Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all 94 articles
Browse latest View live

Tahun Melawat Malaysia 2014 - FamTrip Tourism Malaysia Perak

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers! entry kali ini saya cuba buat secara short and simple untuk terangkan kepada anda mengenai program FamTrip yang dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia. Definasi dan ulasan yang saya tulis ini berdasarkan pemerhatian dan info-info yang saya dapat sepanjang menyertai program yang dianjurkan more to personal opinion :P


Seperti yang anda sedia maklum tahun 2014 adalah tahun melawat malayasia, #VMY2014 salah satu insentif yang dilakukan oleh pihak Tourism malaysia perak khasnya adalah dengan mempromosikan destinasi-destinasi yang menarik dan unik yang ada di malaysia untuk diwar-warkan kepada orang ramai sama ada pengujung tempatan atau luar negara. Bagaimana cara untuk membuat promosi salah satu caranya ialah membuat satu trip ke destinasi terpilih dengan mengumpulkan media massa dan elektronik seperti wartawan, bloggers, media dan lain-lain lagi untuk merasakan sendiri pengalaman bercuti dan membuat review based on their experiences serta mempromosikan destinasi tersebut kepada orang ramai.

Dan baru-baru ini saya berpeluang merasai sendiri cuti-cuti di dalam Malaysia, di tanah kelahiran saya Perak, pengkalan hulu di mana saya sendiri tidak tahu bahawa kita di Malaysia terutama komuniti siam juga menyambut pesta songkran seperti di thailands! Turut berpeluang merasai sendiri keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara dengan melakukan expedisi ke gua gendang dan gua itik, satu moment yang tidak boleh dilupakan, btw nak cerita panjang pun tak guna saya pasti anda semua telah membaca pengalaman saya yang terdahulu trips- Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail yang tersangat awesome!

Untuk mengingatkan kembali memory daun pisang anda mengenai program FamTrip di pengkalan hulu 2014, jom layan video yang telah dihasilkan oleh bloggers tersohor Bro Sham 


 Credit - www.shamphotography.com

P/s: Sekiranya korang tengah membaca entry ini, saya masih ada di Royal Belum, almaklumlah nak jaga traffik baru dapat Be, so keja rajinkan diri buat auto post! Yang tanya saya macam mana nak joint juga macam program ini, senang cerita rajinkan diri menulis insaalah kalau anda tulis secara ikhlas, nanti adalah rezeki :P


Wordless Wednesday #3

$
0
0




The Beauty Of Royal Belum

 Wordless Wednesday: entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.

Bulgogi Brothers Korean

$
0
0

Terima kasih nuffnang, untuk pemberian CPUV NUFFNANG untuk Bulgogi Brothers Korean. Untuk pengatahuan anda Bulgogi Brothers adalah restoran Korea pertama yang menampilkan burger di dalam menu mereka. Ada 4 jenis burger kesemuanya dan kesemuanya menggunakan ramuan asli yang sering didapati dalam makanan Korea seperti kimchi, jeruk kobis, gojuchang (pes cili Korea), sayuran segar, telur goreng gooey dan semestinya, bulgogi (daging lembu yang diBBQ). 



Selain itu Bulgogi Brothers Korean juga mempunyai beberapa di Malaysia di Paradigm Mall, Kelana Jaya Pavilion KL eCurve, Mutiara Damansara Mid Valley Megamall, jadi sekiranya anda berminat untuk mencuba sendiri kenakan makanan yang dijual di bulgogi brother korean boleh mengunjungi cawangan bulgogi brother burgers berdekatan serta jangan lupa like Fan Page Facebook Bulgogi Brothers Malaysia atau melayari websitewww.bulgogibros.com.my untuk mengetahui info terbaru!


Fan Page Facebook : Bulgogi Brothers Malaysia 

Terima kasih nuffnang untuk kampen cpuv terbaru :P

Huawei Ascend P7

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pernahkah anda mendengar Jenama Smart Phone  Huawei Ascend P7? untuk pengetahuan anda smartphone  Huawei Ascend P7 antara jenama smartfon yang berjaya mencuri perhatian pengguna di Malaysia kerana mempunyai design yang sangat menarik dan mempunyai aplikasi yang sangat cool. Model Smartphone Huawei Ascend P7  telah dijual di pasaran Malaysia.

 website : consumer.huawei.com

Di sini saya senaraikan secara ringkas apa yang membuatkan Smartphone Huawei Ascend P7 sangat cool dan awesome

1 Excellence with edge
2 Intended power button key
3 Unibody waterdrop curve
4 8mp bsi front camera
5 Ultra power saving mode
6 4G



Bagaimana menarik bukan? antara ciri-ciri tambahan yang lain model Huawei Ascend P7, 8-megapixel kamera di depan yang juga dilengkapi dengan F2.4 5-elemen lensa  serta mempunyai Panorama Selfie Selfie memang sesuai untuk dimiliki oleh kaki selfie! sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Produk Huawei Smartphone Huawei Ascend P7 bolehlah melayari website consumer.huawei.com. Terima kasih kepada Nuffnang memberi Cpuv untuk Huawei Ascend P7.


Kempen Melabur Dengan Bijak - Invest Smart Campaign

$
0
0

Assalamualaikum dan salamsejahtera semua,

Tahukan anda bahawa, jaminan kewangan yang nyata bukan sekadar angan-angan lagi tapi boleh menjadi realiti! Iklan Kampen Bijak Labur ini dibawa khas oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia untuk menggalakkan dan memberi tahu kepada orang ramai bagaimana cara-cara untuk melabur dengan selamat.

Di  portal Invest Smart Campaign disertakan maklumat-maklumat dan info terkini berkaitan dengan dunia pelaburan disertakan  pemberitahuan mengenai produk pelaburan seperti pasaran amanah, unit saham, bon,skim persaraan swasta, amanah pelaburan hartanah dan dana dangan bursa dengan tujuan untuk mendidik pengguna mengenai pelaburan yang anda boleh jalankan. Turut dipamerkan article, program dan maklumat terkini mengenai pelaburan yang sedikit sebanyak akan menambah dan membantu anda dalam usaha anda melabur serta faedah yang akan diperolehi.


Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Melabur Dengan Bijak - Invest Smart Campaign bolehlah melayari website mereka di : www.investsmartsc.my. Terima kasih nuffnang untuk pemberian Cpuv kepen melabur dengan bijak daripada suruhanjaya sekuriti Malaysia. 


Jemputan FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, baru-baru ini telah diadakan FAM Trips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, bertarikh 20-24 Jun 2014 bertempat di Padang Rengas, Kuala Kangsar dan Royal Belum, Gerik, Perak. Syukur alhamdulilah dan beribu-ribu ucapan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak, kerana sudi lagi mengundang saya untuk menyertai dan merasai kemeriahan penganjuran FAM Trips kali ini.

Credit: PakDolly photograpy 
Visit Year Malaysia 2014 #VMY2014

Tujuan Program ini dijalankan ialah untuk mempromosikan tempat-tempat perlancongan menarik yang ada di Negeri Perak sempena dengan Tahun Melawat Malaysia / Visit Year Malaysia 2014 #VMY2014 sesungguhnya jemputan kali ini amat bermakna bagi saya kerana saya adalah anak jati perak dan berasai daripada Gerik, Perak. Satu penghormatan kepada saya untuk mempromosikan negeri dan daerah sendiri kepada orang ramai serta dapat menyokong usaha kerajaan dalam usaha mempromosikan Malaysia khasnya untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 

Ini adalah jemputan kali kedua saya sebagai bloogers bersama dua orang lagi bloggers terkenal iaitu Bro Sham-www.shamphotography.com dan Tuan Fuad-malaysianaexplorer.blogspot.com sekiranya anda masih ingat entry terdahulu saya ada memperkenalkan serta mempromosikan tempat-tempat menarik di Daerah Pengkalan Hulu iaitu tarikan alam semulajadi yang terdapat di sana seperti Gua Gendang dan Gua Itik serta Pesta Songkran yang dijalankan oleh komuniti siam yang tinggal di Daerah Pengkalan Hulu. Bagi yang belum pernah membaca, bolehlah klik pautan di bawah : 


Edisi Pengkalan Hulu Trip :The Undiscovered Trail 

Untuk Fam Trips kali ini kami dibawa sendiri untuk menyertai program Bike Ride @ Padang Rengas untuk berbasikal, laluan sepanjang 18 Km di mana tujuan utamanya untuk mempromosikan Padang Rengas sebagai lokasi laluan berbasikal kepada penggemar sukan berbasikal. Fun Ride @ padang rengas berpontensi untuk dijadikan salah satu tarikan perlancongan baru yang boleh dijalankan selain daripada produk perlancongan perusahaan homestay dan perusahan tradisional seperti pembuatan laksa, pekasam dan bengkel pembuatan parang oleh penduduk setempat. 

Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, kami di bawa ke Taman Negeri Royal Belum diberi gelaran'permata hati negeri perak' kaya dengan pelbagai biodiversiti kerana banyak flora dan faunanya masih dalam keadaan asal di mana masih banyak yang belum diterokai dan diusik oleh manusia. Antara objektif Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 ialah seperti kepentingan kita menjaga alam sekitar kerana itu antara khazanah alam yang tak ternilai harganya, perkongsian kajian-kajian yang di jalankan di Royal Belum, perkongsian budaya penduduk setempat terutama orang asli daripada keturunan Jahai Seperti budaya, tarian, cara hidup serta mempromosikan Royal Belum antara tarikan perlancongan yang terkemuka di Perak. 

Program kali ini turut disertai oleh bloggers, wakil media, wakil travel agensi untuk merasai sendiri tarikan yang ada di negeri perak serta mempromosikanya kepada orang ramai. Memang banyak tempat-tempat menarik yang kami kunjungi sepanjang trips ini berlangsung nanti saya akan ceritakan secara santai pengalaman serta tarikan perlancongan yang ada di setiap lokasi, owh seperti biasa setiap lokasi yang saya lawati akan ceritakan secara berasingan, pastinya banyak pengalaman menarik, lucu memori indah sepanjang saya menyertai trips ini akan saya kongsikan kepada anda semua :P 

Untuk entry permulaan saya akan senaraikan lokasi-lokasi yang saya kunjungi sepanjang FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 dijalankan! 

Galeri Sultan Azlan Shah

Pemandangan indah di Luar Galeri Sultan Azlan Shah 



Galeri Sultan Azlan shah terletak di Bukit Chandan, Kula Kangsar, merupakan galeri yang mempamerkan koleksi kepunyaan Almarhum Sultan Azlan Shah sama ada koleksi peribadi atau pemberian daripada rakyat jelata atau pembesar negara. Saya sangat bertuah diberikan kebenaran untuk mengambil gambar untuk tujuan mempromosi, entry seterusnya saya akan menceritakan mengenai sejarah hidup Almarhum Sultan Azlan Shah sesungguhnya kunjungan saya di Galeri Sultan Azlan Shah membuatkan saya lebih dekat dan memahami instutusi kerajaan Beraja Negeri Perak, Daulat Tuanku. 

Mariwasa Kraftangan

Antara proses yang dihasilkan untuk menghasilkan pingat, di Mariwasa Kraftangan 



Mariwasa Kraftangan merupakan pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia, Melihat sendiri bagaimana sesuatu proses pembuatan medal dari mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya proses rekaan die atau acuan , kemudian proses penempaan medalion , kemudian proses cantuman pengikat medal , proses pegilatan , dan proses pembukusan, banyak info dan maklumat baru dipelajari sepanjang lawatan ke Mariwasa krafftangan.

Masjid Diraja Ubudiah 



Masjid Ubudiah turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Menampilkan rekabentuk yang sangat menarik dan merupakan antara masjid-masjid yang tercantik di Malaysia 

 Azydar Enterprise 

Antara produk tenun tekap yang dihasilkan oleh Perusahaan Tenun Tekat, Azydar Enterprise 



Puan Azizah menunjukkan kepada kami proses-proses untuk menekap benang emas, memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu corak Tenun Tekap Perusahaan Tenun Tekat diusahakan oleh Puan Azizah Adam, berlokasi Kampung Padang Changkat, Bukit Chandang, Kuala Kngsar, Perak

Victoria Bridge 

Pemandangan indah di Victoria Bridge, kuala kangsar 



Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar, victoria Bridge antara jambatan yang tercantik dan kaya dengan pelbagai sejarahnya sendiri. 


Program Bike Ride @ Padang Rengas 2014 


Program Bike Ride @ Padang Rengas 2014, inisiatif tourism malaysia perak untuk mempromosikan padang rengas sebagai produk terbaru kepada peminat-peminat basikal. Turut mempromosikan produk dan perkidmatan yang ditawarkan oleh penduduk setempat. 

Bengkel Pandai Besi, Kampung Rambung 

Perusahaan Pembuatan Pekasan, Kampung Tanah Merah 

Perusahaan Pembuatan Laksa, Kampung Paya 

Muzium Arkeologi Lenggong 


Muzium Arkeologi Lenggong, lokasi terletak di kota Tampan, Lenggong untuk melihat sendiri Perak Man, antara artifak sangat bernilai dan berharga di malaysia. Daerah Lenggong Tersenarai sebagai antara 953 Tapak Warisan Dunia oleh Unesco juga berkaitan dengan penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lalu sekaligus membuktikan wujudnya penempatan awal manusia prasejarah di negara ini.

Hutan Libur Lata Kekabu


Hutan Libur Lata Kekabu terletak dalam hutan simpan bintang hijau, berpeluang untuk mandi manda di sini merasai sendiri kesejukan air terjun lata kekabu, Lata kekabu ini merupakan antara tempat rekreasi perlancongan popular di daerah Lenggong.

Taman Negeri Royal Belum


Untuk program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, kami di bawa ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak untuk menerokai sendiri khazanah yang bernilai yang ada di Royal Belum seperti melawat Air Terjun Sungai Kooi untuk melihat bunga Pakma, Pusat Sintuari Ikan Kelah Sungai Ruok dan pelbagai tarikan lain yang ada di sini. Hutan Royal Belum kaya dengan pelbagai biodiversiti kerana banyak flora dan faunanya masih dalam keadaan asal di mana masih banyak yang belum diterokai oleh manusia malah dipahamkan usia hutan royal belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon! menarik bukan :P

Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014

Pemandangan di Air terjun sungai kooi, sangat cantik.

Ke Sungai kooi, menikmati keindahan alam semujadi yang masih belum terusik serta misi utama mencari bunga pakma 

Pusat sentuari ikan kelah di Sungai Ruok 

Pemandangan di Kem Sungai Papan, mempelajari kepelbagaian jenis pokok dan tumbuhan, melawat klinik semula jadi haiwan iaitu sira garam.


Ini antara sebahagian aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung, sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik dan aktiviti yang saya lakukan sepanjang mengikuti FAM Trips Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, untuk entry berikutnya saya akan kongsikan secara detail dan santai tempat menarik dan aktiviti yang saya lakukan dengan anda semua, 

Terima kasih kepada Belum State Park, Tourism Perak dan semua pihak yang terlibat menjayakan program FamTrips kali ini, kerana memberikan kerjasama dan layanan yang sangat baik kepada saya. Ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana sudi menjemput saya untuk merasai kemeriahan dan keseronokan cuti-cuti di Malaysia. Saya amat berbangga dan teruja untuk berkongsi, mempromosikan pelbagai tarikan yang ada di Negeri Perak, tanah kelahiran saya kepada anda semua! sekarang saya masih pening memikirkan entry mana yang ingin dikongsikan bersama korang semua! jadi nantikan entry saya yang berikutnya ya :P 



Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak


Tel                     : +605-2552772/9962
Faks                  : +605-2532194
Like Facebook   :Tourism Malaysia Perak

Website                  : www.tourism.gov.my


Kayuhan Basikal Di Bike Ride @ Padang Rengas

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia semoga ramdhan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada kita semua, jadi entry salam ramadhan 2014 akan menyusul tiba buat masa sekarang jom layan entry cuti-cuti 1 malaysia saya FAM Trips bersama Tourism Malaysia Perak.

CC1M Bike Ride @ Padang Rengas 2014

Sebelum ini saya telah menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan (Sini) sepanjang FAMTrips Bike Ride @ Padang Rengas dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 selama 5 hari 4 malam, jadi untuk kali ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan program FamTrips Bike Ride @ Padang Rengas di mana kami berbasikal sejauh 18 km di sekitar kawasan kampung di padang rengas bertujuan untuk mempromosikan Padang Rengas sebagai destinasi lokasi kawasan berbasikal serta produk perlancongan di sekitarnya seperti produk dan perkidmatan yang dijalankan oleh penduduk kampung.


Antara tetamu terhormat yang hadir ialah Y.B Dato Nollee Ashilin Dato Mohamad Radzi, Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak, Y. Bhg Datuk Musa Haji Yusof, Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik dan Kebudayaan Negeri, Yb Tuan Hj. Zainun bin Hj Md Noor, Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib, Pengarah Tourism Malaysia Perak. 

