Quantcast
Channel: www.sobriyaacob.com
Viewing all 94 articles
Browse latest View live

Pengalaman Mendaki Gunung Tahan - Memang Tak TerTAHAN

$
0
0
Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan yang berketinggian 2187 Mtr dari aras laut yang terletak di Taman Negara Pahang menjadi pilihan sob penutup kalender bagi aktiviti mendaki pegunungan Malaysia bagi tahun 2017. Perasaan ingin mendaki gunung ke-enam tertinggi di Malaysia memang sudah lama diidam-idamkan kerana ingin melihat sendiri pesona keindahan Banjaran Tahan yang terbentang luas seluas mata yang memandang, melalui kawasan dipenuhi dengan deretan pohon-pohon bonsai, merasai sendiri kesejukan bermalam di Kem Botak yang berketinggian 1943 Mtr menikmati suasana malam bertemankan ribuan kerlipan bintang di langit & menikmati keindahan matahari terbit dikelilingi oleh lautan awan karpet di puncak tertinggi semenajung, alhamdulilah pada awal bulan November 2017 impian sob dapat dilaksanakan dengan jayanya, ternyata aura Gunung Tahan memang tak terTAHAN !

Pengalaman Mendaki Gunung Tahan 

08 November 2017

Lewat petang Sob bersama dua rakan pendaki yang lain iaitu Matdro & fariz bergerak daripada Gerik menuju ke Ipoh berkumpul dengan dengan semua lineup Team Tahan tak terTahan seramai 12 orang yang terdiri daripada Mirul, Mat Yana, Fatin, Nunia, Marwan, Angah, Kak Bell, Ariff & Mira ( nama group diambil daripada group aplikasi whatsapp ) dimana kami semua akan bertemu dan bergerak carpool bersama-sama menuju ke Taman Negara Pahang Sungai Relau  dimana disitu adalah lokasi untuk memulakan pendakian. Perjalanan untuk sampai keSungai Relau di kiri & kanan kelihatan banyak bukit batu kapur yang tersergam indah, cukup mencuri perhatian kami semua. Awal pagi khamis kami semua telah sampai ke Pekan Merapoh sementara menunggu guidge iaitu Mat yang bertanggungjawab membawa kumpulan kami mendaki ke puncak, bersarapan dahulu di Anjung Seri Merapoh mengisi perut yang rancak berbunyi berkeroncong memberi isyarat unuk disisi serta tapau makanan disini. Pada jam  09.10 pagi kami semua lineup bergerak ke Sungai Relau dimana disini terdapat pejabat Taman Negara dan seterusnya bersiap-siap dan membuat semakan terakhir barang-barang yang perlu dibawa sepanjang expedisi ini nanti, owh ya trips kali ini dianjurkan @ gogo by Gerik silver Outdoor Adventure, so you gais boleh boleh cari mengenai group ini di Insta & page facebook 💻

Tengah bersiap-siap membahagikan ration & pengisytirahan barang!

Sebelum setiap pendaki boleh memasuki Taman Negara Pahang sama ada berkumpulan atau perseorangan, adalah diwajibkan untuk setiap pendaki melakukan pengisytiharan barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki, jadi setiap item yang dibawa masuk ke dalam tidak boleh dibuang, ditinggalkan merata-rata kecuali sisa-sisa makanan yang boleh terhapus dan perlu membawa keluar balik barang yang dibawa masuk. Langkah ini perlu diambil untuk menjaga kebersihan dan keaslian Tahan terkawal.

Lebih kurang 10.30 pagi setelah selesai membahagikan ration, pengisytiharan barang & mendengar sedikit taklimat daripada Ranger Taman Negara, banyak info-info yang dikongsi antara yang cukup menarik untuk dikongsikan iaitu isu #gogomakanduit! & isu trips compress mendaki Gunung Tahan dimana bermula untuk tahun 2018 tiada lagi trips compress dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan diamana selama ini trips yang selalunya boleh dijalankan selama 3hari 2malam untuk laluan Merapoh-Merapoh diwajibkan mengambil masa selama 4hari 3malam sekiranya trips yang dijalankan seperti masa yang telah ditetapkan mungkin gogo atau kumpulan itu akan dilarang untuk mendaki ke Gunung Tahan lagi seperti diberitahu oleh staff yang bertugas.

Wajah-wajah ceria lagi gumbira berhohohoho, tekun mendengar cerita dan tips-tips karut lagi mengarut mahaguru sob sebelum ekspedisi mendaki Gunung Tahan  bermula.

Pergerakan kami semua lineup diteruskan bergerak menuju  ke Kuala Jeram dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Satu kenderaan boleh dinaiki seramai 12 orang dimana melalui jalan yang berturap sehingga sampai ke Kuala Juram. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan anggaran sejauh 13km Disini terdapat tempat pemeliharaan ikan kelah & kawasan kemudahan rekreasi seperti dorm & dewan.

Gerik Silver x Tahan ( 09-12 /12/2017 )
Hari Pertama (09/11/201)

Hari pertama mendaki, memulakan perjalanan mendaki secara santai dari Sungai Relau menuju ke Kemsite Kor anggaran perjalanan sejauh 12.5km, mengikut perancangan kami semua akan berhenti bermalam pada hari pertama disini sebelum keesokan harinya meneruskan pendakian untuk menuju Kemsite Botak bermalam. Pada awal pagi hari ketiga memulakan perjalanan mendaki ke puncak untuk misi summit attack & sunrise daripada puncak Tahan.

Dimana awal pendakian daripada kuala Jeram menuju ke Kem Kor boleh disifatkan melalui trek yang santai dan dan perlu melintasi 4 sungai besar yang dimana kedalamanya boleh melepasi paras lutut sehingga ke punggung jadi tips mungkin bagi anda yang tidak suka mendaki dalam keadaan kasut basah boleh menggunakan sandal atau kasut getah kampung. Sekali sekala perlu mendaki bukit-bukit untuk sampai ke kemsite tapi apa yang menarik sepanjang perjalanan mata akan selalu disajikan dengan panorama-panorama indah hutan rimba seperti menjumpai pokok-pokok besar, flora & fauna spesis kulat & cendawan yang rare & merentasi kawasan sungai yang jernih walaupun air nya kelihatan coklat dari jauh, boleh juga kelihatan dengan jelas ikan-ikan bermain di tepi-tepi batu, air terjun yang cukup memukau dan yang paling penting sepanjang melalui trek tidak akan menjumpai sampah yang ditinggalkan oleh pendaki lain sama seperti di trek Gunung Kinabalu.

Antara sungai yang perlu dilintas

Terdapat empat sungai yang perlu diseberang airnya berwana keperangan dan sejuk, terdapat banyak batu sungai  tapi agak licin permukaan nya jadi perlu juga berhati-hati takut jatuh nanti basah semua barang-barang yang dibawa. Bayangkan dengan load yang dibawa agak berat mungkin agak susah untuk mengimbangkan diri ketika tengah melintas sungai akibat aliran arus sungai

So tips untuk mengelakkan barang-barang atau ration yang dibawa basah terutama pakaian untuk tidur & sleping beg pastikan semelum kemas barang-barang disusun di dalam beg balut terlebih dahulu dengan plastik  & masukkan semua barang di dalam pastik sampah elok-elok serta ikat dengan kemas di dalam beg galas.


Sedikit info yang sob ingin kongsikan mengenai  Gunung Tahan.

Gunung Tahan dengan ketinggian 2,186 meter adalah puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Terletak di Taman Negara, Pahang, Tahan menjadi titik sempadan di antara negeri Pahang dan Kelantan. Walaupun ketinggiannya Gunung Tahan adalah lebih rendah berbanding Gunung Kinabalu tetapi tahap kesukaran dan cabaran yang perlu dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Tahan adalah jauh lebih mencabar, itu sob tak nafikan memang benar mungkin kerana untuk mendaki ke Gunung Kinabalu tidak memerlukan para pendaki membawa bebanan yang berat seperti khemah, ration makanan dan sebagainya kerana semuanya tersedia mengikut pakej yang diambil berbanding mendaki Gunung Tahan semuanya perlu dibawa sendiri oleh setiap team yang mendaki.

Lazimnya, laluan ke puncak Tahan serta anggaran tempoh hari pendakian berdasarkan kemampuan & pace pendaki  itu sendiri adalah seperti berikut:

• Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan (5-6 hari)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh (5-6hari)
• Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh (3-4 hari)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan (4-5 hari)


Lebih kurang 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Kuala Luis, untuk berehat sebentar, solat dan makan tengahari makanan yang siap ditapau pada awal pagi. Makan sambil menghadap sungai dan kelihatan pula ikan-ikan yang cukup jinak di dalam sungai, memang cukup melegakan dan penat yang dirasai ketika mendaki tadi hilang begitu sahaja.


Candid wajah-wajah ceria lineup bercampur pewai, ketika ini baru melalui separuh perjalanan untuk sampai ke Kem Kor, lokasi gambar di Lata Luis.



Di checkpoint terakhir berehat sebentar sambil lelapkan mata ketika ini kebanyakan lineup sudah mula menunjukan tanda-tanda mahu pewai dari sini sudah tidak jauh untuk sampai ke kem site Kor. Kami baru sahaja melalui Lata Luis berketinggian 558 meter yang jaraknya enam kilometer dari Kuala Luis. Keadaannya sama melalui bukit dan hutan rimba di kiri kanan laluan, cuma untuk sampai ke sini perlu mendaki bukit satu bukit yang agak tinggi dan dari atas sini boleh kelihatan dengan jelas Air Terjun Luis.

Kem Kor ni terletak di Bukit Kor, kedudukan di ketinggian 750 meter dari aras laut.

Selepas 4.00 jam berjalan akhirnya kami semua tiba di tapak khemah Kem Kor. Perjalanan melalui Merapuh-Sungai Relau (13 kilometer) - Kuala Juram (5 kilometer) - Kuala Luis (6 kilometer) - Kem Kor (2.5 kilometer) anggaran kilometer yang dilalui setiap perhentian @ kemsite.

Setelah selesai memasang fly & ground untuk bermalam, seterusnya ration dikeluarkan untuk memasak hidangan untuk dimakan pada malam nanti, hidangan yang cukup simple tapi mewah menjadi pilihan makcik kantin Mat Yana @ gogo iaitu tomyam, nasi putih, ikan pekasam dan pelengkap hidangan indo cafe dimakan ketika panas-panas memang menyelerakan.  Selepas selesai makan, membersihkan diri di sungai yang berhampiran, fuhh airnya ketika mandi di tengah malam memang cukup menyegarkan sejuk sampai ke tulang! Seterusnya semua lineup berehat untuk bersiap sedia untuk cabaran yang sebenar pendakian gunung tahan pada keesokannya. 

Kem khor agak luas mungkin pada satu masa boleh memuatkan lebih 100 pendaki untuk bermalam, berhampiran dengan sungai jadi amat mudah untuk mendapatkan sumber air untuk memasak & mandi.

Di laluan Permatang menuju Kubang

Hari Kedua ( 10/11/2017 )

Awal pagi dalam pukul 3.30 pagi sob merasakan kaki seolah digoyang-goyang oleh sesuatu! adakah ia sekadar permainan mimpi atau reality arhh dalam hati sudah terfikir-fikir binatang apa pula ni yang bermain-main di hujung fly, perlahan-lahan sob keluar memandang ke hadapan rupanya hadrol salah seorang crew gerik silver mengejutkan sob untuk menolong memasak makanan untuk ditapau nanti. Di tempat memasak kelihatan makcik kantin Mat Yana masih tidur di sebalik ration-ration, mungkin disebabkan malam semalam bertungkus lumus bersilat di dapur sambil dibantu oleh lineup yang lain menyediakan makanan. Menu pagi ini adalah spaghetti dimana sauces sudah dibuat siap-siap jadi ini memang kepakaran sob & madro hanya pasangkan api masak air rebus spaghetti serta panaskan kuah sosnya ! settle dan sambung tidur kembali.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi setelah siap bersarapan & mengemas barang-barang seterusnya kami mulakan perjalanan daripada kem kor menuju ke Kem botak untuk bermalam. Pendakian hari ini adalah lebih panjang dan akan lebih memberi cabaran berbanding semalam di mana kami akan melalui pendakian lebih kurang perjalanan sejauh 16 kilometer melalui berapa checkpoint iaitu, Permatang, Kubang, Berlumut seterusnya Kem Bonsai sebelum sampai ke kem botak. Setiap laluan yang dilalui mempunyai cabaran yang tersendiri yang perlu ditempuhi, memang memenatkan tambahan dengan membawa load yang berat walaupun pewai tapi ia memberikan kepuasan yang tersendiri.

Dari Kem Kor kami mula mendaki Bukit Good Morning &  Bukit Permatang  melalui trek di laluan permatang bukit  sehingga sampai ke kubang, subhanallah trek dari laluan permatang sehingga ke Berlumut terasa sangat panjang untuk dilalui perlu mendaki menaik dan jarang-jarang sekali dapat melalui trek yang landai.  

Daripada Kem kubang menuju ke Blumut jarak perjalanan diambil sejauh1.5km

Lebih kurang Pukul 12.00 tengahari kami singgah sebentar berehat di Kubang berada di ketinggian 1,406 meter, owh ya disini terdapat signal line telefon yang agak kuat liputanya bagi Celcom & Digi rasanya yang agak jelas berbanding lokasi lain. Menikmati makan tengahari yang sudah siap-siap ditapau pada pagi tadi menunya Sup Sayur & Ayam masak merah. Mendaki pada hari kedua cukup memberi cabaran & tekanan kepada sob kerana kesihatan diri tidak berada dalam tahap yang memuaskan, sepanjang hari mendaki terpaksa berperang dengan demam plus selesema hidung asyik meleleh je hingus ketika mendaki dimana cuaca pula pada hari itu sepanjang hari mendung, berkabus & dingin fuhh.. sejuk je memang layan bro mendaki dalam keadaan macam ni :P

Meneruskan perjalanan mendaki dari satu bukit ke bukit yang lain, di kiri dan kanan hutan rimba yang masih belum terusik cukup memberikan kedamaian. Mula melalui trek yang berlecak serta laluan yang dipenuhi akar-akar kayu sehingga melalui satu kawasan selepas checkpoint Berlumut lokasinya perlu menurun seperti V  terdapat satu punca mata air yang agak deras mengalir, disini digakklan untuk refill balik stock air untuk diminum sehingga sampai ke kemsite kerana dari sini untuk sampai ke Kemsite Botak masih jauh baki pendakian yang perlu dilalui

Bonsai di ketinggian1705 Meter

Perjalanan untuk menuju ke Bonsai boleh tahan juga peritnya dengan tenaga untuk mendaki semakin berkurang penat, disamping itu dengan terpaksa melalui trek yang berselut, melalui trek akar kayu yang sebesar lengan dimana agak sukar hendak membuat pilihan sekiranya pijak akar kaki akan sakit, salah pijak boleh masuk ke paya sekiranya nasib tak begitu baik kasut boleh terbenam di dalam selut. Untuk memaut pokok juga perlu berhati-hati kerana ada pokok yang berduri, disebabkan sob terlupa untuk membawa sarung tangan untuk dipakai ada juga kesan calar balar dan duri yang terkena di tangan yang bolehlah dijadikan kenangan. Jarak perjalanan ke Bonsai dari Berlumut sejauh 5.5 km, di pertengahan perjalanansob dan a few team yang terakhir berehat sebentar take 5 lelapkan mata sekejap untuk recover balik tenaga yang banyak perlu digunakan untuk sampai ke Bonsai. Ketika ini pemandangan sudah mula berubah di mana pokok-pokok sudah semakin rendah jadi dari sini kita sudah boleh lihat pemandangan banjaran Tahan.

Lebih kurang 6 jam perjalanan, anggaran pukul 4.30 petang semua lineup berhenti berehat dahulu di Bonsai untuk regroup sebelum bersama-sama  menuju ke Kem Botak yang dijangkakan akan sampai lebih kurang pukul 7.30 petang dimana ketika itu cuaca sudah gelap. Sepanjang hari mendaki ini betul-betul memberikan kesan kepada corak pendakian  sob dengan keadaan masih deman dan selesema yang secara tiba-tiba terkena pada hari kedua.

Laluan masih berpaya pada peringkat awal dan pokok-pokok semakin rendah farmasinya semakin kita tinggi mendaki, selepas itu tanahnya semakin kering dan berbatu-batu yang perlu dilalui. Keadaan cuaca semakin lewat ke petang hari semakin berkabus, gelap & sejuk. Ketika menuju ke Kem Botak hanya lagi berapa ratus meter untuk sampai ke kemsite secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan hujan mulai turun berada di ketinggian 1800 meter memang cukup memerikan badan mulai menggigil kesejukan ketika itu situasi ini cukup mengingatkan sob terhadapt situasi yang sama dilalui ketika dalam  summit attack untuk sampai ke Puncak Anaputra & Akinabalu. Owah ya ketika memang sudah pewai cuma disebabkan tekad dan semangat untuk sampai ke Puncak Tahan menyebabkan sob masih berjalan perlahan-lahan gagahkan diri juga sehingga sehingga sampai ke Kemsite Botak

Suasana pagi di Kemsite Botak, selepas selesai summit attach ketika ini suhu masih lagi sejuk & berkabus :P

Waterpoint yang berhampiran trek yang boleh ditemui ketika perjalanan di sebelah kiri adalah waterpoint di Kem Botak manakala di sebelah kanan adalah waterpoint yang sob mention di atas selepas melalui Kubang menuju ke Bonsai

Suasana pagi, pemandangan dari Kem Botak

Dalam keadaan hujan semakin lebat membasahi bumi, setibanya di kemsite sob dan beberapa teman yang lain mula memasang fly & ground kerana ketika itu sudah terdapat lineup yang mula menggigil kesejukan dan mula menunjukkan kesan-kesan berkemungkinan untuk terkena serangan hipotermia, syukur hujan tidak begitu lama mencurahkan airnya ke perut bumi lebih kurang setengah jam selepas itu hujan mula  beransur reda tapi cuaca di kem Botak ketika itu semakin sejuk & berkabus selepas hujan, sehinggakan untuk tidur memakai beberapa helai baju kering dan jaket pun masih terasa sejuk hingga ke tulang kaki ketika tidur, paling penting plastik sampah & sleeping bag memang banyak membantu memberikan keselesaan & kehangatan ketika tidur ketika berhadapan dengan situasi sebegini.

Cuaca yang sejuk menyebabkan sob tidak dapat tidur dengan nyenyak walaupun badan terasa penat setelah seharian mendaki, tetapi mungkin rezeki terjaga di tengah malam dalam pukul 1.00 pagi, kelihatan langit begitu cerah dari dalam ground, Sob hanya selakkan sedikit ground ke tepi, keluar muka dan pandang ke langit yang terbentang luas di atas agaknya inilah hikmahnya tidur di open tent berbanding khemah walaupun tidak begitu selesa seperti di dalam khemah yang boleh memerap haba untuk memanaskan badan berbanding open tent, tetapi subhanallah satu pemandangan yang cukup luar biasa yang tidak disangka-sangka walaupun kesejukan ketika itu tapi dapat melihat dan menikmati menikmati malam berteman ribuan kerlipan bintang di langit berkelipan di sana sini, terasa semuanya berbaloi & cukup indah suasana ketika itu :)




Antara pokok orkid, lumut  dan cendawan berwarna oren berbentuk bulat  seperti bola pingpong yang ditemui ketika mendaki Gunung Tahan yang cukup menarik untuk dikongsikan. Pokok orkid yang mengeluarkan bunga berwarna putih berada betul-betul berada di Puncak Gunung Tahan, manakala lumut-lumut yang bercampur warna oren, hijau itu pula di kawasan waterpoint di Kem Botak


Hari Ketiga ( 11/11/2017 )

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba 11/11/2017 percaturan tuhan cukup cantik seindah tarikh yang telah ditakdirkan untuk kesemua lineup bakal menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Tahan, lebih kurang pukul 4.30 pagi semua lineup telah terjaga dan bersiap-siap kami hanya membawa barang keperluan daypack sahaja untuk pendakian ke puncak. Perjalanan ke Summit  hanya berbaki 2.5 km mengambil masa anggaran 1jam15 minit, alhamdulillah pagi hari ketiga di Tahan keadaan kesihatan sob & beberapa rakan yang lain semakin pulih, daripada selsema berbanding hari sebelumnya. Setelah mendapat rehat yang secukupnya, keadaan ini menyuntik semangat kami semua agar lebih bersemangat & bertenaga untuk menamatkan pendakian untuk  menjejakkan kaki ke puncak tertinggi semenanjung yang hanya berbaki beberapa kilometer dihadapan, yeah pada masa ini kesemua lineup sudah tidak sabar-sabar untuk sampai ke Puncak Gunung Tahan dimana walaupun masih terasa letih kesan mendaki semalam yang agak jauh perjalanan tapi perasaan teruja ketika itu menyebabkan kami semua lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian.

Setelah selesai mendengar taklimat ringkas & melakukan sedikit senaman ringan untuk misi summit attack pada pagi ini terlebih dahulu untuk sampai ke puncak kami semua perlu melalui trek berbatu-batu, seterusnya kawasan landai dan perlu mendaki di sedikit dikelilingi oleh pohon-pohon  bongsai, dimana ketika itu pemandangan Banjaran Tahan terbuka luas di kiri dan kanan seluas saujana memandang! lebih kurang pukul 6.40 pagi sob telah sampai ke Puncak tertinggi semenanjung Gunung Tahan berketinggian 2,187 Mtr disambut pula dengan pemandangan lautan awan karpet di sekeliling puncak & pancaran cahaya keemasan  satu moment indah yang cukup sukar digambarkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya dan cantiknya pemandangan ketika itu



Gerik Silver x Gunung Tahan - 2,187 Mtr @ 7,175 ft

Lebih kurang pukul 7.30 am, kesemua Team Tahan tak TerTAHAN berjaya juga menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan satu perasaan syukur yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, gunung yang dulunya hanya mendengar cerita daripada teman-teman pendaki yang lain betapa cantiknya pemandangan dan seronoknya trek mendaki disini akhirnya berjaya di takluki dengan selamat, alhamdulilah mungkin rezeki sob sini mendapat pemandangan yang cukup cantik daripada puncak berbanding ketika mendaki Gunung Kinabalu, view kabus di Puncak. Apa yang penting bukan hanya sekadar pemandangan cantik semata-mata yang dicari tapi dapat merasai sendiri pengalaman mendaki Gunung Tahan adalah amat berharga tambahan pula mendaki bersama-sama  teman seperjuangan yang amat menyenangkan adalah memori yang cukup bermakna 😎


#savemerapoh

Alhamdulillah ketika entry ini ditulis aktiviti pembalakan di Merapoh ketika ini telah diberhentikan buat masa kini. ketika waktu kami mendaki Gunung Tahan ketika itu  sedang rancak para pendaki & aktivis pencinta alam menunjukkan bantahan terhadap aktiviti pembalakan di Merapoh terutama di media sosial, walaupun hanya sekadar penggunaan #savemerapoh dan ada juga pihak yang mempersoalkan keberkesanan # ini tapi sob percaya satu suara yang kecil sekiranya semua bergabung & bersatu-padu mampu mewujudkan satu suara yang besar dan kuat, dan percayalah suara itu akan mampu  didengar sehingga ke seluruh dunia !

