Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all 94 articles
Browse latest View live

Edisi Surat Khabar - FAM Trip Pengkalan Hulu

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, wah..wah kembali bersiaran lagi kita apa khabar semua? pastinya masih di dalam mood berhari raya aildilfitri, macam mana perayaan kali ini? mesti meriah bukan ini kalau blogwalking mesti banyak cerita berhari raya yang korang yang menarik korang kongsikan yang pastinya selepas lama tak berblogging mood malas telah merebak ke dalam diriku! help me :P

Ini teman nak khaborkan kepada awok-awok semua yang muka teman keluar lagi(Sini) dalam suratkahabar Berita Harian Ahad, Edisi Kembara walaupun sipi-sipi sangat! dan kemungkinan besar memang tak nampak beberapo jelas kelibat rupa teman tapi tetap nak war-warkan jugak! Jadi bagi yang membeli suratkhabar bertarikh 3 Ogos 2014 mohon belek-beleklah manalah tahu awok-awok semua teringin bebenor nak nak tengok muka teman dalam semua khabar, yang pasti lebih segak daripada biasa.

Kembara Gua Gendang & Gua Itik I Ditulis oleh Zubir I Gambar Nash

 Jadi kalau korang nak tahu apa story yang ditulis, kenalah cari sendiri.


Bagi korang yang terlepas membaca kisah penerokaan saya di Gua Gedang & Gua Itik Boleh baca (di sini) setakat iniGua Gendang & Gua Itik antara gua yang paling advanture pernah saya masuk, jadi bagi korang yang sangat gemarkan aktiviti yang advanture dimana persekitaran disekelilingnya masih belum terusik dan dinodai oleh manusia, korang wajib datang kesini!

P/s: Ini baru masuk sipi-sipi kalau masuk full page bertambah riak la teman ye, berangan sebentar just kidding! alhamdulilah baca kembali article ini teringat balik kenangan-kenangan manis sepanjang mengikuti Program Fam Trips yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak, terima kasih atas jemputan yang diberikan. Dan sekiranya korang teringin sangat nak berhubung dengan abam kacak ini feel free please email me at sobriyaacob@gmail.com kalau ada sebarang pertanyaan, soalan, jemputan atau nak cari jodoh ke? tapi email berbentuk spam nak jual ubat kuat, nak derma duit 500 juta atau jemputan parti gay jangan sesekali hantar ya :P



Wordless Wednesday #8

$
0
0
Nantikan kemunculanya *Jai Kl Gangster* sebagai pemain watak extra dalam: 

Advanture Of Royal Belum Rainforest


Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.

Perak Trip - Program Kebudayaan & Kesenian Royal Belum

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera reader!....

Pengembaraan kita di Royal Belum Rainforest diteruskan lagi tapi kali ini saya akan membawa korang semua meninjau ke Program kebudayaan dan kesenian Royal Belum yang berlangsung pada 23-24 jun 2014 bertempat di Model Perkampungan Orang Asli Sg Tiang. Ini adalah entry edisi khas dimana saya akan menceritakan serba sedikit perjalanan apa yang menarik berlaku sepanjang program ini berlangsung kepada korang semua.

Royal Belum Rainforest I 2014

Intro *sila baca seperti iklan kepelbagaian bio di Malaysia di TV* untuk ambik mood!

Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia antara salah satu daripada 12 negara yang kaya dengan kepelbagai bio  merangkumi lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung dan pelbagai lagi dan di Royal belum atau digelar sebagai permata hati perak kerana keindahan dan kepelbagaian spesis flora dan fauna yang masih dalam keadaan habitat asal masih belum terusik 

Program  kebudayaan dan kesenian royal dianjurkan bertujuan untuk mempromosi keindahan dan keunikan yang terdapat di Royal Belum serta menjadi sebagai salah satu ikon  perlancongan yang popular di negeri perak, khasnya di daerah Gerik sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 I Visit Malaysia Year 2014. 

Antara objektif program ini ialah mempertengahkan kesenian dan kebudayaan masyarakat orang asli yang menetap di sekitar kawasan Royal belum, dimana membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat melalui industri perlancongan seperti penjualan hasil kraftangan, hasil hutan dan penglibatan penduduk setempat dalam program yang dijalankan. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Negeri Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak dan NCIA.


Bertempat di Model Perkampungan Orang Asli Sg Tiang, Royal Belum Perak

 Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Negeri Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak dan NCIA.  Majlis ini dirasmikan olah YB Salbiah Binti Mohamad,  selaku Adun Temenggor.

Antara tetamu vvip yang turut hadir ialah En Mohamad Suhaimi Bin Samssudin (Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak) Puan Noor Asmah ( Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak) Tuan Haji Ibrahim (Pengarah Tourism Malaysia Perak) dan Puan Jariah daripada NCIA (Northern Corridor Implementation Authority)

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah diberikan penerangan dan diadakan demontrasi cara hidup seharian yang diamalkan oleh masyarakat orang asli seperti bagaimana cara untuk memburu menggunakan sumpit, teknik-teknik bagaimana cara untuk menangkap haiwan serta bagaimana cara memasak nasi menggunakan buluh kaedah masyarakat orang asli Jahai.


Tekun  YB Salbiah Binti Mohamad,  selaku Adun Temenggor mendengar penerangan yang diberikan

Diberikan penerangan serta demo bagaimana cara untuk menyumpit menggunakan buluh oleh ranjer daripada perbadanan taman negeri perak, kelihatan Tuan Haji Ibrahim bergaya macho di sebelah Adi Putra

Ini pula diajar bagaimana teknik memasak menggunakan buluh, teknik survival dalam hutan daripada suku kaum orang asli Jahai, sambil dibantu oleh Amaris.

ketika proses memasak, ada teknik yang tersendiri.. bak kata Chef Zam rasanya rasa nasi yang dihasilkan lazat dan  tak hangit

Inilah hasilnya nasi yang telah dimasak menggunakan buluh, rasa macam nak cuba buat le, macam menarik je..macam comel je :P

Abang Sado Adi Putra I Agak friendly orangnya

Eh lupa nak khaborkan kepada awok-awok semua,  Program Kebudayaan & Kesenian Royal Belum kali ini juga turut mengundang beberapa salebriti untuk meluangkan masa dan turut terlibat dalam program ini antaranya Adi Putra, Ayo OIM, Haliza Misbun, Tanuja & Twins, Cheff Zam dan Amaris.

"Apa gosip i yang mengatakan akan berlakon dengan adi putra? ish..ish itu gosip semata-mata  jangan percaya ok terutama di ruangan gosip di Wordless Wednesday 8 yang mengatakan i ada pengembaraan dengan Adi Putra.. wah u all ni suka fefeling artis gittuw.. mak jemah sungguh! *sambil tangan di dada, mata di atas*

Siapa lagi tinggi saya ke atau Anuja?

Bersama Tanuja Miss Malaysia 2009 dan Anuja, sekali imbas tengok memang boleh bezakan mana satu tanuja dan anuja, agak seiras rupa mereka. Dahlah cantik, tinggi, badan langsing patutlah menang Miss World Malaysia. Tanuja saya peminat setia awak since Mastercheff.



Di Malaysia terdapat banyak kaum orang asli antaranya Bateq, Temeir, Semai,semang, senoi dan suku kaum yang terdapat di daeerah Royal Belum adalah suku kaum Jahai dan saya dulu bersekolah di SMKSIS so far memang banyak juga orang asli bersekolah di situ jadi dari kecil sudah bergaul dengan dengan diorang jadi adalah cerita rahsia-rahsia alam yang sempat korek daripada diaorang. Bagi korang yang tertanya-tanya dan ingin tahu lebih lanjut mengenai orang asli Jahai bolehlah baca info di bawah -Sumber

Lokasi penempatan kumpulan etnik Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

Bersama dengan anak-anak kecil daripada suku kaum Jahai, tapi diorang ini agak pemalu sikit ya! kena pandai ambil hati baru adik-adik ni nak dekat dengan kita, so cute :P



Turut dimainkan demo alatan muzik menggunakan buluh antara alat muzik tradisional kaum Jahai, selalu yang kita lihat didalam tv tarian sewang dimana diringi dengan alat muzik, sedikit informasi yang boleh saya kongsikan mengenai tarian sewang -sumber

Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat Orang Asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan turut merangkumi unsur-unsur spititual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala, walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata. Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini biasanya diiringi paluan alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh.

wajah-wajah ceria, penyambung warisan generasi Orang Asli Jahai



Seperti biasa Fam Trips kali disertai oleh Para bloggers, wakil media, wakil travel agensi untuk merasai sendiri tarikan yang ada di negeri perak serta mempromosikanya kepada orang ramai

Macam mana menarik bukan? sebenarnya masih banyak lagi tarikan yang ada di sini nantikan kisah saya yang seterusnya mengenai Royal Belum Rainforest apa yang boleh saya gambarkan untuk entry berikut tempat yang penuh mistik mempunyai tarikan tersendiri terutama kepelbagaian bio flora dan faunanya serta ekosistem yang ada di sini, so nantikan entry seterusnya ya! 

Kepada korang semua yang rasa teruja nak datang ke sini selepas membaca cerita saya *ewah* (klik sini) untuk tahu bagaimana cara atau untuk berhubung dengan siapa untuk datang ke Royal Belum Rainforest. eh tak dilupakan  Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi mereka aka Tourism Malaysia Perak dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua:

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


Perak Trips - Keindahan Sungai Kooi Dan Misi Mencari Bunga Rafflesia

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca yang disayangai :P

Seperti yang telah dijanjikan untuk edisi kali ini the advanture of royal belum rainforest, we will back to nature dimana kita akan melawat antara destinasi wajib yang harus di lawati di Royal Belum iaitu  di Sungai Kooi dalam misi meneroka Air Terjun Sungai kooi dan mencari Bunga Rafflesia. Sepanjang perjalanan ke sini korang akan disajikan pemandangan yang sangat luar biasa hutan tropika dimana akan melihat pelbagai jenis flora dan fauna yang sangat unik dan sesetengah itu memang payah untuk ditemui antaranya lantern bug, tetrastigma vine dan fig trees.

Back To Nature I Royal Belum Rainforest

Mari saya flashback balik memory korang mengenai FAM Trips di Royal Belum by Tourism Malaysia Perak kerjasama bersama Perbadanan Taman Negeri Perak dan NCIA (Northern Corridor Implementation Authority). Kami bergerak daripada Padang Rengas sejurusnya tamat Program Bike Ride @ Padang Rengas melalui Tasik Raban, Lenggong, Pekan Lawin, Gerik dan seterusnya meneruskan perjalanan selama 1 jam lebih ke Jeti Banding / jeti Aman dimana boothouse menunggu kehadiran kami semua!

