Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all 94 articles
Browse latest View live

Ekspedisi Santai Menjejaki 5 Puncak Bukit Berekeh @ Bukit Botak

$
0
0

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai Bukit Botak, berketinggian 1940 ft ( 454 mtr ) terdapat 5 buah puncak bukit serta memiliki Beirut di puncak tertinngi, terletak di Kampung Bawong, Lasah, Sungai Siput, Perak antara lokasi yang kurang menjadi tumpuan para pendaki untuk datang kesini tapi menawarkan pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah.

Ekspedisi Santai Menjejaki 5 Puncak  Bukit Berekeh @ Bukit Botak

Alhamdulilah pada pada 24/01/2016 Sob dan Team Agaras berjaya sampai ke Puncak Bukit Botak secara jujurnya sob memang tak tahu mengenai kewujudtan Bukit Botak, tapi bak kata-kata orang tua tak kenal maka tak cinta dah kenal mulalah rasa nak repeat lagi, ternyata bukit botak mempunyai keistimewaan yang tersendiri daripada penangan trek sehinggalah view yang awesome ! cuma baru-baru ini gambar pemandangan di Bukit Berekeh telah viral di Hacam harapnya Bukit Botak tidak menerima nasib yang sama seperti Gunung Baling. Nikmati dan hargai keindahan alam yang diberikan harus dikogsikan bersama bukan untuk di musnahkan :P


Sebenarnya misi utama kami ke Bukit Botak dan usaha mencari Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang lekir dan Hang leque, Tun Teja bersama dayang-dayangnya khabarnya ada team agaras yang termimpi-mimpi bertemu dengan mereka, maka demi untuk menunaikan hajat sahabat kami maka Trips santai ke Bukit Botak dijalankan. LineUp asal yang menyertai trips kali ini seramai 8 orang iaitu Abang Dean, Kak Vien, Abang Naz, kak june, kak anis, Abang Zul, abang zuhud dan  sob pada saat-saat akhir  ada pertambahan 3 orang penduduk setempat.

Kami bertolak seawal 5 pagi daripada gerik menuju ke Kampung Bawong, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke lokasi dan setibanya di sana Local Guidge telah menunggu kami semua Bersarapan dahulu di gerai berhampiran dan seterusnya bertolak ke lokasi permulaan untuk mendaki.

Dari sini korang boleh nampak yang Bukit Botak Mempunyai 5 puncak.

Di pertengahan jalan menuju ke puncak Bukit Botak, take 5 rest sebelum teruskan perjalanan.

Keadaan trek, so far trek asal ke puncak bukit tidaklah terlalu sukar mula-mula akan melalui kawasan sawit ( penanam sawit semula ) aggaran masa 30 minit berjalan, seterusnya terus memasuki trek hutan lebih kurang 20 minit boleh sampai ke puncak pertama, anggaran masa dari puncak pertama untuk sampai ke puncak terakhir dalam masa 20 minit. Cabaran terbesar hiking disini adalah faktor cuaca tambahan ketika musim panas terutama di bahagian atas bukit tak banyak kawasan yang mempunyai pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat untuk berteduh, jadi pastikan bawa air secukupnya dan payung.

Untuk menjadikan ekpedisi kali ini lebih menarik, kami membuat keputusan untuk mencuba trek baru dibuat untuk menuju terus ke puncak terakhir Bukit Botak iaitu puncak ke 5 ini bermakna ketika turun nanti baru menggunakan trek asal untuk mendaki ke Bukit Botak. Tahap kesukaran trek baru yang baru dilalui oleh kami 80% kecuraman dimana kami  mendaki terus sampai ke puncak ke 4, seriusly trek ini betul memberi cabaran kepada kami semua memang layan lah.. thanks Abang Dean tunjukkan trek ni memang memberi aderenalin yang berbeza untuk pendakian kali ini :P

Permulaan mengikuti trek ladang kelapa sawit, seterusnya laluan balak *sobrasa* dan seterusnya memasuki kawasan hutan untuk menuju ke Puncak Bukit Botak

Trek baru yang di lalui oleh kami, agak mencabar dan curam, silap langkah boleh jatuh ke bawah struktur tanah di sini tidak begitu kuat jadi berhati-hati ya P



Di puncak kelima Bukit Botak disini terdapat Beirut


3 serikandi yang joint trips #Agaras, so far Bukit Botak ni agak nice places untuk sesi photograpy. penerangan gambar acah-acah tak pandang camera konon-konon nak gambar nampak lebih cool, ok saya bergurau ya.. ini gambar candid! ye candid la sangat :P

Yeah! kami berjaya sampai ke Puncak Bukit Botak, plus cuaca hari tu memang panas.. memang hebat penangan Bukit Botak terutama pada waktu tenggahari.  #AgarasAdvantureTeam


Dari sini boleh nampak pemandangan 360 darjah gunung-gunung yang terdapat di sekeliling, boleh lihat view gunung trans titiwangsa ( V3 ) selain itu boleh nampak kampung Bawong penempatan orang asli dan ladang kelapa sawit.

Rombongan Hang Tuah dan Tun Teja di jumpai di Puncak Bukit Botak! cuba teka mana satu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Leker, Hang Kasturi dan Tun Teja! kalau tekaan korang betul dapat hadiah misteri dari sob! hahahaha 

Sambungan cerita asal mengenai mimpi untuk menjumpai Hang Tuan dan kawan-kawanya serta Tun Teja bersama Dayang-dayangya akhirnya menemui kegagalan di puncak Bukit Berekeh, kami hanya menjumpai Beirut ternyata mimpi itu hanya sekadar mimpi yang tidak akan menjadi realiti maka secara realitinya apa perhubungan antara kaitan Bukit Botak dan Hikayat @ sejarah melayu lama ? yang pasti idea untuk pakai baju kebangsaan di puncak bukit, idea spontan di group wssup akhirnya menjadi! maka ada yang termimpi kembali ke zaman-zaman dulu kan? banyak sangat tengok dvd ni kan geng. Syabas team! korang memang sporting :)


Bukit Botak, we done!


Pemandangan dari puncak tertinggi Bukit Botak disini boleh nampak lagi empat puncak dan di bawah gambar view 360 darjah gunung disekeliling, perh view memang layan tambahan kalau ada kesempatan untuk layan view sunrise atau sunset.



Bolehlah kalau nak berangan nak photoshot video diwale kat atas ni, sumpah view di puncak bukit ni memang cantik.


Rumput-rumput di sini yang berwana keperangan memberi pandangan seolah-olah di kawasan savana ataupun di persekitaran Gunung Sahara, jadi tak perlu hiking jauh-jauh datang ke sini pun, view sudah cukup memuaskan hati.


Tips mengenai Bukit Botak, seeloknya hiking seawal pagi atau sebelah petang untuk menggelakkan cuaca panas, bawa air secukupnya dan payung sekiranya berhajat untuk stay lama di Puncak. Seriusly waktu sob dan team naik cuaca sangat panas, tambahan di kawasan atas bukit sangat limited pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat berteduh, tahap kesukaran trek sekiranya mengikut trek asal semua peringkat umur boleh mendaki di Bukit Botak. Cuma pastikan tidak membuang sampah merata-rata sangat sayang kawasan yang  cantik dicemari oleh sampah jadi sila jaga kebersihan dan ingat jadilah seorang pendaki yang bertanggungjawab Bukit atau Gunung bukan tempat sampah :P


Meneroka Keindahan Air Terjun Putri Mandi

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera

Air Terjun Putri Mandi terletak di kaki Gunung Jerai antara air terjun yang menawarkan pemandangan yang cukup cantik, lokasi yang sering dijadikan kawasan traning @ jungle tracking dan lokasi riadah yang cukup popular dikalangan penduduk setempat kerana untuk sampai ke Air Terjun Putri Mandi korang perlu mendaki lebih kurang 3 km, melalui trek yang agak mencabar serta anggaran masa yang diambil sekitar 40 minit dimana ini antara lokasi yang amat sesuai untuk beriadah di hujung minggu.

Meneroka Keindahan Air Terjun Putri Mandi

Untuk sampai ke sini, korang boleh melalui Highway Plus Utara - Selatan, exit ke Gurun dan selepas tu boleh cari singboard menghala ke Hutan Lipur Titi Hayun, Yan Kedah, nak cara lagi senang boleh on Waze taip Hutan Lipur Titi Hayun. Jadi di sini korang boleh park kereta dan ruang parking agak luas serta selamat untuk kenderaan seterusnya boleh terus menuju ke starting point utama untuk mendaki. Disini juga antara lokasi untuk mendaki Gunung Jerai yang ketinggian 1217 mtr melalui trek Tangga Kenari 1000 tahun.

Air Terjun Putri Mandi, starting point Hutan Lipur Titi Hayun, Kedah


Permulaan melalui trek yang landai dan layan

So far alhamdulilah mungkin disebabkan keadaan cuaca yang agak kering ketika ini, jadi kami semua terselamat daripada serangan pacat. Sebelum sob pergi ke sini ramai yang cakap bahawa Gunung Jerai antara kawasan yang sangat meriah dengan kehadiran pacat, syukur team kami tak kena seekor pun pacat gigit ketika waktu pergi dan balik,

Owh ya ini pertama kali Sob ke sini thanks Nazmi dan Hafiz menjadi penunjuk arah dan melayan aku, memang enjoy trips dengan korang hope lepas ni boleh pulak Panjat Gunung Jerai pulak ya.


Antara pokok-pokok besar yang boleh dijumpa di pertengahan jalan, Gambar di atas Sob rasa ini dari jenis Tualang, di dahan pokok ini boleh nampak bekas-bekas tangga yang dibuat oleh orang kampung untuk mengambil madu, tapi nampak sudah reput. Anggaran besar pokok ini sebesar 7-8 orang pemeluk orang dewasa. Tempat Wajib untuk selfie ! :P



Tahap kesukaran trek untuk menuju ke Air Terjun Putri Mandi, di permulaan korang akan melalui trek yang landai bersimen melalui kawasan dusun, seterusnya melalui trek hutan yang landai dan menjumpai pokok besar seterusnya akan melalui satu anak sungai dan start dari situ akan melalui trek yang agak mencanak mencabar memang sesuai untuk dijadikan lokasi untuk traning naik bukit, turun bukit barulah sampai ke Air Terjun utama.

Tak perlu bawa air yang banyak sebab disepanjang jalan akan jumpa banyak punca air / mata air untuk refill botol korang. Anggaran masa kami trecking dari permulaan ke Air terjun mengambil masa lebih kurang 40 minit  bergantung kepada keadaan trek dan stamina.





Antara laluan-lauan trek yang kena lalui di sepanjang jalan memang layan tapi moment paling best dalam perjalanan pulang dari air terjun di pertengahan trek boleh jumpa burung enggang / hornbill secara live dari jarak yang dekat cukup besar dan cantik siap nampak berpasangan, pertama kali jumpa burung enggang yang bebas terbang dalam jarak dekat memang satu pengalaman yang cukup mengujakan.


Dari jauh dah boleh nampak air terjun, perh cukup cantik 

Akhirnya kami berjaya sampai ke sini Air Terjun Putri Mandi sangat berbaloi mendaki dan melalui trek-trek yang mencanak, keletihan terus hilang bila disajikan dengan pemandangan air terjun yang cukup memukau, ibarat pemandangan surga dunia :P


  What the view ! thanks allah, for the amazing view.. siap dari jauh boleh rasa the cool mist blowing dekat muka, memang sejuk dan meyegarkan.. kalau mandi mahu 5 minit dah menggigil rasa sejuk sampai ke tulang :P


Sob tak pasti ketinggian sebenar Air Terjun Putri Mandi, air di si agak tenang di sesetengah kawasan agak dalam dan air sangat sejuk, serius memang sejuk mandi manda 5 minit dah menggigil sampai ke tulang, memang best layan air terjun ni kawasan yang bersih dan terjaga.  Jadi musim-musim panas ni perfect places nak bersantai stop sebentar hiking gunung jom kita layan air terjun pulak :P


Selepas mandi manda dan makan-makan lebih kurang 2 jam, selepas itu kami mula trecking turun balik ke starting point, alhamdulilah trips ke Air Terjun Putri Mandi berjalan dengan lancar. Apa yang menarik mengenai air terjun ini selain terkenal dengan kisah mistiknya, pemandangan air terjun yang tidak akan megecewakan bagi sesiapa yang datang kesini, kawasan ini masih kekal terpelihara bebas daripada sebarang sampah sarap. Jadi harapnya terus kekalkan sampai bila-bila ingat your rubish is your responsibility. Arhh... semasa tulis entry ini masih teringat-ringat lagi akan kesejukan dan kejernihan Air Terjun Putri Mandi :)

Ekspedisi Mendaki Gunung Bubu, kuala Kangsar Perak

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gunung Bubu yang terletak di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak, berketinggian 5436 ft (1657 meter) antara gunung yang cukup terkenal kerana mempunyai pelbagai 1001 kisah misteri dan merupakan gunung yang kaya dengan pelbagai khazanah alam yang tersendiri, Gunung Bubu antara gunung yang diberikan gelaran 'gunung pacat' ya ini bukan sekadar mitos semata-mata, kerana sepanjang trips ini berlangsung memang sob tidak nafikan dengan kehadiran jumlah pacat yang agak luar biasa pelbagai saiz dan warna terutama semasa musim hujan dan antara lokasi yang telah dikenal pasti di sepanjang laluan dari persimpangan masuk sehingga menuju ke Sungai Gading / Sungai Y.

Ekspedisi Mendaki Gunung Bubu, kuala Kangsar

Untuk ekspedisi kali ini tempoh masa yang diambil untuk mendaki Gunung Bubu adalah  selama 2 hari 1 malam, seramai 9 Orang line up terdiri daripada Bro Dean, Naz, Fikri, Sob, June, Jaja, Vien, Shima dan Kak Adeline dari team #agarashikers dan dibantu oleh seorang jurupandu iaitu En Jun. Pendakian kami bermula dari Hutan Lipur Ulu Kenas dan pintu masuk menuju ke trek utama terletak di sebelah Kem Bina Negara Ulu Kenas, di mana perjalanan menuju ke puncak Bubu boleh dibahagikan kepada beberapa state / checkpoint

Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak

Rehat  sebentar sebelum meneruskan perjalanan daripada jalan balak utama, dari sini korang akan nampak satu lorong kecil di sebelah kanan ada ditanda dengan tali awas, dimana itu adalah trek yang seterusnya untuk menuju ke Sungai Gading / Sungai Y

Hari Pertama (20 Feb 2016 )

Peringkat 1: Memulakan perjalanan daripada Kem Bina Negara, ini merupakan  Pintu masuk menuju ke jalan utama dimana treknya bekas jalan balak di pertengahan perjalan akan menjumpai stesen lama hidro elektrik mlik TNB (pump house) teruskan perjalan sehingga korang melihat melihat jalan kecil/ lorong di sebelah kanan, ada tanda yang diikat dengan tali awas, sila terus ke sebelah kanan ini  merupakan trek berikutnya untuk menuju ke checpoint seterusnya iaitu sungai Gading. Anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit

Dari simpang menuju ke sebelah kanan korang akan melalui beberapa buah anak sungai kecil atau air terjun yang bersaiz sederhana yang agak cantik sebelum sampai ke Sungai Gading,

Peringkat 2:Dari jalan simpang sebelah kanan menuju ke Kemsite Sungai Gading tempoh masa yang diambil adalah selama 50 minit, dimana sepanjang perjalanan korang akan melalui beberapa buah anak sungai dan air terjun yang bersaiz kecil dan sederhana, keadaan trek pula agak mendatar dan landai tapi yang menariknya di laluan inilah antara laluan yang cukup nostalgia buat para pendaki yang berkunjung ke Gunung Bubu antara laluan untuk menderma darah secara percuma kerana banyak pemangsa menanti kehadiran korang! untuk didermakan darah kepada En Pacat, sebenarnya kehadiran pacat di sepanjang jalan menambahkan lagi keseronokan untuk mendaki apalah sangat kaki digigit pacat kalau dah minat mendaki isu pacat tu just are small matter bro. gentel-gentel lepas tu jentik bukan :P

Ok bagi korang yang agak geli dengan pacat bolehlah bersedia terlebih dahulu bagaimana cara-cara hendak mencegah atau mengurangkan gigitan pacat semasa mendaki di Bubu. Ini antara tips yang sob rasa korang boleh practice kan antaranya sila pakai seluar tigh panjang dan masukkan ke dalam stokin, gunakan stokin yang panjang dan tebal lagi bagus stokin anti pacat,boleh  letak air tembakau di sekitar kawasan yang mudah dinaiki oleh pacat dan antara cara yang paling berkesan kami gunakan untuk elakkan gigitan pacat cara yang mudah dan melibatkan kos yang murah ialah korang boleh mengguna sabun 666 yang warna hijau tu, dimana letakkan atau lumurkan sabun itu di sekeliling seluar  dan permukaan  kasut. 

Mengikut rekod yang terdapat di buku Keluar Masuk Ke Gunung Bubu, untuk tahun tahun 2016 kami merupakan group yang pertama sekali masuk dan trek ini tidak pernah dilalui oleh mana-mana group lebih daripada 1 tahun (Group yang masuk tanpa permit kami tak tahu la ya) jadi bayangkan keadaan trek yang perlu dibuka, ditebas semula kerana banyak jalan sudah ditutup oleh semak dan pokok-pokok yang tumbang,

Salah satu air terjun yang bersaiz sederhana yang korang akan jumpa, Anggaran masa perjalanan untuk Sampai Ke sungai Gading dalam anggaran 50 minit


Sungai Gading @ Kemsite Sungai Gading


Sungai Gading selalunya menjadi lokasi untuk para pendaki berehat sebentar untuk membuang pacat dan makan tengahari, disini terdapat sungai yang sangat sesuai untuk mandi manda dan bercamping Sementara menunggu makanan siap dimasak bolehlah korang berendam sebentar untuk sejukkan badan sebelum untuk meneruskan perjalanan untuk menuju ke kemsite Ulu Sungai Gading merupakan kemsite yang terletak betul-betul di kaki Gunung Bubu. Selalunya bagi yang membuat trips selama 3h2m di sini merupakan lokasi perkemahan untuk hari pertama di sini terdapat kemsite untuk berkemah yang agak luas. Ok apa yang best mengenai sungai Gading atau ada yang panggil sungai Y selain dari air sungai yang sejuk dan jernih di sini juga terdapat banyak ikan-ikan yang korang boleh jumpa tapi yang bestnya ikan kat sini jinak-jinak terutama ikan tengas. Bayangkan letak kaki untuk  rendam pun ikan datang gigit-gigit manja kalau mandi sambil bawa roti bagi ikan makan lagilah berderu ikan datang ke kita... memang layan beb !

Salah satu pokok besar yang korang boleh jumpa dalam perjalanan menuju ke next kemsite Ulu Sungai Gading

Peringkat ke 3: dari Sungai Gading menuju ke kemsite Ulu Sungai Gading tempoh masa yang diambil lebih kurang 2j 40m dimana korang akan melalui jalan permatang, di sepanjang jalan akan melalui trek yang agak mendatar, rasanya nak jumpa trek yang agak berbukit sedikit pun agak susah, perjalanan mungkin agak membosankan tapi tak meletihkan dan tak perlu untuk menggunakan banyak tenaga di sepanjang perjalanan. Kami sampai ke kemsite Ulu Sungai Gading sudah lewat petang dalam pukul 6.45 pm dan keadaan di dalam hutan sudah mula gelap. Saiz Kemsite Ulu Sungai Gading  agak kecil dan terdapat anak sungai berhampiran, so agak mudah untuk mandi dan kegunaan memasak


Seperti biasa dirikan khemah dan tempat untuk memasak sebelum hari gelap, menu pada hari pertama agak mewah bak kata para hikers"pikul macam hampa, makan macam raja" ayam goreng, masak merah, masak lemak sayur pucuk, sambal ikan bilis, lepas tu konsep makan gaya raja eh bukan gaya Buldozer, makan  berhidang dan makan beramai-ramai sekiranya nak meriah lagi keadaan yang letih penat seharian berjalan bolehlah adakan sesi suap menyuap macam pengantin baru, romantik bukan? tiba-tiba berselera makan bertambah-tambah :P

Memang tak dinafikan Gunung Bubu memang sering dikaitakan dengan mitos kisah mistik, memang ada diantara team member kita yang merasai sendiri, tapi biarlah kisah itu menjadi kenang-kenangan untuk kami semua, kita perlu ingat yang kita hidup di dunia ini kita berkongsi dengan makhluk allah swt yang lain, jadi sentiasa menjaga adap dan kelakuan kita tak kira sama ada berada di dalam hutan atau di mana sahaja. 


Hari Kedua (21 Feb 2016)

Hari kedua di Gunung Bubu, mengikut perancangan asal kami akan bergerak seawal pagi untuk sampai ke puncak untuk mengejar sunrise. Pukul 4 pagi semua sudah bangun, bersarapan dan bersiap-sedia serta diberikan sedikit taklimat khas mengenai pendakian kali ini tepat pukul 5am kami bergerak dan disinilah barulah bermulanya cabaran yang sebenar untuk mendaki Gunung Bubu, keadaan trek pada permulaan agak mencanak selepas itu ada sedikit landai dan seterusnya mencanak terus ke puncak, Tempoh masa yang diambil lebih kurang 2 jam untuk sampai ke LWT, dimana ini merupakan lokasi terakhir untuk refill air minuman korang dimana disini terdapat punca air.  Kami berhenti rehat dan solat di sini syukur alhamdulilah walaupun tidak sempat sampai ke puncak tertinggi Gunung Bubu untuk melihat pemandangan matahari terbik  tapi kami masih berpeluang untuk melihat di Last water point ( LWT ) dimana sunrise di Gunung Bubu memang tidak mengecewakan, tak percaya sila layan gambar sunrise di bawah.

The agarasian  # Team Agaras 

Know where to find the sunrise and sunset times and note how the sky looks at those times, at least once (unknow) amazing view right, syukur !


The team #agarashikers, Bro Jun yang pakai baju hitam, very good guide sangat recommended frendly and helpful ")


So far  masa kitaorang banyak dihabiskan dekat sini, berselfie..berselfie dan berselfie lagi eh bukan menikmati keindahan alam, reduse balik  tenaga sebelum terus shoot ke peak Bubu dari kemsite Ulu Gadig menuju ke LWP mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini dan masih berbaki lebih kurang 2 jam untuk mendaki untuk sampai ke puncak tertinggi Gunung Bubu

Antara rintangan yang perlu ditempuhi untuk menuju ke peak

Mossy Forest Di Gunung Bubu

Perjalanan daripada LWP menuju ke peak agak santai, trek agak mencanak dan di sepanjang perjalanan akan disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik selain itu akan menjumpa banyak pokok-pokok dan tumbuhan yang menarik seperti periuk kera, straberry liar, orked, lumut dan kulat, untung bila ada geng forest yang joint group kita sekali mendaki banyak info tumbuhan-tumbuhan kita dapat kenal . Suhu untuk menuju ke peak agak nyaman dan sejuk.

Periuk Kera, pelbagai saiz boleh jumpa ada satu jenis pokok kera yang sob namakan dia Denis :P

Laluan untuk ke puncak yang agak berlumut, cantik 

Pokok besar ini antara tempat yang wajib untuk berhenti untuk berwefie :)

Tepat puku 11 am kesemua team agaras berjaya sampai ke Puncak Gunung Bubu, tahniah semua!

Puncak Gunung Bubu ( 5437 ft ) berjaya ditawan, syukur alhamdulilah :P

Ok secara keseluruhannya pendakian pada kali berjaya kesemua lineup seramai 9 orang berjaya sampai ke Puncak Gunung Bubu, sepanjang pendakian tidak berlaku apa-apa masalah semuanya boleh diselesaikan dengan kerjasama sesama ahli kumpulan kecuali kecederaan biasa seperti terseliuh sedikit dan beberapa team agak pewai ketika pulang, alhamdulilah kami semua seramai 9 orang pendaki berjaya menjejakkan kaki dengan selamat di atas puncak gunung ini tepat pada jam 11 am pada tarikh 21 Feb 2016. Kumpulan pendaki terakhir selamat turun kembali ke Hutan Lipur Ulu Kenas lebih kurang jam 9.30 malam. Alhamdulilah semua selamat sampai  kembali ke Pintu Rimba Ulu Kenas, berehat, makan dan seterusnya kembali ke destinasi masing-masing. Ekspedisi mendaki Gunung Bubu, satu pengalaman yang cukup indah  lagi berharga apabila dilalui bersama buddy yang sekepala, thanks geng i believe Happiness is a journey, Not a destination.. 




Sobri yaacob
#The Agarasian

Menyingkap Sejarah Dan Keunikan Senibina Kellie's Castle

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apa khabar buat semua pembaca blog Sobri Yaacob, diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera. Terlebih dahulu Sob ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang lepas serta mendapat barakah di bulan yang mulia ini.

Memandangkan tahun hadapan Tahun Melawat Perak 2017 / Visit Perak 2017, untuk entry kali ini sob ingin berkongsi dengan korang semua salah satu tarikan pelancongan yang cukup menarik yang terdapat di Batu Gajah, Perak iaitu Kellie’s Castle turut dikenali sebagai Istana Kellie's, sebuah istana yang dibina dengan penuh perasaan cinta seorang suami kepada isteri serta anak-anaknya dimana mempunyai nilai-nilai sejarah dan  keunikan dalam prosses pembinaan istana.

Menyingkap Sejarah Dan  Keunikan Senibina kellie's Castle


Kellie's Castle atau turut dikenali Rumah Kellas sememangnya istana yang penuh dengan nilai sejarah dan pelbagai misteri yang menghantui kawasan ini, lokasi istana indah ini yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, hanya 20 perjalanan daripada bandara Ipoh. Keller's Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai, tapi bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu dan mempunyai misterinya yang tersendiri.




Pemandangan Kellie's Castle dari luar

Proses pembinaan Istana Kellie's, sebenarnya mempunyai kisah sejarah yang tersendiri yang cukup menarik untuk dibaca, untuk info yang menyeluruh mengenai sejarah Kellie's Castle bermula daripada kisah hidup William Kellie Smith, bagaimana istana ini dibina, kenapa istana ini lambat disiapkan serta kisah-kisah misteri yang terdapat di kellie's castlle dimana korang boleh pergi sendiri melawat ke Istana Kellie's kerana di sini banyak info-info yang boleh dibaca atau boleh rujuk ke blogharithsidek.blogspot dimana banyak dikongsikan info-info dan maklumat yang cukup menarik untuk dibaca mengenai  sejarah Istana kellies's

Jom masuk ke dalam istana! 

Disini sob kongsikan sejarah ringkas mengenai  Kellie's Castle

Istana Kellie dibina sebagai rumah kedua bagi pengusaha ladang dari Scotland bernama William Kellie Smith pada abad ke-20. Tinggal jauh dari kampung halaman, Kellie berhasrat membina kediaman baru yang dapat mengembalikan kenangan di rumahnya yang jauh di Scotland. Mahligai ini terletak di bahagian atas bukit yang pada asalnya adalah sebuah estet getah. William Kellie Smith adalah seorang lelaki yang menarik dan sangat terkenal di kalangan pekerjanya dari India Selatan. Seorang yang baik hati, beliau mendirikan sebuah kuil Hindu untuk pekerjanya di perkarangan kawasan mahligai tersebut. Sebagai tanda penghargaan, pekerja-pekerja beliau mendirikan sebuah patung Kellie lengkap dengan sut putih dan topi. Pembinaan mahligai yang unik ini bermula pada tahun 1915. Walau bagaimana pun, ia terhenti secara mendadak dengan kematian mengejut Kellie pada tahun 1926.


Korridor di tingkat 2. Disini juga lokasi bilik utama serta bilik anak-anak william dan Agnes, dikatakan disini juga kelibat atau roh-roh  penghuni istana ini kelihatan! 


Bersebelahan Istana Kellie's ialah Rumah Kellas yang merupakan rumah pertama Tuan William dimana ditempatkan penempatan orang gaji, pekerja dan klinik. Yang menariknya mengenai Binaan Istana Kellie's di sini terdapat 4 terowong rahsia yang dibina bagi tujuan keselamatan ketika waktu darurat, Terdapat 1 ruangan shaf lif di Kellie’s Castle, di mana sekiranya istana ini dibina sepenuhnya mungkin akan menjadi lif yang pertama di Malaya pada ketika itu. Di tingkat atas, di kawasan bumbung bersimen yang agak luas akan didirikan gelanggang tenis mengikut perancangan Tuan William.

 Istana  Kellie's yang dibina di kawasan estet getah


Contoh senibina yang dibina, difahamkan semasa proses pembinaan istana ini tidak menggunakan sebarang paku dan jentera berat.



Menariknya mengenai proses pembinaan istana ini dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india, istana ini sememangnya unik

Di dalam salah satu bilik di dalam istana, sudut penerangan  mengenai Kellie's Castle.

Gambar di atas menunjukan  Tuan William, isterinya bersama kawan-kawanya sedang menikmati minum petang - so korang boleh feeling-feelinglah bagaimana suasana pada masa zaman kegemilangan Tuan William


Salah satu ruangan di dalam istana yang dihiasi lengkap dengan susunan perabut dan deco seakan berada pada zaman itu tapi ruangan ni tidak dibenarkan masuk, jadi hanya boleh dilihat daripada luar. Mungkin ini contoh bentuk dalaman istana Kellie's sekiranya berjaya disiapkan.



Maklumat mengenai Kompleks Kellie's Castle

Kompleks Kellie’s Castle menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti surau, tandas, sudut cenderahati, teater mini dan juga kafetaria bagi pengunjung yang datang yang sangat selesa dan kemas .Disediakan tempat parking kereta yang luas dan selesa dikenakan bayaran sebanyak Rm2.00 dan tiket masuk ke dalam istana bagi dewasa sebanyak Rm5.00 dan kanak-kanak Rm3,00 bagi warganegara Malaysia.