Antara post yang sob share mengenai kepentingan untuk mengekalkan menjaga ekosistem hutan yang terdapat di Merapoh #savemerapoh di Instagram ( sobri_yaacob )

Merapoh is a home for beautiful virgin forest and many under explored caves networks, as we know Merapoh also another entrance to Taman Negara or another trail head to Mount Tahan. Merapoh is also famous as the seconds gateway to Mount Tahan, the highest mountain in peninsular Malaysia aside from kuala tahan in Jerantut. Not far from the small town they have are beautiful jungle, caves and rivers in desperate need to be saved by us! unfortunately, things are gonna change soon and it will be happened quickly without us notice 😭 They will lose its 'cave paradise' which includes at lease 85 precious limestone hills and dozens of rare species of flora and fauna. Here also home for smallest rafflesia in the world that we call Padma Tikus. The crystal clear water in the rivers and streams in the surrounding area will also be effect! .

Gais let make a lot of noise, share to everyone about it and do our part before everything is gone! Do you want to see another limestone hills disappear like other places in Malaysia? 


Lebih kurang 2 jam setengah berada di Puncak Tahan, seterusnya kami berpatah balik menuju ke Kem Botak, memasak, mengemas dan mula berpatah balik menuju ke Kem Kor untuk bermalam semalaman lagi sebelum keluar pada keesokan harinya. Pada jam 10.00 am bermulah perjalanan yang panjang di mana perjalanan akan melalui laluan yang sama akan menempuhi suasana yang sama iaitu akan turun dan naik bukit, ketika ini kebanyakan stamina lineup sudah mula perlahan rentak masing-masing tapi kami semua tetap berjalan bersama-sama sehingga sampai ke kemsite. Cuaca pada hari itu di sebelah petang mula menunjukkan tanda-tanda hujan lebat akan turun, ketika itu kami semua telah berada di Permatang dan masing-masing mempercepatkan langkah masing-masing untuk mengelakkan daripada kepala air mungkin rezeki kami semua sekali untuk bermain dengan air arus deras setelah menunggu lebih kurang 40 minit dan keadaan arus air yang deras kelihatan semakin tenang akhirnya kami semua berjaya  menyeberangi sungai menuju ke Kem Kor dengan selamat dengan kerjasama semua.

Hari Terakhir ( 12/11/2017 )

Hari terakhir di Gunung Tahan, ketika ini mood bersantai-santai sambil menikmati alam sekitar tidak ada apa lagi yang perlu dikerjakan lagi alhamdulillah misi telah berjaya, perjalanan hanya berbaki beberapa kilometer untuk keluar. Subuh yang tenang di Kem Kor sambil mendengar alunan zikir selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi jam 10.30 pagi teruskan perjalanan bergerak ke Sungai Relau. Setelah selesai pengisytiharan barang-barang, bersiap & mandi  pada jam 5.20 petang meninggalkan Taman Negara Pahang Sungai Relau untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Gunung Tahan banyak kisah menarik yang berlaku sepanjang pendakian ini, daripada kisah batu, meggi, stove, membina masjid & kaki cukuplah sekadar menjadi ingatan dalam memori kami semua, yang pasti doakan sekiranya ada rezeki persona gunung tahan pasti akan membuatkan kami semua repeat kembali ke sini ! Tahan 4 step mission :)



Pemandangan daripada puncak Gunung Tahan dikelilingi oleh lautan samudra putih, pernah dengar kisah dongeng negeri di atas awan? sekiranya boleh di zahirkan pada zaman sekarang Gunung Tahan antara salah antara lokasinya. Percaya atau tidak ini bukan cerita dongeng dahulu kala,  tapi cerita 12 pendaki menawan Gunung Tahan, percayalah banyak memori terindah tercipta. Terima kasih gunung & sahabat atas satu pengalaman.


Pendakian Bukit Dan Gunung Sepanjang Tahun 2017

$
0
0
Assalamualaikum & salam sejahtera 

Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapkan, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.

(Surah Al-Anbiyaa':31


Terima kasih 2017 & selamat datang 2018

Tahun 2017 satu tahun yang penuh warna warni telahpun meninggalkan kita semua, alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT masih dipanjangkan umur, kesihatan tubuh badan & masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog www.sobriyaacob.com! Seperti tahun-tahun yang sebelumnya sob akan listkangunung dan bukit yang telah didaki sepanjang tahun tahun 2017. Untuk tahun 2017 tidak banyak full entry dapat sob kongsikan mengenai aktiviti mendaki di blog akibat kekangan masa, pada tahun lepas aktiviti mendaki banyak difokuskan di sekitar kawasan Perak. Diharapkan perkongsian ringkas ini dapat memberi sedikit tips & info dan paling penting menjadi pengubat rindu dan kenang-kenangan buat diri sendiri, InsyaAllah



Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan  puncak tertinggi di Malaysia dan Puncak tertinggi di Tanah Borneo yang ketinggiannya 4095.2 Meter. Gunung ini telah diiktiraf sebagai salah satu World Heritage Site oleh UNESCO di Malaysia & untuk mendaki disini harus menempah slot lebih awal 6 bulan kerana ada quota pendakian setiap hari yang dibenarkan. Pendaki selalunya akan menginap campsite di Laban Rata yang berketinggian 2972 Meter. Pesona keindahan mendaki Gunung Kinabalu tak pernah mengecewakan, di sepanjang jalan menuju ke puncak akan melalui landskap hutan yang pelbagai daripada hutan tropika ke mossy forest seterusnya deretan pohon-pohon dan akhir sekali ketika mendaki di atas aras 3000 meter ke atas pula mula kelihatan pelbagai bentuk formasi batuan besar di puncak sambil dilitupi dengan awan-awan kapet. Alhamdulilah Gunung Kinabalu pembuka tirai untuk aktiviti pendakian sob untuk awal tahun 2017 mendaki pada musim tengkujuh memang memberikan cabaran tersendiri masih ingat pada hari kedua ketika berada di sayap-sayap menuju ke low Peak untuk Mission Summit Attack, syukur walaupun dilanda angin kuat seketika di pertengahan perjalanan dengan keadaan suhu yang cukup sejuk ketika itu berada di aras ketinggian 3800 meter dimana puncak sudah kelihatan hanya beberapa meter berada di hadapan keadaan ketika itu angin  kuat berselang seli dengan hujan lebat, mungkin rezeki sob dan rakan-rakan berjaya meneruskan meneruskan pendakian sehingga sampai puncak tertinggi kinabalu.

Pemandangan indah kehijauan di Pyramid Hill

Sosodikon Hill atau turut dikenali sebagai Pyramid Hill berketinggian 1604 Meter terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Apa yang menariknya mendaki disini selain daripada menawarkan pemandangan indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu di kiri dan kanan kelihatan tumbuhan menghijau seluas mata memandang, suhu di sini yang nyaman serta keadaan trek yang jelas dan anggaran masa yang diambil untuk mendaki lebih kurang 20 minit untuk sampai ke puncak Untuk mendaki disini dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 seorang dan sekiranya korang datang ke sini untuk mendaki Gunung kinabalu, Pyramid Hill antara tempat yang boleh dimasukkan di dalam list untuk dilawati yang terdapat di Kundasang.

The magnificent Hidden Waterfall, terletak di simpang menuju ke Tok Nenek

3) Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap yang berketinggian 2,167 Meter terletak di simpadan negeri Perak & Kelantan merupakan gunung yang ke 11 tertinggi di Malaysia dan ke 6 di semanjung Malaysia. Terdapat 2 laluan untuk memasuki gunung ini iaitu laluan Kampung Kuala Mu di Sungai Siput, Perak dan laluan ke 2 dari Pos Brooke ke Sungai Rengil, dimana kebiasaanya pendaki menggunakan laluan trek dari Pos Brooke Sungai Regil. Mendaki Gunung Yong Yap akan melalui beberapa checkpoint antara simpang Y, Kem Agas, Kem Sungai Y, Kem Balak dan terus ke puncak selain itu perlu merintasi lebih kurang 5 buah sungai. Kebanyakan pendaki yang mendaki disini akan melakukan pendakian 3 puncak sekali gus yang dikenali sebagai Trans YYBTN gabungan 3 puncak iaitu Yong Yap, Bubu & Tok Nenek kerana inginkan laluan pendakian yang lebih mencabar. Awal bulan Februari 2017 sob berpeluang untuk mendaki ke sini memang tidak dapat dinafikan trek untuk mendaki ke Gunung Yong Yap memang memberikan cabaran yang tersendiri antara perlu merangkak, bergelongsur melalui laluan trek yang terhalang oleh pohon-pohon buluh yang tumbang, perlu mendaki pada sudut 80 darjah dimana keadaan trek yang berlumpur dan becak tapi semuanya berbaloi apabila melalui kawasan Mossy forest yang cantik dan dihidangkan dengan view yang awesome di puncak.



Gunung Yong Belar berketinggian 2,181 Mtr merupakan gunung ke 3 tertinggi di semenanjung yang terletak di bersempadan negeri Perak, Pahang dan Kelantan. Terdapat 2 cara permulaan untuk memasuki Gunung Yong Belar sama ada melalui Tangga 200 dimana perjalanan yang perlu ditempoh mencabar atau terus melalui kebun sayur untuk perjalanan yang lebih singkat. Sepanjang pendakian akan melalui beberapa checpoint atau kemsite antaranya Kem Tudung Periuk & Kem Kasut. Sekiranya inginkan sedikit kelainan boleh mencuba melalui laluan Air Terjun Pelaur dimana disini terdapat waterfall yang cantik kehijauan dipenuhi lumut dan terdapat kemsite yang boleh bermalam sebelum ke Puncak. Keadaan trek Gunung Yong Belar, sob boleh rumuskan antara gunung yang paling mudah untuk didaki yang termasuk di dalam list G7, owh ya bagi yang tertanya-tanya apa itu G7 adalah gelaran yang diberikan untuk gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Keadaan trek yang jelas tapi mempunyai cabaran yang tersendiri antara perlu mendaki di dalam keadaan trek yang berlumpur dan melalui kawasan yang berakar. Cuaca yang sejuk sepanjang pendakian ke puncak memberikan satu panorama yang cukup indah terutama ketika melalui celah-celah pokok yang dipenuhi dengan lumut, suasana di dalam hutan yang sejuk dan berkabus cukup mendamaikan.


Gunung Gayong yang terletak di Negeri Perak mempunyai ketinggian 2,173 Meter merupakan gunung ke-4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Apa yang menarik mengenai Gunung Gayong kawasan mossy forest yang bakal dilalui adalah lebih cantik berbanding di laluan Gunung Gayong. Kebiasaanya para pendaki sudah Sinonim dengan gelaran KORGA gabungan nama Gunung Korbu dan Gunung Gayong dimana kebiasaanya para pendaki akan melalui kedua-dua puncak ini didalam satu ekspedisi pendakian kerana puncaknya bersebelahan dan mengambil masa anggaran 1 ke 2 jam sahaja merentasi permatang dari Korbu ke Gayong. Sob masih ingat ketika melakukan expedisi Trans V1 pada pertengahan tahun 2017 berada di puncak Puncak Gayong pada waktu malam ketika itu cahaya bulan penuh menyinari menerangi kawasan gunung dan kelihatan jelas di bawah kawasan Pekan berwarna warni yang disinari lampu neon cukup cantik, satu suasana yang jarang dapat dinikmati sekiranya tidak berada di kawasan yang agak tinggi memang memberikan pengalaman yang tersendiri.


Gunung Korbu yang berketinggian 2,183 Meter adalah gunung ke2 tertinggi di Semenanjung Malaysia,Gunung tertinggi di Perak, puncak tertinggi di Banjaran Titiwngsa dan gunung ke7 tertinggi di dalam Malaysia. Gunung yang terletak di Negeri Perak ini terdapat beberapa jalan masuk untuk mendaki antaranya Sungai Termin atau Empangan Sultan Azlan Shah (SAS) laluan ini lebih mudah untuk didaki berbanding laluan Sungai Senooi, dimana akan melalui beberapa kemsite iaitu melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak, Kem Singapura, Kem View dan Kem Permatang serta Puncak Bonsai Tonggek manakala untuk laluan Sungai Termin atau Empangan Sultan Azlan Shah akan melalui kemsite Kem Seroja, Kem Kijang dan Puncak Botak. Ekspedisi pendakian banjaran Trans Titiwangsa V1 pula merangkumi beberapa gunung tertinggi di Malaysia yang termasuk di dalam senarai G7 seperti Gunung Yong Belar, Gunung Korbu dan Gunung Gayong merentasi Banjaran Titiwangsa sejauh jarak lebih 32 kilometer dimana Gunung Korbu termasuk di dalam laluan Gunung yang perlu dilalui oleh para pendaki.



Gunung Tahan dengan ketinggian 2,186 meter adalah puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Terletak di Taman Negara, Pahang, Tahan menjadi titik sempadan di antara negeri Pahang dan Kelantan. Terdapat beberapa laluan untuk ke puncak Tahan serta anggaran tempoh hari masa pendakian yang bakal diambil berdasarkan kemampuan & pace pendaki itu sendiri adalah seperti berikut laluan pertama Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan (5-6 hari). Laluan Kedua Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh (5-6 hari), laluan ke 3 Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh (3-4 hari ) dan laluan yang terakhir iaitu Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan (4-5 hari). Alhamdulillah awal bulan November 2017 sob dan Team GSoA telah berjaya sampai ke puncak tertinggi semenanjung Malaysia dan ini merupakan penutup kalender bagi aktiviti mendaki pegunungan Malaysia bagi tahun 2017. Mendaki Gunung Tahan satu pengalaman yang sangat awesome, bagi sob ini antara gunung yang wajib didaki kerana Gunung Tahan sangat istimewa auranya sob masih teringat-ingat akan keindahan Banjaran Tahan yang terbentang luas di kiri dan kanan, melalui kawasan dipenuhi dengan deretan pohon-pohon bonsai, merasai sendiri kesejukan bermalam di Kem Botak yang berketinggian 1943 Mtr menikmati suasana malam bertemankan ribuan kerlipan bintang di langit & menikmati keindahan matahari terbit dikelilingi oleh lautan awan karpet di puncak tertinggi semenajung !


Gunung Baling yang Ketinggian 420 meter, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana permukaan gunung terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling yang terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah & koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Walaupun gelaran yang diberikan sebagai Gunung, tapi ketinggian Gunung Baling masih belum mencapai tahap Gunung dimana ketinggian boleh dikira sebagai tahap ketinggian bukit, apa yang menarik mengenai Gunung Baling ini ialah kepelbagaian biologi dan landskap hutan yang boleh dijumpai jumpa sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak. Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Peringkat ke kedua akan melalui hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh. Berbanding pada masa dahulu, kini banyak kemudahan asas telah disediakan untuk kemudahan pendaki antaranya tandas, tempat parking kereta, pondok untuk berehat dan keadaan trek yang lebih jelas diletakkan penunjuk arah.

Bukit Sipadan Malaysia - Thailand

9) Khao Ko Be

Bt Kobeh a.k.a Khao Ko Be yang berketinggian 896 Meter terletak di HS Lepang Nenering iaitu salah satu daripada gunung-gunung Uluu Titiwangsa yang bersempadan dengan Thailand. Hutan simpan Lepang Nenering ini menganjur hingga ke Royal Belum. Yang menariknya pendakian ke Bukit Kobeh mengambil masa antara 4 - 6 jam perjalanan melalui trek kebun, perlu melintasi 14 kali laluan sungai dimana di pertengahan perjalanan akan menjumpai Air Terjun yang cukup menarik yang dikenali sebagai Air Terjun Alai seterusnya mendaki menuju ke laluan permatang sebelum sampai ke Puncak. Di puncak bukit akan menjumpai batu penanda sempadan Malaysia - Thailand, tinggalan beirut lama & pemandangan yang super awesome di puncak. Puncak bukit Kobeh adalah tanah siam yang paling selatan dimana ia adalah titik penghujung Tanah Thailand yang bersempadan dengan Malaysia.

Mini waterfall, berhampiran Kem Tigok

10) Gunung Bah Gading

Gunung Bah Gading yang terletak berhampiran Kg. Gedung, Bidor, Perak mempunyai ketinggian setinggi 1620 Meter . Terdapat dua laluan ke puncak Gunung Bah Gading iaitu melalui Kem Orkid atau melalui Air Terjun Tigok. Laluan utama untuk memasuki Gunung Bah Gading adalah melalui laluan Via Air Terjun Tigok dimana permulaan akan melalui kampung Orang Asli Pos Gedong anggaran mengambil masa 2 jam untuk sampai ke kemsite Tigok dimana akan melintasi lebih kurang 8 buah sungai. Perjalanan untuk sampai ke puncak anggaran masa lebih kurang 4-5 jam perjalanan bergantung kepada Pace pendaki itu sendiri. Di puncak Gunung Bah Gading terdapat sebuah penanda beirut, selain itu menawarkan pemandangan 360 darjah yang sangat mempesonakan daripada puncak dimana dari sini juga dapat melihat pemandangan kawasan Bidor & puncak Gunung Batu Putih dengan jelas. Selain itu terdapat banyak flora dan fauna di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang boleh dijumpai, antara tarikan utama para pendaki mendaki di Gunung Bah Gading kerana disini terdapat air terjun yang boleh disenaraikan antara air terjun yang cukup cantik yang terdapat di Perak iaitu Air Terjun Tigok. Bagi sob Gunung Bah Gading bukan biasa-biasa, pendakian ke sini memang tidak mengecewakan gabungan trek yang mantap dan air terjun yang sangat awesome

Sambutan Merdeka-Raya di puncak Bukit Gelok

11) Bukit Gelok

Bukit Gelok merupakan satu lagi puncak menarik yang terdapat di Banjaran Papulut terletak di selatan Hutan Simpan Papulut,di kawasan Lawin,pendaki akan disajikan view Tasik Kenering, gunung-gunung Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh. Bukit yang berketinggian 538 Meter ini terletak di Lawin, Perak Walaupun tidak terkenal seperti Gunung Papulut & Gunung Pulut, puncak bukit yang botak dan pernah terbakar ini menjanjikan view 360 dengan trek pendakian yang mencabar ala-ala Gunung Kenderong. Gunung yang pernah terbakar ini boleh disifatkan treknya seperti mini K2 dimana treknya permulaan agak pacak, akan melalui beberapa false peak dan terakhir akan melalui banjaran yang agak rapuh di mana agak mudah untuk batu jatuh atau tergolek sekiranya salah langkah pijak.  Pendakian ke sini memang memberikan aderanaline yang tersendiri terutama ketika melalui trek dimana kiri dan kanannya adalah gaung

Last waterpoint, sebelum sampai ke Puncak Bubu

12) Gunung Bubu 

Gunung Bubu antara berpuluh-puluh gunung ganang dan bukit yang terdapat di daerah Hulu perak yang cukup menarik yang terdapat di sekitar kawasan Gerik yang wajib didaki. Bukit yang berketinggian 619 Meter ini walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Kenderong & Kerunai (K2) Gunung Papulut & Pulut tetapi berada di puncak bukit menjanjikan pemandangan 360 darjah indah kawasan sekitar Gerik dan dari sini boleh kelihatan K2 yang terbentang luas. Gunung yang terletak di kawasan Bersia, Gerik ini boleh dimasuki melalui jalan menuju ke Tasik Temenggor - Pangkalan Trojan dimana pertengahan jalan akan menjumpai satu simpang laluan masuk (starting point) menuju ke Gunung Bubu. Apa yang menariknya di puncak terdapat tinggalan beirut lama yang sudah jatuh menyembah bumi selain daripada itu terdapat kawasan lumut yang cukup indah yang masih belum terusik.


Awan karpet di Puncak Gunung Semanggol

13) Gunung Semanggol

Gunung yang terletak di daerah Kerian, Perak ini terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol. Gunung yang berketinggian 390 Meter antara lokasi yang cukup menarik untuk dijadikan tempat mendaki atau training pada hujung minggu selain daripada Bukit Larut. Walaupun Gunung semanggol ini digelar Gunung tapi tahap ketinggian adalah level ketinggian bukit sama seperti seperti Gunung Baling & Gunung Pulut tetapi apa yang paling menariknya mendaki disini adalah view dari puncak Gunung Semanggol yang 360% sungguh menakjubkan terutama ketika waktu matahari terbit, sekiranya bernasib baik himpunan awan kapas menanti kehadiran pendaki. Dari puncak gunung boleh melihat dengan jelas pemandangan Bukit Merah laketown, Bukit Larut, laut, ladang sawit dan pemandangan sawah padi terbentang luas cukup memukau! Keadaan laluan trek Gunung Semanggol walaupun rendah tapi agak pacak cukup memberi kepuasan dan cabaran ketika mendaki, jadi pastikan membawa air yang secukupnya. Bagi yang sukakan aktiviti camping, sob boleh cadangkan untuk bermalam di puncak gunung kerana terdapat tapak yang luas untuk dijadikan kemsite. 