Perkara pertama kami borakkan bila sampai di Jeti Aman ialah houseboat mana yang kami akan naik sepanjang berada di Royal Belum, terdapat beberapa houseboot yang menunggu daripada yang semegah-megahnya sampailah yang biasa-biasa, jadi kami pun berteka-teki mungkin akan naik houseboat yang jenis biasa sajalah sebab ada satu lagi team yang menunggu membawa selebriti tapi sangkaan kami meleset rupanya kami menaiki houseboat yang paling cantik kacak dan moden binaanya daripada Arus Belum.

 Houseboat Arus Belum I Royal Belum Rainforest

Inilah houseboatnya memang cukup supers & terbaik lengkap semua kemudahan, alhamdulilah tercapai juga antara wish list saya nak merasai pengalaman bercuti sambil bersantai-santai di atas houseboat, ini semua akibat pengaruh Filem Anaconda dimana ada scene diaorang travel memasuki kepulauan Borneo menaik houseboat nak  cari blood orchid, jadi start daripada masa itu ada juga berangan-angan suatu hari  nanti akan travel masuk hutan menggunakan housebat dan tak sangka pulak akan naik houseboat yang agak mewah rasa macam kena loteri pulak, nanti saya akan buat sedikit review mengenai perkhidmatan houseboat Arus Belum, jadi tunggu.

Setelah selesai dibahagikan bilik dan menyimpan barang kami diberi sedikit taklimat ringkas dan pengenalan diri daripada Puan Fadilah (Perbadanan Taman Negeri Perak) dan Puan Jariah (NCIA) sedikit latar belakang mengenai Royal belum dan program yang akan dianjurkan esok iaitu program kesenian dan kebudayaan Royal Belum.

Aktiviti seterusnya bebas, sementara menunggu houseboat sampai ke tempat penginapan kami di Kem Sungai Tiang dianggarkan dalam 4-5 jam perjalanan jadi banyaklah aktiviti berfaedah dilakukan seperti menyembang, berkaroke & sesi photograpy untuk Cover Majalah Mangga dijalankan sambil menikmati pemandangan Hutan Royal belum daripada atas kapal yang sungguh mendamaikan.


Pemandangan Sepanjang Perjalanan, seluas saujana memandang dikelilingi tasik dan hutan.

Belanja gambar Selfie satu, bersama Jurugambar terhebat Amy, Bro Sham (travel bloggers), Cik Shiela (staff Tourism Malaysia Perak) & Atirah (volenteer Perbadanan Taman Negeri Perak)

Group Photo bersama jejaka tampan & hensem, booi & Dikwan (Zuk Tour and Travel), Abang Jalani (Mob tv), Bro Sham dan Bro Amy.

Pose untuk poster majalah mangga edisi Cintailah alam sekitar tapi bukanlah berkonsep berenang untuk kesihatan, di tingkat 3 houseboot Arus Belum berlatar belakangkan Tasik Belum, thank Bro Amy for Awesome Picture.

Aktiviti keesokanya selepas selesainya program Program kesenian dan kebudayaan Royal Belum (baca klik sini) pada sebelah petangnya kami semua dibawa untuk meneroka antara destinasi wajib yang harus dipergi iaitu ke Sungai kooi untuk melihat Air terjun Sungai Kooi dan misi mencari bunga pakma yang sedang mekar.

langit membiru air tasik kehijauan, cantiknya pemandangan ciptaan ilahi.


Untuk sampai ke sini kitaorang menaki speed boat daripada kem sungai Tiang, anggaran masa dalam 20-30 minit, sepanjang pemandangan boleh melihat banyak tungul-tungul kayu dan pemandangan hutan yang mengangumkan, dipahamkan daripada ranjer hutan yang membawa boat kitaorang sekiranya datang pada season yang tepat  boleh melihat banyak burung kenyalang yang berterbangan yang ada di sini dan dianggarkan lebih 10 spesis yang dikenalpasti terdapat di Royal belum lebih banyak yang terdapat di Sarawak.


Sudah sampai ke jetty Sungai Kooi untuk sampai ke air terjun sungai kooi kena mendaki lagi lebih kurang 10-15 minit sebelum sampai ke tapak air terjun, bagi korang yang rasa ada masalah nak hiking ini jangan risau banyak laluan disediakan tali, jadi sangat memudahkan.


Tali disediakan, jadi sangat memudahkan pendakian korang, cuaca di sini terasa sejuk dan nyaman.

Sepanjang kita mendaki kita akan melalui jalan yang berbatu, merentasi anak sungai dan disajikan dengan pelbagai spesis tumbuhan, pokok, dan bunyi serangga yang unik.

Tahukan korang bahawa usia Hutan Royal Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amozon di Brazil, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. Memandangkan saiz hutan amozon lagi berganda-ganda luasnya daripada hutan royal belum maka sebab itulah selalu media luar mengwar-warkan bahawa hutan amozon adalah hutan tertua di Dunia tetapi fakta itu adalah salah.

Jadi bayangkanlah hutan yang tertua usianya di dunia mesti menyimpan pelbagai cerita mistik dan  pelbagai kazanah alam yang cukup  berharga selain menawarkan pemandangan yang cukup  mempesonakan.


Antara pemandangan sepanjang jalan menuju ke Air terjun sungai Koi,sejuk mata memandang


lantern bug antara spesis serangga yang susah ditemui dan dikatakan hanya masih wujud di persekitaran Royal Belum, sangat cantik menarik warnanya seperti pepatung, thank Abang Li daripada Ipoh Echo for awesome picture


Untuk tujuan pembelajaran pokok-pokok disini juga di namakan dan diberitahu kegunaanya, rasanya kebanyakan pokok-pokok kayu di sini berusia ratusan tahun berdasarkan saiz dan ketinggianya memang cukup besar serta sangat bernilai, jadi pesanan penaja untuk memastikan kebelangsungan spesis-spesis ini terus hidup membesar di habitat asalnya tolong jangan lakukan pencerohohan dan pembalakan secara haram dan sentiasa menjaga alam sekitar pesanan iklas daripada abang sob a.k.a ranger hutan tak bertuliah.

Bergambar di antara pokok yang terbesar terdapat di sini, dikenali sebagai Pokok Medang

 Air yang jatuh umpama titisan air hujan ditembusi oleh cahaya umpama yang mutiara berguguran. 
bersajak pulak kite ye, terlalu terpegun dengan keindahan alam ciptaan ilahi.

Pemandangan Air Terjun Sungai Kooi

Akhirnya setelah berhempas pulas mendaki kami sampai juga ke Air Terjun Sungai Kooi, pemandangan memang sangat terbaik, macam mana saya nak gambarkan pemandangan air terjun ni ya? air terjun dia tak berapa deras tapi yang membuatkan air terjun ini sangat menarik ialah air yang jatuh umpama titisan air hujan ditembusi oleh cahaya seperti mutiara berguguran seperti air terjun magic sehingga kita beleh merasa tempiasnya, memang cukup cantik berlatar belakangkan pokok-pokok yang menjalar di sekitar air Terjun.

Misi seterusnya diteruskan lagi untuk mencari punga pakma bunga terbesar di dunia, pendakian kali ini agak mencabar kerana terpaksa mendaki bukit yang agak tinggi, lebih kurang 10 minit tapi semua itu ditolak tepi dalam misi mencari bunga paksa itulah cabaran yang harus ditempuhi sayang beribu sayang bunga yang dijumpai masih teratai layu di tasik madu masih belum mekar, diangkakan lagi seminggu akan kembang mekar elok..ish sayang, tak ada rezeki nak melihat bunga pakma berkembang mekar live di depan mata. 



Inilah bunga pakma masih tertutup, masih malu-malu nak tunjukkan diri. Ini antara spesis bunga pakma yang saiz bunganya paling besar terdapat di Royal Belum. Bunga Pakma juga mempunyai beberapa jenis iaitu Refflesia Azlani, Kerrii dan cantley

Antara ahli rombongan FAM trips kali ini bergambar beramai-ramai di pintu masuk Sungai Kooi setelah penat mendaki bersama Ranger Hutan Perbadanan Taman Negeri.

Setelah puas bergambar dan berehat, kami turun ke bawah menuju ke Speed Boat untuk membawa kami kembali ke Kem Sungai Tiang untuk  meneruskan aktiviti berikutnya, nak tahu apa aktiviti seterusnya kami lakukan jangan lupa untuk baca entry berikutnya pengembaraan saya di Royal belum, yang pasti pemandangan hutan di Royal Belum belum memang akan tidak mengecewakan korang dan setiap ativiti yang dilakukan penuh dengan perasaan keterujaan dan keseronakan.. back to nature!

Kepada korang semua yang rasa teruja nak datang ke sini selepas membaca cerita saya *ewah* (klik sini) untuk tahu bagaimana cara atau untuk berhubung dengan siapa untuk datang ke Royal Belum Rainforest. Tidak dilupakan  sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi Tourism Malaysia Perak melaui alamat di bawah dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua:

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak

Perak Trips - Berakit Di Kem Sungai Tiang Royal Belum

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Wah nampaknya entry kali ini bermain airlah kita ya? selepas puas mendaki bukit mengeluarkan peluh dalam misi mencari Air Terjun Sungai Kooi dan Bunga Pakmaaktiviti seterusnya yang dilakukan aktiviti menyejukkan badan dan antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh semua geng FAM Trips Royal Belum iaitu melakukan water Confident dan Bamboo Rafting kalau bahasa melayunya dipanggil aktiviti berakit menggunakan buluh, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu bersenang-senang kemudian ewah!

 Berakit Di Kem Sungai Tiang Royal Belum 2014

Sebenarnya ini pertama kali saya berakit jadi memang amat mengujakan dan mendebarkan perasaan melakukan aktiviti berakit bak kata pepatah melayu "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu bersenang-senang kemudian" memang sesuailah dengan pepatah melayu ini untuk menggambarkan situasi kami pertama kali melakukan aktiviti berakit, kalau setakat rakit terbalik dan tak seimbang ketika berakit perkara biasa, almaklumlah boleh dikatakan ini pertama kali buat kami semua berakit menggunakan buluh, memang memerlukan skill yang tersendiri untuk mengemudi rakit ni.

Selalunya kalau berada di dalam air kita akan membuat aktiviti seperti berkayak, white water rafting, bermaian polo air dan sebagainya jadi untuk aktiviti team FAM Trips untuk membuat kelainan maka berakitlah kita, seperti zaman-zaman dalulu kala Zaman Hang Tuah dan Hang Jebat di dalam Tasik Belum di Kem Sungai Tiang. Terima kasih kepada semua staff, Ranjer Perbadanan Taman Negeri Perak, terutama Puan Fadhilah Ismail kerana mengaturkan semua aktiviti kitaorang sepanjang berada di Royal Belum dan melayan kitaorang semua dengan baik sekali, memang terbaik!


