Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all 94 articles
Browse latest View live

Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Sira Gajah

$
0
0

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Entry ini kesenambungan untuk Trip Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor, selepas kami semua ke Tapak Rafflesia X-tray untuk melihat bunga Rafflesia berkembang Mekar agak kurang bernasib baik kerana Bunga Raffelesia masih tidak berkembang sepenuhnya, perjalanan kami seterusnya menuju ke salt lick atau dikenali juga sebagai sira gajah.
Bagi korang yang first time dengar mengenai Salt Lick meh sob bagi pencerahan apa itu sira gajah atau juga biasanya juga dikenali sebagai  jenuk. Jenut atau Sira ini sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa Inggeris nya ialah‘Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka. Kalau korang perasan sebelum ini Sob juga ada menulis entry berkaitan jenuk / sira gajah boleh (klik di sini) Keunikan sira Gajah Di Belum.


Dalam perjalanan menuju ke tapak Sira Gajah

Antara treck tracking yang disediakan, disepanjang laluan di kawasan yang terpilih diletakkan Camera tracking untuk merekodkan jumlah kehadiran binatang liar yang datang ke Sira ini untuk mendapatkan Garam mineral


Perjalanan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Tapak Jenuk / Sira Gjah, perjalanan agak mendatar tidak perlu mendaki bukit  seperti di Tapak Refflesia, ada trek disediakan. Terlebih dahulu Tour Guide kami dari Belum Rainforest Resort En Hassan memberi sedikit penerangan mengenai Sira Gajah dan juga langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan trekking.


Jenuk I Sira Gajah

Sebenarnya jenuk ini juga mempunyai banyak jenis, jenuk diatas dipanggil sebagai jenuk kering kerana tidak mempunyai titisan mata air yang mengalir disekitar jenuk ini.. Sekiranya korang perasan entry sob terdahulu jenuk di Kem Papan boleh diketegorikan sebagai jenuk basah kerana di kawasan batuan yang terdapat titisan mata air yang mengandungi garam mineral. 

Inilah Garam Miniral yang dijilat oleh haiwan-haiwan liar yang bertandang di Jenut ini terutama Gajah ibarat klinik untuk mendapatkan khasiat, mineral yang diperlukan oleh haiwan tersebut..



Kalau tak percaya tengok bertapa besarnya saiz tapak kaki Pak Long, kat sini disepanjang jalan amat mudah untuk menjumpai najis Pak Long! jadi mulut dan kelakuan kita kenalah dijaga :P





Antara flora dan fauna yang dijumpai di sepanjang perjalana di kawasan hutan ini, dianggarkan lebih kurang 10 spesies burung enggang yang ada di Malaysia dan melindungi lebih 274 spesies burung dan dianggarkan, lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di sini.. wow so amazing! so jangan sesuka hati nak buang sampah merata-rata dan membuat kerosakan di dalam hutan! Please always  respect the mother  nature gift ya :P

Untuk entry berikutnya sob akan bercerita mengenai Perkampungan Orang Asli dan Air Terjun yang terdapat di Hutan Belum Temengor ni! so tunggu ya jumpa lagi untuk entuk entry a\yng berikutnya bye....


Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Air Terjun Sungai Enam Base Camp

$
0
0

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog ni...

Apa khabar semua? diharapkan korang semua sihat dan ceria-ceria selalu :P entry ini adalah kesenambungan trip Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor ( Part 1 & Part 2 ) Perjalanan kami diteruskan lagi ke kampung orang asli Chuweh, antara perkampungan orang asli suku jahai yang terdapat di Hutan Belum Temenggor dan destinasi terakhir kami menuju ke Air terjun sungai enam Base Camp memang best giler dapat mandi air terjun di sana:P


Sepanjang perjalanan menaiki bot untuk sampai ke  destinasi akan disajikan dengan  pemandangan indah di sekeliling  tasik yang airnya menghijau.. hutan yang masih belum tercemar diterokai.. sangat recomended untuk korang datang untuk menghilangkan stress dan mencari ketenangan diri...  very lovely and peaceful place gittuw, boleh dengar bunyi ungas  dan desaran air"P


Sepanjang perjalanan mata akan terpukau dengan keindan alam semula jadi.

Owh... untuk pengatahuan korang semua Keluasan keseluruh Hutan Belum (utara dan selatan) mencecah lebih 3,110 kilometer persegi, berada di paras 250 meter hingga 2000 meter dari aras laut. Lembah Belum  merupakan antara tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan yang terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh yang membentuk tasik ini.


Tak pasti apa nama empangan ini ? rasanyaini adalah empangan temenggor!
betulkan sob sekiranya salah

Antara empangan yang korang boleh lihat dalam perjalanan untuk menuju ke Kampung Orang Asli, menurut kata tour guide pembinangan empangan ini telah menegelamkan perkampungan Melayu yang terdapat di sini iaitu Kampung Temenggor Lama. Selain itu korang juga akan menjumpai kolam ternakan  Ikan Trapia yang diusahakan di sini. Ikan Trapia ye adik-adik bukan Ikan Talipia. Actualy ikan ini berwarna hitan dan saiznya agak besar dan mempunyai rasa yang agak manis dan isinya lembut! nak rasa jemputlah datang ke Belum. Selalunya ikan ini selalu diexport ke luar negara..  


Antara Sangkar ternakan Ikan Trapilia yang terdapat di sini.


Dicelah bongkah batu ini terdapat tumbuhan yang masih hidup wujud di zaman Dinosours berusia lebih 400 ribu tahun :P amazing right! masih hidup sampai sekarang :)

Pulau Batu Putih (White Rock Island)

Di sepanjang perjalanan korang juga akan mejumpai satu pulau yang agak unik daripada pulau-pulau yang ada disekitar tasik ini yang dikenai sebagai Pulau Batu Putih. Menariknya di pulau ini terdapat satu spesis pokok yang dipanggil sebagai pokok Bogok yang hidup pada zaman Dinosours terdapat di celah-celah bongkahan batu di bukit ini. Ini dapat membuktikan bahawa usia Hutan Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon di Brazil, untuk lebih pencerahan ( klik sini ) korang boleh rujuk entry sob yang terdahulu Mengenai Khazanah Hutan Belum

Akhirnya sampai juga kami ke Kampung Orang Asli Chewah, disebabkan faktor air tasik yang meningkat disebabkan musim hujan dan juga pelepasan air daripada empangan di sebelah simpadan Thailand menyebakan banyak penempatan perkampungan orang asli yang tengelam dan terpaksa berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Sebahagian kampung yang tengelam akibat peningkatan air tasik :(

Jumlah penduduk orang asli yang mendiami kampung ini.
Memo ni penting "harga barang jual di sini, semua naik mengikut harga-harga luar"

Antara hasil hutan, kraftangan penduduk kampung yang turut dijual disini.

Kebanyakan orang asli dari suku Jahai yang masih mengekalkan gaya hidup turun-temurun. Kebanyakan rumah diperbuat daripada buluh  dan atap nipah. Selalunya  orang asli dari suku jahai suka berpindah ke tempat baru terutama selepas ada berlaku  kematian.



Lebih Lurang 20 minit perjalanan menaiki bot daripada perkampungan orang asli kami menuju ke destinasi terakhir iaitu Air Terjun Sungai Enam untuk picnik makan tengahari selepas penat seharian explorasi Hutan Belum - Temenggor.  Dipahamkan bahawa dahulu kem ini di bawah milik pengurusan MKN tetapi disebabkan banyak berlaku kerosakan yang tidak dapat diatasi disebakan kem ini berada jauh di tengah hutan dan memerlukan kos penyelengaraan yang tinggi maka pengurusan kem ini diberikan kepada pihak lain. Sob dapat bayangkan sekiranya kem ini terus dijaga rapi dan dibaik pulih.. perhh memang cantiklah keadaan kem ini, tambahan lokasi kem ni berada di kawasan sungai di tengah hutan... . '.memang terbaik feelnya close to nature'

Jambatan untuk masuk ke dalam kem, antara lalauan untuk sampai ke Air Terjun

Disini pula dewan makan.

Antara chalet yang telah lama ditingalkan, tak boleh bayangkan kalau malam-malam overnight kat sini, tapi view dia memang awesome di hadapan chalet ada anak sungai.. banyangkan bagun pagi mendengar bunyi air sungai.. cuaca yang nyaman.. sejuk je.. memang best.. :P


Daripada kem ini untuk sampai ke Air Terjun  memerlukan pendakian lebih kurang 20 minit, dimana keadaan jalan agak extrem dan anda terpaksa mendaki sedikit untuk sampai ke Air Terjun.Yang menarik sepanjang perjalan korang akan menjumpai banyak flora dan fauna yang menarik so pastikan camera sentiasa stanby :P

Utamakan keselamtan, ini baru sampai ke Waterfall Stage 3 masih banyak perjalanan yang harus diteruskan untuk sampai ke destinasi.



Perjalanan untuk sampai ke air terjun, trek juga disediakan  dan masih dalam keadaan baik, jadi tidak menjadi masalah untuk korang mendaki sampai ke Air Terjun Sungai Enam Base Camp yang penting semangat kena ada.



Kena Panjat bukit, lalu di tebing sungai, lintas anak sungai, barulah sampai ke Air Terjun.. memang advanture! best :P


Akhirnya sampai juga ke Air Terjun Sungai Enam Base Camp, so apa aktiviti wajib harus dibuat selepas penat mendaki mestilah mandi sungai, air sungai sejuk dan jernih sampai meresap rasa ke tulang.. memang layan, sangat berbaloi untuk sampai ke air terjun ni :P

Disini sob senarai Air Terjun yang terdapat Di  Hutan Royal Belum ni yang boleh dikunjungi oleh korang.

1. Sg. Kejar
2. Sg. Semelians
3. Sg. Mes (3 level)
4. Sg. Gen
5. Sg. Ko'oi
6. Sg. Tan Hain
7. Sg. Ruok (4 level)
8. Sg. Enam
9. Sg. Gadong
10. Sg. Kiroi
11. Lata Belanga
12. Teluk Major

Seronok dapat mandi air terjun :P

Ok nampkanya entry explorasi Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor berakhir disini, boleh disimpulkan ini merupakan satu pengalaman yang  yang berharga banyak perkara baru dapat dipelajari yang tidak dijangka, satu anugerah daripada ilahi yang sangat bernilai dimana kita haruslah menjaga sebab alam dan manusia masing-masing ada peranannya. Teringat satu pepatah yang menarik perhatian sob

"manusia dan alam mempunyai hubungan yang sangat rapat. Kedua-dua entiti ini sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jiika terpisah, rosaklah manusia, musnahlah alam"


Owh bagi korang yang pertama kali melawat blog ini jangan lupa baca kisah pengembaraan sob di Royal Belum Rainforest, boleh klik link dibawah.


Ok bye... assalamualaikum..

Wordless Wednesday #14

$
0
0


"It  just started become are friends in the blog, and finally we are meet, thank for be a very nice travel partner im really enjoy and relax.  Thank for everything bro! it's was awesome trips with you Dook :) "


Wordless Wednesday: 
Entri di mana pada hari rabu semua blogger membuat satu post gambar tanpa meletakkan apa-apa description untuk menjelaskan gambar tersebut - eh choop! tapi kali ni sob tulis panjang sikit ya :P

Penang Trips - 4D3N Penang Escape

$
0
0

Assalamualaikum & salam sejahtera Readers!

Pulau Pinang.... perh... 'mengeluh sekejap.. sambil tarik nafas panjang mengimbas kenangan lama yang menari-nari di dalam minda' Merupakan negeri yang paling banyak meninggalkan nostalgia di ingatan Sob, tempat pertama yang dituju pergi mencari rezeki selepas habis SPM dimana baru mengenal haru biru dunia *thank good dekat situ baru aku tau berapa susah dan penatnya nak cari rezeki* dan dimana tempat pertama Sob sambung study  untuk memperolehi segulung scroll sebagai modal mencari pekerjaan yang penuh persaingan, itu sebab la kalau hampa nak tau.. penang sentiasa di hati cheq...' enough!  sampai disini kita flashback memory' now back to travel story :P


Pengalaman 4H3D Bercuti Di Pulau Pinang I Penang Trips

Trips kali ini ke Penang ibarat mengimbas kembali kenangan. Seperti yang korang sedia maklum Pulau Pinang antara destinasi yang menjadi pilihan untuk bercuti sama ada local or pelancong asing disebabkan tarikan yang pelbagai sperti Art Street, Batu Fringgi, Teluk Bahang yang pasti menawarkan pengalaman yang unik dan makanan yang best! sepanjang Sob bercuti di sini, banyak tempat tarikan perlancongan  yang sudah banyak berubah, perkara yang masih tetap sama kekal di dalam ingatan ialah food kat penang still lagi the best! sebagai'surga penggemar makanan local yang pelbagai'char koew  teow, nasi kandar beratur.. mertabak kapitan.. perh... terbaik.


Trips Travel kali ni lebih kepada sob menjadi Tour Guide to Mr Dook - my frend from Thailand, sebenarnya  beliau antara yang selalu memberi komen di blog sob, Dook juga travel blogger banyak menulis mengenai tempat menarik di Thailand, kemudian kami mula membalas email bertukar pandangan terutama mengenai travel dan dia  banyak bertanya sob mengenai malaysia, from that moment we started planning travel together..

Sob masih ingat lagi first email sob balas email dok  "bro are u understand read my blog ? because im writting in Malay'membalas dengan penuh english broken, and then dia balas'bro im understand because 1 can use google translate, Anyway I like to see pictures you take so nice' maka bermulah kisah perancangan pengembaraan kami, and the sob tanya tempat mana yang kamu teringin datang ke Malaysia untuk bercuti.. and then dia reply Penang! dalam hati sob cantik.. sebab dari perak ke penang almost 1 hour setengah

Jadual waktu Operasi Kaunter Tiket kereta api.

Untuk  Trips Penang Escape, actually Dook lagi banyak merancang apa aktiviti yang kitaorang nak buat sepanjang di Penang, sebagai orang Malaysia yang pernah tinggal dan belajar di Penang dengan riaknya kata'dont worry bro i will planning everyting, u just come here and relex! ' puih..  im totally wrong sebenarnya bila dah sampai sini, sob sendiri tak tahu nak tunjuk apa kat Dook, where should we start first.. thank good nasib baik dook dah buat persediaan print semua list-list tempat menarik dari internet yang kami boleh pergi, dari situ sob dah boleh start merancang supaya untuk percutian kali ini kami dapat memaksimakan untuk pergi semua tempat tarikan perlancongan yang ada di Penang. 


Tempat membeli tiket Ktm I Kaunter Tiket di tingkat 2

1 ) KTM Butterworth Railway Station

- Dari sini hendak ke Terminal Feri ke sebelah Pulau hanya mengambil masa 5 minit, bersebelahan dengan stesen bas Butterworth
- Maklumat lebih Lanjut layari www.ktmb.com.my

Seperti yang kitaorang planning Sob akan jumpa Dook di sini, dimana dook menaiki kereta api dari Hatyai ke Butterworh-penang pukul 7.00am dan dijangka sampai pukul 2.00 pm. Actually sob agak excited juga nak jumpa Dook maklumlah sebelum ni just chat di Facebook & ini kali pertama juga sob pergi travel dengan orang yang kita tak berapa kenal, so great experince because i want to challenge myself banyak benda yang kita boleh belajar terutama kalau planning dengan orang yang kita kenal selalunya hujung-hujung date banyak masalah yang berlaku and then lastly cancel ! pengumuman lepas ni sekiranya korang ada trips travel yang best, jangan malu dan sengan kalau tak de kawan nak ajak joint meh ajak abam Sob.. janji trips tu sempoi menarik dan paling penting save budget percutian.. kalau  yang mahai tak mampu teman nak ikut :P

Stesen Kereta Api Butterworh

Tepat dalam Pukul 2.30 train dari Hatyai ke Butterworth, dari jauh sob dah nampak kelibat dook dekat landasan sebelah, reaksi pertama sob nampak dia, angkat tangan lambai-lambai dengan confident itu dia padahai bukan main ramai lagi mamat siam turun dari kereta api, yes tekaan Sob betul itu dia.. nasib baik kalau tak terpaksa la sob merayau-rayau cari dook kat stesen ni.

Owh ya untuk trips kali ini sepanjang perjalanan kami menggunakan kereta, lebih cepat untuk bergerak ke suatu tempat, lagipun jalan di Sini tidaklah terlalu sukar kecuali trafik jem as long waze on, everyting will be ok! :P


Di Dalam Kapal yang membawa kami ke sebelah Pulau

2) Terminal Feri ke Pengkalan Weld

- Dikenali Terminal Feri Sultan Abdul Halim
- Harga Tiket Kenderaan kereta RM 7.00
- Motosikal RM 2.00
- Pejalan Kaki RM 1.40, bagi yang berjalan kaki make sure bawa duit siling yang secukupnya.


Dook mengambil gambar pemandangan Georgetown, the best way nak lihat Bandar Georgetown dengan menaiki feri - from here can take the best shoot georgetown view!

Actually sob memang sengaja ke Pulau dengan menaiki feri sebab pertama lebih dekat nak ke bandar Georgetown  - save time daripada lalu jambatan, and the dari sini kita boleh menikmati pemandangan Penang dari laut, sambil-sambil kena angin laut memang sempoi bak hang :P  Dook  juga minta photograpy sepanjang perjalanan ke pulau dapatlah ambil gambar view of penang and then orang cakap kalau p penang kalau tak naik feri rasa macam tak lengkap pulak kan ?