Gunung Kerunai terletak bersebelahan dengan Gunung Kenderong, berketinggian lebih 1000 Meter turut dikenali sebagai K2 Malaya gabungan nama iaitu Kenderong & Kerunai yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik ini terletak di Gerik, Perak. Kebiasaanya para pendaki sudah Sinonim dengan gelaran K2 dimana kebiasaanya para pendaki akan mendaki kedua-dua puncak ini didalam satu ekspedisi pendakian kerana puncaknya bersebelahan. Sepanjang perjalanan mendaki ke puncak akan melalui jalan-jalan denai yang terbuka terbuka memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan dapat menyaksikan pemandangan kawasan Gerik  dimana di sebelah kiri pulak pemandangan indah Gunung Kenderong berdiri megah.


Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 Meter ini terletak di Gerik Perak. Laluan utama untuk mendaki Gunung Kenderong adalah melalui dari Kampung Pahat. Gabungan nama dua gunung iaitu  Kenderong& Kerunai u digelar K2 Malaya merupakan rentis gunung paling popular di daerah Hulu Perak.Terletak di tengah-tengah antara Banjaran Bintang & Banjaran Titiwangsa, view di puncaknya jarang sekali mengecewakan. Trek Gunung Kenderong merupakan antara yang paling mencabar & pacak serta memerlukan sedikit technical climb, perjalanan masa untuk memanjat Gunung Kenderong mengambil masa selama 4-5 jam secara daypack dan terdapat satu kemsite dikenali sebagai Kem Solar yang akan ditemui dalam perjalanan ke Puncak..Trek gunung yang sob boleh disifatkan treknya lengan bertemu lutut tambahan pula sekiranya mendaki ketika cuaca yang panas kerana sepanjang mendaki menuju ke  puncak tak begitu banyak pokok besar boleh dijadikan tempat berteduh  dan trek yang agak mencabar pacak daripada bawah sehingga ke punca  disebabkan trek gunung kenderong ini agak mencabar dan keindahan himpunan awan kapet yang cukup memukau membuatkan ramai yang kembali lagi mendaki di sini.

Di checkpoint terakhir sebelum sampai ke Puncak Batu Putih

16) Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih yang berketinggian 135.9 meter, terletak di Gopen, Perak. Tahap kesukaran untuk ke puncak Bukit Batu Putih boleh dikategorikan sebagai trek yang sesual untuk lapisan umur dimana trek yang perlu dilalui agak  jelas dimana untuk mendaki dan menurun menggunakan trek yang sama. Anggaran pendakian ke puncak mengambil masa selama 30 minit dan sepanjang perjalanan terdapat lebih kurang 3 checkpoint untuk berehat sebelum sampai ke puncak. Pemandangan di puncak boleh kelihatan jelas pemandangan kawasan sekitar serta sungai Geroh antara laluan yang popular dengan sukan water rafting. Untuk mendaki disini dikenakan bayaran sebanyak RM 2.00 seorang


Pemandangan dari Bukit Batu Suluh berlatarbelakangkan Empangan SAS & Gunung Korbu

17) Bukit Batu Suluh

Bukit Batu Suluh yang berketinggian 401 Meter, terletak di Ulu Kinta, lokasi bukit yang terletak di laluan yang sama untuk mendaki Gunung Korbu. Apa yang menariknya mengenai Bukit ini ialah walaupun ketinggiannya agak rendah tapi sepanjang jalan untuk menuju ke puncak di kiri dan kanan sepanjang trek akan menjumpai banyak tumbuhan-tumbuhan yang menarik dan unik selain daripada pemandangan yang cantik boleh dilihat seperti empangan SAS, Gunung Korbu & bandaraya Ipoh. Keadaan trek pulak berbeza dengan Bukit Batu Putih yang lebih mudah didaki berbanding sini  keadaan treknya yang agak pacak dari permulaan dan di sesetengah laluan, terpaksa melalui laluan yang berbatu-batu yang agak sempit dimana di kiri & kanan adalah gaung.



Gunung Pulut berketinggian 651 Meter  terletak di Gerik, Perak sudah mula semakin dikenali oleh Para pendaki seperti Gunung Kenderong & Gunung Kerunai Gunung Pulut mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun dengan ketinggian yang agak rendah berbanding gunung lain di Gerik dan tingginya boleh dikategorikan dengan ketinggian bukit tapi pendakian anda disini akan selalu disajikan dengan pemandangan indah ketika matahari terbit dan hamparan lautan awan karpet di di sekeliling gunung. Memang tidak dinafikan ada sedikit pertikaian mengenai kewujudan nama Gunung ini kerana tidak ada di dalam Topo tidak seperti Gunung Papulut yang terletak bersebelahan yang terdapat Beirut di puncaknya, tapi selalunya pendaki yang mendaki di sini selalu bernasib baik kerana sering dibelanjakan dengan pemandangan Cukup cantik daripada Puncak. Waktu yang paling sesuai untuk datang kesini ketika awal pagi dimana sekiranya bertuah kelihatan himpunan awan karpet menutupi pekan Gerik dan kampung yang berhampiran sehingga menghasilkan pemandangan negeri di atas awan. Di laluan terakhir untuk sampai ke puncak terpaksa mendaki bukit yang pacaknya 80 darjah dimana di kiri & kanan adalah gaung. Dari sini boleh kelihatan jelas Gunung Kenderong dan kerunai manakala pemandangan di sebelah belakang pemandangan Gunung Papulut

Pokok-pokok besar yang dijumpai dalam perjalanan menuju ke Puncak Papulut

19) Gunung Papulut

Gunung Papulut berketinggian 725.72 Meter ini merupakan gunung yang sebenar yang dinyatakan di dalam topo terletak Gerik, Perak di dalam kawasan hutan Simpan Papulut dimana di atas puncak gunung terdapat tinggalan beirut lama yang sudah rebah menyembah bumi.  Gunung papulut diantara berpuluh gunung & bukit yang berada di Banjaran Papulut sangat menarik dan rare untuk didaki kerana keindahan kepelbagaian flora & fauna yang boleh ditemui sepanjang jalan, anggaran masa pendakian secara santai selama 3 jam dimana laluan trek yang tidak jelas dan ini antara laluan penghuni rimba. Selain itu laluan dari satu trek ke trek yang lain kebanyakan melalui permatang di mana terdapat pokok-pokok yang menarik dapat ditemui sepanjang jalan. Banjaran papulut menganjur dari Gerik - Nenering, terletak di tengah-tengah dipisahkan oleh lebuhraya Gerik- kuala dari bintang hijau & sungai perak dari Titiwangsa. Daripada atas puncak boleh kelihatan puncak K2, Puncak Pulut, Bukit Puteri, Bukit Gelok & Empangan Kenering


20) Gunung Semeru

Gunung Semeru merupakan gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, berketinggian 3,676 meter dan terletak di Pulau Jawa, Indonesia. Tersenarai di antara 7 summit Indonesia, gunung yang ke 3 tertinggi di Indonesia ini kebiasaan masa pendakian yang diambil selama 3h2m secara santai dan akan melalui beberapa kemsite & checkpoint seperti Watu Rejeng, Ranu Kumbolo, Jambangan, Kalimati & Cemoro Tunggal menuju ke Puncak Semeru puncak tertinggi di Tanah Jawa, Indonesia. Di puncak Gunung boleh kelihatan Kawah di puncak Gunung Semeru dikenal dengan nama Jonggring Saloko yang masih aktif dimana akan mengeluar bunyi dan asap gunung berapi. Apa yang menariknya mendaki disini selain daripada pemandangan indah yang boleh dilihat di sepanjang jalan terutama di Ranu Kumbolo keadaan trek adalah lebih senang dan santai berbanding Gunung Kerinci kecuali daripada Arcopodo menuju puncak Semeru anggaran masa pendakian yang diperlukan antara 3-6 jam, kerana melalui trek bukit pasir yang berbatu dan sangat curam & ini merupakan trips penutup bagi kalender tahun 2017.

Orang sering bertanya kenapa suka mendaki ?
Jangan hanya bertanya tapi cuba lakukan sendiri :)

Percayalah perjalanan untuk menuju ke puncak masih jauh, tetapi ia sentiasa berada di atas sana. Bau tanah selalu menjaga semangatku untuk terus mendaki dengan terus bersemangat bukan sekadar membawa tubuh tanpa ada perasaan. Terima kasih 2017, satu tahun yang penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan dan pengalaman yang ditempuhi cukup luar biasa dimana cukup indah untuk dikenang !

Looking forward to more adventure 2018 !

Eksplorasi Khao Ko Be - Bukit Sempadan Dua Negara

$
0
0

Di Daerah Hulu Perak sememangnya cukup terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna, selain daripada terdapat banyak gunung & bukit yang cukup menarik untuk diterokai, kaya dengan pelbagai sumber semulajadi seperti tumbuhan herba, kayu kayan tahukah anda bahawa selain daripada Gunung Lang yang terletak berhampiran Thailand terdapat juga bukit lain yang tidak kurang hebatnya dipanggil sebagai Bukit Kobeh atau di panggil dalam bahasa siam iaitu Khao Ko Be yang terletak betul-betul bersempadan Malaysia iaitu Pengkalan Hulu, Perak & Betong, Thailand .

Khao Ko Be @ Bukit Kobeh Bukit Sempadan Dua Negara

Bt Kobeh a.k.a Khao Ko Be antara berpuluh-puluh bukit & gunung yang terdapat disini, bukit yang berketinggian 896m terletak di Hutan Simpan Lepang Nenering iaitu salah satu daripada gunung-gunung Uu Titiwangsa yang bersempadan dengan Siam. Hutan simpan Lepang Nenering ini menganjur hingga ke Royal Belum. Alhamdulillah di pertengahan tahun 2017 sob berpeluang untuk mendaki ke sini bersama dengan Team Gerik Silver Outdoor Adventure #GSoA


Antara kulat, paku-pakis &  tumbuhan yang unik boleh  ditemui dan laluan trek ke puncak kelihatan amat jarang dilalui oleh pendaki. 

Disebabkan lokasi Bukit Kobeh ini agak unik, trek yang bakal dilalui oleh kami agak jarang dilalui kerana tidak terdapat catatan atau log masuk yang dikongsi oleh pendaki terdahulu  mengenai laluan masuk ke sini ditemui, mungkin hanya sekali sekala trek ini dilalui oleh orang kampung atau askar melakukan rondaan ke kesini, jadi kami memilih untuk melakukan ekspedisi kali ini secara daypack sahaja atas faktor keselamatan.

Pendakian yang bakal mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke puncak, terlebih dahulu kesemua lineup berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan seterusnya menaiki powil sehingga ke starting point melalui kawasan kebun sebelum memulakan pendakian. Keadaan trek yang bakal dilalui pada permulaan adalah agak mendatar tapi keadaan trek agak semak di setengah laluan kerana  dihalang oleh buluh dan pokok kayu yang telah jatuh ke tanah, dimana perlu juga melintasi 14 kali aliran sungai berkemungkinan sungai yang sama. Di pertengahan perjalanan akan menjumpai Air Terjun yang cukup menarik yang dikenali sebagai Air Terjun Alai, seterusnya keadaan trek bakal dilalui agak  mengelirukan terdapat simpang-simpang yang terhasil daripada laluan binatang seterusnya mula mendaki sehingga sampai ke laluan permatang  dimana terdapat kawasan yang agak luas serta lapang yang boleh dijadikan kemsite sekiranya ingin bermalam.
.

Antara hidden gem yang terdapat di Hulu Perak Air Terjun Alai, antara air terjun yang terdapat Hutan Simpan Lepang Nenering . Pandangan peribadi 4/5 star rating boleh diberikan berbanding Air Terjun Cermin dan boleh disenaraikan antara 5 air terjun tercantik yang terdapat di Hulu Perak dengan keadaan plunge/vertical yang unik terdapat disini memang agak sukar ditemui di Semenanjung Malaysia!

eh! kome dah sampai ke belum ke sini ? 😎

Disebabkan bukit kobeh berada di kawasan sempadan, akan menjumpai lebih kurang 5 biji batu penanda sempadan Malaysia - Thailand 

Khao Ko Be @ Bukit Kobeh yang berketinggian 896 Meter

Memulakan pendakian lebih kurang pukul 2.30 pagi dan tepat 8.30 pagi kebanyakan lineup sudah sampai ke Puncak Kobeh, tempoh masa pendakian yang mengambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam dimana sepanjang pendakian berhenti di beberapa checkpoint untuk berehat. Dengan keadaan trek pada mulanya agak mendatar tapi panjang di setengah laluan dimana sekali sekala perlu mendaki bukit dan meredah aliran air sehinggalah lebih kurang 500 meter untuk sampai ke Puncak Kobeh perlu melalui trek yang agak pacak 70% dan keadaan trek tanah yang agak licin serta melekat dimana ketika ini kemampuan para pendaki memang teruji untuk sampai ke puncak.


Pemandangan daripada Puncak Bukit Kobeh.

Di puncak terdapat satu tinggalan Beirut lama yang sudah jatuh menyembah bumi, pemandangan daripada puncak pula cukup menarik boleh kelihatan Gunung yang yang menjadi Icon Gerik iaitu Kenderong & Kerunai selain itu boleh melihat pemandangan hutan di sebelah Thailand 

Gerik Silver X Khao Ko Be - Bukit Sempadan dua Negara
 masuk sini jangan lupa bawa buku merah ya :)

Bergambar di Puncak Bukit Kobeh di Batu Sempadan Malaysia - Thailand, dimana puncak Bukit Kobeh adalah Tanah Siam yang paling selatan dimana ia adalah titik penghujung Tanah Siam yang bersempadan dengan Malaysia. Walaupun banyak pertikaian mengenai lokasi Bukit ini satu perkataan yang boleh menggambarkan pendakian ke Bukit Kobeh adalah sangat Awesome! cukup memberikan adrenaline dan cabaran yang tersendiri ketika mendaki gabungan trek yang rare serta mantap dan keindahan air terjun yang cukup memikat setiap mata yang memandang memang memberikan kepuasan yang tersendiri, cuma pastikan sekiranya mendaki ke sini jangan lupa memohon permit kerana lokasi bukit ini terletak di kawasan Hutan Simpan & peringatan mesra kawasan kaki gunung ini sering dikunjungi gajah-gajah dan binatang liar yang berkeliaran untuk mencari sumber makanan.




Ekspedisi Mendaki Gunung Semeru - Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia

$
0
0

Satu perjalanan merentasi sempadan negara daripada Malaysia menuju ke Indonesia, menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa dengan tujuan yang satu ingin menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Kepulauan Jawa iaitu Gunung Semeru yang terletak di wilayah dua kabupaten, yakni Kabupaten Malang dan Kabupaten Lumajang, Provinsi Jawa Timur. Gunung yang turut dikenali Puncak Abadi Para Dewa di mana pendakian kami yang mengambil masa selama 3H2M bermula daripada Ranu Pani melalui beberapa checkpoint & campsite seperti Watu Rejeng, Ranu Kumbolo, Jambangan, Kalimati & Cemoro Tunggal sehingga sampai ke Puncak Semeru puncak tertinggi di Tanah Jawa, Indonesia. Gunung semeru yang cukup terkenal di kalangan pendaki Malaysia kerana keindahan panorama gunung-ganangnya dan keadaan trek yang bakal dilalui cukup memberikan cabaran yang tersendiri dan membangkitkan perasaan adrenaline buat penggemar aktiviti mendaki !

 Gunung Semeru berketinggian 3676 mdpl, Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia

Hari Pertama 
( 04 December 2018 )

Dari kuala Lumpur ke Malang

Tanggal 04 December 2018, Sob bersama teman-teman dari Team Gerik Silver iaitu Matdro, Apit & Mirol bergerak daripada KLIA2 menuju ke Lapangan Terbang Juanda - Terminal 2 dengan menaiki pesawat Air Asia XT-321, lebih kurang pukuL l1.00 am kami semua selamat mendarat ke Kepulauan Jawa,  Indonesia disini kami disambut oleh Gogo daripada Pewai Adventure saudara Edy dan rakan-rakan yang lain yang terlebih dahulu sampai sehari lebih awal. Seterusnya menaiki van membawa kami semua menuju ke Kota Malang, dimana anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Perjalanan menuju ke Kota Malang cukup menarik perhatian sob selain dari view gunung ganang kelihatan juga begitu banyak masjid & surau yang didirikan dengan jarak yang agak berdekatan satu pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat di sini :P

Terlebih dahulu sebelum berangkat ke sini Sob membuat tempahan tiket penerbangan secara online di traveloka.com, cukup mudah serta berbaloi dengan promosi-promosi yang selalu ditawarkan. Alhamdulillah pada pertengahan tahun 2017 sob ada menyertai Contest #MYTravelAdventure by Traveloka dimana kisah mendaki Gunung Kinabalu terpilih dalam senarai 5 yang terbaik dan dapatlah sob gunakan hadiah RM1000 kepada Tiket Flight & Hotel! rezeki pengguna setia traveloka.com

Pemandangan pekan kecil daripada Basecamp ( Jaka Basecamp ) tempat penginapan kami sebelum bergerak menuju ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru

Kesemua lineup bersiap sedia menuju ke Starting Point Taman Nasional Semeru! let pewai :)

Hari Kedua 
(05 December 2017)

Perjalanan menuju ke Ranupani !

Ini merupakan lokasi permulaan kami untuk memulakan pendakian. Perjalanan  mengambil masa lebih 2 jam lebih menggunakan Jeep melalui kawasan perkampungan di Malang pada awalnya kelihatan di kiri dan kanan ladang-ladang epal yang cukup luas, seterusnya semakin jauh perjalanan menuju ke atas  akan melalui pula kawasan dipenuhi dengan ladang-ladang sayur milik penduduk tempatan yang cukup indah seluas saujana memandang di lereng-lereng bukit dan turut kelihatan hutan Pine tree di kiri dan kanan cukup indah dan mempesonakan membuatakan kami semua bertambah teruja untuk mendaki.

Pemandangan indah  di kiri dan kanan dalam perjalanan seolah-olah seperti melihat sebuah lukisan alam


Jalan kampung yang sedang dinaik taraf, dari sini meneruskan perjalanan dengan menaiki motosikal  meneruskan perjalanan ke Desa Ranu Pane  memerlukan bantuan motosikal penduduk kampung ke Tempat pendaftaran untuk mendaki mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Di Pos Ranupani untuk mendaftar

Lebih kurang 20 minit perjalanan daripada tempat Jeep memberhentikan kami dan meneruskan perjalanan menaiki motosikal dimana sepanjang jalan dihidangkan dengan pemandangan indah ladang sayur akhirnya kami sampai ke Balai Besar Taman National  Bromo Tengger Semeru di mana wajib para pendaki mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian.

Sedikit info yang cukup menarik untuk dikongsikan, mulai 01 Oktober 2017 setiap pendaki harus memohon permohonan untuk mendaki secara online dan terdapat limit quota pendakian untuk satu-satu masa selain itu perlu juga membawa salinan pemeriksaan kesihatan, Pengenalan diri dan senarai barang keperluan mendaki sebelum dibenarkan untuk memulakan pendakian



Sahabat petualangan muka ceria sebelum memulakan langkah untuk mendaki, terlebih dahulu di permulaan jalan akan melalui kawasan jalan di ladang-ladang sayur kehijauan yang cukup menyegarkan mata.


Kisah Pendakian Semeru, Trips kroni adik-beradik !

Lebih kurang pukul 10.00  pagi kami memulakan pendakian yang bermula dari pintu Taman Nasional Bromo Tengger Semeru melalui jalur Desa Ranu Pani, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang dan menuju ke Kem Kali Mati untuk berehat sebentar sebelum keesokan harinya meneruskan misi summit atack menuju ke puncak. Tempoh masa perjalanan yang diambil selama 6-8 jam perjalanan secara santai merentasi pelbagai panorama indah yang berbeza-beza dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Berada di Pos 1


Terdapat lebih kurang 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo untuk berehat dan makan tengahari di Ranu Kumbolo, yang menariknya di pos-pos tersebut terdapat peniaga kecil menjual kuih muih dan minuman panas. kopi hitam & kuih muih yang cukup simple tapi rasanya cukup padu yang berharga 5000 rupiah yang dijual sepanjang trek menjadi peneman ketika untuk melepaskan lelah sebentar setelah penat mendaki.

Look deep into nature, and then you will understand everything better.

Di Tasik Ranu Kumbolo tasik suci, berhenti di sini sebentar untuk menikmati makan tengahari.

Perjalanan santai menuju ke Ranu Kumbolo

Kedengaran 8 jam perjalanan itu jauh dan cukup membebankan untuk dilalui, yeah betul walaupun teknya tidak begitu pacak serta agak santai tapi masih memerlukan mengeluarkan kudrat untuk mendaki tapi perjalanan yang dilalui tidak begitu terasa kerana keadaan suhu yang nyaman sejuk di sepanjang perjalanan tambahan pula pemandangan indah di kiri & kanan sepanjang pendakian. Selain itu turut kelihatan pelbagai jenis kulat dan pokok orkid yang boleh dijumpai cukup menarik perhatian.

Pendakian yang santai menuju ke Ranu kumbolo melalui Watu Rejeng di sini terdapat sebuah tasik yang dianggap suci oleh penduduk tempatan yang terjaga dimana terdapat pantang larang & adat tertentu yang perlu dipatuhi ketika berkunjung disini, antara pantang larang yang perlu dipatuhi ialah para pendaki dilarang membasuh tangan, air yang yang hendak diambil terlebih dahulu menggunakan botol atau bald.. Air tasik yang bersih ini boleh diisi terus untuk diminum seperti diberitahu oleh porte.

Tasik Ranu Kumbolo yang terletak di pertengahan jalan sememangnya memukau pandangan setiap pendaki membuatkan perjalanan menuju ke sini rasa sangat berbaloi. Selepas melalui tasik berkenaan, terdapat sebuah bukit kecil yang perlu dilalui dan ia dikenali sebagai Bukit Tanjakan Cinta dengan panorama indah sepanjang pendakian.

Pemandangan Tasik Ranu Kumbolo daripada atas Bukit Tanjakan Cinta, tasik semakin ditupi oleh kabus selepas hujan renyai-renyai.