Muka-muka keletihan, tapi memang enjoy buat aktiviti water confident dan berakit 

#Selfie dulu di atas rakit I Berakit di Kem Sungai Tiang


Ini masing-masing sibuk nak bercakap, sambil tangan berpeace habis masa Bro Sham, tengah rakam nak buat video mengunakan Go-Pro be hero katanya- Credit kepada Abang Sham untuk semua gambar semasa kitaorang buat aktiviti air, itu yang best kalau ada camera underwater dalam air pun boleh bergambar.

Mesti korang tertanya-tanya tak bahaya ke mandi-manda dalam tasik, bagi yang kurang mahir berenang memang disediakan life jaket, macam gambar kitaorang dekat atas! jadi memang tak akan lemas atau tenggelam, terapung sokmo sebab semua ciri-ciri keselamatan ketika berada di dalam air diambil berat. Kedalaman tasik, perh memang tak terjangka dalamnya bayangkanlah baru turun daripada tebing dah boleh tenggelam terus memang terasa dalam, bagi korang yang was-was, yang selalu fikir bukan-bukan tak apa ke mandi dalam tasik tak bahaya ke? takut ikan gigit ke? tips dia jangan fikir bukan-bukan dan just enjoy sebab sebelum sesuatu aktiviti dijalankan memang faktor- faktor keselamatan di titikberatkan lagipun sepanjang korang bermain dalam air memang ranjer atau orang yang berpengalaman mengawasi korang.

Suhu air tasik ini sebenarnya tak de la sejuk mana, mungkin sebab kitaorang berendam tengah petang suhu dia rasa seperti suam-suam panas, tapi saya rasa kalau mandi waktu pagi memang mengigil jugaklah sejuknya. Air tasik berwarna hijau kehijauan gituww, macam gambar kat atas.

Gambar ini diambik semasa waktu sunset, memang layan pemandangan sunset kat sini sambil berendam.

Dah alang-alang dari tadi saya asyik bercerita mengenai aktiviti berakit, jadi mari saya kongsikan beberapa tips dan panduan yang korang boleh amalkan ketika melakukan aktiviti air sama ada berakit, berkayak dan sebagainya.

  • Perlu memakai pakaian yang selesa dan tidak menghalang atau menyukarkan pergerakan.
  • Pastikan jaket dan topi keselamatan yang diberikan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar
  • Bawa pakaian untuk persalinan. Jaket pemanas badan juga berguna.
  • Pakai kasut yang boleh diikat ketat atau but menyelam.
  • Barang kemas yang mudah terlucut tidak seharusnya dipakai semasa berakit.
  • Mereka yang memakai cermin mata patut menggunakan tali elastik untuk mengikat cermin mata.
  • Mereka yang menggunakan kanta lekap dinasihatkan supaya memakai cermin mata, untuk mengurangkan risiko pencemaran kanta.

Pemandangan matahari terbenam di Kem Sungai Tiang I Royal Belum

Pemandangan senja di Kem Sungai Tiang, Gambar di ambil oleh Abang Li mengikut kata ranjer yang bertugas antara port yang paling strategik nak ambil gambar sunset yang terbaik adalah di sini jadi pastikan bila korang ke Royal Belum singgah ke kem ini untuk layan pemandangan matahari terbenam di sini memang terbaik. Jadi bagi yang gilakan photografi memang saya cadangkan korang lepak di sini ambil gambar sunset.

Aktiviti pada waktu malam adalah bebas jadi,  masa dihabiskan dengan makan, memancing, sesi karoke dan tengok bola, waktu kitaorang dekat sana waktu piala dunia, nasib baiklah dalam houseboat ini semua lengkap siap ada astro lagi, jadi yang kaki bola memang tak miss tengok perlawanan bola siap boleh tengok secara live lagi. Sepanjang menginap di Houseboat di Kem Sungai Tiang perkara yang paling saya tak boleh lupakan makanan yang disediakan, boleh dikatakan lebih daripada cukup dan makanan yang disediakan memang setaraf 5 bintang,  cukup sedap memang hebat skill masakan makcik yang memasak, terutama kari daging, ayam masak merah, bihung goreng dan paling best masa buat BBQ kambing golek yang ini saya rasa ranjer perbadanan taman negeri perak yang buat, perhh memang terangkat bila dicicah dengan sos black paper handmade diorang buat. so yummy!


Masa malam pertama houseboat kitaorang diserang dengan beberapa jenis serangga dan rama-rama  macam-macam saiz dan warna ada, kat atas tu antara rama-rama yang saya sempat ambik gambar saiznya memang besar rama-rama hutan, agaknya beginilah saiznya?


Houseboat pada waktu malam.

Sampai disinilah entry berakit di Kem Sungai Tiang untuk hari kedua kami berada di Royal Belum Rainforest, selepas ini masih ada entry lain dimana kitaorang dibawa melawat Sira Garam di kem Sungai Papan dan melawat Pusat Sintuari Ikan kelah di Sungai Ruok, jadi nantikan sambungan entry yang berikutnya.

Bagi korang yang terlepas membaca entry yang terdahulu bagaimana cara-cara untuk datang ke Royal Belum boleh baca (di sini) cerita mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum (klik sini) dan pegembaraan kitaorang dalam misi mencari Bunga Pakma dan melawat Air Terjun Sungai Kooi (Klik sini) untuk membaca. Untuk mengetahuan korang semua entry ini ditulis dalam usaha saya bekerjasama dengan Tourism Malaysia Perak untuk mempromosikan  tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Perak sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi mereka aka Tourism Malaysia Perak dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua melalui alamat di Bawah :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


Perak Trip - Keunikan Sira Garam Di Royal Belum

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya Abam Sob kita kembali bersiaran, setelah sekelian lama menyepi daripada dunia blogging.. menyepi tanpa sebab? tapi sekarang sudah sedia untuk kembali memeriahkan arena berblogging yeah! wah gitu stementnya ya? apa kahabar semua, diharapkan korang semua sentiasa sihat walfiat dan dikurniakan kesihatan yang baik insaallah, amin.. Mesti korang tertanya-tanya ke mana saya menghilang *walaupun tak ada yang ambil kisah* teman tetap nak khaborkan juge ya, kisahnya begini setelah lama menulis.. sampai satu tahap otak jadi jem membeku apabila nak mengarang ayat, sehingga wujudlah situasi perasaan malas nak menaip  jadi terpaksa bercuti sekejap  sambil melihat keindahan dunia untuk refresh semula supaya sel-sel di dalam otak dapat berhubung kembali dengan riangnya.. now i'm back !

Keunikan Sira Garam Di Royal Belum

Pengembaraan kita di teruskan lagi di Royal Belum Forest, di mana penerokaan kita pada kali ini akan melawat sira garam atau juga dikenali sebagai Jenut. Untuk pengetahuan korang semua, sira garam atau jenut ini adalah tempat di mana binatang-binatang liar seperti harimau, tapir, rusa dan sebagainya datang untuk menjilat garam-garam mineral yang terdapat di sekitar jenut / sira ini untuk menambah atau mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink yang amat penting dalam diet pemakanan binatang liar tesebut, seperti manusialah memerlukan vitamin A, B, C zat besi, kalsium cuba bezanya kita boleh dapat semua khasiat tersebut daripada makanan yang kita makan.


Seperti biasa untuk mengisi masa pada waktu lapang pada hari terakhir, diadakan sesi memperkenalkan diri? eh bukan lebih kepada sesi sembang-sembang berkongsi pengalaman sepanjang berada di Royal Belum. Antara wajah-wajah yang keletihan sepanjang 3 hari berkampung di Royal belum :P

Di bawah antara gambar-gambar pemandangan di Royal Belum yang sempat saya tangkap di sepanjang perjalanan untuk menuju ke Kem Sungai Papan untuk ke lokasi melihat Sira Garam / Jenut. Pemandangan yang disajikan memang sangat mempesonakan bayangkanlah langit yang membiru dilatari dengan hutan dan tasik yang menghijau airnya so amazing! jadi memang sangat - sangat layaklah Royal Belum digelar sebagai permata hati perak, memang sangat menambat hati! tak percaya ? boleh tengok gambar di bawah.. abang sob tak bohong ya.


Salah satu perkampungan orang asli yang terdapat di Royal Belum, dalam perjalanan nak ke Kem Sungai Papan.

Macam mana cantik tak view dekat Royal Belum ni?  Rugi la kalau korang tak datang rasa sendiri pengalaman dekat sini.. close with nature gituw! ewah...


Belanja gambar macho sikit, sementara untuk  sampai ke destinasi. Seterusnya kami menaiki speed bot untuk menuju ke kem Sungai Papan anggaran perjalanan daripada houseboat kami ke sana dalam 30 minit, tapi saya tak berapa pasti sebab tengok syok layan naik speed boat sampai lupa semua benda :P

Speed boot saling berkejar-kejaran untuk sampai ke destinasi! tu yang buat perjalanan nak ke sana rasa best. rasa macam nak naik boat hari-hari :P


Akhirnya sampai juga di Sungai Papan, dekat sini juga ada tempat penginapan / chalet disediakan seperti di kem sungai tiang, more info korang boleh contact Perbadanan Taman Negeri Perak for more information ya.


Dekat sini disediakan lengkap tapak perkemahan, chalet, bilik air, wakaf dan sebagainya jadi kalau korang nak bercuti atau nak buat team bulding untuk syarikat atau persendirian memang saya syorkan, sesuai dengan persekitaranya yang damai dan tenang.

Sejurusnya kitaorang sampai disini, kami disambut mesra oleh En Yusri seorang ranjer yang sangat luas pengalaman mengenai selok belok khazanah - khazanah hutan yang terdapat si sini. Terlebih dahulu kami diberi taklamat serba sedikit mengenai kem sungat Papan dan destinasi yang bakal ditujui iaitu melawat sira garam atau jenuk untuk melihat sendiri bagaimana rupa jenuk yang selalui dikunjungi oleh haiwan liar untuk mendapatkan khasiat daripada jenut tersebut.