Kat bawah a few of picture sob sempat tangkap daripada dalam feri, Waktu dalam feri kitaorang banyak bersembang berkenaan trips ni.. biasalah baru jumpa.. sampai camera pun tolak tepi #excited la konon :P

Dari jauh Boleh nampak Penang Port I Disini dijalankan tempat pemindahan barang untuk import dan export.  Kat sini banyak kontena disimpan & tempat pertama Sob kerja lepas Study :P

Itu dia Jambatan Pulau Pinang Yang Pertama -  perh dulu sanggup pergi ke Georgetown malam -malam dengan member naik motor semata-mata nak makan Nasi Kandar Beratur. Pendapat sob Nasi kandar Pokok Ketapang atau kami panggil nasi kandar ganja area Butterworth di hadapan bangunan Telekom  lagi sedap, sama juga kena beratur panjang..


Dari sini kita boleh lihat keseluruhan view Bandar Georgetown, see nampak tak bngunan yang paling tinggi tu komtar :P

Lepas kitaorang sampai ke Main Islands, first destinasi yang kami cari ialah Tune Hotel di jalan burma untuk check in dalam pukul 3. Untuk korang yang dapat travel secara budget sob recomended untuk korang stay kat sini , fasilii bagus tapi make sure book awal baru boleh best price :P

Tune Hotel Downtown Penang


- lokasi :100, Jalan Burma, Georgetown, 10050 George Town, Penang, Malaysia
- Harga bilik mampu milik sesual dengan konsepnya Service 5 star bayaran 1 star

Review di Trips Advertiser pun kebanykan komen ok, banyak komen positif, so berpada la dengan service yang di provided dengan harga kita bayar! #saya x memilih janji boleh tido. Komen Sob bilik bersih, tilam memang empuk memang sedap tidur paling penting tandas keadaan baik dan bersih. Yang kurang best ialah setiap kali masuk parking dikenakan 6 ringgit, kopak gak duit untuk save budget trips. lokasi Hotel ini juga berdekan dengan tempat makan terutama di Nagoya Street and then di bawah hotel ada 7E so kalau tengah malam lapar memang senang ar nak cari Maggie.

Pemandangan daripada dalam bilik di Tingkat 7, rehat sebentar sebelum sesi memenatkan diri tawaf Geortown dijalankan dalam misi menjejaki The femous-amos Art Street!

Selepas berehat sebentar, perut pun dah lapar so kami decided untuk pergi ke georgetown je untuk jalan-jalan melihat apa yang menarik disitu and then jalan-jalan untuk cari port yang best untuk mengisi perut yang berkeroncong, actually sob planning untuk bagi Dook cuba local food  tapi disebabkan dekat bandar Geortown amatlah susah nak jumpa gerai melayu islam yang jual local food, gerai cina banyaklah disebabkan ragu-ragu akan status halal so kami just makan kat KFC area komtar. Walaupun dah naik muak makan kfc, tetap kena makan untuk cover balik tenaga yang bakal hilang dalam misi menjejaki Art Street & mural sekitar Bandar Georgetown.


Me & dook :P

Apa yang best dengan Dook ni, dia seorang yang sempoi, klakar.. event kadang sob tak berapa paham apa yang dia cakap.. at lease dia cuba gak nak berkomunikasi. Paling penting minat kitaorang sama, suka ambil gambar and sob boleh rumuskan tema trips kita orang kali ini photograpy and art ada persamaan antara kami yang buatkan trips kat Penang ni rasa sungguh sempoi!

Bangunan Komtar

Ada cerita best sikit berkenaan dengan Bangunan komtar ni, masa kitaorang macam tak ada arah tujuan.. lost sikit nak pergi lokasi art street, sebab daripada Tune Hotel berjalan lebih kurang 20 minit sebelum sampai ke lokasi kebanyakan mural dilukis kat bagunan-bangunan lama kat area Georgetown. Lepas kitaorang selesai makan kat Kfc, so Dook  ada la tanya kat seorang student amoi cina ni  'sorry miss, how i want to go art street at Georgetown?' and then amoi tu boleh jawap, dia sendiri tak tahu jalan, so dia cakap boleh naik bas nak ke sana, so sob pun menyampuklah berapa lama naik bas, and then dia balas dalam 20 minit, sob dah mula ar rasa pelik.. ikutnya kalau dah sampai komtar dah dekat dengan lokasi-lokasi art street tu.. sob tanya lagi 'are u locals?'dia cakap yes! arhh sudah.. orang local pun tak tahu jalan.. nasib baik ar ada autie yang menyapu sampah tu ada dengar kami tanya arah lepas tu dia ada bagi tahu cara nak sampai jalan mana kena lalu, jalan short cut sebenarnya tak jauh dalam 5 minit jalan kaki dah boleh sampai.

kat area Bandar Geortown ni ada banyak juga kedai kopitam yangberoperasi, sob suka tengok design dia cantik tambah pulak kalau kopitam tu bukak kat bulding lama.. look so old town &  classic i like :P

George Town World Heritage site

what makes me really like about this place because "
*It's like a town that's lost in between the past and the presen*

4) Bandar Georgetown  sebagai tapak warisan Dunia

Owh sekadar perkongsian maklumat Georgetown telah diistiharkan sebagai tapak warisan dunia UNISCO pada 7 julai 2008, jadi kita masih boleh melihat bangunan-bangunan bersejarah yang masih wujud dalam keadaan asal dan elok dikelilingi bangunan moden. Tak percaya bro.. boleh tengok gambar kat bawah, so make sure bila hampa ronda-ronda kat sini yang mana minat art tu.. ni memang tempat yang hampa wajib kena datang melawat.

The old style Chinese architecture, so beutiful right? 
tengoklah dia punya detail, ukiran kayu dan cara susunan mozek. sungguh memikat mata yang melihat.

The old style Malay architecture, kalau korang perasan kebanyakan struktur bangunan di sini ada unsur campuran pembinaanya campuran british, chinese and indian style.

I like this mural.. look awesome, star wars.. eh betul ke? ke predator vs alien :)

Kung fu Fighter


Pemandangan yang bernilai jutaan ringgit, im so glad can take this shoot :)

Ini sekadar entry mukadimah, entry yang berikutnya sob akan share dengan korang tarikan-tarikan yang ada di sekitar Georgetown apa yang best seperti Art Street yang ada di sekitar Sini, seni bina bangunan lama, tempat makan dan lepak yang best  yang boleh korang lakukan bila datang kesini. Bagi Sob Georgetown sebuah bandar yang unik hasil daripada campural pelbagai budaya, penuh dengan kejutan.. tak percaya cuba jalan-jalan di lorong-lorong bangunan lama di sekitar bandar  Geortown.. sesuatu yang bernilai menanti korang :P


Penang Escape : Tempat Menarik Di Bandar Georgetown

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Ramadhan buat semua...

Dalam tak sedar alhamdulilah hampir seminggu lebih kita telah berpuasa, jadi apa cerita ramadhan korang? mesti menarik kan :P btw apa khabar korang semua? Diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dipelihara yang maha esa tambahan sekarang kita di dalam semangat Ramadhan Kareem banyak dugaan dan cabaran jadi banyakkan bersabar dalam setiap dugaan yang mendatang  ya :P

Untuk entry kali ini adalah kesenambungan entry Penang Escape ( Part 1 ), untuk kali ini sob akan sharekan tempat-tempat yang menarik yang ada di sekitar Bandar Georgetown, tarikan yang ada yang boleh korang buat di Sekitar Bandar Georgetown.

Pengalaman 4H3D Bercuti Di Pulau Pinang I Penang Trip

6) Mural Art Street Di Sekitar Bandar Georgetown

Bila sebut je mengenai Georgetown, perkara pertama yang terlintas di kepala Sob ialah Art Street! ya lukisan-lukisan yang dilukis di sekitar bandar Georgetown.. salah satu sebab kenapa ramai berkunjung ke sini untuk melihat sendiri karya yang dihasilkan. Gabungan hasil seni jalanan yang dilukis di sekitar dinding-dinding bangunan lama dan arca-arca dihasilkan yang agak menarik menceritakan budaya penduduk setempat dalam unsur-unsur lawak kadang-kadang agak sinis! #membahan, tapi sekarang sob lihat banyak juga mural-mural baru yang dilukis konsepnya agak moden selari dengan trends semasa. Sangat menarik untuk dilawati. Tapi awas pastikan anda bukan seorang peminat seni - kalau tidak kawasan ini mungkin agak bosan bagi diri anda untuk berjalan.


Kebanyakkan plan yang sob dan Dook rancangkan untuk kurangkan sebanyak mungkin perbelanjaan kitaorang, jadi kebanyakkan list tempat yang hendak dilawati free of charge, sekiranya berbayar haruslah berbaloi dengan bakal kitaorang lawati. Untuk pengetahuan korang di sini juga banyak muzium yang boleh dilawati seperti Muzium camera, Penang 3D Trick Art MuseumMuziun Negeri Pulau Pinang.


Armanien Street antara lokasi yang banyak menempatkan Mural Art Street karya Ernest Zacharevic




7) Ronda-ronda menaiki basikal  di Sekitar Bandar Georgetown.

Antara alternatif lain bagi korang yang nak explore bandar Georgetown ialah dengan menaiki basikal ia lebih cepat dan tidak meletihkan berbanding berjalan. Kebanyakan kedai kat sini memang ada buat service sewa basikal untuk pelancong. Harga Sewa dalam Rm10.00 - 20.00 bergantung kepada jenis basikal. tempoh masa valid untuk satu hari, so korang boleh lanyak basikal tu sepuas-puasnya Selalunya bila sewa basikal akan diberi peta dan air mineral sebotol buat penghilang tenaga bila berbasikal ye? rasanya naik basikal lagi berpeluh dari jalan kaki :P Tapi kitaorang just jalan kaki pusing-pusing area sini sambil cari art street sebab senang nak ambil gambar bila jalan kaki ni, so berbasikal di sekitar bandar Georgetown antara pekara yang boleh korang cuba bila ke sini.

Dekat sekitar Armanien Street banyak juga kedai yang jual cenderahati.. poskad, keychain, t-shirt! 

 Art Street Penang

Misi  utama yang Sob and Dook ialah untuk mencari The Famous Art Street lukisan yang terdapat di sekitar jalan Ah Quee Street, Muntri Street, Penang Road & Armanien Street. Actually kitaorang berhajat nak cari semua lukisan Art street yang ada, hopely misi kami boleh tercapai!

Untuk info terdapat banyak Street Art yang dihasilkan, tetapi terdapat 8 mural yang wajib dilawati, semuanya berada dilokasi yang berbeza. Lukisan street art dihasilkan oleh pelukis antarabangsa dan pelukis tempatan, Antara artis yang menghasil karya mereka ialah Ernest Zacharevic, Louis Gan, Simon Tan, Oceu Apristawijaya dan ramai lagi! Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud / masej yang berbeza yang hendak disampaikan oleh pelukis itu, jadi bergantung kepada kita bagaimana untuk mentaksir dengan cara yang tersendiri tiada betul tiada yang salah. Kebanyakkan lukisan yang dilukisan berkisar tentang budaya penduduk setempat. Korang boleh baca entry yang lebih detail sob tulis mengenai Art street ( di sini )


Antara mural comel  yang korang boleh jumpa di sekitar Armanian Street.


Dekat depan temple ni ada satu Art street yang korang boleh jumpa iaitu lukisan "Little Children on Bicycle"

Mural "Little Children on Bicycle"

semangat cintakan Malaysia sentiasa ada di hati ! Auummm!

"Boy on Bike" : lokasi Ah Quee Street 
Antara semua lukisan yang  jumpa, ini antara yang sob paling suka!


Si Minion banananana pun ada...

Minion si bermata satu pun ada!.. sekarang semua orang tengah pakat gila nak kumpul koleksi patung minion ni, tambah pulak tak lama lagi nak keluar Movie Minion, pakat beratur panjang kat MD le nak kumpul koleksi baru :P

Main conteng-conteng kat dinding pun nampak lawa :P


Jalan raya di sini yang sentiasa jem terutama di hujung minggu memang agak susah nak cari parking kereta, semak juga mata memandang "P

Kat sini juga banyak art street yang dibuat daripada Wires yang diletakkan di tepi-tepi bangunan, sob tak sure orang panggil apa ? mungkin wires Art!


Wires Art ni pulak bercerita tentang sejarah mula-mula wujudnya nasi kandar!


Balai bomba di Bandar Georgetown

8) Menikmati keindahan seni bina bangunan lama yang diiktiraf sebagai tapak Unesco

Kebanyakkan bangunan lama yang dijadikan pejabat, rumah kedai masih lagi mengekalkan sinibina lama means ada campuran senibina British, chines, india dan Malay yang menghasilkan senibina itu nampak klasik dan rare!. Bangunan-bangunan lama yang ada  yang masih dipelihara baik kerana lokasi ini diktiraf sebagai tapak UNESCO dan salah satu menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini.

Dook sangat suka jalan-jalan kat sini katanya tertarik dengan setiap detail yang terdapat di rumah -rumah kedai lama contohnya ukiran dan motif di pintu, ukiran kerawang di tingkap, design and warna bangunannya sangat unik dan menarik. Tapi sob paling tertarik dengan susun atur mozek di setiap bangunan lama nampak rare dan klasik giler, zaman sekarang mana boleh cari lagi corak-corak dan design mozek macam ni, kalau korang perasan ada berunsurkan mix  baba & nyonya.



Antara deretan bangunan lama yang sangat menarik perhatian sob, masih dijaga dengan baik btw kalau buat lokasi outdoor untuk wedding memang cantik :P


9) Seh Tek Tong Cheah Kongsi

waktu melawat: Isnin - Ahad ( 9.00 am -5.00 Pm )

Ini antara tempat yang sob memang berhajat lama nak masuk, terutama lepas tengok rancangan Destinasi Bajet diorang ada shoot mengenai Cheah Kongsi agak terpukau dengan hasil seni ukiran halus yang ada di dalam bangunan ini. Tapi sayangnya kami sampai agak lewat petang ke sini jadi tempat ini sudah ditutup dilawati. so kalau korang ke Penang Seh Tek Tong Cheah Kongsi antara lokasi yang korang boleh pikir-pikirkan untuk lawati.

Mural yang terdapat di luar bangunan, dekat mana-mana pun ada art street cuma mata je kena alert & rajin nak cari :P



Cheah Kongsi, view dari luar Masih dalam proses pengubahsuaian


10) Masjid Kapitan Keling

Antara lokasi yang wajib korang pergi bila dah sampai ke Georgetown lokasi berhampiran dengan kedai Nasi kandar Beratur.  Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Masjid kapitan keling juga antara landmark bagi pulau pinang, alang-alang sudah sampai ke sini jangan lupa untuk singgah solat di dalam Masjid ini ya :P

Pemandangan pada waktu senja di Masjid Kapitan Keling, Penang


Dari apa sob baca senibina masjid ini diadaptasikan  daripada senibina Moghul. Untuk bumbung masjid ini dibina berdasarkan reka bentuk piramid atau lebih menjurus kepada reka bentuk bumbung tempatan. Itu sebab Masjid ini kelihatan sangat indah dan cantik

Sejarah Masjid Kapitan Keling, nak baca korang just zoom gambar ni

Ini kawasan perjumpaan  abang long besar! jangan bikin durjana di ini kawasan.
Tertarik dengan lukisan besar naga dekat hadapan kedai :P

Dekat bawah, a few gambar yang sempat sob ambik dalam perjalanan hendak balik ke Hotel, ikut perancangan asal kitaorang first day sampai just nak look around jalan-jalan sekitar bandar Georgetown, esoknya baru nak menjejaki kesemua Art Street yang ada, tapi hari pertama pun dah jumpa a few art street tapi tak semua ye lukisan yang  fameous tu. kami jalan kaki dari Tune Hotel ke Kawasan art street nampak tak berapa gigihnya disitu. Kalau korang tanya sob jauh tak dari Jalan Burma nak sampai Ke Armanien Street boleh berpeluh gak dahi tu:P

"Reaching Up" : lokasi Cannon Street

Dalam perjalanan nak balik terjuma jumpa lagi satu art street yang tersorok-sorok di Cannon Street, hari pun sudah senja orang tua-tua kata tak baik senja-senja duk luar.. takut kena sorok dengan hantu masalahnya kat bandar pun ada hantu gak ke? kalau kena sorok dengan orang itu mungkin :P tu yang pakat kalut nak sampai hotel cepat.. ye

Kat bawah tu bukan gambar hotel kitaorang stay, tapi tempat ni lawa penuh dengan lampu, nampak macam baru lepas renovate tak sure sama ada ini muzium, galeri atau Hotel?


Dalam perjalanan nak balik Hotel, nampak tak komtar ? jauh lagi nak sampai Hotel :(

So far ini antara lokasi yang kami sempat jalan-jalan di sekitar Georgetown untuk hari pertama, tapi masih banyak tempat yang belum sampai seperti City Hall, Town Hall, Escpalane, Fort fornwallis, Clain Jetty. kawasan ini semua berdekatan dengan Padang Kota, so kami decided nak pergi esok pagi sekali harung untuk tawaf semua area ni.. Perut pun dah berbunyi semacam memangil-manggil nak pekena roti canai & teh tarik.. dalam perjalanan balik singgah dulu kedai mamak pi pekena roti canai dulu!

Pendapat Sob mengenai Bandar Georgetown sangat menarik untuk dilawati terutama kalau korang suka ambil gambar, ini antara port wajib korang kena sampai kerana banyak unexpected benda menarik korang boleh jumpa tanpa disangka!.. Cadangan kalau boleh gerak dari pagi untuk pusing-pusing barulah tak letih dan rasa terkejar-kejar and then boleh jalan relex-relex sambil hisap rokok. Satu hari dah boleh cover semua tempat tourist attractions yang ada. Cerita Penang Escape Trips masih panjang... jadi tunggu :P


ok bro, dah penat menaip tunggu sambungan berikutnya pulak bye :P

Penang Escape - Kek Lok Si, The Temple Of Supreme Bliss

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai semua, nampaknya masih tidak terlambat untuk sob mengucapkan Selamat Hari Raya Aldilfitri kepada seluruh muslim di dunia, almaklumlah kita masih  lagi di dalam Mood Syawal, jadi macam mana raya korang tahun ni? wah bukan main meriah habis lagi raya korang tahun ni, meriah dengan pelbagai #hashtag kat media sosial, ada yang sampai sekarang cerita raya pun tah habis-habis publish lagi! alhamdulilah syukur semoga Hari Raya Aildilfitri tahun ini, semakin mengeratkan dan merapatkan silaraturahim yang terjalin antara kita semua.