Bunga liar di bawah bukit berwarna ungu seakan lavender memukau mata, bukit terbentang padang rumput yang luas yang dinamakan oro-oro ombo. Oro-oro ombo dikelilingi bukit dan gunung dengan pemandangan yang sangat indah, padang rumput luas dengan lereng yang ditumbuhi pohon pinus


Perjalanan lebih kurang 10 minit menuju ke Oro-Oro Ombo selepas melalui Bukit Tanjakan cinta satu perasaan takjub yang tak dapat digambarkan betapa indahnya ciptaanmu tuhan, lautan bunga berwarna ungu persis bunga lavender walaupun ia sekadar 'bunga parasit' tapi ia cukup menarik untuk dihayati sentiasa menanti kehadiran para pendaki. Gabungan pemandangan lereng-lereng bukit kehijauan bunga bunga indah berwarna ungu serta langit yang membiru memang mewujudkan warna-warna alam yang cukup harmoni !


Setelahnya melalui laluan di hamparan bunga persis lavender kelihatan bukit di hadapan kami yang masih perlu didaki anggaran perjalanan perjalanan sekitar 2 jam setengah lagi untuk sampai ke Kalimati dimana disitu merupakan kemsite kami akan bermalam, semasa dalam perjalanan menuju ke Kalimati sesekali sekala kami melihat kelibat sang Semeru menunjukkan dirinya di sebalik kabus yang bakal didaki keesokan harinya !

Badang Mahameru!

Brotherhood Semeru ! 
Gerik Silver X Pewai Adventure

Cemoro Kandang  berketinggian 2500 Mtr menuju kemsite Kalimati

Daripada Cemoro Kandang, perjalanan masih berbaki beberapa kilometer yang harus dilalui. Pemandangan gunung yang bakal dilalui mula berubah panorama nya daripada melalui kawasan savana kehijau seterusnya akan melalui kawasan ditumbuhi hutan cemara dan pinus. Keadaan pokok disini kelihatan banyak seperti pokok pine serta susana yang berkabus dan hujan mulai turun di setengah laluan trek, kadang-kala diselingi dengan bunyi-bunyi burung, unggas cukup memberikan satu perasaan mistik ketika melalui di kawasan ini.


Pos Kalimati berada pada ketinggian 2.700 Mtr

Pos Kalimati terletak di kaki Gunung Semeru yang mempunyai sumber air bersih yang tersendiri  jadi untuk bermalam dan beristirahat  disini terlebih dahulu menjadi pilihan ramai pendaki  berbanding tidur di Arcopodo, walaupun jarak dari Arcopodo untuk ke puncak lebih dekat tapi memerlukan  kita mendaki lagi  dalam tempoh 1 jam setengah dengan permukaan trek yang agak pacak dan tidak mempunyai sumber air disitu perlu dibawa oleh pendaki selain  daripada saiz kemsite yang tidak seluas di Pos  Kalimati.

Lokasi kemsite yang indah dan luas ini terletak di tepi hutan cemara dipenuhi dengan padang rumput yang luas dan keperangan menghasilkan pemandangan savana. dari seni sudah boleh kelihatan susuk tubuh gunung semeru dengan jelas yang akan didaki pada kesokan harinya. Suasana disini bayangkan disini dengan suhu yang tak menentu kadang-kadang berkabus, dingin dan kadang-kadang terasa tiupan angin kencang  memberikan pengalaman bercamping yang cukup luar biasa.

Tepat pukul 5.00 petang kami semua sudah sampai di Pos Kalimati, masa disini adalah lebih cepat berlalu berbanding di Malaysia, ketika kami sampai ke sini hari sudah lewat petang dan hari semakin gelap, kabus sudah mula menutupi pemandangan di kiri & kanan. Bertapa bersyukur nya dan nikmatnya apabila sampai di Kalimati khemah dan makan malam sudah siap dirikan oleh Porte berbanding dengan trips di Kerinchi. Menunya pulak cukup menarik nasi putih, sup daging bersama telur dadar memang cukup menyelerakan apabila dinikmati pada cuaca yang semakin dingin selain itu dapat mengembalikan kembali tenaga kami semua selepas penat seharian mendaki.

Walaupun sekadar dapat lelapkan mata hanya sebentar itu pun tidur-tidur ayam, perasaan tidur di sini hanya tuhan tahu berapa sejuknya di malam hari sampaikan memakai beberapa helai baju  dan sleeping beg masih terasa kedinginan malam. 'Selamat malam kalimati, ya Allah semoga esok perjalananku dipermudahkan tiada badai atau angin kuat melanda ketika mendaki ke Puncak, Semeru tunggu aku datang !


Selamat pagi Semeru !

Hari Ketiga
(06 December 2017)
Semangat Semeru, hang tunggu aku datang !

Hari Kedua berada di Semeru setelah melakukan tracking lebih 7 jam menuju ke kem site kalimati, dapatlah berehat lebih kurang 4 jam tanpa tidur yang nyenyak mungkin disebabkan suhu yang sejuk lebih kurang 2.30 pagi sob dan rakan-rakan telah dikejutkan untuk bersiap untuk Misi Summit Attack yang mungkin mengambil masa lebih 8 jam bagi perjalanan santai untuk sampai ke puncak. 

Pendakian di awal pagi daripada Kalimati menuju ke ke Arcopo pada mulanya masih lagi dalam keadaan steady, masih dalam mood panaskan badan mencari rentak mendaki trek gunung berapi! Jalur pendakian yang dilalui sudah mula pacak dan cuaca yang agak dingin yeah nampaknya cabaran Semeru sudah bermula! Lebih kurang 1 jam mendaki seterusnya akhirnya sampai ke Arcopodo, meneruskan perjalanan menuju ke Cemoro Tunggal hingga ke puncak dimana tempoh pendakian yang diambil lebih kurang 7 jam.

Pendakian kali ke dua sob mendaki trek gunung berapi yang antara paling pewai bersepah, bayangkan dengan langkah 5 ke 10 langkah pasti akan berhenti mengambil nafas sebentar berbanding mendaki Gunung Kerinci mungkin disebabkan struktur tanah gunung berapi disini trek tanahnya berpasir, lembut & batuan yang mudah untuk jatuh ke bawah menyebabkan langkah kaki kita akan jatuh ke bawah balik apabila cuba melangkah ke atas. Pada masa itu kekuatan kaki & tangan memang diperlukan sehingga di satu-satu laluan memang memerlukan sob merangkak kaki & tangan pasak ke bumi untuk menahan daripada berundur ke bawah. 



Mendaki itu mengajar kita semua mengenal batas-batas dan kemampuan diri bukan untuk kita untuk mencabar alam

Lebih kurang 20 minit lagi hendak sampai ke puncak kedengaran satu bunyi letupan yang kuat di puncak Gunung, kelihatan asap tebal menjulang ke udara menunggu kehadiran kami semua ke Puncak di mana dalam diam sang Semeru telah mengeluarkan bunyinya !

Trek yang dilihat dari bawah kelihatan semakin mula menghampiri penghujung tapi sayang itu sekadar ilusi budak pewai semata-mata, ternyata masih jauh perjalanan untuk sampai ke puncak. Berbekal semangat Malaysia Boleh kami gagahkan juga melangkah selangkah demi selangkah sehingga sampai ke puncak. Alhamdulillah walaupun tidak berpeluang melihat matahari terbit di puncak tapi ketika dalam perjalanan menuju ke puncak masih dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang menyinar merah kemasan yang cukup indah, subhanallah Allah maha besar!



Alhamdulillah lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu Indonesia pagi, semua lineup telah sampai menjejakkan kaki di Puncak Gunung Semeru - Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia, rasa sangat bersyukur dan puas dirasakan setelah melalui perjalanan yang panjang melalui pelbagai dugaan serta cabaran alhamdulillah pada akhirnya kami sampai ke sini !

Gunung Semeru berketinggian 3676 Mtr
Gerik Silver X Semeru 2017

Pesona Indonesia :)

Berada di Puncak yang berketinggian 3676 Mtr dari aras laut & merupakan puncak ketiga tertinggi di Indonesia memang memberikan kepuasan tersendiri. Melihat, mendengar bunyi-bunyi & asap daripada kawah gunung berapi memang cukup menginsafi bukan satu situasi yang biasa boleh dijumpai di tanah air tercinta. Pemandangan di Puncak memang cukup mempersonakan seolah-olah kehadiran Sob dan teman-teman di sambut dengan Hamparan awan karpet putih yang menebal menanti kehadiran kami, cuaca yang cerah cukup jelas untuk melihat pemandangan indah di sekitar Gunung. Pemandangan gunung-ganang seluas mata memandang memang memberikan aura semangat pendaki yang diidamkan, Semeru bukan biasa-biasa tapi cukup luar biasa aura gunungnya.



Perjalanan naik ke puncak hampir 6 jam manakala turun pula sekitar 1 jam perjalanan,Laluan berpasir gunung berapi yang mempunyai kecuraman 70 darjah dan angin kuat menghembus laluan menjadikan suhu persekitaran mencecah empat darjah Celcius, benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal.




Lebih kurang 50 minit di puncak sob memutuskan untuk pulang ke Kalimati untuk berehat sebentar sambil menunggu kesemua lineup sampai ke sini seterusnya makan tengahari dan bersiap-siap kemas peralatan menuju ke Ranu Kumbolo untuk bermalam lagi semalam serta berehat-rehat satu kerugian sekiranya tidak bermalam tasik Ranu Kumbolo kerana pemandangan disana cukup cantik.


Selamat Tinggal Kalimati, Jumpa lagi Gunung Semeru di lain waktu. Perjalanan diteruskan kembali menuju ke Ranu Kumbolo.

Good morning, begin your day with good feeling 😎
. Ranu kumbolo mountainous lake located in Bromo Tengger Semeru, national park, East Java

Hari Keempat
(07 December 2017)

Suasana Pagi di Ranu Kumbolo & pulang


Suasana pagi di Ranu Kumbolo benar-benar memberikan auranya tenang dan positif yang tersendiri, selepas penat seharian mendaki Gunung Semeru akhirnya dapat juga melakukan aktiviti yang santai bersama sahabat petualang yang lain. Langit biru, cahaya matahari dan danau Ranu Kumbolo menikmati pula sarapan pagi yang disediakan oleh Pak Porter bersama kopi hitam yang panas di pagi hari yang nyaman membuatkan segalanya cukup sempurna untuk memulakan hari, semua masalah yang dihadapi seolah-olah hilang buat seketika dimana setiap detik yang berlalu dinikmati sepenuhnya.


Suasana pagi di sekitar Tasik Ranu Kumbolo 

Perjalanan turun menuju  kembali ke pintu rimba semuanya dalam keadaan terkawal dan alhamdulillah tidak ada team kami yang mengalami kecederaan teruk sepanjang tempoh pendakian Gunung semeru cuma beberapa team yang agak keletihan dan pewai dan itu adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh para pendaki dan lebih kurang pukul 4.00 petang diiringi oleh hujan lebat kami semua selamat sampai keluar, syukur alhamdulillah.

Terima kasih kepada gunung untuk atas satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli. Terima kasih kepada Porte Pak De semeru & kawan-kawan, Guider Irfan yang cukup memberikan komitmen yang terbaik sehingga membuatkan kami terharu dengan layanan yang diberikan. Kepada sahabat-sahabat petualang Kak lang, Ada, Eddy, Mirul, Dro, Din Loy, Waie, ilma & Apit, aku percaya bukan ketinggian gunung yang dicari cukuplah sekadar moment-moment indah, gelak ketawa, suka duka & pewai bersepah yang sepanjang pendakian ini menjadi sebahagian memori terindah dalam kehidupan yang boleh dikongsikan pada hari tua. Yeah Gunung Semeru we done !


Mendaki Bukit Gelok, Lawin Perak

$
0
0

Lokasi Bukit Gelok yang terletak di Lawin Perak, sob percaya masih ramai yang tertanya-tanya dan tidak begitu tahu mengenai kewujudan Bukit ini. Percaya atau tidak Bukit Gelok antara salah satu lokasi yang terbaik di Gerik untuk mendaki menyaksikan sunrise, awan karpet dan satu bonus apabila mendaki sampai ke puncak memberikan satu kepuasan yang berganda buat pendaki  kerana pemandangan  di puncak yang menjanjikan panorama 36o tanpa halangan yang cukup indah. Bukit yang pernah terbakar ini boleh disifatkan treknya seperti mini K2 malaya kerana pendakian anda semua ke sini memang memberikan adrenaline serta cabaran yang tersendiri terutama ketika melalui trek dimana disebelah kiri dan kanannya adalah gaung.

Mendaki Bukit Gelok, Lawin Perak

Bukit Gelok antara berpuluh-puluh bukit & gunung menarik untuk diterokai yang terdapat di Banjaran Papulut. Bukit yang berketinggian 538 meter ini terletak di selatan Hutan Simpan Papulut, Lawin, Perak. Bukit yang boleh dilihat daripada jalan utama lenggong - Gerik terdapat beberapa cara untuk menuju ke starting point tapi antara laluan yang paling senang untuk akses ke sini adalah melalui Felda Lawin Selatan sama ada menggunakan kenderaan 4x4 atau motosikal.

Puncak Bukit Gelok, pemandangan daripada False peak

Antara laluan trek Bukit Gelok, yang berbatu serta agak rapuh di mana agak mudah untuk batu-batu kecil jatuh atau tergolek menimpa pendaki lain sekiranya salah langkah pijak step.


Pokok Timbaland yang akan dijumpai di pertengahan perjalanan mendaki  Bukit Gelok.
Ini antara lokasi menarik untuk bergambar #sahabatpetaualang

Alhamdulillah di awal tahun 2018 sob berpeluang untuk mendaki semula ke sini buat kali ketiga bersama dengan Team Gerik Silver Outdoor Adventure #GSoA. Pendakian secara santai ini yang mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk sampai ke puncak di mana kami semua memilih untuk bercamping di puncak bukit gelok, bergerak mendaki selepas solat maghrib, terlebih dahulu semua lineup  seramai 9 orang berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan di Masjid Lawin seterusnya menaiki powil sehingga ke starting point yang melalui kawasan kebun sebelum memulakan pendakian menuju ke Puncak.


Keadaan di puncak yang berbatu tidak begitu sesuai untuk dijadikan kemsite kerana permukaan puncak yang tidak rata dan berbatu, selain daripada itu tiupan angin agak kuat pada tengah malam kerana di puncak tidak terdapat pokok besar yang boleh dijadikan penghadang daripada tiupan angin terus mengenai khemah yang didirikan. Di sini juga para pendaki boleh menjumpai tinggalan beirut lama yang sudah rebah menyembah bumi. 

Apa yang cukup paling menarik mendaki disini adalah panorama penuh 360 daripada puncak yang cukup memikat hati. Daripada puncak para pendaki boleh melihat pemandangan indah kawasan lawin, Tasik Kenering, gunung-gunung Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh. 

Pemandangan di sekeliling Bukit Gelok, dari puncak boleh lihat Tasik Kenering, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh. 

Apa macam view, menarik tak ? terasa seperti camping di pergunungan luar negara kan :P

 Bangun daripada tidur, disajikan pula dengan pemandangan indah sebegini sambil layan secawan kopi panas di awal pagi, satu nikmat yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata, satu kedamaian yang memberikan aura positif.

Bahagia itu kopi, gunung & kamu 👦👧


Keadaan trek yang bakal dilalui pada permulaan mendaki, akan mendaki bukit yang agak pacak dan semak lebih kurang 30 minit, selepas itu akan melalui beberapa false peak dimana keadaan pokok di  sebelah kiri dan kanan mula kelihatan  semakin jarang kesan daripada kawasan bukit yang pernah terbakar pada satu masa dahulu dan terakhir akan melalui laluan yang agak rapuh permukaan treknya di mana agak mudah untuk batu jatuh atau tergolek terkena pendaki yang lain sekiranya salah langkah mengambil step laluan sehingga sampai ke puncak.

Walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Papulut, Pulut dan k2 puncak bukit yang botak dan pernah terbakar ini menjanjikan view 360 dengan trek pendakian yang mencabar ala-ala Gunung Kenderong. Bukit yang pernah terbakar ini boleh disifatkan treknya seperti mini K2. Untuk mendaki di sini sangat digalakkan untuk mendaki secara daypack pada awal pagi untuk mengelakkan cuaca yang panas ketika tengah mendaki kerana sepanjang mendaki tidak ada begitu banyak pokok besar yang boleh dijadikan kawasan teduhan daripada terik sinaran cahaya matahari. Sekiranya ingin camping di puncak pastikan membawa air yang secukupnya kerana di sepanjang perjalanan menuju ke puncak tidak menjumpai tanda atau lokasi terdapat waterpoint di sekitar bukit ini.

Gerik Silver X Bukit Gelok
 bersama sahabat petualang

Mendaki Gunung Papulut - Negeri Di Atas Awan

$
0
0

Gunung Papulut yang berketinggian 725.72 meter ini terletak di dalam Kawasan Hutan Simpan Papulut Gerik Perak ini, antara salah satu lokasi pendakian yang semakin mendapat tempat  di kalangan pendaki Malaysia berbanding 2 tahun lepas dimana gunung ini amat jarang menerima kehadiran pendaki luar untuk mendaki berbanding Gunung Kenderong dan Kerunai walaupun lokasi Gunung Papulut yang terletak berhadapan sahaja.

Mendaki Gunung Papulut - Negeri Di Atas Awan

Untuk mendaki Gunung Papulut akan melalui starting point yang sama seperti mendaki Gunung Pulut iaitu melalui kampung Tawai, dimana permulaan jalan akan melalui laluan bekas jalan balak yang sudah lama ditinggalkan jalan yang agak mendatar, seterusnya akan menjumpai sungai kecil ( Lwp ) sebelum cabaran sebenar bermula dimana selepas itu akan melalui trek mendaki yang menaik menurun dan melalui trek jalan permatang anggaran tempoh masa lebih kurang 3-4 jam dari starting point untuk sampai ke Puncak Papulut bergantung kepada pace pendakian masing-masing.

Seperti Gunung Kenderong dan Kerunai digelar sebagai ( K2 )Gunung Papulut dan Pulut turut juga dikenali sebagai ( P2 ) mempunyai reputasi yang tersendiri di kalangan pendaki Malaysia kerana keindahan pemandangan yang dapat dilihat daripada puncak cukup mengagumkan, untuk melihat pemandangan matahari terbit yang indah dan hamparan lautan awan karpet agak mudah, mungkin disebabkan cuaca di Daerah Gerik yang sejuk dan berkabus di malam hari dikelilingi kawasan hutan yang masih luas  yang membuatkan kebarangkalian tuah para pendaki untuk mendapat pemandangan awan karpet di puncak agak senang sehingga gunung-gunung tersebut digelar sebagai 'negeri di atas awan'  tanpa perlu mendaki gunung yang lebih tinggi.

Antara laluan yang perlu dilalui untuk sampai ke Puncak Papulut - 

Sedikit tips untuk yang pertama kali mendaki disini, terutama mendaki ketika musim hujan keadaan trek yang perlu dilalui agak licin dan berselut jadi pastikan menggunakan kasut yang sesuai untuk mendaki untuk mengelakan anda terjatuh dan berisiko untuk tercedera ketika mendaki

Sekiranya ingin bermalam di puncak gunung pastikan membawa air yang secukupnya at least setiap ahli kumpulan membawa 4 botol besar untuk kegunaan sendiri dan Team. Air boleh diambil daripada permulaan water point yang mula-mula ditemui ketika mendaki  tetapi kebanyakan pendaki yang mendaki gunung ini lebih memilih untuk mendaki secara daypack disebabkan jarak untuk sampai ke puncak yang tidak begitu jauh.

Anggaran perjalanan daripada starting point mendaki menuju ke Puncak Papulut sejauh 4.2 km sehala apa yang lebih menarik adalah kepelbagaian flora dan fauna yang boleh ditemui dan dilihat ketika mendaki seperti tumbuhan herba, kayu kayan, paku pakis, kulat, cendawan dan jejak-jejak haiwan liar. Lebih kurang 5 kali mendaki Gunung Papulut, sob agak bertuah kerana dapat melihat Burung Kuang Raya dan Burung Enggang dari jarak dekat. Gambar di bawah adalah pelepah burung kuak raya yang dijumpai masih dalam keadaan elok ketika turun daripada Gunung Papulut

Pelepah Burung Kuang Raya - antara burung diancam kepupusan disebabkan populasinya yang semakin mengurang 


Antara kulat-kulat kecil, cendawan & tumbuhan yang unik boleh ditemui di sepanjang trek.


Lokasi Gunung Papulut & Pulut terletak di Kawasan Hutan Simpan Papulut, jadi untuk mendaki disini para pendaki haruslah memohon permit terlebih dahulu serta menjadi satu kesalahan sekiranya mendaki tanpa permit dan sekiranya ditangkap boleh dikenakan denda. Permit untuk mendaki boleh dimohon di Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak.

Kawasan Hutan Simpan Papulut antara satu lokasi laluan gajah pada bulan-bulan tertentu untuk mencari makanan, mengawan atau menuju ke hutan seberang jadi agak mudah najis-najis gajah sekiranya mendaki pada awal pagi pendaki haruslah sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. 

keadaan trek pada awal pendakian akan melalui kawasan yang mendatar seterusnya melintasi sungai kecil selepas itu mula akan mula mendaki sehinggalah sampai ke simpang Y - anggaran 1 jam 30 minit pendakian, seterusnya andaakan mula melalui laluan menurun, ingat sentiasa berhati-hati dan jaga langkah  kerana laluan trek agak sempit dan curam selepas itu mula mendaki sehingga sampai ke laluan permatang. Di laluan permatang agak menarik kerana boleh melihat pemandangan bukit yang terbuka dan Hutan Papulut di sebelah kiri, teruskan mood mendaki kembali sehingga menjumpai pondok kecil yang sudah lama ditinggalkan. lebih kurang 15 minit lagi mendaki dengan keadaan trek 70% pacak sehingga sampai ke Puncak Papulut dimana anggaran masa diambil mendaki dari simpang Y ke puncak lebih kurang 2 jam. Bagi yang pertama kali mendaki ke sini pastikan anda dan team anda  tahu selok-belok laluan mendaki ke Gunung ini kerana jalan untuk sampai ke puncak agak mengelirukan dan berisiko untuk lost treck . Untuk mengurangkan risiko tersebut bolehlah mendapatkan perkhidmatan tunjuk arah daripada pendaki yang lebih mahir dan tahu laluan kawasan tersebut

Tinggalan Beirut lama yang jatuh menghempas bumi boleh ditemui di Puncak Gunung Papulut.