Tersergam indah sebuah istana lama yang mistik penuh dengan kisah misteri suka dan duka, tapi pada masa sekarang lokasi ini antara destinasi perlancongan di perak yang menarik dilawati, sekiranya korang inginkan susana yang lebih menyeramkan dan mistik pastikan kunjungan korang ke sini pada waktu malam pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza! Kellie Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu tapi bergantunglah kepada persepsi masing-masing bagi sob Kellie’s Castle sebuah istana yang dibina dengan penuh perasaan cinta Tuan Wiliiam kepada isterinya Agnes dan anak-anaknya dan mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri.


Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di Puncak Gunung Bintang

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini hajat sob untuk mendaki Gunung Bintang akhirnya tercapai juga setelah lama mengidam untuk menawan antara gunung yang tertinggi di Kedah, bagi hampa yang tertanya-tanya mengenai Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, berketingginya 1,862 meter dari aras laut dan ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Pun begitu puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah dan sob dipahamkan ini merupakan merupakan gunung yang tertinggi di Negeri kedah, So antara misi utama trips ini adalah nak melihat kerlipan bintang-bintang dari puncak tertinggi Gunung Bintang, sama ada misi ini berjaya atau tidak :P

Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di  Puncak Gunung Bintang

Trips ini telah di organized by Bro Ash dari "Orang Gunong Osem" so hampa boleh like group ni di facebook sebab Bro Ash agak aktif dalam dunia hiking so banyak trips dan info-info terkini yang di share di page Orang Gunong Osem ( O.G.O )

Trips mendaki Gunung Bintang Kali ini mengambil masa selama 2hari 1malam dan starting point bermula daripada Lata Sedim, Kedah. Ketinggian Gunung Bintang Lebih Kurang 1862 meter dari aras laut, jangkaan masa pendakian sampai ke puncak mengambil masa 12 jam bergantung kepada stamina pendaki dan jarak pendakian sejauh 13-14 km untuk sampai ke puncak. Untuk menaiki Gunung Bintang boleh dibahagikan kepada beberapa checkpoint, CP1 Pertama akan menjumpai Kawasan air Terjun, seterusnya CP2 kawasan permatang dan CP3 terakhir iaitu di kem Bunian dimana disini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak.

berjalan kaki menuju ke kaki rimba

Dari starting point lata Sedim boleh berjalan kaki  menuju ke kaki rimba melalui jalan yang bersimen, kami bergerak dalam pukul 9.30 am dan anggaran masa lebih kurang 2 jam dan antara  pilihan lain boleh menaiki 4x4 untuk mempercepatkan masa perjalanan seterusnya akan melaui trek hutan dan kawasan berbuluh untuk menuju ke waterpoint ( checkpoint 1 ) anggaran masa selama 2 jam 30 minit dimana akan melalui laluan yang mendatar, cabaran utama di sini terpaksa mengelak dan merangkak daripada rumpum-rumpun buluh yang tumbang. Sepanjang perjalan ke Cp 1 akan menjumpai lebih kurang 2 sungai kecil dan awas laluan ini juga merupakan laluan Pak long mencari makanan jadi sila berhati-hati dan berjalan dalam berkumpulan.


Air Terjun Lata Riau di Check point  1, boleh tahan tinggi waterfall ni.. memang cantik pemandangannya kalau dapat tiruk  lagi memang layan :P

Sampai ke Lata Riau lebih kurang pkul 12.00 tengahhari, di sini terdapat satu wakaf / pondok yang masih dalam keadaan baik cuma tandas yang kelihatan sudah lama tidak digunakan, jadi dekat sini boleh rehat sebentar sambil makan pack lunch sebelum menuruskan perjalan di mana cabaran yang sebenar bermula. Perjalanan seterusnya untuk menuju ke next Cp 3 iaitu ke Kem Bunian dimana kami akan bermalam sebelum keesokan harinya terus menuju ke puncak untuk melihat matahari terbik. Boleh dikatan trek daripada Cp1 menujuk ke Cp3 ( LWP ) memang treck  yang tak kasi muka langsung, trek yang mencanak dan mencongak! orang cakap memang layanlah trek ni nak jumpa permatang yang mendatar pun susah memang menguji fizikal dan mental. Alhamdulilah sepanjang perjalanan tak ada yang tercedera cuma sedikit pewai ? sedikit sangatkan hahahahhaa tapi kaki masih boleh teruskan melangkah - tq Bro Ash for your support, u are trully hikers sejati i really  appreciated it :P


Pendakian daripada Cp1 ke Cp3 tempoh mana dianggarkan selama 3 Jam lebih dimana cabaran sebenar mendaki Gunung Bintang bermula, semasa dalam perjalanan akan jumpa pelbagai jenis flora dan fauna serta disajikan dengan pemandangan  dan bunyi-bunyian hutan yang cukup mendamaikan. Yang best hiking di Gunung Bintang walaupun trek dia boleh dikatakan mencanak daripada atas ke bawah tapi kita tak akan jumpa puncak tipu yang selalu memberi harapan palsu boleh  jadi boleh focus dan layankan je kaki menapak slow-slow sampai ke puncak, sepanjang jalanmenuju ke kem bunian dengan diri pewai sambil melayan perasaan on treck banyak perkara yang terlintas dekat fikiran berkait rapat dengan bintang.. antaranya harimau bintang ishh! tak mau..tak mau mintak dijauhkan! selain itu nak lompat bintang dekat puncak Gunung Bintang dan pada waktu malam nak layan bintang-bintang berkelipan dari Gunung Bintang !

 Cp 3, Kemsite Bunian dekat sini juga hampa boleh nampak kesan-kesan najis pak long jadi ini antara kawasan laluan mereka, ok ada yang tanya kenapa kem ini nama Kem Bunian ? well bunyi agak mistik bukan nak tahu kena naik dan bermalam sendiri kat Kem ni :P

Lebih kurang 5.30 petang kami sampai ke Kemsite Bunian, dimana di sini terletaknya Last Water Point, bagi yang ingin terus hiking ke puncak boleh ambik air dulu disini dimana hampa kena turun sedikit ke bawah lebih kurang 5 minit untuk  menuju ke sungai kecil di bawah. Kami bermalam di sini dulu dimana keesokan harinya awal-awal pagi dalam pukul 4.30am boleh terus ke puncak untuk melihat matahari terbit. Kawasan Kem Bunian ini agak luas, jadi boleh menempatkan ramai group. Pada hari kami mendaki ada sedikit  hujan pada sebelah petang jadi suasana berkabus-kabus dan cuaca yang sejuk terutama pada sebelah malam memang best jadi pastikan bawa sleeping beg dan sweeter untuk tidur dalam keadaan selesa kalau tidak jawapnya tidur dalam sejuklah !

Inilah sungai kecil dan merupakan Lwp di Kem Bunian, airnya jangan cakap memang sejuk gila kalau minum terus, terasa fresh je segar terus mata.. jujur cakap pemandangan di punca air ini memang cantik berlumut hijau.

Pemandangan daripada Bonsai Kecil, misi utama nak lihat kerlipan bintang bersinar di waktu malam tapi apakah daya naik gunung ketika bulan penuh, alhamdulilah disajikan dengan panorama bulan mengambang yang cukup mengasyikkan.

Keseokkan hari lebih kurang 4.30am kami memulakan perjalan menuju ke puncak anggran tempoh masa lebih kurang 1jam 30 minit dimana akan melalui Taman Bonsai dan Bintang kecil sebelum sampai ke Puncak. Trek daripada kem bunian ke puncak sebenarnya agak mengelirukan dan terdapat banyak laluan treck dan laluan tikus dimana ini juga trek laluan binatang jadi pastikan lalu di lauan yang betul. Pengalaman hiking pada awal pagi memang beri aderanaline yang berbeza lain macam sikit, best memang best hiking awal pagi tapi nak bangun tidur awal tu yang seksa sedikit.

Selfie kemenangan satu kali dulu, alhamdulilah salah satu lagi Puncak berjaya didaki, Gunung Bintang ( 1862 mtr ) bersama Bro Ash.

macam mana belanja tak view sunrise kat Gunung Bintang :P

Bro Ash #idola #padu

waiting the sunrise! please be nice with me :)

Lebih kurang 6.30am kami sampai ke puncak, alhamdulilah hari ini disajikan dengan pemandangan matahari terbit yang cukup menawan daripada puncak tertinggi Gunung Bintang yang berketinggian 1862 meter dari aras laut ini adalah puncak gunung tertinggi di Kedah berjaya ditawan! syukur. Suhu di puncak pada hari itu agak sedikit sejuk tapi tetap bersemangat menunggu matahari terbit antara saat-saat yang ditunggu oleh semua pendaki, ganjaran terbaik selepas berhempas pulas mendaki antara kepuasan yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata.


Cantik bukan bukan semua orang boleh rasa moment ini, dari sini boleh nampak Gunung Kenderong dan kerunai, Gunung-gunung lain maaf abang sob masih nubis tak tahu nama.

Di atas kawasan Puncak, terdapat juga kem site untuk berkhemah, tapi tidak seluas di kem Bunian, disini terdapat Beirut lama yang sudah patah, katanya sebab dilanggar oleh pak long @ orang besar! Ok kita sudah sampai ke puncak Gunung Bintang jadi jom lompat Bintang Satu kali :P


Lebih kurang 1 jam berada di puncak seterusnya kami berpatah balik menuju ke Kem Bunian, gambar di atas diambil ketika berada di Bintang Kecil, antara tempat yang cukup mengancam untuk selfie potret! Pemandangan  di kawasan Bintang Kecil memang cukup menarik dan terasa mistik pun ada mungkin disebab faktor-faktor suasana awal pagi yang berkabus dan pokok-pokok dekat sini yang kelihatan nampak sedikit exotic! Masa kami naik awal pagi tadi dalam keadaan gelap dan berkabus jadi banyak pemandangan menarik boleh lihat ketika waktu turun antara hampa akan menjumpai kawasan mossy forest itu dah dekat-dekat nak sampai ke Puncak dan kawasan bonsai di Bintang kecil dan Taman Bonsai.

Bonsai Garden I Taman Bonsai.

Lepas siap mengemas di di Kem Bunian seterusnya kami mula bergerak turun, lebih kurang pukul 3.30 petang kami sampai kembali ke starting point di Lata Sedim, secara keseluruhannya pendakian ke Puncak Hati Awak  berjaya dengan suksesnya! eh pendakian ke Gunung Bintang berjaya dan cukup meninggalkan kesan yang mendalam buat sob kerana banyak kenangan dan halangan yang perlu ditempuhi sepanjang trips ini berlangsung, alhamdulilah berjaya diatasi dengan jaya dan akhirnya impian untuk mendaki Gunung Bintang tercapai, walaupun pendakian kali ini hanya melibatkan Sob dan Bro Ash,  sepanjang pendakian tidak berlaku apa-apa masalah semuanya boleh diselesaikan, syukur bak kata Bro Ash 'asal namanya gunung, kita layankan je, tak larat kita rehat, tak laju kita jalan tapi jangan sekekali patah semangat'thanks idola- saya pegang kata-kata tu.

Royal Belum State Park Destinasi Percutian Yang Wajib Dikunjungi !

$
0
0
Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Dikelilingi oleh alam semula jadi sentiasa menjadi destinasi pilihan utama Sob untuk bercuti dan berehat, bayangkan dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest pasti tidak akan menyesal. Cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah dan ini antara satu destinasi perlancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak

Sob tahu sebenarnya tersangatlah banyak tempat untuk bercuti yang sangat menarik untuk diterokai di sekitar Negeri Perak tapi untuk  entry kali ini sob ingin lebih focus mengenai destinasi percutian yang kian menjadi bualan para pelancong iaitu di Hutan Simpan Belum yang terletak di daerah Gerik Perak. 

Bagi yang tertanya-tanya apa aktiviti yang korang boleh lalukan sekiranya berkunjung ke Royal Belum Forest antara aktiviti menarik yang korang boleh  lakukan antaranya Tour Island, melawat kampung orang asli, mencari bunga reffelesia, Salt licks ( Sira Gajah ), tracking di hutan,menjejaki air terjun dan pelbagai lagi. Di bawah sob kongsikan gambar-gambar percutian  dan aktiviti yang sob lakukan semasa berkunjung ke Royal Belum  Forest

Berkayak Di Tasik Banding, Perak
Mandi Manda di Tasik, best owhh...


Mencuba aktiviti lasak dan advanture di Belum Advanture Camp


Pemandangan Di dalam salah satu lokasi menarik di Hutan Belum, iaitu di Sungai Kool

 Antara pokok-pokok Besar yang boleh ditemui.


Tiruk di Waterfall aktiviti wajib sekiranya berkunjung di Air Terjun Sungai Enam

Keindahan Hutan Belum yang masih belum terusik dimana menjadi tempat tinggal flora dan fauna.

Jungle tracking di dalam Hutan Belum antara aktiviti yang cukup menarik , sambil disajikan dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan.


Di salah satu perkampungan Orang Asli di Hutan Belum

Ronda-ronda melawat pulau-pulau yang terdapat di sekitar tasik, pengalaman yang cukup menarik!

Sob akan kongsikan kepada korang semua bagaimana cara untuk ke sana :

Bagaimana cara hendak sampai ke Royal Belum Forest

1- Memandu sendiri menggunakan kereta:

Melalui Lebuh Raya Utara Selatan Plust melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1 jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke kelantan sehingga sampai ke pulau bandingperjalanan dianggarkan dalam 1 jam, banyak sigboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan barang keperluan dicadangkan beli d Gerik dan pastikan isi minyak penuh di stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian.


2- Menaiki kenderaan awam bas atau teksi: 

Menaiki bas akan turun di stesen bas gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263) dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi tambang.

Cara-cara untuk memasuki ke Hutan Royal Belum boleh didapati daripada Perbadanan Taman Negeri Perak untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya:


Tempat Penginapan Terdapat di Tasik Banding

-Royal Belum Rainforest Resort
-Banding Lake Site
-Chalet Mat Shah

Royal Belum Rainforest Resort

Jangan ingat di tengah-tengah kawasan hutan ini tidak ada kemudahan hotel, chalet atau resort di sini banyak ditawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan untuk menginap semuanya bergantung kepada bajet, pakej dan suasana percutian yang korang inginkan Untuk memudahkan urusan tempahan Hotel dan Resort korang boleh tempah melaluiHotelsCombined untuk banding dan cari harga hotel dari semua laman web popular dimana korang boleh dapatkan hotel yang terbaik dengan harga yang terendah.

Ekspedisi Mendaki Gunung Kerinci 3805 M - Gunung Berapi Tertinggi Di Indonesia

$
0
0

Alhamdulilah, syukur salah satu daripada wishlist sob untuk merasai pengalaman mendaki Gunung Berapi akhirnya tercapai ! Gunung Kerinci Gunung Berapi yang tertinggi di Indonesia, fuhh.. bukan biasa-biasa cabarannya buat para pendaki terutama kepada sob yang belum pernah mendaki gunung yang permukaan dan treknya agak berbeza daripada gunung-ganang yang terdapat di Malaysia. Pengalaman berjalan pada awal pagi untuk misi summit attack untuk mengejar sunrise, dimana ketika di pertengahan jalan terpaksa dihentikan sebentar akibat badai yang melanda hampir selama 40 minit dimana kami hanya berlindung disebalik jalur-jalur / di batuan-batuan di sebalik laluan gunung berapi di mana ketika itu angin kuat dan kencang melanda di puncak dan suhu yang sangat sejuk memang satu pengalaman yang tidak mungkin sob lupakan, yeah it true never measure the height of a mountain until you have reached the top dimana pada waktu itu hanya tekad dan semangat yang kuat menjadi pendorong untuk meneruskan pendakian  :P

 Gunung Kerinci 3805 M I Gunung Berapi Tertinggi Di Indonesia


Tanggal 29 September 2016 kami bergerak daripada KLIA 2 menuju ke Airport Padang dengan menaiki pesawat Air Asia AK402, tepat pukul 1.30pm kami semua selamat mendarat ke Tanah Sumatra Barat, di sini kesemua lineup bertemu dan berjumpa untuk pertama kali yang sebelum ini hanya bertegur sapa di dalam group whatsApp Mendaki Gunung Kerinci. Perasaan ketika itu agak berdebar-debar tapi agak teruja kerana sudah berada di kawasan Gunung Berapi tertinggi di Indonesia yang hanya menanti untuk ditawan pada keesokan harinya. Seterusnya berjumpa dengan organizer yang merancang trips ini iaitu Nuar daripada NHC dan seterusnya menaiki van untuk membawa kami ke daerah Kresik Tuo, dimana anggaran perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam perjalanan.


Minangkabau International Airport! Gunung Kerinci kami datang :P


Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 9 jam yang penuh dugaan terutama keadaan jalan raya yang bisa membuat kita pening-pening dan muntah, akhirnya kami sampai ke rumah penginapan kami di Homestay terletak di Jambi yang dimiliki oleh pasangan indonesia yang bernama Amdani yang sangat peramah dimana kami bermalam dahulu disini sebelum kesokan harinya berangkat ke Taman Nasional Kerinci Seblat untuk mendaki.

Mendaftar diri dahulu  adalah wajib dan korang dikenakan sedikit bayaran untuk mendaki Gunung Kerinci

Lebih kurang 30 minit perjalanan daripada homestay dimana sepanjang jalan dihidangkan dengan pemandangan indah ladang teh seluas mata memandang akhirnya  kami sampai ke Pos Penjagaan Taman Nasional Kerinci Seblat di mana wajib para pendaki mendaftar kan diri sebelum memulakan pendakian

Team nhc X kerinci ! are you ready :P

Lineup Pendakian Gunung Kerinci terdiri seramai 16 orang, dimana terdiri daripada 12 jejaka hensem for sure me! dan 4 orang puteri sado berserta 1 penunjuk arah Alex (+6282380799455) dan sweeper Amdani ( very recommend ) dan kami tidak menggunakan sebarang khidmat porter dimana tempoh pendakian mengambil masa selama 2 hari 1 malam.

wajah-wajah ceria sebelum memulakan pendakian.

Sebelum memulakan perjalanan, berdoa semoga semuanya selamat sampai naik dan turun  dari puncak ke bawah dan sentiasa dipelihara oleh Allah swt sepanjang pendakian ini berlangsung.

Sedikit info mengenai Gunung Kerinci

Gunung Kerinci yang berketinggian 3.805 mdpl merupakan puncak gunung tertinggi di pulau Sumatera juga merupakan puncak ‘Gunung berapi tertinggi di Indonesia’ terletak di kawasan Jambi yang bersempadan dengan wilayah Sumatera Barat di Pergunungan Bukit Barisan, pantai barat,dan terletak sekitar 130km di sebelah selatan Padang termasuk dalam kawasan Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) Untuk pengetahuan korang semua gunung gunung Kerinci dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatra di mana dijalan pintu masuk pendakian kita akan menjumpai Satu Tugu yang diatasnya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan simbolik kawasan ini kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera.

Perjalanan menuju ke Pintu Rimba, sepanjang perjalanan akan melalui kebun sayur dan ladang teh dan pendakian kami bermula lebih kurang 10.00 am selepas selesai urusan pendaftaran dan pembayaran .

Di permulaan pendakian selepas melalui Pintu Rimbadimana akan melalui hutan tropika yang sama seperti hutan di Malaysia cuma suhu agak dingin dan semakin tinggi kita mendaki landskap hutan juga turut berubah daripada landskap hutan tropika biasa ke hutan mossy seterusnya menjumpai hutan-hutan yang ditumbuhi oleh pohon-pohon renek dan di atas sekali laluan berbatu dan berpasir kesan letusan gunung berapi terdahulu. Perjalanan menuju ke Puncak Kerinci boleh dibahagikan dengan melalui beberapa pos dan shelter.

30 September 2016 

10.00 am: Memulakan pendakian dari Pintu Rimba
10.30 am: Tiba di Pos 1 (1885m)
10.50 am: Tiba di Pos 2 (2020m)
12.00 pm: Tiba di Pos 3 (2225m)
1.30 pm: Tiba di Shelter 1 (2504m)
4.00 pm: Tiba di Shelter 2 (3200m)
9.00pm : Tiba di Shelter 3 (321m) / kemsite

01 October 2016 

5.00 am: Shelter 3 
6.30 am : Berhenti di Pertengahan akibat Badai
7.00 am : Tiba di Tugu Yuda
8.00 am : Tiba di Puncak Kerinci (3805m)
9.30 am : Turun ke Kemsite / Shelter 3
1.00 pm : Memulakan perjalanan turun
7.30 pm : Selamat sampai ke Kaki Pintu Rimba

Berhenti sebentar di Pos 1

Kaki Rimba - Pos 1, Perjalanan 30 minit.

Perjalanan daripada Pintu rimba menuju ke Pos 1, dimana disini terdapat 3 Pos iaitu Pos 1, Pos 2 dan Pos 3 sebelum sampai ke Shelter 1, di setiap pos korang tidak dibenarkan untuk beherti terlalu lama dan bermalam disebabkan faktor keselamatan. Jalan trek cukup landai dikelilingi oleh hutan-hutan tropika/ hutan yang tertutup, keadaan trek alhamdulilah di hari pertama kami mendaki cuaca di sini masih keadaan elok dimana sudah lama tidak hujan dan trek yang tidak licin.

Pos I - Pos II, Perjalanan 20 minit

Keadaan trek dan persekitaran hutan  masih sama dalam keadaan landai dimana tidak perlu banyak mendaki bukit-bukit kecil, so take your time and enjoy that moment sambil bergelak ketawa sebelum cabaran sebenar bermula :P

Pos II - Pos III, Perjalanan selama 30 minit

Tempoh masa yang diambil lebih kurang 30 minit, di mana pendakian sudah mula perlu melalui trek atau jalur yang sedikit berbukit dan berlecak. Disini terdapat satu Gazebo yang masih dalam keadaan elok dimana kami semua berhenti sebentar untuk mengalas perut terlebih dahulu dengan masakan indonesia yang telah dibungkus terlebih dahulu pagi tadi yang dipangil nasi wuduk kalau di malaysia rupanya lebih kurang Nasi Lemak cuma bezanya ada letak bihun sangat nikmat makan dalam keadaan cuaca yang agak sejuk. Disini terdapat waterpoint untuk mengisi air. Di Pos III adalah satu satunya Pos yang memiliki sebuah gazebo dalam keadaan baik, dimana pos sebelumnya ini hanya menjumpai tiang dan papan tanda yang hampir roboh :P


Perjalanan daripada pos 3 menuju ke selter 1, dimana masa perjalanan mengambil masa lebih 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan sudah berubah ke landskap Mossy Forest kelihatan banyak pokok-pokok besar dan berlumut hijau satu pemandangan yang cukup indah dimana ketika saat keletihan mula melanda setiap pendaki. Keadaan trek yang sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki dimana jalan yang lecak dan trek yang agak dalam  serta perlu memanjat dalam kesukaran 40 darjah! 

Di  saat ini masih lagi boleh tersenyum bro!

Di Pos 1, keadaan camsite yang lapang dan luas, anggaran boleh mendirikan khemah dalam 10-12 buah khemah.

Cabaran mendaki sebenar sudah bermula daripada Shelter 1 ke Shelter 2 tempoh masa yang diambil anggaran dalam 2 jam ke 4 jam bergantung kapada pace kelajuan pendaki dimana sob mengambil masa lebih kurang 3 jam masa pendakian dimana pendakian yang dibuat oleh kami dalam keadaan lebih santai-santai. Di mana sekiranya penat atau letih kita berhenti lepak-lepak berborak sambil membahan dulu ada tenaga kita sambung balik pendakian secara slow and steady! 

Alhamdulilah di hari pertama pendaki kami tidak didatangi hujan dan membuat trek yang dilalui agak kering dan tidak berlecak, sebab sob dipahamkan trek or jalur gunung kerinci agak berlumpur dan lecak disebabkan itu adalah laluan air ketika hujan. Keadaan suhu pula semakin tinggi mendaki semakin sejuk bayangkan dalam pukul 2 petang sudah perlu memakai sweeter disebabkan cuaca yang dingin dan angin kencang yang agak kuat di sepanjang perjalanan.


Menuju ke Shelter 11 dimana cuaca yang semakin berkabus dan semakin sejuk

Antara pemandangan yang dapat dilihat ketika menuju ke Shelter 11


Berhenti sebentar di pertengahan jalan ketika menuju ke Shelter 11 dan  berehat sebentar. Tahap kesukaran trek lebih kurang 65 darjah kesukaran dimana masa perjalanan yang dilalui agak jauh dan lebih lama berbanding ke Checkpoint yang lain.

Di Shelter 2 berketinggian  lebih 3200m , ketika ini tengah bersiap-siap mendiri khemah sebentar sementara menunggu lineup yang lain sampai.

Tiba di shelter 2 lebih kurang pukul 4.30 pm dimana ketika itu keadaan suhu yang sangat sejuk disebabkan keadaan angin  yang kencang. Kami menunggu dahulu kesemua lineup  sampai ke sini untuk  berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke shelter 3 untuk bermalam Di sebabkan keadaan yang agak sejuk kami mengambil untuk mendirikan dulu khemah sebentar untuk berlindung daripada angin kuat, bayangkan 5 orang masuk di dalam satu khemah semata-mata untuk dapatkan haba dan panaskan badan. Angin yang semakin kuat terutama ketika waktu senja dimana kelajuan anginnya sangat luar biasa yang mampu mengoyangkan badan ketika berdiri. Alhamdulilah di sini disajikan pemandangan matahari turun yang sangat cantik walaupun ketika itu cuaca yang sangat sejuk

Keadaan di camsite Shelter 2, agak kecil dan hanya mampu mendirikan lebih kurang 5-7  biji khemah cuma keadaan di sini masih berpokok dimana mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang dan juga disini terdapat satu waterpoint, sayangnya waktu sob mencarinya waterpoint untuk mengambil air tapi kelihatan waterpoint dalam keadaan kering. Lebih kurang pukul 7 malam team yang ke 2 sudah sampai ke sini lantas kami terus memasak maggi dan air panas untuk menggalas perut dan memberikan sedikit tenaga dan kehangatan kepada ahli kumpulan yang baru sampai. sebelum bergerak  ke shelter3 untuk mendirikan khemah dan bermalam sebelum dimana kesokkan harinya kami akan memulakan perjalanan pada awal pagi untuk misi summit attack 


Dalam perjalanan menuju ke Shelter 3, mugkin secara kebetulan atau sekarang musim bunga, dimana daripada selter 2 ke shelter 3 kami melalui trek yang seperti terowong dimana ditutup oleh pokok-pokok renek ketika itu sedang berbunga, subhanallah satu pemandangan yang cukup indah sampaikan tidak terasa penat sebab disajikan satu panorama yang cukup cantik di sepanjang jalan. 

Walaupun jarak daripada Shelter 2 menuju ke Shelter 3 tidaklah begitu jauh dalam anggaran hanya 550 m tapi jalur  atau trek yang perlu dilalui agak extreme yang sedikit susah dimana perlu melalui di tebing-tebing yang agak dalam dan curam dan berlecak kerana itu antara laluan air ketika hujan.

Kemsite di Shelter 3, pemandangan di ambil pada waktu pagi sebelum berkhemas untuk turun ke kaki rimba.

Lebih kurang Pukul 9.00 malam kami selamat sampai ke Shelter 3, dimana kami terus mendirikan khemah kerana pada waktu itu keadaan angin yang agak kuat dan suhu yang sejuk sehinggakan bercakap pun mengeluarkan asap! Lokasi di camsite di Shelter 3 agak luas dan boleh mendirikan banyak khemah pada satu ketika, cuma cabaran di sini keadaan yang berbatu dan tidak terdapat pokok disini untuk berlindung daripada angin dan risikonya kemungkinan khemah yang didirikan ditiup oleh angin kencang

Perasaan tidur di sini, fuhh hanya tuhan tahu berapa sejuknya di malam hari sampaikan memakai beberapa helai baju masih terasa kedinginan malam sambil khemah bergegar hasil tiupan angin kencang. Di sini juga terpaat air dan merupakan last water point.


Memulakan perjalanan di awal pagi hanya berteman kan cahaya headlamp di pagi yang gelap, hanya semangat yang kuat  menjadi pendorong untuk menjejakkan kaki di  Puncak gunung berapi tertinggi di Indonesia

Kesokan harinya seawal pukul 4.30am sudah bangun bersiap sedia dan meyediakan sedikit sarapan pagi untuk mengalas perut untuk memberikan sedikit tenaga dalam usaha untuk sampai ke Puncak Gunung Kerinci, tepat pukul 5.00 pagi dengan hanya berbekal tekad dan azam yang kuat untuk menjejakkan kaki ke puncak idaman yang tidak jauh lagi berada di depan mata yang sedang menanti untuk ditawan.

Perjalan daripada Shelter 3 menuju ke puncak kita akan menjumpai kawasan momorial Tugu Yudha terlebih dahulu sebelum sampai ke puncak anggaran pejalanan lebih kurang 2 jam lebih dimana akan melalui trek yang berbatu-batu, berpasir dan berdebu. Antara pengalaman yang tidak mungkin sob lupakan di saat kami sudah sampai di tengah perjalanan di mana lebih kurang lagi 20 minit untuk sampai ke Tugu Yudha, kami dilanda badai yang agak kencang anginya di pertengahan jalan dimana terpaksa dihentikan sebentar perjalanan akibat badai yang melanda hampir selama 40 minit dimana kami hanya berlindung disebalik jalur-jalur / di batuan-batuan di sebalik laluan gunung berapi di mana ketika itu angin kuat dan kencang melanda di puncak dan suhu yang sangat sejuk sehinggakan membuatkan beberapa ahli kumpulan membuat keputusan untuk berpatah balik ke kemsite dan kembali semula selepas badai kembali tenang, tapi nasib baiklah disaat ingin membuat keputusan untuk berpatah balik keadaan badai kembali tenang, alhamdulilah kami semua tidak mengalami sebarang masalah di ketika badai melanda cuma itu satu pengalaman sob tak mungkin lupakan dimana tidak pernah merasainya sepanjang mendaki di Malaysia bayangkan ketika cuba untuk berdiri seketika untuk berjalan ke hadapan untuk mencari tempat berlindung yang lebih selesa badan bergoyang-goyang ditiup angin kuat, hanya mampu memuji kebesaran, ketinggian dan keagungan mu ya Allah yang maha esaTuhan sekelian alam.