Entry ini adalah sambungan Penang Trips, destinasi yang seterusnya yang Sob nak share dengan korang semua ialah Kek Lok Si Temple Juga dikenali sebagai Tokong Supreme Bliss, Kek Lok Si merupakan tokong Buddha terbesar di Asia Tenggara. Sekiranya korang berkunjung ke area Bukit Bendera Kek lok Si Temple antara lokasi tourist attractions yang boleh korang lawati lebih kurang 10 minit dari bukit bendera terletak di Bukit Itam, Penang. 

Kek Lok Si Temple

11) Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si Temple, mesti korang tertanya-tanya apa yang boleh korang buat sekiranya berkunjung di Temple ni, if u are muslim.. mesti korang cakap temple, so aku nak buat di situ? antara list-list lokasi terakhir yang korang nak kunjungi :P if u guys ask me about this places, suatu tempat yang boleh korang mempelajari & melihat budaya baru dikelilingi oleh senibina kuno yang hebat, temple ini menjanjikan panorama yang hebat terutama korang pencinta seni photograpy! trust me bro.. cuba tembak gambar kat sini sumpah tak menyesal, bayangkan dikelilingi Architecture bagunan lama yang berusia puluhan tahun memberi satu definasi pengalaman yang berbeza ! - perhh dah macam ayat majalah aku tulis :P

Dari Pintu masuk sudah boleh nampak pagoda yang turut dikenali sebagai Pagoda Rama VI 

Deretan kedai di laluan pejalan kaki untuk sampai ke Temple

What is the means of this, guys please explain to me :)

Terdapat 2 cara untuk sampai ke Temple ini sama ada boleh drive terus sampai ke atas atau berjalan kaki melalui lorong laluan pejalan kaki dari parking kereta bawah. sepanjang perjalanan untuk sampai ke pintu masuk kuil ada banyak gerai yang menjual barangan cenderahati, barangan sembayang, cafe di tepi-tepi lorong pejalan kaki. Tempoh masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke pintu masuk kuil. Pada waktu sob naik cuaca agak panas memang berpeluh badan juga untuk sampai ke kuil.


Pemandangan kuil dari Pintu masuk, agak wow!! dengan lanskap pokok-pokok yang tersusun kemas yang di tanam di kawasan temple. Kawasan temple ini dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya dewan sembahyang, pagoda, menara loceng dan kolam kura-kura, kolam ikan & kedai cenderahati.

Di bahagian ini ditempatkan pula beribu patung Budha.


Architecture bangunan kuno,  seperti berada di set movie kungfu! acah-acah berlakon dengan Jackie Chan & Bruce Lee.

Di belakang Sob itu adalah Pagoda Rama VI (Pagoda 10,000 Buddha) setinggi tujuh tingkat 

Untuk masuk ke Pagoda ini anda dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 Pagoda ini setinggi 7 tingkat & di puncak pagoda ini boleh melihat pemandangan Penang. Pagoda Sepuluh Ribu Buddha yang berusia sekitar 79 tahun ini berwarna kuning ini memiliki tujuh tingkat dan senibina dipengaruhi oleh senibina China, Thailand dan Burma.


Pemandangan di dalam Pagoda. Apa yang ada di dalam pagoda ini adalah kisah-kisah budha, lukisan dan patung-patung buddha.

Dari sini di tingkat atas sekali  kita boleh melihat view keseluruhan Temple dan kawasan sekeliling Air Itam.


Sedikit perkongsian mengenai  Kek Lok Si Temple :

Pembinaan tokong ini bermula pada tahun 1893, diinspirasikan oleh ketua sami Tokong Dewi Kuan Yin di Jalan Pitt. Maharaja Guangxu Manchu telah meluluskan projek itu, menganugerahkan satu tablet dan menghadiahkan 70,000 naskah Edisi Imperial Sutra Buddha. Pemerintah China yang lain, seperti Maharaja Kuang Xi dan Maharani Cixi Dinasti Ching, telah cukup kagum dengan tokong ini dan telah menganugerahkan banyak hadiah kepada tokong ini.

Masa terbaik untuk melawat Kek Lok Si adalah semasa Perayaan Tahun Baru Cina, apabila tokong ini dihiasi dengan beratus-ratus tanglung yang cantik. Namun, pada masa lain, banyak yang boleh dilihat di sini, dengan dewan sembahyang, pagoda, menara loceng dan kolam kura-kura yang cantik. - sumber -

Menaiki Lif untuk ke atas, dikenakan bayaran RM6.00, naik dan turun

Di bahagian atas komplek kuil ditempatkan Patung Buddha yang bersaiz gergasi yang dikenali sebagai Patung Dewi Kwan Im, ketinggian patung ini dianggarkan  30 Meter!



Berehat dahulu, melepaskan penat di pondok rehat dikelilingi oleh kolam ikan koi. Di bahagian atas komplek agak panas kerana kerana open space kerana tidak banyak kawasan berbumbung berbanding di bawah, so korang boleh bayangkan waktu tengah hari di area sini memang terasa bahang. Di bahagian cuma ada a few Temple dan patung budhha bersaiz gergasi.

Bagaimana untuk sampai ke sini :

Laluan Darat/Bas: Bergantung kepada dari mana anda datang, anda boleh menaiki Bas Rapid Penang 201, 203, 204, 206, 306 atau U502. Anda akan dapat melihat patung Kuan Yin dari jauh. Berhenti di hentian bas di Jalan Pasar, di kaki bukit tokong itu. Dari sana, ikut tanda yang membawa anda ke tokong.


Entry mengenai Penang Trips masih panjang. jadi nantikan sambungan
entry yang berikutnya! ok bro log out dulu.. bye :P

Penang Escape - Explorasi Keunikan Taman Negara Pulau Pinang

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apa khabar? hopely korang dalam keadaan ceria & sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan! Jadi apa berita terhangat di Malaysia buat masa sekarang selain daripada isu #menderma oh ya duit Malaysia sudah jatuh nilai  1 USD = RM 4.00, jadi buat kaki-kaki travel yang suka pergi ke oversea bertabahlah bro! senyum jelah #SyukurEkonomiMalaysiaMasihKukuh. Jadi marilah kita semua beramai-ramai bercuti-cuti di dalam Malaysia :P

Pulau Pinang memang sangat dikenali sebagai lokasi percutian yang menawarkan pelbagai tarikan bandar yang pesat membangun, syurga makanan buat pencinta makanan dan lokasi percutian yang menjanjikan keindahan alam semulajadi yang mengagumkan.Tak lengkap sekiranya sampai ke Penang tidak mengunjungi ke Taman Negera Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Secara Peribadi Penang National Park is my favorite location in Penang!

Taman Negara Pulau Pinang  I Penang National Park

12)  Taman Negara Pulau Pinang

Untuk hari 3 di Penag, sob dan dook merancang hendak ke area Teluk Bahang, perjalanan dari Bandar Georgetown ke Teluk Bahang lebih kurang selama 45 minit, antara lokasi yang menarik ada di sana ialah Toy Muzium, Taman Rempah Tropika, Taman Botani, escape & Pantai Batu Feringgi yang boleh korang kunjungi.

Sebelum ini sob adalah pernah sampai ke Teluk Bahang untuk menyiapkan final project, tapi tidak bersekempatan lagi untuk hiking di dalam Penang National Park sekadar jalan-jalan & lepak-lepak di tepi pantai ketika zaman belajar dahulu, jadi untuk trips kali ini ke penang sob memang merancang untuk hiking di dalam hutan ini, nak explore sendiri khazanah-khazanah flora dan fauna yang terdapat di dalam Taman negara & tujuaan utama kami ke sini adalah hendak melawat pusat konservation Penyu Pantai Kerachut, teringin giler nak tengok baby-baby penyu yang comel-comel yang ada di pusat konservation. Mula-mula sob sendiri tak percaya bila orang kata yang dekat penang ni ada  tempat penyu datang bertelur! jadi korang kena datang sendiri.


Tidak silap sob di sini terdapat dua jalan, yang pertama menuju  Teluk Duyung & Mukah head yang kedua pula  ke arah Pantai Kerachut. Jarak dari pintu masuk hendak menuju ke  Pantai Kerachu di situ terdapat Tasik Meromiktik  & Pusat Konservasi Penyu anggaran sejauh 3405 meter. Tempoh masa untuk sampai adalah  1 jam 20 minit tapi bergantung kepada cuaca dan tahap stamina korang. Tempoh masa yang diambil oleh sob dan dook lebih kurang 1 jam 40 minit untuk sampai ke Pantai Kerachut.

Sebelum korang masuk ke Taman Negara Pulau Pinang, pastikan dahulu daftar nama kepada renjer hutan ini bertujuaan untuk rekod sekiranya ada emergency kes berlaku dan tiada bayaran dikenakan.

Keadaan jalan trecking disni dalam keadaan baik, disetengah laluan disediakan tangga untuk menurun bukit curam & jambatan  untuk melintas anak sungai

Antara flora dan fauna yang boleh korang temui di dalamTaman Negara Pulau Pinang. Dianggarkan terdapat sebanyak 417 spesis flora manakala 143 spesis fauna yang mendiami hutan simpan ini

Orkestra Hutan

Lebih kurang 20 minit perjalanan  korang akan sampai satu kawasan yang dikenali sebagai orkestra Hutan. Yang best mengenai tempat ni korang akan dengar bunyi-bunyi unggas  seperti katak, cengkerik, burung yang membentu satu bunyi alam yang sedap didengar! kalau sob rekod bunyi tu memang letak kat dalam blog, yang bestnya sepanjang jalan menuju ke pantai kerachut memang korang tak akan dengar bunyi-bunyian ungas sekuat di tempat ni, ini antara lokasi hot sport nak layan bunyi-bunyian alam. Jadi bila dah sampai kat sini please close your eye and enjoy the sounds of nature gittuw!

Bukit Belah

Perjalanan trekking seterusnya, korang akan menjumpai satu tempat yang dikenali sebagai Bukit Belah, kenapa tempat digelar sebagai Bukit Belah, ceritanya begini ye adik-adik pada zaman dahulu terdapat bukit setinggi 5 meter 'dibelah'  menggunakan cangkul oleh 7 orang lelaki  penduduk temppatan dalam tempoh masa 10 hari saja. sebagai laluan jalan untuk kerbau menarik kayu yang ditebang untuk dibawa ke bawah. Jadi apa kesimpulan cerita iniorang dahulu memang gagah perkasa kalau tak mana mungkin anak sampai 10 orang dong, minum tongkat ali kah? :P



Sedikit informasi yang agak menarik sob nak share mengenai Taman Negara Pulau Pinang

  • Merupakan taman negara paling kecil di negara ini dengan keluasan seluas 2,562 hektar. Ia diwartakan pada tahun 2003 dan merupakan rumah bagi 46 spesis burung seperti burung raja udang, uwak-uwak dan bangau.
  • Taman Negara Pulau Pinang terletak dipinggir Timur Laut Pulau Pinang dengan berdepankan Selat Melaka. Sekiranya dari Kuala Lumpur ianya sejauh lebihkurang 400km dan hanya 30km (45 minit) dari Bandar Goergetown. Pulau Pinang. 
  • Taman Negara ini bersempadankan dengan kawasan metropolitan dengan keluasan 1,213 hektar meliputi hutan pantai dan bukit malahan kaya dengan flora dan fauna. Hutan ini dahulunya diperlindungi dengan nama Hutan Simpan Pantai Acheh dan dibezakan dengan 5 habitat yang berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan di tempat lain seperti tasik meromiktik, tanah lembap, pelantar lumpur, batu karang dan pantai penyu bertelur. 
  • Terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. 
  • Ekspedisi pada tahun 2000 yang dikendalikan oleh Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia merekodkan terdapat sebanyak 417 spesis flora manakala 143 spesis fauna. Sebelum kawasan ini dijadikan taman negara, penduduk tempatan mengenalinya sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh.
  • Pantai Kerachut juga merupakan tempat bertelur bagi penyu hijau dari bulan April hingga Ogos, dan penyu karah pula dari bulan September hingga Februari. 


Rehat sebentar melepaskan lelah, yang best jalan tracking dekat sini dalam keadaan baik, so kalau korang pakai selipar jamban pun boleh bro! Digalakkan pakai kasut bersarung yang sesuai untuk mengurangkan rasa beban ketika berjalan.

 Explorasi Keunikan Taman Negara  pulau Pinang

Sebelum ini sob pernah masuk ke Hutan Belum yang terletak di Gerik, Perak( boleh rujuk entry di sini )terdapat perbezaan antaranya permukaan Hutan, suhu di dalam hutan dan flora dan fauna yang tumbuh. Disebabkan lokasi Taman Negara Pulau Pinang Di tepi laut jadi memberi satu panorama hutan yang berbeza daripada hutan-hutan yang sob penah masuk dahulu, awoseme experience.. dapat merasai pengalaman yang baru


Akhirnya 1 jam 40 minit perjanan kami, akhirnya sampai juga ke Pantai Kerachuk, sampai sahaja ke pantai ini korang akan nampak Tasik Meromiktik, antara tarikan utama ada di sini kerana di Malaysia di Taman negara ini sahaja terdapat Tasik Meromiktrik. 

Apa itu Tasik Meromiktik ?

Meromiktik adalah bermaksud fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terbentuk di tepi pantai akibat tindakan angin dan ombak. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang masuk ke dalam tasik (dibawa oleh ombak dan angin) hingga membentuk lagun bermusim.Kiranya lepas terbentuknya beting pasir di tepi pantai tadi, air laut yang masuk ke tasik tadi dah tak boleh keluar ke laut balik. Air laut dan air tasik mempunyai suhu dan ketumpatan berbeza. Air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas. Dalam tasik ni ada 2 jenis air dan dua air tu tak bercampur antara satu sama lain. Kalau kita dalam tasik tu kita akan dapat rasa di bahagian bawah panas dan bahagian atas sejuk.

Tasik Meromiktik


Inilah rupa Tasik Meromiktik, waktu kami datang tasik ini agak cetek boleh nampak daratan kat tengah-tengah tasik Penomena Tasik Meromiktik ni berlaku cuma pada peralihan musim monsum Timur Laut pada November - Mac dan angin monsun Barat Daya pada Mei - September.


Yang best kat Pantai Kerachuk ni, Pantai bersih dan pasir putih mata memandang, memang best nak lepak-lepak sambil kena angin laut, view pun sempoi.



Pantai Kerachuk antara pantai-pantai yang masih terjaga elok, bersih dan bebas daripada pencemaran! tapi  kenapa bila  sebut tempat ni sob ingat lokasi pesta bogel ya? nasib baik masa sob masuk tak jumpa mana-mana group tengah buat pesta bogel :P


Lepas puas lepak-lepak di Pantai kerachuk, hilangkan lelah penat hiking jom kita tengok kemudahan-kemudahan yang ada di sini.So far kemudahan seperti pusat kawalan, tandas, tempat solat, disediakan tempat berkhemah dan pondok untuk melakukan aktiviti riadah! Semuanya dalam keadaan baik.


yang best mengenai Pantai Kerahcuk ini memang tak jumpa langsung sampah dibuang merata-rata! good job kalian semua!

Pusat Konservasi dan penerangan Penyu Pantai Kerachut

Pusat ini terletak di Pantai Kerachut, berhampiran Jeti. Tujuan Pusat ini ditubuhkan untuk sebagai satu fungsi pusat ini juga adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan penyu dengan pelbagai aktiviti yang boleh dirangka seperti program sukarelawan penyu, penyelidikan dan kajian serta yang paling menarik aktiviti penetasan dan pelepasan anak penyu. Jadi sekiranya anda datang pada waktu dan musim yang betul korang boleh lihat sendiri penyu bertelur di sekitar pantai. menarik bukan!


Banyak informasi mengenai habitat penyu boleh korang baca, dari cara penyu mengawan, bertelur, menetas, sehinggalah penyu datang balik ke tempat habitat asal untuk bertelur kembali. Ini antara fakta yang menarik mengenai penyu yang sob ingat untuk mendapat telur penyu yang betul-betul berkualiti penyu betina perlu mengawan dengan empat penyu jantan yaang berbeza untuk menghasilkan telur yang paling berkualiti! menarik bukan. Bukan semua penyu yang dilepaskan di laut akan hidup nisbah 1000 anak penyu yang dilepaskan mungkin hanya 2, 3 yang mampu bertahan hidup sampai dewasa


Inilah anak-anak penyu yang ada di Pusat Konservasi, comel-comel bukan ? memang sangat berbaloi untuk hiking semata-mata untuk melihat anak penyu, satu perasaan yang sangat  mengujakan bila dapat lihat dan pegang nak anak penyu secara live! Tapi kalau dapat tengok penyu bertelur depan mata secara live rasanya mau terlompat-lompat excited.


Mengikut rekod daripada 15 hingga 20 ekor penyu agar mendarat di negeri ini ketika musim mengawan dan yang membanggakan hanya tiga hingga empat ekor merupakan ibu penyu lama iaitu yang pernah mendarat sebelum ini, purata penyu bertelur 100 -120 biji. Jadi sekiranya korang melakukan aktiviti camping di pantai ini amatlah tidak digalakkan untuk berjalan merata-rata atau membuat bising kerana ini akan menganggu penyu-penyu ini untuk bertelur.