Sekiranya anda seorang pencari 'besi buruk'di puncak gunung dan bukit Malaysia, ya di sini daerah Gerik terdapat satu daripada beribu tinggalan Beirut di Malaysia yang perlu anda lawati. Cuma beirut  di  Puncak Papulut sudah jatuh ke tanah sama seperti yang terdapat di Puncak Bukit Gelok, Gunung Bubu, Puncak Kobeh , Bukit Nasah. Bukit Mengkuang dan beberapa lagi bukit yang terdapat di sekitar daerah Gerik. Setakat ini beirut yang masih berdiri teguh terdapat di Puncak Gunung Kenderong & Bukit Ulu Labu.

Bagi yang tertanya-tanya apa itu beirut dan fungsinya ? untuk makluman semua "Beirut" adalah besi yang berbentuk segitiga yang berada di puncak. Beirut adalah struktur yang dibina sebagai penanda puncak atau poin tertinggi, Bagi seorang pendaki pula satu kepuasan serta bonus sekiranya mendaki sampai ke puncak dan menjumpai beirut kerana ia menjadi simbol dan petunjuk ketinggian sesuatu puncak yang berjaya didaki oleh seorang pendaki itu.

Beirut berasal daripada perkataan "Biroute" dalam bahasa Perancis. "Biroute" bermaksud "windsock" atau stokin angin. "Windsock" ini telah menjadi amalan penjelajah dahulu. Mereka akan memasang "windsock" di puncak tertinggi yang telah dicapai. Tapi harus diingat bahawa tidak semua gunung mempunyai beirut sebagai penanda puncak. Ada yang hanya mempunyai batu penanda kawasan dan sempadan. Pada masa kini, ada yang telah meletak papan tanda sebagai poin tertinggi.

Gunung Papulut 725.72
Gerik Silver Outdoor Adventure

Mendaki bersama Team Deaf Hikers dan bersama idola pendaki kegilaan ramai dari G2K2 brother 
Ikwan :)

Negeri di atas Awan, daripada Puncak Papulut boleh kelihan dengan jelas pemandangan The twin Peak Perak ( k2 )

Pemandangan 360% terbuka luas dari puncak Papulut dari  sini boleh kelihatan Bukit Pulut di hadapan.

Keadaan di Puncak Gunung papulut tidak begitu luas dan terdapat beberapa pokok kecil yang boleh dijadikan tempat berlindung daripada panas matahari sama seperti Bukit Pulut keadaan permukaan tanah yang agak berbatu-batu tapi masih mendatar sesuai untuk mendirikan fly and ground untuk berehat di Puncak. Daripada puncak Gunung Papulut boleh nampak pemandangan 360 darjah banjaran yang terdapat di sekeliling antaranya Banjaran Bintang, Banjaran Titiwangsa, Banjaran  & Banjaran Ulu Soh.  

Bunga Terbesar Di Dunia - Rafflesia

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Dah sampai ke belum. Itulah antara kata-kata yang sering didengari apabila berada di Jeti Aman Jaya, Pulau Banding Malaysia. Pulau Banding merupakan pintu masuk utama ke Kompleks Hutan Belum-Temengor dimana kawasan ini merangkumi Taman Negeri Royal Belum seluas 117,500 hektar, Hutan Simpan Gerik seluas 34,995 hektar dan Hutan Temenggor seluas 147,505) hektar dan menjadi salah satu kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia.

Sob nak share antara tempat yang cukup menarik terdapat di Daerah Hulu Perak Iaitu Royal Belum State Park, lokasi percutian yang wajib dikunjungi sekali seumur hidup terutama kepada semua nature lovers di Malaysia! Cuba hampa semua bayangkan luas kawasan Kompleks Hutan Belum-Temengor, hampir empat kali ganda dari saiz Negara Singapura dimana lokasi hutan ini sangat kaya dengan kepelbagaian flora serta fauna dan pastinya menarik perhatian setiap pelawat yang mengunjungi kawasan ini.

Entry kali ini agak istimewa dimana sob ingin berkongsi sedikit sebanyak info Bunga Rafflesia dan pengalaman melihat  sendiri bunga ini sedang berkembang mekar di depan mata, satu perjalanan yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama.

Bunga Terbesar Di Dunia - Rafflesia

Sebelum ini sob pernah berkongsi mengenai tempat menarik yang terdapat disini seperti round island di sekitar kawasan Komplek Belum-Temenggor , melawat perkampungan orang asli, melawat kawasan sira gajah atau salt lick dimana itu adalah kawasan haiwan liar mendapatkan mineral , bird watching terutama burung enggang dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan antaranya nature walk di Waterfall Kooi, berkayak, berakit dan mandi -manda air terjun di santuari ikan kelah di Sungai Ruok jadi boleh cari di ruangan search untuk article yang terdahulu ya ☻

Alhamdulilah awal tahun 2020 pada bulan Januari, salah satu hajat sob untuk melihat satu diantara 3 spesies bunga rafflesia yang terdapat di Hutan Belum tercapai, apa yang membuatkan sob begitu teruja spesies bunga ini dikenali sebagai R.kerrii diantara bunga pakma yang paling besar saiz kopak bunga bila mekar berkembang dan cantik berbanding spesies bunga rafflesia yang lain yang terdapat di kawasan ini serta  antara bunga rafflesia yang terbesar terdapat di semenanjung Malaysia

Sungai Ruok Royal Belum antara salah satu lokasi untuk melihat Bunga Rafflesia.

Belum rainforest resort

Bagaimana cara untuk Ke Royal Belum ?

Terdapat pelbagai cara untuk sampai ke Royal Belum seperti dengan perkhidmatan ulang-alik seperti motorsikal, van dan kereta atau pengangkutan awam sama ada teksi atau bas atau boleh memandu pandu  kenderaan sendiri.

Memandu Sendiri.

Dari Kuala Lumpur - Royal Belum terletak kira-kira 400 km dari Pulau Pinang (memandu kira-kira 5 hingga 6 jam) dari Kuala Lumpur. Menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan ke Ipoh. Menuju ke utara ke arah Kuala Kangsar, Sauk, Lenggong dan Gerik. Kemudian masuk ke Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Awam Pulau Banding di mana bot disediakan untuk sampai ke resort Royal Belum. Bersia, Gerik  adalah lokasi terakhir untuk anda mengisi petrol di sini terdapat dua stesen minyak iaitu Shell dan Petron kerana tidak terdapat stesen minyak boleh didapati di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat.

Dari Pulau Pinang - Royal Belum terletak kira-kira 250 km dari Pulau Pinang (memandu kira-kira 3 jam). Menuju ke selatan ke arah Kuala Kangsar dan Gerik dan kemudian memasuki Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Aman Jaya Pulau Banding, dimana disini disediakan tempat rehat dan parking kereta berbayar.

Dari Ipoh - Royal Belum terletak kira-kira 180 km dari Ipoh (jarak kira-kira 2 ½ jam perjalanan). Menuju ke utara ke arah Kuala Kangsar dan Gerik dan kemudian memasuki Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Aman Jaya, Pulau Banding.

Dari Kelantan - Royal Belum terletak kira-kira 180 km dari Kelantan (lebih kurang 3 jam perjalanan). Gunakan Lebuhraya Timur-Barat sehingga anda akan dapat melihat papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Aman Jaya, Pulau Banding.

Menggunakan  Bas

Terdapat beberapa bas harian yang berlepas dari stesen bas Hentian Duta di Kuala Lumpur untuk ke stesen bas Gerik, kemudian mengambil teksi untuk sejauh 40 km ke Pulau Banding, pintu masuk ke Taman Negeri Belum.

Menggunakan Teksi

Boleh mendapatkan Perkhidmatan teksi yang terletak di belakang Stesen Bas Gerik untuk membawa anda ke Jeti Aman Jaya, Pulau Banding.

Lokasi penginapan di Pulau Banding

Antara lokasi penginapan yang paling berdekatan yang boleh anda check in antaranya ialah Belum Rainforest Resort dan Chalet terapung Mat Syah terletak di Pulau Banding manakala Kem Royal Belum pula lokasinya terletak di dalam hutan belum dimana terdapat 4 buah kem iaitu di Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar.


Beautiful scenery at Belum-Temenggor lake

Sedikit info berkaitan Hutan Belum

Apa yang lebih menarik melalui kajian-kajian yang telah dijalankan dikatakan bahawa Hutan Royal Belum yang wujud sejak 130 juta tahun lalu adalah lebih tua daripada usia hutan Amazon di Brazil dan Hutan Kongo di Afrika Tengah. ternyata Hutan Belum mempunyai pelbagai tarikan dan pesonanya yang tersendiri diantaranya  merupakan salah satu lokasi yang cukup menarik untuk melihat bunga rafflesia atau turut dikenali sebagai bunga pakma dengan lebih dekat kerana di sini terdapat 3 jenis spesies rafflesia yang hidup subur di kawasan Hutan Belum

Spesis Bunga Rafflesia R.kerrii 

Untuk post kali ini sob nak berkongsi sedikit sebanyak info mengenai Bunga Rafflesia

Untuk makluman semua, tiga daripada 30 spesies Rafflesia yang ada di dunia, tumbuh subur di dalam kawasan Hutan Belum iaitu spesies R.cantleyi, R.kerrii serta R.azlanii yang dinamakan sempena Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tahu atau tidak apa yang membuatkan uniknya komplex Belum -Temenggor kerana terdapat 3 spesies yang dinyatakan di atas boleh didapati di dalam satu kawasan di sini berbanding di tempat lain.

Sob dimaklumkan antara penemuan yang paling menarik berkaitan bunga rafflesia ialah penemuan spesies hibrid betina Rafflesia yang ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak . Penemuan bunga ini dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies Rafflesia Azlanii dan Rafflesia Cantleyi dan ianya juga telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.

Penemuan spesies Rafflesia hybrid yang memiliki 10 kelopak, berbanding spesies biasa memiliki 5 kelopak sahaja.

Penulis - Khairul Abidin Nuar
Sumber - Utusan Malaysia
Tarikh - 23 Jun 2012

Di sini sob kongsikan gambar-gambar spesis Rafflesia yang ditemui di Hutan Belum

Bunga Rafflesia R.Kerrii

Bunga Rafflesia R.Cantleyi
Credit - Hafizul Haron

Bunga Rafflesia R.Azlanii
Credit - Hafizul Haron

Di Hutan Belum, terdapat beberapa lokasi Bunga Rafflesia boleh ditemui antaranya di Sungai Gadong, Pos X-ray, Sungai Ruok dan Sungai Kooi, tapi semuanya bergantung kepada nasib ketika mengunjungi kawasan ini, jika bertuah boleh melihat Rafflesia yang sedang kembang penuh atau melihat kubis merah yang sedang membesar sebalik akar-akar pokok atau tergantung kerana spesies Rafflesia merupakan tumbuhan parasit yang menumpang pada akar pokok lain untuk bergantung punca makanan daripada rumahnya.Apa yang membezakan bunga pakma ini dengan bunga-bunga lain yang kita lihat setiap hari ialah apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia Tikus - ditemui di Hutan Simpan Kenderong

Rafflesiaceae terbahagi kepada tiga jenis genera iaitu Rafflesia, Rhizanthes, Sapria. Dimana dua daripadanya iaitu Rafflesia dan Rhizanthes terdapat di Malaysia. Direkodkan terdapat lebih daripada 30 spesies Bunga Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia dimana pertama kalinya direkod penemuan Bunga Rafflesia oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816 di bandar Bengkulu (Bencoolen), Sumatera. Spesies Rafflesia Arnoldii merupakan spesis Bunga Rafflesia terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs).

Btw, assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sobriyaacob.com sama ada pembaca baru atau sahabat-sahabat lama bloggers yang sudah lama sob tak blogwalking disana sini semoga kalian sihat sentiasa.  Masihkan kalian ingat akan manusia bernama Sob 😆 Dalam tak sedar memang sudah lama sob meninggalkan blog kesayangan hamba ini cukup lama.. memang lama... sangat lama dimana post terakhir di publish pada September 2018. Kalau dihitung balik lebih kurang setahun gais tak berupdate blog ini ni sampaikan rasa kekok sangat  untuk jari-jemari ini terus menaip berkongsi idea di atas keyboard. Ok sahabat semua doakan semoga entry pembukaan ini menjadi permulaan baru untuk sob terus berkongsi cerita dan pengalaman di ruangan blog.

Mendaki Bukit Ulu Malau, Lawin Perak

$
0
0
Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua.

Bukit Ulu Malau, berketinggian 834 Meter terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, antara berpuluh Gunung dan Bukit yang terdapat di sekitar Hulu Perak. Alhamdulillah one of my wishlist antara bukit yang ingin didaki di sekitar kawasan Lawin akhirnya tercapai yeah. Sob dimaklumkan di Puncak Bukit terdapat tinggalan beirut lama yang masih berdiri kukuh. Selain daripada keadaan hutan ini yang masih rare, jarang didaki oleh pendaki dan juga  kombinasi terdapat banyak air terjun yang cukup cantik terdapat di sekitar laluan mendaki menuju ke puncak.

Mendaki Bukit Ulu Malau, Lawin  Perak

Pendakian sob kali ini bersama dengan Team souventure extreme outdoor terima kasih Oyien, Farah dan rakan-rakan pendaki lain kerana mengajak sob untuk turut serta mendaki ke bukit Ulu Malau, it really great experience to learn and share something new. 

Pendakian kali ini secara day hike jadi tidak perlu membawa banyak barang sekadar yang perlu, lineup seramai 8 orang berkumpul di Pekan Lawin seterusnya tapau lunch untuk dimakan di puncak dan lebih kurang pukul 7.00 pagi memulakan perjalanan menuju ke starting point. Untuk mendaki Bukit Ulu Malau laluan masuk ke bukit melalui kampung Malau, Lawin

Daripada Kampung Malau akan melalui kawasan kampung seterusnya jalan kebun getah sehingga sampai ke pintu masuk anggaran masa 15 minit dengan menaiki motosikal. Sekiranya berjalan kaki  mungkin mengambil masa 20-40 minit disini boleh parking motor dan boleh mula mendaki.

Pemandangan Bukit Ulu Malau daripada Kampung Malau


Keadaan trek yang jarang dilalui oleh pendaki mungkin hanya dilalui oleh penduduk tempatan sahaja untuk mencari hasil hutan dan sekali dimasuki oleh pendaki, 

Unofficial Log Mendaki

Mulakan pendakian 8.00 am - waterfall ke 3 8.15 am
simpang balak  9.00 am - laluan permatang 10.00 am
puncak tipu 11.00 am - Puncak Ulu Malau 11.30 am

Puncak berehat 12.30 pm - waterfall 3 1.30 pm
camping / rehat - keluar 5.00 pm

Air terjun Pertama

Mendaki di Bukit Ulu Malau ini agak menarik kerana di kaki bukit terdapat banyak anak-anak sungai dan air terjun yang cantik, sob diberi tahu disini sahaja terdapat lebih 7 air terjun di sekitar kawasan  Bukit Ulu Malau. Insyaallah for next trips we have plan to explore more waterfall yang ada disini disebabkan kekangan masa focus utama  kami semua untuk mendaki sampai ke puncak sahaja dan keluar sebelum hari gelap.

Mulakan pendakian pada pukul 8.00 pagi, lebih kurang 4 minit trecking terus menjumpai air terjun yang pertama me is excited 😃 dan trust me aliran air terjunnya bukan kaleng-kaleng boleh tahan wow juga arusnya. Disini juga antara viewpoint yang boleh anda melihat pemandangan sekeliling kerana selepas melalui waterfall pertama sehingga ke puncak di kiri dan kanan hanya pemandangan  hutan.

 Dari Viewpoint boleh kelihatan dengan jelas Bukit Gelok dan bukit yang terdapat di sekitar

  Air terjun ke 3 lebih kurang 5 minit berjalan daripada waterfall pertama

Sarang kelulut,  kulat-kulat kecil, cendawan & tumbuhan yang  ditemui di sepanjang trek.

keadaan trek pada awal pendakian akan melalui kawasan air terjun seterusnya melintasi sungai kecil selepas itu mula akan mula mendaki sehinggalah sampai ke simpang Y - anggaran 1 jam 30 minit pendakian, seterusnya anda mula melalui laluan mendatar lepas itu mula mendaki sehingga sampai ke laluan permatang selepas itu akan menjumpai beberapa puncak tipu teruskan mendaki sampai ke puncak. anggaran masa mendaki secara santai 4 jam lebih.

Trek Bukit Ulu Malau masih dara, agak menarik sebab banyak tumbuhan-tumbuhan herba antaranya kacip fatimah dan tongkat ali dan cendawan yang pelbagai bentuk dan warna boleh ditemui disini. Keadaan trek yang tidak jelas, mungkin di beberapa kawasan akan menjumpai kesan tanda ke laluan tertentu tapi tidak berapa jelas jadi kami terpaksa mencari jalan sendiri untuk sampai ke puncak kelihatan tanda itu sudah lama dibuat sama ada oleh pemburu atau penduduk setempat.

Bukit Ulu Malau berketinggian 834 Meter - unlock

Keseluruhan trail mendaki Bukit Ulu Malau ada cabaran yang tersendiri di beberapa kawasan yang agak semak dan berduri. Tahap kesukaran mendaki  yang sederhana kerana tidak melalui langsung kawasan curam atau gaung, bukit ini mempunyai potensi yang tersendiri untuk menjadi lokasi yang akan populer seperti trek K2 dan P2 cuma keadaan di puncak yang dilindungi oleh pokok-pokok besar jadi tiada view terbuka langsung di Puncak, tapi kalau anda sukakan air terjun ini antara kawasan yang sesuai untuk bercamping bersama rakan-rakan.

Selain daripada Bukit Ulu Malau, terdapat juga bukit lain yang menarik untuk didaki di kawasan Hutan Simpan Hijau antaranya Bukit Ulu Labu, Bukit Ulu Ibul, Bukit Ulu Lipan, Bukit Air Ba dan Gunung Sanggul.




Thailand Trips - Mendaki Di Phu Kradueng National Park, Thailand

$
0
0
Mendaki di  Phu Kradueng National Park I Thailand

Hari Pertama
Dari Penang ke Bangkok

Jan 2019 - selepas balik daripada office sob terus bersiap-siap mengambil barang dari rumah dan seterusnya memandu bergerak ke Penang International Airport untuk menuju ke Don Mueang International Airport dengan menaiki pesawat Air Asia FD 404 yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Secaranya jujurnya  solo trip ke Thailand  ini bakal mengambil masa selama 8 hari dimana perjalanan akan bermula daripada Bandar Bangkok menuju ke wilayah loei seterusnya ke Pattaya dan berakhir di Hatyai sebelum kembali ke Penang, dimana sepanjang trips berlangsung, sob hanya menggunakan pengangkutan awam  sahaja untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Laluan perjalanan yang  bermula dari Pulau Pinang - Bangkok - loei -  Pattaya - Bangkok - Hatyai  dan berakhir di Pulau Pinang

Don Mueang International Airport

Tiada sebarang itenary lengkap dibuatnya semuanya berdasar trips main redah sebab nak clearkan cuti tahunan, sehari selepas cuti approve terus book tiket flight dan yeah here we go geng ! Perkara pertama yang terlintas di kepala sob ialah ingin mendaki gunung-ganang enjoy the nature dan itu adalah misi utama trips ke Thailand. In my head have a few list of national park yang sob ingin lawati and few day before fly sob ada google lokasi-lokasi gunung yang menarik dan mudah diakses oleh pelawat dan antaranya Phu Kradueng National Park, Phu Rua National Park dan beberapa taman negara yang lain yang berdekatan.

Lebih kurang pukul 3.15pm sob telah selamat mendarat di Don Mueang selepas selesai semua urusan di lapangan terbang, perut pun sudah mula berbunyi diminta untuk diisi seterusnya pergi mencari makanan di food court Don Mueang Airport untuk menjamu selera. Untuk makluman disini terdapat satu kedai yang menjual makanan halal dimana boleh melihat logo halal tertera di depan premis dan konsep jual beli disini anda perlu membeli kupon terlebih dahulu dan bayaran menggunakan kupon dan baki yang tak digunakan kembali boleh ditukar kepada tunai semula di kuanter.

Seterusnya beli simkad thailand, untuk memudahkan merancang perjalanan dan berkomunikasi. Benarlah seperti diperkatakan internet di Thailand sangatlah laju, efficient dan murah !  Kenapa sob cakap begitu ? coverage internet di sana sama laju sahaja sama ada guna di kawasan bandar atau puncak gunung.

Don Muang Railway Station

Selepas selesai menjamu selera perkara pertama yang terlintas di kepala, top of my list ialah beli tiket balik semula ke tanah air kerana perancangan awal sob untuk pulang dengan menaiki kereta api daripada Bangkok terus menuju ke Padang Besar. Daripada pintu keluar lapangan terbang perlu melintasi jejantas panjang seterusnya akan nampak stesen kereta api yang berdekatan, boleh beli tiket disini. Disebabkan tiket terus ke Padang besar sudah habis, so i decided to transite ke Hatyai seketika dan dari situ baru beli tiket ke Padang Besar dan harga tiket bernilai 1,135 Baht perjalanan sehala.

Selesai membeli tiket kereta api terus pergi semula ke ruang menunggu bus di depan lapangan terbang, menaiki bus untuk menuju ke Chatuchak Park / terminal bus dengan menaiki Bus No A1 perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Based on google map Chatuchak Park  berdekatan dengan New Mo Chit Bus Terminal ! so sob turun dahulu di Taman ini sebentar untuk berjalan-jalan ambil angin Kota Bangkok sebentar, sayanglah kalau tidak datang melawat kerana lokasinya berhampiran sebelum bergerak ke Terminal Bus untuk membeli tiket ke Pru Kradeng. Sob membeli tiket bas dimana waktu bergerak pada sebelah malam, tapi untuk memudahkan perjalanan anda boleh booking ticket secara online terlebih dahulu, jadi tak perlulah terkejar-kejar seperti sob !

