Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, baru-baru ini telah diadakan FAM Trips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, bertarikh 20-24 Jun 2014 bertempat di Padang Rengas, Kuala Kangsar dan Royal Belum, Gerik, Perak. Syukur alhamdulilah dan beribu-ribu ucapan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak, kerana sudi lagi mengundang saya untuk menyertai dan merasai kemeriahan penganjuran FAM Trips kali ini.
Credit: PakDolly photograpy
Visit Year Malaysia 2014 #VMY2014
Tujuan Program ini dijalankan ialah untuk mempromosikan tempat-tempat perlancongan menarik yang ada di Negeri Perak sempena dengan Tahun Melawat Malaysia / Visit Year Malaysia 2014 #VMY2014 sesungguhnya jemputan kali ini amat bermakna bagi saya kerana saya adalah anak jati perak dan berasai daripada Gerik, Perak. Satu penghormatan kepada saya untuk mempromosikan negeri dan daerah sendiri kepada orang ramai serta dapat menyokong usaha kerajaan dalam usaha mempromosikan Malaysia khasnya untuk Tahun Melawat Malaysia 2014
Ini adalah jemputan kali kedua saya sebagai bloogers bersama dua orang lagi bloggers terkenal iaitu Bro Sham-www.shamphotography.com dan Tuan Fuad-malaysianaexplorer.blogspot.com sekiranya anda masih ingat entry terdahulu saya ada memperkenalkan serta mempromosikan tempat-tempat menarik di Daerah Pengkalan Hulu iaitu tarikan alam semulajadi yang terdapat di sana seperti Gua Gendang dan Gua Itik serta Pesta Songkran yang dijalankan oleh komuniti siam yang tinggal di Daerah Pengkalan Hulu. Bagi yang belum pernah membaca, bolehlah klik pautan di bawah :
Edisi Pengkalan Hulu Trip :The Undiscovered Trail
Untuk Fam Trips kali ini kami dibawa sendiri untuk menyertai program Bike Ride @ Padang Rengas untuk berbasikal, laluan sepanjang 18 Km di mana tujuan utamanya untuk mempromosikan Padang Rengas sebagai lokasi laluan berbasikal kepada penggemar sukan berbasikal. Fun Ride @ padang rengas berpontensi untuk dijadikan salah satu tarikan perlancongan baru yang boleh dijalankan selain daripada produk perlancongan perusahaan homestay dan perusahan tradisional seperti pembuatan laksa, pekasam dan bengkel pembuatan parang oleh penduduk setempat.
Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, kami di bawa ke Taman Negeri Royal Belum diberi gelaran'permata hati negeri perak' kaya dengan pelbagai biodiversiti kerana banyak flora dan faunanya masih dalam keadaan asal di mana masih banyak yang belum diterokai dan diusik oleh manusia. Antara objektif Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 ialah seperti kepentingan kita menjaga alam sekitar kerana itu antara khazanah alam yang tak ternilai harganya, perkongsian kajian-kajian yang di jalankan di Royal Belum, perkongsian budaya penduduk setempat terutama orang asli daripada keturunan Jahai Seperti budaya, tarian, cara hidup serta mempromosikan Royal Belum antara tarikan perlancongan yang terkemuka di Perak.
Program kali ini turut disertai oleh bloggers, wakil media, wakil travel agensi untuk merasai sendiri tarikan yang ada di negeri perak serta mempromosikanya kepada orang ramai. Memang banyak tempat-tempat menarik yang kami kunjungi sepanjang trips ini berlangsung nanti saya akan ceritakan secara santai pengalaman serta tarikan perlancongan yang ada di setiap lokasi, owh seperti biasa setiap lokasi yang saya lawati akan ceritakan secara berasingan, pastinya banyak pengalaman menarik, lucu memori indah sepanjang saya menyertai trips ini akan saya kongsikan kepada anda semua :P
Untuk entry permulaan saya akan senaraikan lokasi-lokasi yang saya kunjungi sepanjang FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 dijalankan!
Galeri Sultan Azlan Shah
Pemandangan indah di Luar Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri Sultan Azlan shah terletak di Bukit Chandan, Kula Kangsar, merupakan galeri yang mempamerkan koleksi kepunyaan Almarhum Sultan Azlan Shah sama ada koleksi peribadi atau pemberian daripada rakyat jelata atau pembesar negara. Saya sangat bertuah diberikan kebenaran untuk mengambil gambar untuk tujuan mempromosi, entry seterusnya saya akan menceritakan mengenai sejarah hidup Almarhum Sultan Azlan Shah sesungguhnya kunjungan saya di Galeri Sultan Azlan Shah membuatkan saya lebih dekat dan memahami instutusi kerajaan Beraja Negeri Perak, Daulat Tuanku.
Mariwasa Kraftangan
Antara proses yang dihasilkan untuk menghasilkan pingat, di Mariwasa Kraftangan
Mariwasa Kraftangan merupakan pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia, Melihat sendiri bagaimana sesuatu proses pembuatan medal dari mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya proses rekaan die atau acuan , kemudian proses penempaan medalion , kemudian proses cantuman pengikat medal , proses pegilatan , dan proses pembukusan, banyak info dan maklumat baru dipelajari sepanjang lawatan ke Mariwasa krafftangan.
Masjid Diraja Ubudiah
Masjid Ubudiah turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Menampilkan rekabentuk yang sangat menarik dan merupakan antara masjid-masjid yang tercantik di Malaysia
Azydar Enterprise
Antara produk tenun tekap yang dihasilkan oleh Perusahaan Tenun Tekat, Azydar Enterprise
Image may be NSFW.
Clik here to view.![]()
Clik here to view.

