Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Misi Mengejar Matahari Terbit di Puncak Gunung Baling Dan Gunung Pulai

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Pekan Baling, pastinya pernah melihat dua Gunung yang berdiri Megah di kawasan Baling iaitu Gunung Pulai dan Gunung Baling, pada ketika ini tengah menjadi tumpuan para pendaki seluruh malaysia terutama selepas 'viral' di media social untuk berkunjung ke sini disebabkan kecantikan pemandangan gunung batuan kapur daripada puncak gunung. Bagi korang yang gemarkan keindahan alam semulajadi dan aktiviti outdoor Gunung Pulai & Gunung Baling antara Port yang wajib korang jejaki.

Mengejar Matahari Terbit di Puncak Gunung Baling Dan Gunung Pulai

Sebelum ini sob pernah menulis mengenai pengalaman mendaki Gunung #Baling1.0 (Boleh Baca Di Sini) bersama team #BambooHikers untuk trips berikutnya pulak bersama daripada geng-geng baru daripada #Ohana  dimana pada 26 - 27/12/2015 hari pertama kami mendaki Gunung  #Baling2.0 & hari kedua pula ke Gunung Pulai 

1) Gunung Baling

Gunung Baling yang Ketinggian 420m, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Sunrise berlatarkan pemandangan pekan baling nice view kan, dalam pukul 6.45am.

Acah-acah Catch the sun!

Ini merupakan pendakian kali ke 3 sob memanjat Gunung Baling #Baling3.0 dimana misi utama untuk melihat pemandangan matahari terbit daripada Puncak Gunung Baling kerana sebelum ini sob hanya mendaki di pagi hari, tidak sempat melihat matahari terbit. Trips kali ditemani oleh  Bro Naz aka Abang Fit, kami berjumpa di Pekan Baling dalam pukul 4.40 am seterusnya menuju ke starting point Kampung Bawah Gunung untuk memulakan pendakian Gunung Baling. Tepat pukul 5.00am kami memulakan perjalanan, berhenti berehat di 2 checkpoint iaitu Gua Kambing dengan Kawasan RnR di kawasan berbuluh so far sob pun tak tahu apa nama kawasan tu, nama tempat RnR tu merujuk kepada Guide  yang bawa sob naik dahulu, tepat pukul 6.10am kami sampai ke puncak dan masa yang diambil lebih kurang 1j10minit.


Berkenaan dengan tahap kesukaran Trek korang boleh rujuk entry lama sob, cuma kali ini agak laju pendakian kerana sudah terbiasa dengan treck  dan yang bestnya kali ini mendaki dalam keadaan trek kering, tak seperti kami pertama hiking selepas hujan turun.. jalan lecak, trek sangat licin jadi masa mendaki siambil lebih lama. 

Dalam 5 minit pertama hanyalah melalui trek landai dan seterusnya mulalah melalui trek menaik, selepas itu agak lantai seterusnya menjumpai trek berbatu hingga ke puncak. kawasan ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu  bahgian pertama mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh di akhir

#Baling 3.0, selfie sikit!



Pemandangan daripada Puncak Gunung Baling tidak pernah megecewakan, ada yang cakap pemandangan seolah-olah gunung-ganang berkapur di Negara China, perfect place untuk nature lovers dan semestinya tempat yang cool untuk berselfie :)


Gua Kambing, kawasan rehat pertama yang boleh korang berhenti untuk take 5, sebelum meneruskan pendakian

Bagaimana Cara Untuk sampai Ke Kaki Gunung Baling ( starting point )

Daripada Pekan Baling terus jumpa jambatan teruskan lagi jumpa Tokong cina selepas itu akan jumpa kedai runcit. Lepas kedai runcit masuk ke lorong sebelah ki masuk situ. Check point untuk naik ke Gunung Baling, di belakang rumah-rumah orang kampung dimana di awal pendakian akan melalui lorong-lorong rumah, seterusnya akan menjumpai dusun buah dan disitu akan menjumpai trek untuk ke puncak dimana trek di ikat dengan tali merah dan diletakkan botol. Mohon parking elok-elok dikawasan rumah orang ya, tak block kenderaan tuan rumah untuk keluar :)