Sebelum ini saya pernah pergi melawat ke tapak sira gajah yang selalu dikunjungi oleh gajah, jadi memang ada sedikit perbezaan di antara kedua-dua tapak sira antaranya luas kawasan dan jenis mineral tapi kedua-duanya fungsi yang sama dimana haiwan datang untuk mendapatkan mineral - mineral yang ada yang mana diperlukan oleh haiwan tersebut untuk hidup. Untuk sampai ke lokasi tersebut kami melalui jambatan gantun dan tracking lebih kurang 15-20 minit untuk ke jenut, apa yang best bila kita memasuki hutan dengan Ranjer yang berpengalaman maka banyaklah cerita-cerita dahulu kala dikala bulan mengambang, mengenai kisah hutan Belum daripada cerita perdagangan / konsep butter pada zaman dahulu sampailah khasiat dan kegunaan tumbuhan-tumbuhan serta pokok-pokok yang terdapat di sini, jadi kalau semua saya nak kongsikan kat sini memang panjanglah entry kali ini, jadi saya akan share mana-mana cerita yang saya rasakan menarik masih teringat dan terlintas di kepala otakku ini :P

Ok antara cerita yang saya masih ingat adalah pada zaman dulu apa benda yang paling berharga yang menjadi rebutan apabila berdagang? eh masa tu masih pakai sistem butter.. tapi benda tu memang terlajak laris menjadi rebutan pada zaman itu.. cuba teka? adakah kayu, herba, emas, perak atau permata? jawapan dia ialah garam kerana tanpa garam maka tak sedaplah masakan tu tak rasa berperisa, maka garam antara barang dagangan yang menjadi rebutan penduk-pendusuk asal di sini dengan penduduk luar khususnya  penduduk siam apabila diorang berdagang dan sangat bernilai pada masa itu.. alkisahnya :P


Ranjer Hutan yang mengiringi kami Encik Yusri, banyak jugaklah ilmu-ilmu mengenai hutan diturunkan kepada kitaorang semua terutama kegunaan tumbuh-tumbuhan, kayu kayan dan herba-herba yang terapat di dalam hutan. Great Experience terasa macam belajar ilmu sains pulak cuma bezanya kita dapat belajar secara real ini kalau daripada sekolah rendah ajar cara macam ni memang jadi saintis la saya ye... sumpah tak bosan rasa lagi excited nak tahu dengan lebih mendalam, 

Meh saya terangkan sikit mengenai pokok yang ada di belakang En Yusri, untuk pengetahuan korang semua itu adalah pokok damar atau nama lain dikenali sebagai shorea faguetina.. ingat ya pokok damar kat malaysia pun ada pelbagai spesis! kan malaysia ni kaya dengan kepelbgaian flora dan faunanya seperti kata-kata keramat iklan dekat tv tu... shorea faguetina bukan kemain susah nak menyebutnya, jadi disebakan lidah saya melayu, jadi kita panggil sahaja ini pokok damar dan ini antara pokok yang sangat berharga dan bernilai tinggi dan tak silap saya pokok ini mengeluarkan getah, gambar kat bawah tu getah yang terhasil daripada pokok damar yang dibakar dan mengeluarkan bau yang tersendiri dan ada khasiat tersendiri...


Inilah trek yang kitaorang lalu untuk sampai ke sira garam / jenuk, dari kem sungai papan lebih kurang 15 minit. Tahap kesukaran trek lavel biasa-biasa sebab waktu kitaorang pergi bukan musim hujan jadi jalan ok dan tak berlecak.. senang kata laluan landai serta mudah untuk dilalui.


Pemandangan di dalam hutan.. rasa hijau je mata ;P

Inilah rupa sira garam / jenuk yang selalui dikunjungi oleh haiwan liar.

Jenut Papan ni merupakan kawasan batuan yang terdapat titisan mata air yang mengandungi garam mineral dan inilah yang dijilat oleh haiwan-haiwan yang bertandang di Jenut Papan. Menurut penerangan daripada renjer, kebiasaannya Jenut Papan ni sering didatangi oleh haiwan-haiwan kecil seperti pelanduk ataupun  kijang - sumber 

Sira (salt-lick) merupakan titisan ‘mata air’ mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi oleh haiwan liar untuk ‘mencuci mulut’ selepas mengunyah makanan - sumber

Jadi kalau korang duk tertanya-tanya apa itu sira garam yang saya ceritakan dari awal sehingga akhir kat atas tu secara ilmiahnya apa itu sira / jenuk ada dua definasi di atas. Mohon adik-adik yang membaca entry ini untuk peperiksaan ulangan UPSR untuk paper sains yang akan mendatang sekiranya keluar soalan nai sira garam boleh menjawap secara tepat dan mantap mengikut definasi di atas, tanpa perlu maklumat daripada soalan bocor :P

Inilah rupa anak-anak sungai yang terdapat di sini.. bersih bebas daripada pencemaran, terasa fresh bila sentuh air sungai..siap boleh nampak anak-anak ikan bermain dengan riangnya daripada darat - punyalah beria nak menggambarkan berapa bersih dan jernihnya sungai ni :P


Lepas ni masih ada satu entry lagi mengenai Royal Belum jadi tunggu.. pesanan terakhir saya sekiranya korang semua pergi ke tempat-tempat sebegini sila kawal kelakuan dan mulut korang bila berbicara, kalau boleh sifat-sifat riak, takbur dan bercakap besar tu bawak-bawaklah simpan sikit ya takut jadi perkara yang tak sepatutnya, anda waktu korang pergi ke sira garam / jenut pada waktu yang tepat mungkin korang boleh jumpa secara live haiwan liar yang datang ke sini untuk menjilat garam.

Untuk mengetahuan korang semua entry ini ditulis dalam usaha saya bekerjasama dengan Tourism Malaysia Perak untuk mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Perak sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi mereka aka Tourism Malaysia Perak dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua melalui alamat di Bawah :


Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak


Wordless Wednesday #9

$
0
0



Coming soon! Kuala Sepetang trips..

Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.


Alhamdulilah, Terima Kasih Semua

$
0
0

Selamat Hari Jadi :P

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulilah syukur kepada ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dipanjangkan lagi umurku untuk terus aku bernafas dibumi mu ini..... terima kasih allah syukur :) *amboi bukan main skema ayat* semalam 20/09/2014 hari jadi saya yang ke 20 ++ ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang wish di facebook, IG, wechat, watssup terharu abam sob baca sambil menagis terguling-guling, terharu gila ucapan berjuta-juta terima kasih :P

Tak dilupakan kepada semua rakan-rakan blogger yg wish kat fb saya..  insaallah amin, doakan semoga ucapan kalian menjadi kenyataan satu hari nanti akhir kata saya majulah dunia blogging untuk negara, kurangkan menulis perkara yang lara dan sebarkanlah kebaikkan sesama kita :)


Perak Trip - Meneroka Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok

$
0
0
Assalamualaikum dan salamsejahtera semua..

Untuk edisi kali ini The Advanture Of Royal Belum Rainforest, we will back to nature di mana kita akan meneroka salah satu lagi tarikan utama yang terdapat di Hutan Royal Belum iaitu pusat santuari ikan kelah di Sungai Ruok di mana sekiranya korang datang ke sini, berpeluang untuk mandi manda bersama ikan kelah yang jinak dan frendly. Bagi saya ini antara pengalaman yang baru terutama saya yang amat teringin untuk mandi bersama ikan kelah liar yang jinak jadi yahoo.. akhirnya impianku tercapai juga untuk fealing-fealing mandi Fish Spa sambil gigigit manja oleh sang kelah, selalunya korang hanya rendam kaki bagi ikan makan daki-daki degil yang bermastautin kat kaki tu, tapi dekat sini boleh terus mandi, lagi best wooo! tak payah nak rendam-rendam kaki bagai :P

Meneroka Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok

Ini adalah entry terakhir mengenai pengalaman saya mengikuti FAM TripTourism Malaysia Perak ke Hutan Belum arrhh sedih *sambil typing melinang air mata* teringat memori indah di Royal Belum, tapi korang suka la sebab aku sure ada setengah tu dah naik boring nak baca entry saya mengenai Royal Belum serta aku pasti korang dah mati akal nak komen apa, tapi disebabkan dasar kecintaan saya terhadap alam semula jadi yang memanggil-manggil namaku, dan komen-komen membina yang ternanti-nanti sambungan trip, di sini ku gagahkan jua untuk menamatkan kisahku *back to nature* bab kata Abam Sham "Dengan adanya entri-entri seperti ini, pasti akan timbul perasaan membuak-membuak jauh di sudut hati sanubari korang untuk berkunjung ke Royal Belum dan menulis pengalaman serta melakarkan pengembaraan sendiri di sana. Rugi yer kalau tidak ke sana sebab Taman Negeri Royal Belum merupakan satu khazanah negara dan juga permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti" ya saya setuju bro!. Ermm.. semenjak dah buang fungsi Disable right-click lagi seronoklah saya nak copy statement-statement ilmiah daripada blog beliau, jadi jom layankan entry terakhir saya di Royal Belum Rainforest :P


Pemandangan nak sampai ke lokasi ni agak cantik sikit  berbeza dengan kawasan-kawasan lain  di Royal Belum ,sebab akan jumpa banyak tunggul kayu kat permukaan tasik dan dilatari oleh tumbuhan air, so sekali pandang rasa macam tengok rancangan Man VS Wild memang amazinglah viewnya :P


Untuk hari terakhir kitorang di Royal Belum, tak sah kunjungan sekiranya tidak pergi ke pusat santuari ikan Sungai Ruok, di mana di sini ditempatkan beratus-ratus atau beribu ikan kelah liar yang dijinakkan dimana seperti anda sedia maklum ikan kelah antara ikan yang bernilai tinggi amat digilai oleh kaki pancing dan diancam kepupusan, jadi antara insentif yang diambil ialah cuba mengembalikan populasi dengan membiakkan ikan kelah di santuari ikan sungai ruok


Inilah Tempat  santuari Ikan Sungai Ruok, di Royal Belum, mula-mula akan jumpa air terjun kecil ni dulu, selepas itu kena berjalan 2-3 minit baruulah kita akan sampai ke lokasi.

Air Terjun di Sungai Ruok

Ikan-ikan yang jinak di Sungai Ruok

Ini baru rupa anak-anak ikan kelah yang ada disini, difahamkan sekiranya korang nak tengok saiz ikan yang lebih besar, kenalah mendaki  untuk pergi ke beberapa stesen yang lain so far dekat sini pun dah puas hati dapat tengok ikan kelah a.k.a raja ikan air tawar dalam keadaan jinak siap boleh urut-urut lagi kaki. Peringatan mesra amatlah dilarang untuk mengambil ikan disini atau memancing, dan menjadi satu kesalahan sekiranya anda melakukan perkara tersebut dan sekiranya ditangkap boleh didenda.

Apa yang membuatkan santuari ikan sungai ruok ini best daripada tempat lain, ialah korang boleh mandi bersama dengan ikan-ikan kelah jinak ni, dan sebelum ini saya pernah diurut oleh ikan kelah jinak di tagai sabah  (klik sini). Air sungai dekat sini perhh.. memang sejuk betul, memang mengigil badan dibuatnya dan air sungai dekat sini agak dalam dan bagi korang yang ilmu renangnya ibarat lavel renang-renang itik amatlah digalakkan untuk memakai jaket keselamtan.

Picture : www.eshamzhalim.com

Kami dah sampai ke sini... korang dah sampai ke belum? 

Good Bye, Royal Belum Rainforest.. Im definitely will come back!!