Entry mengenai Taman Negara Pulau Pinang, masih ada sambungan part 2, untuk entry berikutnya sob akan share pengalaman sob di Monkey Beach apa yang menarik ada di pantai itu yang boleh korang buat.  Owh ya bagi korang yang terlepas entry terdahulu penang escape Part 1 & 2 boleh klik( link ini ) Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk datang ke sini boleh guna cara di bawah.

Panduan Perjalanan ke Taman Negara Pulau Pinang

Terdapat dua pintu masuk ke taman ini, satu di Kuala Sungai Pinang dengan menaiki bot atau satu lagi di Teluk Bahang, yang mudah dituju dengan menaiki kereta. Tidak sampai 45 minit perjalanan menaiki kereta untuk ke Taman Negara Pulau Pinang dari ibu negeri, George Town. Perjalanan ke sini melewati persekitaran bandar dan kampung di sepanjang jalan pesisir pantai bandar Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Pintu masuk pertama ke taman ini berada di Teluk Bahang, atau anda boleh menaiki bot dari Kampung Kuala Sungai Pinang. Denai melalui taman dibuat dengan baik dengan papan tanda yang memudahkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Department of Wildlife and National Parks Penang
Telefon: +604-881 3530/881 2016/261 3039

Penang Escape - Tarikan Di Monkey Beach & Batu Ferringhi Night Market

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera

Monkey Beach ? apa yang menarik mengenai "Pantai Monyet" yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Apa yang boleh sob katakan Monkey Beach antara Pantai-Pantai yang masih bersih yang menawarkan pemandangan yang memukau! seindah mata memandang. Monkey Beach antara salah satu Pantai yang paling popular dikunjungi oleh pelancong yang terletak di  kawasan Teluk Bahang, Penang

Pengembaraan kami bermula di Taman Negara Pulau Pinang ( klik sini ) Tracking daripada Pintu Masuk Taman Negara  Menuju ke Pantai Kerachuk sejauh 3405M, melihat keunikan Tasik Meromiktik & Pusat Konservasi Penyuseterusnya menaiki bot menuju ke Monkey Beach

Monkey Beach I Penang National Park


Jeti di Pantai Kerachuk

Perancangan utama kami ialah untuk tracking menuju ke Pantai Kerachuk sejauh 3405 Meter & seterusnya menuju ke Monkey Beach seterusnya kembali semula ke Pintu Masuk Taman Negara Penang dengan menaiki Bot yang telah disewa terlebih dahulu, dengan cash dikenakan sebanyak Rm80.00 dikongsikan dengan beberapa orang Pelancong.

Ketika kami sampai ke Pantai Kerachuk jam menunjukkan lebih kurang pukul 12.00 Pm, cuaca pada hari itu agak panas di sini selepas ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachuk melihat anak-anak penyu yang super duper comel kami berehat sebentar di jeti yang terdapat di sini sambil menunggu boat datang mengambil kami dalam pukul 2.00 Pm.

Menaiki boat menuju ke Pantai Monyet, anggaran perjalanan  lebih kurang 15 minit dari Pantai Kerachuk


Dalam perjalan ke Monkey Beach atau juga dikenali sebagai Teluk Duyung, korang akan nampak batu-batu yang membentuk bentuk seperti penyu dan buaya. Gambar di atas adalah batu yang seperti Buaya kalau korang perasan le.


Monkey Beach @ Teluk Duyung

Monkey Beach sampai juga sob disini, yeaaahh akhirnya jumpa juga pantai yang cantik di area Penang, air laut yang menghijau pasir yang memutih serta persekitaran pantai yang dikelilingi oleh hutan semulajadi.... im feel so relex here! Tambah pulak selepas penat tracking menuju ke Pantai Kerachut this perfect places for relax and recharge energy! sambil tenangkan fikiran dan waktu kitorang sampai tak berapa ramai pengunjung yang ada di sini. memang best tak perlu bersesak-sesak.



Kalau korang tanya sob apa aktiviti yang best boleh buat di Monkey Beach ? di area Pantai Kerachuk korang tidak dibenarkan untuk mandi laut disebabkan keadaan ombak laut yang agak kuat jadi di sini antara lokasi yang dibenarkan untuk mandi laut. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan ialah menaiki Banana speed, Menunggang kuda,  menunggang Atv atau lepak-lepak di gerai-gerai sekitar pantai sambil menikmati air kelapa fresh. Bagi yang suka outdoor aktiviti korang mungkin boleh camping di sini.

Really enjoy this place! mandi laut, relex, berjemur sampai hitam, perfect holiday :P

Aktiviti menunggang kuda di persisiran pantai

Antara cafe & kedai-kedai yang mejual cenderahati

Kawasan pantai ini memang best, cuma awas terhadap monyet-monyet di sini yang kadang kala bertindak sangat agresif terutama ternampak makanan, pastikan makanan di simpan di tempat tertutup jikalau tidak monyet disini tersebut akan cuba merampas. Jadi sentiasa berhati-hati terutama ternampak monyet berhampiran anda. Pernah ternampak satu kejadian di mana roti yang dimakan oleh pelancong dirampas oleh monyet, bayangkan kalau barang yang dirampas oleh monyet telefon atau camera makan hati juga, terpaksa redha dalam tak redha! jadi pastikan makanan dan barangan berharga disimpan di tempat yang selamat.

Akhirnya berjaya juga meneroka Taman Negara Pulau Pinang, dalam pukul 4.30 Pm kami kembali ke Dataran Taman Negara.

Planning yang seterusnya pergi ke Toy Muzium yang terbesar di dunia lokasinya berhampiran lebih kurang 5 minit dari Taman negara. Cerita mengenai Toy Muzium Penang sob akan share di entry berasingan.

Kompleks BayuSenja, Batu Ferringi.


Pada sebelah malam kami bercadang untuk ke Batu Ferringhi Night Market untuk Dook mencari cenderahati yang murah-murah, sebelum itu kami berhenti makan dahulu di Kompleks Bayu Senja di Gerai Kak Ani Seafood sambil layan sunset turun menghadap  Pantai Batu Ferringi

Makan Nasi goreng pataya + pekena Milo ais, sambil layan sunset turun #heavenlife

Sunset di Batu Ferringhi Beach.


13) Batu Feringgi Night Market

Pasar malam Batu Feringgi, ramai orang cakap ini adalah port terbaik untung mencari cari barang -barang cenderahati yang murah seperti T-shirt, Fm boleh dapat disini. Sebenarnya ada  setengah barang yang harganya lebih murah dan kadang-kadang mahai sampai tak masuk akal untuk barang tiruan jadi kemahiran untuk tawar menawar perlu ada. Jadi sekiranya korang mencari beg tangan jenama Lv, Gucci, Prada, Bedah dan sebagainya atau jam tangan jenama Rolex, G-shop lokasi yang korang perlu kunjungi.

Kawasan pasar malam Batu Frringgi agak panjang, so tempat terbaik untu bakar kolori selepas makan malam sambil window shopping



Tips & info

Disini juga banyak kedai yang menjual makanan timur tengah antara restoren yang agak femes adalah Restoren Tarbus dan beberapa restoran Thailands, disebab kebanyakkan pelancong yang datang ke sini dari Negara-negara Arab. Selain itu banyak juga gerai atau kedai makan melayu yang berniaga yang sesuai dengan bajet korang.

Sekiranya korang mencari barangan tiruan yang branded, disini adalah tempatnya daripada Dvd, Baju, Beg dan Jam tangan yang berjenama. Kenapa perlu beli yang mahai sekiranya boleh dapat yang murah? tapi taklah berapa murah sangat. senang kata ikut bajet dan selera masing-masing Selain itu banyak juga deko-doko hiasan rumah yang menarik dijual seperti lampu-lampu, ukiran kayu, lukisan dan pelbagai lagi.

Disini juga ada perkidmatan Beca berhias lampu neon, bagi yang nak ambil angin di Batu Ferringhi sambil nak tengok suasana pasar malam bolehlah mencuba menaiki perkhidmatan beca. Tapi sekiranya ingin membakar lemak dan kolori berjalan kaki adalah pilihan terbaik.

Parking agak senang dicari tetapi kebanyakan adalah berbayar, jadi untuk jimat korang  boleh parking kareta di kawasan Hotel dan perlu berjalan sedikit untuk sampai ke Pasar malam

Info Terakhir disini juga banyak spa-spa yang menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya massage kaki atau badan, seharian penat bermain air di laut tidak salah untuk manjakan diri dengan mengunjungi spa-spa yang ada.



Penang Escape - Apa Yang Menarik Di World's Largest Toy Museum I Penang Toy Museum

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pernah korang semua tengok kartun Toy Story or Movie Night at Museum, pada malam hari semua Patung-patung ini hidup? berinteraksi sesama sendiri. Seramkan tambah kalau Chucky dari Child's Play horror film itu hidup memang creepy! So kalau korang nak lihat beribu-ribu koleksi patung pelbagai saiz dan rupa jadi  jom ke World's Largest Toy Muzium I Penang Toy Muzium Yang Terbesar di Dunia terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang

Toy Muzium Penang I  World's Largest Toy Museum

14)  World's Largest Toy Museum I Penang Toy Muzium

Meh Sob share dengan korang serba sikit mengenai sejarah Toy Museum, Di dalam Toy muzium  ini menyimpan lebih 100,000 permainan, patung yang tidak patut disembah dan collector's item daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang dewasa dari pelbagai siri kartun, televisyen, filem mahupun permainan video.

Jadi bila korang masuk ke sini seolah-olah kembali kezaman childhood, hanyut di dalam dunia fantasi masing-masing terutama melihat karekter patung yang kita kenal.  Bagi sob yang lahir pada zaman 90an pastinya terkenang animasi seperti Dragon Ball, ninjaboy, Doremoon, salamoon, maklumlah dulu tak berapa banyak chanel yang dapat Rtm & Tv 3 itupun sekejap ada sekejap tak de siaranl !

One of my favorite movie of all time Pirate of caribbean, memang excited dapat tengok semua charekter patung dari movie pirate of caribben terutama Kapten Jack Sparrow

Kapten Jack Sparrow dan tidak dilupakan juga kawan-kawan beliau Will Turner, Barbossa, elizabeth Swann dan watak-watak yang sob tak ingat namanya :P

Kawan baik setiap budak perempuan, Barbie! so pinky :P

Laluan di dalam Toy Muzium

Di dalam muzium ini boleh dibahagian kepada beberapa seksyen seperti Chamber of Comic Book Heroes, Chamber of Horror, Hall of Rock and doll Legends dan lain-lain mengikut jenis Toys. Semua  patung ini diletakkan di dalam kotak untuk melindungi daripada patah atau rosak, sebab kebanyakkan patung-patung ini terutama yang bersaiz besar ditempah di luar negara dan harganya bernilai ribuan ringgit.

Laluan agak besar, so tiada masalah untuk bergambar pelbagai cara mengikut kretiviti korang dengan pelbagai gaya, lagi fotogenik lagi cantik hasil yang korang dapat. Owh di setiap rak ada empat tingkat pula dan masing-masing penuh dengan toys sampai naik juling mata tengok :P

Dragon ball, budak-budak yang lahir tahun 90an mesti tahu kartun ni, paling menyampah kalau ada kelas tambahan hari sabtu, sebab mesti miss tengok kartun ni.. kamehameha!

 Berjumpa  sekejap dengan Goku, Bezita, Pendekar Penyu, Bulma, Kuririn,  Trunks,Tenshinhan, Piccolo,  Freeza, Cell dan Majin Boo!




Antara koleksi yang paling banyak ada di dalam muzium ini sob rasa ialah dari Filem Star Wars! 




Sebab si Chucky inilah sampai sekarang sob tak suka nak kumpul any toy kat rumah, korang pahamlah perasaan seorang budak lelaki yang menonton cerita ini ada zaman kecilnya! such as scary & creepy story! paling seram pernah sob tengok waktu kecil.




So far sob memang sangat berpuas hati dengan koleksi-koleksi yang ada di dalam muzium ini, sangat banyak, menarik dan interaktif  untuk dilawati sampai tak sempat nak lihat semua Toys yang dipamerkan. Toy Muzium ini Sob boleh ibaratkan sebuah tempat untuk menggamit memori zaman kita masih kecil, teringat di mana animasi-animasi ini pernah menjadi kegilaan, idola dan superhero pada satu ketika dahulu terutama yang lahir tahun 80 & 90an. 

Sekiranya pada masa hadapan sob sangat berharap pihak pengurusan akan membuat satu seksyen khas mempamerkan toys daripada animasi tempatan seperti sang wira, anak-anak sidek, Usop sontorian yang terbaru boboboy, puteri dan upin dan ipin sebab kebanyakkan rakyat malaysia membesar dengan menonton siri animasi ini :P

World's Largest Toy Museum I Penang Toy Muzium

Panduan Perjalanan ke Toy Muzium, Penang :

Dari Batu Ferringhi memandu menghala ke Teluk Bahang jumpa roundabout sila ambil ke arah bulatan jam numbor 9 exit. signboard untuk simpang masuk hanya 50 Mtr. Boleh juga menaiki bas Rapid Penang : 101, 102 dan 501 atau bas Penang HOHO (beach route) dan turun di Teluk Bahang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Toy Museum Pulau Pinang
1370, MK2, Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang.

Contact : 012-4602096

Tiket Masuk :

Adult : RM10 (MyKad)
Children : RM6

Ezzy Travel Agensi Pelancongan Online Pilihan Anda

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera

Bercuti! siapa dekat sini yang tak suka bercuti atau melancong tidak kisah sama ada di dalam atau luar negara, semua orang amat suka bercuti bukan sahaja dapat merehatkan minda malah dapat menghilangkan stress setelah penat bekerja & dapat mempelajari pelbagai perkara baru ketika bercuti. Perkara paling utama sebelum bercuti korang haruslah melakukan pelbagai perancangan seperti termasuk persiapan bajet untuk pengankutan, hotel agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian korang berjalan dengan lancar, ini amat penting untuk mengelakkan kerusutan atau pening kepala ketika bercuti.

Rancang percutian anda dengan bijaknya

Terdapat pelbagai cara untuk merancang percutian anda sama merancang dengan sendiri atau boleh menggunakan perkidmatan Agensi perlancongan, pilihan di tangan korang"tepuk dada tanya selera". Sob tahu semua orang inginkan percutian yang mudah dan jimat oleh itu korang boleh menggunakan perkidmatan agensi perlancongan online Ezzy Travel - www.ezzytravel.com

Menariknya mengenai perkidmatan yang ditawarkan oleh Agensi Pelancongan Online Ezzy Travel, sebuah website yang menggabungkan enjin carian untuk hotel, tiket penerbangan dan tiket bas pada kadar terendah dan terbaik. Di website ini juga korang boleh bandingkan harga hotel, tiket penerbangan dan tiket bas mengikut bajet korang dengan menggunakan laman web www.ezzytravel.com  tanpa perlu keluar rumah untuk membeli dari agensi pelancongan, semua di hujung jari, just klik dan bandingkan mengikut budget  korang!

Yang paling menarik korang boleh merancang bajet kewangan korang dengan teliti, ini amat penting untuk memastikan korang tidak membazir. Selain itu Laman Ezzy Travel menggunakan sistem yang sama dengan agensi pelancongan lain malah harga yang ditawarkan lebih murah tanpa sebarang kos tersembunyi seperti kos pentadbiran, dan lain-lain. Transaksi korang dijamin selamat kerana sistem pembayaran dibayar terus kepada pembekal tanpa melalui Ezzy Travel.


Untuk maklumat berikut :

sila layari laman web Ezzy Travel

Sebarang pertanyaan emailkan ke :

Atau boleh juga layari Facebook :

Penang Escape - Apa Tarikan Yang Menarik Ada Di Bukit Bendera I Penang Hill, Penang

$
0
0
Bukit Bendera antara lokasi percutian yang begitu sinonim dengan Pulau Pinang semenjak dahulu lagi, senang cakap"mai penang, hampa wajib datang kat sini ambik gambar kat signboard yang tulis sebesaq-besaq perkataan Bukit Bendera" . Terletak di ketinggian daripada 830 Mtr dari aras laut, Bukit Bendera merupakan destinasi perlancongan yang berbayar yang sekarang menawarkan pelbagai tarikan seperti Own Muzium, Cliff Cafe, Astaka Bukit Bendera, Lock Point dan macam-macam lagi.

Penang Hill @ Bukit Bendera, Pulau Pinang


15) Bukit Bendera I Penang Hill, Penang

Bukit Bendera terletak ketinggian daripada 830 Mtr dari aras laut antara lokasi terbaik untuk melihat pemandangan Pulau Pinang dripada puncak bukit terutama pada waktu malam, keadaan suhu disini agak nyaman antara destinasi wajib untuk berkunjung yang terletak di Air Hitam, 6 km dari Georgetown.

So far Bukit Bendera bukan sekadar bukit, tapi pada masa sekarang sudah banyak tarikan baru telah diwujudkan. Buat pasangan couple maybe suka suasana di Bukit Bendera agak romantik terutama di love Padlock dimana korang boleh Lock cinta teraggung di sini acah-acah berada kat korea, Paris, London dan sewaktu denganya :P





16 ) Lock Point

Di Lock Point, dekat sini korang boleh lihat keseluruhan pemandangan Pulau Pinang, teropong ada disediakan jadi boleh lihat view yang lebih jelas dan terperinci, dari ats ini bolehlah nampak bangunan komtar, Jambatan pulau pinang! tapi kalau korang pergi waktu awan agak tebal & berkabus memang agak spoil sikit view yang korang nampak... nampak kabus je.