Di saat matahari terbit di mana kebanyakan kami masih dalam perjalanan menuju ke Tugu Yudha, walaupun dilanda badai yang kuat sebelum ini tapi kami masih mampu tersenyum kerana disajikan dengan pemandangan matahari terbit keemasan berlatar belakangkan Danau Gunung Tujuh dan kota Jambi yang sangat indah.


Bagi korang tertanya-tanya apa tu Tugu Yudha adalah sebuah kawasan memorial dimana tugu ini didirikan sempena memperingati sorang pendaki bernama Yudha Sentika. Mengikut cerita Alex guidge yang membawa kami Yudha merupakan seorang pendaki yang berusia 17 tahun ketika itu telah hilang semasa cuba untuk mendaki Gunung Kerinci pada 23 Jun 1990 dimana sehingga ke hari ini jasad Yudha masih belum ditemui. Kawasan di sini agak lapang dan boleh dijadikan tempat berehat sebentar sebelum teruskan pendakian  ke puncak. Dari Tugu Yudha anggaran perjalanan lebih kurang 40 minit untuk sampai ke puncak.

Semakin hampir ke puncak sudah boleh merasai bau asap lava gunung berapi 'bau kejayaan'yang terdapat di puncak gunung berapi  yang masih aktif ini.

Di waktu ketika kesemua pendaki mula keletihan akibat kekurangan tenaga dan keadaan suhu yang semakin sejuk untuk menghampiri puncak dan keadaan trek yang semakin kejam 80 darjah kesukaranya dimana keadaan trek yang berbatu-batu besar dan berpasir yang perlu dilalui dimana batu-batu itu menjadi tempat untuk berpijak dan berpegang oleh  kami untuk mengimbangi badan daripada tergelincir ke bawah dimana di bahagian kiri dan kanan terdapat gaung menanti,   hanya azam yang tinggi untuk menawan gunung berapi tertinggi di Indonesia menjadi motivasi kepada kami untuk terus kuat untuk meneruskan langkah !

'Setinggi mana puncak berjaya ditawan dan didaki, mereka sentiasa berada Puncak Hati sob'

Perak di Hatiku :P

Alhamdulilah lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu Indonesia pagi, Sob antara yang terawal sampai menjejakkan kaki di Puncak Gunung Kerinci Atap Sumatera yang berketinggian ketinggian 3805 Mdpl, rasa sangat beryukur dan puas dirasakan setelah melalui perjalanan yang panjang melalui pelbagai dugaan serta cabaran alhamdulilah pada akhirnya kami semua line up nhcXkerinci berjaya menjejakkan kaki di puncak tertinggi Sumatera dalam keadaan selamat tahniah semua !


Pemandangan daripada atas atap Sumatera adalah sangat menakjukkan, tambahan melihat sendiri kawah gunung berapi di depan mata di mana asap-asap yang keluar dari kawah seluas 400 x 120 meter cukup menginsafkan. Selain itu kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang, dan Bengkulu bahkan Samudera Hindia yang luas terbentang juga dapat dilihat dengan jelas. Di sebelah timur puncak pula kelihatan Danau Bento, iaitu paya berair jernih tertinggi di Sumatera dan di belakangnya terdapat Danau Gunung Tujuh dimana tunggu masa untuk didaki, pastinya Kerinci tunggu kehadiran Sob lagi!

Bersama pendaki Indonesia yang turut mendaki bersama-sama dengan kami, jujurnya pendaki-pendaki Indonesia baik dan peramah rajin menyapa sekiranya bertemu di pertengahan jalan.

Northen Hiker Community X Gunung Kerinci 2016

Alhamdulilah salah satu Wishlist Sob untuk merasai pengalaman mendaki gunung berapi sudah tercapai dan satu bonus untuk diri sendiri kerana berjaya sampai dan mampu berdiri di Puncak Gunung Berapi tertinggi Di Indonesia. Sob selalu berkata pada diri sendiri mimpilah seperti apa yang hang mahukan dan jadikan mimpi itu nyata kerana You Only Live Once!

Pemandangan di Puncak memang cukup mempesonakan seolah-olah kehadiran Sob dan teman-teman di sambut dengan Hamparan awan karpet putih yang menebal yang menanti kehadiran kami, cuaca yang cerah cukup jelas untuk melihat pemandangan indah di sekitar Gunung. Lebih kurang 50 minit di puncak sob memutuskan untuk pulang ke Kemsite Shelter 3, untuk berehat sebentar sambil menunggu kesemua lineup sampai ke sini seterusnya makan tengahari dan seperti biasa menu wajib para pendaki yang sentiasa di cari iaitu Maggi memang nikmat dimakan ketika cuaca yang sejuk cukup menyelerakan. Cuma ketika berada di puncak sob ada diingatkan oleh pendaki tempatan selalunya di sekitar pukul 10.00am akan muncul kabus yang dimana akan menyukarkan pandangan para pendaki untuk turun kerana kerana trek ditutupi oleh kabus tebal dan digalakkan untuk turun agak awal ke shelter 3 untuk mengelakkan diri tersesat melalui jalur ke tempat lain. 

Perjalanan turun menuju ke pintu rimba semuanya dalam keadaan terkawal dan alhamdulilah tidak ada team kami yang mengalami kecederaan teruk sepanjang tempoh pendakian Gunung Kerinci cuma beberapa team yang agak keletihan dan pewai dan itu adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh para pendaki dan lebih kurang pukul 8.00 malam kami semua selamat sampai keluar dari kaki Pintu rimba, syukur !



Credit Gambar: perkongsian  dari Team nhcXkerinci

Pendakian Gunung Kerunai - The Twin Peaks Of Perak (K2)

$
0
0

Impian untuk melengkapkan pendakian Puncak K2 iaitu Gunung Kenderong & Gunung Kerunai sudah lama terpahat di dalam hati, walaupun pada ketika itu sudah mendaki Kenderong lebih daripada 3 kali tapi sob masih belum berpeluang untuk mendaki jirannya iaitu Gunung Kerunai untuk melengkapkan Misi The Twin Of Perak ( K2 ) Syukur di sekitar April 2016 buat pertama kalinya Puncak Gunung Kerunai dijejaki oleh Sob bersama Team Agaras. Ternyata gunung yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik mempunyai tarikan sendiri buat penggemar outdoor pastinya pendakian korang ke sini tidak mengecewakan!

Pendakian Gunung Kerunai - The Twin Peaks Of Perak (K2)

Untuk pengetahuan semua, trek untuk menuju ke kaki Gunung Kenderong dan Kerunai sudah tidak lagi sesukar seperti pengalaman pertama kali sob menjejaki Gunung Kenderong dimana perlu merangkak-rangkak melalui bawah buluh, melalui jalan-jalan kecil dan semak dimana kini jalan sudah diletakkan batu yang lebih selesa untuk memudahkan perjalanan para pendaki sehingga ke tapak Kemsite yang pertama yang terletak di  kaki Gunung. Pendakian kali ini hanya melibatkan 3 orang sahaja iaitu Vien, Sob & Dean jadi kami hanya memilih untuk mendaki secara santai-santai menikmati keindahan flora dan fauna di sepanjang jalan dan kami hanya mendaki daypack tidak ber camping di puncak gunung.

Di pertengahan jalan hampa akan menjumpai simpang Y sila ke kanan, dimana trek menuju ke Kerunai dan kiri jalan menuju ke Kaki Gunung Kenderong dan juga tapak campsite.

Di permulaan akan melalui trek yang sedikit semak berlalang dan berbuluh seterusnya nanti akan melalui trek yang agak jelas sehingga ke puncak


Ok mengikut pengalaman sob trek mendaki Gunung Kerunai sebenarnya agak lebih senang dan santai berbanding mendaki gunung kenderong dimana trek boleh dikatakan 80 darjah pacak. Perjalanan melalui trek Gunung Kerunai agak panjang dimana akan menjumpai banyak puncak tipu lebih kurang 6 puncak jadi pendakian ini boleh disifatkan gabungan antara mendatar turun dan naik bukit dimana di sepanjang jalan kita melalui jalan denai ke denai.

Pemandangan sepanjangan jalan, akan menjumpai banyak pokok-pokok sebegini kesan daripada terbakar pada ketika dahulu.


Di pertengahan perjalanan rehat sebentar, seperti hampa sedia maklum antara cabaran utama mendaki Gunung K2 selain daripada trek batu-batu yang tidak begitu kukuh dan mudah jatuh ke bawah ialah cuaca yang panas disepanjang jalan kerana tidak begitu banyak pokok besar yang ada di sepanjang jalan untuk dijadikan tempat berteduh, mendaki di bulan april  dimana ketika itu musim panas perhh memang satu cabaran utama buat kami jadi pastikan membawa air yang secukupnya.


Di pertengahan perjalanan akan melalui satu checkpoint yang ditanda Lembah 1, itu bermakna pendakian hampa semakin hampir ke puncak. Tips mendaki gunung kerunai untuk mengelakkan pewai akibat kepanasan ketika mendaki pastikan mendaki pada awal pagi atau disebelah petang dimana ketika itu cuaca lebih teduh dan pemandangan pada ketika itu lebih cantik, owh ya walaupun gunung kerunai hanya ketinggian 1000 Mtr pastikan bawa air dan kelengkapan yang lain secukupnya.


Di sebelah kiri Gunung Kenderong yang berdiri megah disebalik gugusan awan.

Tapi yang menariknya mendaki gunung yang dimana sepanjang jalan melalui jalan denai yang terbuka memberikan view 360 darjah, disebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana dibelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!  Cuma pemandangan di puncak agak tertutup dengan pokok-pokok berbanding gunung kenderong, dimana pemandangan yang di lihat sepanjang jalan menuju ke puncak lebih indah jadi take your time slow hike and enjoy the view. Di sepanjang perjalanan hampa akan menjumpai banyak pokok-pokok renek, pokok yang agak rare, species orked dan juga Periuk kera.

Pemandangan Puncak kenderong daripada Peak Kerunai

Setelah mendaki hampir 1.35 minit, kami tiba ke puncak Gunung Kerunai. Suasana di puncak yang berketinggian hanya 1,000 Mtr ini agak redup dilitupi beberapa pokok sederhana tinggi, cukup selesa untuk berehat dan makan. Keadaan di puncak yang masih bersih dan terdapat sedikit lumut hijau yang masih hidup berbanding di puncak kenderong yang terbakar sampai ke puncak. 

View Gunung Kerunai daripada Puncak Kenderong!


Unlock Gunung Kerunai - Berketinggian 1000 Mtr

Lebih kurang 1 jam berada di Puncak, kami mengambil keputusan untuk turun ke bawah untuk mengelakkan berhadapan dengan  cuaca lebih panas, masa yang di ambil semasa turun ke bawah dianggarkan lebih kurang 1 jam 15 minit. Secaranya keseluruhanya trips The Twin Peaks Of Perak (K2) ini berjaya berlangsung mengikut waktu yang telah  ditetapkan, syukur :P


Explorasi Mendaki 3 Puncak - Gunung Stong, Gunung Ayam Dan Gunung Baha

$
0
0
Mendaki di 3 Puncak Gunung Stong, Baha & Ayam antara salah satu pengalaman pendakian yang sob tak mungkin lupakan daripada keindahan Air Terjun Jelawang yang cukup terkenal buat para penggemar waterfall dimana ia merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara sehingga di saat menunggu sunrise di awal pagi di Kem Baha dimana dihidangkan dengan pemandangan himpunan lautan awan kapet sehingga membentuk negeri di atas awan, sambil melihat terbitnya pancaran cahaya matahari kemasan di sebalik awan subhanallah cukup mengagumkan seolah-olah berada di kayangan satu kenangan indah yang cukup sukar dilupakan!

Explorasi Mendaki Gunung Stong, Gunung Ayam dan Gunung Baha

Trips Mendaki 3 Puncak berlangsung seminggu selepas kita Menyambut Hari Raya Aldilfitri, jadi perasaan teruja antara ingin mendaki dan suasana berhari raya masih berselang- seli. Trips menjaki 3 Puncak Stong, Baha dan Ayam telah dianjurkan oleh Infamous Hikers - Gogo Rusy yang berlangsung selama 3hari 2malam dan melibatkan lebih 20 orang lineup, cukup meriah dengan pelbagai ragam dan karenah di sepanjang trips ini berlangsung :P

Jumaat 

Sob dan Amalina bertolak pukul 01.00 malam daripada Tasik Banding menuju ke Pekan Dabong, dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan yang gelap dan senyap sunyi dimana sekali sekali hanya bertembung dengan lori-lori besar yang melalui jalan tersebut menuju ke Grik  dan kami berhenti sebentar dipertengahan perjalanan untuk mengambil lagi 3 line up, iaitu Mat, yeh dan kak yong geng-geng daripada utara, seperti yang telah dirancang untuk bergerak sekali dan seterusnya menunggu kesemua lineup berkumpul di lokasi yang ditetapkan, setibanya kami di sana Local Guide telah menunggu untuk melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum mendaki ke Kem Baha untuk bercamping, kami bersarapan dahulu di gerai berhampiran dan seterusnya bertolak ke lokasi berikutnya untuk explore 3 gua iaitu Gua Keris, Gua Tali dan Gua Gelap yang terletak lebih kurang 7 km daripada Pekan Dabong

Memulakan Explorasi 3 Gua lead by Kak Ana eh! aka Acik Kantin Gunung :P

Lebih kurang pukul 09.00 pagi kami memulakan aktiviti, selepas diberi taklimat ringkas mengenai gua dan safety oleh Abang Odie, guide yang mengiringi kami sepanjang pendakian ini berlangsung. Pengalaman terpaksa merangkak untuk masuk ke laluan lubang yang kecil untuk ke sebelah yang berselut, bergelonsor, berjalan di jalan  yang sempit dan gelap sememangnya memberikan perasaan aderenali outdoor yang cukup merujakan, sumpah sentiasa ada rasa keinginan nak repeat lagi bila dikenang! Dengan keadaan landsap gua yang masih terjaga cukup indah dengan pelbagai rupa dan bentuk susunan batu stalaktit serta stalagmit memang menyasikkan antaranya di Gua Keris, hampa akan melihat  kawanan kelawar dan menjumpai satu farmasi batu yang berbentuk seperti keris cukup menarik.


Di dalam Gua Gelap

Lebih kurang pukul 12.00 aktiviti santai Explorasi Gua berakhir dan seterusnya cabaran sebenar menanti kami, memulakan perjalanan menuju ke Hutan Simpan Gunung Stong setelah siap dibahagikan ration yang perlu dibawa oleh setiap team kami mula bersiap-siap untuk memulakan pendakian menuju ke Kem Baha, dimana tapak kemsite ini terletak di atas air terjun jelawang untuk bermalam sebelum meneruskan pendakian pada kesokanya untuk tapau terus 3 puncak iaitu Puncak Stong, Baha & Ayam.

Air Terjun Jelawang air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara ,berketinggian 303 meter atau anggaran ketinggian bagunan 30 tingkat jadi bayangkanlah! 

Daripada starting Point menuju ke Kem Baha dianggarkan lebih kurang 1 jam 30 minit secara santai-santai, dimana permulaan pendakia melalui kawasan kebun getah seterusnya menjumpai beberapa kawasan pondok dan di pertengahan jalan kami melintasi sungai menyusuri batu-batuan besar untuk menuju ke air terjun seterusnya dimana jalan berlatar belakangkan air terjun Jelawang untuk menuju ke trek ke seberang yang bestnya semasa kita melintas di bawah air terjun terasa titihan air terjun terkena muka hasil dariapada tiupan angin cukup menyegarkan. Daripada sini hendak menuju ke Kem Baha sudah tidak jauh tapi cabaranya pula sudah mula melalui trek yang agak mencabar dan sedikit mencanak dimana mental dan semangat teamwork sudah mula memainkan peranan untuk support each other supaya jangan mudah give up di pertengahan jalan.

The Boys at Kemsite Kem Baha *dengan gaya Hipster sangat !*

Lebih kurang pukul 3.00 petang, kebanyak team sudah sampai ke tapak kemsite seterusnya terus bersiap-siap mendirikan khemah memandangkan cuaca ketika itu agak mendung dan di khuatiri hujan  lebat akan turun dan seterusnya mula memasak bergotong royong, lebih kurang sejam selepas itu aktiviti rescue telah dimulakan untuk mencari saki baki teamyang agak  pewai  yang masih belum sampai ke puncak, alhamdulilah semuanya selamat sampai ke kemsite dengan selamat.


Sebenarnya sob agak terkejut dengan keluasan camsite di Kem Baha yang agak luas yang boleh memuatkan lebih 150 orang pada satu-satu masa, lengkap dengan tapak dapur, kedai, tandas dengan keadaan kemsite yang bersih dan sangat stategik bersebelahan dengan air sungai yang cukup sejuk dan jernih untuk bermandi-manda fuhh memang layan bercamping di sini sambil panggang kambing golek :P kalau diberi peluang lagi sekali mendaki di sini pastinya sob hanya akan lepak-lepak lama di kemsite ini sambil layan gelongsor di air terjun dan melihat sunrise di awal pagi yang cukup mempesonakan.


Aktiviti di sebelah malam free and easy, so kami mengambil peluang untuk lepak-lepak berkenalan antara satu sama lain, kerana kebanyakan yang mengikuti trips ini berasal daripada lain-lain negeri dan tak pernah bertegur sapa jadi inilah peluang berkenalan dan berkongsi cerita dan pegalaman mendaki yang pernah dilalui. Lepak sehingga awal pagi bertemankan kerlipan bintang sambil, alunan bunyi-bunyian rimba sambil menikmati semangkok megi dan milo 3in1. Thanks kak Fida, Kak Nurul, Kori sudi melayan karenah adik awak ni eh ? nampak tak kita muda lagi :P

Selamat Pagi Cinta, eh bukan selamat pagi awan kapet.


Sabtu

Seawal pagi dalam pukul 6.00 am, Sob sudah setkan jam untuk bangun daripada tidur supaya tidak terlepas menyaksikan pancaran cahaya kemasan matahari terbit daripada Kem Baha diantara lokasi untuk menyaksikan himpunan awan karpet terbaik di Malaysia, lebih kurang 6.30 pagi berbekalkan segelas milo  panas dan camera disisni sob menuju ke di tebing batu dimana disini puncak air terjun jatuh ke bawah, memang pada mulanya agak scary dan gayat apabila sekali sekala melihat ke bawah memang curam tapi keindahan sunrise mengatasi segala-galanya dimana sedikit demi sedikit perasaan gayat itu hilang.

Disebabkan sob keluar agak awal, maka dapatlah port yang agak best untuk lepak untuk menunggu kehadiran matahari terbit. Sumpah ini antara tempat yang sob mendaki yang belanja pemandangan awan kapet cukup cantik Subhanallah syukur pada mu Allah, berikan kesempatan kepada hambamu untuk melihat keindahan bumi ciptaanmu! Tak terkata keindahannya melihat kepulan-kepulan awan menutup pemandangan kampung-kampung di bawah sana seolah-olah berada di kayangan, sambil melihat sedikit demi sedikit cebisan-cebisan cahaya matahari keemasan mula keluar mewarnai kegelapan malam di sebalik himpunan awan karpet.

Lebih kurang sejam melepak-lepak di tepi tebing air terjun, kami terus menuju ke khemah untuk bersarapan kudus kepada Team Memasak Acik Kantin Gunung dan  menu pada pagi itu ialah  sardin tin, telur dadar bersama nasi panas so ohsem siapkan tapaukan untuk kami mendaki lagi! sesungguhnya jasa anda memasak buat kami semua sangat dikenang dimana trips yang sob follow tak memerlukan kemahiran memasak sob lavel masak air dan meggi diperlukan :P 


Seterusnya lebih kurang pukul 9.30 Pagi, bagi sebahagian lineup yang masih bersemangat untuk meneruskan pedakian mendaki 3 puncak kami berkumpul dan diberikan taklimat ringkas, tips dan panduan mengenai pendakian kali ini, manakala bagi team yang masih lagi dalam mood pewai tidak meneruskan pendakian hanya menunggu di Kem Baha sambil bersantai-santai bermain air terjun

Perjalanan menuju ke Puncak Stong mengikut anggaran sob mengambil masa lebih kurang 4 jam dimana akan melalui lebih 3 sungai jadi jangan risau mengenai water point yang banyak boleh ditemui sepanjang jalan untuk mengisi botol air. Keadaan trek pada mulanya agak landai cuma di akhiran untuk sampai ke Puncak Stong treknya agak mencanak perlu mendaki dalam aggaran 60 darjah.

salah satu sungai / water point menuju ke Puncak Stong


Keadaan trek daripada kem site Baha menuju ke Puncak Stong agak jelas, dan tidak menjadi masaalah sekiranya berjalan di dalam satu kumpulan dan anda agak slow dan terpisah dan tertinggal sedikit ke belakang cuma pastikan jarak diantara kawan -kawan yang lain tidak begitu jauh dan ada sweaper sedia menunggu di belakang manakala bagi keadaan landskap hutan pula permulaan akan melalui hutan-hutan di mana banyak pokok-pokok besar dipertengahan sehingga ke puncak akan menjumpai pokok-pokok yang semakin rendang dan berlumut.

Di dalam perjalanan menuju ke Puncak Stong Sebahagian lineup yang masih bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan, walaupun masing-masing sudah pewai untuk menakluk puncak berikutnya.

Puncak Pertama, Gunung Stong ( 1,422 m ) unlock, with my hiking partner Amalina !

Lebih kurang sejam setengah berada di Puncak Gunung Stong, berehat-rehat, makan tengahari sambil menunggu kesemua lineup sampai ke sini. Keluasan di Puncak Stong agak kecil dimana puncak tertinggi terletaknya Penanda berada di atas sebiji batu besar. Seterusnya kami meneruskan perjalan untuk menuju ke puncak seterusnya iaitu Puncak Gunung Ayam, malangnya beberapa lineup megambil keputusan untuk berpatah balik ke kem dan tidak meneruskan misi kerana terlalu penat.

Bagi sob cabaran yang sebenar bermula ketika perjalanan menuju ke Puncak Ayam, dimana di pertengahan perjalanan kami menjumpai banyak najis-najis pak long ( gajah ) dan sob dipahamkan oleh Abe eddie ini merupakan antara laluan gajah, jadi kami kesemua peserta diminta berjalan di satu barisan suapaya tidak berpisah kerana laluan menuju ke Gunung Ayam terdapat banyak laluan denai yang bercabang-cabang senang cerita laluan tikus dikuatir mungkin boleh tersesat.

Hujan gerimis mula turun di pertengahan perjalanan menyebabkan kami mula kesejukan dan kelaparan, bagi yang membawa sweater atau baju hujan bolehlah berlindung daripada terkena air hujan maka terselamat daripada kesejukan agin kuat bertiup sepanjang pendakian bagi yang tidak membawa maka terpaksalah redha akan air hujan rahmat mencurah-curah ke baju mengiringi sepanjang pendakian. Keluasan di Puncak Gunung Ayam tidaklah sebesar mana tetapi terdapat kawasan yang berhampiran yang sesuai untuk dijadikan tempat perkhemahan bagi pendaki yang mahu berkhemah tapi sob lebih mencadangkan berkhemah di Puncak Gunung Baha kerana tapak khemah lebih luas dan lebih dekat dengan punca air.

Group Photo tanda kemenangan berjaya mendaki puncak kedua, Puncak Gunung Ayam ( 1504 mtr), Unlock. Keadaan di puncak berkabus selepas hujan!

Pemandangan di atas puncak agak terhad memandangkan kabus sangat tebal memberikan efek yang seram di samping bunyi serangga dan angin yang sepol-sepol bahasa tapi memberikan satu susana pemandangan yang cukup menarik tambahan dengan kehadiran pokok-pokok seperti pohon bonsai yang unik dan bekas najis Gajah di puncak gunung ayam bayangkan masih ada kehadiran gajah di kawasan tanah tinggi lebih 1000 meter  sudah cukup mengujakan hati kami semua.

Puncak Baha (1450 mter ) Unlock! syukur :P

Seterusnya kami menuju ke Puncak ke 3 iaitu Puncak Gunung Baha yang sudah tidak jauh daripada Puncak Ayam dianggarkan perjalanan lebih kurang 15 minit, dengan keadaan trek berlecak disebabkan baru lepas hujan dan ada di antara lineup sudah mula berasa kebas-kebas, kekejangan otot kaki disebabkan jatuh akibat trek licin, tapi itu semua tidak mematahkan semangat kami semua untuk melengkapkan misi pendakian 3 Puncak, malah membuatkan kami semua lebih bersemangat! Keadaan kabus yang semakin kebal dan cuaca yang semakin redup mula melitupi pandangan mata disamping efek pewai sudah mula meresap di dalam diri, syukur lebih kurang pukul 5.30 petang kami berjaya sampai ke puncak terakhir iaitu Puncak Gunung Baha, satu perasaan sangat puas apabila berjaya sampai ke puncak terakhir seterusnya berehat-rehat sebentar, solat dan seterusnya bergegas kembali ke Kem Baha. Perjalanan balik semula menuju ke  Kem Baha dalam keadaan hari semakin gelap dimana kami perlu melintasi satu sungai besar, syukur semua selamat sampai ke kem lebih kurang Pukul 8.00 malam.

Di Telaga Tujuh

Ahad

Hari terakhir berada di Kem Baha selepas semalaman mendaki aktiviti hari ini lebih kepada aktiviti santai-santai mak jemah iaitu mandi waterfall kononya treatment bercuma untuk mengurut badan dengan membiarkan aliran air terjun jatuh ke badan yang sengal-sengal kesan mendaki semalam dan aktiviti wajib yang perlu dibuat iaitu bermain gelongsor atau sliding di air terjun yang berketinggian 50 meter dan sob sendiri sudah melakukanya, sumpah memang memang terbaik.

Untuk pengetahuan hampa air terjun Jelawang terdiri dari 7 tingkat dan di setiap tingkat terdapat banyak kolam mandi dan tempat menggelungsur. Di salah satu tingkat, berdekatan Kem Baha terdapat kolam yang di panggil kolam Tuan Puteri. Kira-kira setengah jam trekking dari kem ini pula akan jumpa pula Telaga Tujuh dimana terdapat deretan kolam-kolam kecil yang kesemuanya berjumlah tujuh.

Take nothing but pictures, leave nothing but footprints, kill nothing but time :P

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami semua berkemas-kemas dan seterusnya mula turun menuju ke bawah untuk berangkat pulang ke destinasi masing, Perasaan ketika mendaki 3 puncak memang cukup puas dan menyeronokkan alhamdulilah ketiga-tiga puncak iaitu Gunung Baha dengan ketinggian 1,450 meter, Gunung Ayam, 1,500 meter dan Gunung stong 1,422 meter daripada aras laut,  sukses dengan jayanya !


Pendakian Gunung Pulut - Bukit Di Atas Awan

$
0
0

Bukit Pulut atau turut dikenali sebagai Gunung Pulut berketinggian 651 Mtr yang terletak di Daerah Grik, Perak tidaklah sebegitu dikenali oleh Para pendaki seperti Gunung Kenderong & Gunung Kerunai ( k2 )🗻 tapi turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun ketinggian gunung ini agak rendah lebih kurang dengan ketinggian bukit tapi pendakian hampa disini akan selalu disajikan dengan pemandangan indah ketika matahari terbit dan  hamparan lautan awan kapet di  disekeliling gunung. Memang tidak dinafikan ada sedikit pertikaian mengenai  kewujudtan nama Gunung ini kerana tidak ada di dalam Topo tidak seperti Gunung Papulut yang terletak bersebelahan yang pasti pendakian sob ke bukit ini lebih daripada 5 kali memang tak pernah membosankan.

Pendakian Gunung Pulut - Bukit Di Atas Awan

Credit : Neil Nizam 🙋

Tidak keterlaluan sekiranya sob gelarkan Gunung Pulut  'Bukit di atas awan' mungkin disebabkan faktor lokasi kawasan daerah Gerik  yang agak sejuk, berkabus di malam hari dan masih dikelilingi hutan yang membuatkan kebarangkalian tuah para pendaki untuk mendapat pemandangan awan karpet di puncak agak senang tanpa perlu mendaki gunung yang lebih tinggi. 

Satu-satunya dan juga waterpoint  yang terakhir yang akan diumpai di pertengahan perjalanan ke puncak.

laluan untuk masuk ke Gunung Pulut sebenarnya ada beberapa cara tapi antara laluan yang paling senang untuk akses ke sini adalah melalui kampung Tawai, dimana dipermulaan jalan akan melalui laluan bekas jalan balak yang sudah lama ditinggalkan  jalan yang agak mendatar sebelum cabaran sebenar bermula dimana selepas itu akan melalui trek mendaki yang agak menaik dan laluan banyak menghala ke sebelah kiri, tapi awas ini antara laluan gajah 🐘🐘🐘 untuk ke hutan sebelah untuk mencari makanan kerana di sepanjang perjalanan daripada bawah sehingga ke puncak akan menjumpai banyak najis najis gajah dan sekiranya hampa bernasib baik seperti kami akan menjumpai bekas tapak gajah dan anaknya serta bau yang masih baru.