Ini pertama kali saya berkesempatan berjalan-jalan ke kawasan kampung sekitar Padang Rengas, wow sangat cantik pemandangan di sini berlatar belakangkan sawah padi dan bukit sejuk mata memandang, kayuhan basikal bike ride @ padang rengas kali ini julung-julung kalinya dijalankan di sini dan sambutan penyertaan anggaran 300 orang ke atas yang bestnya kayuhan kali ini dilakukan secara santai, jadi memang enjoy tak terasa berkayuh basikal sejauh 18km, mohon selepas ini kalau boleh nak tambahkan lagi jaraknya jadi 30 atau 40 km :P


Peta laluan kayuhan bike ride @ padang rengas 2014
Sesi berbasikal kali ini melalui 4 checpoint iaitu 

checkpoint 1: kawasan sawah padi, Homestay Lubuk Merbau
checkpoint 2 : Bengkel pandai besi, Kampung Rambong
checkpoint 3 : Perusaan pembuatan pekasam, Kampung Tanah Merah
checkpoint 4 : Perusahaan pembuatan laksa, Kampung Paya

Eh tetiba pulak rasa ayat skema habis, korang suka lettuw baca kalau ayat-ayat skema macam ni :P Sebenarnya ini pertama kali saya berkayuh basikal menggunakan Gear, jadi nampak juga kebatakan di situ untuk mengawal basikal ni pelik juga sebab nampak peserta yang lain nampak cool dan layan je mengayuh basikal sambil gelak-gelak tapi saya nak kayuh separuh nak gila rasa berat nak mengayuh, rupanya saya salah setting gear nasib baiklah di suku perjalanan ke checkpoint pertama ada brother marshall mengajar saya bagaimana nak mengawal dan menggunakan gear basikal supaya senang untuk dikayuh! perhh lega, lepas itu barulah rasa ringan serta santai nak berkayuh basikal sesual dengan namanya berkayuh secara santai gittuw :P

Acara bermula tepat pada pukul 7.30, urusan pendaftaran dijalankan pada pukul 6.30-7.00am bermula di pusat khidmat parliment padang rengas dan berakhir di situ juga, jadi jom layan apa yang menarik sepanjang program ini berjalan.


Sebelum acara bermula kami para peserta diberi basikal seorang satu, nombor basikal saya 028 jadi tiada alasan untuk tidak berkayuh bersama, kalau di beri pilihan sama ada nak berkayuh atau tidak, semestinya saya memilih untuk berkayuh sekali rugilah datang jauh-jauh tak berbasikal.

wakil-wakil daripada media cetak, media elektronik, wakil travel agensi, bergambar dahulu sebelum bermulanya misi menawan Kawasan Padang Rengas!

Upacara perasmian & pelepasan para peserta oleh Y.B Dato Nollee Ashilin Dato Mohamad Radzi, Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak

Tetamu-tetamu vvip kita semuanya berada di barisan depan, memang stedylah kayuh sampai ke garisan penamat :P

Sepanjang bike ride ini dijalankan boleh dikatakan semua peserta mengayuh secara santai namapun fun ride!, jadi tidaklah ada niat nak berlumba sesama sendiri macam nak berkayuh basikal untuk masuk sukan Olimpik, daripada pemerhatian saya sebenarnya aktiviti berbasikal ini bagus kerana boleh memupuk semangat bersukan dikalangan kita, pertama aktiviti yang sihat mengeluarkan peluh dan kedua  dapat merapatkan silaraturahimyang terjalin.


Checkpoint 1 : Kawasan Sawah Padi, Homestay Lubuk Merbau


Eh tak sangka jumpa bro meor, hai bro, still remember me? dulu kita pernah pergi sama-sama ke Famtrips Pengkalan Hulu :P Bila google sikit mengenai Bike Ride @ Padang Rengas terjumpa satu blog ridersteam upkan entry berkaitan bike ride, masih tercari mana satu penulisnya? good wrriting bro sampai aku dah kenal semua nama watak-watak yang terlibat dari yop, ibrahim, meor, zaini dan ika :P

Sambil berehat, sesi berkenalan @ berkenan di hati dijalankan, hai kalau awak baca blog saya tolong add wechat id : Sobriyaacob ok bye :P

Berehat sebentar sambil melayan air 100 plust, untuk mengembalikan tenaga yang hilang.

Checkpoint 1: kawasan sawah padi, homestay lubuk merbau, berehat di sini sebentar, ambil nafas! ambik nyawa yop yong hoi, maklumlah ramai yang udah lame tak mengayuh basikal, semput jugaklah walaupun fun ride. Teman dah cakap kena panaskan badan bersenam dulu sebelum nak mengayuh tapi kome semua degil, lainlah teman! stedy forever :p

Pemandangan yang sangat indah di sepanjang jalan, sejuk mata memandang seluas padi yang terbentang!


Checkpoint 2 : Bengkel Pandai Besi, Kampung Rambong

Seterusnya kami bergerak ke checkpoint 2 bengkel pandai besi, kampung rambong. Perjalanan untuk ke bengkel besi ini tidaklah begitu jauh, jalan yang landai memasuki kawasan kampung di mana di sajikan dengan pemandangan kampung tradisonal melayu dan sawah padi.


Melihat sendiri bagaimana proses pembuatan keris, parang dan peralatan besi yang lain menggunakan kaedah tradisional, sungguh menarik melihat seketul besi atau logam dibakar, diketuk dan dibentuk untuk menghasilkan keris atau parang.

Telah berjaya samapai ke perhentian checkpoint 2 iatu Bengkel Pandai Besi, kampung Rambong


Checkpoint 3 : Perusahaan Pembuatan Pekasam di kampung Tanah Merah

Seterusnya kami meneruskan perkayuhan secara santai ke checkpoint 3 iaitu perusahaan pembuatan pekasam di kampung tanah merah di sini dijalankan perusahaan pembuatan ikan pekasam oleh Dinim Enterprise. Diberi penerangan bagaimana pemprosesan ikan perkasan dijalankan Antara semua jalan saya lalui jalan ke checpoint ke 3 antara jalan yang menawarkan pemandangan yang tercantik kerana sepanjang jalan kita boleh melihat sawah padi di kiri dan kanan.

Dinim Enterprise
Puan nor hanim I Tel : 017 5144663

Ikan pekasam yang telah ditoskan dan digaul dengan garam kasar dan ramuan rahsia akan disimpan atau diperam di sini sehingga terhasilnya ikan pekasam yang lazat rasanya.


Turut dijual ikan pekasam yang telah siap dibungkus, harga yang ditawarkan amat berpatutan tambahan pada bulan puasa ini memang sedap dijadikan juadah sahur, goreng panas dengn cili potong dan bawang selepas tu makan dengan nasi panas memang terangkat rasanya! memang ummph!


Berehat sebentar melepaskan penat lelah, cantik bukan pemandangan di kawasan kampung di Padang Rengas, memang sangat sesual untuk dijadikan lokasi acara basikal sebagai produk perlancongan dan mampu meningkatkan lagi nilai tambah aktiviti perlancongan sedia ada di sekitar kawasan ini.


 Checpoint 4 :Perusahaan Pembuatan Laksa Kampung Paya

Perhentian yang terakhi checpoint 4 di Perusahaan Pembuatan Laksa Kampung Paya, untuk melihat sendiri bagaimana cara laksa di hasilkan menggunakan kaedah tradional menggunakan bekas tembaga sebagai acuanya.

Inilah rupa laksa yang dihasilkan oleh Puan Normah, buatan tangan jadi tekstur dan rasanya berbeza daripada laksa yang di jual bungkus lebih kenyal dan halus buatanya.

Adunan di adun sehingga sebati

setelah dimasukkan di dalam acuan, pusing sehingga laksa keluar

Potong dan rebus sehingga menghasilkan laksa.

Di atas bagaimana cara untuk menghasilkan laksa ini, mengikut penerangan yang diberikan aduanan akan diuli terlebih dahulu setelah sebati akan di masukkan ke dalam acuan tembaga yang berwarna kuning kemasan, ditekan dan dipusing sehingga keluar berbentuk laksa, dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan dibiarkan jatuh di rebus di dalam kawah yang mendidih.

Normah Bt Abdul Rahman I Tel : 05-7768875
Inilah rupa laksa kampung paya! memang terbaik rasanya

Akhirnya berjaya menamatkan kayuhan keseluruhan checkpoint 1,2,3 dan 4 @ 18 Km. 
Tahniah Semua

Selepas berjaya menawan ke semua checkpoint, kami meneruskan kayuhan ke garisan penamat di Pusat Khidmat Parliment Padang Rengas, antara aktiviti lain yang dianjurkan sepanjang program bike ride @ padang rengas ialah sukaneka untuk kanak-kanak, cabutan bertuah dan lain-lain


Acara bike ride @ Padang rengas harusalah diteruskan dari masa ke semasa kerana pendapat saya acara sebegini bukan sahaja mampu memupuk semangat bersukan di kalangan rakyat malaysia malah merupakan aktiviti yang sihat dan mampu mengeratkan silaraturahhim. Dengan keadaan Persekitaran dan pemandangan Padang rengas yang sangat menarik dan cantik mampu dijadikan salah satu produk pekej perlancongan kepada pasaran domestik dan pelancongan luar negeri.

Saya sendiri telah merasai aktiviti berbasikal dan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan, jadi kalau korang juga teringin nak merasai pengalaman berkayuh basikal seperti saya, jangan malu jangan segan sempena dengan tahun melawat Malaysia 2014 apa kata jom explore sendiri Negeri Perak dengan melawat tempat-tempat yang menarik dengan cara berkayuh basikal 'discover perak cycling packages' banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan, sebarang pertanyaan boleh hubungi Tourism Malaysia Perak untuk maklumat lebih lanjut.



Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak


Tel                     : +605-2552772/9962
Faks                  : +605-2532194
Like Facebook   :Tourism Malaysia Perak

Website                  : www.tourism.gov.my



Wordless Wednesday #4

$
0
0


Puasa oh puasa!

Wordless Wednesday: entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.




Perak Trips - Victoria Bridge Kuala Kangsar, Tapak Warisan Sejarah Negara

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernahkah anda mendengar nama Victoria Bridge, sekiranya tidak pernah mesti korang tertanya-tanya apakah itu victoria bridge? adakah seseksi model victoria secret atau secantik victoria beckkam, maaf sangkaan anda salah Victoria Bridge ialah sebuah jambatan kereta api yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar. Merupakan salah satu khazanah negara yang masih kekal sehingga hari dan masih terpelihara dalam keadaan elok.

Victoria Bridge atau dikenali juga sebagai Jambatan kereta Api Victoria. Penduduk tempatan turut memanggil nama jambatan ini sebagai Jambatan Kaghei

Untuk entry kali ini saya akan membawa korang semua menyelami dan meneroka salah satu mercu sejarah yang ada di Kuala Kangsar iaitu Victoria Bridge atau dikenali juga sebagai jambatan kereta api Victoria. Jambatan kereta api ini dinamakan sebagai Victoria Bridge, mengambil sempena nama Ratu Victoria, pertamanya ketika di awal pembinaan pada tahun 189, merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan secara seluruhnya telah berada di dalam pemerintahan baginda Ratu.

Bagi anda pertama kali singgah ke blog ini, ingin membaca entry terdahulu bolehlah klik pautan di bawah:

Foto: Tourism Malaysia Perak
Victoria Bridge Kuala Kangsar, Tapak Warisan Sejarah Negara

Disini Saya Kongsikan Sedikit Info Dan Sejarah Mengenai Victoria Bridge

Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar. Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.

Lihatlah senibina victoria bridge, sangat cantik dan unik turut mempunyai pengaruh senibina daripada luar negara. Antara khazanah warisan negara yang harus terus dipelihara.

Ini merupakan pertama kali saya datang ke sini, sebelum ini pernah juga mendengar nama jambatan Victoria daripada kawan-kawan yang tinggal di sekitar kuala kangsar, tapi saya tak sangka rupanya jambatan ini sangat panjang dan luas permukaanya serta mempunyai senibina yang sangat menarik, dinyatakan bahawa jambatan ini pernah dibom semasa perang kedua, kerana fungsinya amat penting pada masa itu.

Jom Layan Beberapa keping Gambar Di Sekitar Victoria Bridge, Kuala Kangsar Yang Sempat Saya Ambil.

Kucing jalanan ini merupakan model rasmi kami untuk dijadikan objek untuk mengambil gambar di Victoria Bridge :P

Struktur pembinaan di Jambatan, menggunakan besi dan bata-bata merah, masih utuh sehingga sekarang.

Disebelah jambatan ini telah dibina jambatan kereta api baru, maka fungsi Jambatan Victoria Bridge telah diambil alih oleh jambatan baru disebelahnya.

Pemandangan indah daripada atas Jambatan Victoria

Bagi anda yang sangat sukakan bidang photograpy dan mencari lokasi yang menarik, sangat disyorkan untuk korang datang disini untuk ouating, sebab pemandangan yang ditawarkan sangat super! eh tak dilupakan kepada bakal pengantin, couple yang nak cari lokasi outdoor yang cantik  ataupun  korang yang  duk berangan nak bergambar konsep ala-ala zaman dahulu kala, harus datang ke Victoria Bridge di Pekan karai, Kuala Kangsar.  Tak percaya saya cakap di victoria bridge ini sangat awesome  viewnya untuk bergambar, boleh tengok bukti di bawah :P

Macam mana lawa tak? awesome bukan pemandangan disini! apa nak lagi gambar, tapi mohon jangan terpikat ya :P

Credit: Pak Dolly Photograpy
Meh saya belanja satu keping gambar lagi gambar. Bukan saya dah cakap tempat ini sangat indah dan unik panoramanya, sangat sesual dijadikan lokasi untuk photograpy selain kaya dengan warisan sejarah tersendiri.


Acara wajib, bergambar secara berjemaah rombongan Fam Trip kali terdiri daripada media massa, media cetak, bloggers dan Travel Agensi menandakan kami semua telah sampai ke Victoria Bridge. Kepada team Tourism Malaysia Perak berbanyak terima kasih kerana sudi membawa kami semua menjelajah tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Bandar kuala kangsar bandar diraja. 

"Victoria Bridge mampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah di Kuala Kangsar malah di Malaysia kerana mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri yang sangat menarik, antara tapak warisan sejarah negara yang perlu dikekalkan dan dikomersialkan selain daripada lokasi ini sendiri menawarkan pemandangan yang cukup cantik, jadi apa lagi Moh Le Ke Pekan Karai Kuala Kangsar melawat sendri jambatan Kereta api victoria"

Eh Korang semua entry Entry FAM Trips kali ini masih ada sambunganya, tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati di sekitar kuala kangsar akan saya kongsikan di entry yang berikutnya antaranya ialah kilang Mariwasa iaitu pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia, Ke Masjid Ubudiah antara masjid tercantik di Malaysia, melawat Azydar Enterprise  mengusaha tenun tekap warisan melayu turun menurun dan Galeri Sultan Azlan Shah.

FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak,  terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat - tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, jadi sekiranya anda sebarang persoalan, pertanyaan  atau ingin mendapatkan info-info terkini bolehlah hubungi Pejabat Tourism Malaysia perak seperti alamat di bawah.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my




Perak Trip - Seni Warisan Tekat Benang Emas

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera, masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu kaya dengan pelbagai kemahiran seni warisan tradisional melayu yang diwarisi turun-menurun seperti kemahiran seni ukir, anyaman, tenunan dan pertukangan yang sangat tinggi nilai seninya.Alangkah sayangnya sekiranya kemahiran tersebut dibiar pupus di telan zaman tanpa waris untuk terus menghidupkan seni warisan bangsa, alhamdulilah baru-baru ini saya berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana proses penghasilan produk kraftangan yang berasaskan seni tekat benang emas oleh Puan  Azizah Adam, Perusahaan Tenun Tekat Azydar Enterprise yang berlokasi di Kampung Padang Changkat, Bukit Chandang, Kuala Kangsar, Perak


Puan Azizah Adam dan anaknya menunjukan bagaimana proses tekat benang emas dilakukan

Bagi generasi sekarang terutama generasi Y iaitu generasi saya, mungkin tidak begitu mengenali seni tekat benang emas, sebelum kita bekenalan dengan lebih lanjut serba sedikit mengenai seni warisan tekat emas seni warisan pusaka, jom kita baca sedikit info mengenai seni tekat di Malaysia

Di percayai seni tekat di negara ini menerima pengaruh dari India, China dan Arab. Reka corak dan motif eksklusif dari Arab dijadikan ilham oleh tukang tekat mengikut lenggok dan cita rasa tempatan. Tekat turut dikenali sebagai sulaman benang emasamat popular di Semenanjung Malaysia di Perak dan Selangor. Ketika zaman kegemilangannya, seni itu dipelopori golongan istana dan menjadi perhiasan di istana dan golongan bangsawan. Mempulur yang diperbuat daripada rotan saga atau ‘calamus caesius’ atau kertas keras dibentuk dalam pelbagai reka corak berinspirasikan alam semula jadi. Tekat banyak digunakan sebagai hiasan dalaman dan ketika istiadat perkahwinan khususnya masyarakat Melayu. 


Bagaimana cantik tak set kelengkapan Pelamin Perkahwinan ini, sangat unik penuh dengan ciri-ciri tradisional semuanya mempunyai unsur-unsur dari penggunaan seni tekat benang emas. Pada masa kini amat susah untuk kita melihat orang sekarang berkahwin menggunakan set pelamin sebegini, difahamkan hasil tekat puan azizah juga telah digunakan semasa Majlis Perkahwinan Diraja Kerajaan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim Davidson. 

Menurut puan azizah pada masa sekarang barang yang dihasilkan daripada benang emas digunakan untuk istiadat tertentu di istana seperti pertunangan, perkahwinan, ulang tahun keputeraan dan pertabalan diraja tapi pada masa dahulu keluarga diraja menjadikan tekat benang emas sebagai pakaian kebesaran dan hiasan seharian mereka.


Terdapat dua jenis Tekat iaitu Tekat Timbul Bunga Emas dan Tekat Gubah. Antara jenis-jenis corak / motif seni benang tekat dihasilkan ialah flora, fauna atau berbentuk geometri.


Antara contoh produk kraftangan berasakan tekat benang emas yang dihasilkan oleh Perusahaan Tekat Azydar Enterprise adalah seperti kipas, bantai, set perkahwinan, set pelamin, set bilik tidur dan lain-lain semuanya boleh dihasilkan berdasarkan tempahan pelanggan. Proses yang digunakan mengunakan kaedah tradisonal dan selalu Corak yang biasa digunakan untuk tekat benang emas adalah paku pakis, pucuk rebung, sulur buyung, bunga raya, bunga kemboja, awan larat dan bunga asam batu.