2) Gunung Pulai, Kedah

Ini merupakan kali pertama sob mendaki Gunung Pulai walaupun kedua-dua gunung ini terletak di kawasan yang sama, dianggarkan ketinggian gunung pulai dianggarkan 1,853 ft / 565 m. lebih tinggi sedikit daripada Gunung Baling.  Gunung ini gunung yang ke 756 yang tertinggi di Malaysia dimana trek Gunung Pulai agak berbeza dengan Gunung Baling yang agak landai dan berbatu manakala trek pulai bermula daripada starting point trek berbatu-batu, tajam dan memanjat sehingga ke puncak memang sangat menguji mental :P Treck untuk naik ke puncak ada disesetengah kawasan agak semak dan ada juga trek-trek lain yang dibuat oleh penduduk kampung untuk mencari Pokok Aji jadi sentiasa alert dengan penanda dan pastikan tidak sesat ke lorong lain. Tips daripada guidge kami masa naik ke atas ambil trek menghala ke sebelah kiri semasa di starting point.


Line up lebih kurang 40 orang, kami mula bergerak mendaki dalam pukul 5.30am dan sampai ke puncak dalam pukul 8.20 am jadi misi untuk melihat matahari terbit gagal tapi pemandangan pada waktu pagi daripada puncak pulai memang tidak mengecewakan. Permulaan pendakian, melalui jambatan besi melintasi sungai Baling seterusnya memasuki kawasan kebun, sepuluh minit pertama hanya melalui trek yang landai, selepas mula menaik sehingga ke puncak Memang banyak tenaga kena guna samada tenaga kaki mahupun tangan. pastikan bawa air yang secukupnya dan snek untuk cover tenaga . Keadaan batu-batu pula tajam dan agak berbahaya sesetngah batu agak tidak kuat bergoyang-goyang jadi pastikan sentiasa berhati-hati

Boleh dianggarkan 90%  treck memalui trek berbatu, digalakkan memakai kasut yang sesual dan glove untuk mengelakkan tangan luka.


Welfie first, first time jumpa dengan geng-geng hiking yang joint #Ohana memang semua sempoi gila-gila kepala masuk ayaq orang utara cakap :P


Antara sebab kenapa Gunung Baling dan Pulai menjadi idaman setiap pendaki untuk sampai kesini, disebabkan pemandangan yang indah lagi super ohsem, seluas mata memandang. Owh ya pemandangan yang yang korang akan lihat daripada Gunung Baling & Pulai adalah sama, cuma tahap kesukaran trek yang berbeza so pendapat sob sekiranya inginkan trek yang memberi lebih cabaran boleh mencuba menaiki Gunung Pulai, manakala untuk sedikit leisure dan santai-santai Gunung Baling pilihan yang terbaik untuk korang.

Pemandangan daripada puncak boleh nampak pekan baling, sawah padi  memang nice. Sambil-sambil tu duk mengintai-ngintai jodoh :P

Selepas rehat lebih kurang 1jam di puncak, kami memulakan perjalanan pendakian turun, harus dinginkan supaya lebih berhati-hati sekiranya silap langak gaung menanti di hadapan kerana kita akan melalui tebing-tebing gunung yang curam, bagi sob pendakian semasa turun lebih berbahaya berbanding naik mungkin disebabkan trek di mana disesetengah kawasan batu agak tidak stabil dan tajam, memang sakit tangan berpaut pada batu. Alhamdulilah masa yang diambil untuk turun dalam 2 jam, kami tiba di bawah gunung di kawasan starting point dengan selamat.

Bagaimana untuk ke Gunung Pulai

Sebenarnya jalan untuk kesini sob tak begitu pasti tapi atas maklumat yang diberi tahu oleh kawan-kawan sila cari Masjid Ridzuaniah seterusnya menuju ke Kampung Paya, terus masuk ke dalam kampung sehingga   ke hujung kampung ada  satu kawasan yang agak luas boleh park kereta di situ, lebih mudah sila on waze.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>