Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Kayuhan Basikal Di Bike Ride @ Padang Rengas

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia semoga ramdhan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada kita semua, jadi entry salam ramadhan 2014 akan menyusul tiba buat masa sekarang jom layan entry cuti-cuti 1 malaysia saya FAM Trips bersama Tourism Malaysia Perak.

CC1M Bike Ride @ Padang Rengas 2014

Sebelum ini saya telah menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan (Sini) sepanjang FAMTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 selama 5 hari 4 malam, jadi untuk kali ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan program FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas di mana kami berbasikal sejauh 18 km di sekitar kawasan kampung di padang rengas bertujuan untuk mempromosikan Padang Rengas sebagai destinasi lokasi kawasan berbasikal serta produk perlancongan di sekitarnya seperti produk dan perkidmatan yang dijalankan oleh penduduk kampung.


Antara tetamu terhormat yang hadir ialah Y.B Dato Nollee Ashilin Dato Mohamad Radzi, Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak, Y. Bhg Datuk Musa Haji Yusof, Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik dan Kebudayaan Negeri, Yb Tuan Hj. Zainun bin Hj Md Noor, Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib, Pengarah Tourism Malaysia Perak. 

Ini pertama kali saya berkesempatan berjalan-jalan ke kawasan kampung sekitar Padang Rengas, wow sangat cantik pemandangan di sini berlatar belakangkan sawah padi dan bukit sejuk mata memandang, kayuhan basikal bike ride @ padang rengas kali ini julung-julung kalinya dijalankan di sini dan sambutan penyertaan anggaran 300 orang ke atas yang bestnya kayuhan kali ini dilakukan secara santai, jadi memang enjoy tak terasa berkayuh basikal sejauh 18km, mohon selepas ini kalau boleh nak tambahkan lagi jaraknya jadi 30 atau 40 km :P


Peta laluan kayuhan bike ride @ padang rengas 2014
Sesi berbasikal kali ini melalui 4 checpoint iaitu 

checkpoint 1: kawasan sawah padi, Homestay Lubuk Merbau
checkpoint 2 : Bengkel pandai besi, Kampung Rambong
checkpoint 3 : Perusaan pembuatan pekasam, Kampung Tanah Merah
checkpoint 4 : Perusahaan pembuatan laksa, Kampung Paya

Eh tetiba pulak rasa ayat skema habis, korang suka lettuw baca kalau ayat-ayat skema macam ni :P Sebenarnya ini pertama kali saya berkayuh basikal menggunakan Gear, jadi nampak juga kebatakan di situ untuk mengawal basikal ni pelik juga sebab nampak peserta yang lain nampak cool dan layan je mengayuh basikal sambil gelak-gelak tapi saya nak kayuh separuh nak gila rasa berat nak mengayuh, rupanya saya salah setting gear nasib baiklah di suku perjalanan ke checkpoint pertama ada brother marshall mengajar saya bagaimana nak mengawal dan menggunakan gear basikal supaya senang untuk dikayuh! perhh lega, lepas itu barulah rasa ringan serta santai nak berkayuh basikal sesual dengan namanya berkayuh secara santai gittuw :P

Acara bermula tepat pada pukul 7.30, urusan pendaftaran dijalankan pada pukul 6.30-7.00am bermula di pusat khidmat parliment padang rengas dan berakhir di situ juga, jadi jom layan apa yang menarik sepanjang program ini berjalan.


Sebelum acara bermula kami para peserta diberi basikal seorang satu, nombor basikal saya 028 jadi tiada alasan untuk tidak berkayuh bersama, kalau di beri pilihan sama ada nak berkayuh atau tidak, semestinya saya memilih untuk berkayuh sekali rugilah datang jauh-jauh tak berbasikal.

wakil-wakil daripada media cetak, media elektronik, wakil travel agensi, bergambar dahulu sebelum bermulanya misi menawan Kawasan Padang Rengas!

Upacara perasmian & pelepasan para peserta oleh Y.B Dato Nollee Ashilin Dato Mohamad Radzi, Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak

Tetamu-tetamu vvip kita semuanya berada di barisan depan, memang stedylah kayuh sampai ke garisan penamat :P

Sepanjang bike ride ini dijalankan boleh dikatakan semua peserta mengayuh secara santai namapun fun ride!, jadi tidaklah ada niat nak berlumba sesama sendiri macam nak berkayuh basikal untuk masuk sukan Olimpik, daripada pemerhatian saya sebenarnya aktiviti berbasikal ini bagus kerana boleh memupuk semangat bersukan dikalangan kita, pertama aktiviti yang sihat mengeluarkan peluh dan kedua  dapat merapatkan silaraturahimyang terjalin.


Checkpoint 1 : Kawasan Sawah Padi, Homestay Lubuk Merbau


Eh tak sangka jumpa bro meor, hai bro, still remember me? dulu kita pernah pergi sama-sama ke Famtrips Pengkalan Hulu :P Bila google sikit mengenai Bike Ride @ Padang Rengas terjumpa satu blog ridersteam upkan entry berkaitan bike ride, masih tercari mana satu penulisnya? good wrriting bro sampai aku dah kenal semua nama watak-watak yang terlibat dari yop, ibrahim, meor, zaini dan ika :P

Sambil berehat, sesi berkenalan @ berkenan di hati dijalankan, hai kalau awak baca blog saya tolong add wechat id : Sobriyaacob ok bye :P

Berehat sebentar sambil melayan air 100 plust, untuk mengembalikan tenaga yang hilang.

