Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trend Cermin Mata Hitam Terkini

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Readers!

Lelaki mempunyai pelbagai kelengkapan aksesori yang wajib dipakai setiap kali ingin tampil bergaya untuk melengkapkan lagi penampilan mereka. Diantara salah satu aksesori lelaki yang paling penting dan wajib ada bagi semua lelaki adalah cermin mata hitam! Setuju bukan guy's? Well'.. Lelaki dan Cermin Mata Hitam boleh diumpamakan rakan karib seperti 'isi dengan kuku' atau 'bagai aur dengan tebing'. Kebanyakan lelaki gemar mengayakan cermin mata hitam yang melambang personaliti yang menarik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana. 

Trend Cermin Mata Hitam Terkini

Bagi korang yang suka travel ke merata-rata tempat Cermin mata hitam antara aksesori yang wajib dipakai selain daripada kelihatan bergaya ketika dipakai ia juga sangat penting untuk melindungi mata si pemakai daripada sinar matahari yang terik ketika bersiar-siar dan kadang kala boleh menghalang silau terutama sekali ketika memandu kereta dan paham-paham jelah kalau pergi mengembara sana sini dengan cara travel bacpacker kita memerlukan cermin mata hitam yang stylish, tahan lama, bermutu tinggi dan paling penting good looking barulah stylo bila mengembara :P

Owh ya mengikut kajian yang sob baca di internet, 'majority bersetuju bahawa dengan hanya mengenakan cermin mata sebagai aksesori, ia mampu mengubah penampilan biasa anda kepada luar biasa dengan syarat, anda haruslah memakai cermin mata hitam yang bersesuaian dengan bentuk muka anda serta mengikuti trend terkini'

Jadi mesti korang tertanya-tanya  apakah trend cermin mata hitam terkini untuk lelaki? boleh baca info di bawah ya :P
Aviator

Pertama sekali adalah cermin mata hitam aviator. Ini bukan lah rekaan cermin mata yang terbaru, tetapi cermin mata aviator ini telah lama menjadi pilihan ramai penggemar fesyen terutama sekali peminat tegar jenama Ray Ban!


Wayfarer

Begitu juga dengan rekaan evergreen cermin mata hitam Wayfarer. Rekaan bingkai hitam tebal yang klasik ini sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita. 


Clubmaster

Dan satu lagi rekaan cermin mata hitam dari jenama Ray Ban yang cukup popular adalah koleksi cermin mata hitam Clubmaster. 

Round 

Dan trend yang seterusnya adalah koleksi cermin mata hitam berbingkai bulat seperti berikut.


Walaupun cermin mata hitam sekadar aksesori tapi ingat pemilihan memakai cermin mata hitam yang bersesuaian dengan bentuk muka kita serta mengikuti trend terkini ia mampu mengubah penampilan biasa anda kepada luar biasa, jadi pastikan kita memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan citarasa, kerana ia melambang  personaliti si pemakai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>