Puan Azizah menunjukkan kepada kami proses-proses untuk menekap benang emas, memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu corak Tenun Tekap Perusahaan Tenun Tekat diusahakan oleh Puan Azizah Adam, berlokasi Kampung Padang Changkat, Bukit Chandang, Kuala Kngsar, Perak
Victoria Bridge
Pemandangan indah di Victoria Bridge, kuala kangsar
Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar, victoria Bridge antara jambatan yang tercantik dan kaya dengan pelbagai sejarahnya sendiri.
Program Bike Ride @ Padang Rengas 2014
Program Bike Ride @ Padang Rengas 2014, inisiatif tourism malaysia perak untuk mempromosikan padang rengas sebagai produk terbaru kepada peminat-peminat basikal. Turut mempromosikan produk dan perkidmatan yang ditawarkan oleh penduduk setempat.
Bengkel Pandai Besi, Kampung Rambung
Image may be NSFW.
Clik here to view.![]()
Clik here to view.

Perusahaan Pembuatan Pekasan, Kampung Tanah Merah
Perusahaan Pembuatan Laksa, Kampung Paya
Muzium Arkeologi Lenggong
Muzium Arkeologi Lenggong, lokasi terletak di kota Tampan, Lenggong untuk melihat sendiri Perak Man, antara artifak sangat bernilai dan berharga di malaysia. Daerah Lenggong Tersenarai sebagai antara 953 Tapak Warisan Dunia oleh Unesco juga berkaitan dengan penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lalu sekaligus membuktikan wujudnya penempatan awal manusia prasejarah di negara ini.
Hutan Libur Lata Kekabu
Hutan Libur Lata Kekabu terletak dalam hutan simpan bintang hijau, berpeluang untuk mandi manda di sini merasai sendiri kesejukan air terjun lata kekabu, Lata kekabu ini merupakan antara tempat rekreasi perlancongan popular di daerah Lenggong.
Taman Negeri Royal Belum
Untuk program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, kami di bawa ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak untuk menerokai sendiri khazanah yang bernilai yang ada di Royal Belum seperti melawat Air Terjun Sungai Kooi untuk melihat bunga Pakma, Pusat Sintuari Ikan Kelah Sungai Ruok dan pelbagai tarikan lain yang ada di sini. Hutan Royal Belum kaya dengan pelbagai biodiversiti kerana banyak flora dan faunanya masih dalam keadaan asal di mana masih banyak yang belum diterokai oleh manusia malah dipahamkan usia hutan royal belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon! menarik bukan :P
Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pemandangan di Air terjun sungai kooi, sangat cantik.
Clik here to view.

Ke Sungai kooi, menikmati keindahan alam semujadi yang masih belum terusik serta misi utama mencari bunga pakma
Pusat sentuari ikan kelah di Sungai Ruok
Pemandangan di Kem Sungai Papan, mempelajari kepelbagaian jenis pokok dan tumbuhan, melawat klinik semula jadi haiwan iaitu sira garam.
Ini antara sebahagian aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung, sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik dan aktiviti yang saya lakukan sepanjang mengikuti FAM Trips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, untuk entry berikutnya saya akan kongsikan secara detail dan santai tempat menarik dan aktiviti yang saya lakukan dengan anda semua,
Terima kasih kepada Belum State Park, Tourism Perak dan semua pihak yang terlibat menjayakan program FamTrips kali ini, kerana memberikan kerjasama dan layanan yang sangat baik kepada saya. Ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana sudi menjemput saya untuk merasai kemeriahan dan keseronokan cuti-cuti di Malaysia. Saya amat berbangga dan teruja untuk berkongsi, mempromosikan pelbagai tarikan yang ada di Negeri Perak, tanah kelahiran saya kepada anda semua! sekarang saya masih pening memikirkan entry mana yang ingin dikongsikan bersama korang semua! jadi nantikan entry saya yang berikutnya ya :P
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :
Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962