Keadaan trek gunung pulut, boleh diketegorikan sebagai laluan yang masih baru dibuka jadi kehadiran pacat dari laluan  pintu masuk ke water point agak luar biasa terutama selepas hujan, memang jawapnya main gentel-gental jentik pacatlah ! keadaan trek masih mendatar dan banyak simpang ke kiri dan kanan disebabkan ini bekas laluan balak selepas itu akan  menjumpai sungai kecil dan merupakan juga last water point, mohon jasa baik semua jangan basuh kaki atau kasut atau membuang sampah di kawasan sini kerana ini lokasi tadahan air penduduk kampung setempat, boleh basuh tapi mohon turun ke bawah sikit. Laluan seterusnya akan melalui laluan yang agak  berbukit perlu mendaki dalam 40 - 70 %  tahap kesukaran sehingga ke atas dimana perlu mendaki naik bukit, turun bukit, melalui jalan permatang dimana laluan terakhir perlu mendaki trek berbatu sehingga ke puncak. Anggaran masa bagi pendakian secara santai-santai dalam 1 jam 50 minit untuk sampai ke puncak


Najis gajah yang senang ditemui di sepanjang laluan ke Puncak.

Halangan yang terakhir sebelum sampai ke puncak perlu mendaki trek yang berbatu 

Mendaki buat kali yang ke 2 pengalaman yang sukar dilupakan keluar dari gunung pulut pada waktu malam sebab nak melihat keindahan sunset dari puncak pulut, dimana ketika waktu turun di kawasan waterpoint menuju ke pintu keluar agak sedikit goyang jugak keberanian sob selepas terhidu bau fumakila yang masih baru lalu di kawasan pokok buluh tapi alhamdulilah semuanya baik sahaja cuma pastikan sekiranya ingin kesini ada kawan atau guide yang agak tahu selok-belok kawasan bukit ini kerana jalan nak ke puncak agak mengelirukan dan banyak cabang.

Sepanjang Perjalanan menuju ke puncak agak menarik, selain daripada trek pendakian yang masih baru dimana masih suci belum dinodai oleh para pendaki 👫👫 dimana di awal pendakian akan kelihatan banyak pokok-pokok kayu yang bersaiz agak besar yang bernilai ribuan ribu ringgit selain itu di sepanjang laluan juga agak mudah untuk menjumpai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan pokok herba antara  tongkat ali, cendawan yang pelbagai warna dan saiz sehingga ke saiz gergasi, pokok-pokok bongsai dan juga spesis orked.

Trips Pulut 1.0 misi mencari sunrise 🌄 alhamdulilah memang cukup berbaloi. Pemandangan himpunan awan daripada puncak pulut dimana kelihatan tersergam indah Pyramid Gerik di hadapan! 



Gambar ini pula diambil ketika matahari terbit dimana buat  kali pertama  sob menjejaki kaki ke Puncak Pulut, di hadapan tersergam indah Gunung Papulut. Subhanallah salah satu moment sunrise yang yang cukup indah.

Trips Pulut 2.0 misi mencari sunset

Keadaan di Puncak Gunung pulut agak luas dan memanjang seperti Bukit Tabur dimana untuk sampai ke penghujung bukit mungkin akan melalui beberapa bukit kecil, jadi sekiranya ingin bercamping di atas banyak port yang sesuai dimana keadaan permukaan tanah yang agak berbatu tapi agak mendatar sesuai untuk mendirikan fly. Di atas banyak pokok-pokok renek yang boleh ditemui tapi yang paling menarik kewujudtan kelompok lumut dan banyak spesis-spesis orked boleh dilihat.



Lumut di Puncak Gunung.

        Tips Mendaki Gunung Pulut :
  • Bawa air yang secukupnya minimum 2 botol x 500ml sepanjang mendaki dan snek, terutama di puncak tidak mempunyai banyak pokok-pokok besar untuk berteduh
  • Di bahagian permulaan menuju ke waterpoint antara lokasi kegemaran pacat menunggu mangsa & ini antara laluan gajah jadi berhati-hati
  • Guna kasut yang sesuai daripada waterpoint menuju ke puncak laluan sebenarnya agak licin terutama selepas hujan ( macam trek gunung baling pun ada ), kasut terbaik adidas kampung dan untuk ke puncak perlu sedikit mendaki di laluan yang agak berbatu-batu ( anggaran 15 minit )
  • Mohon jangan buang sampah merata-rata, kerana kawasan gunung ini masih terjaga dan bersih.
Pulut 5.0 bersama Team Hiking Grik, trips santai Pewai :P

Pemandangan dari puncak gunung, waktu yang paling menarik ketika awal pagi dimana sekiranya bertuah kelihatan himpunan awan karpet menutupi pekan Gerik dan kampung yang berhampiran sehingga menghasilkan pemandangan negeri di atas awan memang cukup cantik. Dari sini boleh kelihatan jelas Gunung Kenderong dan kerunai manakala pemandangan di sebelah belakang pemandangan gunung Papulut  & buat masa sekarang gunung Pulut salah satu tempat gunung Kegemaran sob untuk mendaki 😎

Pendakian Gunung & Bukit Sepanjang Tahun 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Fuhh rasanya sudah lama Sob tak tulis entry yang agak santai, tahun 2016 merupakan satu tahun yang penuh dengan aura advanture dimana sob banyak belajar mengenai benda baru terutama mengenai aktiviti outdoor, berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan pergunungan yang baru. Satu tahun yang penuh cabaran dipenuhi dengan pelbagai pengalaman  manis dan yang pahit untuk ditelan antaranya dilipak oleh kawan-kawan tapi sob percaya semua pengalaman ini akan lebih mematangkan kita satu langkah ke hadapan sebagai manusia :P

Senarai Pendakian Gunung & Bukit Sepanjang Tahun 2016

Sepatutnya entry ini dipost pada penghujung tahun 2016, kononya untuk rumusan 2016 sebelum masuk tahun 2017 seperti yang selalu sob tulis seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Kekangan masa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerja  yang tiada penghujungnya dimana ada request di Fb & IG yang mintak sob listkan gunung dan bukit yang telah didaki pada tahun 2016 walaupun tidaklah sebanyak otai-otai di luar sana, 'G7 pun tak grad lagi' diharapkan senarai gunung yang pernah didaki oleh sob ini memberi sedikit inspirasi panduan dan tips untuk anda mendaki dan paling penting menjadi pengubat rindu dan kenang-kenangan buat diri sendiri, InsyaAllah
Tahun 2016 dimulai dengan trips pembukaan Mendaki Gunung Kenderong di awal tahun, tak silap pada 01/01/2016 bersama team Bamboo Hikers dimana pada masa itu pengalaman mendaki dan camping sangatlah limited masih mencuba-cuba mengenal aktiviti mendaki gunung semuanya berharap dan bergantung antara satu sama lain untuk menjayakan trips mendaki  gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak iaitu Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 Mtr di antara gunung tertinggi yang terdapat di Grik. Alhamdulilah misi berjaya dilaksana dengan suksesnya antara gunung yang sob boleh disifatkan treknya dagu bertemu lutut tambahan pula sekiranya mendaki ketika cuaca yang panas kerana sepanjang mendaki menuju ke  puncak tak begitu banyak pokok besar boleh dijadikan tempat berteduh  dan trek yang agak mencabar pacak daripada bawah sehingga ke puncak, tapi dalam duk kata di dalam hati taubat tak nak repeat lagi gunung ini dah lebih daripada 7 kali sob mendaki mungkin disebabkan trek gunung kenderong ini agak mencabar dan keindahan himpunan awan kapet yang cukup memukau membuatkan ramai yang kembali lagi mendaki di sini.

2: Gunung Kerunai

Gunung ini terletak bersebelahan dengan Gunung Kenderong, berketinggian lebih 1000 Mtr turut dikenali sebagai k2 gabungan nama dua gunung antara Kenderong & Kerunai yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik. Sepanjang perjalanan mendaki kepuncak akan melalui jalan-jalan denai yang terbuka terbuka memberikan view 360 darjah, disebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana dibelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!

3: Bukit Berakeh

Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai Bukit Botak, berketinggian 1940 ft ( 454 mtr ) terdapat 5 buah puncak bukit serta memiliki Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong, Lasah Sungai Siput, Perak menawarkan pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah. Pemandangan dari puncak tertinggi Bukit Botak disini boleh nampak lagi empat puncak dan view 360% darjah gunung-gunung di sekeliling, perh view memang layan tambahan kalau ada kesempatan untuk layan view sunrise atau sunset. Pada pertengahan tahun 2016 Sob ada menulis mengenai pengalaman Bukit Berekeh sebelum kawasan bukit itu viral, dan article ini telah dibaca lebih 30155 ribu setakat ini dimana sob banyak menerima email dan whatsApp bertanyakan mengenai Bukit Botak.


Bukit Larut di Taiping Perak ataupun dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. dengan ketinggian 1200 mtr Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia walaupun Bukit larut tidak sebegitu popular seperti Cameron higlands tapi keindahan alam semulajadinya, ketenangan dan udara yang nyaman membuat lokasi ini tempat yang paling menyeronokkan untuk hiking terutama kepada beginner.

Di Puncak Gunung Lang, Gunung bersempadan antara Thailand dan Malaysia 

5: Gunung Lang

Gunung Lang terletak di kawasan Mukim Pengkalan Hulu berhampiran sebuah Kg Kuak Hulu berketinggian 800mtr, Gunung yang bersempadan antara Thailand dan Malaysia ( kedah & perak ) ini sangat unik kerana kaya dengan pelbagai jenis pokok herba yang boleh ditemui antara pokok tongkat ali dan kacip fatimah. Sebelum sampai ke puncak terdapat satu kawasan view point dimana dari situ boleh kelihatan jelas Pekan Betong, Thailand


Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah merupakan merupakan gunung yang tertinggi di Negeri kedah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak berketingginya 1,862 meter dari aras laut dan ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Jangkaan masa pendakian sampai ke puncak mengambil masa 12 jam bergantung kepada stamina pendaki dan jarak pendakian sejauh 13-14 km untuk sampai ke puncak. Untuk menaiki Gunung Bintang boleh dibahagikan kepada beberapa checkpoint, CP1 Pertama akan menjumpai Kawasan air Terjun, seterusnya CP2 kawasan permatang dan CP3 terakhir iaitu di kem Bunian dimana disini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak. Walaupun pendakian ini hanya melibatkan 2 orang iaitu sob dan abang Ash banyak pengalaman baru sob pelajari dan sampai sekarang kata-kata daripada Bro Ash tetap menjadi inspirasi sob untuk mendaki 'asal namanya gunung, kita layankan je, tak larat kita rehat, tak laju kita jalan tapi jangan sekekali patah semangat' thanks idola!


7: Gunung Stong, Gunung Ayam Dan Gunung Baha

Mendaki di 3 Puncak Gunung Stong, Baha & Ayam antara salah satu pengalaman pendakian yang sob tak mungkin lupakan daripada keindahan Air Terjun Jelawang yang cukup terkenal buat para penggemar waterfall dimana ia merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara sehingga di saat menunggu sunrise di awal pagi di Kem Baha dimana dihidangkan dengan pemandangan himpunan lautan awan kapet sehingga membentuk negeri di atas awan, sambil melihat terbitnya pancaran cahaya matahari kemasan di sebalik awan subhanallah cukup mengagumkan seolah-olah berada di kayangan satu kenangan indah yang cukup sukar dilupakan! Perasaan ketika mendaki 3 puncak memang cukup puas menyeronokkan penuh dengan pengalaman pendakian yang cukup berharga. Alhamdulilah ketiga-tiga puncak iaitu Gunung Baha dengan ketinggian 1,450 meter, Gunung Ayam, 1,500 meter dan Gunung stong 1,422 meter daripada aras laut, yang terletak di Dabong kelantan sukses dengan jayanya !

Suasana Hutan Mossy forest di Gunung Yong Yap cukup memukau pandangan

8: Gunung Yong Yap

Gunung G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia, Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 Mtr  merupakan gunung ke 3 tertinggi di semenanjung. Cuaca yang sejuk sepanjang pendakian ke puncak memberikan satu panorama yang cukup indah terutama ketika melalui celah-celah pokok yang dipenuhi dengan lumut, suasana di dalam hutan yang sejuk dan berkabus antara sebab pohon mossy forest yang terdapat disini lebih cantik dari kebanyakkan mossy forest yang terdapat di tempat-tempat lain.


Gunung Baling yang Ketinggian 420m, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah & koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Gunung Baling, walaupun nama dia Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung ketingian boleh dikira sebagai tahap ketinggiaan bukit, apa yang menarik mengenai gunung baling ini ialah kepelbagian geogologi dan lanskap hutan yang boleh korang jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak. Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh. Buat masa sekarang Gunung Baling antara lokasi kegemaran sob untuk mendaki pada hujung minggu. Sama seperti article Bukit Berekeh, kisah pendakian sob bersama kawan-kawan mendaki Gunung Baling & Pulai telah dibaca lebih 45600 ribu kali.

Gunung Pulai terletak di kawasan yang sama dengan Gunung Baling, dianggarkan ketinggian gunung Pulai dianggarkan 1,853 ft / 565 mtr lebih tinggi sedikit daripada Gunung Baling. Gunung ini merupakan gunung yang ke 756 yang tertinggi di Malaysia dimana trek Gunung Pulai agak berbeza dengan Gunung Baling yang agak landai dan berbatu manakala trek pulai bermula daripada starting point trek berbatu-batu, tajam dan memanjat sehingga ke puncak memang sangat menguji mental Boleh dianggarkan 90% treck memalui trek berbatu, digalakkan memakai kasut yang sesual dan glove untuk mengelakkan tangan luka. Treck untuk naik ke puncak ada disesetengah kawasan agak semak dan ada juga trek-trek lain yang dibuat oleh penduduk kampung untuk mencari Pokok Aji jadi sentiasa alert dengan penanda dan pastikan tidak sesat ke lorong lain.

Puncak Gunung Semanggol, pemandangan jelas 360% 

11: Gunung Semanggol

Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Negeri Perak. terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390mtr. Walaupun Gunung semanggol ini digelar sebagai Gunung tapi tahap ketinggian adalah lavel ketinggian bukit sama seperti Gunung Baling, tapi yang menariknya mendaki disini adalah view dari puncak Gunung Semanggol yang 360% sungguh menakjukkan terutama ketika sunrise Dari puncak anda boleh melihat jengan  Bukit Merah laketown, Bukit Larut, laut, ladang sawit dan pemandangan sawah padi terbentang luas cukup memukau!

Gunung Bubu, Kuala Kangsar  'gunung pacat'.

12:  Gunung Bubu

Gunung Bubu yang terletak di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak, berketinggian 5436 ft (1657 meter) antara gunung yang cukup terkenal kerana mempunyai pelbagai 1001 kisah misteri dan merupakan gunung yang kaya dengan pelbagai khazanah alam yang tersendiri, Gunung Bubu antara gunung yang diberikan gelaran 'gunung pacat'. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak akan disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik selain itu akan menjumpa banyak pokok-pokok dan tumbuhan yang menarik seperti periuk kera, straberry liar, orked, lumut dan kulat. Di puncak terdapat sebuah beirut yang masih kukuh berdiri tegak.


Gunung Kerinci, gunung berapi yang tertinggi di Indonesia turut dikenali sebagai  Atap Sumatera yang berketinggian ketinggian 3805 Mdpl, bukan biasa-biasa cabarannya buat para pendaki terutama kepada sob yang belum pernah mendaki gunung yang permukaan dan treknya agak berbeza daripada gunung-ganang yang terdapat di Malaysia. Pengalaman berjalan pada awal pagi untuk misi summit attack untuk mengejar sunrise, dimana ketika di pertengahan jalan terpaksa dihentikan sebentar akibat badai yang melanda hampir selama 40 minit dimana kami hanya berlindung disebalik jalur-jalur /di batuan-batuan di sebalik laluan gunung berapi di mana ketika itu angin kuat dan kencang melanda di puncak dan suhu yang sangat sejuk memang satu pengalaman yang tidak mungkin sob lupakan. Pengalaman melihat sendiri kawah gunung berapi di depan mata di mana asap-asap yang keluar dari kawah seluas 400 x 120 meter cukup menginsafkan. Selain itu kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang, dan Bengkulu bahkan Samudera Hindia yang luas terbentang juga dapat dilihat dengan jelas. Di sebelah timur puncak pula kelihatan Danau Bento, iaitu paya berair jernih tertinggi di Sumatera dan di belakangnya terdapat Danau Gunung Tujuh.


Bukit Pulut atau turut dikenali sebagai Gunung Pulut berketinggian 651 Mtr yang terletak di Daerah Grik, Perak tidaklah sebegitu dikenali oleh Para pendaki seperti Gunung Kenderong & Gunung Kerunai ( k2 ) tapi turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun ketinggian gunung ini agak rendah lebih kurang dengan ketinggian bukit tapi pendakian hampa disini akan selalu disajikan dengan pemandangan indah ketika matahari terbit dan hamparan lautan awan kapet di disekeliling gunung. Memang tidak dinafikan ada sedikit pertikaian mengenai kewujudtan nama Gunung ini kerana tidak ada di dalam Topo tidak seperti Gunung Papulut yang terletak bersebelahan yang pasti pendakia ke sini memang tak pernah membosankan.waktu yang paling menarik ketika awal pagi dimana sekiranya bertuah kelihatan himpunan awan karpet menutupi pekan Gerik dan kampung yang berhampiran sehingga menghasilkan pemandangan negeri di atas awan memang cukup cantik. Dari sini boleh kelihatan jelas Gunung Kenderong dan kerunai manakala pemandangan di sebelah belakang pemandangan gunung Papulut


Kisah si Pendaki Gunung

Kadang kala aku pelik. Aku rajin untuk bangun bersiap nak ontrek jam 3 pagi tapi aku berasa malas untuk solat. Kadang aku pelik, aku cuma berhenti berehat apabila azan subuh berkumandang dan aku sambung perjalanan untuk sampai ke puncak sehingga aku lupa untuk tunaikan kewajipan. Kadang aku pelik aku boleh berlari ke puncak untuk mengejar view pagi tapi aku lupa kepada si penciptanya. Kadang aku pelik aku berasa takut untuk naik satu-satu gunung tersebut bila dengar kisah disebalik gunung itu tapi aku tak berasa takut dengan si pencipta gunung tersebut. Mungkin aku perlu beristiqamah selalu naik gunung untuk sihat, berjumpa, mempelajari dan mengenal banyak perkara-perkara baru  dan yang paling utama untuk melihat kebesarannya.


Jangan berhenti meneroka segala yang ada di sekeliling
ambil kesempatan dan waktu yang ada
lawan segala perasaan takut  dan ragu-ragu
be positif, yakin pada diri sendiri yang ada anda boleh lakukan!
dunia ini sangat luas, let expolore :P

Looking forward to more adventure 2017 !

Tempat Menarik Di Alor Setar

$
0
0

Siapa Cakap dekat Alor Setar, Kedah tak ada tempat yang sempoi nak lakukan aktiviti outdoor pernah dengar mengenai Gunung Keriang antara gunung yang cukup menarik untuk didaki atau boleh mencuba aktiviti caving explore gua-gua yang menarik terdapat di situ. Selain itu masih terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bandar Alor Setar seperti Menara Alor Setar & Muzium Padi. Disini juga cukup kaya dengan pelbagai lokasi bersejarah untuk diikunjungi seperti di Muzium Diraja, Balai Besar & Balai Nobat dan bagi hampa yang kaki shoping banyak lokasi-lokasi yang boleh dikunjungi seperti di Pekan Rabu Ukil Mall & uptown Stadium Darul Aman.

Fuhh menarik bukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya mengunjungi Alor Setar, selepas seharian penat berjalan-jalan di sikitar Bandar Alor setar tambahan pula bagi yang baru lepas turun daripada mendaki Gunung Keriang pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran inginkan sesuatu yang sejuk, enak dan menyelerakan senang cakap sesuatu yang rare! pastinya aiskrim antara perkara sentiasa terlintas di fikiran hampa bukan :P

Kedai Aiskrim Bazaar 🍦🍦🍦

Pernah dengar mengenai AISKRIM BAZAAR, yang terletak di Lot 11, Kompleks Perniagaan Saga, Jln Alor Mengkudud Alor Setar ( sebelum sampai ke pasaraya Mydin Alor Setar ) adalah destinasi tempat menarik yang wajib hampa kunjungi apabila berkunjung ke Alor Setar, Kedah. Sebab apa di sini anda dan keluarga dapat melihat dan merasai keenakan aiskrim yang tidak terdapat di tempat lain, senang cakap di kedai Aiskrim Bazaar menawarkan pelbagai menu aiskrim yang 'rare' kerana semua menu yang ditawarkan adalah 'SECRET RECIPE' fuhh! dan dihasilkan oleh pihak Aiskrim Bazaar sendiri dimana hampas emua  memang  tidak akan dapat jumpa di tempat lain di dunia ini lagi dimana hanya terdapat di Aiskrim Bazzar.


Konsep Aiskrim Buffet dimana cedok, timbang dan FREE TOPPING tu yang paling penting serta terdapat lebih 17 perisa aiskrim untuk dicuba.

Disini Sob kongsikan antara menu yang ditawarkan antaranya ialah :

1: Aiskrim MYCEDOK 

Terdapat 17 perisa aiskrim untuk dicuba antaranya 
  • Perisa Classic : Coklat Idaman, Vanila Salju, Jagung Emas, Keladi WOW, Strawberi LOVE, Kopi Latte, Karamel
  • Perisa Fantastic : Ripple Coklat-Coklat, Ripple Vanila-Coklat, Ripple Vanila-Strawberi, Ripple Caramel- Coklat, Pistachios, Butterscotch
  • Tropika : Durian, Kelapa Muda, Mangga, Nenas

Aiskrim Gulung No 1, Kedah

2: LITTLE BOSS ICE CREAM ROLL

Aiskrim gulung yang terhasil daripada resepi sendiri dima pelanggan boleh Customised perisa kegemaran hampa sendiri dimana gabungan perisa aiskrim, buahan segar dan cookies pasti meninggalkan kenangan tak dapat dilupakan, turut didatangkan bersama sos coklat dan taburan kacang menyempurnakan kenikmatan aiskrim


3: AISKRIM CRISPY

Fuh ini diantara Aiskrim kegemaran sob, aiskrim chrispy dimana perlu digoreng rangup terlebih dahulu  sebelum dinikmati senang cakap rangup diluar, sejuk di dalam. Didatangkan di dalam tiga jenis  perisa iaitu Coklat, Strawberi & Karamel dimana boleh dinikmati bersama jagung, sos coklat dan sapuan coklat gabungan yang cukup sempurna !


4: Aiskrim Kelapa

Untuk pengetahuan korang semua ini adalah menu yang cukup popular di sini wajib cuba dimana Aiskrim kelapa yang diperbuat daripada gabungan isi dan air kelapa muda segar, pastinya memberikan perasaan  menyaman tekak ketika menikmati aiskrim Kelapa. Tirut dihidangkan juga bersamajagung dan kacang sebagai pelengkap hidangan.

Demonstrasi kaedah pembuatan aiskrim 

Sob cukup suka dan tertarik dengan konsep di AISKRIM BAZAAR dimana sekiranya berkunjung disini hampa boleh melihat sendiri demonstrasi pembuatan aiskrim secara manual dimana menggunakan kaedah Tradisional dan juga secara automatic satu pengalaman yang cukup  jarang-jarang sekali pada masa sekarang  dapat lihat pada zaman sekarang, bagi hampa yang ingin melihat demonstrasi pembuatan aiskrim dijalankan  mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pihak Aiskrim Bazaar. Pastinya Aiskrim Bazaar menjadi destinasi keluarga untuk bersama-sama menikmati aiskrim yang terbaik dan pasti memberi kepuasan dimana anak-anak pasti gembira dapat menikmati aiskrim kegemaran mereka.

Pastinya ramai yang cukup rasa teruja sampai mengalir-ngalir air liur untuk mencuba sendiri kenakan pelbagai pilihan Aiskrim yang dijual di sini, bolehlah mengunjungi atau berhubung dengan pihak Aiskrim Bazaar seperti alamat dan no telifon yang tertera di bawah :


LOKASI AISKRIM BAZAAR :

Lot 11, Kompleks Perniagaan Saga, 
Jln Alor Mengkudud Alor Setar 
( sebelum sampai ke pasaraya MYDIN Alor Setar )

Waktu operasi: Sabtu - Khamis, Jumaat TUTUP
10 pagi - 7 malam, Rehat : 2-3 ptg

Google map/waze : aiskrimbazaaralormengkudu
HOTLINE: 011-18519542
FB : aiskrim bazaar

Langkawi Hotels For Backpackers !

$
0
0
The jewel Of  Kedah, Langkawi is indeed a beautiful making it as one of the must-visited destinations in Malaysia. Memang sob tak dapat nafikan Pulau Langkawi antara lokasi perlancongan yang cukup popular di Malaysia untuk berlibur kehadiran korang ke sini pasti tidak mengecewakan disebabkan statusnya sebagai Pulau bebas cukai dan duti, justeru lokasi ini menjadi syurga membeli belah. Selain daripada pelbagai variasi makanan yang sedap dan lazat  perlu dicuba oleh penggemar makanan begitu juga tarikan utama disini  pelbagai tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi di sini.

Langkawi the jewel Of  Kedah

Walaupun sudah beberapa kali sob mengunjungi Pulau Langkawi perasaan teruja untuk explore tempat-tempat menarik tetap ada, senang cakap bercuti di sini memang tak pernah membosankan sob ada sahaja aktiviti-aktiviti baru yang boleh dicuba sepanjang percutian korang di sini. Bagi yang sukakan aktiviti outdoor terutama mendaki macam sob pelbagai aktiviti yang boleh dicuba antara mendaki Gunung Mat Cincang atau tracking ke Air Terjun Telaga Tujuh.

Ya sob paham, bagi kita yang sentiasa bekerja sibuk dengan kehidupan kota benda yang paling menyeronokkan apabila dapat bercuti bersama kawan-kawan ataupun pasangan apatah lagi bercuti adalah terapi diri yang paling mujarap untuk mengurangkan perasaan stress dan tekanan yang ada di dalam diri! tak percaya apa lagi angkat beg galas korang jom berbackpacking! bercuti :P Tapi masalahnya tak tahu nak pergi bercuti ke mana? Sekiranya korang inginkan suasana percutian yang damai dan menyeronokkan sob ada cadangan iaitu boleh berkunjung ke Langkawi, Malaysia !

Kawasan zon bebas cukai, Kebanyakan barang-barang yang dijual di sini adalah murah murah dan berpatutan

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau ini telah menerima status zon bebas cukai pada tahun 1987. Dah nama pun bebas cukai, of course lah barangan kat sini murah especially for those yang sukakan chocolate, korang boleh beli berbagai jenis beranekara rasa chocolate di sini dengan harga yang sangat berpatutan almost half of market price.


Untuk datang ke sini, terdapat 2 cara yang korang boleh pilih ikut yang mana untuk memudahkan percutian korang ke sini. Pertama ialah dengan menggunakan feri berkelajuan tinggi yang boleh dinaiki dari Jeti Kuala Perlis dan juga Jeti Kuala Kedah. Yang kedua ni lagi mudah dan cepat terutamanya untuk mereka yang malas nak travel penat-penat iaitu dengan menaiki kapal terbang. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan penerbangan terus ke Langkawi antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly. So dah alang-alang datang cara bagpacking ke langkawi ni, mesti lah korang mencari hotel murah di Langkawi 🏠tetapi selesa untuk berehat. Traveloka menawarkan beberapa tempat penginapan yang mudah dan murah untuk korang pilih! Layari https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mengetahui promosi dan tawaran istimewa Traveloka. So, here are some hotel suggestions for those yang plan nak datang ke langkawi, totally recommended by sob!


T Star Cottage

Bagi mereka yang sukakan kedamaian suasana hijau, inilah pilihan terbaik bagi anda. Dengan situasi berhampiran pantai Cenang hotel ini menjadi pilihan utama para backpackers kerana harganya yang murah serta lokasinya yang strategik. So, ini boleh dikatakan best hotel in Langkawi dan famous bagi kalangan backpackers. Rekabentuk hotel ini adalah berkonsepkan binaan rumah kampung memberikan perasaan tenang dan selesa kepada sesiapa sahaja yang menginap di situ. Jangan terkejut jika terdapat beberapa ekor monyet berkeliaran di sekitar koridor kerana tempat ini memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan. Bilik di sini terdapat 4 pilihan iaitu moden, spa, kampung dan bajet. So, korang boleh menilai dan meneliti apa yang pakej yang disediakan dengan teliti sebelum membuat keputusan. Plus, yang paling menarik, semua harga bilik yang disediakan sekitar RM 45 – 100 semalan bergantung kepada jenis bilik, menarik bukan :P


Izz Room

Bagi korang yang sentiasa rindukan suasana kampung ? Jika ya, pilihlah hotel ini. Terletak di sekitar pantai Cenang, hotel ini cukup sibuk terutama pada musim cuti sekolah kerana harganya yang berpatutan serta layanan mesra pekerja disitu. Hotel Bajet ini terletak dalam kawasan kampung tetapi korang jangan risau kerana korang hanya perlu berjalan 5 minit untuk sampai di jalan besar Pantai Cenang. Apa yang bestnya kat sini, korang jalan sikit je dah boleh jumpa kedai-kedai souvenir dan kedai-kedai makan di sekitar Pantai Cenang dan yang paling best adalah persekitarannya yang bersih dan keadaannya yang terjaga. Susah nak jumpa sampah kat sini, memang bersih. Jika anda menyewa kenderaan ke sini, jangan risau, kawasan parkingnya teramatlah luas dan terasa selamat. Izz Room ini juga sesuai untuk datang bersama keluarga yang besar kerana kawasannya yang lapang dan anda boleh meluangkan masa bermain serta beriadah bersama-sama. 



