korang kunjungi!
Chew Village ini antara lapan perkampungan clan jetty yang terdapat disini dan ini antara chew village yang paling ramai pelancong datang antara penempatan clan jetty paling tinggi di sini juga. Sepanjang jalan ke kampung ni diperbuat dari kayu, ada rumah kayu kiri kanan di sepanjang perjalanan korang akan menjumpai ramai peniaga yang berniaga makanan makanan dan cenderahati!
Antara hasil lukisan yang dijual, cukup menarik!
Pemandangan di hujung kampung, di mana korang akan menjumpai satu Tokong
Clan tu apa ? Clan sebenarnya adalah kategori kaum atau keturunan. Satu kelompok manusia yang kongsi minat yang sama, nama yang sama or senang cerita keluarga pun boleh juga.
"Orang cina kan ada banyak surname : Lee, Tan, Chew dan sebagainya. Jadi masa zaman datuk nenek moyang orang cina memula datang Tanah Melayu, they classified their houses through surname. Jadi keluarga Chew duduk satu kelompok. Keluarga Tan duduk satu kelompok. Tak bergaul dan saling bermusuhan. Kiranya assabiyah terbentuk melalui surname masing-masing. As time passed by negara pun dah maju tak adalah permusuhan tu semua. Tapi blocks perumahan mengikut nama masih ada."
Sumber dari blog siti yang menaip, diharapkan dengan perkongsian ini semakin bertambahlah pengetahuan kita semua mengenai masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa gittuw!
The Poscard Shop
Rasanya kedai poscard ini terletak di armenian Street, actually sob bukan peminat atau pengumpul poskad tapi sekiranya korang nak kirim poskad kepada Abam Sob memang sangat di alu-alukan :P Yang menarik mengenai kedai ini terdapat beribu poskad dijual dengan harga yang sangat berpatutan selain deco yang menarik dan comel terdapat perbagai design poskad yang sangat menarik bagi korang penggemar atau pengumpul poskad wajib datang ke sini!
Deco di dalam The Poscard Shop
Art Street
Tarikan utama di bandar Georgetown, yang paling wajib korang kena pergi iaitu Art Street! lukisan mural yang dilukis di sekitar bandar Georgetown @ Armanian Street, antara salah satu sebab utama kenapa ramai berkunjung ke sini untuk melihat sendiri karya yang dihasilkan. Gabungan hasil seni jalanan yang dilukis di sekitar dinding-dinding bangunan lama dan arca-arca dihasilkan yang agak menarik menceritakan budaya penduduk setempat, senang cerita datang ke sini tak ambil gambar di art street maka tak lengkaplah percutian koeang ke Penang.
Untuk info terdapat banyak Street Art yang dihasilkan, tetapi terdapat 8 mural yang wajib dilawati, semuanya berada dilokasi yang berbeza. Lukisan street art dihasilkan oleh pelukis antarabangsa dan pelukis tempatan, Antara artis yang menghasil karya mereka ialah Ernest Zacharevic, Louis Gan, Simon Tan, Oceu Apristawijaya dan ramai lagi! Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud / masej yang berbeza yang hendak disampaikan oleh pelukis itu, jadi bergantung kepada kita bagaimana untuk mentaksir dengan cara yang tersendiri tiada betul tiada yang salah.
Masjid Kapitan Kling
Antara lokasi yang wajib korang pergi bila dah sampai ke Georgetown lokasi berhampiran dengan kedai Nasi kandar Beratur. Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Masjid kapitan keling juga antara landmark bagi pulau pinang. senibina masjid ini diadaptasikan daripada senibina Moghul. Untuk bumbung masjid ini dibina berdasarkan reka bentuk piramid atau lebih menjurus kepada reka bentuk bumbung tempatan. Itu sebab Masjid ini kelihatan sangat indah dan cantik
Ternyata Georgetown mempunyai pelbagai tarikan yang menarik gabungan seni bina lama dan art street yang banyak boleh ditemui di sekitar Bandar Georgetown membuatkan kunjungan korang ke sini sangat berbaloi, senarai di atas sekadar pendapat dan cadangan Sob antara lokasi menarik yang boleh korang semua lawati dimana tiada bayaran dikenakan!