Memandangkan ini adalah entry terakhir The Advanture Of Royal Belum Rainforest di sini saya listkan full link entry pengembaraan saya di Royal Belum, bagi korang yang terlepas membaca entry yang terdahulu bagaimana cara-cara untuk datang ke Royal Belum boleh baca (di sini) Cerita mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum(klik sini), pegembaraan kitaorang dalam misi mencari Bunga Pakma dan melawat Air Terjun Sungai Kooi(Klik sini), entry berakit di Kem sungai Papan (klik sini) dan terakhir melawat sira garam(klik sini)

Semoga dengan terbitnya entry-entry sebegini bukan sahaja dapat membantu mempromosikan Royal belum antara destinasi percutian yang unggul di Perak tapi dapat menarik perhatian korang semua yang membaca untuk berkunjung sendiri merasai mengalaman sendiri close to the nature di Royal Belum yang tersimpan pelbagai misteri yang perlu diterokai!. jadi apa lagi! jom ke Belum! saya dah sampai.. anda sudah ke belum :P

Maka tamatlah kisah saya meneroka Hutan Belum di Gerik, Perak diharapkan entry ini  dapat membantu anda semua dalam membuat pelbagai pilihan untuk bercuti dalam negara kerana Negara kita sendiri mempunyai destinasi-destinasi perlancongan yang sangat menarik untuk diterokai dan dilupakan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini pelancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi Tourism Malaysia Perak melaui alamat di bawah dengan merendah hati mereka akan membantu korang semua:

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak 
Tel : +605-2552772/9962 
Faks : +605-2532194 
Like Facebook :Tourism Malaysia Perak



P/s: Maaf pada masa sekarang saya agak sibuk jadi tidaklah boleh aktif berblogging seperi dahulu, terima kasih atas semua komen atau email yang diberikan, insaallah saya akan membalas kunjungan korang semua dan cuba membalas pertanyaan yang diberikan secepat mungkin dan kepada semua yang mengucapkan ucapan selamat hari jadi kepada saya.. terima kasih guy.. terharu teman membacanya dan  umur teman masih muda lagi tak la sampai 30 series lagi.. baru sweet 23 ha..ha..ha... mungkin sebab muka nampak mature itu yang ramai cakap dah ada anak 5 dan nantikan entry travel yang berikutnya yang akan ditulis bila ada mood.. nantikan ya!! :P

Jom Tengok Klip - Klip Kampung Dew

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa khabar semua? diharapkan korang semua sihat-sihat selalu, bertemu lagi kita dalam edisi  Perak Trips kali inikita akan ke Kampung Dew yang terletak di kawasan Simpang Ampat, semanggol perak untuk melihat kelip-kelip yang bertebangan liar, meriah berkelipan untuk mengawan di sekitar persisiran sungai Dew. Kelip-kelip? apa tu! mesti korang tertanya-tanya apa yang best sangat mengenai kelip-kelip ini, kat belakang rumah aku pun ada kelip-kelip kadang-kadang tersesat seekor dua masuk dalam rumah, tapi apa yang special mengenai kelip-kelip di kampung Dew ialah jumlah kelip-kelip yang ada disini agak banyak sehinga seolah-olah kita melihat seperti pokok krismas yang dipenuhi dengan lampu lampu kecil berkelipan tapi datang daripada cahaya kelip-kelip yang mengawan disekitar pokok beremang.

Kelip-kelip Kampung Dew, Perak

Jeti  kelip-kelip di Kampung Dew

Walaupun Abang sob kau ini memang budak kampung, tapi memang amatlah jarang ataupun memang tak pernah tengok kelip-kelip di kawasan habitatnya, dimana masih dalam keadaan baik dan tak tercemar dengan aktiviti manusia untuk melihat kelip-kelip mengeluarkan cahaya bergemerlapan untuk menarik pasangan sehingga membentu satu formasi kerlipan cahaya yang menarik, satu pengalaman yang unik dan menyeronokkan! ya la cuba korang fikir tak banyak binatang yang ada di dunia ini yang boleh mengeluarkan cahaya sendiri, kalau ada pun sangat sikit sedikit! jadi kalau korang tak tengok sendiri salah satu kekuasaan tuhan.. sangatlah rugi.

Untuk pengetahuan korang semua lagi, di sini ada disediakan Jeti di mana korang boleh makan-makan dan  mendapatkan perkhidmatan feri untuk melawat kelip-kelip dimana diakan trips untuk meronda-ronda . Nanti korang semua boleh call number di bawah sekiranya teringin nak tengok kelip-kelip.


suasana senja di jeti Kelip-kelip Kampung Dew.

Meh saya kongsikan sedikit info menarik mengenai kelip-kelip atau juga sebagai kunang-kunang.

Habitat kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya untuk hidup dan membiak. Cahaya kelip-kelip ini hanya boleh dilihat pada waktu malam. Justeru, di siang hari, kelip-kelip menjadi tidak aktif dan berehat di bawah daun-daun pokok berembang. Tahu pokok berembang tu pokok apa? apa yang  abang sob paham! pokok berembang menjadi pilihan kelip-kelip untuk berhinggap berbanding pokok lain kerana faktor daun pokok berembang itu sejuk, sebab kunang-kunang sukakan tempat yang lembab dan sejuk untuk membiak.

Cahaya yang dikeluarkan cukup terang terutama kelip-kelip jantan.  Sesuatu yang menarik dan perlu diketahui korang semua ialah kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang bagi menarik perhatian kelip-kelip betina. Selain itu, kelip-kelip betina akan berterbangan dari pokok ke satu pokok berbanding jantan yang duduk di satu tempat saja.

Dan antara fakta yang cukup menarik yang abang sob ingat sampailah sekarang mengenai kelip-kelip ialah selepas kelip-kelip jantan dan betina "make are love"maka tamatlah riwayat kelip-kelip jantah! sangat trajedis kisahnya! nampak mengorbanan si kelip-kelip jantan untuk meneruskan kebelangsungan generasi. Manakala kelip-kelip betina akan bertelur dan selepas itu juga akan mati.

Sesuatu yang menarik dan perlu diketahui ramai ialah mengenai kitaran hidup kelip-kelip ialah berlaku secara ‘metamorfosis’ iaitu bermula dari peringkat telur kepada larva dan bertukar menjadi pupa sebelum menjadi kelip-kelip dewasa. ha..ha.ha.. menarik bukan sangat ilmiah blog kau sob! ilmiah bebenor..


Tapi kalau korang tanya abang sob mana le.. gambar kelip-kelip yang berhinggapan di sekitar sungai yang dikatakan banyak, untuk pengetahuan korang dengan peralatan dan kecangihan kemera yang saya ada sekarang memanglah tidak melayakkan untuk mengambil gambar kelip-kelip kerana bukan senang nak ambik gambar kelip-kelip sebab sangat kecil dan memerlukan skill yang tersendiri.

Finally saya sudah sampai sini! disajikan dengan pemandangan yang mengangumkan! walaupun sekadar tengok kunang-kunang tapi dia punya fealling  memang mengujakan.

Lupa pulak sob nak khabarkan setiap trip untuk menyusuri sungai kampung dew ini untuk melihat kunang-kunang / kelip-kelip mengambil masa selama 30 minit untuk pergi dan balik dan setiap bot boleh memuatkan 5 sehingga 7 penumpang ( bergantung kepada saiz bot ) bayaran yang dikenakan sob lupa pulak, jadi untuk memudahkan korang semua yang teringin datang ke sini untuk buat trip makan mee ketam & tengok kelip-kelip boleh hubungi Pak Su @ Tuan syukur di alamat di bawah.


Tuan Syukur Bin Ishak
Fireflies Kampung Dew Port
No 1, Kampung Dew,
34400 Semanggol, Perak. 
Tel: 019-5786456 
Email: shukor.hero@yahoo.com


Kelip-kelip kampung Dew antara produk perlancongan ecotourism yang terdapat di Perak


Memang kecur la ayor liur kome semua, bila nengok mee ketam ni! attee jom le try..

Selain itu, jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan Mee ketam antara menu yang istimewa yang dijual di Jeti kelip-kelip kampung Dew. selalu makan mee udang, mee kari, mee kuah jadi sesekali teringin nak ubah selera tekak tu boleh datang ke sini cuba sendiri Mee Udang. Jadi lepas korang dah siap trips ronda-ronda menyusuri sungai Dew  melihat kelip-kelip next agenda mesti try mee ketam ni tau! memang sedap rasa kuah mee manis-manis sebab pakai ketam segar.

Bersama Tuan Syukur, orang kuat pengurusan kelip-kelip kampung Dew.

So make sure bila korang sampai ke Taiping, datang singgah ke Eko Perlancongan Kampung Dew untuk melihat kelip-kelip yang ada disini, just google bagaimana cara untuk sampai ke sini atau guna waze setkan kampung dew. Kerana kat dunia ni amnya di negara kita Malaysia tak banyak lokasi yang boleh kita datang untuk melihat dan mempelajari mengenai kunang-kunang @ kelip-kelip jadi agak sayanglah peluang sebegini dilepaskan, jadi kalau nak tengok pokok krismas semulajadi berkelipan cahaya, hasil daripada kunang-kunang jemputlah singgah ke sini :P


Wordless Wednesday #10

$
0
0

Peaceful Place... eh fresh and yummylah :P

Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.


Meneroka Tarikan Kuala Sepetang Eco Tourism

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kuala Sepetang atau juga lebih dikenali sebagai Kuala Sepetang Eco Tourism antara destinasi perlancongan di Negeri Perak yang semakin dikenali yang terletak 15 kilometer daripada Bandar Taiping disebabkan oleh kepelbagaian hasil laut yang fresh, mempunyai pusat penyelidikan paya laut, tarikan sejarah dan semestinnya tarikan  keindahan alam semulajadi yang sangat mengagumkan!

Alhamdulilah baru-baru ini sob telah menerima jemputan daripada Tuan Khairul- www.kualasepetang.com seorang bloggers / pemandu pelancong / aktivis alam sekitar yang giat mempromosikan Kuala Sepetang sebagai destinasi Eco Tourism yang menawarkan pengalaman unik disamping menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik. Seperti mempelajari dan mengenali lebih dekat kepelbagaian spesis tumbuh-tumbuhan paya bakau, flora serta fauna yang mendiami kawasan tersebut, melihat proses bagaimana arang dihasilkan, melihat dengan lebih dekat kehidupan sebagai seorang nelayan, ronda-ronda di perkampungan nelayan kuala sepetang, melihat burung helang, dolfin dengan dekat serta berpeluang melihat kelip-kelip pada waktu malam. 

Untuk edisi Perak Trips kali ini, sob akan membawa korang semua meneroka destinasi-destinasi yang sangat menarik di Kuala Sepetang untuk dilawati. Jadi untuk entry pengenalan sob akan listkkan secara ringkas kawasan atau aktiviti yang korang boleh kunjungi sekiranya datang ke Kuala Sepetang. Jadi jom berkenalan dengan lebih *intim* apa yang menarik ada di Kuala Sepetang. Jadi moh le kite ke Kuala Sepetang yop !! ....