Malibest Resort

Hotel ini sesuai buat mereka yang inginkan penginapan seperti resort. Resort ini terletak kira-kira 500 meter dari pantai dan berada di pusat tumpuan utama pelancong ke Pantai Cenang. Bilik-bilik yang disediakan cukup selesa dan ringkas dengan kemasan kayu. Apa yang paling penting adalah setiap bilik dilengkapi aircond. So, bolehla korang sejukkan diri selepas berjemur di Pantai Cenang. Antara kelebihan hotel ini adalah ianya memiliki Wifi percuma di kawasan awam selain terdapat swimming pool kalau korang nak jugak merasa madi pool walaupun dah kat tepi pantai. Tambahan lagi, kalau korang terasa lapar, korang jangan risau kerana terdapat sebuah restoran di sekitar hotel tersebut. Resort ini hanya berjarak 3 km dari kereta kabel Langkawi. Resort Malibest ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam jadi jangan risau kalau korang sampai lewat ke apa :P

Best places to watch a perfect Sunset in Langkawi 🌅

Langkawi antara destinasi perlancongan yang cukup menarik untuk dilawati, kunjungan korang ke sini pasti tiada masalah kerana pelbagai pilihan tempat penginapan yang ada, deretan Kafe, kedai makan yang pelbagai gaya menjual beraneka makanan yang sedap yang harus dicuba dan banyak kemudahan pengankutan awam untuk kemana-mana yang memudahkan lagi percutian korang di Langkawi  So, I hope you will enjoy your stay in Langkawi Hotels and create perfect memories :P

Mendaki Gunung Kinabalu - Puncak Tertinggi Malaysia

$
0
0
"Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh, hati saya rindu"

Ah cukup berhantu lagu ni, antara rangkap lagu yang kerap bermain-main di fikiran sob sepanjang pendakian ini berlangsung terutama pada hari kedua ketika berada di  sayap-sayap menuju ke low Peak ketika Mission Summit Attack, syukur walaupun dilanda angin kuat seketika di pertengahan perjalanan dengan keadaan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 3800 meter, puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada dihadapan angin yang kuat dan hujan ketika itu membuatkan kami semua berhenti seketika berlindung disebalik-balik batu besar dan ada juga beberapa pendaki yang lain mengambil keputusan untuk berpatah balik. Di saat itu kekuatan mental dan fizikal memang cukup memainkan peranan  hanya tekad dan keinginan yang tinggi membuatkan sob tetap melangkah dan melangkah sehingga ke kemuncak !

 Gunung Kinabalu - Puncak Tertinggi Malaysia

Pesona keindahan mendaki Gunung Kinabalu tak pernah mengecewakan, di sepanjang jalan menuju ke puncak akan melalui landskap hutan yang pelbagai daripada hutan tropika ke mossy forest seterusnya deretan pohon-pohon bonsai menunggu di Bonsai Garden dan akhir sekali ketika mendaki di atas aras 3000 meter ke atas satu perasaan takjub teruja meresap di dalam jiwa apabila melihat pelbagai bentuk formasi batuan besar di puncak sambil dilitupi dengan awan-awan kapet. memang cukup memukau mata yang melihatnya. Pernah dengar mengenai kisah dongeng tentang negeri di atas awan sekiranya diterjemahkan di dunia nyata puncak gunung kinabalu adalah salah satu tempatnya.

Alhamdulilah syukur Puncak tertinggi di Malaysia dan merupakan puncak tertinggi di Tanah Borneo berjaya ditawan. Memang benar ramai yang menyatakan tidak begitu susah untuk mendaki gunung kinabalu semuanya sudah tersedia lengkap, tak perlu membawa peralatan mendaki dengan banyak cukup pergi dengan kelengkapan mendaki yang minimun, ya betul sob setuju halangan utama mendaki gunung kinabalu bukanya terletak di treknya, perlu membawa bebanan yang berat ketika mendaki  atau ketinggiannya gunung nya tapi cuaca memainkan peranan yang penting sejauh mana kita telah  bersedia atau merancang faktor cuaca menentukan sama ada berjaya sampai ke puncak atau tidak.

Misi mendaki Gunung Kinabalu I 02-03 Jan 2017

Tak terlintas di fikiran sob dapat mendaki Akinabalu dalam masa terdekat ini sebelum ini ada pernah merancang untuk mendaki gunung yang menjadi idaman setiap pendaki untuk menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Malaysia, tapi apakan daya kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan trips sebelum ini terpaksa dibatalkan pada saat akhir disebab tarikh slot yang di inginkan sudah habis di book walaupun sudah merancang lebih dari setahun. Tetapi rezeki daripada Allah siapa tahu dimana seminggu selepas itu sob menerima whatsapp dari kawan yang open trips kawan-kawan untuk mendaki kinabalu dimana trips ini sepenuhnya diuruskan oleh kawan yang bekerja di Sabah, jadi segala kos hantaran yang ditanggung adalah  sangatlah berpatutan.

2 Januari 2017

Seawal pagi sob dah tersedar daripada tidur dari katil sambil duduk termenung seketika sementara menunggu sunrise, di sabah pukul 6 pagi sudah cerah tidak seperti di semenanjung sekiranya lambat bangun pastinya matahari terbit mengucapkan selamat tinggal. Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba Gunung kinabalu sudah berada di depan mata hanya menunggu masa untuk didaki. Trips mendaki gunung kinabalu kali ini hanya melibatkan 4 orang jejaka terhensem di malaya  iaitu Sob Din Naz dari semenanjung dan Tengku Mizan local sabahan dan pastinya tidak meriah pendakian tanpa adanya YL, walaupun hanya sekuntum itu sudah cukup memeriahkan susana pendakian iaitu Cik abil jadi keseluruhan lineup yang mendaki bersama seramai 5 orang dan seorang penunjuk arah Mr Fadley.

Menunggu Sunrise, sebelum bergerak menuju ke Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran masuk untuk mendaki.


Line Up Abil, Naz, Sob, Aizam, Din Loy dan guide Mr Fadly

Ok Sedikit Info Untuk Mendaki Gunung Kinabalu

Untuk pengetahuan hampa semua, Gunung Kinabalu merupakan diiktiraf sebagai salah satu World Heritage Site oleh UNESCO di Malaysia jadi untuk mendaki disini. Untuk mendaki disini harus menempah slot lebih awal 6 bulan kerana ada kuota pendakian setiap hari yang dibenarkan. Semua pengurusan bermula daripada daftar masuk, penginapan dan makanan semuanya diuruskan dengan cukup baik dan professional.

Peralatan yang perlu dibawa ? bermula daripada tempat penginapan sehinggalah makan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan jadi tak perlu untuk hampa membawa ration, sleeping beg atau khemah cukup sekadar beberapa helai pakaian untuk panaskan badan, jacket, windbreaker, buff, sarung tangan cukup penting kerana suhu di puncak sejuk, headlamp, tongkat, camera, kasut, botol air boleh disisi di setiap checkpoint menuju ke puncak

Biasanya para pendaki yang mendaki di sini selalunya akan menginap campsite di Laban Rata yang berketinggian 2972 Mtr, cukup tinggi terdapat beberapa tempat untuk menginap semuanya mengikut pakej yang diambil, yang pasti pemandangan daripada sini cukup memukau! 

Lebih kurang pukul 8.00 pagi tiba di Kinabalu Park, selepas selesai sarapan dan berjumpa dengan pemandu arah yang membawa kami seterusnya perlu mendaftar dulu sebelum memulakan pendakian, kerana setiap pendaki perlu mendapatkan permit sebelum mula mendaki. Setelah semua urusan pendaftaran selesai hampa akan diberikan NameTag dimana tertulis nama dan tarikh pendakian senang cerita kalau takda Tag nama ini hampa tak dibenarkan untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Dalam perjalanan menuju ke starting point Timpohan Gate  

kami memilih untuk naik & turun daripada Timpohon dimana masa pendakian yang diambil lebih pendek dan laluan trek yang lebih mudah daripada menggunakan laluan Marsilau. Ok semua urusan pendaftaran sudah selesai sebelum memulakan pendakian checking beg dulu lagi sekali semua barang sudah ada lengkap, lebih kurang Pukul 10.00 pagi kami memulakan pendakian menuju ke Kemsite Laban Rata !

Bismillahirohmanirohim, semoga dipermudahkan urusan pendakian kami semua.

Perbezaan antara laluan dari Timpohon Gate dan Mersilau adalah:

Laluan dari Timpohon menuju ke Laban Rata lebih pendek dan mudah berbanding laluan dari Mersilau yang lebih mencabar, jauh dan jalan disekitar laluan ini agak licin dan curam. Kalau hampa naik dari Timpohon Gate hampa cuma dapat 1 sijil, iaitu sijil sebab berjaya sampai puncak Gunung Kinabalu. Tapi sekiranya naik dari Mersilau akan mendapat dapat 2 sijil iaitu sijil sebab berjaya naik dari Mersilau dan sijil sebab berjaya sampai puncak Gunung Kinabalu

Jom mulakan pendakian

Pendakian kami melalui Timpohan Gate akan melalui hutan biasa dimana suhu agak dingin kerana telah memulakan pendakian di ketinggian 1866 Mtr dan semakin tinggi kita mendaki landskap hutan juga turut berubah daripada landskap hutan tropika ke hutan mossy seterusnya deretan pohon-pohon bonsai menunggu di Bonsai Garden  dan di atas sekali laluan berbatu di Puncak

Seperti mana-mana gunung di saat memulakan pendakian semuanya masih'ok' masih bertenaga masih bersemangat penuh dengan gelak ketawa sehinggalah sampai di saat apabila 'pewai'mendatang baru hang tahu langit ni tinggi ke rendah, sob percaya mendaki itu mengajar kita semua mengenal batas-batas dan kemampuan diri bukanya untuk kita untuk mencabar alam. Alhamdulilah sepanjang mendaki gunung kinabalu tak adalah masalah dihadapi semuanya berjalan lancar, tiada kecederaan mungkin sebulan sebelum mendaki aktiviti mendakiGunung Baling, Gunung Pulai, Gunung Kenderong, Gunung Kerunai & Gunung Pulutbanyak membantu kecuali faktor cuaca dan suhu yang tidak dapat dijangka antara cabaran yang perlu dihadapi disini.

Di laban Rata Rest House & Restaurant Laban Rata

Target utama kami semua pada hari pertama adalah untuk sampai ke Laban Rata sebelum waktu dinner dan diingatkan harus sampai ke sini sebelum pukul 6.00 pm untuk mengelakkan makanan habis kerana makanan dihidang ala-buffet. Kemsite yang berketinggian 3272 mtr biasanya masa pendakian yang diambil lebih kurang 3 - 7 jam bergantung kepada stamina. Sebelum mendaki dimulai dengan bacaan doa, semoga semuanya selamat ketika perjalanan mendaki dan turun terutama selepas kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Paling penting lakukan sedikit senaman untuk panaskan badan ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan ketika mendaki. Sebelum sob terlupa sebelum memulakan pendakian hampa perlu tandatangan senarai nama di Timpohan Gate dan juga selepas turun selesai mendaki.

Keadaan laluan trek yang kebanyakan 'bertangga'

Untuk menuju Laban Rata Camp, hampa akan menjumpai 10 pondok iaitu Timpohon Gate – Pondok Kandis – Pondok Ubah – Pondok Lowii – Pondok Mempening – Layang-Layang – Villose – Paka Shelter dan sampailah di Laban Rata Camp.

Setiap pos atau pondok berjarak kurang lebih 0,5-1 km dimana korang akan menempuh jarak perjalanan lebih  6 kilometer dari Timpohon Gate sehingga ke Laban Rata. Paling best di setiap pondok akan menjumpai toilet, dan punca air jadi hampa  tidak perlu bawa air berliter-liter dari bawah, bagi sob cukup bawa sedikit energy bar untuk mengalas perut ketika lapar  dan refill air di setiap Pondok yang sumber terjamin bersih.

Dalam perjalanan menuju ke laban rata, subhanallah pemandangan cukup indah sepanjang jalan :P


Pada mulanya kami semua bergerak bersama-sama dalam satu kumpulan disebabkan laluan menuju ke Laban Rata sangat jelas dan biasanya akan berselisih dengan banyak pendaki lain dan porter jadi tak ada masalah sekiranya hampa ingin bergerak dahulu, di pertengahan perjalanan kami berpecah kepada dua group dimana group pertama Abil, Naz dan Aizam sampai ke laban rata terlebih dahulu, gila tak padu Aizam mendaki Gunung Kinabalu lebih 8 kali dan pernah mendaki daypack ke puncak Akinabalu memang cukup power! Abil dan Naz pula menggunakan konsep mendaki 'menggunakan kuasa kuda' :P Manakala Sob dan Din mengambil pendekatan mendaki secara slow and steady sambil menikmati setiap pemandangan di sepanjang Perjalanan cuma di dalam perjalanan daripada Pondok Villosa menuju ke Laban Rata hujan  lebat dan cuaca berkabus mengiringi perjalanan kami.

 hujan  lebat dan cuaca berkabus mengiringi perjalanan sob Ke Kem Site Laban Rata 

Mengisi masa lapang, sementara menunggu buffet 'open'

Alhamdulillah setelah lebih kurang 6 jam masa pendakian dengan jarak 6 Kilometer perjalanan sob sampai di Laban Rata pada pukul 3.30 Pm dan ini bermakna masih ada 1 jam untuk menunggu sebelum waktu lunch pada pukul 4.30 Pm dan buffet berakhir lewat pukul 6.00 pm. Konsep makan disini adalah buffet style sama ada pada waktu tengahari, petang & awal pagi jadi hampa boleh makan sebanyak mana yang hampa mahu yang pasti harus makan makanan yang bertenaga dan tidak berlebihan untuk misi summit attach untuk kesokan harinya. So my favorite of course spaghetti, sauce dia memang cukup terangkat :P 


Suasana Petang di Laban Rata, hujan dan berkabus 

Setiap pendaki diwajibkan untuk bermalam di Laban Rata bagi membolehkan badan menyesuaikan diri dengan paras ketinggian sebelum menyambung lagi pendakian sejauh 2.5km (Summit Attack) ke puncak Gunung Kinabalu (Low’s Peak) di ketinggian 4095.2 meter dari paras laut pada kesokan harinya. Konsep penginapan di sini adalah berbentuk Dorm dimana tempat tidur campur diantara lelaki dan perempuan jadi sekiranya hampa bernasib baik dan ada kekosongan akan mendapat bilik penginapan yang sama untuk satu team, tempat tidur sangat selesa terasa cukup mewah aura suasana pendakian mendaki Akinabalu selalunya tidur di dalam khemah atau ground ber sempit-sempit sedar-sedar bangun tidur dan basah seluar atau baju kesan air menyerap masuk di bawah khemah. Tapi cabaran paling besar stay dekat sini adalah air untuk mandi, basuh muka fuhh cukup sejuk menggigil satu badan :P


Selepas selesai sarapan pagi, menunggu masa pintu Gate pendakian dibuka pada  pukul 2.30 am

3 Januari 2017

Lebih kurang pukul 1.00am, sob telah terjaga daripada tidur apabila terdengar beberapa orang pendaki sedang bersiap sedia untuk sarapan sebelum mission summit attach. Kami semua bersiap-siap sedia packing apa barang yang patut untuk dibawa ke puncak, terlebih dahulu wajin bersarapan untuk mendapatkan tenaga sebelum meneruskan pendakian untuk sampai ke Puncak Gunung Kinabalu dan ini merupakan detik penentuan sama kami semua berjaya menjejakkan kaki ke Puncak Akinabalu atau tidak, syukur walaupun semalam hujan lebat sepanjang malam tapi pada pagi subuh keadaan cuaca agak baik dimana hujan lebat sudah berhenti.

Selepas bersarapan Fadly memberikan sedikit briefing mengenai laluan perjalanan untuk menuju ke puncak. Waktu pelepasan mendaki ke puncak akan dibuka jam 02.30am dimana di Gunung Kinabalu ada peraturan khusus tentang Cut Off Time yang perlu diikuti oleh setiap pendaki. Jarak dari Laban Rata ke Low’s Peak sekitar 3 KM dengan ketinggian 1123 meter. Ini bermakna kita akan menjumpai satu pos sebelum ke puncak iaitu Pos Sayat-Sayat. Cut Off Time untuk tiba di Pos Sayat-Sayat adalah jam 5 pagi. Jika lewat dari COT, kita tidak dibenarkan lagi untuk mendaki menuju ke puncak dan harus dingatkan bahawa harus sampai ke summit low peak sebelum pukul 7.00.am. Sekiranya pendakian hampa masih jauh dari puncak guide akan menyuruh para pendaki untuk berpatah balik turun atas faktor-faktor keselamatan

Kami memulakan pendakian ke Puncak Kinabalu pada pukul 3.10am pada ketika itu cuaca sungguh cantik sehingga boleh nampak dengan jelas taburan bintang di angkasa cukup memukau mata yang memandang, selangkah demi selangkah kami menaiki tangga mengikuti laluan yang telah disediakan dimana kami membuat keputusan untuk berjalan dalam satu kumpulan sekiranya terpisah kami akan menunggu team yang lain di Pos Sayat-sayat. Perjalanan menuju ke Sayat-sayat tidak begitu jauh mengambil masa anggaran 1 jam pendakian, alhamdulilah syukur kami semua tidak terkena symptom AMS (Acute Montain Stickness) walaupun kadar oksigen semakin berkurang dan nipis salah satu serangan yang ditakuti oleh para pendaki merupakan tindak balas terhadap oksigen yang sedikit di tempat tinggi dimana tekanan atmosfera yang kurang dan paru-paru secara tidak langsung akan sukar untuk menyerap oksigen, ada juga kes jika ditahap yang teruk AMS boleh mengakibatkan maut.

Lebih kurang pukul 4.15am kami semua berjaya sampai ke Sayap-sayap seterusnya menunjukkan name tag dan ditanda sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, syukur ketika itu cuaca masih elok tidak menunjukkan tanda-tanda akan hujan dan kami semua berjaya melepasi masa COT yang telah ditetapkan, seterusnya dibenarkan untuk meneruskan pendakian untuk Mission Sunrise and Summit Attack. Pada ketika itu perasaan pewai telah mula dirasai dimana corak pendakian sudah mula berubah arah daripada melalui trek tangga berkayu seterusnya perlu memanjat dan melalui laluan di sebalik batu-batu besar. Lebih kurang setengah jam perjalanan ketika sudah semakin hampir sampai ke puncak seringgit keadaan cuaca sudah mula berubah dimana hujan lebat sudah mulai turun membasahi kami. Sepanjang perjalanan angin yang kuat kadang kala diselingi dengan hujan mengiringi pendakian sob kali ini sama seperti situasi ketika mendaki Gunung Kerinci di Indonesia. Memang tak dapat gambarkan perasaan mendaki ketika  kadang-kadang timbul terasa teruja kerana dapat merasai susana mendaki dalam keadaan itu pandangan yang semakin kabur manakala jalan semakin diliputi oleh kabus, ketika itu sebagai rujukan mengikut tali putih yang panjang  sebagai panduan supaya tidak tersasar daripada trek asal

Pemandangan daripada puncak ditutupi dengan pandangan kabus, tali putih yang panjang diletakkan sebagai panduan supaya para pendaki tidak tersasar daripada trek asal

Walaupun ketika itu sudah memakai baju sejuk, windbreaker, sarung tangan dan topi itu masih  tidak mencukupi untuk memberikan rasa haba kehangatan yang diperlukan oleh tubuh badan, masih merasai kesejukan sepanjang perjalanan. Beberapa meter menuju ke Low Peak  sob sudah mula menggigil kesejukan disebabkan angin kuat yang melanda seketika di pertengahan perjalanan dengan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 4000 meter puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada dihadapan, angin yang kuat dan hujan ketika itu membuatkan kami semua berhenti seketika berlindung disebalik-balik batu besar dan ada juga beberapa pendaki yang lain mengambil keputusan untuk berpatah balik. Di saat itu kekuatan mental dan fizikal memang cukup memainkan peranan hanya tekad dan keinginan yang tinggi membuatkan sob tetap cuba melangkah sedikit demi sedikit tetapkan semangat sehingga ke puncak.

( Low's Peak ) Mount Kinabalu, Sabah Malaysia I 4095.2 Meter

Alhamdulilah lebih kurang pukul 6.30am Sob bersama teman-teman yang lain berjaya juga menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Malaysia,  Gunung Kinabalu satu perasaan syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, gunung yang dahulunya hanya mampu  dipandang daripada bawah akhirnya berjaya ditakluki yang pasti  bukan view yang indah dicari oleh Sob cukup sekadar dapat merasai sendiri pengalaman mendaki puncak tertinggi di Borneo itu yang paling berharga.

 #Selfie Padu di Peak

Tahniah semua Sob, Din, Naz, Abil, Aizan  telah berjaya sampai ke ketinggian 4095 meter! Puncak tertinggi di Malaysia satu perasaan penuh bangga apabila berjaya berdiri di Puncak Kinabalu, Terima kasih Allah swt! Keadaan di atas puncak ruangnya agak kecil untuk bergambar dan tidak dibenarkan untuk berada lama-lama di puncak cukup sekadar 5 minit untuk bergambar seterusnya memberi peluang kepada pendaki yang lain untuk bergambar. Pemandangan ketika di puncak, pemandangan yang terhad dibatasi oleh kabus-kabus putih semua nya kelihatan putih.


Lebih kurang 10 minit berada puncak kami mulai berpatah balik untuk turun, hujan dan angin kuat dan berkabus masih mengiringi perjalanan kami, kami hampir lupakan saja niat untuk bergambar di tempat-tempat wajib seperti di kolam-kolam air dan mungkin puncak seringgit juga tidak kelihatan terlindung akibat kabus. Tapi kuasa alam tidak  siapa yang tahu ketika perjalanan turun selepas melalui Puncak Seringgit cuaca mulai cerah, awan semakin membiru subhanallah barulah ketika itu kami dapat melihat sendiri pemandangan indah disini, walaupun hanya seketika lebih kurang 20 minit sebelum cuaca kembali berkabus itu sudah mencukupi buat sob syukur !

The view from top ! It's simply breathtaking!
 
Slot terbaru akasia : Abang Hikers Playboy !

Kawasan ini digelar bonsai garden sepanjang jalan dikelilingi oleh pohon-pohon bonsai tambahan pula ketika itu pohan-pohon bonsai disitu sedang mengeluarkan bunga yang cukup cantik.


Ketika turun semula ke Laban Rata, barulah kita boleh nampak trek yang kita lalui pagi. sampai sahaja di Laban Rata pada jam 9.00am, kami semua terus packing barang untuk check out. Wajib check out sebelum pukul 10:30am sekiranya lambat hampa dikenakan  bayaran sebanyak RM100. Kami  semua check out lebih kurang jam 9:30am dan terus turun ke café untuk breakfast sebelum meneruskan perjalanan turun menuju ke Timpohon Gate, Lebih kurang Tiga jam setengah perjalanan kami berjaya sampai ke bawah sekali lagi tandatangan untuk menandakan kami telah selamat keluar dengan selamat. Syukur semuanya selamat kembali dengan keadaan selamat tanpa mengalami kecederaan seterusnya menuju ke tempat pendaftaran semasa masuk untuk mengambil sijil yang berwarna kerana berjaya mendaki sampai ke puncak.

Pendaki Bertopeng X Mount Kinabalu

Sob percaya pelbagai tips & pengalaman mendaki Gunung Kinabalu telah dikongsikan di internet, beribu-ribu orang telah berjaya berjaya menawan puncak tertinggi Malaysia setiap tahun tak kira usia dan jantina, ada yang stamina nya mantap boleh berlari-lari hingga ke puncak dan tidak ketinggalan yang mendakinya 5 minit dan rehatnya 20 minit 😄 tak mengapa janji tetap bersemangat teruskan mendaki sehingga sampai ke puncak. Sob yakin sesiapa yang pernah mencuba mendaki disini pasti ada kisah pengalaman  yang tersendiri dan ini kisah pendakian sob menawan Puncak kinabalu :P

Travel Accessories

$
0
0
Sob yakin ramai diantara kita semua sangat suka untuk travel menjelajah dunia kerana ia boleh menginspirasikan kita untuk melakukan sesuatu di luar batasan keupayaan kita dan sob amat yakin tidak kira sama ada hampa travel secara mewah atau backpacker, perlu membawa aksesori yang bersesuaian dengan keperluan kita ketika travel. Aksesori antara item yang wajib kita perlu pakai tidak kira sama ada lelaki atau perempuan kerana aksesori antara pelengkap untuk gaya yang kita tampilkan. Antara aksesori yang wajib dan sangat penting yang kita perlu ada tidak kira lelaki atau perempuan ialah seperti jam tangan, cermin mata hitam dan pelbagai aksesori yang lain untuk memudahkan perjalanan kita ketika travel.

Pemilihan travel accessories yang tepat dapat membantu melancarkan lagi perjalanan travel hampa

Selalunya ketika Sob keluar travel antara travel accessories yang wajib sob bawa seperti cermin mata hitam dan jam tangan, ini sangat penting contohnya jam tangan ia sangat membantu sob dalam memastikan'on time'berada di sesuatu destinasi paling penting supaya kita tidak terlepas tren, kapal terbang dan bas. Manakala cermin mata hitam antara aksesori yang wajib ada selain daripada kelihatan bergaya ketika dipakai ia juga sangat penting untuk melindungi mata si pemakai daripada sinar matahari yang terik ketika bersiar-siar dan kadang kala  boleh menghalang silau terutama sekali ketika memandu kereta dan paham-paham jelah kalau pergi mengembara sana sini dengan cara travel backpacker kita memerlukan cermin mata hitam yang stylish, tahan lama, bermutu tinggi dan paling penting good looking barulah stylo bila mengembara

Disini sob  nak kongsikan dengan hampa semua a few travel accessories yang cukup cantik dengan design terkini dimana korang boleh dapatkan dengan dengan harga yang cukup murah dan berpatutan, Sob sudah lama tercari-cari seutas jam tangan untuk kegunaan outdoor dimana tahan lasak dan di ezbuy.my sob telah menjumpai jam tangan idaman sob ialah Model casio watch- G Shock Waterprove   dengan harga cukup murah :)



Bagi hampa semua yang tertanya-tanya dimana nak buy travel accessories or travel accessories shopping, sob sangat cadangkan kepada hampa semua untuk membeli di ezbuy.my sebuah portal membeli belah secara online daripada serata dunia, jadi semua benda yang hampa cari mesti ada dalam ini dari sekecil-kecil barang sampai lah sebesar-besarnya pelbagai pilihan mengikut citarasa hampa semua.


Untuk pengetahuan hampa semua ezbuy.my adalah sebuah pembekal professional yang memberi perkhidmatan membeli belah dalam talian. Ditubuhkan pada tahun 2010 lagi dan menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura. Sehingga hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapore, Malaysia, Australia, Thailand dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara.

Jadi sekarang tidak ada lagi masalah sekiranya hampa ingin kelihatan bergaya dan stylo ketika travel kerana anda boleh beli pelbagai jenis travel accessories yang boleh dibeli secara online. Tanpa perlu keluar ke shopping malls atau kedai jam kini semuanya boleh dibuat dengan pembelian atas talian dengan selesa dari rumah sahaja, sekarang kan zaman moden semuanya di hujung jari dan sob ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog www.sobriyaacob.com dimana sekiranya hampa mendaftar di Ezbuy dan akan mendapat percuma RM15.00 ezbuy Shopping Voucher, boleh klik link disini untuk mendaftar.


Malaysian Adventure Story - Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu

$
0
0

Tanggal 30 December 2016, sob bergerak daripada KLIA 2 menuju ke Lapangan terbang Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Air Asia AK 5108, tepat pukul 10.30am bersama dengan dua orang rakan telah selamat mendarat ke Tanah borneo yang cukup terkenal dengan gelaran Negeri di Bawah Bayu, di sini sob bersua muka dengan semua Team pendaki buat pertama kali yang sebelum ini hanya bertegur sapa di dalam group whatsApp Mendaki. Perasaan ketika itu agak berdebar-debar bukan kerana pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Sabah tapi disebabkan satu misi yang ingin dicapai iaitu ingin menjejakkan kaki di Puncak tertinggi di Tanah Borneo, perasaan ketika itu berdebar-debar tapi bercampur perasaan teruja kerana sudah berada di kawasan Gunung Kinabalu yang hanya menanti masa untuk ditawan.

Hari Pertama: Berjalan-jalan di sekitar pasar malam di Bandar Kinabalu misi mencari Fresh Seafood 

Hari pertama berada di Bandar Kota Kinabalu kami semua menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang cukup santai berjalan-jalan ke lokasi yang menjadi tarikan pelancong di sekitar bandar KK seperti ke Pasar Filipina untuk menikmati hidangan Seafood yang cukup fresh, sedap dan murah di Gerai Haji Manja di samping layanan yang cukup mesra! melihat pemandangan matahari terbenam berlatar belakangkan Kota Kinabalu daripada Puncak Bukit Bendera dan pada di sebelah malam hari pula berjalan-jalan di sekitar Jesselton Point, Pasar Malam Sinsuran& Pasar Malam Kampung air sambil menunggu sambutan ambang tahun baru 2017!



Perkara wajib perlu dibuat dalam listing percutian hampa sekiranya datang kesini ialah food hunting mencuba pelbagai fresh seafood yang dijual dengan harga cukup berbaloi & juga makanan tradisi sabah yang banyak dijual seperti amplang. Kami memilih untuk menikmati hidangan seafood di Gerai Haji Manja, cadangan menu wajib dicuba Ikan merah masak nyonya pasti terangkat selera !

Ber-Hammock, menikmati angin petang di The Pines kundasang, kesan bekas terbakar di kawasan ini membuatkan view di sini cukup rare untuk lepak & bergambar!  