Checkpoint 1: kawasan sawah padi, homestay lubuk merbau, berehat di sini sebentar, ambil nafas! ambik nyawa yop yong hoi, maklumlah ramai yang udah lame tak mengayuh basikal, semput jugaklah walaupun fun ride. Teman dah cakap kena panaskan badan bersenam dulu sebelum nak mengayuh tapi kome semua degil, lainlah teman! stedy forever :p

Pemandangan yang sangat indah di sepanjang jalan, sejuk mata memandang seluas padi yang terbentang!


Checkpoint 2 : Bengkel Pandai Besi, Kampung Rambong

Seterusnya kami bergerak ke checkpoint 2 bengkel pandai besi, kampung rambong. Perjalanan untuk ke bengkel besi ini tidaklah begitu jauh, jalan yang landai memasuki kawasan kampung di mana di sajikan dengan pemandangan kampung tradisonal melayu dan sawah padi.


Melihat sendiri bagaimana proses pembuatan keris, parang dan peralatan besi yang lain menggunakan kaedah tradisional, sungguh menarik melihat seketul besi atau logam dibakar, diketuk dan dibentuk untuk menghasilkan keris atau parang.

Telah berjaya samapai ke perhentian checkpoint 2 iatu Bengkel Pandai Besi, kampung Rambong


Checkpoint 3 : Perusahaan Pembuatan Pekasam di kampung Tanah Merah

Seterusnya kami meneruskan perkayuhan secara santai ke checkpoint 3 iaitu perusahaan pembuatan pekasam di kampung tanah merah di sini dijalankan perusahaan pembuatan ikan pekasam oleh Dinim Enterprise. Diberi penerangan bagaimana pemprosesan ikan perkasan dijalankan Antara semua jalan saya lalui jalan ke checpoint ke 3 antara jalan yang menawarkan pemandangan yang tercantik kerana sepanjang jalan kita boleh melihat sawah padi di kiri dan kanan.

Dinim Enterprise
Puan nor hanim I Tel : 017 5144663

Ikan pekasam yang telah ditoskan dan digaul dengan garam kasar dan ramuan rahsia akan disimpan atau diperam di sini sehingga terhasilnya ikan pekasam yang lazat rasanya.


Turut dijual ikan pekasam yang telah siap dibungkus, harga yang ditawarkan amat berpatutan tambahan pada bulan puasa ini memang sedap dijadikan juadah sahur, goreng panas dengn cili potong dan bawang selepas tu makan dengan nasi panas memang terangkat rasanya! memang ummph!


Berehat sebentar melepaskan penat lelah, cantik bukan pemandangan di kawasan kampung di Padang Rengas, memang sangat sesual untuk dijadikan lokasi acara basikal sebagai produk perlancongan dan mampu meningkatkan lagi nilai tambah aktiviti perlancongan sedia ada di sekitar kawasan ini.


 Checpoint 4 :Perusahaan Pembuatan Laksa Kampung Paya

Perhentian yang terakhi checpoint 4 di Perusahaan Pembuatan Laksa Kampung Paya, untuk melihat sendiri bagaimana cara laksa di hasilkan menggunakan kaedah tradional menggunakan bekas tembaga sebagai acuanya.

Inilah rupa laksa yang dihasilkan oleh Puan Normah, buatan tangan jadi tekstur dan rasanya berbeza daripada laksa yang di jual bungkus lebih kenyal dan halus buatanya.

Adunan di adun sehingga sebati

setelah dimasukkan di dalam acuan, pusing sehingga laksa keluar

Potong dan rebus sehingga menghasilkan laksa.

Di atas bagaimana cara untuk menghasilkan laksa ini, mengikut penerangan yang diberikan aduanan akan diuli terlebih dahulu setelah sebati akan di masukkan ke dalam acuan tembaga yang berwarna kuning kemasan, ditekan dan dipusing sehingga keluar berbentuk laksa, dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan dibiarkan jatuh di rebus di dalam kawah yang mendidih.

Normah Bt Abdul Rahman I Tel : 05-7768875
Inilah rupa laksa kampung paya! memang terbaik rasanya

Akhirnya berjaya menamatkan kayuhan keseluruhan checkpoint 1,2,3 dan 4 @ 18 Km. 
Tahniah Semua

Selepas berjaya menawan ke semua checkpoint, kami meneruskan kayuhan ke garisan penamat di Pusat Khidmat Parliment Padang Rengas, antara aktiviti lain yang dianjurkan sepanjang program bike ride @ padang rengas ialah sukaneka untuk kanak-kanak, cabutan bertuah dan lain-lain


Acara bike ride @ Padang rengas harusalah diteruskan dari masa ke semasa kerana pendapat saya acara sebegini bukan sahaja mampu memupuk semangat bersukan di kalangan rakyat malaysia malah merupakan aktiviti yang sihat dan mampu mengeratkan silaraturahhim. Dengan keadaan Persekitaran dan pemandangan Padang rengas yang sangat menarik dan cantik mampu dijadikan salah satu produk pekej perlancongan kepada pasaran domestik dan pelancongan luar negeri.

Saya sendiri telah merasai aktiviti berbasikal dan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan, jadi kalau korang juga teringin nak merasai pengalaman berkayuh basikal seperti saya, jangan malu jangan segan sempena dengan tahun melawat Malaysia 2014 apa kata jom explore sendiri Negeri Perak dengan melawat tempat-tempat yang menarik dengan cara berkayuh basikal 'discover perak cycling packages' banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan, sebarang pertanyaan boleh hubungi Tourism Malaysia Perak untuk maklumat lebih lanjut.



Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak


Tel                     : +605-2552772/9962
Faks                  : +605-2532194
Like Facebook   :Tourism Malaysia Perak

Website                  : www.tourism.gov.my




Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>