Hutan bakau Kuala Sepetang I Kuala Sepetang Eco Tourism

Melawat Pusat Hutan Paya Laut Matang

Sekiranya korang sampai ke Kuala Sepetang, make sure ini antara destinasi yang wajib korang lawati ke Pusat Hutan Paya Laut Matang, apa yang best mengenai kawasan ini selain boleh mempelajari mengenai ekosistem  flora dan fauna yang mendiami kawasan paya bakau secara live dengan membaca info-info yang disediakan di laluan pejalan kaki sambil menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang perjalanan korang bukan setakat tengok pokok-pokok bakau sahaja tetapi juga akan menjumpai pelbagai jenis burung dan ikan belacak yang jarang ditemui.

Untuk pengetahuan korang Hutan bakau Kuala Sepetang adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Matang yang terkenal di peringkat dunia sebagai ''mangrove conservation area" dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang paling baik pengurusannya di dunia. Luas keseluruhan hutan bakau ini ialah kira-kira 20 hektar, jadi amatlah rugi kalau sampai ke kuala sepetang tak mengunjungi Pusat Hutan Paya Laut Matang.

Charcoal Factory Kuala Sepetang I proses penghasilan arang

Charcoal Factory Kuala Sepetang 

Untuk aktiviti seterusnya, korang boleh melawat kilang-kilang arang yang terdapat di sekitar Kuala Sepetang mesti korang tertanya-tanya apa yang bestnya mengenai kilang arang ni.. jawapanya tunggu entry penuh mengenai pengalaman sob melihat sendiri bagaimana proses untung menghasilkan arang daripada kayu bakau.. bukan satu proses yang senang memerlukan kemahiran, kudrat dan pengalaman untuk mendapatkan arang yang berkualiti, jangan korang ingat senang tau nak hasilkan arang kayu.. silap proses tinggal abu je, Jadi tunggu ya :P

Suasana Damai Di Perkampungan Nelayan

Jalan-jalan melawat perkampungan Nelayan Kuala Sepetang

Bagi korang yang sukakan memancing, atau nak tengok bagaimana orang tempatan menangkap ikan, udang, sotong, kerang, ketam di sinilah kawasanya... di sepanjang sungai kuala sepetang, satu pengalaman yang menarik untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses ini dijalankan. Korang juga boleh ambil pakej speed boat untuk jalan-jalan di sekitar muara sungai Kuala Sepetang dimana banyak aktiviti yang boleh korang lakukukan anataranya melihat aktiviti seharian penduduk setempat, melihat burung helang, dolfin sambil dilatari pemandangan indah kampung nelayan.. memang mendamaikan gitu! terasa kehidupan yang damai dan keserdehanaan memang sesual bagi korang yang ingin merasai pengalaman di perkampungan nelayan.

Melihat Kawanan Burung Helang I Kuala Sepetang Eco Tourism

Melihat Burung Helang & Dolfin

Bagi sob ini adalah tarikan utama yang ada di  kuala Sepetang tawarkan paling menarik dan melekat di hati sanubariku ini! melihat kawanan burung helang dan dolfin pada jarak yang dekat. Bayangkan sekumpulan burung helang berebut makanan yang dibaling dengan agresif dimana kita boleh nampak sifat *kehaiwanan itu* perhh memang satu detik yang tak boleh diterangkan dengan kata-kata. apa yang sob boleh cakap! ya aku dah pernah tengok burung helang dengan jarak sangat dekat dalam kawanan yang banyak dengan ciri-ciri *keliaranya* and like this fealing! yeahhaa...  eh poyo ayat aku! sambil dilatari saat matahari melabuhkan waktunya, satu panorama yang sangat mengangumkan!

Ya disebabkan bila sob post entry ini di facebook banyak tanya eh betul ke ada dolfin @ ikan lumba-lumba di kuala sepetang ini. ya betul mengikut Cik Khairul  memang ada kehadiran dolfin di kuala sepetang untuk mencari makan dan bermain-main di sekitar muara sungai.. dan sekiranya nasib kita baik akan menjumpai kawanan ikan lumba-lumba mengejar bot untuk bermain-main! tak percaya lagi cuba google, siap ada video lagi :P

Pemandangan Waktu Malam Di Sungai Kuala Sepetang

Melihat Kelip-kelip 

Orang cakap kelip-kelip dan hutan bakau memang tak boleh dipisahkan, jadi disini pun korang berpeluang untuk melihat kelip-kelip bebas mengawan dengan mesranya untuk mengeluarkan cahaya bergemerlapan untuk menarik pasangan sehingga membentu satu formasi kerlipan cahaya yang menarik, jadi ini antara aktiviti waktu malam yang korang boleh buat selain daripada menikmati mee udang yang banyak dijual di sekitar kawasan kuala sepetang.

So macam mana menarik tak? ini adalah entry pengenalan mengenai tarikan yang ada di sekitar Kuala Sepetang, untuk entry berikutnya sob akan tulis dengan lebih detail percutian sob di kuala sepetang!  Apa yang sob boleh rumuskan kuala sepetang bukan setakat kaya dengan keindahan alam semulajadi, kepelbagaian ekosistem tapi kaya dengan sejarah tersendiri di mana kepelbagaian aktiviti penduduk setempat itu sendiri merupakan tarikan utama untuk datang ke sini... dan bagi korang pencinta photograpy pastikan kuala sepetang antara lokasi wishlist wajib korang lawati :P

Jadi sekiranya korang teringin datang ke sini dan tidak tahu untuk berhubung dengan siapa, bolehlah berhubung terus dengan Encik Khairul : Tel 012-5145023 atau melawat laman web www.kualasepetang.com di mana banyak informasi menarik mengenai kuala sepetang dikongsikan. Ingat kuala sepetang sekarang bukan sekadar tempat makan mee udang! tapi macam-macam ada :P


Q&A Bersama Abang Sob #1

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera Reader!

Apa kahabar semua? diharapkan korang semua sihat-sihat sejahtera. Kasi muaahh sekali! kat korang semua.. kata rindu kat Sob? kalau rindu ambik hammer dan paku kat dalam hati.. eh! tetiba :P Memandangkan pada waktu sekarang Sob agak kurang aktif menulis sebarang post kat blog ini, disebabkan kekangan masa yang amat mencemburui diri beta sehingga agak lambat membalas sebarang pertanyaan yang dilontarkan ke ruangan email sobriyaacob@gmail.com maka  dengan itu terbitlah satu ruangan dedikasi khas dimana sob akan membalas setiap pertanyaan anda yang diberikan kepada sob.



Dimana setiap  pertanyaan email yang sob rasa amat bermanfaat untuk dikongsikan dengan korang semua sob akan jawap di sini. Btw jangan risau bagi email yang anda hantar beunsurkan soalan peribadi dan 18XL ke atas .. abang sob tak akan kongsikan itukan rahsia kita berdua tak akanlah semua benda nak dikongsikan :P

P/s: Tiba-tiba rasa tajuk Q&A Bersama Abang Sob terlalu komersial sangat..kan :P

Untuk kali ini email ini diterima daripada Nufie bertanyakan tempat menarik yang sesual dijadikan tempat lawatan sambil belajar.


Dear Nufie..

walaikumussalam nufie, terima kasih atas kesudian menghantar email kepada saya aka Abang Sob. Untuk pengetahuan nufie abang bukanlah penulis blog travel tegar! tapi adalah berkongsi sedikit sebanyak mengenai mengenai tempat travel yang menarik di Malaysia. Berbalik kepada soalan Nufie  memandangkan ini lawatan sambil belajar jadi konsepnya  berjalan sambil kena belajar jugakkan? ke lawatan sambil berhibur ? *just kidding* jadi antara lokasi yang Sob cadangkan ialah

Royal Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak

Memandangkan nufie ni orang johor jadi agaklah tak best sekiranya pergi ke negeri sebelah selatan jadi jom datang ke sebelah utara, barulah berbaloi duk dalam bas sampai sakit-sakit pinggang. Memandangkan sob sukakan suasana yang advanture dan nature jadi agak mencadangkan Royal belum antara tempat destinasi yang boleh Nufie Fikirkan. 

Pertama : Hutan Belum antara hutan yang tertua di dunia, lebih tua daripada hutan amazon di Brasil jadi banyakklah benda baru yang boleh Nufie dan kawan-kawan boleh pelajari *new experince mengenai hutan, tumbuhan, binatang dll*

kedua    : Di sini turut disediakan kem jadi amat bagus untuk membentuk salsiah diri terutama kalau nak buat kem bulding! itupun kalau korang nak merasa duduk dalam hutan :P

ketiga   : Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan antaranya mendaki bukit mencari bunga pakma, meneroka sungai dan tasik mempelajari kehidupan orang asli dan paling best sesi bermain air dalam tasik seperti berakit & berkayak.

Terakhir : Sebabnya abang dah memang pernah sampai sini, memang Royal belum memberikan kepuasan yang maksimum.. terbaik, tak percaya boleh baca entry abang terdahulu mengenai royal belum forest : P


Cadangan tambahan : Sebelum sampai ke Royal belum boleh singgah dahulu ke Kuala Kangsar bandar diraja, boleh melawat ke tempat pembuatan labu sayung ( Produk tradisi perak ) melawat Masjid Ububiah, Galeri Sultan Azlan Shah, Istana Kuning. Di lenggong pula boleh ke Geleri Arkeologi Nur Lembah Lenggong ( Disitu dipamerkan Perak Men )

Note : Dari Johor - Ipoh - Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik- Hutan Belum 

Pulau Pinang

Btw yang ini abang tak perlu tulis secara detail, rasanya Nufie boleh google apa yang best ada di Pulau Pinang, boleh bukak link ini Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Pulau Pinang di sini sob ada listkan secara detail tempat-tempat yang best di Pulau Pinang boleh dilawati *boleh baca dan buat Review*  ataupun boleh klikbutton kat atas di My Travel Log. Peneng apa abang boleh kongsikan destinasi perlancongan yang menarik banyak benda boleh dipelajari daripada sejarah, budaya, makanan dan menawarkan pemandangan yang cantik.

Ini antara Destinasi yang Sob boleh cadangkan kepada Nufie, sebenarnya banyak tempat-tempat yang best untuk dijadikan tempat lawatan sambil belajar disebabkan Royal Belum dan Peneng agak dekat di hati Sob maka tempat-tempat ini dicalonkan antara yang boleh Nufie and the geng fikir-fikirkan  ya :P

Sory nufie sebab lambat memberi respon, disebabkan tarikh yang dirancangpun masih lambat lagi tahun depan  jadi abang *taklah* rasa bersalah sangat lambat respon email nuffie ya. Apapun abang puji sikap Nufie yang buat persediaan awal / survey  untuk trip ini berjalan lancar dengan jayanya.. Sekiranya ada Cikgu daripada SMK Tunku Putra, Batu Pahat Johor yang membaca entry ini mohan beri A + kepada Nufie atas kegigihan beliau mencari maklumat. 

oklah semua, berjumpa lagi untuk entry Q&A Bersama Abang Sob yang berikut! bye


Perusahaan Labu Sayong Di Kuala Kangsar

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers! 