Hari kedua kami semua bergerak menuju ke Pekan Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Kota kinabalu, bergerak pada awal pagi dimana di Kinabalu Park merupakan lokasi untuk sob memulakan pendakian disebabkan masih ada berbaki sehari lagi sebelum memulakan pendakian seperti biasa masa yang terluang digunakan sepenuhnya untuk dimanfaatkan dengan berjalan-jalan di tempat menarik dan rare yang ada di sekitar bandar kundasang seperti di Desa Cattle Desa Dairy Farm yang cukup popular persis pemandangan ladang lembu di New Zealand's, Kundasang War Memorial, dan bagi yang sukakan sedikit cabaran sob sangat mencadangkan untuk mendaki Pyramid Hill, kerana pemandangan di atas puncak tidak mungkin akan mengecewakan bagi setiap mendaki dapat melihat pemandangan indah pekan kundasang dan Gunung Kinabalu. Bagi sob Pekan Kundasang antara lokasi cukup menarik untuk dilawati di sabah kerana pemandangan cukup cantik berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan kebun-kebun sayur yang menghijau seluas mata memandang cukup memukau bagi setiap mata yang memandang dan keadaan suhu yang sejuk dan nyaman amat selesa untuk berjalan-jalan di sini.

Lokasi Pyramid Hill (1604 mtr ) Kundasang, sabah
Angaran masa pendakian 20 minit

Di Kundasang sob dan rakan-rakan memilih untuk bermalam di Hounon Ridge Farm, Bundu Tuhan. Disini terdapat pelbagai range harga dan pilihan untuk menginap di tawarkan, hampa boleh memilih sama ada untuk tidur secara dorm, bilik atau boleh sewa tapak & khemah untuk bercamping di luar. Sangat seronok sebenarnya apabila menginap di tempat yang konsepnya lebih mesra sebegini iyelah disamping dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baru dapat 'melepak 'bersama-sama dapat juga berkongsi cerita dan pengalaman travel masing-masing.

Menunggu Sunrise, bersiap-siap packing beg sebelum bergerak menuju ke Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran masuk untuk memulakan pendakian

'sunrise is still my favorite colour,
and rainbow is second,
but if i can get both at the same time
i'm the most luck person !'

Hari Ketiga berada di tanah borneo seawal pagi sob dah tersedar daripada tidur dari katil sambil duduk termenung seketika sementara menunggu sunrise, di sabah pukul 6 pagi hari sudah cerah tidak seperti di semenanjung sekiranya lambat bangun pastinya matahari terbit mengucapkan selamat tinggal. Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba Gunung kinabalu sudah berada di depan mata hanya menunggu masa untuk didaki. Syukur mungkin rezeki kami semua, cuaca pada pagi itu cukup baik walaupun pada sebelah malam agak hujan lebat al-maklumlah sekarang adalah musim hujan, pemandangan sunrise cukup cantik manakala kelihatan jelas gunung kinabalu di hadapan mata kami yang tidak terlindung daripada kabus dan juga dihadiahkan juga double Rainbow.


Setelah semua urusan pendaftaran sudah selesai sebelum memulakan pendakian checking beg dulu lagi sekali semua barang sudah ada lengkap, lebih kurang Pukul 10.00 pagi kami memulakan pendakian menuju ke Kem Site Laban Rata untuk bermalam pada hari pertama mendaki ! wish me luck 

Lebih kurang pukul 8.00 pagi tiba di Kinabalu Park, selepas selesai bersarapan dan berjumpa dengan guidge yang akan membawa kami seterusnya perlu mendaftar diri dulu sebelum boleh memulakan pendakian, kerana setiap pendaki perlu mendapatkan permit sebelum mula mendaki. Setelah semua urusan pendaftaran selesai kami diberikan NameTag dimana tertulis nama dan tarikh pendakian dan ini sangat penting untuk sentiasa pakai NameTag sepanjang tempoh mendaki, Name Tag ini ibarat Past untuk kami akses di checkpoint.  Sob dan rakan-rakan memilih untuk naik & turun laluan trek mendaki daripada Timpohon dimana masa pendakian yang diambil lebih pendek dan laluan trek yang lebih mudah daripada menggunakan laluan Marsilau.


Untuk menuju Laban Rata Camp, akan menjumpai 10 pondok iaitu Timpohon Gate – Pondok Kandis – Pondok Ubah – Pondok Lowii – Pondok Mempening – Layang-Layang – Villose – Paka Shelter dan sampai lah di Laban Rata Camp. Pengalaman merasai sendiri trek Gunung kinabalu sob boleh rumuskan, trek yang cukup 'layan' penangan trek bertangga boleh pewai teruk  beb! berbanding laluan trek hutan. Sob dan Din mengambil pendekatan mendaki secara slow and steady sambil menikmati pemandangan di sepanjang Perjalanan cuma di tengah perjalanan daripada Pondok Villosa menuju ke Laban Rata hujan turun dengan lebat membataskan sedikit jarak penglihatan dan cuaca berkabus mengiringi perjalanan sob. Masa yang diambil lebih kurang 6 jam dengan jarak perjalanan sejauh 6 Kilometer sob sampai di Laban Rata pada pukul 3.30 Pm dan ini bermakna masih ada 1 jam untuk menunggu sebelum waktu lunch pada pukul 4.30 Pm dan buffet berakhir lewat pukul 6.00 pm. 

Konsep penginapan di sini adalah berbentuk Dorm dimana tempat tidur campur diantara lelaki dan perempuan, tempat tidur sangat selesa terasa cukup mewah aura suasana pendakian mendaki Akinabalu & paling best makanan disediakan secara buffet beraneka pilihan menu, fuhh memang paduik!

Lebih kurang pukul 1.00am, sob telah terjaga daripada tidur apabila terdengar beberapa orang pendaki sedang bersiap sedia untuk sarapan sebelum mission summit attach. Kami semua bersiap-siap sedia packing apa barang yang patut untuk dibawa ke puncak, terlebih dahulu wajib bersarapan untuk mendapatkan tenaga sebelum meneruskan pendakian untuk sampai ke Puncak Gunung Kinabalu dan ini merupakan detik menentukan sama kami semua berjaya menjejakkan kaki ke Puncak Akinabalu 

Pendakian menuju  ke Puncak Kinabalu pada pukul 3.10am pada ketika itu cuaca sungguh cantik sehingga boleh nampak dengan jelas taburan bintang di angkasa cukup memukau mata yang memandang, selangkah demi selangkah kami menaiki tangga mengikuti laluan yang telah disediakan dimana kami membuat keputusan untuk berjalan dalam satu kumpulan sekiranya terpisah kami akan menunggu team yang lain di Pos Sayat-sayat. Perjalanan menuju ke Sayat-sayat tidak begitu jauh mengambil masa anggaran 1 jam pendakian, syukur kami semua tidak terkena symptom AMS walaupun kadar oksigen semakin berkurang dan nipis sebab ada juga kes jika ditahap yang teruk AMS boleh mengakibatkan maut ketika mendaki !

Di Puncak Seringgit, dalam perjalanan pulang ke Laban Rata

Lebih kurang pukul 4.15am sob & rakan-rakan berjaya sampai ke Sayap-sayap seterusnya menunjukkan Name Tag dan ditanda sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, syukur ketika itu cuaca masih elok tidak menunjukkan tanda-tanda akan hujan dan kami semua berjaya melepasi masa COT yang telah ditetapkan, seterusnya dibenarkan untuk meneruskan pendakian untuk Mission Sunrise and Summit Attack. Pada ketika itu perasaan pewai telah mula dirasai dimana corak pendakian sudah mula berubah arah daripada melalui trek tangga berkayu seterusnya perlu memanjat dan melalui laluan di sebalik batu-batu besar. Lebih kurang setengah jam perjalanan ketika sudah semakin hampir sampai ke puncak seringgit keadaan cuaca sudah mula berubah dimana hujan lebat sudah mulai turun membasahi kami. 

"Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh, hati saya rindu"

Entah kenapa  cukup berhantu lagu ni, antara rangkap lagu yang kerap bermain-main di fikiran sob mungkin lagu ini memberi sedikit semangat untuk meneruskan baki pendakian yang semakin hampir ke penghujung, masih teringat semasa mendaki terutama ketika berada di sayap-sayap menuju ke low Peak sepanjang perjalanan angin yang kuat, kadang kala diselingi dengan hujan mengiringi pendakian sob kali ini sama seperti situasi ketika mendaki Gunung Kerinci di Indonesia. Memang tak dapat gambarkan perasaan mendaki ketika kadang-kadang timbul terasa teruja kerana dapat merasai susana mendaki dalam keadaan itu pandangan yang semakin kabur manakala jalan semakin diliputi oleh kabus, ketika itu sebagai rujukan mengikut tali putih yang panjang sebagai panduan supaya tidak tersasar daripada trek asal

Suasana di Puncak Kinabalu di Low's Peak menunggu giliran untuk bergambar di puncak penuh dengan kehadiran pendaki dari seluruh dunia ingin menjejakkan kaki ke Gunung Tertinggi di Malaysia.

Walaupun ketika itu sudah memakai baju sejuk, windbreaker, sarung tangan dan topi itu masih tidak mencukupi untuk memberikan rasa haba kehangatan yang diperlukan oleh tubuh badan, masih merasai kesejukan sepanjang perjalanan. Beberapa meter menuju ke Low Peak sob sudah mula menggigil kesejukan disebabkan angin kuat yang melanda seketika di pertengahan perjalanan dengan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 4000 meter puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada dihadapan, angin yang kuat dan hujan ketika itu membuatkan kami semua berhenti seketika berlindung disebalik-balik batu besar dan ada juga beberapa pendaki yang lain mengambil keputusan untuk berpatah balik. Di saat itu kekuatan mental dan fizikal memang cukup memainkan peranan hanya tekad dan keinginan yang tinggi membuatkan sob tetap cuba melangkah sedikit demi sedikit tetapkan semangat sehingga ke puncak.

( Low's Peak ) Mount Kinabalu, Sabah Malaysia I 4095.2 Meter

Lebih kurang pukul 6.30am Sob bersama teman-teman yang lain berjaya juga menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu satu perasaan syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, gunung yang dahulunya hanya mampu dipandang daripada bawah akhirnya berjaya ditakluki yang pasti bukan view yang indah dicari oleh Sob cukup sekadar dapat merasai sendiri pengalaman mendaki puncak tertinggi di Borneo itu yang paling berharga.


Ternyata di negara kita sendiri Malaysia penuh dengan tarikan pelancongan yang cukup awesome! untuk diterokai, Sabah antara negeri yang cukup menarik untuk dilawati daripada penduduk yang mesra dan murah dengan senyuman, kaya dengan pelbagai makanan tradisi etnik yang boleh dicuba yang cukup lazat selain daripada banyak destinasi-destinasi menarik perlu dicuba dan pastinya anda gemar melakukan aktiviti outdoor yang penuh dengan aura adrenaline apa lagi jom cuba mencabar diri mendaki Gunung Kinabalu pastinya percutian anda kali ini akan cukup berbeza daripada biasa dan memberi kejutan yang tersendiri !

#TravelokaMY #MYTravelAdventure.

Ekspedisi Trans Titiwangsa V1 Reverse - 24 Jam

$
0
0

Ekspedisi Trans Titiwangsa V1 secara Reverse dalam tempoh masa 24 Jam - Salah satu pengalaman mendaki gunung yang tidak boleh dijual beli, dimana kaki perlu terus gigih melangkah setapak demi setapak seiring dengan keazaman serta niat untuk sampai ke garisan penamat. Expedisi yang banyak memberi pengajaran & pengalaman yang sangat berguna untuk diri sendiri dan tak mungkin dapat sob rasai dalam ekspedisi yang lain.
'Apa yang hang fikir tetiba rasa nak buat Trans V1 dalam tempoh 24? tak ke itu satu kerja gila dengan pengalaman yang sangat amatur dalam dunia pergunungan arhh memang betul hang tengah cari masalah! 
Sob sendiri masih berpikir bagaimana cara yang terbaik untuk bercerita mengenai pengalaman melakukan Trans V1 dimana mungkin sedikit perkongsian catatan peribadi yang tak seberapa ini dapat dijadikan sedikit panduan kepada pendaki yang lain. Paling penting adakah kami semua yang mengikuti Expedisi Trans Titiwangsa V1 secara daypack berjaya atau tidak menghabiskan expedisi ini dalam tempoh masa 24 jam seperti yang telah ditetapkan :P

 Ekspedisi Trans Titiwangsa V1 Reverse - 24 Jam 

Apa itu Trans Titiwangsa ?

Trans bermaksud merentas. Manakala Titiwangsa merupakan banjaran tanah tinggi yang menjadi tulang belakang kepada Semenanjung Malaysia. Secara logiknya Trans Titiwangsa membawa maksud Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa. Ekspedisi yang dinamakan sebagai Trans Titiwangsa V1 merupakan ekspedisi pendakian yang menjadi kegilaan buat para pendaki pada masa kini sehingga wujudnya pelbagai laluan Trans yang lain seperti Trans Titiwangsa V2 & V3 dimana pendakian melibatkan perjalanan merentasi beberapa buah gunung. 


Ekspedisi pendakian banjaran Trans Titiwangsa V1 pula merangkumi beberapa gunung tertinggi di Malaysia yang termasuk di dalam senarai G7 seperti Gunung Yong Belar (2181 mtr), Gunung Korbu (2183 mtr) dan Gunung Gayong (2173 mtr) merentasi Banjaran Titiwangsa sejauh jarak lebih 32 kilometer. Ekspedisi ini selalunya mengambil masa lima atau enam hari kebiasaannya secara kebiasaannya, sama ada mendaki dari Empangan Sultan Azlan di Perak terlebih dan turun Empangan Blue Valley di Cameron Highland atau secara Reverse dan team kami memilih untuk lakukan secara reverse.


Ramai yang bertanya bagaimana mana boleh terjebak dengan Expedisi Trans V1 ni ?

Kisah bagaimana sob boleh terjebak dengan trips yang dianjurkan oleh Trust Hikers #pendakibebas ini, dimana pada saat-saat akhir lagi 7 hari sebelum trips Trans V1 ini berlangsung salah seorang peserta telah menarik diri dan sob telah diberitahu mengenai perkara ini dan Sob telah menawarkan diri untuk menggantikan lagi 1 seat kosong sememangnya ini satu peluang keemasan yang tak boleh ditolak. Walaupun sebenarnya trips ini boleh dikategorikan agak berisiko tinggi sekiranya tidak membuat persediaan yang cukup oleh sebab itu sebelum expedisi ini berlangsung kami sering kali diingatkan supaya training, training dan training secukupnya dan pastinya semua yang terpilih mengikuti trips ini bukan calang-calang pendaki yang pastinya mempunyai pengalaman tersendiri untuk memastikan trips ini berjaya.

Sebenarnya memang sudah lama teringin untuk merasai sendiri pengalaman mendaki melalui laluan Banjaran Titiwangsa Edisi 1,  ingin merasai sendiri bagaimana rasanya naik turun gunung melalui puncak tipu yang banyak, merentasi anak sungai sungai, melalui trek yang berlumpur sampai ke paras  lutut dan paling penting untuk melihat sendiri keindahan hutan mossy yang masih dalam keadaan tidak terusik di laluan yang cukup jarang dilalui oleh para pendaki dan i'm so luck dapat merasai semua pengalaman ini ketika melakukan expedisi ini.

Bermulanya satu kisah gila melakukan pendakian dalam 24 jam di laluan Banjaran Titiwangsa demi kepuasan diri sendiri.

Sob merupakan satu-satunya wakil solo daripada Perak yang menyertai expedisi yang julung kalinya dianjurkan oleh Trust Hikers. Petang jumaat selepas habis waktu bekerja sob terus bergerak daripada Gerik menuju ke Ipoh, mujurlah perjalanan hanya mengambil tempoh masa selama 2 jam tidak mengalami sebarang masalah dan semua barang-barang keperluan untuk mendaki secara daypack telah diletakkan di dalam kereta terlebih dahulu supaya tidak ada barang yang tertinggal dan untuk memastikan sob tidak tiba lewat sampai ke lokasi pertemuan yang telah diberikan, beberapa hari yang lepas sebelum trips ini berlangsung. Kami telah diberikan location di Group wassup untuk semua peserta bertemu dan berkumpul di satu kawasan taman yang berhampiran masjid di daerah Tambun untuk  parking kereta disini sebelum meneruskan perjalanan menuju ke permulaan starting point ke Gunung Yong Belar.

Lebih kurang pukul 4.00am, Kami kesemua Lineup seramai 11 orang memulakan perjalanan daripada Tambun menuju ke Cameron Highland yang mengambil masa selama 1 jam dengan menaiki pacuan 4 roda 4X4 dan sebuah kereta proton milik S.O.S dan sebelum memulakan pendakian kami singgah sebentar di Masjid Lojing terlebih dahulu untuk sarapan pagi, melepaskan apa yang patut dan seterusnya mengagihkan makanan yang telah siap di bungkus kepada semua lineup. Ini sangat penting untuk memastikan kami semua membawa beban yang paling minimum dimana kami dibekalkan dengan dua set makanan yang telah siap dimasak iaitu nasi putih dan rendang ayam untuk memberikan tenaga yang secukupnya sepanjang trips 24 jam ini berlangsung. Pada awal-awal pendakian kami telah dingatkan dan dilarang sama sekali untuk membuka 'dapur haram' ketika ontrack dan harus membawa barang-barang asas seperti pisau, emergency blanket, supplement makanan yang ringan dan kaya dengan sumber protein untuk mendaki kerana pendakian kali ini secara compress.

Disebabkan sob agak lewat memasuki Group Wassup - Trans V1, banyak info-info yang telah dibincangkan sebelum ini sob terlepas pandang dan hampir separuh peserta yang mengikuti trips ini tidak sob kenali kecuali Pok Tih & Din sebelum ini pernah bertemu ketika mendaki Gunung Yong Yap dan setahun sebelum itu pernah bersama-sama mendaki Gunung Yong Belar daypack bersama Afie, Ben & Azlina.

Tiba Di starting Point, Gunung Yong Belar tunggu aku datang lagi !

Dengan kekuatan seramai 10 orang line up, seorang sweeper jemputan & Penunjuk arah melakukan persiapan dan pemeriksaan terakhir sementara menanti four wheel menghantar kesemua line up ke tempat permulaan untuk mendaki Gunung Yong Belar. Untuk makluman untuk menuju ke Gunung Yong Belar dan Gunung Tiga Sempadan boleh melalui laluan paip atau via Kebun dan pada kali ini kami memilih Via Kebun. Perjalanan menuju ke Yong Belar ibarat menaiki Roller coaster naik dan turun sampai ada line up yang agak pening tambahan terpaksa berdiri di bahagian belakang four wheel ini boleh dikatakan ibarat salam pengenalan untuk kami semua, Seperti yang telah diramal oleh sob dan rakan-rakan pastinya pintu pagar permulaan untuk menuju ke Kebun sayur masih ditutup dan kami semua berhenti dan memulakan perjalanan menuju ke starting point Kebun sayur yang mengambil masa dalam 1 jam.

Setibanya di kebun sayur iaitu starting point untuk menuju ke Puncak Yong Belar, kami kesemua line up seramai sembilan orang lelaki dan seorang wakil solo wanita telah diberi taklimat dan bacaan doa sebelum memulakan pendakian disini juga diadakan sesi perkenalan sesama pendaki secara ringkas. Sesi Taklimat ringkas diberikan secara ringkas memandangkan kami semua agak kesuntukan masa dari plan asal kerana ada pertambahan masa yang diambil ketika berjalan kaki menuju ke Starting point. Farid selaku Guidge ekspedisi ini memberi sedikit penerangan dan laluan yang bakal dilalui. Kami telah menetapkan untuk 'regroup' kembali di beberapa kawasan seperti di Kem Periuk  Puncak Yong Belar, memandangkan laluan untuk menuju ke puncak agak mudah difahami dan tidak banyak simpang yang boleh membuatkan para pendaki tersasar daripada trek asal selain itu kebanyakan daripada kami mempunyai pengalaman mendaki Gunung Yong Belar dan ini memberi sedikit kelebihan buat kami semua seterusnya  bacaan doa dibaca oleh Farid untuk memohon perlindungan, keselamatan daripada yang Maha Kuasa.



 Kemsite Kasut - Gunung Yong Belar

Menuju ke Kem Kasut, edisi membajak sawah & bermain lumpur !

Tepat jam 5.40 am, keadaan pada waktu itu masih dalam keadaan gelap dengan berbekalkan cahaya daripada head lamp kami terus berjalan dalam sesi sepak daun secara berjemaah bermula dimana semua tengah cuba memanaskan badan untuk mencari  rentak mendaki masing-masing seterusnya memasuki pintu rimba dimana trek yang bakal dilalui agak pacak dan berlumpur daripada permulaan starting point lagi, sangat berbeza daripada setahun yang lepas dimana trek masih lagi boleh dikategorikan keadaan cun dan kering! mungkin disebabkan expedisi kami ini dilakukan dalam musim hujan dan juga kebanjiran pendaki yang datang ke Yong belar setiap minggu menyebabkan trek yang dilalui berlumpur dan becak sehingga ke puncak.

Seterusnya kami berhenti sebentar di Kem Tudung Periuk, menanti masuknya waktu subuh untuk menunaikan solat  subuh, di campsite kelihatan beberapa orang pendaki yang masih lagi lena tidur dibuai mimpi indah. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak Yong Belar, tidak banyak masalah yang dihadapi kecuali beberapa orang peserta sudah mula kelihatan Pace Nya mulai agak slow. Perjalanan daripada Kem Tudung Periuk ke kem kasut mengambil tempoh masa pendakian yang agak panjang disebabkan jarak daripada campsite ke campsite yang lain agak jauh. keadaan mossy disini masih lagi dalam keadaan cantik seperti sob lihat pertama kali beberapa tahun yang lepas, hari mula beransur cerah boleh kelihatan cahaya mula menyinari di sebalik pokok-pokok sambil kedengaran bunyi sahutan haiwan ini memberi kelebihan kepada kami semua untuk bergerak dengan lebih pantas dan ketika ini telah terbentuk dua kumpulan menuju ke Puncak Yong Belar. 

Puncak Pertama yang berjaya sampai Puncak Gunung Yong Belar (2181 mtr)

Berada di Puncak Yong Belar, satu kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata, syukur alhamdulilah. Mungkin masih tiada rezeki dibelanjakan dengan view awan karpet dari puncak, pemandangan gunung ditutupi oleh kabus tebal, cukuplah sekadar bergambar dengan papan tanda yang tertulis perkataan Gunung Yong Belar untuk membuktikan bahawa kami telah berjaya melepasi cabaran gunung yang pertama . Selepas mendaki lebih kurang 3 Jam lebih melalui trek yang berlumpur dan licin, terpaksa berpaut pada akar kayu situasi ini sedikit sebanyak melambatkan perjalanan kami semua dimana ketika itu kami telah terbahagi kepada 2 kumpulan. Seterusnya kami semua 'Regroup' kembali disini berehat sebentar lebih kurang 15 minit untuk makan, minum dan bergambar sebelum diberi taklimat yang seterusnya mengenai perjalanan kami menuju ke Puncak Junction (2,072 mtr) 

Taklimat kali kedua ini lebih panjang dan teliti dimana diberi penerangan mengenai keadaan trek, checkpoint, waterpoint yang seterusnya akan kami temui dan lalui dan banyak info, tips yang diberikan. Seperti biasa langkah keselamatan sangat diutamakan, menjaga keselamatan antara satu sama lain, sentiasa berhati-hati dan berjalan berpasangan sekiranya ketinggalan agak jauh, elakkan berjalan seorang diri kerana laluan seterusnya akan  masuk ke hutan yang lebih tebal dan tiada berpenghuni, Percentage amat tipis untuk bertemu pendaki lain dan mungkin akan berjumpa dengan binatang dan diharapkan agar sesekali tidak akan bertentang mata. Ini baru sebenarnya cabaran Trans V1 dimana kesemua line up tidak pernah lagi melalui laluan menuju ke Puncak Junction yang akan melalui Kem Kuali, Puncak H20, Kem H20 dan barulah sampai ke Puncak Junction.

Suasana di Kem Kuali dan Kem H20

Menuju Ke Kem Kuali, Puncak H20 dan Kem H20

Kali ini sob mengambil keputusan untuk menjadi orang yang terakhir berjalan di belakang, mungkin disebabkan keadaan diri yang mula keletihan dan keadaan trek yang berbecak, berlumpur membuatkan perjalanan sob yang memakai sandals sedikit licin dan perjalanan mula menjadi sedikit perlahan di samping itu untuk mengelakkan kaki melanggar akar kayu yang boleh memberikan kecederaan kepada kaki antara risiko memakai sandals ketika mendaki, tapi jarak antara sob dan pendaki di depan tidak jauh dimana masih boleh mendengar suara mereka ketika ontrek, kerana amat berbahaya sekiranya berjalan dengan jarak yang agak jauh dengan pendaki yang berada di hadapan.

Sob bersama-sama dengan Afie, Ben dan Poktih ketika menuju ke kem kuali dimana kami menuruni gunung yang trek nya agak licin dan berakar disepanjang jalan akan kelihatan batu-batu simpadan antara negeri yang diletakkan untuk menanda sipadan setiap negeri. Perjalanan daripada Puncak Yong Belar ke kem Kuali hanya mengambil masa 15 minute secara menurun terdapat sebuah Tapak Helipad di mana didirikan tapak kem sementara oleh jabatan hutan semasa mereka mengukur dan memasang batu sempadan, boleh kelihatan tapak ini masih baru dibuat kesan tebasan semak dan pokok kayu kecil di sekitar batu sipadan.

Pemandangan di Kemsite Tudung Periuk yang masih lagi berkabus

Sekiranya bernasib baik dimana cuaca dalam keadaan cerah dan tidak ditutupi dengan kabus tebal, akan dibelanjakan dengan satu pemandangan gunung-gunung banjaran titiwangsa yang luas terbentang dan juga boleh kelihatan cukup megah Puncak Yong Belar ! Kami semua berhenti sebentar disini untuk bergambar, ketika kami berada disini cuaca dalam keadaan berkabus dan terasa agak sejuk. Di kem Kuali terdapat sebuah kuali lama yang digantung untuk menandakan ini merupakan Kem Kuali dan hampa boleh berhenti sebentar untuk mengisi air kerana terdapat sumber air sungai yang terdekat dari puncak Yong Belar dan ia adalah sumber air paling akhir sebelum sampai ke kem H20 nanti.

Bergambar di Batu Sipadan 

Selepas semua siap bergambar dan menambah bekalan air, kami meneruskan perjalanan menuju ke Puncak H20 dan Kem H20 untuk berehat sebentar dan solat. Daripada Batu sipadan menuju ke Puncak H20  kelihatan trek lebih landai selepas itu menurun serta menaik dan tidak begitu berlumpur secara tidak langsung situasi ini membantu sob untuk bergerak dengan lebih laju. Perjalanan diteruskan dimana akan menjumpai beberapa tapak helipad, sob anggarkan melalui 2 tapak Helipad dan melalui sedikit laluan berbuluh serta kawasan pokok yang dipenuhi oleh Mossy, memang benar seperti yang diberitahu laluan trek ini agak jarang dilalui kecuali hampa menyertai ekspedisi Trans Titiwangsa dimana mossy disini masih dalam keadaan asal dan cukup tebal, memang memukau setiap mata yang memandang.

Daripada Puncak H20 menuju ke Kem H20 mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih dan disini terdapat sungai yang aliran airnya tidak begitu deras dan berwarna sedikit kekuningan tapi cukup jernih, sejuk dan mendamaikan tambahan pula apabila aliran air ini terkena tubun badan yang sememangnya sudah pewai kepenatan! Perjalanan menuju kesini menurun dan mula menjumpai pokok-pokok besar di sepanjang perjalanan manakala keadaan sekeliling pula lebih redup, maklumlah semakin mula menghampiri kawasan yang berair. Lebih kurang pukul 4.00 Pm kami semua telah sampai ke sini dalam satu kumpulan seterusnya bersolat dan makan makanan yang diberikan seterusnya mula berehat untuk mengumpul tenaga untuk menuju Ke Puncak Junction. Selepas selesai semua urusan dan hampir separuh hari terpaksa berjalan dengan keadaan yang tidak cukup selesa dimana lumpur melekat di sekitar sandal, cukup menyenangkan hati apabila boleh membasuh kotor-kotor lumpur yang melekat di sandal, stokin dan seluar. 

Keadaan Kem H20 agak luas dan boleh memuatkan beberapa kumpulan pendaki. Kawasan ini sangat sesuai dijadikan tempat bermalam kerana sangat berhampiran dengan punca air boleh dikatakan agak selesa walaupun tidak seluas Kem Kasut atau Kem Tudung Periuk. Tanpa melengahkan masa selepas selesai semua urusan, sob mula mengisi bekalan air yang ingin dibawa ke Puncak Koga dimana waterpoint seterusnya diberitahu oleh Guide agak jauh untuk pergi dan tidak berbaloi untuk mencari bekalan air sekiranya kami semua sampai ketika hari sudah gelap di Kem Cerek.

Keadaan sungai di Kem H20 air yang mengalir jernih, sejuk dan mendamaikan

Akhirnya sudah bersih, barulah selesa untuk bergerak :P

Perjalanan menuju ke Gunung Junction, Keindahan Mossy Forest yang tak tergambar dengan kata-kata !

Daripada Kem H20 menuju ke Puncak Junction digalakkan untuk berjalan dalam satu kumpulan terutama di bahagian bawah dimana kita perlu melintasi beberapa bukit kecil dan laluan yang berair dimana sekiranya tersalah memilih jalan kerana keadaan trek yang tidak begitu jelas dan jarang dilalui pastinya berisiko untuk sesat adalah tinggi. Perjalanan mendaki ke puncak Gunung Junction tak boleh sob gambarkan dengan kata-kata cukup pacak, trek yang panjang dan memenatkan, walaupun kami hanya mendaki dengan bebanan barang yang cukup sedikit ia betul-betul tetap memerah kudrat sob untuk sampai ke puncak. Tak boleh bayangkan sekiranya melakukan ekspedisi ini secara camping selama 4-5 hari sambil membawa bebanan beg yang berat pastinya ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.