Di sini juga turut diwujudkan ruangan pameran yang mempamerkan produk berasakan seni tekat benang emas, jadi kepada anda semua yang sangat berminat untuk menempah, membuat kajian, rujukan atau melihat sendiri bagaimana proses penghasilan tekad benang emas yang dijalankan boleh menghubungi sendiri:

Puan Azizah Adam I Tel : 017 -  5128720
Azydar Enterprise
No. 57A, kampung Padang Changkat,
Bukit Chandan.33000 kuala kangsar,
perak, Malaysia


Inilah anak gadis puan Azizah Adam, Faiztol Fazleha antara generasi baru yang mewarisi seni kemahiran tekat benang emas daripada ibunya, untuk pengetahuan anda juga Puan Azizah dan anaknya telah pergi ke beberapa buah negara luar seperti, Amerika Syarikat, Tokyo, jepun, Indonesia,  India, United Kindgom dan lain-lain untuk mempromosikan serta memperkenalkan budaya seni tekat benang emas yang sangat halus dan bermutu tinggi pembuatanya kepada negara luar, perh hebat bukan! siapa cakap warisan kraftangan Malaysia tidak hebat dan tidak setanding dengan kraftangan negara-negara luar :P

"Seni tekat benang emas memang cukup sinonim dengan bandar diraja Kuala Kangsar. Setiap kali kita menyebut atau melihat produk berasaskan seni tekat, pasti kita sudah dapat membayangkan kehalusan dan keindahan seni warisan Melayu tradisional ini, tekat benang emas atau sulaman emas adalah warisan kesenian dan keindahan hasil tangan yang dibuat dengan menjahit benang emas ke atas lapisan kertas dimana ia kelihatan timbul. Reka bentuk serta kehalusan jahitannya memerlukan kepakaran hasil tangan selain tumpuan menggambarkan ketelitian dan keindahan seni pembuatan tekat benang emas, jadi kunjungan anda di kuala kangsar pastinya lebih menarik sekiranya dapat melihat sendiri kehalusan seni warisan tekat benang emas seni warisan bangsa"

FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


Perak Trip - Galeri Sultan Azlan Shah

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, merupakan galeri yang mempamerkan koleksi kepunyaan Almarhum Sultan Azlan Shah sama ada koleksi peribadi, pemberian daripada rakyat jelata atau pembesar negara, turut dipamerkan susur galur Kesultanan Melayu dan info mengenai kesultanan Perak.


Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

Kali ini saya akan membawa anda semua meneroka salah satu lagi tarikan pelancongan yang terdapat di kuala kangsar iaitu Galeri Sultan Azlan shah. Sebelum ini saya memang pernah berkunjung ke muzium ini tapi tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, tapi untuk trips kali ini agak istimewa kerana saya diberikan kebenaran untuk mengambil untuk tujuan promosi, jadi saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman saya melawat Galeri Sultan Azlan shah dengan korang semua, sesungguhnya kunjungan saya di Galeri ini membuatkan lebih dekat dan memahami instutusi kerajaan Beraja Negeri Perak, Daulat Tuanku. Bagi anda yang mengunjungi muzium ini anda amat dilarang untuk mengambil gambar kecuali diberi kebenaran oleh pihak Galeri.

Bagi anda yang terlepas membaca entry terdahulu boleh klik pautan dibawah:




Untuk pengetahuan korang semua, Galeri Galeri Sultan Azlan Shah dibahagikan kepada dua bahagian pameran, di bahagian pameran pertama dipamerkan barangan koleksi almarhum tuanku yang bersaiz kecil, manakala di bahagian pameran kedua dipamerkan koleksi yang bersaiz besar seperti kereta dan motosikal milik almarhum tuanku.

Bahan-bahan pameran di Galeri Sultan Azlan Shah dibahagikan mengikut ruang-ruang pameran tertentu seperti salasilah diraja, gambar-gambar DYMM bersama keluarga, DYMM sebagai tokoh perundangan di Malaysia, info-info mengenai Istiadat pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34, DYMM sebagai Dipetuan Agong Malaysia Ke-9, penglibatan DYMM sebagai tokoh sukan terutama sukan Hoki, Koleksi peribadi DYMM Tungku Permaisuri Bainun, koleksi cenderamata yang diberikan oleh para pembesar negara lain, DYMM semasa zaman remaja dan persekolahan, Anugerah-anugerah Kehormat Pendidikan yang diterima, koleksi keris dan yang terakhir koleksi kereta yang dimiliki oleh DYMM.

Bergambar kenangan Majlis santapan Diraja sempena Jubli Perak.

Sebelum kita meneroka dengan lebih mendalam, jom baca sedikit info mengenai sejarah dan maklumat tentang Galeri Sultan Azlan Shah

"Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963). 
Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. 
Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok . 
Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak "


Misi seterusnya jom kita meninjau serba sedikit pameran yang ada di dalam Muzium, yang pasti sangat menarik untuk dikongsikan sehinggakan boleh membuat korang semua sangat teruja untuk datang sendiri berkunjung ke Galeri Sultan Azlan Shah.

Turut dipamerkan pelbagai jenis koleksi Keris, milik Almarhum Tuanku 

Di salah satu sudut ruang pameran, menghimpunkan koleksi gambar tuanku bersama keluarga dan rakyat, di sini juga kita dapat mengetahui dengan lebih jelas salasilah keluarga Diraja Perak

Koleksi Darjat Kebesaran

Turut dipamerkan koleksi pakaian dan tengkolok diraja, ketika Almarhum Sultan Azlan sebagai SPB Yang Dipetuan Agong Ke-9


koleksi tulisan tangan Almarhun Tuanku ketika itu sebagai bekerja sebagai Majistret Taiping, antara info lain di awal kerjaya almarhum tuanku ialah Sekembali ke tanah air telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Nottingham dalam tahun 1953, almarhum tuanku telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan perundangan sebagai seorang mejistret dan pada 7 November 1982,  dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.


Di ruangan Pameran Almarhum Tuanku sebagai Tokoh Sukan, terutama sukan yang amat digemarinya iaitu sukan hoki, sedikit info Almarhum Tuanku sebagai tokoh pemimpin sukan yang berkaliber memimpin Persekutuan Hoki Malaysia, sebagai Timbalan Presiden kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dan dilantik sebagai Presiden pada tahun 1981. Almarhum Tuanku juga adalah Presiden Persekutuan Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.


Tuan Sham pemilik blog - www.shamphotography.com, antara bloggers yang mengikuti Fam Trips, diingatkan lagi sekali korang amatlah dilarang untuk mengambil gambar di dalam Galeri tanpa kebenaran.


Di ruangan koleksi kereta Almarhum Tuanku, kereta rasmi ketika menjadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 9.


Pemandangan indah di luar Galeri sultan azlan shah

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan warga kerja dari Galeri Sultan Azlan Shah, kerana menyambut kedatangan kami serta memberi masa dan layanan mesra.

Sedikit Info Mengenai Galeri Sultan Azlan Shah :

Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957
Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atau http://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa
 : RM4.00 / Warga Emas : RM2.00

Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00


FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :


Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


Perak Trip - Keindahan Masjid Ubudiah

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Masjid Ubudiah turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah adalah masjid yang terindah dan bersejarah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala kangsar antara masjid yang menjadi kebanggaan rakyat perak. Ini adalah pertama kali saya berkunjung dan bersolat di Masjid Ubudiah, syukur kepada allah diberikan peluang untuk melihat sendiri masjid yang dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. Melihat serta meneroka sendiri keindahan keunikan seni bina masyarakat islam dalam pembinaan masjid ini dimana pembinaan masjid ini penuh dengan nilai-nilai kesenian dari segi struktur seni binanya, bentuk, peralatan yang digunakan.

Masjid Ubudiah atau turut juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah

Sebelum ini kita telah meneroka antara warisan sejarah dan budaya yang terdapat di kuala Kangsar iaitu meneroka sejarah yang terdapat di vicoria bridge (klik sini), mempelajari insitusi kesultanan Perak di Galeri Sultan Azlan Shah (klik sini) dan melihat kehalusan seni tradisional Melayu iaitu seni tekad benang emas (Klik sini), penerokaan kita seterusnya singgah ke Masjid Ubudiah untuk melihat sendiri keindahan senibina masjid ini. Di bawah saya kongsikan sedikit latar belakang  dan sejarahnya Masjid Ubudiah

Sejarah Masjid Ubudiah
"Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. 
Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan. 
Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00"

Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang bertapak kukuh di Malaysia

Ruangan solat di dalam Masjid Ubudiah

Pemandangan di waktu petang, di Masjis Ubudiah


Pemandangan Masjid  Ubudiah daripada luar, antara masjid  yang tercantik di Malaysia

"Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang bertapak kukuh di Malaysia ini. Digelarkan antara Masjid yang tercantik di Perak, kaya dengan sejarah tersendiri selain daripada itu keindahan senibinaya dapat membangkitkan rasa takjub dan terpegun oleh setiap mata yang memandang, sesuai dengan fungsinya, jadi kunjungan anda ke kuala kangsa tidak lengkap sekiranya tidak melawat atau singgah di Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak"

FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak

Wordless Wednesday #5

$
0
0


"Tepuk dada tanya iman"

Wordless Wednesday: entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.