Untuk entry  kali ini, awok nak bercerite pasai labu sayong! ate.. rase macam tak lengkap pulok kalau ke kuala kangsar tak ade kisah labu sayung. Almaklumlah daerah kuale kangsor amat terkenal dengan tempat penghasilan labu sayung make banyaklah kampong yang menjalankan perusahaan labu sayong *amboi bukan main susah awok nak menaip dalam bahase Kuale ni ye!* Selalunya labu sayong yang korang tengok atau beli sudah siap dibuat tapi kali ini sob nak berkongsi sedikit dengan korang semua bagaimana proses cara pembuatan labu sayong dijalankan sehingga terhasilnya labu sayung yang pelbagai corak yang dijual di pasaran.

Labu Sayong Kuala Dal Kuala Kangsar I www.sobriyaacob.com

Dekat Kuala Kangsar ini banyak tempat yang mengusahakan Labu sayong secara kecil-kecilan sehingalah saiz yang besar terutama di daerah Sayong, tapi kali ini sob nak bawa korang semua ke Perusahaan Labu Sayung, Shahizul Enterprise yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar yang diusahakan oleh Abang Shahizul.

Shahizul Enterprise I Pengusaha Labu Sayong.

Abang Shahizul antara pengusaha labu sayung yang terdapat di  Kuala Dal, disini dijual pelbagai produk berasakan tembika dan labu sayong, produk warisan Negeri Perak. Alhamdulilah akhirnya sob berpeluang juga melihat sendiri bagaimana proses untuk menghasilkan labu sayung bermula daripada tanah liat dibancuh, dibentuk, dicorakkan, diwarna dan dibakar sehingga terhasilnya Labu Sayong. Sebenarnya bukan senang tau nak menghasilkan labu sayong banyak proses yang perlu dilakukan dan semestinya perlukan kemahiran, kesabaran yang tinggi kalau tak jawapnya! tak jadi lah labu sayung yang sempurna..

Sebelum sob menulis dengan lebih panjang bagaimana proses labu sayung dihasilkan, jom layan produk-produk tembikar yang dihasilkan oleh Abang Shahizul yang dijual di Gerainya bersebelahan dengan tempat proses pembuatan tembikar dan labu sayong.

Di atas antara produk labu sayung yang telah diberi nafas moden, nampak lebih stylish dan urban gitu! sesuai dengan gaya hidup moden sekarang :P *ewah!*

Beraneka produk tembikar, tak silap sob ini boleh dijadikan sebagai tempat letak lampu tidur. Memang cantik diletakkan di bilik tidur seperti deko-deko hotel 5 star.


Adik-adik, yang ini  namanya labu sayong, produk warisan Negeri Perak. Labu Sayong di atas  masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada corak dan bentuknya. Ini kalau letak air kat dalamnya sejuk je bila kita minum, tak perlu simpan dalam peti ais. Mesti korang tertanya-tanya bagaimana proses nak menghasilkan labu sayong ini, nampak macam simple tapi bukan mudah nak hasilkan. Sebelum ini jom baca sedikit info mengenai Labu Sayong yang sob rasa agak menarik juga untuk dikongsikan.

Labu Sayong

Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong.

Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.


Ok itulah antara sedikit sebanyak sejarah, info mengenai labu sayong, sekarang jom kita lihat bagaimana labu sayung dihasilkan. Terima Kasih kepada Abang Shahizul kerana sudi menunjukkan dan mengajar sob bagaimana untuk menghasilkan Labu Sayong!

Proses Penghasilan Labu Sayong

Menurut kata Abang Shahizul, tanah liat yang digunakan diambil daripada Daerah Sayong kerana bukan semua tanah liat sesual digunakan untuk menghasilkan labu sayung, katanya tanah liat daripada sayong paling berkualiti dan terbaik.

Yang kacak bergaya inilah Abang Shahizul, yang itu pula tapis untuk menapis bancuhan di atas untuk mengasingkan bendasing sehingga mendapat bancuhan yang sesuai.


Ada dua cara untuk menghasilkan labu sayung, satu menggunaan acuan dan satu lagi menggunakan kaedah tradisonal dimana tanah liat itu diolah memnggunakan kaedah lingkaran picit sehingga membentuk labu sayung.

Abang Shahizul menunjukkan cara bagaimana membentuk corak di permukaan labu sayung, corak yang dihasilkan berdasarkan kretiviti dan idea tersendiri.

Sentuhan ajaib abang shahizul, menghasilkan corak di permukaan labu sayong, perhh.. memang respect, sebab seni yang dihasilkan memang cukup halus dan berseni. Ajarkan saya Master :P 

Sob ada juga cuba-cuba main-main conteng-conteng mengukir corak di labu sayung, senang cerita bukan senang nak hasilkan corak yang bermain di fikiran, kita nak buat lain, yang jadi benda lain pulak! tapi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan terutama ketika hasilkan labu sayung menggunakan kaedah tradisional yang pusing-pusing sambil kaki tekan untuk mengerakkan mesin tu bagi berpusing sambil tangan cuba membentuk tembikar * Macam gambar kat bawah, sob pun dah lupa apa nama benda tu * memang terasa klasik giler! kalau korang ke kuala kangsar wajib dan harus mencuba :P

Mencuba sendiri membuat labu sayong!

Tempat proses penghasilan labu sayong Shahizul Enterprise 

Suasana Gerai Abang Shahizur menjual hasil labu sayung dan produk tembikar keluaran perusahaanya. Pelbagai corak, saiz, warna dijual! apa design yang korang nak semua ada.. memang best tempat ni, paling penting semua produk kraftangan yang dihasilkan sangat kemas dan bermutu tinggi hasilnya :P


Pendapat saya, tak lengkap kalau kunjungan korang ke kuala kangsar kalau tak pergi melawat sendiri tempat perusahaan labu sayung, sebab satu pengalaman yang menarik untuk melihat sendiri bagaimana langkah demi langkah untuk menghasilkan labu sayung produk warisan Negeri Perak, Sekiranya korang teringin nak datang kesini  sama ada nak buat lawatan, nak order barang kraftangan bolehlah hubungi Abang shahizul sendiri.

Shahizul Enterprise
Pengusaha Labu Sayong.
Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar 
012 - 456 2959
012 - 450 1656
05 - 7771392



Ok bye! jumpa lagi untuk entry yang berikutnya :P

Wordless Wednesday #11

$
0
0


Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.


Jom Mandi Sungai Di Hutan Lipur Lata Kekabu Lenggong, Perak

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :P

Apa khabar semua, diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera... perhh!! * lap peluh dulu* lamanya rasanya tak berblogging sampaikan rasa kekok bila nak menaip * hopely mood kelincahan nak bercerita tu datang balik*  Walaupun sob lama tak post apa-apa entry kat blog ni tapi still jadi silent reader untuk blog korang, wah sakan ye korang.. travel sana sini! reviewlah, buat advertisinglah.. masyuk!!dan nampaknya ramai juga yang sudah tukar domian blogsport ke nama sendiri.. tahniah! siap guna template yang mesra seo.. lebih up todate.. terbaik bro! semoga kita semua terus sukses dalam dunia blogging :P

Ok cukuplah mukadimah pembukaan untuk entry pertama di tahun 2015, untuk entry kali ini sob nak bawa korang semua melawat satu lagi tempat menarik yang ada di daerah Lenggong Perak yang dikenali sebagai Hutan Lipur lata kekabu! antara port yang best untuk bersantai-santai, mandi manda *sejuk gila air dia.. rasa sampai ke tulang* dan lepak-lepak di hujung minggu.


Bagi korang yang pertama kali dengar nama Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak di Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit. Lokasinya tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Kawasan rekreasi ini tidak jauh daripada pekan lenggong lebih kurang 9km, dan jangan risau ada banyak sagnboard tunjuk arah ke lokasi ini. Owh sebelum terlupa bagi korang semua yang pertama kali datang ke area sini dan tercari-cari tempat menarik yang ada disekitar daerah lenggong ni boleh rujuk entry terdahu sob senarai tempat menarik di Kuala Kangsar, Lenggong & Gerik.

Disediakan kemudahan tempat letak kereta yang luas

Sebelum sampai ke kawasan ini, korang semua akan nampak satu papan arah ke Hutan Lipur Lata Kekabu ni, dari situ terus masuk ada lorong sehingga sampai ke kawasan parking area, jangan risau disini disediakan tempat letak kereta yang luas.

Selamat datang ke  Hutan Lipur Lata Kekabu , Lenggong perak



Air kat sini memang sejuk.. sampai rasa kat tulang! memang terasa segar!



Sebelum itu, meh sob sharekan dengan korang semua sedikit info mengenai Hutan Lipur Lata Kekabu :

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Air terjun yang cantik kira-kira 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir di kawasan ini. Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah pada hujung minggu. Kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah. -sumber-

Di sini memang banyak kemudahan asas disediakan untuk pengunjung seperti tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi bagi korang yang ingin tinggal lebih lama atau menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi atau pun riadah. Kalau nak berkhemah di sini lama mana pun tak payah risau sebab memang selesa dan semua kemudahan ada disediakan.

Ada juga disediakn pondok dan wakaf untuk berehat.

Ini pulak tapak perkhemahan, so bagi korang yang kaki camping, memang tak de masalah nak berkhemah di sini. 

Kemudahan ini memang wajib ada, tandas awas!. tandas awan kat sini sob bagi 5 bintang oppo! bersih, selesa dan memuaskan hati..

 Seronok owhh.. main air! jadi memang recommended korang datang ke sini!

Hutan Lipur Lata Kekabu ini adalah diselenggara oleh Jabatan Perhutanan Perak. Kebanyakan pokok di sini telah diletak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Lata Kekabu. Kawasan ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang untuk pengunjung dan bagi aktiviti perkhemahan dan bermalam pula, korang mesti minta kebenaran denganPejabat Hutan Daerah terlebih dahulu. Tiada bayaran masuk dikenakan. - sumber-

Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak,
33300 Grik, Perak
Tel. : 605-7912 384
Faks : 605-7913 797

Nota kaki: Btw kepada semua yang pm kat fb, tanya khabar kat blog.. actualy sob masih je tulis blog cuma kekangan waktu membataskan.. tambah-tambahan baru-baru ni lappy kena virus habis semua folder gambar tak boleh bukak.. stress!! macam mana nak update blog! kalau bahan tak ada, itu yang buat mood nak blogging down sikit :(  tapi sob masih follow blog korang cuma tak tinggalkan jejak :P

Ok semua.. jumpa lagi untuk entry yang berikutnya.. insyallah.. :P

Wordless Wednesday #12

$
0
0


Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut.



P/s: Bukak-bukak blog eh hari ni entry 'wordless wednesday' harus tak melepaskan peluang untuk post sesuatu!  and then aku pastikan tak salah post seperti selalu! Tuhan tolong kembalikan kerajinan aku nak menulis kembali :) Hai semua :P

Kayu Arang Di Kuala Sepetang

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera reader!....