Langkah sob dan rakan-rakan semakin lama semakin perlahan disebabkan keadaan trek yang mencanak naik yang  70 - 80% dengan situasi kami semua telah berjalan hampir separuh hari tanpa mendapatkan rehat yang seckupnya, kebanyakan pendaki sudah mulai terasa pewai dan kehabisan tenaga, mungkin sob boleh simpulkan kenapa kami terus berjalan disebabkan tekad untuk selesaikan misi 24 jam dan pastinya tidak berbaloi untuk berpatah balik di separuh jalan menyebabkan kami semua terus berjalan selangkah demi selangkah sehingga sampai ke Puncak Junction. Di laluan tertentu memerlukan memerah segala kudrat tenaga yang ada untuk melintasi pokok-pokok yang tumbang, memanjat beberapa batu besar yang  licin dan tajam nasib baiklah sudah tersedia beberapa utas tali yang telah dipasang membantu memudahkan perjalanan kami semua. 

Perasaan mendaki ketika itu, hanya perasaan letih, sumpah seranah dan protes kepada diri sendiri kenapa buat kerja gila ini, lebih baik sekiranya waktu cuti hujung minggu sob hanya berehat-rehat di rumah, tapi apa boleh buat keinginan untuk merasai sendiri pengalaman melakukan Trans V1 dalam tempoh masa 24 jam mengatasi segala-galanya. Sekarang tak perlu lagi ada perasaan menyesal kerana sudah terlambat hanya perlu sob teruskan langkah, sentiasa positif dan focus sebab utama kenapa menyertai expedisi dan menikmati setiap cabaran-cabaran yang ditempuh sepanjang expedisi ini berlangsung!

Memanjat beberapa batu besar yang  licin dan tajam nasib baiklah sudah tersedia beberapa utas tali yang telah dipasang membantu memudahkan perjalanan kami semua. 


Memang terasa cukup letih ketika menuju ke Puncak Junction, tetapi pendakian ini memang sangat berbaloi apabila sepanjang perjalanan ketika hampir-hampir sampai ke puncak dan setelah melalui beberapa puncak tipu, akan melalui kawasan yang dipenuhi dengan pohon mossy yang cukup banyak, cukup subur, gebu kehijauan yang tak boleh sob gambarkan dengan kata-kata. Bagaimana keadaan mossy di Gunung Junction  cukup indah mungkin disebabkan jarak untuk sampai ke sini pun cukup jauh sehingga ia jarang untuk disentuh oleh manusia membuatkan keadaan mossy disini cukup terjaga seolah-olah dijaga oleh 'orang lain'. Sampai satu tahap walaupun berjalan bersama beberapa orang pendaki yang lain melalui pohon-pohon besar dipenuhi oleh tumbuhan Mossy ketika itu sob melalui ketika waktu hampir ke pukul 5.40 petang dan cuaca menuju ke puncak sudah mula sejuk dan berkabus dimana kelihatan air-air embun menitik melalui di celah-celah mossy memang memberi satu pemandangan yang cukup luar biasa seolah-olah berada di dunia lain dimana perasaan teruja dan seram mula menguasai perasaan sehingga ingin membuatkan sob mempercepatkan langkah secepat mungkin untuk regroup berjumpa dengan rakan-rakan lain di puncak Junction.

Berkumpul dan regroup kembali di tapak Helipad, untuk bersama-sama ke Puncak Junction

Sangkaan sob rupanya tidak tepat sekali, kami menjangkakan kesemua lineup akan regroup kembali di Puncak Junction dimana mereka  akan  menunggu kawan-kawan yang agak lambat sampai di sana kerana keadaan di situ lebih terlindung daripada tiupan angin kerana ada pokok-pokok kecil untuk dijadikan benteng daripada tiupan angin yang kuat dan sejuk berbanding di Tapak Helipad yang ke 4 yang lebih kepada kawasan yang terbuka. Bayangkan mereka tunggu lebih kurang setengah jam sedangkan sob baru 5 minit berada di situ pun sudah terasa sejuk ke tulang kedingin terkena tiupan angin. Selepas semua berkumpul, kami mempercepatkan lagi langkah menuju ke Puncak Junction dan sob ada menyedari ketika melalui trek ini akan melalui kawasan bermossy dan sedikit perlu bongkokan badan untuk melalui kawasan ini dan sob nampak kesan tapak kaki binatang yang melalui kawasan ini disebabkan treknya agak berlumpur dan sob agak pasti itu adalah kesan tapak kaki harimau akar yang cukup suka mendiami kawasan yang sebegitu, tapi syukur alhamdulilah sepanjang expedisi ini berlangsung kami tidak bertembung dengan mana-mana haiwan liar di perjalanan, syukur.


Di Puncak Gunung Junction bersama idola kita, Pok Teh cukup steady kepaduanya mengalahkan orang muda :P

Akhirnya kami berjaya sampai ke Gunung Junction (2082 mtr) lebih kurang 6.15 petang. Perasaan amat lega dan bersyukur apabila gunung ke 2 yang perlu didaki sudah berjaya ditawan. Keadaan puncak yang agak luas, landai dan tertutup amat sesuai untuk dijadikan tempat bermalam buat para pendaki. Disebelahnya pula terdapat satu lagi kawasan yang luas dimana terletaknya satu simpang yang dikenali sebagai simpang Y dan sob difahamkan bukan semua orang boleh sampai ke Gunung Junction sekiranya anda tidak melakukan expedisi mana-mana Trans Titiwangsa tidak mungkin akan melalui Gunung Ini. Sedikit info mengenai Simpang Y sekiranya sob tidak silap itu adalah simpang untuk meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek untuk melakukan Trans V2 dan pastikan tidak mengambil simpang yang salah menuju ke Korga. Kami semua tidak berada lama di Puncak Junction lebih kurang 5 minit untuk bergambar dan seterusnya mengejar masa menuju ke Kem Cerek dimana ketika itu cuaca sudah mula semakin gelap.


Perjalanan Menuju Ke Kem Cerek, langkah kaki semakin laju.

Keadaan trek menuju ke Kem Cerek, agak menurun dan di sesetengah laluan yang perlu untuk mendaki tapi tidak terlalu tinggi dan ketika itu kami semua mempercepatkan langkah dengan berlari-lari anak, kadang-kadang agak laju mengejar antara satu sama lain, dengan keadaan trek yang tidak berlumpur seperti trek ke Gunung Yong Belar ini memudahkan kami semua untuk bergerak dengan lebih pantas untuk sampai ke Kem Cerek, cuma di pertengahan perjalanan kami berhenti lebih kurang setengah jam untuk menghormati waktu maghrib dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan menuju Kem Cerek

Lebih Kurang 1 jam Setengah perjalanan, tepat pukul 8.30 Pm kami semua telah sampai ke Kem Ceret tak banyak yang boleh sob gambarkan mengenai campsite ini kerana sampai ketika hari sudah gelap dan daripada pandangan sob hasil daripada bantuan cahaya head Lamp keadaan campsite agak luas, luas dan terdapat satu cerek lama yang digantung sebagai tanda ini merupakan campsite terakhir sebelum menuju ke Simpang Proton. Alhamdulilah sepanjang expedisi Trans V1 ini sob sedikit pun tidak terasa mengantuk ketika berhenti di mana-mana campsite atau puncak,berbanding kawan-kawan yang lain pantang berhenti sekejap terus melelapkan mata.

Laluan menuju ke Simpang Proton  satu pengalaman dalam seribu.

Lebih kurang 15 minit berehat kami semua meneruskan perjalanan menuju ke Simpang Proton di mana perjalanan untuk sampai ke Simpang Proton perlu melalui beberapa Puncak tipu dan perlu mendaki, jujur cakap ketika ini ramai diantara kami semua sudah pewai keletihan dan tidak mempunyai banyak tenaga lagi untuk meneruskan pendakian. Dengan sumber air yang semakin sedikit, keadaan cuaca yang berangin serta sejuk mengiringi perjalanan kami yang agak panjang menyebabkan beberapa orang di antara kami pada mulanya berjalan dalam satu kumpulan sudah berpecah dan bergerak berasingan, langkah mulai perlahan disebabkan ada yang cramp di bahagian kaki dan peha dan salah seorang line up sudah mula loya-loya dan muntah ketika menuju ke Simpang Proton.

Keadaan sob ketika itu alhamdulillah masih keadaan ok, boleh lagi untuk meneruskan perjalanan walaupun langkah yang diambil sudah tidak begitu pantas dan tak selaju lineup yang berada di barisan hadapan jadi sob mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah dan berjalan bersama-sama dengan beberapa orang pendaki yang mulai rasa sakit kesan injured untuk membentuk satu 'group' jalan bersama-sama kerana agak berbahaya berjalan seseorang diri di tengah-tengah hutan belantara pada waktu malam. Sob masih yakin masih jauh perjalanan untuk sampai ke Simpang Proton dan memerlukan banyak tenaga dan kekuatan yang perlu digunakan untuk mendaki Puncak Gunung Korbu & Gunung Gayong. 

Sebenarnya  dalam perjalanan menuju ke Simpang Proton ketika kami melalui satu laluan sob, ada terhidu satu bau yang cukup harum yang bau harumnya seperti bau bunga tapi seperti biasa sob hanya abaikan dan buat bodoh  ingat akan  pesanan  orang tua-tua sekiranya memasuki hutan dan terhidu sesuatu bau atau terjumpa sesuatu yang sangat menarik perhatian jangan ambik, abaikan sahaja cukup sekadar melihat tapi kebetulan ketika menyuluh lampu mencari kesan trek yang telah dialalui oleh lineup terdahulu sob terjumpa darimana datangnya bau wangi itu, kelihatan baberapa pokok bunga orked yang berwarna putih sedang elok berkembang mekar serta mengeluarkan bau yang harum. 

Dipertengahan perjalanan sob berjumpa dengan dua orang lagi peserta yang sedang berehat di tengah laluan kerana partner nya sudah mula muntah-muntah dan loya mungkin disebabkan keletihan atau salah makan. Jadi kami semua seramai 5 orang iaitu Sob, Ben, Afie, Din & Azim mengambil keputusan untuk berehat sebentar untuk makan saki baki makanan ringan yang masih ada untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan ke puncak Korga dimana puncak terakhir yang perlu dilalui sebelum kami semua berjaya melengkapkan Misi 24 Trans V1.


Gunung Gayong cerah disinari cahaya bulan purnama !

Puncak Gayong yang sebelum ini hanya kelihatan dari jauh akhirnya semakin kami berlima hampiri seterusnya berjaya sampai ke Simpang Y walaupun mengambil masa yang agak lama berbanding pendaki yang lain, bagi lineup yang lain yang telah sampai terlebih awal berhenti berehat terlebih dahulu sementara menanti tibanya kami berlima sampai ke Simpang Y. Bagi sob dan berapa lineup yang lain yang tidak pernah menjejakkan kami ke Punca Korga gabungan nama bagi Puncak Gayong dan Puncak Korbu menyangkakan bahawa daripada sini untuk sampai ke Puncak Gayong masih jauh perjalanan rupanya sangkaan kami adalah salah dari Simpang Proton ke Gunung Gayong hanya berjarak 100 meter treknya yang lebih landai dan kira-kira mengambil masa hanya 7-8 minit sahaja untuk sampai, tapi yang cukup menarik adalah terpaksa melalui jalan yang berlumpur dan berlecak yang agak dalam, bayangkan dalam keadaan gelap dan kesejukan memang memberikan satu perasaan yang tidak menyenangkan.

Cuaca pada malam itu di Puncak Gayong sangat cantik, kelihatan cahaya bulan penuh menyinari menerangi kawasan gunung dan kelihatan jelas di bawah kawasan Pekan berwarna warni yang disinari lampu neon cukup cantik, satu suasana yang jarang dapat dinikmati sekiranya tidak berada di kawasan yang agak tinggi, sekali datang pula datang angin kuat datang menghembuskan nafasnya membuatkan kami semua kesejukan hingga ke tulang. Memang kebanyakan daripada kami tidak membawa baju tebal untuk memanaskan badan mujurlah ada plastik sampah dan emergency blanket dijadikan sebagai pelindung daripada angin kuat. Beberapa pendaki yang pernah sampai ke Puncak Gunung Gayong sebelum tidak mengikuti kami ke Puncak untuk bergambar kenang-kenangan mereka sekadar sampai ke Kem Proton dan menunggu kami disitu. sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak korbu

Daripada Simpang Proton boleh kelihatan Gunung Korbu, pastinya dengan keadaan yang agak cerah sob masihlagi  tidak boleh mengagak berapa jauh lagi baki perjalanan untuk sampai Puncak Korbu apa yang dapat dilihat hanyalah cahaya lampu head lamp yang disuluh oleh beberapa orang pendaki lain yang menuju ke Gunung Korbu. 

Puncak Gayong bukan biasa, cukup luar biasa.

Setelah kami semua seramai 8 orang kembali  menuju ke Simpang Proton daripada mengambil gambar kemenangan di puncak yang ketiga iaitu Puncak Gunung  Gayong (2173 mtr) dan ini  merupakan Gunung ke empat yang termasuk dalam senarai G7.

Hari kedua pada awal pagi ahad, di campsite sementara

Kemsite haram di Gunung Gayong.

Salah satu peristiwa yang tidak mungkin dapat sob lupakan di antara pengalaman yang cukup berharga yang membuatkan trips kali ini begitu istimewa, telah berlaku kejadian yang tidak dijangka ketika kami semua ingin meneruskanperjalanan menuju ke Puncak Korbu dimana sudah ramai lineup mula kelihatan kepenatan dan mengalami masalah krem di bahagian anggota tubuh badan kerana hampir satu hari mendaki dari satu puncak ke puncak yang lain. kesemua bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Puncak Gayong dan telah berjalan terlebih dahulu, maka tinggalah sob, Din & Azim lineup yang terakhir bergerak tapi ini tidak menjadi masalah kerana kami memang ada membawa 3 unit walkie talkie untuk berhubungan sesama kami untuk mengetahui keadaan semasa dan kedudukan lokasi setiap group sekiranya tidak berjalan dalam satu kumpulan.

Tinggalah kami bertiga yang terakhir untuk meninggalkan Simpang Proton, ketika ingin bergerak memulakan pendakian Azim yang sebelum ini pernah muntah dan loya-loya tekak ada memberi tahu sob bahawa keadaanya dirinya mula tidak terasa sihat dan tidak bertenaga untuk meneruskan perjalanan ini, maka kami mengambil keputusan untuk menambahkan lagi masa untuk berehat di Simpang Y sehingga Azim ada tenaga untuk meneruskan perjalanan ke Puncak Korga kerana bukan-bukan calang trek yang perlu dilalui penuh dengan puncak tipu dan trek yang pacak sehingga sampai ke puncak.

Akhirnya secara tidak sedar, mungkin disebabkan keadaan sob yang sudah keletihan tanpa membuang masa kami bertiga terus membalut badan dengan emergency blanket menyebabkan kami bertiga tertidur selama 20 minit di Simpang Y, sebenarnya itu tindakan yang kurang bijak kerana dengan keadaan tempat yang terbuka, kesejukan dan kami semua keletihan adalah agak mudah untuk kami diserang Syndrome Ams. Din terjaga daripada tidur lantas terus menggerakkan kami berdua untuk bangun mengejar group dihadapan kerana mengikut perkiraan Din dalam tempoh masa 20 minit ditinggalkan oleh mereka sudah jauh jarak mereka meninggalkan kami bertiga. Sob dengan Din terpaksa memaksa Azim untuk terus berjalan ke kawasan yang lebih tertutup untuk mengelakkan tiupan angin yang agak kuat dan sejuk, lebih kurang 2 ke 3 minit berjalan Azim terpaksa mengangkat bendera putih dengan situasi badannya yang semakin lemah mana mungkin boleh meneruskan perjalanan, dimana Sob dan Din memapah Azim selangkah demi selangkah sehingga ke kawasan yang kami rasakan tertutup dan selamat untuk dijadikan tempat berehat sehingga menunggu bantuan tiba.

Sebelum trips ini berlangsung memang telah dingatkan kepada setiap perserta dilarang membawa Stove atau membuka dapur haram, tapi syukur alhamdulilah Din secara curi-curi membawa dapur untuk spare sekiranya ada kes kecemasan dan kami memasak air panas untuk diberikan kepada Azim dan mengeluarkan makanan lebihan yang masih ada untuk diberikan kerana Azim untuk makan kerana ia sering muntah, dan sperutnya tidak boleh menerima sebarang makanan untuk makan dan pastinya selepas iu dia kan muntah dengan sendiri. selain itu azim ada menyatakan badannya sejuk walaupun sudah memakai wind breaker dan dibalut satu badan dengan emergency blanket, kami syak mungkin Azim diserang dengan Sindrom Ams akibat cuaca sejuk di puncak tadi.

Lebih kurang 50 minit menunggu akhirnya bantuan tiba, Pok Teh datang dengan membawa ubat yang bersesuai untuk diberikan kepada Azim, cukup tabah Poktih untuk berpatah balik seorang diri walaupun ketika itu semakin mendekati gunung Korbu. ketika kami menghubungi guide melalui walkie talkie memberitahu masalah yang dihadapi oleh kami, rupanya mereka semua tidak berada begitu jauh b daripada kami dan turut menunggu kami bertiga sampai ke lokasi mereka yang berada di pertengahan jalan tapi atas faktor keselamatan dan angin kuat kerana berada di kawasan laluan permatang kami meminta mereka meneruskan perjalan terus ke Puncak Korbu dan berhenti di Puncak Botak untuk bermalam dan berehat sementara menunggu kami berempat datang kesesokan harinya. Pada waktu ini keutamaan kami semua adalah untuk memastikan kesemua lineup dapat menyelesaikan expedisi ini dengan selamat walaupun tidak berjaya melaksanakan Trans V1 dalam tempoh 24 seperti yang telah dirancang.

Sebenarnya agak menarik juga bagaimana Campsite sementara kami berempat dibina,memandangkan keadaan Azim sudah tidak berupaya untuk bergerak kami bertiga mengangkat tubuh badan sehingga sampai ke kawasan yang dirasakan agak luas untuk dijadikan tempat kami semua untuk melelapkan mata. Seterusnya kami membuat unggun api bayangkan berada di ketinggian lebih 2000 kaki dan hanya berlindung dengan emergency blanket dan plastik sampah pastinya terasa memang cukup sejuk, lebih kurang pukul 4.30 am barulah urusan mencari ranting-ranting kering, kayu kering untuk menghidupkan unggun api selesai dengan jayanya dan tidur malam kami semua bertemankan dengan sinaran cahaya bulan.


Selamat pagi Gunung Korbu

Lebih kurang Pukul 7.00 am, sob terjaga daripada tidur cukuplah dapat tidur yang lena selama beberapa jam untuk mengembalikan tenaga , alhamdulillah semua selamat dan Azim semakin pulih selepas berehat panjang. Seterusnya kami mula memasak air panas dan makan saki baki makanan ringan yang ada untuk dijadikan sarapan pagi ini penting untuk terus membekalkan tenaga untuk meneruskan perjalanan. Dengan keadaan bekalan air kami yang semakin sedikit dan perlu dicatu sehingga kami sampai di last water point ketika menuruni Puncak Korbu. Sebelum tidur malam tadi sob ada terperasan  & terdetik di hati ternampak satu lembaga berwarna putih duduk di  salah satu dahan pokok tidak jauh daripada tempat kami tidur mungkin disebabkan cahaya bulan pada malam itu agak terang menyebabkan sob boleh nampak keadaan sekeliling dengan agak jelas tapi seperti biasa dengan keadaan badan yang sudah cukup letih dan memerlukan rehat  dan perasaan itu mungkin pandangan itu sekadar ilusi dimana ia  terus hilang bersama dengkuran kami semua.  

Perjalanan menuju ke Puncak Korbu, kelihatan tersergam dengan indah menanti kami sampai

Menuju ke puncak Korbu, ar rupanya masih banyak lagi cabaran yang menanti kami semua daripada lalunya yang pacak, melalui puncak-puncak tipu memang cukup stress bila difikirkan, Din cakap 'layankan saja sob!, ini baru namanya nikmat mendaki' Selain daripada mengejar masa untuk ke sampai ke Puncak Botak dimana rakan-rakan yang lain menanti kami semua disitu. Ada hikmahnya walaupun kami terkandas semalam di Gunung Gayong, tapi pada pagi itu dalam perjalanan kami diraikan dengan pemandangan indah terbentang banjaran titiwangsa seluas mata memandang. Keadaan pokok yang lebih banyak bermossy dilalui tapi tidak sebegitu secantik seperti ketika menuju ke Puncak Junction, kami banyak berbual-bual kosong sepanjang perjalanan untuk menghilangkan perasaan 'pewai' dan bosan Bergerak menuju ke Puncak Korga tidaklah semudah yang disangka. Trek yang kebanyakkan terus menaik dan sesekali menjumpai trek landai sehingga ke Puncak.


Berada di sini lebih kurang 5 minit sekadar bergambar kenangan edisi Pewai, di Puncak terakhir yang didaki seterusnya meneruskan perjalanan untuk bertemu dengan peserta yang lain. Puncak Gunung Korbu (92183 mtr) dan merupakan Puncak tertinggi di Negeri Perak dan merupakan tulang belakang kepada Banjaran Titiwangsa.

Melalui Tangga Chuban, menuju Ke Puncak Bota,  Last Water Point, Kem Kijang & Kem Seroja.

Secara jujurnya boleh Sob simpulkan bahawa 'azab' yang bakal ditanggung oleh kami bakal berakhir sejurusnya tiba di Puncak Korbu dimana laluan harus dijalan seterusnya kebanyakan akan melalui trek yang menurun dan setengah tempat perlu mendaki tapi tidak terlalu tinggi, serta perlu melintasi banyak anak sungai dimana pada masa itu air bukan lagi menjadi masalah utama cuma yang menjadi masalah ialah laluan untuk keluar sehingga sampai ke Empangan sangatlah jauh pastinya perjalanan yang bakal ditempuh nanti sangat memenatkan.

Kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 11 kilometer lagi. Kami bertujuh bakal bergerak turun untuk menuju ke Chuban dan seterusnya berjumpa kembali kesemua lineup di Puncak Botak pula. Sebanyak 14 anak tangga besi kesemua yang berbeza dari segi panjang pendek yang perlu dilalui untuk sampai ke Kem Botak. Setelah selesai refill air di LWP, sob bergerak bersendirian menuju ke ke Kemsite Kijang seterusnya dimana jaraknya lebih kurang 1km tidak begitu jauh dimana laluanya hanya menurun. Pada masa ini kesemua lineup sudah mula menunjukkan gigi taring masing-masing dengan laluan yang agak jelas untuk dilalu,  hari pula sudah semakin cerah kesemua kami mula berlari-lari bersaing antara satu sama lain, untuk menuju ke Kem Seroja dimana nanti kami semua akan di regroup kembali sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Empangan.

Alhamdulilah sob masih diberi peluang untuk melihat bagaimana keadaan Kem Seroja dalam keadaan asal sebelum ia 'hilang' baru-baru ini akibat terkena kepala air yang cukup kuat dan mungkin ini memori pertama dan terakhir melihat Kem yang cukup terkenal di kalangan para pendaki. Untuk menuju ke sini agak banyak juga sungai yang perlu dilalui walaupun arus sungai tak begitu deras dan dalam tapi masih perlu berhati-hati takut tersasar ke arah lain tambahan sekiranya berjalan seorang diri. Sob boleh cakap satu kelebihan mendaki menggunakan sandals tak perlu bimbang kasut basah atau pasir memasuki kasut seterusnya perlu selalu dibuang jadi penggunaan sandals sangat membantu sob sama ketika memakai sandals pada awal tahun ini ketika menuju ke Gunung Yong Yap.

Air terjun balak, lokasi wajib untuk bergambar sinonim dengan Gunung Korbu

Daripada Kem Seroja menuju ke Empangan kami mula berjalan dalam kumpulan, walaupun ada diantara kami ketinggalan tapi tidaklah begitu jauh kerana sangat yakin risiko untuk sesat disini adalah sangat tinggi berdasarkan pemerhatian terdapat beberapa sungai yang perlu dilintas antara satu tebing ke tebing yang lain memang cukup mengelirukan terutama kepada yang pertama kali melalui jalan ini, disamping itu akibat terlalu kerap melalui kawasan berair menyebabkan kaki mula tidak berasa selesa akibat kembang direndam oleh air. Perjalanan pada mulanya agak laju akhirnya menjadi semakin perlahan rentaknya terutama ketika sudah melepasi laluan sungai dan terpaksa berjalan lebih kurang 500 mtr di bekas laluan balak memang cukup memenatkan. 

Syukur alhamdulillah lebih kurang pukul 4.00 petang kami berjaya sampai ke luar, berehat sebentar sementara menunggu motosikal yang telah dijanji terlebih dahulu untuk membawa kami semua keluar ke pintu empangan dimana lori sudah tersedia menunggu. Perasaan selepas berjaya dilaksanakan Trans Titiwangsa 1 satu perasaan yang tak dapat digambarkan bagaimana rasanya sangat bersyukur berjaya masuk dan keluar dalam keadaan selamat, cukup bangga dengan rekod peribadi yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya yang pada mulanya misi yang kelihatan agak mustahil untuk dilakukan akhirnya berjaya dilaksanakan bukan nama atau sanjungan yang dicari cukupkah sekadar mencari kepuasan dan pengalaman yang sukar dicari ganti. Paling penting sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi semasa expedisi berlangsung dan jangan sesekali pandang rendah dengan bukit atau gunung yang bakal didaki keep training and adventure is waiting for you !


Terima Kasih semua untuk satu kenangan 
Din, Ben, Azim, Faizal, Abang Rashid, Kak Azlina, Pokteh, Ben, Afie, 
Kecik ( sewaper jemputan ) & Farid ( Guidge )

'Tidak perlu menjadi pahlawan untuk melakukan sesuatu yang hebat, 
bersaing dengan manusia lain semata-mata hanya untuk mendapatkan nama, 
kita hanya perlu bermotivasi  fokus dengan matlamat
untuk melakukan sesuatu yang hebat'

Eksplorasi Mendaki Gunung Bubu, Gerik Perak

$
0
0
Bukit Bubu turut dikenali sebagai Gunung Bubu oleh penduduk setempat merupakan salah satu lagi Gunung yang cukup menarik yang terdapat di sekitar kawasan Gerik yang wajib didaki. Bukit yang berketinggian 619 Mtr walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Kenderong & Kerunai (K2) Gunung Papulut & Pulut tetapi berada di puncak bukit menjanjikan pemandangan 360 darjah indah kawasan sekitar Gerik dan dari sini boleh kelihatan K2 yang terbentang luas. Gunung yang terletak di kawasan Bersia, Gerik ini boleh dimasuki melalui jalan menuju ke Tasik Temenggor - Pangkalan Trojan dimana pertengahan jalan akan menjumpai satu simpang laluan masuk (starting point) menuju ke Gunung Bubu. 

Eksplorasi Mendaki Gunung Bubu, Gerik Perak

Keadaan trek yang perlu dilalui untuk sampai ke Puncak Bubu, pada mulanya akan melalui kawasan yang bertanah merah yang dikelilingi oleh pagar elektrik. Ya hampa sedia maklum bahawa kawasan hutan di sekitar Gerik menuju ke Hutan Belum-Temenggor merupakan kawasan habitat bagi Gajah 🐘🐘 dan sekiranya selalu menggunakan jalan raya dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan memang kebiasaan untuk berselisih atau menjumpai kawanan gajah melintasi jalan atau berada di tepi-tepi jalan.

Seterusnya perjalanan akan merintasi satu kawasan pencawang elektrik diamana dari sini sudah boleh kelihatan puncak Gunung Bubu dan seterusnya memasuki kawasan hutan, menjumpai sungai kecil dimana itu merupakan last water Point (LWP), teruskan perjalanan melalui jalan balak yang agak jauh treknya yang sedikit semak dimana kawasan ini mungkin merupakan laluan balak yang sudah lama tidak dilalui dan di satu dua kawasan kelihatan pokok-pokok besar yang tumbang menutupi trek sebelum sampai ke puncak.

Dari jauh boleh Kelihatan Gunung Bubu, melambai-lambai menunggu untuk didaki 🗻

Credit  📷: En Wee ( V2 Kembara )

Melalui kawasan yang dipagar elektrik, ketika melalui laluan ini boleh mendengar bunyi meletop pop..pup..pop di sekitar pagar mungkin disebabkan bunyi yang terhasil daripada arus elektrik yang dipasang di pagar. Pastikan selepas masuk ke dalam sila tutup kembali pagar yang dibuka & paling pentingkan pastikan memohon dahulu permit kebenaran untuk masuk mendaki kerana kawasan hutan ini diisytiharkan sebagai kawasan hutan simpan. 

Trips mendaki Gunung Bubu selama 2 Hari 1 malam, bermalam di puncak gunung adalah anjuran Group V2 Kembara - Leader / Gogo Master Wee, kekuatan seramai 10 orang pendaki yang cukup berdisiplin.  Seorang penunjuk Arah iaitu Mr Sabarudin Subki aka Abang Dean pendaki tegar Gerik dan seorang sweeper. Saya sob sebagai pendaki jemputan yang buat-buat sibuk untuk memeriahkan suasana 😆alhamdulillah selepas beberapa kali diajak oleh Abang Dean untuk mengikuti trips mendaki Gunung Bubu, Gerik dan beberapa kali juga terpaksa menolak atau lipak di saat akhir kerana tidak yakin dengan kekuatan diri sendiri, risau menghadapi masalah pewai yang melampau akan memberi kesan kepada kelancaran pendakian team yang lain, maklumlah me is nubis dalam arena mendaki akhirnya pada hujung bulan April 2017 sob berpeluang untuk mengikuti trip ke Gunung Bubu anjuran V2 Kembara.

Kesemua lineup terlebih dahulu berkumpul di Kampung Bersia sebelum menaiki kenderaan yang telah disewa untuk menuju ke starting point dimana anggaran masa diambil 20 minit perjalanan daripada kampung bersia ke simpang tempat permulaan mendaki, kesemua pendaki berkumpul disitu diberikan sedikit taklimat serta info mengenai mendaki Gunung Bubu seterusnya melakukan senaman ringan dan bismillahirrahmanirrahim anggaran 2.30 petang pendakian dimulakan. Anggaran masa bagi pendakian secara santai-santai dalam tempoh masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke puncak.