Perak Trip - Mariwasa Kraftangan, Kuala Kangsar

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar semua? diharapkan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera :P Pengembaraan kita diteruskan lagi melawat ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Untuk pengetahuan korang semua Kilang Mariwasa Kraftangan merupakan pengeluar tunggal pingat-pingat darjah kebesaran di seluruh malaysia dan produk-produk berasaskan silver buatan tangan, trips kali ini agak istimewa kerana kami diberi peluang melihat sendiri bagaimana sesuatu proses pembuatan dijalankan daripada proses awal hingga ke akhir. Owh seblum itu Ini adalah entry terakhir penerokaan kita melawat Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak jadi jom kita singgah sebentar melawat ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd untuk melihat proses ini dijalankan.



Bagi anda yang terlepas membaca entry terdahulu boleh klik pautan dibawah: 


Sebelum itu, marilah kita bersama-sama berdoa semoga bumi Gaza kembali aman sejahtera serta dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. "Ya Allah, berikanlah kekuatan & keselamatan buat sahabat & saudara-saudara Islam ku di Gaza, Palestin dalam menempuhi dugaan, amin"

" PRAY FOR GAZA"

Kilang Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.

Sejurusnya tiba disini, kami disambut mesra oleh kakitangan Mariwasa Kraftangan diberikan sedikit taklimat mengenai latar belakang syarikat, produk dan perkidmatan yang dihasilkan dan seterusnya dibawa melawat ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana proses dijalankan. Terlebih dahulu dibawa ke ruang pameran untuk melihat produk-produk kraftangan yang dihasilkan.

Ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga kerja dari Mariwasa Kraftangan kerana menyambut kedatangan kami serta memberi masa dan layanan mesra kepada semua team FAM Trip.


Antara produk-produk yang dipamerkan di ruang pameran.

Pelbagai jenis dan bentuk aksesori dipamerkan sangat menarik, bagi anda yang berminat bolehlah beli.


Di sudut ruang pameran, dipamerkan pelbagai produk-produk yang dihasilkan untuk tujuan cenderahati atau boleh dijadikan perhiasan, antaranya labu sayung, barang kraftangan yang daripada logam, besi, seramik kaca, frame gambar, beg, aksesori perhiasan dan pelbagai lagi. Sangat menarik melihat produk yang dipamerkan kerana sangat halus dan berkualiti tinggi :P

Setelah diberi sedikit taklimat dan melihat produk-produk yang dipamerkan di ruang pameran kami dibawa sendiri melihat produk yang dihasilkan di sini terutama penghasilan medalion dan pingat-pingat kebesaran. Di bawah saya kongsikan sedikit info bagaimana proses-proses penghasilan Pingat-pingat darjah kebesaran

Antara Contoh pingat-pingat darjah kebesaran, untuk pengetahuan korang hanya di mariwasa kraftangan sahaja dibenarkan untuk menghasilkan pingat-pingat darjah kebesaran





Proses penghasilan agak rumit dan memerlukan ketelitian, kemahiran dan kesabaran yang tinggi, saya nak terangkan dengan lebih detail pun saya agak kurang arif, mungkin sedikit sebanyak gambar di atas boleh membuatkan korang berigiminasi bagaimana proses ini dijalankan jadi sekiranya korang berminat untuk melihat bagaimana proses ini dilakukan daripada mula sehingga ke proses akhir, bolehlah berkunjung sendiri ke Mariwasa Kraftangan, Kuala kangsar, Perak. Selain itu banyak produk-poduk lain yang dihasilkan di sini seperti medalion dan produk berasakan silver sesetengah produk dihasilkan menggunakan mesin dan juga masih diperlukan kemahiran seni mengukir, untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.


Handmade, memerlukan kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

Seterusnya kami melawat di ruangan pembungkusan dimana setiap produk yang telah siap dibuat akan dibungkus disini.

Ini adalah cenderahati jenis medalion untuk Lapangan Terbang Klia 2, yang dihasilkan oleh Mariwasa Kraftangan.

Owh bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana proses medalion dihasilkan adalah seperti berikut pertama proses pembuatan medal dan mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya proses rekaan die atau acuan, kemudian proses penempaan medalion, kemudian proses cantuman pengikat medal, proses pegilatan, dan terakhir proses pembukusa.


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi: 

Kilang Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd 
Lot 522, Kawasan Perusahaan,
33000 Kuala Kangsar, Perak

Tel: 05-776 5888 / 0214 / 0215
Fax: 05-776 0213
Email: sales@mariwasakraftangan.com 
Website: www.mariwasakraftangan.com


FAM Trips kali ini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih kerana sudi menjemput saya dalam usaha mempromosikan tempat-tempat Pelancongan menarik yang ada di sekitar Negeri Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kelip-Kelip Kampung Dew

$
0
0

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua.

Bulan ramadhan adalah bulan yang sangat dinantikan saban tahun, bulan yang menjanjikan pahala yang berganda kepada hambanya yang tahu merebutnya, bulan ramadhan tidak seharusnya dibiarkan sebegitu sahaja bahkan patut digandakan amal ibadah dan melakukan amal  kebaikan supaya diterima allah s.w.t

Alhamdulilah baru-baru ini, saya menerima telah menerima jemputan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Abang Zuk (Zuk Travel & Tours Snd Bhd) yang bertempat di Jeti kelip-kelip Kampung Dew pada 12 Julai 2014. Majlis ini adalah anjuran Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak yang julung kalinya diadakan bagi meraikan tetamu-tetamu terhormat kita anak-anak yatim dari kawasan Ulu Sepetang, Taman Berkat Simpang dan dari Kg Dew Seberang. Majlis kali ini juga turut diserikan dengan kehadiran Staf-staf Tourism Malaysia Perak, wakil media (berita harian & ipoh encho), travel agensi (Komas Safar Travel & Tours Sdn Bhd) dan para bloggers datang untuk memberikan bantuan bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

Majlis Berbuka Puasa I 12 Julai 2014
Anjuran Kelip-kelip kampung Dew bersama zuk travel & Tours Snd Bhd


Majlis yang berlangsung secara bersederhana tapi cukup meriah untuk meraikan anak-anak yatim dari kawasan Ulu Sepetang, Taman Berkat Simpang dan dari Kg Dew Seberang bertujuan untuk kita bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut bulan ramadhan disamping tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik. Selain diadakan majlis berbuka puasa, solat maghrib berjemaah bersama-sama kami diberi peluang untuk merasai keunikan dan tarikan yang popular yang terdapat di Kampung Dew iaitu melihat sendiri kelip-kelip di persisiran sungai kampung Dew.

Di bawah saya kongsikan sedikit sebanyak perjalanan majlis berbuka puasa.

2.00 petang                     : Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk

4.00 petang                     : Agihan Bubur Lambuk kepada orang ramai
5.30 petang                     : Agihan Bubur Lambuk di Tol Kamunting
7.00 petang -11 malam  : Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah di Jeti, Solat Isyak 
                                          dan Terawih Berjemaah di Masjid Kg Dew, Melawat kelip-kelip dan 
                                          majlis penutup.


Bubur-bubur lambuk dibungkus untuk diagihkan kepada penduduk kampung, masjid berdekatan dan diberikan kepada orang ramai yang melalui Tol Kemunting

Majlis dimulakan seawal 2.00 PM, aktiviti gotong royong memasak juadah berbuka pasa, memasak bubur lambuk dan lain-lain, ribuan terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung kampung Dew kerana cukup ringan tulang membantu memasak dan tidak berkira demi memastikan majlis ini berlangsung dengan jayanya selain turut membawa juadah untuk dibawa makan berbuka puasa nanti, alhamdulilah semoga dimurahkan rezeki berganda-ganda...amin..

Encik Syukur atau pangilan manjanya paksu Manager kelip-kelip Kampung Dew sangat baik orangnya sedang mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna Tol Kemunting, alhamdulilah rezeki ramadhan.

Semua tetamu kelihatan mula kelaparan tak sabar hendak merasa juadah berbuka puasa yang sangat lazat yang disediakan, sebelum kita boleh makan makanan yang berat  makan dahulu kuih muih, selepas solat barulah boleh makan sampai kenyang.