Astaka Bukit Bendera, Antara Port untuk lepak-lepak dekat dalam Astaka ada food court, cafe  jual makanan, minuman, cenderahati dan di atas astaka ini korang adalah kawasan love packlock di mana korang boleh Lock Cinta agung korang disini #kekononsweet


Food court di dalam astana, rasa makanan not so bad! 

love Padlock?, bak kata pujanggan tulislah kata-kata cinta iklas daripada hati yang nurani anda dan kuncilah cintamu disini tanpa was-was!

17) Astaka Bukit Bendera / Love Padlock

Nak jimat duit beli mangga? beli siap-siap mangga dari rumah korang bawa kat sini & lock sebab pertama  harga manga yang dijual agak mahai tak berbaloi dengan kualiti mangga tu, Btw bila sob dekat sini memang terasa forever alone mostly yang ada kat sini memang pasangan couple! i'm feel so gay dekat dekat sini berdua dengan Dook? i know that feel bro..

:
Bak kata Sis Nana  "love locks shits places! "




17) The Own Muzium

Di puncak bukit bendera, terdapat A few kafe, Kuil, Masjid dan tarikan terbarunya Muzium Burung Hantu atau The Owl Museum. Harga terkini untuk masuk ke dalam muzium tersebut ialah RM10 untuk orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.



its all about art! Owl at anywhere.


Sedikit info mengenai Muzium Burung Hantu, muzium pertama di asia tenggara yang mengumpulkan beribu patung atau art yang terinspirasikan daripada burung hantu dan tercatat di dalam Malaysia book of rekod. Saiz muzium ini agak kecil,koleksi pameran biasa-biasa sahaja, cuma part yang best di ruang kedai cenderahati agak menarik banyak pilihan banrangan yang dijual agak comel dan unit cuma harga agak mahai sedikit.

kedai cenderahati di Owl Muzium


So far Bukit Bendera not so bad, taklah sebegitu bored seperti yang diperkatakan agak menarik untuk dikunjungi terutama bersama ahli keluarga, kawan-kawan untuk relex & lepak-lepak sambil menikmati pemandangan Pulau Pinang yang awesome daripada puncak bukit. Tapi sekiranya korang inginkan aktiviti yang lebih mencabar  sob cadangkan aktiviti hiking ke puncak Bukit Bendera bila korangkan rasakan naik train takde rasa feel sangat  bro. Sekiranya korang datang ketika waktu cuti sekolah lokasi ini agak paek dan terpaksa tunggu agak lama turn untuk menaiki train ke atas dan train terakhir untuk turun ke bawah adalah jam 11 malam.


Untuk maklumat dengan lebih lanjut sila layari website Bukit Bendera

Ekspedisi Menawan Gunung Baling, Kedah

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera

Apa khabar semua? diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera, entry kali ini nak berkongsi mengenai pengembaraan Sob bersama-sama Geng Hiking Sampai Jadi #GHSJ dalam misi menawan Gunung Baling. Untuk misi kali ini memerlukan kami untuk mendaki ketingian 420M untuk sampai ke puncak Gunung Baling. Untuk pengetahuan korang Gunung Baling ni termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur dimana di puncak gunung akan menjumpai batu-batu kapur dan juga batu kristal.

Ekspedisi Menawan Gunung Baling

Pengembaraan Team HSJ bermula dari Gerik, di mana bertolak daripada pekan gerik menuju ke Pekan Baling, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 Jam dan berkumpul di Perkampungan yang terletak di bawah kaki gunung untuk berjumpa Our Tour Guide bersiap-siap untuk mendaki Gunung. Owh sebelum itu kebanyakkan anggota jemaah #Team HSJ yang joint Trips Hiking Sampai Jadi merupakan pengalaman pertama kali hiking gunung, so banyak perkara-pekara menarik yang terjadi sepanjang trips ini yang membuat kami semua akan repeat lagi sekali mendaki Gunung Baling.

Pemandangan Gunung Baling di waktu pagi.

#Team HGSJ Amalina, Anis, Jamilah, k. June, Khairul @ Boris, 
Addy, Adli & our Guide Nazhif!

Gunung Baling, walaupun nama dia Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung, ketingian boleh dikira sebagai tahap ketinggiaan bukit, apa yang menarik mengenai gunung baling ini ialah kepelbagian geogologi dan lanskap hutan yang boleh korang jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak. 

Check point untuk naik ke Gunung Baling, di belakang rumah-rumah orang kampung dimana di awal pendakian akan melalui lorong-lorong rumah, seterusnya akan menjumpai dusun buah dan disitu akan menjumpai trek untuk ke puncak dimana trek di ikat dengan tali merah dan diletakkan botol.. Tahap kesukaran untuk menjadi gunung baling untuk yang pakar mungkin agak mudah pejam mata pun boleh sampai, tapi untuk beginner perhh.. boleh tahan juga trek gunung baling memang menguji kesabaran diri, mental dan segalanya sekiranya kurang focus dan tidak berazam untuk sampai ke puncak memang tewas di tengah jalan!

Perhentian rehat pertama kami di Gua Kambing, kenapa gua ini dipanggil sebagai gua kambing? sebab terdapat satu struktur batu yang menyerupai kambing.

Walaupun ramai yang cakap ketinggian gunung baling standard aras ketinggian bukit dimana masa pendakian yang untuk naik dan turun dalam masa 3 jam, tapi kecerunan dan trek yang terpaksa dilalui agak mencabar, curam, agak berbatu dan licin sekiranya selepas hujan sangat menguji fizikil dan mental korang, senang cakap walaupun kitinggian gunung ini aras rendah tapi memang sangat layan trek kat sini! ada kejutan tersendiri.


Ekspedisi pendakian yang di diklasfikasikan  sebagai  ekspedisi santai-santai oleh Team HSJ.. santai-santai ke? bukan main teruk lagi hampa push diri nak sampai ke puncak, alhamdulilah sampai jugak kat atas.. sangat berbaloi bukan dengan pengalaman dan pemandangan yang ditawarkan

Checkpoint tempat rehat pertama Gua Kambing, rehat sebentar untuk reduce kembali energy.

Laluan trek yang agak curam, memang akar-akar kayu sebagai tempat untuk berpaut 

Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.




Acara wajib setiap kali berehat, bergambar, berselfie & membahan salah satu cara nak hilangkan perasaan nak give up yang menari-nari dalam minda, mostly yang joint trips ini beginner untuk hiking gunung so rasa sangat bertuah kerana semua team memainkan peranan masing sentiasa memberi kata-kata peransang dan sokongan  kepada satu sama-lain supaya team rasa tak mengalah. Sebenarnya cara paling senang nak kata-kata peransang dengan membahan! tak percaya ? cuba buat ya :P

eh tunjuk apa tu? nampak tak semangat untuk menawan gunung baling terpancar di muka masing-masing

Sekarang kami berasa di laluan yang ke 3, laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan pokok buluh. Suasana di sini memang cantik, sejuk so kalau sampai disini memang port wajib untuk bergambar! Dekat sini korang akan melalui celah-celah batu yang agak tajam di lereng-lereng bukit jadi memang amat digalakkan untuk memakai sarung tangan untuk keselamatan jari daripada terluka. 



Antara cabaran untuk terpakasa ditempuhi untuk sampai ke puncak adalah melalui 'batu celah' sebab ada lubang kecik dan korang terpaksa menyelit di bawah celah-celah batu. kerjasama daripada setiap anggota kumpulan sangat penting untuk menggelakkan kemalangan yang tidak dijangka. Safety first

Setelah 2 Jam mendaki akhirnya sampai juga kami ke puncak Gunung Baling.. alhamdulilah


Pemandangan di atas gunung baling turut dikenali sebagai Rock Garden dekat sini korang akan melihat pelbagai bentuk batu dikelilingi pokok-pokok renek dan serai, satu pemandangan landskap yang cukup berbaloi untuk dilihat bila sampai di atas puncak.

Tips daripada sob pastikan korang memakai baju lengan panjang sebab dekat sini memang banyak nyamuk sembur insert repplent pun still nyamuk hinggap memang ketegak nyamuk-nyamuk kat sini. selain di atas ini banyak batu-batu besar yang tajam,  pokok serai untuk mengelakkan luka badan korang terkena batu dan daun serai,

seperti biasalah you all dah sampai ke atas puncak aktiviti wajib kena buat ialah welfie & selfie di  atas gunung baling sambing menikmati pemandangan indah gunung dilitupi oleh kabus.. syukur


saya sudah sampai ke sini? anda bila lagi ! memang gayat owhh.. bila tengok kat bawah.

It very valuable experince a lot of fun in the process of bonding with nature, very unforgettable Hiking activities experience! It all about Teamwork.. Advanture.. Nature

Thanks kepada our guide Nazsif yang sentiasa menjaga keselamatan kami dengan efisen good job bro! kepada Addy & Adli walaupun agak malu-malu kucing first time jumpa terima kasih kerana sudi menjaga dan memberi kata-kata semangat kepada akak-akak korang ya!sepanjang pendakian ini. kepada K June, Anis, Amalina & Jamilah you girls Rocks the world! Boris do are great job bro..give fully support untuk trips kali ini kata-kata semangat kau membuat ramai yang bersemangat untuk sampai ke Puncak, Hope ini adalah permulaan untuk Geng HSJ untuk trips dan advanture yang mendatang!...

Segala penat lelah mengharungi pelbagai cabaran dan ragam melalui laluan berbatu yang mencabar. panjat tebing batu tinggi dengan tali, lalui celah-celah lubang batu yang sempit, kerabat akar-akar kayu akhirnya sampai juga Team Hiking Sampai Jadi ke atas, memang sangat berbaloi dapat melihat memandangan yang memukau!

Jom cuba Lost World Of Tambun - Bukan Sekadar Taman Tema Biasa !

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera

Tidak dinafikan Bandaraya Ipoh mempunyai tarikan tersendiri yang menawarkan pelbagai perkara yang cukup menarik buat para pelancong terokai, daripada keindahan dan keunikan senibina bagunan-bangunan lama di Pekan Ipoh yang selalu menjadi pilihan pencinta seni photograpy serta lokasi kegemaran penggembaran filem Yasmin Ahmad, kawasan Ipoh dikelilingi Gunung-ganang batu kapur yang cukup mempesonakan sekiranya anda inginkan melakukan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan, Taman Tema Lost Worls Of Tambun antara destinasi pilihan utama buat para pengunjung melancong ke Ipoh.

 Lost World of Tambun I Theme Park hotel & Spa

Taman Tema Lost World Of Tambun adalah taman tema yang menghimpunkan pelbagai permainan mencabar dan menyeronokkan yang bakal menguji daya ketahanan dan tahap keberanian anda. Di sini terdapat beberapa zone yang dibahagikan meliputi Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Water Park, Amusement Park, Hot Spring & Spa dan Team Building Park yang menawarkan tahap keseronokan dan cabaran yang tersendiri, sangat sesuai untuk anda yang ingin melakukan pelbagai aktiviti sama ada untuk bersantai atau mencabar keberanian diri sendiri!





Pemandangan di dalam Taman Tema yang cukup luas, dikelilingi gunung berbatu kapur yang cukup awesome, membuatkan diri terasa 'breathtaking!'

Deco yang sangat menarik, menyerupai bangunan lama yang terdapat di pekan Ipoh pada masa dahulu, yang menjual pelbagai makanan yang 'popular' terdapat di Ipoh

Terletak di Sunway City Ipoh, Tambun, Lost World Theme Park merupakan tarikan cukup popular yang bakal menjadikan kunjungan anda penuh dengan pengalaman yang cukup menarik. Dikelilingi oleh gunung batu kapur yang berusia 400 ribu tahun, mempunyai kolam air panas yang tersendiri merupakan lokasi wajib dikunjungi sekiranya korang mencari lokasi percutian berkonsep eco-advanture!

Taman ini juga terbuka untuk semua orang, tanpa mengira umur kerana terdapat pelbagai jenis permainan basah dan kering yang disediakan di sini mengikut tahap peringkat umur, kebolehan dan kesesuaian para penggunjung.

Tempat meyimpan barang dimana anda boleh menyewa lokar  untuk menyimpan barangan berharga.

Sebelum masuk ke dalam, anda akan melalui kaunter pembayaran untuk mendapatkan tiket dan juga gelang tangan khas untuk digunakan jika ada sebarang urusan pembelian ataupun sewa loker. Untuk makluman anda amat dilarang untuk membawa makanan daripada  luar untuk dibawa masuk ke dalam Taman Tema ini.

Tips untuk mendapatkan tiket yang lebih murah, belilah secara online :

Sila layari website :sunwaylostworldoftambun.com

Dimana pembelian secara online lebih awal, anda akan mendapat potongan harga yang sangat berbaloi daripada datang secara walk in, bergantung kepada promosi semasa. Antara kemudahan lain yang terdapat di dalam Taman Tema Lost World Of Tambun seperti, tempat persalinan pakaian dan mandi, baby changing room, surau, tandas dan bilik rawatan kecemasan.

Food Court, sebelum explore marilah kita mengisi perut terlebih dahulu.

Menu yang di dicuba oleh kami ialah Ayam Penyet, owh.. rasanya sangat sedap, ayam rangup dan berperisa dan lembut sangat kena denga selera Sob. 

Trip di Taman Tema Lost World of Tambun turut disertai oleh Subhan & En Rosli daripada Epoh Echo Terima kasih kepada Miss Mazian Nawawi seniour Executive - Communications & Public Relations atas layanan yang sangat supers :P

Lost World Petting Zoo

Zone pertama yang dilawati oleh sob ialah, Lost World Petting Zoo dimana disini terdapat zoo mini di mana anda boleh merasai sendiri pengalaman melihat dan menyentuh dengan Raccoon, ular, rusa sawa, burung kakak tua dan pelbagai jenis binatang secara lebih dekat serta mempelajari dengan lebih mendalam mengenai habitat asal haiwan-haiwan yang terdapat di sini.


Rabbit wonderlands, nampak tak disekeliling terdapat longkang yang dipenuhi ikan-ikan kecil, apa yang menarik mengenai aktiviti yang anda boleh buat disini ialah anda boleh menangkap ikan-ikan yang terdapat di dalam longkang tu, betul-betul mengimbas kenangan masa-masa kecil dulu menangkap ikan di longkang dan parit, lagi best aktiviti ini dibuat bersama-sama anak-anak anda.

Our star here, Ruby the Raccon!, sumpah memang best dapat bagi makan dan belai-belai ruby jinak gila dah la cute..geram sangat.. :P




Di dalam Lost World Petting Zoo ditempatkan beberapa sangkar besar yang mempamerkan pelbagai jenis haiwan exotic seperti ular, burung dimana korang berpeluang untuk menyentuh, bergambar dan memberikan makan kepada haiwan-haiwan tersebut, jangan risau kesemua haiwan disini sangat jinak dan telah dilatih selain itu terdapat banyak penjaga haiwan yang sentiasa memantau aktiviti anda bersama-sama haiwan di Petting Zoo untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak dijangka. Tak percaya haiwan kat sini jinak? cuba tengok gambar kat bawah.

Sangat jinak bukan, siap bertenggek makan kat atas kepala, bukan kat tangan ok! :P



Suka konsep zoo mini di sini, haiwan dibiarkan bebas berkeliaran yang jinak-jinak la ye, yang kurang jinak dan agak berisiko diletakkan di dalam kandang jadi para pengunjung boleh menggambil masa selama yang mugkin untuk berada di sini, jadi secara personal kita boleh terasa close dengan haiwan tersebut dan salah satu cara kita belajar dan berseronok secara tidak langsung. Untuk pengetahuan ada di Petting Zoo dibahagikan pula kepada bahagian antaranya Ruby And Friends, Rabbit Wonderland, Bird Paradise, Sepentarium, Tortoise Kingdom & Rain Forest Trail

Di sini juga terdapat program yang dikenali sebagai Lost World Junior Rangers bagi ibu-bapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka bolehlah mendaftarkan anak anda sebagai salah seorang Junior Rangers.


Rusa oh rusa! kebanyakkan kandang-kandang haiwan di sini tidak berbau dan haiwan diuruskan dalam keadaan sangat baik! syabas :P

Di sini juga banyak disediakan tempat untuk berehat yang sangat selesa, selepas penat berjalan.

Untuk pengetahuan korang semua tidak semua zone sempat sob terokai disebabkan hujan di waktu Tengahhari dan kekangan masa jadi amatlah rugi kerana di semua zone mempunyai tarikan yang tersendiri, Tips untuk anda supaya tidak merasa rugi seperti sob sila datang pada awal pagi kerana Lost World beroperasi awal pagi.

So next zone kita nak terokai ke mana pulak ye? Pening banyak sangat pilihan aktiviti yang ada.


Needle of Tambun turut dikenali sebagai Bukit Pensil

Bgi korang yang sukakan aktiviti outdoor, disini juga disediakan aktiviti seperti  High Rope di Lost Word Advanture Park, 13 jenis laluan disediakan  untuk menguji keberanian dan kebolehan korang semua, bagi yang berminat untuk Rock Climbing di sini tapak turut disediakan.


Di Porcupine Train kawasan khas untuk adik-adik kecil melakukan aktiviti, antara aktiviti yang sangat menarik untuk dilakukan ialah menunggang kuda. Jelousnya abang pun tak pernah tunggang kuda dik! 


Menunggu Animals Show, setiap hari pada pukul 3.00 am jadi pastikan korang datang 10 minit awal untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa yang penting duduk depan sekali barulah rasa seperti VVIP gituee!. Animals show di Lost Words sangat tidak menghampakan sangat menghiburkan terutama ketika Pertunjukan Harimau, selain daripada berhibur diterangkan berapa pentingnya kita untuk terus menjaga habitat haiwan-haiwan tersebut.