Chatuchak park  

Chatuchak Park adalah antara taman yang tertua di Bangkok dan berkeluasan lebih kurang 0.304 kilometer jadi kalau nak berjalan-jalan di keseluruhan taman memang mengambil masa agak lama, jadi sob hanya lepak-lepak sebentar di pinggir taman sebelum bergerak ke terminal bas untuk membeli tiket. Daripada Chatuchak Park menuju ke New Mo Chit Bus Terminal mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan berjalan kaki, tapi apa yang best berjalan di sini anda akan kerap menemui kedai 7E di setiap penjuru kawasan sama ada di kawasan lot kedai sehingga sampai di bawah flyover jalan raya.

New Morchit Bus Terminal

Keadaan terminal bas agak bersih, teratur serta berhawa dingin dan disini juga disediakan banyak tempat untuk charge telefon, since my handphone bateri hampir-hampir nazak dan hanya menunggu masa untuk mati jadi bila dapat tempat cas memang seperti satu rahmat besar. Susah sebenarnya kalau tak ada telipone untuk aksess internet di tangan terutama untuk google merancang perjalanan dan kebanyakan jalan yang perlu dilalui sob banyak bergantung kepada google map. Lebih kurang 2 jam menunggu tepat pukul  11.00 malam bas bergerak menuju ke  Pha Nok Khao

Untuk membeli tiket ke Pru kradeng tidaklah susah mana kerana di hadapan kaunter tiket susah tulis lokasi yang ingin dikunjungi atau boleh bertanya terus di security cuma harga tiket berbeza-beza bergantung kepada jenis bas yang dipilih. Ruang menunggu bas terletak di tingkat bawah jadi  anda perlu turun ke bawah untuk menunggu di platform yang tertera, dimana perjalanan menuju ke Phu Kradueng akan berhenti di  Pha Nok Khao terletak di wilayah Loei . Harga tiket yang dibeli oleh  sob  ialah 663 baht

Perjalanan mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas.

Wilayah Loei, dimana terletaknya Phu Kradueng National Park

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam, tips untuk jimat bergeraklah pada waktu malam untuk perjalanan yang jauh jadi tak perlu sewa motel atau dorm boleh tidur di dalam bas sahaja, mudah bukan. Bas yang dinaiki sangat selesa dan diberikan juga selimut, air mineral, roti dan terdapat juga ruangan cas telepon di tepi tempat duduk. Sepanjang perjalanan bas berhenti lebih kurang 3 kali sama ada  isi minyak atau berhenti ke tandas.

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi cadangnya nak tidur-tidur ayam sahaja, biasalah letih daripada pagi berjalan ke sana sini jadi awal-awal sob dah inform driver bas untuk kejutkan sob bila dah sampai ke lokasi yang ingin ditujui, kerana ini pertama kali sampai ke Pru Kradeng  dan sob sendiri tak pasti dimana terletaknya starting point untuk menuju ke taman negara  serta sob sendiri  yakin tak akan tersedar akibat letih dan it how drama tv 3 bermula !


Hari Kedua
Dari  Bangkok ke Loei

Lebih kurang pukul 4 pagi sob dikejutkan oleh pemandu bas menyatakan sudah sampai ke lokasi. Bas berhenti di tepi jalan dengan keadaan mamai baru bangun daripada tidur sob terus mengangkat beg galas  yang diletakkan di tepi dan turun ke bawah, masih tak perasan apa-apa kerana keadaan dan berada tepi jalan yang gelap senyap dan sunyi  tanpa ada kenderaan lain yang lalu lalang dan seterusnya bas mula  bergerak meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Cerita bermula dengan keadaan suhu yang sejuk sehingga bercakap mengeluarkan asap, sejuk sangat !ditambah pula tidak kelihatan apa-apa landmark bangunan tinggi berdekatan yang bercahaya berhampiran sob di kiri dan kanan hanya terdapat rumah-rumah kecil ' ketika itu terus berfikir adakah driver bus ni tinggal aku dilokasi yang salah.. dekat mana ni arhhh sudah ! masak hang sob' Sel-sel otak mula blur ketika itu hanya seorang diri berada di tempat yang kita sendiri tidak pasti, sob  ambil keputusan untuk terus berjalan menuju ke kawasan kedai yang  kelihatan bercahaya tidak jauh daripada kawasan bas berhenti dan tunggu hari beransur cerah.


Sarapan  pagi Ja kim shop dan menaiki mini van menuju ke destinasi seterusnya.

Tekaan sob ternyata betul rupanya  kawasan yang bercahaya itu merupakan kawasan menunggu untuk  para pengunjung dan pendaki menuju ke Phu Kradueng National Park, alhamdulilah lega. Disini terdapat kedai yang diberi nama Ja kim shop  dimana disini anda boleh berehat sementara sementara menunggu mini van pertama bergerak menuju ke Taman Negara.

Rupanya di belakang Ja Kim Shop disediakan ruang menunggu sementara jadi boleh baring-baring rehatkan badan lengkap dengan bilik air, tandas awam untuk mandi dan ia percuma. Cuma untuk charge handphone  dikenakan bayaran berapa bath. Sementara menunggu mini van pertama bergerak sob bersarapan dahulu disini, mujurlah owner Ja Kim Shop boleh berbahasa english jadi banyak tips dan info berkenaan  National Park berjaya dikutip. Sarapan pagi sob pada pagi itu ialah roti bakar, omelette dan kopi panas! sebenarnya hati teringin sangat nak makan makanan yang berat macam nasi sebab memerlukan banyak tenaga untuk mendaki disebabkan was-was dengan status halal jadi kita makan sahaja makanan yang diyakini halal toyiban yang dimasak di hadapan kita .

Disini juga terdapat kedai kecil yang menjual tiket bas dan terdapat mesin atm, jadi sob terus membeli tiket return ke Bangkok. 'Goyang juga beb kalau tiket selepas turun dari mendaki takut tiket habis langsung maklumlah kita berada di kawasan yang agak pedalaman, anything can happen' Lokasi  untuk menunggu mini van betul-betul berada di sebelah Ja kim shop dan van pertama bergerak seawal 7.00 pagi sekiranya sudah penuh dengan penumpang baru akan mula bergerak. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit dan trust me bro suhu dekat loei memang sejuk, menggigil abam sepanjang perjalanan. Keadaan jalan sunyi sepi ketika sob bergerak, ketika itu masih tidak banyak kenderaan mungkin disebabkan masih awal pagi tapi sob sangat bertuah di dalam berjalanan menuju ke Taman Negara daripada van dapat menikmati pemandangan matahari terbit di sebalik gunung di taman negara, sangat indah suasana ketika itu langit disaluti  cahaya keemasan ketika waktu itu.

welcome to Phu Kradueng National Park.

Tempat pendaftaran sebelum mendaki

       Bayaran Harga Tiket Masuk
  • Bayaran masuk untuk international : 400baht 
  • Bayaran masuk tempatan : 200baht
  • Sewa khemah (untuk 3 orang) : 225 baht/night
  • Mattress/rubber mat : 20 baht/night
  • sleeping bag : 30 baht/night
  
Dari jauh sudah boleh kelihatan Puncak Phu Kradueng tersergam indah tapi kelihatan rata sahaja tidak seperti bentuk kebanyakan puncak gunung-ganang di Malaysia, setelah selamat sampai ke taman negara dan selesai urusan membeli tiket masuk melalui pembacaan dan info yang diberitahu oleh petugas bahawa lokasi Taman Negara ini merupakan satu gunung yang besar dan keluasan kawasan 350 kilometer dan puncak tertinggi berketinggian 1316 Meter.

Ini bermakna di kawasan puncak gunung nanti akan  kelihatan rata dimana semua tarikan utama meliputi kawasan seluas 60 kilometer dari kawasan hutan, air terjun dan juga tasik semulajadi dan purata ketinggian kawasan tersebut diantara 1200 meter ke 1250 meter.


Ini trail mendaki menuju ke Puncak

Sedikit info yang boleh membantu anda untuk membuat persedian untuk mendaki di sini : 
  • Trek hanya dibuka kepada pendaki dari jam 8.30am hingga 2.00pm sahaja tidak kiralah samada mahu naik/turun ke/dari puncak. Melepasi 2.00pm, trek akan ditutup kepada kecuali kepada pendaki yang sedang melakukan pendakian ke/turun dari puncak atas faktor keselamatan kerana di setengah kawasan trail adalah laluan binatang liar seperti gajah dimana anda boleh  menjumpai najis gajah di lalauan tertentu.
  • Untuk perkhidmatan mengangkut barang anda bagi yang tak berupaya  boleh sewa Porter dengan harga 30 baht manakala untuk setiap 1 kg yang dibawa, upah 250 baht perlu dibayar terus ke porter
  • Trek untuk ke puncak sejauh 5.5 kilometer dan dari  puncak menuju ke ke tapak perkhemahan sejauh 3 kilometer. Bagi yang tidak mahu tidur di dalam khemah terdapat pilihan lain seperti sewa banglo, dorm dan terdapat kemudahan bilik air dan tandas di kemsite boleh digunakan secara percuma.
  • Boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar . Di setiap station terdapat banyak kedai makan dari satu stesen ke stesen yang lain ketika mendaki. Di puncak juga terdapat banyak kedai yang menjual makanan dan cenderahati dan  harga sedikit mahal.
  • Sama juga seperti Malaysia ada musim tertentu Taman ini ditutup  akan ditutup kepada pelawat untuk pemulihan hutan terutama ketika musim  musim hujan selalunya pada bulan June - September
More info about Phu Kradueng National Park klik here



Gambar tiket masuk mendaki dan ketika sob mendaki musim luruh disini jadi pemandangan sepanjang jalan menuju ke puncak kelihatan kekuningan dan kelihatan juga pokok besar hanya tinggal dahan dan ranting sahaja, dimana kebanyakan daunnya sudah luruh.

Let me share my experience hiking at  Phu Kradueng National Park

Mungkin disebabkan kawasan ini antara lokasi kunjungan utama penduduk tempatan untuk beriadah menikmati keindahan alam jadi kebanyakan infrastruktur di sini sudah cukup lengkap dan disetiap checkpoint terdapat tempat untuk berehat dan terdapat juga kedai makan tidak seperti kebanyakan laluan mendaki di Indonesia dan Malaysia yang masih dikelilingi hutan dan rare jadi feel mendaki itu memang berbeza, hiking in Malaysia jungle always the best mother nature experience !

Tidak mengambil perkhidmatan porter, jadi semua barang dibawa sendiri ke puncak oleh sob dan ketika mendaftar mungkin rezeki untuk berjimat sob telah diberitahu sama ada berminat untuk berkongsi kos dengan pendaki tempatan lain untuk menyewa khemah bersama, of course i will says yes, i feel so blessed have local with me at lease boleh jadi tour guide dan tukang translate tak berbayar !

Malim gunung atau porte sama ada membawa beg pendaki atau bahan makanan yang dipesan oleh kedai makan  menuju ke puncak.

Disini terdapat lebih 6 kawasan rehat yang menjual makanan dan minuman selebihnya hanya kawasan rehat sahaja yang menyediakan tandas. Sama seperti trek kinabalu dan Gunung Tahan laluan trek disini sangat bersih tanpa sampah. Mungkin disebabkan setiap checkpoint menyediakan tong sampah yang mencukupi dan diuruskan dengan balik, kita boleh lihat ketika porter selesai menghantar barang ke ke atas ketika turun mereka akan mengutip sampah untuk dibawa turun.

Sedikit review keadaan trek mendaki, di awal pendakian akan melalui trek yang terdiri dari hutan buluh dan keadaan trek pacak bermula dari checkpoint 1 dan 3 seterusnya trek agak santai dan diselingi laluan yang perlu memanjat juga. Farmasi pokok-pokok yang kelihatan sepanjang jalan berwarna peperangan dan kekuningan disebabkan oleh musim gugur, jadi  suasana sekeliling sangat cantik satu pemandangan yang berbeza dari hutan yang selalu kita lihat. 

Semakin mendaki ke puncak semakin kekuningan warna hutan buluh dan pohon-pohon yang lain kelihatan sehingga sob merasakan mendaki di kawasan yang berbeza sebab jangkaan awal sob berkemungkinan besar keadaan hutan di Thailand tidak jauh berbeza dengan hutan di Malaysia, maklumlah kitakan berjiran rupanya sangkaan sob jauh melesek ia berbeza kerana wilayah loes itu sendiri merupakan wilayah yang sejuk dan terletak jauh ke utara thailand

Landskap hutan serba kekuningan, langit kebiruan cukup mendamaikan mata yang memandang

Penanda  arah yang cukup banyak diletakkan  di sepanjang jalan, jadi tak perlukan perkhidmatan pemandu arah. Boleh berjalan sendiri bro sampai ke kemsite.

Keadaan cuaca yang nyaman sepanjang pendakian walaupun ketika hari panas tapi semakin hendak sampai ke puncak suhu semakin sejuk, maka perlu memakai sweater untuk panaskan badan kalau tidak memang akan menggigil ketika angin sejuk bertiaup walaupun  ketika itu masih waktu tengahari. Selain perlu melalui hutan buluh, treknya juga dipenuhi batuan gergasi yang kadangkala kena lebih hati-hati sebab takut tergelincir. Terdapat juga anak tangga dibina dari batuan untuk memudahkan pendaki dan di setengah kawasan dipasang tali untuk memudahkan penggunjung mendaki.

Semakin sampai ke atas landskap hutan mula berubah dari hutan buluh ke hutan dipterocarpous sudah mula kelihatan pokok-pokok bersaiz besar sehinggalah hendak sampai ke puncak sekali lagi landskap hutan berubah ke landscape hutan-hutan yang dipenuhi pokok Pine dan oak

Lebih kurang pukul 11.30 pagi sob sudah sampai ke puncak dan masa pendakian mengambil masa kurang 4 jam 30 minit yes i did it another peak to conquest, Phu Kradeng peak 1288 Meter unlock  ! Disebabkan ramai yang menunggu giliran untuk bergambar di signboard jadi sob mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan, bila nak turun ke bawah nanti baru bergambar semula.


Trek menuju tapak perkhemahan daripada Puncak sejauh 3 kilometer di kiri-kanan hanya kelihatan hutan terdiri dari pokok pine dan oak, melalui trek yang mendatar, lurus dan keadaan tanah berpasir persis pasir pantai.

Kalau korang tanya macam mana perasaan sob mendaki disini, sebenarnya walaupun ketinggian Puncak hanya 1288 meter ia tetap ada cabaran yang tersendiri dengan keadaan trek mendaki  straight forward tak ada cabang-cabang yang akan mengelirukan di sepanjang perjalanan jadi anda boleh mendaki dalam keadaan tenang dan santai, memang santai habis beb sambil layan coki-coki dan kalau lapar boleh rest sambil makan pisang bakar atau ubi keledek rebus memang nikmat ! Tapi ada setengah laluan dari satu checkpoint menuju ke checkpoint yang lain treknya agak pacak, berbatu dan memerlukan tenaga dan focus yang lebih supaya tidak mudah mengalah sebab disini juga ada waktu cut off  yang telah ditetapkan

Sekiranya tidak berjaya sampai pada waktu yang ditetapkan anda terpaksa berpatah balik jadi sila rancang waktu perjalanan mendaki anda dengan sebaiknya dan ini merupakan tips yang paling penting untuk melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga sangatlah digalakkan untuk melakukan persediaan stamina terlebih dahulu, jangan main redah ja nanti awak yang merana nanti pewai teruk !

Alhamdulillah  pengalaman melakukan aktiviti mendaki di Malaysia banyak membantu Sob, secara jujurnya antara laluan yang paling memenatkan ketika berjalan  daripada puncak menuju ke tapak perkhemahan kerana perlu menghadap trek sejauh 3 kilometer dengan keadaan trek yang lurus dan keadaan tanah yang tenggelam ketika lalu cukup memenatkan.. mentel beb !

Tapak perkhemahan

Lebih kurang 30 minit berjalan dengan penuh tekanan, akhirnya sampai juga ke tapak kemsite yang berwarna warni yang dipenuhi oleh khemah. Langit membiru dan cuaca kelihatan panas tapi suhu di puncak cukup menyegarkan. Selesaikan urusan sewa khemah dengan pihak pengurusan dan seterusnya letak beg galas untuk berehat, makan  dan tidur.

Sob sangat bernasib baik waktu mendaki ke sini bukanlah pada waktu hujung minggu atau seasons peak, jadi kawasan ini agak lenggang. Oleh kerana kawasan tapak perkhemahan ini sangat besar dan luas jadi pada satu masa yang sibuk lebih 5000 khemah boleh didirikan dan ini merupakan antara kawasan perkhemahan yang terbesar di Thailand, jada elakkan mendaki kesini pada waktu cuti panjang mengikut kalender Thailand sekiranya anda tidak sukakan suasana yang sibuk penuh dengan orang ramai.

Satu perjalanan yang memenatkan bayangkan turun daripada bas terus bersiap-siap untuk mendaki. Tapi apabila disajikan dengan pemandangan yang cukup menarik ketika mendaki disamping keramahan penduduk tempatan yang tak putus-putus memberikan semangat untuk meneruskan pendakian apabila sampai ke Puncak satu kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata, ia penat tapi berbaloi apabila buat benda yang kita minat kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata.

Sunset di Phu kradueng, hari pertama berada di puncak. 

Di sini juga terkenal dengan daun maple, sekiranya datang ketika musim daun ini luruh akan kelihatan banyak pokok-pokok maple, daunya bertukar kemerahan.

Entry seterusnya sob akan berkongsi tempat-tempat menarik, pemandangan di sekitar Taman Negara  dan pengalaman bercamping selama 3 hari 2 malam disini, sob diberitahu bahawa disini antara lokasi yang terbaik untuk melihat pemandangan sunrise dan sunset yang terbaik di wilayah Lois.

Terima kasih kepada semua yang datang memberikan komen sob amat hargainya, dan sob cuba membuat kunjungan balas kembali tapi ada juga komen yang ditinggalkan di setengah blog akan dipaparkan ruangan komen dan ada yang tidak boleh mungkin ada masalah setting yang perlu sob perhatikan, mohon bantuan daripada kalian semua.


Tunggu entry yang selanjutnya akan bersambung !




Thailand Trips - Camping Di Phu Kradueng National Park, Thailand

$
0
0

Suasana malam di tapak perkhemahan, suhu malam jangan cakaplah bro kalau tak pakai baju panas atau baju berlapis-lapis memang boleh menggigil kesejukan bila keluar dari khemah apabila hendak menuju ke tandas atau ke kedai makan berasap-asap mulut bila bercakap.

Di bawah adalah khemah yang disewa oleh kami sob dan Look dimana boleh memuatkan 3 orang dan saiznya agak besar tapi kami hanya berkongsi hanya berdua. Peralatan yang diberikan lampu, selimut tebal, pelapik tidur pula berupa toto yang gebu memang nyenyak tidur sepanjang 3h2m berkhemah di sini, agak berbeza kelengkapan daripada khemah-khemah yang lain hanya diberikan pelapik tidur dan selimut sahaja. 

Disini juga banyak rusa-rusa liar besar berkeliaran tapi jinak bermain-main dan mencari makanan di sekitar kawasan tapak perkhemahan

Meggi seafood dan fresh oren

Sepanjang sob berada disini kebanyakan waktu hanya makan di kedai Mr Dan, kerana dia agak paham apa menu yang boleh sob makan as muslim jadi bab  makanan takde masalah sangat. Selalu  order telur dadar dengan nasi putih kalau nak rasa special sikit tambah tomyam seafood. Sarapan pagi pula roti bakar dan kopi panas cukup menyegarkan untuk permulaan hari. Oh ya bagi yang membawa  stok makanan sendiri seperti maggi cup atau minuman 3in1 nescafe atau milo air panas boleh dibeli disini. Disebabkan sob adalah regular customer jadi untuk charge bateri telefon di kedai ini tidak bayaran dikenakan, it free


Hari Ketiga
Phu kradueng national park

Hari ketiga di bumi Thailand, suasana pagi dari tapak campsite berkabus dan suhu ketika itu terasa sangat nyaman tapi sejuk dengan tiupan angin. Seawal pagi sob telah bersiap untuk pergi melihat sunrise, bersiap lebih kurang sahaja gosok gigi pun depan khemah sebab hari masih gelap dan seterusnya perlahan-lahan melangkah mengikut lampu headlamp pendaki yang lain menuju ke tempat menunggu berkumpul untuk lokasi melihat matahari terbit. 

Menariknya di sini akan dibuat pengumuman terlebih dahulu memberitahu waktu berkumpul sekiranya anda berminat bersama-sama pergi melihat matahari terbit, dimana lokasi daripada tapak perkhemahan lebih kurang 15 minit berjalan kaki dan sejauh 3km, petugas akan membuat pengumuman untuk meminta pengunjung berkumpul di hadapan visitor center dan mereka akan mengiringi terus ke Cliff Nok Aen. Untuk maklumat tambahan boleh pergi pergi ke pusat informasi untuk bertanyakan waktu dan aktiviti yang boleh dilakukan disini.

Pemandangan di sekeliling, dari platform viewpoint.

Selamat pagi, Thailand

Aktiviti wajib di Phu Kradueng adalah melihat sunrise dan sunset. Salah satu sebab kenapa ramai yang ingin ke puncaknya hanya untuk melihat sunrise yang dikatakan antara lokasi terbaik di wilayah Loei, jom kita layan sunrise dahulu.

Alhamdulilah rezeki, sunrise hari kedua adalah lebih cantik daripada sunset yang sob dapat pada hari pertama, walaupun pada mulanya agak hampa dengan kehadiran kabus yang menutup pemandangan tapi lama kelamaan kabus beransur hilang ditiup angin dan munculah matahari terbit kekuningan yang memukau pandangan tapi percayalah sunrise di gunung-gunung Malaysia adalah jauh lebih cantik.

Tidak lama sob berada disini lebih kurang 20 minit, perut sudah mula berkeroncong minta untuk diisi dengan segera bila hari beransur cerah mula bergerak ke Tapak Perkhemahan kembali. Jangan risau disini juga terdapat Ranger yang bertugas membantu pergerakan anda untuk bertanyakan jalan dan mereka juga membuka gerai yang menjual kopi panas, maggi  cup dan ubi bakar.

Perjalanan pulang dari Nok Aen ke Tapak khemah, menariknya terserempak dengan rusa sambar yang tengah meragut rumput.