First and last waterpoint yang akan dilalui, anggaran perjalanan daripada starting point mengambil masa  selama 1 jam lebih, jadi disini boleh mengambil air atau refill untuk kegunaan camping di Puncak.


Sedikit info yang agak menarik untuk dikongsikan, sob dimaklumkan bahawa di Perak terdapat 3 Gunung yang menggunakan nama atau gelaran iaitu Gunung Bubu.Gunung Bubu pertama terletak di Ulu Kenas, Kuala kangsar berketinggian 1657 mtr, seterusnya Gunung Bubu, Yong Yap & Tok Nenek yang terletak di antara sipadan negeri Perak & Kelantan yang berketinggian 1974 mtr dan terakhir Gunung Bubu, Gerik antara yang paling rendah diantara Gunung Bubu yang lain berketinggian 619 mtr, maafkan sob sekiranya info yang diberikan adalah salah atau masih ada lagi Gunung Bubu lain yang terletak di negeri Perak.

Sebelum ini sob pernah mendaki Gunung Bubu, Kuala Kangsar bersama Abang Dean #agaras dalam kenangan pada awal tahun 2016 dan Gunung Bubu ( YYBTN ) awal tahun 2017, jadi untuk melengkapkan kesemua senarai mendaki Gunung Bubu yang terdapat di Perak, trips ini memang sangat dinantikan. Sedikit persamaan di antara gunung ini selain daripada nama gunung yang sama & terletak di Perak, trek pendakian yang agak panjang tapi layan, banyak melalui anak sungai untuk trek Bubu Yybtn & kuala kangsar dimana keadaan trek yang agak jarang dilalui serta rare dan terakhir banyak menerima serangan pacat ketika on treck, cuma jumlah pacat di Bubu Gerik agak kurang berbanding dengan peratusan gigitan pacat di Bubu Kuala Kangsar


The Lumut place, di dalam perjalanan menuju ke puncak @ campsite hampa akan menjumpai satu kawasan  yang agak luas yang di penuhi dengan tumbuhan berlumut. Mohon jangan lalu atau pijak di kawasan ini untuk menuju ke atas boleh melalui kawasan sebelah yang telah dibuka yang tidak terdapat lumut di laluan.

Tak banyak sob boleh gambarkan mengenai trek mendaki Gunung Bubu dan sepanjang perjalanan tidak menjumpai kemsite atau checkpoint yang telah dibuka oleh pendaki yang terdahulu, sebab kebanyakannya mungkin masuk hiking daypack atau camping terus di Puncak Gunung. Mungkin dalam perjalanan ketika mendaki hampa akan menjumpai dua atau tiga kawasan atau simpang yang agak luas yang boleh dijadikan lokasi untuk take 5.

Kemsite di Puncak Bubu

Lebih kurang pukul 6.30 petang, kesemua line up telah berjaya sampai ke Puncak Bubu syukur alhamdulilah puncak Gunung Bubu yang berketinggian 619 Mtr telah berjaya dipijak, Selepas berjaya mengharungi trek Gunung Bubu tidak begitu kejam tapi agak nakal dan mungkin faktor mendaki ketika tengah hari menyebabkan terasa sangat bahang panas menyebabkan diri  cepat terasa letih. 'Eh jujur cakap tak de stamina ;p' seterusnya mendirikan khemah, keluarkan ration dan memasak. Keluasan di Campsite tak begitu luas mungkin boleh memuat seramai 30 orang lineup di puncak tidak banyak kawasan yang agak rata untuk mendirikan khemah.

Sekiranya mendaki tidak terkena gigitan mesra Pacat, samalah seperti makan ulam tanpa sambal belacan, tak ada nikmat mendaki. So how? besar tak pacat-pacat di Gunung Bubu ? 

Beutiful sunset at the Top Mount Bubu, Gerik

Good Morning, from the summit Bubu. The view from Top is really amazing.
#geriksilveroutdooradventure


Bersama Abam idola yang tidak berputus asa memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat sob supaya tidak berputus asa untuk mendaki sampai ke Puncak 😂 Baju pun baju recycle naik Gunung Bubu, Kuala Kangsar tapi kita bawa je naik puncak Bubu Gerik, janji ada tulis Perkataan Bubu. Alhamdulillah lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami semua seramai 11 orang pendaki berjaya keluar dengan dengan selamat daripada Gunung Bubu tanpa ada sebarang kecederaan.

Group Photo 📷 With Line Up, Group V2 kembara.
Thank for this opportunity, it really awesome experience  to hike with V2 Kembara, hopefully in future we will meet again


The Hidden Gem Of Lata Cermin Waterfall, Gerik Perak

$
0
0

Daerah Hulu Perak, khususnya Gerik masih terdapat banyak lokasi yang cukup menarik lagi rare untuk explored oleh para penggemar aktiviti outdoor dan sob percaya sekarang gunung & bukit yang terdapat di sini seperti Gunung Kenderong & Kerunai mula menjadi sebutan para pendaki dek keindahan pemandangan himpunan awan karpet daripada puncak, selain itu kewujudan Hutan Belum yang yang berusia lebih 130 tahun merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon sememangnya tidak oleh diragui lagi kehebatannya flora dan faunanya lokasi yang cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik serts hutan yang cukup indah antara satu destinasi pelancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak

The Hidden Gem Of Lata Cermin Waterfall

Tapi pernahkah hampa mendengar mengenai Air Terjun Lata Cermin yang terletak di kawasan daerah Hulu Perak ? secara peribadi air terjun yang boleh digelarkan sebagai 'The hidden Gem  Lata Cermin Waterfall' antara salah satu air terjun yang tercantik terdapat di Malaysia yang pernah sob lihat setakat ini, bayangkan air terjun setinggi  lebih 3 tingkat mengalir jatuh ke bawah menghasilkan bunyi deruan alam yang cukup mendamaikan manakala di sekitar air terjun terdapat pokok-pokok hijau yang tumbuh melatar cukup memberikan effect luar biasa yang mampu memikat setiap mata yang memandang tambahan air yang sejuk memberikan kesegaran apabila disentuh.

Alhamdulilah trips santai ke Lata Cermin Waterfall yang dianjurkan oleh Grik Silver Outdoor Adventure (boleh cari di page Facebook & instagram) yang berlangsung selama 2h1m pada pertengahan bulan July 2017 berjalan dengan lancar dengan lineup seramai 16 orang yang cukup sempoi, seorang Guide Brother Din Loy dan beberapa orang crew berjaya dengan jayanya satu trips yang cukup menarik padu dan nostalgia !


Menunggu semua lineup  berkumpul di Rnr Bintang Hijau Jalan Grik - Kupang sebelum menaiki pacuan 4 roda menuju ke pertengahan perjalanan sebelum meneruskan tracking menuju ke kemsite.

15 July 2017

Secara jujurnya sob bukan seorang yang penggemar air terjun, sekiranya diberikan pilihan untuk mendaki gunung atau mencari air terjun di kawasan yang rare pastinya mendaki menjadi pilihan utama dan satu  bonus sekiranya mendaki dan menjumpai waterfall di pertengahan jalan. Tapi aura lata cermin agak berlainan apabila pertama kali melihat gambar yang dihantar di aplikasi whatsapp cukup menggetarkan jiwa dek kelihatan megah sebuah air terjun yang begitu majestik memukau mata yang melihat dan pelawaan oleh beberapa sahabat mendaki untuk menyertai trips santai ke Air Terjun Lata Cermin tidak harus dihiraukan, harus 0N ! Tak banyak maklumat atau gambar yang  sob diperolehi daripada google mengenai Lata cermin kecuali lokasi laluan untuk ke Lata Cermin agak terkenal bagi penggemar Pacuan 4 roda dan Motocross antara 5 laluan yang cukup mencabar untuk dilalui di semananjung, itu sahaja info-info yang diketahui mengenai Lata Cermin so i'm very excited to see what Lata Cermin can offers to us! 

Geng  GSoA Mirul, Sob, Apit & Matdro berminat untuk menjadi salah seorang ahli kami, #teampendakikacak boleh PM tepi untuk mendapatkan borang 😎

Lebih kurang jam 7.00 pagi kesemua lineup diminta berkumpul di Rnr Bintang Hijau dimana lokasi untuk berkumpul seperti literary yang telah ditetapkan seperti di dalam group whatsapp. 2 jam berkumpul kemaskan barang-barang keperluan yang perlu dibawa, pastikan semua ration dan kelengkapan untuk bercamping telah dibahagikan kepada sesama ahli kumpulan seterusnya diberikan taklimat oleh guidge, kami dibahagikan kepada dua kumpulan menaiki 2 buah Powil yang telah siap sedia menunggu untuk menghantar ke separuh perjalanan sebelum seterusnya tracking sehingga ke kem site.


Permukaan offroad yang dilalui, fuhh cukup mencabar dengan keadaan tanah merah yang melekat & berlumpur menyebabkan powil yang dilalui tersangkut beberapa kali ketika perjalanan. 


Bermulah kisah turun naik bukit melalui jalan bekas laluan  balak cukup mental for me is kubis nubis 🏃🏃🏃, dianggar sepanjang perjalanan melintasi 3 buah anak sungai sebelum sampai kem siteite anggaran perjalanan 6 jam secara santai, if berjalan agak laju mungkin masa boleh diambil dalam 3-4 jam bergantung kepada pace lineup.

Trek lata cermin, steady je budak-budak kampung sini layan Motor Cross memang function bai !

Sob: Wah steady hampa naik motor mai lata cermin, tak licin ka jatuh ?
Budak-budak: ala bang biasa je tak licin mana pun, kita kan orang kampung!
Sob: Dalam hati 'habis tu aku bukan orang kampung ka' steady boh !



Perancangan awal pada mulanya powil akan menghantar sehingga ke sungai pertama kuala Kerong dan dari situ perjalanan secara santai sehingga ke kemsite Lata Cermin tapi disebabkan keadaan offroad yang agak luar biasa dan licin kesan hujan lebat sehari sebelum trips ini berlangsung menyebabkan Powil hanya mampu hantar ke suku perjalanan dimana dari sini kami perlu tracking lebih kurang 2 jam sebelum sampai ke checkpoint pertama di Kala Kerong. Disini kami berehat lebih kurang 30 minit sebelum  meneruskan tracking sehingga ke kem site untuk camping pada malam hari. Perjalanan secara santai yang mengambil masa lebih kurang 4 jam, total jumlah keseluruhan masa perjalanan diambil selama 6 jam secara santai  memang memberi satu cabaran tersendiri buat semua peserta terpaksa melalui jalan balak yang menaik & menurun meredah laluan yang berlumpur berselut  yang agak dalam tapi cukup puas dan berbaloi apabila melihat sendiri air terjun pertama yang berada di hadapan kemsite di depan mata, itu belum lagi melihat air terjun Lata Cermin.


Sampai ke first Checkpoint Sungai Kuala Kerong, lek lu hisap rokok sebatang 🚬 dari sini berjumpa dengan Geng 4x4 camping dekat campsite sini.Kita layan kopi dulu.

Aksi-aksi pewai  padu sepanjang perjalanan, alah ini acah-acah pewai je nak bergambar pantang angkat sauh berdesup berlari ke depan.

Lebih kurang Perjalanan 4 jam perjalanan turun naik bukit, melalui jalan berlecak tanah merah, merentasi sungai, tidur di ontreck sementara menunggu sweeper dan lineup terakhir sampai akhirnya dalam pukul 4.00 petang kami semua sampai ke Kem Site untuk bersiap-siap setup untuk bercamping dan tiruk mini waterfall yang ada di hadapan campsite. Sebelum itu lepak sementara menunggu group 4x4 yang telah masuk sehari lebih awal bercamping kemaskan campsite untuk bergerak keluar

Secara jujur pendapat peribadi sob mengenai isu sampah ditinggalkan di campsite bukan perkara baru malah selalu diperkatakan sudah menjadi lumrah melihat sampah sarap ditinggalkan merata-rata sehingga mengotorkan Kemsite tengok saja dah merosakkan pemandangan mata yang melihat  terus spoil mood nak bercamping. Ya betul sesiapa sahaja boleh masuk daripada orang kampung, pemburu, Geng 4x4, geng outdoor & hikers sama ada melalui cara halal atau haram - halal melalui prosedur memohon kebenaran permit daripada Jabatan Hutan, tapi sikap tinggalkan sampah merata-rata' fuhh cukup menyakitkan hati apabila cukup pandai bawa masuk tapi apabila nak bawa keluar  balik cukup susah? tak kisahlah sama ada kamu orang outdoor atau tidak jangan sesuka hati membuang sampah merata-rata dan berharap sampah itu ada kaki jalan sendiri masuk ke dalam tong sampah & dibawa keluar buang di tempat yang sepatutnya dengan sendiri. Sorry to say terbukti di depan mata, kamu datang dengan menaiki kenderaan 4 roda bertayar pulak tu bukan susah mana pun sampah-sampah itu nak dibungkus elok-elok lepas tu campak ke dalam kenderaan dan bawa balik keluar! sangat mudah bukan. Bukan nak kecam mana-mana pihak dan bukan semua bersikap sebegitu tapi cubalah menjadi seorang yang bertanggungjawab dan disitu function ketua yang dilantik untuk mengetuai sesuatu Group selain daripada memastikan keselamatan lineup yang dibawa masuk  masih ada tugas-tugas lain yang perlu diambil kira. Ini tak termasuk lagi sampah-sampah yang ditinggal di tepi-tepi jalan aishh malas nak cakap 'tepuk dada tanya selera'



Kemsite di hadapan Sungai! Perhh  pakej siap ada mini air terjun yang sentiasa menunggu untuk di tiruk. keluasan kemsite boleh memuatkan seramai 100 orang lebih pada sesuatu masa. Hendak memasak atau mandi manda cukup senang kerana sumber air berdekatan di depan mata :P Bayangkan bangun daripada tidur dimana kemsite berhadapan dengan air terjun disajikan pula dengan bunyi aliran air sungai yang cukup mendamaikan  serta pemandangan yang cukup wow, cukup function boh! inilah namanya nikmat bercamping, segala penat lelah ketika tracking bermain selut terus hilang bila dibelanjakan dengan view sebegini. Selesai setup khemah  dan makan aktiviti bebas dijalankan mengikut citarasa masing-masing mana yang nak memancing atau  mandi sampai kecut sendi-sendi dipersilakan tak ada paksaan :P


Chef jemputan,menu utama ikan tengas masak sakai, hasil tangkapan memancing & sambal cili yang ditumbuk dalam bekas buluh. Next trips nak cuba masak nasi daripada buluh sebab buluh-buluh disini cukup besar memang sesuai untuk mencuba masak nasi menggunakan buluh.

Deruan air terjun yang boleh didengar dari jauh boleh kelihatan Air terjun Lata Cermin yang cukup Gah daripada jauh! 

16 July 2017

Pagi Ahad suasana pagi yang cukup permai bunyi-bunyi unggas menemani di kala cahaya pagi hari kian menjelma dengan suhu yang sejuk dan nyaman membuatkan diri rasa amat berat untuk membuka mata, tambahan pula dengan deruan air sungai yang berhampiran memang membuatkan diri berasa bahagian daripada alam semulajadi sememangnya mampu memberi mood perspektif yang berbeza! sememangnya alam mempunyai aura yang tersendiri yang tidak boleh diragui.

Selepas kesemua lineup sudah siap bersarapan mengisi perut yang kosong seterusnya berkemas membawa barang keperluan daypack untuk meneruskan misi utama ke Air Terjun Lata Cermin yang sudah tidak jauh daripada kemsite dimana perlu melintasi beberapa anak sungai, melalui tebing sungai yang berbatu  dan trek hutan untuk sampai ke Air Terjun Lata cermin.


Tidak terucap dengan kata-kata apabila pertama kali melihat 'keagungan' keindahan waterfall yang masih terjaga keindahannya. Deruan air yang mengalir memang cukup menambat setiap hati yang memandang. Air Terjun yang agak kurang dikenali kerana terletak dilokasi yang agak jauh untuk dimasuki dianggarkan sejauh 8 km  untuk sampai ke sini dan dijamin masih terpelihara ekosistemnya

Tu dia Air Terjun Lata Cermin yang cukup kelihatan indah disambut dengan pantulan pelangi !

Semakin dekat menghampiri Air terjun membuatkan diri semakin teruja, deruan bunyi-bunyian air jatuh dari jauh seolah-olah memanggil diri untuk semakin dekat untuk menghampirinya, subhanallah satu ungkapan untuk menggambarkan perasaan kami semua 'Maha Suci Engkau yang menciptakan alam ini dengan penuh kenikmatan kepada mata serta agungnya ciptaan-Mu'Terima kasih atas peluang nikmat kesihatan tubuh badan untuk merasai sendiri pengalaman ini. Aliran air yang jatuh ditiup angin hasil dari pergerakan air terjun menghilangkan peluh seterusnya memulihkan balik stamina kami, memang satu keajaiban semulajadi yang tak dapat disangkal lagi.

Sedikit tips untuk menuju ke Air terjun Lata Cermin digalakkan memakai kasut getah atau sandai kerana lebih sesuai untuk dilalui dikawasan batu yang licin dan berair.  

Tak perlu menulis dengan banyak lagi biarlah gambar yang berbicara it time for Tiruk sampai lebam 📷


Owh ya bagi yang agak risau tentang kedalaman kolam air terjun atau tidak pandai berenang tidak perlu kuatir, kerana hampa tak perlu mandi sehingga ketengah atau ke kawasan air terjun jatuh mengalir cukup sekadar di tepian kawasan agak singkat Di pertengahan tengah kolam terdapat satu batang pokok kayu yang jatuh boleh dijadikan tempat untuk melepak. Kepada sesiapa yang tidak pandai berenang atau 50-50 hampa tidak begitu digalakkan mandi manda sehingga ke tengah kolam kecuali memakai life jacket, keadaan kolamnya luas dan airnya juga sangat  sejuk dan jernih satu kepuasan yang sukar diucapkan dengan kata-kata apabila berada di sini.

Ketika berada di bawah air terjun, memang dapat merasakan satu tekanan air yang cukup kuat jatuh ke badan kita walaupun pada permulaannya agak perit tapi biarkan sahaja, tak perlu tahan badan kita biarkan saja irama aliran air jatuh mengenai badan, fuh satu sensasi perasaan yang cukup luar biasa akan terjadi dimana mula merasai satu perasaan seperti diurut oleh alam semula jadi hilang rasa sengal-sengal dan mula rasa perasaan nyaman berada  di bawah air terjun !

Bersama Abam Uzaersohigh
 Gerik Silver X Perasap X AG47X

Terima kasih atas satu kenangan sahabat #Gerik Silver Outdoor Adventure
Putri, Apit, Amirol, Matdro, Matyana, Din Loy & Ilmarzifah

Gerik Silver Outdoor adventure X Lata Cermin Waterfall

Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.00 petang  kami semua lineup berjaya keluar dengan dengan selamat daripada Lata Cermin, seterusnya bersiap-siap mandi di RnR Bintang Hijau seterusnya pulang ke destinasi masing-masing.

Kesemua Lineup yang mengikuti Trips Gerik Silver Outdoor adventure, Korang memang sempoi bak hang, terbaik memang tak pernah mengenal erti pewai ontrack. Markah tambahan malam tu pekena bbq ayam bakaq fuhh dia punya sos cukup teringat-ingat sampai sekarang cukup berhantu ! Terima kasih kepada semua lineup yang cukup power, abang & kakak yang cukup padu yang terlibat, Crew, dan Guidge ada rezeki kita bertemu lagi di gunung atau waterfall yang lain pula InshaAllah. Maaf jika ada salah dan silap dari team Gerik Silver Outdoor Adventure, semoga kita bertemu lagi :)


Kuala Razila Adventure Resort Riverside, Resort Bertemakan Alam Semula Jadi

$
0
0

Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti outdoor dimana ingin mencabar adrenaline diri sendiri sambil menikmati keindahan alam semulajadi dikelilingi oleh sungai & hutan yang mendamaikan kunjungan korang ke Kuala Razila Adventure Resort Riverside yang beroperasi di Ulu Geroh, Gopeng Perak pastinya tidak akan mengecewakan akan memberikan pelbagai pengalaman yang menarik dan cukup luar biasa untuk dirasai. Seperti anda sedia maklum daerah Gopeng antara lokasi yang cukup popular untuk dikunjungi oleh penggemar aktiviti outdoor dari dalam Malaysia sehingga ke luar negara kerana kepelbagian aktiviti extrem yang ditawarkan disini yang boleh di cuba.


Untuk pengetahuan korang semua Kuala Razila Adventure Resort Riverside adalah sebuah kawasan resort yang bertemakan alam semulajdi yang boleh sob kelaskan sebagai lokasi yang sesuai untuk program team building, company trips atau untuk mengadakan hari keluarga dan sebagai tapak melakukan aktiviti ekstrim seperti water rafting antara aktiviti yang cukup popular untuk dilakukan disini di Sungai Kampar yang dikatakan sebagai sungai yang mencabar bagi melakukan aktiviti ini.

Kuala Razila Adventure Resort Riverside

Antara tempat penginapan yang disediakan di Kuala Razila Adventure Resort Riverside.

Lokasi Resort yang terletak berhampiran dengan sungai, sungguh mendamaikan.

Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk menginap di Kuala Razila Adventure Resort Riverside juga menawarkan pelbagai pakej untuk semua golongan daripada aktiviti santai sehinggalah ke aktiviti ekstrem, di antaranya adalah aktiviti merentas hutan, berkhemah, mendaki, waterfall abseiling, water tubing serta aktiviti white water rafting semuanya boleh dilakukan di sini.

Ternyata hidangan masakan ala- kampung lengkap dengan pelbagai pilihan ulam-ulaman dan sambal yang disediakan oleh Kuala Razila Adventure Resort Riverside memang cukup menyelerakan.


Alhamdulillah pada tanggal 30 September sehingga 1 Oktober 2017, Sob telah dijemput sebagai wakil blogger bagi program Xstreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Program selama  2h1m berlangsung, melibatkan wakil media daripada pelbagai agensi yang bertujuan untuk mempromosikan Kuala Razila Adventure Resort Riverside dan sekaligus berpeluang untuk merasai sendiri aktiviti-aktiviti ekstrem yang ditawarkan di sini.

Sepanjang menginap selama 2h1m sini sob berpeluang untuk merasai sendiri beberapa aktiviti sukan exstrem yang telah disediakan oleh pihak penganjur, di bawah sob kongsikan apa yang menarik serta pengalaman melakukan sendiri aktiviti tersebut.

Bukit Batu Putih, Gopeng Perak

Hari pertama berada di sini pada sebelah petang  kami semua dibawa mendaki secara santai ke Bukit Batu Putih yang berketinggian 135.9 meter untuk menikmati pemandangan matahari terbenam daripada puncak. Trek pendakian ke puncak Bukit Batu Putih boleh diketegerikan sebagai trek yang sesual untuk lapisan umur dimana trek yang perlu dilalui agak senang dilihat serta jelas dimana untuk mendaki dan menurun menggunakan trek yang sama.

Daripada puncak yang berketinggian 135.9 M boleh kelihatan jelas pemandangan sungai Geroh antara laluan yang popular dengan sukan water rafting



Pemandangan matahari terbenam, dimana di puncak disajikan pemandangan jelas 360%. Anggaran pendakian ke puncak mengambil masa selama 30 minit dan sepanjang perjalanan terdapat lebih kurang 3 checkpoint untuk berehat sebelum sampai ke puncak.

Hari ke-2 berada di Kuala Razila Adventure Resort Riverside selepas semalaman mendapat tidur yang cukup  nenyak serta selesa di resort, aktiviti outdoor yang ingin dilakukan ialah white water raffting, tube tubing & water abbesling yang telah dicadangkan oleh  pihak resort kepada kami semua untuk mencuba. Sebelum memulakan cabaran terlebih dahulu perut yang berkeroncong dari awal pagi diminta untuk  disi dengan pilihan pelbagai kuih mueh tradisional & mee mamak sebagai sarapan pagi kami semua yang cukup sedap disediakan oleh pihak resort.

Awang peneman setia di  Kuala Razila Adventure Resort Riverside

Sementara menunggu kesemua peserta bersiap dan selesai bersarapan, pagi itu sob berpeluang untuk memberikan makan kepada Awang burung Hornbill jantan iaitu penunggu setia yang tinggal di kawasan resort ini. Disebabkan faktor usia awang yang sudah berusia dan tidak mampu seaktif burung-burung yang lain mencari makanan di luar, jadi awang jadikan Kuala Razila Adventure Resort Riverside sebagai kawasan untuk berlindung dan mendapatkan makanan daripada pemilik dan awang antara salah satu keunikan dan tarikan yang menarik ada disini.

Selepas selesai berarapan, bersiap & membawa barang keperluan basic sob bersama wakil media yang lain menaiki lori dibawa ke Air Terjun Ulu Geruntum dimana aktiviti outdoor extsrem yang berikutnya mungkin akan menguji perasaan aderanaline sob dan peserta yang lain dimana kami akan melakukan waterfall abseiling dimana aktiviti ini memerlukan keberanian setiap peserta untuk mencubanya terutama bagi yang mempunyai perasaan gayat atau fobia dengan ketinggian.


Water Abbesling 

Apa itu waterfall abseiling ?

Abseiling adalah sukan ekstrem yang mencabar ketahanan fizikal dan mental, selain menuntut keberanian serta keyakinan diri. waterfall abseiling atau canyonning cabarannya pula ialah berganda apabila perlu 'melawan' kederasan air terjun, ketinggiannya serta melalui  permukaan berbatu yang sangat licin. Aktiviti lasak  ini memang meletihkan kerana memerlukan banyak tenaga tetapi sangat seronok untuk dilakukan.

Setibanya di Air Terjun Ulu Geruntum atau dikenali juga dengan nama air terjun Merkoi di kalangan masyarakat pribumi asli di sini yang membawa maksud‘kedamaian’

kesemua peserta telah diberi taklimat keselamatan serta juga diajar cara dan teknik abseiling menggunakan tali, memakai hardness dan sebagainya oleh Guide yang bertauliah bagi aktiviti ini.

Another bucket list checked, waterfall abseilng at Merkoi Waterfalls, Gopeng. Experience rate is Awesome !

Setelah selesai melakukan aktiviti waterfall abseiling pada sebelah pagi,  pada waktu petang pula kesemua perserta menyahut cabaran untuk melakukan white water rafting antara tarikan utama aktiviti outdoor exstrem yang ditawarkan di Kuala Razila Adventure Resort Riverside

Aktiviti white water raffting & tube tubing




Seterusnya keberanian kami semua diuji sekali lagi dengan aktiviti white water rafting untuk meredah arus menempuhi 7 buah jeram besar dan 15 buah jeram kecil sejauh 15 kilometer di Sungai Kampar yang bermula dari perkampungan Ulu Geroh sehinggalah berakhir di Kampung Jahang sebelum di bawa pulang ke Kuala Razila Adventure Resort Riverside dengan menaiki lori yang telah disediakan khas oleh pihak penganjur.

Apa itu white water rafting ?

White Water Rafting merupakan aktiviti mengharungi sungai yang berjeram, Mengharung jeram sebagai sukan berkumpulan, ianya sangat bergantung pada suatu pasukan secara keseluruhan dimana kerja sama yang padu dan kebolehan mengemudi perahu faktor utama yang menyokong kejayaan melalui pelbagai halangan di sungai


White water rafting in action !

Ini merupakan pengalaman kali ketiga untuk sob yang sebelum ini pernah melakukan white water rafting pada waktu malam dan juga siang, tetapi percayalah walaupun telah melakukan aktiviti outdoor yang sama berulang kali tetapi ianya tetap akan memberikan rasa cabaran dan pengalaman yang berbeza dimana debaran akan tetap akan terasa sebelum memulakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Sedikit info yang boleh sob kongsikan bagi anda yang di luar sana ingin mencuba melakukan  aktiviti white water rafting tetapi masih ragu-ragu atau risau risiko yang perlu dihadapi.

1) Kenalpasti lokasi dan gred jeram
  • Kenalpasti lokasi dan gred jeramyang ingin dicuba ini kerana setiap lokasi merupakan sungai yang mempunyai tahap kesukaran sendiri berdasarkan jeram dan arus yang ada. Tahap kesukaran ini dipanggil Gred.
2) Pakai pakaian yang sesuai
  • Sila pilih pakaian sukan atau pakaian yang sesuai untuk mandi sungai. Untuk kasut pula pakai kasut khas untuk dalam air, atau sandal untuk aktiviti air. Kasut dalam air ini dibuat dari fabrik lembut dan bergetah dan tahan basah.
3) Pemilihan musim
  • Seperti kita sedia maklum untuk melakukan aktiviti rafting, lagi elok dilakukan ketika musim tengkujuh atau musim hujan lebat kerana pada waktu itu aliran air sungai lebih deras daripada biasa, dimana jeram yang perlu dilalui lebih adventure dan banyak batu-batu akan tenggelam dan menyebabkan bot tidak akan selalu tersangkut-sangkut.


Kesemua wakil media  menyertai Xstreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Kepada anda semua yang berminat untuk mencuba atau ingin menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini, boleh menghubungi Kuala Razila Adventure Resort Riverside seperti alamat di bawah :

Kuala Razila Adventure And Resort
Add: Jalan Ulu Geroh, 31600 Ulu Geroh, Gopeng, Perak.
Tel: +6012-5958148

Kuala Razila Adventure Resort Riverside juga menyediakan tempat penginapan kepada mereka yang ingin bermalam serta lain-lain kemudahan asas seperti bilik air, tandas dan parkir kenderaan khas buat pengunjungnya. Bagi mereka yang bermalam disini boleh memilih sama ada bermalam di chalet atau di dorm Kuala Razila.


Kredit Gambar: Perkongsian dari Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak
Viewing all 94 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>