Credit Pictureto Subhan. Our star here Putra, Zazz dan Azian harimau jenis Siberian. Di Lost World Tiger Valley disini korang bolehlah bermanja-manja dengan harimau so korang boleh Get up close and personal with our very own Siberian Tigers


One of my favorite advanture game,  Dragon Flight memang menaikan perasaan aderenalin dalam diri korang terasa di terbang tinggi di udara! perh ..

Bagi korang yang datang ke Taman Tema Lost World tapi tak ingin melakukan aktiviti melibatkan air terdapat juga banyak pilihan aktiviti lain yang boleh korang lakukan di Lost Work Amusement Park antaranya di Lost World Lupe Advanture korang boleh mencuba menaiki Roller Coaster! sumpah memang menyeronokkan sungguh mendebarkan so antara benda wajib yang korang kena cuba :P


Perkara yang paling wajib dibuat sekiranya korang datang ke sini ialah Selfie satu kali!
dan jangan lupa tag #SobOhsem en bukan tag #LostWorldOfTambun

Jangan lupa mencuba Tube Raiders & Cliff Racer tapi pastikan anda kena menyewa tube dulu ya.


Di Zone Lost World Water Park memang banyak pilihan aktiviti yang boleh korang cuba antaranya di Jungle Wave Pool ialah korang renang yang terbesar di Malaysia, jadi korang boleh banyangkan berapa besarnya kolam untuk mandi manda dan berenang sepuasnya. Oh ya di kolam ini juga ada ombak boleh mencapai sehingga ketinggian 3meter, best bukan.

Sandy Bay pula adalah pantai ciptaan yang mempunyai pantai ataupun pasir yang sebenar susana di sini memang cantik berlatar belakangkan gunung-gunung batu kapur seolah-olah berada di pantai yang tersembunyi.

Adventure River seperti lorong buatan ataupun sungai buatan dimana korang boleh menaiki pelampung menglilingi lorang-lorong ini pelbagai perkara yang menarik yang boleh jumpa, ada kejutan tersendiri nak tahu kenalah cuba sendiri.


Advanture River


Amazing View at Lost World of Tambun


Selepas penat seharian explore semua permainan yang ada di sini, penamat yang cukup indah segarkan diri korang dengan berendam di Hot Springs memang cukup meyegarkan kembali badan korang selepas penat seharian bermain.

Oh ya untuk pengetahuan anda semua, Taman Tema Lost World juga dibuka pada waktu malam pada pukul 6.00 pm-11.00. Di Lost World Hot Springs & Spa pula terdapat Top of world pool, lost worldsteam cave, foot spa, crystal spa, spahira baby pool dan cristal pool wah bestnya! jadi bagi korang yang inginkan susana yang damai dan santai sambil merehatkan diri berendan didalam air panas mineral semulajadi bolehlah mencubanya sendiri.


Jadi macam mana Lost World Of Tambun ? sangat menarik bukan bagi anda semua yang mencari-cari destinasi untuk berlibur, bolehlah berkunjung kesini kerana Lost World Of Tambun bukan sekadar Taman Tema biasa  tapi lebih daripada itu  dan semestinya Sob akan berkunjung lagi ke sini.

Alamat :
No 1, Persiaran Lagun Sunway 1,
 Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Email : lostworldoftambun@sunway.com.my


Waktu Beroperasi :
Weekdays : 11.00 am - 6.00 pm
weekeds    : 10.00 am - 6.00 pm


Waktu Beroperasi Malam
Isnin - Ahad : 6.00 pm - 11.00 pm


Misi Menjejaki Air Terjun Di Bukit Larut

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bagaimana dengan aktiviti hujung minggu korang? membosankan hanya duduk terperap di rumah setelah penat bekerja, inilah masanya keluar untuk beriadah mengeluarkan peluh sambil menikmati keindahan alam sekitar. Jadi sekiranya anda semua mencari aktiviti riadah yang sihat dan mengeluarkan peluh mendaki ke Puncak Bukit Larut antara pilihan aktiviti riadah yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke Taiping, Perak

Misi Menjejaki Air Terjun Di Bukit Larut

Bukit Larut di Taiping Perak ataupun dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. dengan ketinggian 1,200 Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia walaupun Bukit larut tidak sebegitu popular seperti Cameron higlands tapi keindahan alam semulajadinya, ketenangan dan udara yang nyaman membuat lokasi ini tempat yang paling menyeronokkan untuk hiking terutama kepada beginner.

Pintu masuk ke Bukit Larut, korang boleh park kereta di area sini

Perjalanan kami bermula seawal 4.00 pagi daripada Gerik menuju ke Tasik Taiping, owh ya trips kali ini juga disertai oleh #GHKJ tujuan utama kami ialah untuk menyertai Program Awareness Walk Orang Utan seawal 8.00am, one of the program pulau orang utan to save Orang utan, mengenai program itu sekiranya ada masa nanti sob tulis.

Waktu pendakian kami bermula agak lambat sekitar pukul 12.00 tengahhari, agenda utama kami ke Taiping ialah untuk mendaki Bukit Larut, maka terpaksalah mendaki dalam cuaca agak panas dan ketika dalam perjalanan  kebanyakkan pendaki lain yang mendaki seawal pagi dalam perjalanan turun ke bawah.

#GHSJ penuh semangat untuk mendaki !



Disebabkan waktu pendakian kami bermula sudah agak lambat, cuaca di  kawasan Taiping yang tidak menentu pada sebelah petang biasanyaa terutama di kawasan Bukit Larut akan turun hujan, jadi misi utama kitaorang untuk sampai ke Puncak bukit larut terpaksa dilupakan dan secara automatik muncul pulak idea untuk mandi air terjun yang terdapat di dalam perjalanan ke puncak Bukit larut.

Terdapat dua cara untuk sampai ke Puncak Bukit Larut, sama ada menaiki Jeep atau mendaki. Bayaran sebanyak Rm 6,00 dewasa, manakala kanak-kanak Rm 3.00 dan untuk sewa trailer sebanyak Rm 15.00



Keadaan treck di sini berjalan tar, so agak senang untuk mendaki sekiranya korang teringin sampai lebih cepat ke atas banyak jalan-jalan short cut yang boleh lalu. Tapi pastikan tidak sampai tersesat ke dalam Hutan. Yang best diberapa kawasan memang ada air bukit, jadi bagi korang yang kehabisan air atau keletihan bolehlah basah-basahkan muka, refresh kembali tenaga sebelum teruskan pendakian!


Owh ya pendakian kali ini melibatkan seramai 6 orang anggota jemaah dalam usaha membakar-lemak degil iaitu Aburis, Amirul, Miela, K June, Amalina dan Sob. Sebelum ini team kami ada menjaki Puncak Gunung Baling boleh baca kisah kitaorang (di sini) 


Masa pendakian yang sepatutnya di ambil untuk sampai ke puncak 3 jam dan turun 3 jam, manakala jarak perjalanan sejauh 10 km dan akan melalui lebih kurang 72 selekoh jalan. Dekat sini juga banyak Jeep yang lalu lalang jadi pastikan apabila korang mendengar bunyi Hon sila berdiri di tepi-tepi jalan, kerana kebanyakan kenderaan Jeep dipandu agak laju... jadi make sure always alert dengan bunyi-bunyi hon.


Di sepanjang perjalanan memang akan disajikan dengan pemandangan yang awesome!

Boleh dikatakan setiap 2, 3 km korang akan menjumpai pondok rehat jadi untuk beginner tak perlu tergopoh gapah untuk sampai ke puncak take your time and enjoy that moment. Jujurnya walaupun bukit larut ini diketegorikan sebagai bukit tapi tahap keletihan dan kesukaranya boleh tahan juga boleh terasa sengal keesokan harinya tambahan pula kebanyakan treck hanya melalui jalan raya membuatkan perjalanan terasa jauh untuk sampai.

Di pertengahan perjalanan



Akhirnya jumpa juga Air Terjun yang tidak bernama sebab kitaorang sendiri tidak pasti nama air terjun ini, apabila bertanya dengan local yang hiking pun tak sure nama dengan tepat gelaran air terjun ini, dengan ini sob istiharkan air terjun ini dengan nama Air Terjun Sob boleh? just kidding :P

Air Terjun Bukit Larut

Untuk penjelasan, misi kali ini memang kitaorang tidak sampai ke puncak sebab target utama Team HSJ memang untuk mandi air terjun nak merasa nikmatnya mandi air bukit memang best giler sejuk sampai ke tulang memang puas mandi. Untuk sampai ke puncak perjalanan masih berbaki 1jam 30minit, manakala kitaorang hanya sampai separuh perjalan di Bukit Larut. Pendakian kali ini walaupun bermotif santai-santai practice for next project hiking memang Bukit Larut memberikan satu pengalaman pendakian yang berbeza dan tersendiri walaupun hanya berjalan di trek bertar tapi tetap memberikan cabaran yang tersendiri!

6 Tempat Tarikan Menarik Wajib Dikunjungi Di Georgetown, Penang

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pulau pinang boleh dikatakan antara lokasi percutian yang lengkap untuk berlibur, kehadiran anda ke sini pasti tidak mengecewakan daripada pelbagai variasi makanan yang perlu dicuba oleh penggemar makanan, begitu juga pelbagai tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi. Di bawah sob senaraikan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi di sekitar bandar Georgetown


6 Tempat Tarikan Menarik Wajib Dikunjungi Di Georgetown

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Georgetown merupakan bandaraya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru, turut disebut dengan nama Tanjung oleh penduduk setempat. Tapi apa yang buat sob keliru sampai sekarang setengah orang panggil Bagan tak pun Tanjung ? Orang-orang Penang yang segakn lagi lawa tolong betulkan kekeliruan abang sob ini ? Owh ya selain itu yang membuatkan kawasan ini sangat menarik kerana telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, jadi kunjungan korang ke sini pasti tidak mengecewakan kerana banyak paktiviti menarik yang boleh dibuat di sini


 Padang Kota Lama

Padang kota lama, tempat menarik yang perlu korang kunjungi sering menjadi tumpuan penduduk setempat ataupun pelancong untuk bersantai-santai. Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini ialah pertama sekiranya anda pertama kali datang di sini anda boleh melawat ke Kota Fort Cornwallis kota tinggalan sejarah di mana Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack. 


Fort Cornwallis

Di sini masih jelas kelihatan Kubu pertahanan yang dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas hingga kini. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota terutama di bangunan-bangunan lama yang persi bangunan dari negara luar.



Banyak bagunan-bangunan menarik boleh ditemui di sekitar Padang Kota Lama terutama kebanyakan design dipengaruhi oleh senibina British. Perfect places untuk pencita photograpy. Untuk aktiviti riadah yang lebih santai korang boleh bersiar-siar di kawasan sekitar dengan menaiki beca atau lepak-lepak di tepi tebing-tebing pantai yang mengadap laut sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik



Selain itu, antara tempat makan yang agak popular di Padang Kota Lama adalah Mee Sotong Hameed, pesembor yang banyak dijual di Food court dan jangan lupa pekena coconut shake padang kota!. Pada sebelah malam di kawasan Padang Kota menjadi tumpuan, banyak aktiviti menarik ada di sini antaranya busking, main buih belon, roller blade memang best terutama apabila lepak-lepak bersama kawan sambil pekena angin laut!


Antara Mercu tanda yang femes kat sini.

Pemandangan di Lebuh Pantai Georgtown.

Church Street Pier


Tanjong City Marina 

Marina pertama di Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya GeorgeTown. Pemandangan dari Tanjung City Marina cukup menarik dimana korang boleh nampak feri ke bot bertukar ganti tiba dan berlepas dari jeti. Kepada korang yang teringin nak merasai pengalaman menaiki Kapal Cruise ataupun nak honeymoon di atas kapal besar boleh pergi  ke Pelabuhan Swettenham bersebelahan Tanjung Marina City, bolehlah fealing makan light dinner sambil menghadap matahari jatuh! romantik :P


Chew Village

Apa yang menarik mengenai kawasan Perkampungan Cina di atas air di mana di hujung perjalanan korang akan menjumpai Jetty yang masih digunakan oleh penduduk setempat, pertama dekat sini korang akan menjumpai a few Art Street, sekiranya anda dalam misi menjejaki semua art street yang femes lokasi ini wajib korang kunjungi!

Chew Village ini antara lapan perkampungan clan jetty yang terdapat disini dan ini antara chew village yang paling ramai pelancong datang antara penempatan clan jetty paling tinggi di sini juga. Sepanjang jalan ke kampung ni diperbuat dari kayu, ada rumah kayu kiri kanan di sepanjang perjalanan korang akan menjumpai ramai peniaga yang berniaga makanan makanan dan cenderahati!

Antara hasil lukisan yang dijual, cukup menarik!


Pemandangan di hujung kampung, di mana korang akan menjumpai satu Tokong

Clan tu apa ? Clan sebenarnya adalah kategori kaum atau keturunan. Satu kelompok manusia yang kongsi minat yang sama, nama yang sama or senang cerita keluarga pun boleh juga. 

"Orang cina kan ada banyak surname : Lee, Tan, Chew dan sebagainya. Jadi masa zaman datuk nenek moyang orang cina memula datang Tanah Melayu, they classified their houses through surname. Jadi keluarga Chew duduk satu kelompok. Keluarga Tan duduk satu kelompok. Tak bergaul dan saling bermusuhan. Kiranya assabiyah terbentuk melalui surname masing-masing. As time passed by negara pun dah maju tak adalah permusuhan tu semua. Tapi blocks perumahan mengikut nama masih ada."

Sumber dari blog siti yang menaip, diharapkan dengan perkongsian ini semakin bertambahlah pengetahuan kita semua mengenai masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa gittuw!



The Poscard Shop

Rasanya kedai poscard ini terletak di armenian Street, actually sob bukan peminat atau pengumpul poskad tapi sekiranya korang nak kirim poskad kepada Abam Sob memang sangat di alu-alukan :P Yang menarik mengenai kedai ini terdapat beribu poskad dijual dengan harga yang sangat berpatutan selain deco yang menarik dan comel terdapat perbagai design poskad yang sangat menarik bagi korang penggemar atau pengumpul poskad wajib datang ke sini!

Deco di dalam The Poscard Shop


Art Street

Tarikan utama di bandar Georgetown, yang paling wajib korang kena pergi iaitu Art Street! lukisan mural yang dilukis di sekitar bandar Georgetown @ Armanian Street, antara salah satu sebab utama kenapa ramai berkunjung ke sini untuk melihat sendiri karya yang dihasilkan. Gabungan hasil seni jalanan yang dilukis di sekitar dinding-dinding bangunan lama dan arca-arca dihasilkan yang agak menarik menceritakan budaya penduduk setempat, senang cerita datang ke sini tak ambil gambar di art street maka tak lengkaplah percutian koeang ke Penang.





Untuk info terdapat banyak Street Art yang dihasilkan, tetapi terdapat 8 mural yang wajib dilawati, semuanya berada dilokasi yang berbeza. Lukisan street art dihasilkan oleh pelukis antarabangsa dan pelukis tempatan, Antara artis yang menghasil karya mereka ialah Ernest Zacharevic, Louis Gan, Simon Tan, Oceu Apristawijaya dan ramai lagi! Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud / masej yang berbeza yang hendak disampaikan oleh pelukis itu, jadi bergantung kepada kita bagaimana untuk mentaksir dengan cara yang tersendiri tiada betul tiada yang salah.



Masjid Kapitan Kling 

Antara lokasi yang wajib korang pergi bila dah sampai ke Georgetown lokasi berhampiran dengan kedai Nasi kandar Beratur. Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Masjid kapitan keling juga antara landmark bagi pulau pinang. senibina masjid ini diadaptasikan daripada senibina Moghul. Untuk bumbung masjid ini dibina berdasarkan reka bentuk piramid atau lebih menjurus kepada reka bentuk bumbung tempatan. Itu sebab Masjid ini kelihatan sangat indah dan cantik


Ternyata Georgetown mempunyai pelbagai tarikan yang menarik gabungan seni bina lama dan art street yang banyak boleh ditemui di sekitar Bandar Georgetown membuatkan kunjungan korang ke sini sangat berbaloi, senarai di atas sekadar pendapat dan cadangan Sob antara lokasi menarik yang boleh korang semua lawati dimana tiada bayaran dikenakan!


KeindahanTaj Mahal Ipoh

$
0
0
Assalamualaikum & salamsejahtera

Memang tidak dapat dinafikan, Ipoh terbukti mempunyai pelbagai tarikan buat pengunjung daripada pelbagai makanan yang sedap terutama nasi ganja ataupun nasi Vanggey yang wajib dicuba apabila ke sini dan turut mempunyai bangunan-banguanan lama yang senibinanya sangat menawan, tapi adakah korang tahu bahawa di Ipoh juga terdapat sebuah bagunan yang cantik senibinanya sehingga digelar sebagai  Taj Mahal Ipoh ?

Taj Mahai Ipoh I Stesen Kereta Api Ipoh


Untuk pengetahuan korang semua lokasi Taj Mahal Ipoh terletak di Stesen Kereta Api Ipoh @ Ipoh Railway Station yang dimiliki oleh Stesen kereta Api Tanah Melayu yang masih berfungsi dan digunakan sehingga sekarang. Disebabkan keunikan dan kecantikan campuran seni bina Turkey Stesen kereta api ini juga turut digelar sebagai Taj Mahal oleh penduduk setempat Ipoh dan merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya.



Tersergam indah keindahan seni bina di Stesen ini. Kagum dengan kehebatan senibina, perfect place untuk selfie :P

Pemandangan tempat ni memang awesome, dikelilingi dengan lanskap berbunga menaikan lagi seri bangunan ini yang berwarna putih, port yang agak menarik untuk photograpy. So far sob taklah rasa tempat ni macam sebijik macam Taj Mahai tapi kita akan boleh melihat unsur-unsur atau ciri-ciri senibina  seperti  Taj Mahal di India di sini. Untuk pengetahuan korang dahulu di sini terdapat Majestic Station Hotel tapi buat masa sekarang sudah tidak beroperasi lagi.