Melalui kawasan tasik-tasik kecil yang dikelilingi Pokok Pine dan Oak

Selepas selesai bersarapan pagi, seawal pagi sob dan Look bersiap-siap untuk menjelajah keseluruhan kawasan Taman Negara ini, pada hari pertama kami berdua telah merancang untuk menyusuri semua tourist attraction disini, ini bermakna kami berdua akan melalui trek kawasan hutan, laluan sungai-sungai kecil, air terjun, tasik, cliff, savana dan trek yang bakal dilalui oleh kami sangatlah panjang untuk membuat satu pusingan yang lengkap. Perjalanan kami berdua hampir mengambil masa selama 11 jam untuk sampai kembali ke tapak perkhemahan, pewai teruk bang hiking kat trek mendatar😄


Laluan trek dibahagikan kepada dua arah laluan berbeza, tetapi jangan risau laluan itu tidak akan bergabung atau bertembung, jadi mana-mana laluan yang diikuti tetap akan berakhir.

Di sepanjang laluan terdapat lima checkpoint dibuka pada peak season di Thailand, pada musim biasa hanya 3 checkpoint  akan dibuka sepanjang masa. Di  setiap kawasan Checkpoint terdapat kawasan untuk berehat dan kedai menjual makanan jadi anda tidak perlu membawa banyak barang cukuplah sekadar sebotol air dan sedikit kelengkapan untuk hiking seperti coklat dan lampu suluh tapi ingat trek yang bakal ditempuh agak panjang dan harga makanan dijual pula agak mahal 

Pemandangan di salah satu anak sungai yang dilalui


Yang membuatkan kawasan ini sangat unik adalah kehadiran pokok maple yang banyak boleh ditemui disini, di setengah laluan trek akan kelihatan daun kemerahan meliputi jalan memang cantik. Tak percaya tengok gambar di atas bro, betulkan ? persis berada di  negara 4 musim pula rasanya. 

Berbalik kepada laluan yang bakal dilalui sesetengah kawasan di sekitar tapak perkhemahan adalah habitat untuk gajah, jadi kita boleh lihat tanda-tanda amaran diletakkan di laluan, sekiranya terdapat gajah di kawasan iturangerr yang bertugas akan menutup kawasan laluan tersebut


Tarikan utama disini adalah waterfall dan cliff, tapi sayangnya ketika waktu sob melawat adalah ketika musim luruh jadi aliran air sangatlah sedikit dan di sepanjang laluan anda boleh menjumpai lebih 7 air terjun disini antaranya air terjun Van quang, Ada yai, Pyeong Phob Mai dan sebagainya.

Nak tengok macam mana aliran waterfall dekat sini boleh google dan kesemua waterfall disini sob berjaya jumpa cuma aliran arusnya agak mengecewakan hampir kering.

Bergambar di salah satu cliff yang cukup terkenal disini 

Disini terdapat lebih 6 cliff  atau viewpoint di sepanjang jalan dimana dari satu kawasan ke kawasan yang lain terasa agak jauh terutama apabila sudah pewai berjalan lebih daripada 10 jam. Tips  sekiranya membawa duit lebih bolehlah menyewa basikal  untuk pusing sekeliling taman, lebih menjimatkan masa. Disetiap cliff merupakan kawasan untuk bergambar kerana  pemandangan terbuka dari sini anda akan dilatari pemandangan  gunung ganang di sekeliling

  • Cliff Mac Dook Dek pemerhatian terdekat terletak di sebelah selatan gunung, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat pelawat.
  • Cliff on Noah 1.2 km lebih jauh dari barat McDuck atau 3.3 km dari pusat pelawat untuk laluan yang lebih pendek.
  • Cliff Yap Mek terletak kira-kira 2.1 km barat tebing Pada Nuh.
  • Daeng Viewpoint terletak di 1.2 km barat tebing Iap Me
  • Cliff Nok Aan adalah dek pemerhatian terdekat yang menghadap matahari terbit pada waktu pagi. Ia terletak 1.1 km timur pusat pelawat.
  • Cliff Lom Sak puncak yang paling popular untuk menonton matahari terbenam di pinggir barat daya dataran tinggi, di 9 km dari pusat pelancongan. Kebanyakan pengunjung sampai ke batu ini untuk melihat matahari terbenam berdekatan ada penjual yang menjual minuman dan makanan ringan.

Suasana senja ketika menuju balik ke tapak perkhemahan.

Bergambar ketika matahari terbenan di Yeab mek cliff

kami berdua mengambil masa lebih kurang 11 jam untuk melengkapi satu pusingan sebelum sampai kembali ke tapak perkhemahan, apa yang menarik di sepanjang perjalanan banyak tumbuhan kecil  yang dijumpai seperti periuk kera,orkid-orkid liar, lumut dan cendawan. Tidak dilupakan kelibat rusa-rusa yang jinak dijumpai meragut rumput di tepi laluan trek, yang tidak takut dengan kehadiran pengunjung.  Di bawah sob saya kongsikan bagaimana cara anda  semua untuk datang ke sini.

Bagaimana untuk Phu Kradueng National Park

Melalui Kereta

Dari Bangkok pergi ke utara di lebuh raya 1, kemudian berpaling ke arah timur ke arah lebuhrayaa 2,  di antara Pak Chong dan Nakhon Ratchasima berpaling ke utara lebuh raya 201. Panjang laluan adalah kira-kira km 500. boleh setcoordinate  16.870460, 101.846647

Melalui kereta api

Di Bangkok, naik kereta api di Stesen Keretapi Hualamphong dan ke Stesen Keretapi Khonken, dari sana mengambil bas ke Ley dan turun di Pha Nok Khao atau Phu Kradueng dan kemudian mengambil Song Thae ke [mini van]  taman

Melalui bas

Di Bangkok, naik bas ke Lei di stesen bas Mo Chit 2 dan turun di Pha Nok Khao, dan kemudian ambil minivan menuju taman [ sama seperti saya lakukan].


Keindahan Air Terjun Lata Layang, Lenggong Perak

$
0
0
Negeri Perak sememangnya kaya dengan keindahan alam semula jadi, gunung-ganang yang menghijau, terdapat banyak air terjun yang cukup tenang dan mendamaikan mata yang memandang, kebanyakan lokasi air terjun itu sendiri boleh dikategorikan sebagai hidden gem kerana lokasi tersebut jarang di kongsi di media sosial dan dikunjungi oleh orang ramai.

Kemsite  Air Gadong

Air Terjun Lata Layang terletak di Kaki Gunung Chepar ini, terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Piah. Air sungai Luat yang segar & sejuk ini mengalir daripada Banjaran Ulu Soh, Lenggong. Laluan untuk menuju ke air terjun tidaklah terlalu sukar untuk dilalui sesuai untuk yang mula ingin berjinak-jinak untuk meredah hutan dan bercamping selain daripada itu ia juga dipenuhi oleh pelbagai spesies tumbuhan paku pakis, kulat, orked yang menarik untuk dilihat dan ditemui di sepanjang perjalanan.

Melalui kawasan yang dipenuhi  paku pakis hutan

Percaya atau tidak Lata Layang merupakan antara lokasi air terjun yang menarik untuk dilawati terdapat di lenggong seperti Air Terjun Lata Puteh, Air Terjun Lata Kekabu & Air Terjun Temerlong. Keindahan air terjun terletak di ketinggian 250 meter dan mempunyai 3 tingkat yang mengalirkan jatuh ke bawah menghasilkan deruan alam yang cukup mempesonakan.

Trip santai ke Lata layang dianjurkan oleh #GSOAGerik Silver Outdoor Adventure, boleh cari di page facebook dan Instagram [ gerik_silver] dengan seramai 13 sahabat petualang.

21 April [ hari pertama ]

Lebih kurang pukul 9.00 pagi Sob dah Zubir telah berada di rumah Madro untuk menyiapkan persiapan akhir untuk bercamping di Lata layang memeriksa peralatan berkemah, memasak dan ration yang akan dibawa di sana nanti. Setelah selesai mengemas dan memasukkan barang ke dalam kereta seterusnya kami bergerak menuju ke Pekan Lenggong untuk bertemu dengan rakan-rakan pertualang Gsoa Kroni yang lain daripada Ipoh dan Penang untuk berkumpul sekali  sebelum bergerak sekali menuju ke Kampung Luat,  dimana starting bermula.

Perjalanan Daripada Gerik menuju ke Lenggong mengambil masa lebih kurang 40 minit, cuaca pada pagi itu sangat baik kelihatan langit membiru dan sangat cerah, harapnya  cuaca baik itu akan berkekalan hingga kami semua sampai ke KemSite untuk camping semalaman sebelum ke esokkannya menyambung perjalanan menuju ke Lata Layang. Ini kerana perjalanan menuju ke kemsite melalui laluan anak sungai kecil dan besar, ini sangat berbahaya sekiranya bergerak dalam keadaan  cuaca hujan kerana kuatir mungkin boleh  bertembung kepala air ketika dalam perjalanan.

Laluan di tebing-tebing sungai yang dilalui oleh kami semua, tracking menuju ke Kemsite Air Gadong

Mengikut tentatif asal pukul 11.00 pagi kami semua berkumpul di RnR Lenggong dan seterusnya konvoi menuju ke kampung luat, tapi disebabkan terdapat sedikit masalah yang dihadapi oleh line yang yang lain lebih kurang pukul 3.00 petang barulah kami semua dapat bergerak menuju ke kampung luat seterusnya memandu sehingga ke hujung kampung untuk parking kereta

Setelah sampai di kawasan parking, seterusnya kami mula membahagikan ration dan barang untuk dibawa setiap orang, selesai memberikan ration dan barang camping seterusnya kami berkumpul seketika dimana ketua kempulan akan memberi sedikit taklimat ringkas mengenai laluan yang bakal ditempuhi  untuk menuju ke air terjun.

Bergerak daripada kawasan parking pada pukul 4.30 petang, cuaca ketika itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu hujan lebat dimana keadaan langit sudah mula kegelapan mendung., jadi kami semua mempercepatkan lagi langkah bergarak ini kerana mengikut perancangan yang telah dirancang kami mahu sampai seawal mungkin ke Kem site untuk mendirikan khemah dan menyediakan makan malam. 

Empangan air yang pertama ditemui sebelum menuju ke jalan balak lama.


Laluan balak lama yang dilalui, ketika ini langit sudah mula mengeluarkan hujan renyai-renyai.

Pada permulaan perjalanan kami melalui kawasan dusun buah milik penduduk kampung, lebih kurang 10 minit dan seterusnya akan menjumpai sebatang anak sungai dimana terdapat kawasan empangan air  melintas menuju ke kawasan jalan balak  yang kelihatan sudah lama tidak dilalui, berjalan lebih kurang 20 minit sehingga sampai ke penghujung dan akan menjumpai pula sungai besar  yang dijadikan kawasan tadahan air dan dari situ kami menyelusuri laluan sungai sehinggalah sampai ke Kemsite.


Laluan di tepi tebing batu yang agak licin,  dilalui oleh kami semua dimana setiap lineup perlu berhati-hati kerana perlu menyimbangkan diri dengan beban yang dibawa supaya tidak terjatuh ke dalam sungai.


Selain itu di sepanjang jalan ke air terjun akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan renek. kulat, cendawan dan pepohon menjalar, rama-rama di tepi-tepi sungai disertai pula pemandangan yang indah. Laluan trek yang agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian, cuma kena sentiasa berhati-hati ketika melangkah kerana mungkin trek yang dillaui agak licin dan berisiko untuk jatuh

Bersama rakan-rakan Petualang

kawasan sungai ini masih terpelihara, air yang jernih mengalir dan boleh kelihatan anak-anak ikan daripada permukaan air berenang kesana-sini dan antara moment yang paling tak boleh dilupakan ketika tengah menyusuri jalan sob dan berapa orang  yang lain terserempak dengan sepasang tenuk yang agak besar tengah mencari mencari daun-daun muda untuk dimakan dari jarak yang dekat.

Pada mulanya sob menyangka babi hutan dari jauh tapi apabila berjalan semakin dekat menghampiri bintang tersebut kelihatan belang hitam dan putih di badan dan barulah tenuk itu memalingkan mukanya dan seterusnya lari daripada pandangan kami semua, satu pengalaman yang sangat menarik tersempak secara tidak sengaja dengan hidupan liar yang yang diancam pupus habitatnya

Kemsite Air Gadong, bergotong royong bersiap menyediakan makan malam.

Alhamdulilah lebih kurang pukul 6.00 petang dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit secara santai akhirnya kami sampai ke kemsite Air Gadong, perjalanan menuju ke tapak Kemsite tidaklah sesukar mana cuma  sekali-sekala kami perlu memanjat tebing melalui batu-batu licin dan melintasi sungai tapi sebenarnya ancaman yang paling bahaya ialah serangan pacat yang beraneka saiz berada dilaluan menunggu pemangsanya, bagi yang tak suka pacat pastinya akan terasa terganggu

Setelah sampai ke kemsite, masing-masing segera melakukan kerja seperti yang telah diagihkan terlebih dahulu, perkara wajib apabila sampai kemsite paling utama sediakan dulu air kopi panas untuk menyegarkan badan dan melepaskan lelah setelah seharian berjalan meredah air sebelum melakukan kerja lain.

Ada yang membersihkan tapak  kemsite untuk dipasang fly and ground, memotong dan menyediakan bahan makanan, memasang flysheet untuk membuka dapur haram sendiri memasak meggi eh, setelah semua kerja telah siap seterusnya kami semua bergotong-royong menyediakan makanan malam dan bbq. Senang untuk berurusan dengan sahabat petualang, kami semua sudah tahu tugas masing-masing ia berfungsi tanpa perlu disuruh kerana trips kali ini ibarat mini reunion melepaskan rindu selepas setahun lebih tidak melakukan aktiviti outdoor bersama-sama selepas turun daripada Gunung Tahan, Gunung Inas dan Titiwangsa.   

Itik Panggang, our special menu

Menu pada malam itu sangat menyelerakan, selera orang kampung iaitu itik bakar, ikan tengas masak sakai alhamdulilah rezeki kami semua nak merasa kemanisan ikan tengas, pancing yang dibawa mengena, nasi putih dan tak lengkap menu kampung tanpa adanya ulam-ulaman serta air asam buat penambah selera.

Ada kisah yang tersendiri ketika mahu membakar itik,  kami terlupa untuk membawa kayu arang yang telah dibeli, jadi terpaksa menggunakan kayu, ranting lama yang hanyut dan jatuh dari pokok dibawa arus di sekitar sungai untuk dijadikan kayu api tapi apa yang menjadi halangan utama kebanyakan kayu ini basah mungkin disebabkan hujan pada sebelah petang ketika kami semua menuju ke kemsite, jadi proses menghidupkan api untuk mendapatkan bara yang sesuai untuk membakar mengambil masa yang agak lama, tapi apabila telah siap dibakar memang tidak mengecewakan, padu bai rasanya manis dan tidak liat.

Aktiviti wajib ketika merewang beramai-ramai  ialah membawang dan membahan, sambil menyiang hasil ikan tengas yang dipancing dapatlah berapa ekor, Jadilah bolehlah dibuat masak ikan sakai untuk dimakan dengan nasi putih fuhh memang cukup sedap apatah lagi dimakan dengan itik panggang perut pula sedang berkeroncong cukup menyelerakan, bakal berpinggan-pingganlah nasi ditambah nanti.

Setelah selesai solat maghrib, makan beramai-ramai sambil ditemani bunyi air sungai yang mengalir dan bunyi-bunyi saling bersahutan unggas. Kami sangat bertuah pada malam itu cuaca sangat baik kelihatan di langit bintang berkelipan  memang cukup mendamaikan suasana ketika itu menghabiskan masa bersama-sama dengan sahabat petualang.

Secangkir kopi bersama sahabat petualang,
bersemuka dengan keindahan alam,
cerita kita antara bahagia dan rasa cinta

22 April [ hari kedua ]

selamat pagi

Hari kedua di sungai luak, suasana pagi yang cukup permai bunyi-bunyian unggas menemani dikala cahaya pagi kian menjelma. Dengan keadaan suhu yang nyaman dan sejuk membuatkan diri terasa amat berat untuk membuka mata tambahan pula berada di kawasan dikelilingi alam semulajadi sememangnya memberi sememangnya mampu memberikan satu mood yang berbeza tenang dan damai

Hari ini kami mempunyai misi yang sangat besar untuk menjejakkan kaki ke Air Terjun Lata layang yang mungkin mengambil masa lagi lebih kurang dua atau tiga jam untuk sampai. Keadaan laluan yang memerlukan kami sedikit mendaki mungkin memberi sedikit, tapi hasilnya pasti berbaloi untuk melihat sendiri kehebatan air terjun ini.

Setelah siap bersarapan pagi kami semua mula bersiap-siap,  menu pada pagi itu adalah sangat mudah untuk disediakan tapi sangat sedap iaitu ommelte, roti bakar, nasi goreng dan tak lengkap tanpa kopi panas. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakan sarapan pagi.

Antara air terjun lain yang ditemui 

Lokasi air terjun yang sudah tidak jauh daripada kemsite dimana perlu sedikit mendaki, melalui tebing sungai yang berbatu dan sedikit trek hutan anggaran masa perjalanan ke sini, antara 1-2 jam bergantung kepada pace lineup itu sendiri dan akan menemui lebih kurang tiga air terjun yang lain terlebih dahulu sebelum sampai ke lokasi air terjun sebenar dan sekiranya  kita meneruskan perjalanan lagi bolehlah terus mendaki ke Gunung Chepar yang berketinggian 763 Meter.

                                                The Hidden Gem Of Lata Layang Waterfall


Boleh dikira dengan jari, air terjun ini mempunyai tiga tingkat air terjun yang mengalir jatuh ke bawah. tapi tidak mempunyai kolam besar untuk mandi dimana kawasan air terjun ini dikelilingi oleh permukaan batuan, tidak seperti air terjun cermin tapi awas ketika berjalan-jalan di kawasan batu yang sangat licin dinasihatkan memakai kasut getah atau stokin boleh mengurangkan rasa licin ketika berjalan.

Gerik Silver Outdoor adventure X Lata Layang Waterfall

Setelah lebih kurang 2 jam berjalan menyusuri sungai dan laluan hutan, dari jauh sudah mendengar bunyi deruan air terjun yang semakin kuat, itu menandakan kami semua hampir menghampiri destinasi yang dicari. Tidak terucap dengan kata-kata apabila pertama kali melihat 'keagungan' keindahan Air Terjun Lata Layang yang masih terjaga keindahannya deruan air yang mengalir memang cukup menambat setiap hati yang memandang.

Lebih kurang 3 jam mandi manda di bawah air terjun, seterusnya bergerak pulang ke kemsite untuk mengemas barang-barang peribadi dan camping dan ini sangatlah penting untuk menjaga kelestarian alam pastikan tidak tinggalkan sebarang sampah dimana barang-barang yang di bawa masuk haruslah dibawa keluar ini sangat penting untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut

Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.00 petang kami semua lineup berjaya keluar dengan dengan selamat daripada lata layang, seterusnya dan pulang ke destinasi masing-masing. Syukur trips santai yang dirancang dengan sahabat petualang walaupun ringkas tapi penuh dengan moment indah yang tersendiri.


      ARTICLE BERKAITAN

Pengalaman Mendaki Gunung Chabang, Perak

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gunung Chabang yang berketinggian 1711 Meter dari aras laut, berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta ini terletak di Pos Slim, Simpang Pulai Perak antara gunung mempunyai tahap kesukaran mendaki yang mencabar fizikal dan mental mungkin disebabkan 75% trek pendakian yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak, grafnya menaik tiada discount dimana tidak banyak melalui trek yang landai dari satu checkpoint ke checkpoint berikutnya.

Walau bagaimana pun pendakian kesini tidak mengecewakan terutama apabila dapat melihat air terjun yang cukup menarik di kaki gunung dan melihat mossy forest di puncak merupakan tarikan utama untuk mendaki disini selain daripada terdapat tinggalan beirut lama yang masih kukuh terdapat di puncak Gunung Chabang.

Mendaki Gunung Chabang, Perak

Klik..klik.klik kedengaran bunyi WhatsApp dari handphone

'Sob minggu depan free tak jom naik gunung ?'Mesej dari Zubir
'Naik gunung mana ? santai-santai nak ar aku ikut, kalau trek hardcore aku malas'
'Jom santai-santai layan Gunung Cabang Sob, aku ingat nak cari waterfall dekat sana sekali, orang cakap air terjun kat kaki Gunung Chabang lawa-lama lepas tu boleh terus naik ke Puncak' Zubir memberi cadangan
'Gunung Chabang dekat mana wei, aku pernah dengar nama gunung ni tapi tak sure kat mana location dia ?' Aku membalas mesej zub
'Dekat Perak wei, dekat ja laluan nak naik pi  Cameron Highland'
'Ohhhh kalau macam tu aku On zubir, daypack ke camping ?' Aku bertanya untuk pengesahan
'Daypack sob, malas nak pikul barang naik puncak nak cari waterfall lagi'
'Ok brother aku On, nanti aku teks lain'

Gerik Silver x Gunung Chabang

Antara perbualan kami merancang pendakian ke sana, seminggu sebelum trips ke Gunung Chabang berlangsung, alang-alang perlu  memandu menuju ke Ipoh kami turut mengajak Geng Kroni Gsoa Ipoh yang lain yang berminat untuk bersama-sama mendaki ke Gunung Chabang. Tak bestlah kalau pewai seorang-seorang, sebab sob tahu macam mana pace Zubir ketika mendaki jadi kena ada ramai geng barulah best layan trek hardcore, bersemangat nak mendaki sampai ke puncak barulah tak lipak separuh jalan.

Lewat malam selepas selesai kerja Sob dan zubir bergerak daripada Gerik menuju ke Ipoh untuk berkumpul dengan dengan Geng Gsoa iaitu Marwan, Fatin dan Botak jadi total semua lineup seramai 5 orang. Sampai ke Ipoh seperti biasa kami lepak dahulu di kedai mamak menunggu hari cerah, keesokan pagi barulah kami semua bergerak carpool bersama-sama menuju ke Pos Slim, Simpang Pulai. Berhenti sebentar di Simpang Pulai untuk bersarapan pagi dahulu di gerai tepi jalan untuk mengisi perut yang rancak berbunyi berkeroncong seterusnya tapau makanan disini terlebih dahulu untuk makan tengahari di waterpoint .