Sementara menunggu masuknya waktu berbuka puasa diadakan majlis tahlil dan doa selamat daripada iman Majid Kampung Dew, selepas itu diadakan solat maghrib berjemaah dan seterusnya perkara-perkara yang sangat ditunggu-tunggu iaitu makan beramai-ramai. Syukur walaupun majlis ini berlangsung secara bersederhana tapi lauk pauk yang disajikan memang terbaik, daripada udang galah, ketam, kerang bakar, ayam goreng, pelbagai jenis lauk pauk, air tebu, air tembikal, air kopi dan juadah-juadah yang lain. Juadah yang disajikan memang cukup dan sedap lazat terutama gulai daging, dikhabarkan rempah yang digunakan untuk menumis adalah rempah giling buatan tangan, owh memang rajin penduduk Kampung Dew menggiling rempah ratus patutlah sesangat sedap rasa kari daging, sampai rasa nak bungkus bawa balik rumah, dibuat dengan penuh rasa kasih sayang gitu :P

Abang Zuk meraikan para tetamunya, tambah jangan tak tambah...jemput-jemput makan.. jangan malu-malu rezeki ramadhan haruslah dikongsi bersama.. agak-agaknya itulah yang diucapkan abang zuk kepada tetamu yang hadir :P



Antara tertamu-tetamu terhormat kita yang diraikan dalam majlis berbuka puasa, selepas siap menjamu selera ada kejutan dan hadiah istimewa daripada pihak pengurusan kelip-kelip Kampung Dew kepada tetamu yang hadir dimana kami dibawa untuk melihat sendiri kilip-kelip di  Kampung Dew antara tarikan utama perlancongan di kawasan ini.

Sebelum boleh naik kenalah pakai jaket keselamatan dulu, safety first :P


Terpancar kegembiraan dan keterujaan di wajah adik-adik kita dibawa melihat kelip-kelip sebab bukan semua orang berkesempatan untuk menikmati pengalaman sebegini, walaupun adik-adik ini duduk di kawasan yang berhampiran tapi bukanya semua berpeluang dan pernah merasai pengalaman melihat kelip-kelip di habitatnya. Ini pengalaman pertama saya melihat kelip-kelip memang sangat awesome, seperti biasalah entry pengalaman melihat kelip-kelip di Kampung Dew akan muncul, jadi tunggu sabar ya! saya tahu korang pun ecited nak bacakan :P

Teruja melihat kelip-kelip sambil berpeace sakan, bukan adik je teruja abang lagilah bertambah teruja melihat kelip-kelip di habitat asalnya, selalu dapat tengok seekor dua itupun sesat  termasuk ke dalam rumah ini bayangkan melihat ratusan ribu kelip-kelip di sepanjang persisir sungai, seperti melihat pesta cahaya berkelipan.


Nampak tak kelip-kelip kat dalam gambar tengah berterbangan? apa nampak, sah-sah korang temberang! sebenarnya waktu kami pergi melihat kelip-kelip ialah pada waktu bulan terang / bulan penuh jadi agak kurang banyak kelip-kelip boleh kelihatan seperti waktu bulan gelap. Bagaimanapun kami masih boleh lihat kelompok kelip-kelip berhinggap di pokok berembang mengeluarkan cahaya... perh tak ubah pemandangan seperti melihat pokok krismas, tapi original tanpa lampu sangat cantik.

Bergambar kenang-kenangan Encik syukur dari pengurusan kelip-kelip kampung Dew, Puan Hasni dari Tourism Malaysia Perak dan Encik Zuk dari Kuk travel & Tours Snd Bhd bersama tetamu yang diraikan.


Program terakhir pada malam itu ialah diadakan majlis penghargaan kepada anak-anak yatim yang hadir di Majlis berbuka puasa di Kampung Dew dimana diberikan sedikit sumbangan duit raya, cenderahati untuk mengembirakan tetamu kita yang hadir, alhamdulilah rezeki yang ada kita kongsikan bersama. terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Bergambar kenang-kenangan bersama dengan semua tetamu yang hadir

Entry kali ini khas untuk majlis berbuka puasa anjuran kelip-kelip Kampung Dew,owh bagi korang semua yang ingin datang ke sini untuk melihat kelip-kelip secara live dihabit asalnya bolehlah berhubung terus dengan Paksu pengurus kelip-kelip kampung dew melalui alamat di bawah.

Tuan Syukur Bin Ishak
Fireflies Kampung Dew Port
No 1, Kampung Dew,
34400 Semanggol, Perak. 
Tel: 019-5786456 
Email: shukor.hero@yahoo.com


Dan tidak dilupakan sekiranya anda mencari travel agensi / tourist guide yang diktiraf sebagai Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013, di majlis Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2013 bolehlah hubungi :

Tuan Zuk Yusuf
Zuk Travel & Tours Sdn Bhd
Tel: +6010-2254 668
E-Mail: zuktravel@yahoo.com.my
Facebook Pages: Zuk Travel & Tours

Untuk entry yang berikutnya saya akan membawa korang semua meneroka tarikan yang ada disini iaitu kelip-kelip dan juga merasai kelazatan mee ketam yang cukup femes, jadi tunggu ya :P



Wordless Wednesday #6

$
0
0


"Gigih Mencari Idea & Mood Untuk Menulis Dalam Blog"
Segigih Aku Mengayuh Rakit Buluh :P

Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.

Perak Trips - Advanture Of Royal Belum Rainforest

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest, pasti tidak akan menyesal hanya satu perkataan yang boleh saya gambarkan ialah terbaik.. cukup terbaik! salah satu destinasi perlancongan yang wajib korang datang sekali dalam seumur hidup. Masih teringat akan kesejukan udara segar di pagi hari, kepanasan air tasik di kala matahari melabuhkan tirai, bunyi cengkerik yang gian mengawan di malam hari krik..krik..krik.. perhh memang sentiasa akan terdetik di dalam hati untuk datang lagi untuk meneroka khazanah yang tersimpan di Royal Belum.

The Advanture Of Royal Belum Rainforest I 22-24 Jun 2014

Seperti pucuk dicita ulam mendatang, menerima jemputan daripada Tourism Malaysia Perak untuk pergi ke Royal Belum sempena dengan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, memang terdetik di dalam hati sekiranya tak pergi amatlah rugi sebab hati ini memang udah teringin bebenor hendak kesana tambahan lagi FAM Trips yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak memang terbaik, layanan staff memang sangat baguih..baguih terutama Kak Hana, Abang Shahril kak Shiela serta yang lain-lain terutama Bigbos Tuan Haji Ibrahim yang sangat humble orang.

Apabila membaca email jemputan yang mengatakan akan berkampung di royal belum untuk beberapa hari dan kami akan menginap di boathouse terus meronta-ronta adeneraline mesti joint trips kali ini, alhamdulilah akhirnya tercapai juga niat saya untuk menjejakkan lagi sekali ke Taman Negeri Royal Belum diberi gelaran 'permata hati negeri perak' sangat kaya dengan pelbagai biodiversiti flora dan faunanya.

Sebenarnya saya tidak tahu hendak mulakan daripada mana cerita pengembaraan saya di Royal Belum sebab semuanya amat menarik untuk dikongsikan, kami berada di hutan royal belum selama 3H2M, segala urusan penginapan, aktiviti yang dijalankan diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Peradan dibantu oleh Tourism Malaysia Perak dan NCIA (Northern Corridor Implementation Authority)

Penerokaan kami menjelajah Royal Belum mengguna houseboot Arus belum - antara tour guide tempatan yang menawarkan pakej houseboot

sebelum saya menaip dengan lebih panjang sebab terlalu banyak luahan hati yang hendak dicoretkan disini yang pasti entry Edisi Royal Belum Trips akan bersambung-sambung jadi mohon jangan muak dan tolan telan serta hadam semua yang saya kongsikan :P

Di bawah saya senaraikan aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di Royal Belum.

  • Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014
  • Melawat Air Terjun Kooi dan misi mencari bunga pakma di Sungai kooi
  • Mandi manda di Sungai Ruok dan bermanja dengan ikan kelah jinak
  • Mengenal flora dan fauna serta melawat klinik semulajadi haiwan, sira garam di Kem Papan
  • Water confident dan bermain rakit di kem Sungai Tiang dan lain-lain

Kami bergerak daripada Padang Rengas sejurusnya tamat Program Bike Ride @ Padang Rengas melalui Tasik Raban, Lenggong, Pekan Lawin, Gerik dan seterusnya meneruskan perjalanan selama 1 jam lebih ke Jeti Banding / jeti aman dimana boothouse menunggu kehadiran kami semua. Setelah didarab dicongak dan dibahagi, untuk edisi pertama Fam Trip: Advanture of Royal Belum, saya akan kongsikan kepada korang semua bagaimana cara untuk ke sana, Perkhidmatan yang disediakan dan pakerj-pakej yang ada, jadi untuk entry berikutnya barulah bermulanya perjalanan kita meneroka Royal Belum Rainforest


Bagaimana cara hendak sampai ke Royal Belum Forest

1- Memandu sendiri menggunakan kereta:

Melalui Lebuh Raya Utara Selatan Plust melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1 jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke kelantan sehingga sampai ke pulau banding perjalanan dianggarkan dalam 1 jam, banyak sigboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan barang keperluan dicadangkan beli di Pekan Gerik dan pastikan isi minyak penuh di stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian.

2- Menaiki kenderaan awam bas atau teksi: 

Menaiki bas akan turun di stesen bas gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263) dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi tambang.