Pada sebelah pagi tempat ini menurunkan peengguna kereta api dan merupakan antara laluan untuk Tren ETS. Pada sebelah malam pula di sekitar kawasan Stesen Kereta Api lebih hidup dan sangat meriah kerana menjadi tempat tumpuan pelancong atau penduduk ipoh untuk beriadah kena banyak aktiviti yang menarik ada di sini antaranya busking, main buih belon, roller blade dah memang trend sekarang! Pada sob kawasan ini lebih meriah dan hidup pada waktu malam terutama hujung minggu.

Tugu Peringatan 


Mahkamah Tinggi Ipoh, Dewan Bandara Ipoh turut berada di Hadapan Stesen Kereta Api Ipoh

So macam mana ? cantik tak Stesen Kereta Api Ipoh @  The Taj Mahal Of Ipoh, so far Sob memang mencadangkan korang kesini antara tempah wajib kena singgah terutama pada waktu malam memang sangat meriah dengan pelbagai aktiviti. Jangan ingat kat Perak ini tak ada bangunan persisTaj Mahai, jadi pastikan sebelum korang betul-betul pergi tengok the real Taj Mahal kat India make sure kena sampai kat sini dulu untuk ambil feel angin Taj Mahal :P


What's Awesome In Ipoh - 7 Tempat Menarik Yang Wajib Dilawati Di Bandar Ipoh

$
0
0
Assalamualaikum dan salam ceria!

What's Awesome In Ipoh! sudah semestinya Ipoh antara destinasi percutian yang sangat Ohsem untuk dilawati di Negeri Perak walaupun kunjungan korang sekadar short trips! pelbagai tempat menarik yang wajib diterokai di sekitar bandaraya Ipoh yang Bersejarah, kunjungan korang ke sini tiada masalah kerana banyak pilihan tempat penginapan, deretan Kafe Hipster yang pelbagai gaya menjual beraneka makanan yang sedap yang harus dicuba selain daripada itu banyak kemudahan pengankutan awam untuk kemana-mana yang memudahkan lagi percutian korang di Ipoh


Baru-baru ini sob ada membuat short trips ke Bandaraya Ipoh Perak selama 2hari 1malam, mesti korang tertanya-tanya apa aktiviti yang menarik boleh korang buat ketika travel ke Ipoh, di bawah sob senaraikan antara 7 destinasi yang menarik yang perlu korang kunjungi ketika berkunjung ke Ipoh btw thanks Subhan be my travel partner, awesome trips with u buddy!


Salah satu Mural Kegemaran sob! Girl With Stool and Bird Cage

1) 7 mural

Sekiranya di Pulau Pinang terkenal dengan Mural Art Street @ Georgetown di Ipoh juga tidak kurang hebatnya terdapat 7 mural yang wajib dilawati di sekitar cafe Old Town White Coffee cawangan Ipoh Padang. Hummingbird, Old Uncle With White Coffee, Paper Plane, Girl With Stool and Bird Cage, Kopi-0, Trishaw dan Evolution adalah nama yang diberi untuk kesemua lukisan mural yang dilukis oleh pelukis terkenal Ernest Zacharevic pelukis yang sama untuk mural Art Street di Penang.


Bandar Ipoh juga penuh dengan pelbagai karya seni hasil daripada air tangan penduduk setempat sangat kreatif sesual dengan gelaran  Ipoh bandar Hipster


Kebanyakan hasil mural yang dilukis hasil daripada budaya penduduk setempat dengan evolusi perkembangan bandar Ipoh daripada zaman dahulu sehingga sekarang, senang kata mengikut cara Ipoh! Kebanyakan lukisan boleh dicari di sekitar lorong-lorong kecil sekitar Jalan Bandar Timah dan Jalan Tun Sambanthan juga berdekatan dengan lokasi Plan B


2) Plan B

Ipoh terkenal dengan setatusnya sebagai lokasi memiliki deretan kafe Hipster yang beraneka susana yang perlu di cuba antaranya terletak di Plan B, antara lokasi yang dicadangkan oleh my travel buddy subhan untuk dikunjungi. Tarikan utama di sini sudah semestinya terdapat Kafe Hipster yang boleh dicuba para food lover, disebabkan percutian kali ini percutian budget kami tidak sempat merasai apa yang Hipster di Cafe Plan B. sebenarnya di sini bukan hanya terdapat cafe tapi terdapat pelbagai lagi tarikan lain antaranya Yasmin At Kong Heng, geleri khas hasil karya Yasmin Ahmad, dan deretan kedai cenderamata. Plan B antara lokasi tempat berkumpul komuniti seni untuk bertemu.

Suasana meriah di Plan B, Ipoh Perak


Suasana di Pelan B, di sini terdapat banyak kedai yang menjual hasil kratangan yang super cool. Sekiranya korang mencari barangan antik & kraftangan yang comel dan unik ini antara sport yang boleh dilawati sekadar cuci-cuci mata pun boleh sebab deko di dalam ini sangatlah awesome perfect places untuk kaki-kaki selfie! Antara Kedai yang menarik perhatian sob dan  korang perlu cuba ialah kedai yang menjual ais kepal dan tujuan utama sob ke sini nak mencari ais kepal yang top di Plan B tapi sayangya stock sudah habis.

Kedai menjual buku-buku lama, deco yang sangat stylo!


Nama pun tempat Hipster, jadi acara selfie secara berjemaah antara aktiviti wajib. Bagi korang yang sukakan photograpy inginkan suasana yang nampak cool dan lain-daripada yang Plan B antara lokasi yang rare wajib korang kunjungi!

3) Nasi Ganja Ipoh

Sekiranya bercerita mengenai tempat makan yang sedap, Ipoh juga tak kalah dengan pelbagai jenis makanan yang sedap terutama nasi ganja ataupun nasi Vanggey yang wajib dicuba apabila ke sini antara kedai Nasi Ganja yang agak popular ialah Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh.


Sekiranya korang hendak makan disini terpaksa beratur panjang menunggu, turn sebelum boleh dapat tempat duduk sama juga seperti restoran nasi kandar beratur di Penang. Tengoklah berapa ramai pelanggan yang sabar beratur untuk merasai kenakan nasi Ganja. Sebenarnya Restoran Yong Suan ni adalah sebuah restoran Cina, tapi yang jual nasi ganja ni adalah India Muslimyang berkongsi kedai dengan restoran Cina ni, manakala untuk bahagian minuman di buat oleh Owner Kedai. Terletak di Jalan Yang Kalsom untuk alamat restoran adalah seperti berikut :

Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak.

Nak lagi senang terus on waze taip nasi ganja atau kedai makan Yong Suan!


Menu berhantu yang wajib korang cuba ialah ayam masak merah, So far rasa nasi kandar di Yong Suan kena dengan selera sob sangat sedap terutama original ayam masak merah dan pelbagai menu lain yang korang kena rasa.


4) Stesen Kereta Api Ipoh

lokasi Taj Mahal Ipoh terletak di Stesen Kereta Api Ipoh @ Ipoh Railway Station yang dimiliki oleh Stesen kereta Api Tanah Melayu yang masih berfungsi dan digunakan sehingga sekarang. Disebabkan keunikan dan kecantikan campuran seni bina Turkey Stesen kereta api ini juga turut digelar sebagai Taj Mahal oleh penduduk setempat Ipoh dan merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya.


Pada sebelah pagi tempat ini menurunkan pengguna kereta api dan merupakan antara laluan untuk Tren ETS. Pada sebelah malam pula di sekitar kawasan Stesen Kereta Api lebih hidup dan sangat meriah kerana menjadi tempat tumpuan pelancong atau penduduk ipoh untuk beriadah antara aktiviti yang menarik ada di sini antaranya busking, main buih belon, roller blade terutama pada hujung minggu


5 ) Taman Rekreasi Gunung Lang

Sebenarnya tempat  rekreasi ini sob tak berapa cadangkan tapi alang-alang sudah sampai ke Ipoh apa salahnya singgah sebentar mengambil uadara segar di sini, apa yang menarik mengenai tempat ini lokasinya agak menarik penuh dengan kedamaian tasik menghijau dikelilingi oleh gunung-gunung baru kapur tempat menarik untuk bersantai bersama keluarga atau untuk photoshoot kawin cuma mohon pihak pengurusan menyelengara kawasan ini dengan lebih baik dan tersusun.


6 )Taman Tema Lost Worls Of Tambun

Sekiranya korang inginkan melakukan aktiviti yang mencabar diri sendiri dan menyeronokkan, Taman Tema Lost Worls Of Tambun antara destinasi pilihan utama buat buat para pengunjung melancong ke Ipoh. Taman teman ini antara lokasi wajib sob cadangkan untuk korang pergi kerana kujungan korang ke sini sangat berbaloi!

Lost World Petting Zoo 

Terletak di Sunway City Ipoh, Tambun, Lost World Theme Park merupakan tarikan cukup popular yang bakal menjadikan kunjungan anda penuh dengan pengalaman yang cukup menarik. Dikelilingi oleh gunung batu kapur yang berusia 400 ribu tahun, mempunyai kolam air panas yang tersendiri merupakan lokasi wajib dikunjungi sekiranya korang mencari lokasi percutian berkonsep eco-advanture! Taman ini juga terbuka untuk semua orang, tanpa mengira umur kerana terdapat pelbagai jenis permainan basah dan kering yang disediakan di sini mengikut tahap peringkat umur, kebolehan dan kesesuaian para penggunjung.

Suasana di dalam Lost Worls Of Tambun



Di sini terdapat beberapa zone yang dibahagikan meliputi Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Water Park, Amusement Park, Hot Spring & Spa dan Team Building Park yang menawarkan tahap keseronokan dan cabaran yang tersendiri, sangat sesuai untuk korang yang ingin melakukan pelbagai aktiviti sama ada untuk bersantai atau mencabar keberanian diri sendiri!




7) Kellie’s Castle 

Dikenali juga sebagai Rumah Kellas sememangnya penuh dengan nilai sejarah dan pelbagai misteri yang menghantui kawasan ini, lokasinya yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah hanya 20 perjalanan daripada bandara Ipoh. Keller's Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu tapi bergantunglah kepada persepsi masing-masing bagi sob Kellie’s Castle sebuah istana yang dibina dengan penuh perasaan cinta dan mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri.



Tersergam indah sebuah istana lama yang mistik penuh dengan kisah misteri suka dan duka, tapi pada masa sekarang lokasi ini antara destinasi perlancongan di perak yang menarik dilawati, sekiranya korang inginkan susana yang lebih menyeramkan dan mistik pastikan kunjungan korang ke sini pada waktu malam pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza!

Terdapat juga ruangan kisah sejarah mengenai pemilik istana ni serta setiap ruang bilik disediakan papan tanda dan maklumat untuk pengunjung.



What's Awesome In Ipoh ?

What's Awesome In Ipoh! Bandar Ipoh sememangnya sangat awesome untuk diterokai penuh dengan pelbagai tarikan untuk dilawati pasti menjanjikan pengalaman bercuti yang cukup menarik, bandar yang dikelilingi gunung-ganang batu kapur yang cukup mempesonakan Ipoh ternyata sebuah bandar lama yang cukup nostalgia dan bersejarah untuk dilawati.


Ekspedisi Gunung Kenderong -The Twin Peaks Of Perak (k2)

$
0
0
Assalamualaikum & salam ceria !

Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang dikenai sebagai the twin peaks of Perak ( K2 ) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak. Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 M dari paras laut melambai-lambai untuk didaki sehingga ke puncak. Sebagai anak jati Gerik sudah menjadi satu keinginan di hati untuk menjejaki kaki ke atas Puncak Gunung Kenderong antara gunung tertinggi yang terdapat di daerah Grik, alhamdulilah pada 01/01/2016 - 03/01/2016 kami Team Bamboo Hikers #THSJ berjaya Menawan Gunung Kenderong. Gunung Kenderong boleh disifatkan treknya dagu bertemu lutut, panas dan  trek yang agak mencabar daripada bawah sehingga ke puncak !

Ekspedisi Gunung Kenderong -The Twin Peaks Of Perak 

Menaiki lori untuk ke waterpoint melalui kampung Pahat Dalam

01/01/2016 ( Jumaat )

Jumaat petang kami semua berkumpul setelah cukup line up seramai 8 orang iaitu Nasif, Amy, sob, Aburis, Din, Amalina, Jamilah, & Angah!   selepas dibahagikan sama rata barang yang perlu dibawa setiap ahli kumpulan seterusnya pada pukul 5.30 pm kami menaiki lori menuju ke Kampung Pahat Dalam untuk menuju ke waterpoint 1 untuk camping sebelum memulakan pendakian keesokanya. Sepanjang perjalanan akan melalui kawasan kebun getah dan terpaksa meredah trek yang dihalang oleh buluh-buluh besar yang banyak di sepanjang jalan, anggaran perjalanan lebih kurang 1 jam 10 minit. Kitaorang terpaksa jalan agak jauh lori tak mampu hantar ke sedekat yang mungkin ke kawasan waterpoint disebabkan permukaan off-road yang berlubang di samping ranting-ranting dan duri yang boleh mencalarkan sekiranya tidak alert dengan halangan di hadapan.

Melalui kawasan kebun getah terlebih dahulu,  selain itu antara cabaran lain pokok-pokok buluh yang banyak di sepanjang jalan antara halangan utama yang kena tempuhi

Sungai kecil ini satu-satunya waterpoint yang terdapat di sini.

Benda yang paling best makan ketika camping ialah meggi, thanks Amy sebab rajin masak meggi untuk kami semua tengah-tengah malam, memang nikmat malam-malam buta dapat menikmati semangkuk maggi :P

Kami sampai ke waterpoint ketika waktu maghrib keaadan cuaca semakin gelap seterusnya didirikan khemah dan fly untuk berehat dan memasak. Aktiviti pada sebelah malam dijalankan aktiviti santai-santai berkenalan antara satu sama lain terutama hiker yang pertama kali joint Bamboo Hikers iaitu amy dan along. Thanks zul menceriakan camping dengan game-game spontan daripada hang yang sememangnya menguji Pendengaran dan minda kami semua  hahaha :P



Mengemas dan bersiap sedia untuk teruskan perjalanan ke Puncak Gunung kenderung


02/01/2016 ( Sabtu )

Mengikut plan asal, seawal pagi yang mungkin ingin terus meneruskan perjalanan mendaki ke puncak kenderong untuk mengelakkan cuaca panas tapi pada saat-saat akhir ada pertambahan peserta yang ingin mengikuti trips ini jadi pendakian bermula agak lewat sekitar pukul 12.00 am. Terima kasih Pakcik Man kerana menghantar June sehingga ke waterpoint, owh ya memandangkan gunung kenderong pernah terbakar sebanyak 2 kali jadi trek sangat tidak kukuh dan banyak batu-batu rapuh terbang terutama si bahagian atas. Sepanjang perjalanan akan menghapi cuaca yang panas kerana tiada pokok-pokok besar di sepanjang perjalanan, pastikan korang membawa bekalan air secukupnya sekurangnya 3 botol besar 1.5 ltr setiap orang untuk kegunaan di puncak selain itu untuk mengelakkan strok haba.

Trek yang tak bagi muka dari bawah sampai ke puncak, cuaca yang panas jadi jangan mengharap di atas puncak ada water point jadi sila lupakan impian dan angan-angan korang nak mandi manda di puncak, jadi pastikan air yang dibawa cukup kegunaan untuk naik dan turun :P


Awas terutama di bahagian nak sampai ke puncak tipu 3, dimana  trek di  kawasan itu agak berbahaya dan agak tinggi oleh kerana tiada pokok atau akar kayu  yang betul-betul stabil atau kukuh untuk berpaut kesan daripada terbakar jadi banyak bergantung kepada rumput, akar kayu dan tali. Kebanyakan tali yang diikat sudah agak lama jadi pastikan tali itu betul-betul selamat sebelum berpaut dan perlu sangat berhati-hati kepada batu terbang kerana permukaan tanah di sini sangat rapuh dan digalakkan memanjat seorang demi seorang untuk megelakkan batu terjatuh terkena rakan korang. Batu terbang antara yang mencabar kesabaran selain daripada cuaca panas dengan beban yang dibawa sekali silap hari bulan sekiranya tiada komunikasi dan kesabaran memang boleh menyebabkan kecederaan. Sehingga ada team kami mengelarkan trek ini trek taubat, kerana taubat lepas ni tak mahu repeat lagi gunung kenderong hehehe, perlu lebih berhati-hati di sini kerana gaung berada di kiri dan kanan

Keadaan tanah di sini yang tak stabil dan banyak batu kapur yang kecil jadi korang akan sentiasa dengar jeritan daripada kawan-kawan kat atas 'batu terbang' memang tak dapat dielakkan dan untuk keselamtan dan memudahkan korang mendaki di kawasan ini sila bawa extra tali sebagai sokongan untuk memudahkan perjalanan sampai ke puncak

Checkpoint 2 (  bukit tipu 2 ) kawasan ini agak lapang untuk berehat dari sini hendak sampai ke bukit tipu 3 anggaran 40 minit dengan cuaca yang panas memang boleh pewai. Dari sini sudah boleh mellihat view Pekan Gerik dari sini.