Pernah tak korang semua terfikir bagaimana pembuatan arang dijalankan, ataupun pernah tengok secara live bagaimana proses pembakaran arang dilakukan daripada cara pemilihan jenis kayu, proses pengeringan, proses pembakaran dan mengredkan kualiti arang ? apa tak pernah ! ya kita serupa, jadi jom korang semua layan cerita di sebalik Hitamnya Arang Di Kuala Sepetang! eh bukan.. Proses Penghasilan Arang Di Kuala Sepetang versi Abang Sob! sebenarnya bukan mudah untuk menghasilkan seketul arang banyak proses, tenaga.. kudrat digunakan! untuk memastikan ayam bbq anda dibakar dengan lazat dan sempurna :)

Suasana di Dalam Kilang Arang Kuala Sepetang I Charcoal Factory


Waktu yang paling tepat untuk melihat keseluruhan proses ini dijalankan adalah pada awal pagi, pada waktu itu kita boleh melihat keseluruhan aktiviti dijalankan daripada kayu bakau dipindahkan ke kilang melalui bot kecil, proses pengeringan kayu, proses kulit kayu dibersihkan dan kayu diletakkan ke dalam glove /  oven untuk dibakar sehingga menjadi arang



Proses pembakaran kayu mengambil masa sehingga 30 hari! untuk menghasilkan arang yang berkualti tinggi, tapi istilah yang digunakan bukan dibakar ialah dimasak selama 30 hari dengan menggunakan suhu yang berbeza-beza. 10 hari api besar, 10 hari api kecil dan 10 hari lagi untuk proses penyejukan arang


Kubah yang berbentu seperti glove ini dipanggil sebagai Tanur.

Dapur pembakaran kayu di kilang ini berbentuk unik seperti reka bentuk iglu dengan warna kecoklatan. Senibina dapur pembakar ini terdiri daripada batu-bata. Pembinaan dapur yang berbentuk iglu itu memerlukan 25,000 bongkah bata untuk membangunnya. Sebenarnya batang-batang kayu ini tidak dibakar secara langsung. Ia boleh diumpama sebagai 'kukus' bagi menyejat kandungan air dari batang dan melalui beberapa prosedur pembakarannya.- sumber-



Untuk memperolehi arang yang bermutu tinggi dan suhu api mestilah dijaga peringkat demi peringkat bagi memastikan ianya benar-benar sesuai untuk digunakan.

Apa yang sob paham Setiap dapur arang / atau tanur boleh memuatkan sehingga 1,500 batang kayu arang di dalam sesebuah tanur yang beratnya mencecah 50 tan, setiap daripada batang kayu itu akan disusun tegak berdiri supaya proses memasak dijalankan.


Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan mengikut gred yang tersendiri dan di pasarkan ke Korea dan jepun antara pasaran utama  bagi tujuan pembuatan alat-alat solek dan pencuci muka!

korang pernah dengar orang cakap air titihan daripada tanur ni sangat bagus untuk masalah kulit terutama untuk menghilangkan bekas jerawat? ada sesiapa pernah cuba ?

Pemandangan Di Luar Kilang Arang

Antara kaedah pengankutan secara tradisional digunakan untuk membawa kayu arang ke kilang antaranya menggunakan bot dimana air pasang surut memudahkan kayu bakau yang ditebang daripada hutan dibawa ke sini, tapi sob rasa cara yang paling mudah sekarang mungkin menggunakan lori


Inilah rupa kayu bakau adik-adik bukan kayu getah! Dan kayu bakau ini ada jenis kayu bakau tersendiri seperti kayu bakau kurap dan minyak * just google*


Kayu-kayu bakau yang dikeringkan, dibuang kulit dan dipotong mengikut size sebelum proses pembakaran di dalamTanur dijalankan.


Kilang Arang kayu Di Kuala Sepetang

Sekiranya korang berminat untuk berjalan-jalan ke kuala sepetang boleh hubungi Tuan Khairul - www.kualasepetang.comuntuk melihat sendiri pakej produk perlancongan yang ditawarkan yang ada di sekitar kawasan Kuala Sepetang dan jangan lupa mention yang korang baca daripada blog sob! ya

Akhir kata serumit proses pemerapan ayam untuk bbq lagi complicated proses arang kayu dihasilkan!
Ok semua jumpa lagi untuk entry yang berikutnya.. insyaalah! bye :P

Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Mencari Bunga Raffelesia

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera reader :P

Apa khabar semua? terutama pembaca blog ini diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera & ceria selalu! btw untuk entry kali ini agak special sob akan berkongsi dengan korang semua mengenai keunikan khazanah alam yang terdapat di Hutan Belum, Perak.  Untuk entry kali ini sob akan membawa korang semua menjelajah Hutan Belum-Temenggor one of the part Belum Forest state antara destinasi yang semakin popular untuk dilawati di Royal Belum


Bagi korang yang tertanya-tanya apa bezanya belum-temenggor dengan Royal Belum, sila rujuk peta di bawah. Hutan belum terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Belum-Temenggor ( lower ) dan Royal Belum ( upper )  menghala ke Thailand dimana anda wajib membuat permit  terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Bagi korang yang pertama kali membaca entry sob mengenai Hutan Belum boleh (klik link) ini bagaimana cara untuk sampai ke Hutan Belum

Peta Royal Belum State Park
Dianggarkan keluasan keseluruhan kawasan in 4X singapore! bayangkan berapa luasnya 
Royal Belum Rainforest, kalau salah masuk boleh sesat ni :P

Sedikit Fakta mengenai Hutan Belum-Temenggor :

Hutan Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum (lower) dan Hutan Simpan Belum (upper). Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.

  • Kompleks Hutan Belum-Temengor berusia 130 juta tahun merupakan hutan tertua di dunia.
  • Menjadi kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia.
  • Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temengor (147,505) hektar).
  • Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.


Jeti Belum Rainforest Resort

Back to our story, antara aktiviti yang kitaorang lakukan untuk Belum-Temenggor Tour ialah, tour island belum temenggor ( melawat batu putih & kawasan ternakan ikan trapilia) melawat kampung orang asli ( kampung chuweh ) mencari bunga reffelesia, Salt licks ( Sira Gajah ) dan menjejaki air terjun  di base camp sungai enam! & kesemua pakej ni korang boleh dapat di Belum Rainforest Resort. Sound intresting right, jadi apa lagi call untuk tempahan! Kesimpulan untuk keseluruhan trips Belum-Temenggor Tour is totally awesome! sob bagi 5 bintang :P

Misi  explorasi khazanah hutan Belum-Temenggor  kitaorang dimulakan seawal 9.00 am berkumpul di Jeti Belum Rainforest Resort, terlebih dahulu diberikan taklimat ringkas keselamatan dan mengenai aktiviti explorasi yang bakal kami lakukan, so jom gateway to nature bro!


Pemandangan waktu pagi daripada Jeti Belum rainforest resort! nice view beb :P

Another way to explore Royal Belum, use houseboot.

Daripada Jeti Belum Resort, first stop kitorang ialah mencari bunga Raffesia atau juga dikenali sebagai bunga Pakma, bunga yang paling terbesar di dunia di Raffesia X-tray. Perjalanan daripada Jeti ke sini lebih kurang 15 minit masa diambil.

Welcome to Rafflesia X-tray

Sebenarnya sob agak teruja untuk sampai kesini nak melihat bunga rafflesia kembang mekar, sebab percubaan sebelum ini dalam misi mencari bungga Rafflesia di sungai Kooi (klik sini) agak menghampakan. Jadi untuk percubaan kali kedua ini harap dapatlah tengok bunga raffelesia kembang live di depan mata. "dalam hati asyik berdoa..mintak-mintaklah kali ni tuah aku mengena! i hope :P"


 You Can Feel Experience The Magical Of Nature, gittew! :P

Daripada Tempat perhentian boat untuk sampai tapak Bunga Raffelesia anggaran masa lebih kurang 15 minit, bergantung kepada stamina korang. Jadi sebelum hiking pastikan korang panaskan badan, regangkan urat-urat saraf yang ada sebab korang kena agak mendaki agak tinggi sedikit, tapi jangan risau trex di sediakan.. untuk sampai ke tapak bunga Rafflesia.


Antara Pokok-pokok besar yang boleh dijumpai.. di sepanjang perjalanan .

Sarang lebah kelulut

Tahi gajah yang masih fresh lagi, antara "benda" yang kitaorang jumpa semasa hiking!

 Trex disediakan untuk para pengujung, jadi tak perlulah korang nak redah lorong hutan bagai untuk sampai ke destinasi " kau ingat kau tarzan!":P bersenam sambil membakar kolori degil..

Akhirnya sampai juga kami kedestinasi,  seperti biasa nasib masih kurang ada "ong" nak melihat bunga Rafflesia kembang Mekar, mengikut kata Tour Guide bunga rafflesia baru sahaja dalam proses hendak berkambang, bermakna memerlukan masa lebih kurang 5 hari lagi untuk berkembang mekar sepenuhnya.

 Bunga Raffelesia yang baru hendak berkembang.


 Bunga Raffelesia  yang sudah layu baru sahaja lepas berkembang beberapa hari yang lepas, tempoh masa bunga Raffelesia berkembang hanya bertahan selama 5-7 hari sahaja.

Sedikit Maklumat Mengenai Bunga Raffelesia :
  • Bunga ini hanya tumbuh di hutan hujan tropika Asia Tenggara sahaja. Daripada 20 spesies Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia, lapan daripadanya terdapat di Malaysia. 
  • Bunga Rafflesia mengambil masa 9 bulan untuk berkembang dan akan berkembang sekitar 5-7 hari sahaja. Seboleh-bolehnya jangan pegang Bunga Rafflesia ini mengunakan jari.
  • Rafflesia dikenali sebagai bunga yang terbesar tetapi ada juga bersaiz kecil. Bunganya besar tetapi tidak mampu membuat makanan sendiri dan semua makanannya diambil daripada tumbuhan perumahnya. Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan, tetapi ia tidak mempunyai klorofil, iaitu bahagian hijau tumbuhan yang diperlukan dalam proses membuat makanan sendiri seperti yang terdapat pada tumbuhan lain.
Dilarang memetik, mengambil atau merosakkan bunga Rafflesia

Nampaknya misi sob kali ini untuk melihat Bunga Raffelesia berkembang mekar masih belum berjaya! it ok at lease still dapat tengok yang baru hendak mekar pun sudah memadai. Untuk entry berikutnya sob akan berkongsi mengenai sira gajah dan perkampungan orang asli! so wait next entry guys :P 

Owh bagi korang yang pertama kali melawat blog ini jangan lupa baca kisah pengembaraan sob di Royal Belum Rainforest, boleh klik link dibawah.

Ok bye! jumpa lagi untuk next entry :P

Wordless Wednesday #13

$
0
0

Cuba Teka Apa Nama Serangga Ini ?

Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut :P

Viewing all 94 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>