Cara-cara untuk memasuki ke Hutan Royal Belum boleh didapati daripada Perbadanan Taman Negeri Perak untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya:


Sedikit info pakej dan perkhidmatan yang boleh anda rujuk sebelum pergi ke sana

1- Melalui Pihak Perbadanan Taman  Negeri Perak (sangat dicadangkan)

Perbadanan Taman Negeri Perak
11067, Jlan Suda Bahagia, Gerik, Perak
Tel    : 05-7914543/05-7917858
Email : fadhilahtamannegeri@gmail.com

2- Melalui Jabatan Perhilitan atau Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak, Gerik

Telefon   : 05-7911164, 7911963, 536261
faksimile : 05-7912933 dan 5363275.

3- Melalui pihak nature guide yang didaftar dengan Perbadanan Taman Negeri Perak

Zulkarnain Manas : 019 - 408 3043
Azmi                  :012 - 578 9554
Samsudin            :019 -526 0067

4- Melalui Pihak Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort 33200 Pulau Banding, Gerik, Perak
Phone: 05-791 6800

5- Melalui pengusaha boothouse, banyak pakej yang disediakan bergantung kepada bajet

Arus Belum Houseboot (sangat dicadangkan)
Arus Belum Snd. Bhd
Royal Belum Gerik 33320 Perak Darul Ridzuan
Tel:   05-7917909/ 019-5260067 ( Din @ Gopa)
Tel:   019-3455233 ( Zain)

6: Melalui travel agensi

Tuan Zuk Yusuf (sangat dicadangkan)
Zuk Travel & Tours Sdn Bhd
Tel: +6010-2254 668
E-Mail: zuktravel@yahoo.com.my
Facebook Pages: Zuk Travel & Tours

Diwajibkan untuk membuat permit, caranya boleh berurusan dengan Perbadanan taman negeri perak.

Amazing view at Royal Belum Rainforest

Di sini saya kongsikan peraturan-peraturan yang anda perlu patuhi sepanjang berada di kawasan Royal Belum wajib ikut

Semua pelawat-pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum. Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh Peraturan-peraturan ini, berada di Taman Negeri -

1) memasuki kawasan Taman Negeri tanpa permit yang telah disahkan oleh Perbadanan;
2) memasuki kawasan Taman Negeri berseorangan dan jika berkumpulan hendaklah ditemani/bersama sekurang-kurangnya seorang pemandu pelancong (berdaftar) atau seorang pegawai/ranjer/penguatkuasa Perbadanan;
3) membawa pelancong masuk ke Taman Negeri kecuali pemandu pelancong yang berdaftar dengan Perbadanan sahaja;
4) memasuki kawasan Taman Negeri dengan bot persendirian (tanpa lesen);
5) berada di atas bot di dalam kawasan Taman Negeri tanpa memakai jaket keselamatan;
6) menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan di kawasan Taman Negeri tanpa mendapat kebenaran dari pihak Perbadanan dengan mengisi borang permohonan kebenaran bagi menjalankan penyelidikan, mengumpul dan membawa keluar spesimen;
7) membawa keluar apa-apa sahaja spesis flora dan fauna serta benda-benda lain yang terdapat di dalam kawasan Taman Negeri;
8) memburu, menjerat dan apa jua cara menangkap sebarang spesis hidupan liar di dalam kawasan Taman Negeri;
9) menebang dan memusnahkan pokok-pokok di dalam kawasan Taman Negeri;
10) membenarkan apa-apa haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau di kawasan Taman Negeri;
11) menangkap ikan menggunakan teknik bom, kejutan elektrik, panah, racun, jala, rawai, jaring, pukat, bubu dan apa-apa teknik kecuali memancing di sepanjang sungai dan tasik di kawasan Taman Negeri;
12) memancing dan apa jua cara untuk menangkap ikan di kawasan yang telah dizonkan larangan menangkap dan memancing ikan oleh Perbadanan dan Jabatan Perikanan Perak kecuali di zon yang dibenarkan sahaja;
13) membawa keluar sebarang spesis ikan terutama spesis kelah, temoleh, tengas dan sebarau kecuali spesis ikan seperti toman, baung, lampam sungai, sia, kaloi, loma, terbul dan temperas adalah dibenarkan pada kadar 3 ekor bagi setiap pemancing;
14) menduduki dan menggunakan kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran dan kelulusan dari Perbadanan;
15) merosakkan atau menyalahguna kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri;
16) membina apa-apa bangunan di kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran Perbadanan;
17) membuang sampah di merata-rata semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri; dan
18) melanggar lain-lain peruntukan dalam peraturan ini yang akan dibuat oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
                                                                                                 

Ini adalah entry mukadimah untuk Fam Trip: Advanture of Royal Belum, untuk entry yang berikutnya saya akan berkongsi mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, dan tempat-tempat yang menarik lagi awesome di sekitar Royal Belum. Sebelum itu mari saya belanja "video advanture" yang kami tempuhi Sepanjang FAM Trips ini berlangsung, kredit sepenuhnya kepada Tuan Sham : www.shamphotography.com.

 Dengan lagu cuti-cuti Malaysia background, memang fefeling abih la layan.. rugi  owh..kalau korang tak tengok sampai habis. Sila tengok sampai ke minit terakhir baru ada muka teman baling-baling air dekat camera :P

Diharapkan entry kali ini amatlah dapat membantu korang yang teringin datang ke sini tapi masih was-was bagaimana nak  berhubung atau datang ke sini, untuk memudahkan perjalanan korang amatlah dicadangkan korang berhubung terus dengan Perbadanan Taman Negeri Perak dimana banyak pakej menarik yang ditawarkan meliputi tempat penginapan, tour guide dan membawa anda ke tempat-tempat tarikan utama di Royal Belum, jadi ada apa-apa persoalan atau pertanyaan boleh terus berhubung sama ada melalui pangilan telefon  atau email.

Dan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :


Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


Wordless Wednesday #7

$
0
0


Reminds me of my time during raya a long time ago. i can relate it and it brings all the good childhood memories. Watching this, makes me smile, reminds me the old days tambahan part tidur ramai-ramai dan beratur nak mandi, rindunya .. :P

Love the Cinematography, good job petronas, bravo!



Panduan Berbelanja Ketika Musim Perayaan

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada hujung minggu ini pastinya ramai mengambil kesempatan untuk membeli-belah di saat-saat akhir sempena dengan kehadiran hari raya aldilfitri, rasanya masih tidak terlambat untuk saya kongsikan beberapa tips dan panduan yang boleh korang aplikasikan ketika membeli belah untuk mengelakkan pembaziran ketika berbelanja. Kadang kala dalam keseronokan membeli belah, kita terlebih membuat perbelanjaan yang tidak sepatutnya, diharapkan tips berbelanja ketika musim perayaan di bawah sedikit sebanyak dapat membantu korang semua dalam membuat perancangan.


1. Rancang perbelanjaan dan buat senarai barangan

Pengguna harus merancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan sesuai dengan peruntukan (bajet) perbelanjaan mereka. Senarai barangan ini penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika bebelanja di pusat membeli belah kelak. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

2. Ikut kemampuan dan jangan bersaing

Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza. Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

3. Menawar harga barangan

Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan. Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

4. Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti

Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli. Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

5. Tidak mudah terpengaruh dengan iklan

Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, jangan mudah terpegaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut. Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

6. Ganti perhiasan yang perlu sahaja

Perabot , langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

7. Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan

Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu , simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

P/s: Kepada semua yang pulang ke kampung, diharapkan korang semua berhati-hati dan banyakkan bersabar ketika memandu sudah pasti akan menghadapi kesesakan jalan raya yang teruk, jadi tenangkan diri sepanjang perjalanan dengan mendengar lagu-lagu raya di radio yang pasti membuatkan perjalanan pulang ke kampung lebih bermakna, ingat pandu cermat jiwa selamat & selamat menempuh jalan jem semua :P


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 / 1435H

$
0
0

Masih single & mencari cari-cari eh! I Tayang sikit baju raya tahun ini.

Alhamdulilah syukur kepada allah swt, kerana masih diberikan peluang untuk bernafas untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014, rasanya masih tidak terlewat walaupun sudah malam raya untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H buat semua sahabat bloggers dan pembaca blog sobriyaacob.com yang disayangi sama ada korang silent reader atau yang selalu memberi komen di blog ini. Ampun dan maaf aku pohonkan sekiranya terdapat sebarang post, entry, komen yang saya berikan mengguris hati korang #salamkosong-kosong. Diharapkan Syawal tahun ini membuka lembaran baru untuk kita semua dan marilah kita semua bermaaf-maafan sesama kita tidak kira muda atau tua, musuh atau sahabat kerana kita semua adalah sama kita adalah hamba kepada Allah swt. Semoga Hari Raya Aidilfitri ini disambut dengan keceriaan dan dipenuhi nikmat kesyukuran kepada Yang Maha Pencipta.

Salam Syawal & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 iklas daripada saya penulis blog sobriyaacob.com




Viewing all 94 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>