Pewai-pewai jugak... tapi asal kemera on letih terus boleh hilang bila nak bergambar :P

Di sepanjang laluan ke atas memang tak banyak kawasan yang lapang untuk take 5, laluan memang agak sempit jadi asal ada kawasan teduh yang redup ditutup oleh pokok-pokok kecil atau semak untuk korang rehat sebentar terutama dengan cuaca yang panas sekiranya first time hiking memang boleh mengalah dengan Kenderong  yang panas, berdebu, batu terbang sekiranya tidak bersabar.  Di sini terdapat 3 bukit tipu di mana korang akan jumpa sebelum sampai ke puncak jadi jangan tertipu dengan apa korang lihat jadi banyakkan bersabar bila rasa sudah dekat-dekat nak sampai puncak heheh.. Sepanjang jalan kalau korang perasan memang akan nampak tahi Pak Long. Ok cukupklah sob cerita apa extrem mengenai trips mendaki Gunung Kenderong apa yang best view di sini memang cantik terutama ketika sunrise di awal pagi dan pada waktu malam kita boleh melihat view pekan Grik yang bercahaya daripada atas cukup mempesonakan.


Disebelah sana boleh kelihatan Gunung Kerunai tapi untuk menaiki gunung kerunai melalui laluan  yang berbeza.

korang boleh nampak pemandangan Pekan Gerik, tapi sayang kebanyakan pokok di sini terbakar jadi bila camping pastikan unggun api tyang dibuat betul-betul terpadam.

Kesan-kesan terbakar yang boleh dijumpai boleh terasa bau-bau debu dan arang di sepanjang perjalanan, pastikan memakai sarung tangan kalau tidak memang di celah kuku-kuku penuh dengan kesan-kesan hitam :P

Di puncak tipu 3,  pendakian masih memerlukan 50 minit untuk sampai ke atas di mana akan menjumpai bairut usang di Puncak. 

kami mendirikan khemah untuk berkemah di sini kerana tapak di sini agak luas, disini korang akan menjumpai 1 papan solar rasanya sudah tidak berfungsi lagi. Dari sini hendak ke Puncak Gunung sudah tidak jauh lagi anggaran masa 40-50 minit. Selain daripada trek yang pacak 60-80 darjah terutama di sebelah atas batu terbang, cuaca yang panas sepanjang perjalanan korang akan dihinggap oleh lebah gaknya lebah-lebah di kenderong agak frendly mungkin juga tertarik dengan peluh yang keluar tapi lebah-lebah disini tidak menggigit cuma terasa agak terganggu untuk mendaki.

Jangan  lupa htag #MakanBuahTembikaiDiPuncakGunung  antara saat-sat yang paling dinantikan nikmat yang tak terhingga berehat sambil makan buah tembikai di Puncak, yeah memang terasa sangat manis makan buah tembikai di puncak setelah seharian menghadap panas sambil angin gunung tiup sepol-sepol bahasa sambil menikmati pemandangan sekeliling, puncak gunung kenderong dan gunung kerunai sambil menunggu sunset menjelma memang layan sangat berbaloi mendaki Perjalanan daripada waterpoint sehingga ke bukit tipu 3  anggaran selama 3jam 40minit .

 The boys Team #gagahperkasa!

Menunggu sunset di puncak gunung, semua orang boleh hilang penat apabila melihat sunset turun disebalik gunung

#TeamBambooHiker

Tempat penginapan 5 star, sambil tidur boleh kira bintang :P


Menu malam itu sup sayur & air panas dan segala jajan-jajan yang dibawa memang menjadi cukup nikmat untuk dimakan, berehat sambil bercerita moment-moment menarik  terjadi semasa mendaki gunung kenderong banyak perkara-perkara lucu yang terjadi sepanjang perjalanan biarlah terus menjadi rahsia. Walaupun pewai aktiviti wajib main game tetap dijalankan cuma bezanya aktiviti kali ini lebih kepada aktiviti fun untuk mengurangkan rasa penat dan stress ketika mendaki dan sterusnya tidur untuk persediaaan keesokan harinya. Suhu di puncak kenderong agak sejuk jadi pastikan bawa kelengkapan yang sesuai untuk pastikan tidur korang nenyak tanpa gangguan :P

Sunrise baru nak menjelma pada pukul 6.40am, menunggu sunrise daripada pukul 6.00am sambil menikmati secawan air :P

Selamat pagi Kenderung, sunrise dalam pukul 7.15 am. Perfect timing for welfie :P



03/01/2016 ( Ahad )

Walaupun kesejukan tapi tetap menanti kemunculan sang mentari, naik tinggi-tinggi kalau tak tunggu sunrise muncul memang rasa tak lengkap melihat cahaya-cahaya emas keluar disebalik awan-awan memang salah satu moment indah yang tak dapat dibayangkan, sambil itu awan datang berarak membadai muka perhh.. memang syiok sejuk.. :P


Pemandangan dari gunung kenderong pada waktu pagi.

Group Photo #AwesomeTeam #BambooHikers sambil mengayakan puncak Gunung Kenderong yang berjaya ditawan :P

Setelah selesai makan, mengemas dan mengutip balik sampah untuk dibawa turun ingat apa yang dibawa ke puncak itu yang dibawa turun ke bawah.. take nothing but picture, leave noting but footprint. Masa yang diambil untuk turun lebih kurang 3 jam cuma perlu lebih berhati-hati terutama di bahagian turun bukit tipu 3, awas kepada batu terbang, kerana bahaya batu-batu akan jatuh ketika pijak dan boleh mengundang bahaya kepada team yang turun terlebih dahulu di bawah kerana waktu menurun memberikan cabaran yang berbeza daripada mendaki dan harus menurun separuh demi separuh.

Alhamdulilah sepanjang trips kenderong 1.0 kami ini semua berjaya turun dengan selamat walaupun ada a few team yang sedikit cedera terjatuh tapi tidak serius cuma agak pewai kerana pertama kali berhadapan dengan trek Gunung Kenderong, kebanyakan menurun dengan cara bergelongsor untuk menampung beban berat yang dibawa sehingga ada yang terkoyak seluar selain itu kami telah mengikat tanda tali awas untuk panduan pendaki yang lain untuk naik, insyaallah mungkin dalam tahun ini juga akan ada trips kenderong 2.0 memandangkan banyak permintaan kawan-kawan untuk joint sekali, tarikhnya ? bukan pada waktu terdekat ini. Terima kasih kepada Pakngah, Pak long, Pak man yang banyak memberi tips dan panduan sepanjang pendakian kali ini.

Tepat pukul 11am kami berjaya sampai ke water point untuk memasak, mandi-manda dan berehat sebentar dan seterusnya berjalan lagi menuju ke tempat di mana lori meninggalkan kami. Cabaran Gunung Kenderong bagi sob terutama kepada beginner, korang boleh lakukan tapi kena berhati-hati dan berazam untuk sampai ke puncak biarlah sesusah mana halangan yang ditempuh, jatuh, cuaca panas, trek curam sekiranya bertekad pasti boleh lakukan untuk sampai ke puncak, bab kata Zul letih, menagis macam mana pun kaki tetap kena langkah dan muka kena senyum selalu biarpun treknya kaki bertemu dagu :P



Sob (Bamboo Hikers )
Gunung Kenderong, Gerik Perak
01-03 /01/2015 
'Trips permulaan untuk tahun 2016
Yang penting Hiking Sampai Jadi'

Trend Cermin Mata Hitam Terkini

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Readers!

Lelaki mempunyai pelbagai kelengkapan aksesori yang wajib dipakai setiap kali ingin tampil bergaya untuk melengkapkan lagi penampilan mereka. Diantara salah satu aksesori lelaki yang paling penting dan wajib ada bagi semua lelaki adalah cermin mata hitam! Setuju bukan guy's? Well'.. Lelaki dan Cermin Mata Hitam boleh diumpamakan rakan karib seperti 'isi dengan kuku' atau 'bagai aur dengan tebing'. Kebanyakan lelaki gemar mengayakan cermin mata hitam yang melambang personaliti yang menarik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana. 

Trend Cermin Mata Hitam Terkini

Bagi korang yang suka travel ke merata-rata tempat Cermin mata hitam antara aksesori yang wajib dipakai selain daripada kelihatan bergaya ketika dipakai ia juga sangat penting untuk melindungi mata si pemakai daripada sinar matahari yang terik ketika bersiar-siar dan kadang kala boleh menghalang silau terutama sekali ketika memandu kereta dan paham-paham jelah kalau pergi mengembara sana sini dengan cara travel bacpacker kita memerlukan cermin mata hitam yang stylish, tahan lama, bermutu tinggi dan paling penting good looking barulah stylo bila mengembara :P

Owh ya mengikut kajian yang sob baca di internet, 'majority bersetuju bahawa dengan hanya mengenakan cermin mata sebagai aksesori, ia mampu mengubah penampilan biasa anda kepada luar biasa dengan syarat, anda haruslah memakai cermin mata hitam yang bersesuaian dengan bentuk muka anda serta mengikuti trend terkini'

Jadi mesti korang tertanya-tanya  apakah trend cermin mata hitam terkini untuk lelaki? boleh baca info di bawah ya :P
Aviator

Pertama sekali adalah cermin mata hitam aviator. Ini bukan lah rekaan cermin mata yang terbaru, tetapi cermin mata aviator ini telah lama menjadi pilihan ramai penggemar fesyen terutama sekali peminat tegar jenama Ray Ban!


Wayfarer

Begitu juga dengan rekaan evergreen cermin mata hitam Wayfarer. Rekaan bingkai hitam tebal yang klasik ini sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita. 


Clubmaster

Dan satu lagi rekaan cermin mata hitam dari jenama Ray Ban yang cukup popular adalah koleksi cermin mata hitam Clubmaster. 

Round 

Dan trend yang seterusnya adalah koleksi cermin mata hitam berbingkai bulat seperti berikut.


Walaupun cermin mata hitam sekadar aksesori tapi ingat pemilihan memakai cermin mata hitam yang bersesuaian dengan bentuk muka kita serta mengikuti trend terkini ia mampu mengubah penampilan biasa anda kepada luar biasa, jadi pastikan kita memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan citarasa, kerana ia melambang  personaliti si pemakai.

Misi Mengejar Matahari Terbit di Puncak Gunung Baling Dan Gunung Pulai

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Pekan Baling, pastinya pernah melihat dua Gunung yang berdiri Megah di kawasan Baling iaitu Gunung Pulai dan Gunung Baling, pada ketika ini tengah menjadi tumpuan para pendaki seluruh malaysia terutama selepas 'viral' di media social untuk berkunjung ke sini disebabkan kecantikan pemandangan gunung batuan kapur daripada puncak gunung. Bagi korang yang gemarkan keindahan alam semulajadi dan aktiviti outdoor Gunung Pulai & Gunung Baling antara Port yang wajib korang jejaki.

Mengejar Matahari Terbit di Puncak Gunung Baling Dan Gunung Pulai

Sebelum ini sob pernah menulis mengenai pengalaman mendaki Gunung #Baling1.0 (Boleh Baca Di Sini) bersama team #BambooHikers untuk trips berikutnya pulak bersama daripada geng-geng baru daripada #Ohana  dimana pada 26 - 27/12/2015 hari pertama kami mendaki Gunung  #Baling2.0 & hari kedua pula ke Gunung Pulai 

1) Gunung Baling

Gunung Baling yang Ketinggian 420m, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Sunrise berlatarkan pemandangan pekan baling nice view kan, dalam pukul 6.45am.

Acah-acah Catch the sun!

Ini merupakan pendakian kali ke 3 sob memanjat Gunung Baling #Baling3.0 dimana misi utama untuk melihat pemandangan matahari terbit daripada Puncak Gunung Baling kerana sebelum ini sob hanya mendaki di pagi hari, tidak sempat melihat matahari terbit. Trips kali ditemani oleh  Bro Naz aka Abang Fit, kami berjumpa di Pekan Baling dalam pukul 4.40 am seterusnya menuju ke starting point Kampung Bawah Gunung untuk memulakan pendakian Gunung Baling. Tepat pukul 5.00am kami memulakan perjalanan, berhenti berehat di 2 checkpoint iaitu Gua Kambing dengan Kawasan RnR di kawasan berbuluh so far sob pun tak tahu apa nama kawasan tu, nama tempat RnR tu merujuk kepada Guide  yang bawa sob naik dahulu, tepat pukul 6.10am kami sampai ke puncak dan masa yang diambil lebih kurang 1j10minit.


Berkenaan dengan tahap kesukaran Trek korang boleh rujuk entry lama sob, cuma kali ini agak laju pendakian kerana sudah terbiasa dengan treck  dan yang bestnya kali ini mendaki dalam keadaan trek kering, tak seperti kami pertama hiking selepas hujan turun.. jalan lecak, trek sangat licin jadi masa mendaki siambil lebih lama. 

Dalam 5 minit pertama hanyalah melalui trek landai dan seterusnya mulalah melalui trek menaik, selepas itu agak lantai seterusnya menjumpai trek berbatu hingga ke puncak. kawasan ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu  bahgian pertama mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh di akhir

#Baling 3.0, selfie sikit!



Pemandangan daripada Puncak Gunung Baling tidak pernah megecewakan, ada yang cakap pemandangan seolah-olah gunung-ganang berkapur di Negara China, perfect place untuk nature lovers dan semestinya tempat yang cool untuk berselfie :)


Gua Kambing, kawasan rehat pertama yang boleh korang berhenti untuk take 5, sebelum meneruskan pendakian

Bagaimana Cara Untuk sampai Ke Kaki Gunung Baling ( starting point )

Daripada Pekan Baling terus jumpa jambatan teruskan lagi jumpa Tokong cina selepas itu akan jumpa kedai runcit. Lepas kedai runcit masuk ke lorong sebelah ki masuk situ. Check point untuk naik ke Gunung Baling, di belakang rumah-rumah orang kampung dimana di awal pendakian akan melalui lorong-lorong rumah, seterusnya akan menjumpai dusun buah dan disitu akan menjumpai trek untuk ke puncak dimana trek di ikat dengan tali merah dan diletakkan botol. Mohon parking elok-elok dikawasan rumah orang ya, tak block kenderaan tuan rumah untuk keluar :)



2) Gunung Pulai, Kedah

Ini merupakan kali pertama sob mendaki Gunung Pulai walaupun kedua-dua gunung ini terletak di kawasan yang sama, dianggarkan ketinggian gunung pulai dianggarkan 1,853 ft / 565 m. lebih tinggi sedikit daripada Gunung Baling.  Gunung ini gunung yang ke 756 yang tertinggi di Malaysia dimana trek Gunung Pulai agak berbeza dengan Gunung Baling yang agak landai dan berbatu manakala trek pulai bermula daripada starting point trek berbatu-batu, tajam dan memanjat sehingga ke puncak memang sangat menguji mental :P Treck untuk naik ke puncak ada disesetengah kawasan agak semak dan ada juga trek-trek lain yang dibuat oleh penduduk kampung untuk mencari Pokok Aji jadi sentiasa alert dengan penanda dan pastikan tidak sesat ke lorong lain. Tips daripada guidge kami masa naik ke atas ambil trek menghala ke sebelah kiri semasa di starting point.


Line up lebih kurang 40 orang, kami mula bergerak mendaki dalam pukul 5.30am dan sampai ke puncak dalam pukul 8.20 am jadi misi untuk melihat matahari terbit gagal tapi pemandangan pada waktu pagi daripada puncak pulai memang tidak mengecewakan. Permulaan pendakian, melalui jambatan besi melintasi sungai Baling seterusnya memasuki kawasan kebun, sepuluh minit pertama hanya melalui trek yang landai, selepas mula menaik sehingga ke puncak Memang banyak tenaga kena guna samada tenaga kaki mahupun tangan. pastikan bawa air yang secukupnya dan snek untuk cover tenaga . Keadaan batu-batu pula tajam dan agak berbahaya sesetngah batu agak tidak kuat bergoyang-goyang jadi pastikan sentiasa berhati-hati

Boleh dianggarkan 90%  treck memalui trek berbatu, digalakkan memakai kasut yang sesual dan glove untuk mengelakkan tangan luka.


Welfie first, first time jumpa dengan geng-geng hiking yang joint #Ohana memang semua sempoi gila-gila kepala masuk ayaq orang utara cakap :P


Antara sebab kenapa Gunung Baling dan Pulai menjadi idaman setiap pendaki untuk sampai kesini, disebabkan pemandangan yang indah lagi super ohsem, seluas mata memandang. Owh ya pemandangan yang yang korang akan lihat daripada Gunung Baling & Pulai adalah sama, cuma tahap kesukaran trek yang berbeza so pendapat sob sekiranya inginkan trek yang memberi lebih cabaran boleh mencuba menaiki Gunung Pulai, manakala untuk sedikit leisure dan santai-santai Gunung Baling pilihan yang terbaik untuk korang.

Pemandangan daripada puncak boleh nampak pekan baling, sawah padi  memang nice. Sambil-sambil tu duk mengintai-ngintai jodoh :P

Selepas rehat lebih kurang 1jam di puncak, kami memulakan perjalanan pendakian turun, harus dinginkan supaya lebih berhati-hati sekiranya silap langak gaung menanti di hadapan kerana kita akan melalui tebing-tebing gunung yang curam, bagi sob pendakian semasa turun lebih berbahaya berbanding naik mungkin disebabkan trek di mana disesetengah kawasan batu agak tidak stabil dan tajam, memang sakit tangan berpaut pada batu. Alhamdulilah masa yang diambil untuk turun dalam 2 jam, kami tiba di bawah gunung di kawasan starting point dengan selamat.

Bagaimana untuk ke Gunung Pulai

Sebenarnya jalan untuk kesini sob tak begitu pasti tapi atas maklumat yang diberi tahu oleh kawan-kawan sila cari Masjid Ridzuaniah seterusnya menuju ke Kampung Paya, terus masuk ke dalam kampung sehingga   ke hujung kampung ada  satu kawasan yang agak luas boleh park kereta di situ, lebih mudah sila on waze.

Viewing all 94 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>