Starting point Pos Slim, Simpang Pulai Perak

Memandangkan kami hanya merancang untuk mendaki secara 'daytrip' jadi kami semua cuba bergerak seawal pagi menuju ke Pos Slim, ini bagi membolehkan dakian boleh dilakukan seawal mungkin kerana pertama kami ingin turun daripada gunung sebelum hari lewat malam dan kedua misi mencari air terjun di kaki gunung mungkin mengambil sedikit masa untuk mencari lokasinya dan ini  akan menambahkan lagi masa pendakian kami semua ke puncak gunung . 

Sedikit info bagaimana cara untuk kesini dan bayaran meletak kereta

Tapak permulaan pendakian yang terletak di Kampung Orang Asli Pos Selim iaitu kira-kira 12 km dari Pekan Simpang Pulai di pinggir laluan utama Ipoh Cameron Highland. Tiada pengangkutan awam khusus yang boleh digunakan untuk kesana, melainkan memandu kenderaan sendiri untuk sampai kesini. Pemanduan daripada Kuala Lumpur mengambil masa 4 jam untuk sampai kesini.

Boleh parkir kereta di kawasan perkampungan orang asli  merupakan kawasan parkir berbayar dan harga yang dikenakan berbeza-beza mengikut pertimbangan Tok Batin. Semasa kunjungan saya dan team, harga yang dikenakan adalah RM15.00 bagi sebuah kereta dimana keselamatan kereta akan dijaga oleh penduduk setempat seperti diberitahu kepada kami semua.

Selain daripada laluan treknya yang agak kejam, mendaki kesini memerlukan kita memikul air  lebih  banyak yang perlu diambil di LWP untuk kegunaan company dan personal bagi trips yang bermalam disebabkan tiada punca air berhampiran Kemsite. Perjalanan masa dari LWP  menuju ke Kem Botak  mengambil masa 1.40 minit lebih bergantung kepada pace masing-masing. 

Disebabkan faktor-faktor berikut kami mengambil keputusan untuk mendaki secara Daytrip jadi lupakan sahaja niat  untuk melihat pemandangan indah  daripada Puncak Botak kerana selalunya mendaki secara daytrip akan sampai agak lewat di Puncak Botak, selalunya pemandangan disitu mungkin ditutup oleh kabus pada waktu petang berbanding trips bermalam di mana awal pagi boleh melihat pemandangan yang jelas tidak ditutupi oleh kabus. Jadi misi utama kami untuk sampai ke puncak melihat keindahan hutan mossy sekali gus menambahkan lagi senarai beirut yang dijumpai di gunung-gunung Negeri Perak

Melalui kawasan rumah orang asli  ini untuk menuju ke laluan kecil 

Setelah selesai urusan parking kereta, tak manis sekiranya masuk ke kawasan rumah orang sekiranya tidak memberi salam terlebih dahulu jadi kami bertemu sebentar dengan orang kampung untuk memberitahu niat untuk mendaki disini, kerana mereka merupakan penduduk asal disini lebih arif selok belok di sekitar kawasan hutan ini dan sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak dijangka berlaku senang untuk mendapatkan bantuan.


Trek menuju ke Gunung Chabang

Seterusnya zubir selaku ketua kumpulan memberi sedikit penerangan mengenai laluan yang bakal dilalui, membaca doa semoga perjalanan dipermudahkan. Lebih kurang 10.00 pagi kami memulakan langkah  mendaki Gunung Chabang, kawasan pertama yang kami perlu lalui adalah perkampungan orang asli dengan jarak sekitar 10-15 minit berjalan. Di tengah perjalanan akan nampak satu simpang kecik, turun dan akan menjumpai anak sungai kecil seberang anak sungai akan berjumpa rumah orang asli  yang dibina dari buluh seterusnya melalui kebun-kebun yang diusahakan oleh penduduk kampung terus sahaja  laluan itu akan membawa ke Gunung Chabang

Air terjun yang cukup menarik ditemui di kaki Gunung Chabang

Kami tidaklah mengikuti 100%  trek asal di awal pendakian, kerana ingin mencari air terjun terlebih dahulu based on GPRS dan map berkemungkinan terdapat beberapa air terjun di sekitar kawasan sungai, alhamdulilah lebIh kurang 2 jam rintis menyusuri  sungai akhirnya jumpa salah satu air terjun di Sungai Slim di ketinggian 700 meter. Mengikut kata Zubir sekiranya kami rintis ke atas lagi berkemungkinan besar akan menjumpai air terjun yang lagi tinggi dan cantik tapi disebabkan kesuntukan masa kerana ingin sampai ke puncak kami memutuskan untuk menuju ke ke trek Gunung Chabang, ini menjadi sedikit masalah kerana kami sudah tersasar dari trek asal jadi usaha untuk kembali mengambil masa 40 minit dimana terpaksa melalui jalan hutan yang semak dan banyak pokok buluh yang tumbang.

Melalui laluan semak dan buluh tumbang

Lebih kurang 40 minit mendaki akhirnya jumpa trek asal, masih tidak boleh menarik nafas lega kerana dari awal-awal lagi kami semua sudah sedia maklum bahawa trek yang bakal dilalui di sini memang akan memenatkan kerana kebanyakan laluan dari satu checkpoint menuju ke checkpoint yang lain treknya agak menaik tidak banyak yang landai selain daripada banyak halangan daripada pokok buluh yang curam di awal pendakian seterusnya melalui trek yang banyak pokok-pokok duri jadi perlu sentiasa berhati-hati. Masa yang di ambil untuk sampai di puncak dari starting point seseorang pendaki memerlukan antara 4-6 jam bergantung kepada kelajuan  pendaki itu sendiri.

Antara cendawan dan kulat yang ditemui, ketika melalui trek menuju ke puncak. 

Gunung Chabang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan hutan hutan gunung, jadi setiap kali sampai ke ketinggian tertentu landscape hutannya juga akan berubah-ubah pokok yang boleh dilihat. Sama seperti hutan-hutan lain di Malaysia disini juga terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan terutama pokok-pokok herba antaranya pokok tongkat ali, kacip fatimah dan sebagainya

Rama-rama yang jinak berterbangan  hinggap di tangan ketika rehat sebentar di last water point

Waterpoint

Corak pendakian yang mencabar fizikal pendaki selain daripada trek yang menaik sampai ke atas, di setengah laluan perlu banyak menunduk di kawasan buluh paling menyakitkan hati laluan trek untuk menuju ke Puncak Botak terdapat banyak duri-duri tajam dari pokok rotan dimana treknya yang agak ditutupi oleh pokok duri dan renek di kiri dan kanan jadi perlu menebas sedikit dan merangkak di setengah laluan. 

Sedikit tips yang bakal mendaki ke sini mungkin boleh memakai glove ketika mendaki, ini sangat penting sentiasalah berhati-hati  ketika berjalan watch your step sekiranya tidak mahu tangan dan badan luka akibat tercucuk atau tersangkut duri-duri tajam.

Berada di Puncak Botak, lebih kurang 3 jam mendaki. 

Tempoh masa diambil dari bawah menuju ke Puncak Botak mengambil masa 4 jam 10 minit. Disini  antara kawasan viewpoint yang agak terbuka jadi berada disini mula  merasai kesejukan altitud tinggi tambahan bila angin kuat bertiup mula terasa seperti mencucuk-cucuk tubuh waktu itu kedinginan menggantikan kehangatan tubuh yang dirasai ketika mendaki tadi.

Kem Botak

Seperti yang telah dijangka keadaan di puncak Botak agak berkabus, jadi tidak dapat melihat pemandangan sekeliling, kami tak bazirkan banyak masa di sana teruskan perjalanan menuju ke Kem Botak  berehat, solat sambil membuat air panas fuhh cukup nikmat ketika minum terutama waktu itu suhu di kemsite agak sejuk cukup memberikan kehangatan yang diperlukan tubuh badan selepas penat mendaki  dan seterusnya  meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Chabang di mana misi utama untuk melihat tinggalan beirut lama di puncak masih belum ditemui.

Keadaan  Kem botak kelihatan agak selesa, mungkin boleh memuatkan lebih 15 orang pendaki dalam satu masa di sekeliling kem lindungi oleh pokok-pokok yang agak rimbun ini penting untuk mengelak daripada tiupan angin sejuk dan hujan, tanah yang keras, tak lecak dan rata tanpa ada akar-akar pokok kayu sangat selesa untuk tidur bermalam setelah penat mendaki


Menuju ke Puncak Chabang

Dari kem Botak menuju ke Puncak Chabang mengambil masa 1 jam dengan keadaan trek yang lebih landai, cuma lebih tanah agak berselut dan basah jadi perlu berhati-hati ketika melangkah sekiranya tidak mahu tergelincir jatuh  terbenam di dalam selut. .

Hutan berlumut di Gunung Chabang

Lebih kurang  40 minit trekking akhirnya sudah mula dapat melihat mossy forest disekitar laluan, subhanallah keadaan mossy forest disini masih dalam keadaan baik dan cukup memikat hati. Suasana ketika itu yang diseliputi kabus dan sejuk memberikan magic yang tersendiri ketika itu, kami hanya berhenti lebih kurang beberapa minit untuk bergambar kenangan sebelum terus ke puncak yang sudah tidak jauh.


Dari jauh kami sudah boleh melihat kelibat beirut yang dicat warna kuning, itu menandakan expedisi kali ini semakin menghampiri penamat. Puncak Gunung Chabang yang berketinggian 1711 Meter  berjaya didaki oleh kami semua, tahniah Team. Penangan trek Gunung Chabang memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendaki tapi apabila berjaya sampai ke puncak  satu kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata.

keadaan di puncak ketika itu agak berkabus dan kurang sinaran matahari disebabkan sudah lewat petang bagaimanapun udaranya cukup nyaman dan selesa. Kami tidak berada lama di puncak lebih kurang 15 minit untuk bergambar seterusnya bersiap-siap untuk turun kembali.

Trek yang agak basah, berselut dan licin memperlahankan sedikit langkah kami untuk sampai ke starting point pada mulanya, langkah berhati-hati perlu diberi perhatian ketika hendak turun kerana setiap akar kayu dan trek yang licin boleh mengundang risiko tergelincir memandangkan hari semakin gelap kami  mempercepatkan langkah dengan lebih pantas dan mengurangkan masa berhenti berehat ini bagi membolehkan kami sampai ke kawasan parkir tidak terlalu lewat malam, lebih kurang 3 jam tracking akhirnya sampai kembali ke kawasan parking cuma lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kampung orang asli kami sepanjang perjalanan kami ditemani dengan bunyi riang-riang yang sangat kuat sekurang-kurangnya dapat memecahkan susana malam yang sepi ketika menurun.


          ARTICLE BERKAITAN

Ekspedisi Trans Jerging - Gunung Suku, Gunung Irau, Gunung Yellow Dan Gunung Pass

$
0
0
Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Trans Jerging memang sangat awesome, once in a lifetime experience! masih terbayang-bayang keindahan hutan mossy yang sangat cantik, pemandangan indah daripada puncak yang terbentang luas, cuaca yang nyaman ketika mendaki membuatkan trips 2h1m mendaki Gunung Suku, Gunung Irau, Gunung Yellow dan Gunung Pass sejauh 18 km +/- antara trips yang cukup segar di dalam Ingatan Sob.

Trans Jerging diberi nama sempena salah satu sungai yang akan dilalui ketika melakukan Trans ini, iaitu Sungai Jerging yang terletak di antara Gunung Suku dan Gunung Irau. Laluan Trans Jerging meliputi empat Gunung di Tanah Tinggi Cameron Highland iaitu Gunung Suku [1797 meter] Gunung Irau [2110 meter], Gunung Yellow [1667 meter] & Gunung Pass [1587 meter]. Keseluruhan jarak pendakian yang dilalui sejauh 18km dimana akan mendaki antara gunung yang cukup terkenal dengan keindahan Hutan Mossy sehingga digelar hutan The Lord of The Ring Malaysia iaitu Gunung Irau yang menduduki tempat ke-9 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia

Ekspedisi Trans  Jerging- Hutan Lumut yang tersembunyi.

'Bila orang tanya dekat Cameron Highland apa best ?'

Orang lain : Ladang strawberry, Nasi Lemak Strawberry, Aiskrim Lavender, ladang Teh Boh, Pasar Malam Brinchang,  jagung manis dekat Kea Farm dan macam-macam lagilah
Sob : Trans V1, Trans V2, Gunung Irau, Gunung Siku,  Gunung Yong Belar, Trans Jerging, Camping dekat Kem Pauh senang cakap semua benda yang melibatkan aktiviti outdoor.

Bagi kaki hiking sekiranya ditanya apa yang menarik di Cameron Highland mungkin kebanyakannya akan memberikan jawapan yang sama, iaitu mendaki gunung ganang disini untuk menikmati keindahan Banjaran Titiwangsa. Tambahan pula Trans Jerging antara trips yang paling ditunggu-tunggu sob, apatah lagi selalu diberi tahu oleh rakan-rakan pendaki yang pernah mendaki ke sini Trans Jerging disifatkan antara lokasi yang menawarkan pemandangan mossy forest yang cukup cantik selain daripada suhu di Cameron Highland itu yang sejuk dan nyaman membuatkan sob teringin mendaki di sini lagi selepas kali terakhir ketika melakukan Trans V1 beberapa tahun yang lepas

Sebelum terlupa, terdapat 2 pilihan untuk melakukan Trans ini sama ada secara Dayhike atau Camping 2h1m / lebih santai 3h2m, semuanya bergantung kepada stamina pendaki itu sendiri mungkin disebabkan trans ini tidak banyak mempunyai waterpoint jadi kebanyakan pendaki lebih suka melakukan secara Dayhike.

Menggunakan perkhidmatan Transport Cameron - Abang Shahrul

Bagaimana untuk ke Starting Point

  • Terdapat dua laluan untuk melakukan Trans Jerging sama ada mula mendaki mula  daripada Gunung Suku dan berakhir di Gunung Pass atau sebaliknya. 
  • Kebanyakan pendaki akan parking kereta di tepi jalanraya highway Simpang Pulai, starting point Gunung Suku [N4.555596, E101.322949] untuk naik dan turun melalui Gunung Pass [N4.592698, E101.354465] landmark signboard selamat datang ke Cameron Highland, Pahang Darul Makmur simpadan Negeri Perak dan Pahang.


Exit Point Trans Jerging

Sedikit tips, disebabkan pernah berlaku beberapa kejadian  dimana  tingkap kereta pendaki dipecah oleh pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mencuri barang-barang berharga di dalam kereta yang ditinggalkan di tepi jalan tanpa jagaan, untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku kepada  kereta anda semua yang ingin mendaki ke sini bolehlah parking kereta di Masjid Lojing, Kelantan dan sewa perkhidmatan transport untuk membawa dan mengambil selepas selesai melakukan pendakian.

Epilog Trans Jerging bermula

Selepas Pulang daripada kerja, selesai packing barang-barang keperluan untuk mendaki seterusnya bergerak daripada Gerik menuju ke Kuala kangsar untuk bertemu lineup yang lain di Simpang Pulai untuk berkumpul dan bergerak bersama-sama menuju ke Masjid Lojing, cuaca pada malam itu berkabus sejuk dan berangin kuat sepanjang perjalanan menuju ke Tanah Tinggi Cameron harapnya hari tidak hujan pada awal pagi keesokan harinya, pastinya tidak seronok memulakan pendakian dalam keadaan basah dan sejuk. 

Setelah sampai ke Masjid Lojing, kami membahagikan ration dan barang keperluan berkhemah seterusnya parking kereta di kawasan yang telah ditetapkan dan tepat pukul 4 pagi transport yang disewa untuk membawa kami semua sampai dan seterusnya bergerak ke lokasi permulaan mendaki.

Berehat Sebentar perjalanan menuju ke puncak pertama iaitu puncak Suku

Trek Gunung Suku yang Pacak
Hari Pertama

Lebih kurang 20 minit menaiki powil dari Masjid Loging, kami sampai kilometer ke 32 km dari Tol Simpang Pulai dimana itu merupakan starting point untuk memulakan pendakian ke puncak pertama  trans jerging iaitu Gunung Suku. Terlebih dahulu menunaikan solat subuh, seterusnya ketua kumpulan memberi sedikit penerangan mengenai laluan yang bakal dilalui sepanjang trans ini berlangsung, membaca doa semoga perjalanan mendaki dipermudahkan Insyaallah.

Alhamdulilah cuaca pada pagi itu berpihak kepada kami semua, dimana awalnya cuaca yang kelihatan seperti mahu hujan lebat tetapi sebaliknya berlaku dimana langit tidak mengalirkan sebarang air jadi trek yang dilalui tidaklah terlalu lecak dan basah. Laluan trek untuk mendaki kelihatan jelas daripada starting point sehingga ke puncak Suku tidaklah begitu semak dimana  tidak mempunyai banyak laluan yang boleh mengelirukan pendaki  berbanding laluan menuju ke Gunung Irau. Cuma cabaran sebenar mendaki disini ialah jalur pendakiannya  hampir 75 peratus pacak dan mencanak naik, senang cakap dari satu checkpoint menuju ke checkpoint yang lain semuanya perlu mendaki tidak melalui jalan yang landai tambahan pula dengan membawa barang bercamping memang menguji stamina untuk mendaki disini.


Tempoh masa untuk sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit mendaki secara santai jaraknya 3km lebih daripada 18km yang bakal dilalui, tapi sekiranya mendaki secara dayhike mungkin tempoh masa diambil adalah berbeza. 

Gunung suku treknya agak curam dan pacak menaik sampai ke puncak, di awal pendakian banyak melalui trek yang berakar-akar dimana stepnya seperti tangga, di pertengahan perjalanan pula akan menjumpai satu kawasan rehat permatang seterusnya punca air kecil ketika hampir sampai ke puncak tipu  akan melalui sedikit kawasan hutan mossy dan mendaki lebih kurang 10-15 minit akan sampai ke puncak sebenar.

Puncak Gunung  Suku [1797 meter]

Alhamdulilah lebih kurang 2 jam 30 minit mendaki akhirnya sampai juga ke puncak suku, trek yang cukup mempewaikan diri tapi pastinya akan dirindui selalu. Sebenarnya target utama kami untuk pendakian hari pertama  ialah untuk bermalam di Gunung Irau jadi masih jauh perjalanan yang harus ditempuh. Berehat lebih kurang 30 minit di puncak, seterusnya makan breakfast yang telah ditapau  di Warita untuk menambah tenaga dan menyambung perjalanan menuju ke Kem Bear dimana itu merupakan satu-satunya punca air sepanjang Trans Jerging

Cuaca pada waktu itu sangat cantik dimana langit kebiruan, tambahan pula daripada puncak boleh kelihatan pemandangan sekeliling  Banjaran Titiwangsa yang kehijauan cukup memberi satu perasaan yang menyenangkan setelah penat mendaki. sekiranya pemandangan di puncak tidak litupi kabus dan cuaca yang cerah boleh melihat dengan jelas kelibat Gunung Yong Belar, Gunung Korbu Gunung Chabang, Gunung Irau dan Gunung Gayung . Di puncak juga terdapat kesan tanah runtuh, jadi sentiasa berhati-hati dan jangan duduk terlalu dekat berhampiran kawasan tanah runtuh.


Perjalanan menuju ke Kem Bear

Daripada Puncak Suku laluan yang bakal dilalui tidaklah sebegitu memenatkan kerana banyak menurun dan melalui laluan yang landai cuma cabaranya di awal menurun akan melalui laluan trek tikus yang tidak begitu jelas jadi agak penting disini berjalan rapat dengan partner masing-masing supaya tidak sesat. Selain itu kita akan selalu bongkok, sedikit merangkak-rangkak serta tunduk ini akan menjadi sedikit cabaran bagi yang membawa beg besar untuk seimbangkan badan, selain itu banyak melalui kawasan celah-celah akar kayu dan pokok jadi tongkat mendaki tidak diperlukan disini boleh disimpan di dalam beg 


Sepanjang perjalanan menuju ke Kem bear,  boleh melihat pemandangan gunung-ganang dari jauh  di kiri dan kanan dan yang lebih mengagumkan apabila disajikan dengan kehijauan lumut selain itu boleh juga menjumpai pelbagai kulat dan cendawan yang beraneka warna yang cukup menarik. kami mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih untuk sampai ke kemsite, dengan pace pendakian santai maklumlah kebanyakan yang mengikuti trips ini memang geng mendaki santai compress, kadang-kadang di punya santai tu sampai tak nak ke puncak 😄

Sungai kecil di tepi Kemsite Kem Bear.

Terdapat sungai kecil di sebelah kemsite, disini boleh mengisi semula bekalan air minuman atau air company di sini secukupnya terutama yang ingin bermalam di puncak Gunung Irau kerana tidak akan ada sumber air yang dekat akan ditemui sehingga keluar pendakian. 

Memandangkan kami sampai ke Kem Bear agak lewat dimana di pertengahan perjalanan hujan turun dengan lebat masing-masing pace mulai perlahan-lahan melangkah kaki untuk bergerak, berada di ketinggian 1400 meter sememangnya cuaca sejuk dan berkabus. Masing-masing mula kesejukan apabila terkena tiupan angin kesan air hujan membasahi kami semua, jadi semua sepakat untuk bermalam di Kem Bear memandangkan perjalanan ke puncak Irau masih jauh dan keesokan harinya akan bergerak seawal mungkin untuk meneruskan pendakian.

Bermalam di Kem Bear, mungkin pilihan terbaik selain dekat dengan sumber air untuk memasak dan membersihkan diri, cuma yang rugi mungkin akan terlepas moment indah melihat pemandangan matahari terbit dari puncak Irau. Keadaan kem bear agak besar boleh memuatkan lebih 30 orang pendaki pada satu masa, cuma keadaan permukaan kemsite tidak rata dan berakar. Paling penting jangan lupa membawa ubat nyamuk kerana disini memang banyak agas.

Our chef Tikah, Nunia dan Teacher Ainbie

Selalu berpegang kepada prinsip 'pikul seperti hamba makan seperti raja'tambahan trips kroni petualang GsOA dan G2K2 jadi menu untuk makan malam dan sarapan pagi tersangatlah meriah dengan pelbagai pilihan masakan daripada keropok lekor, tomyam sehingga mengambil inspirasi menu yang cukup popular dijual  di  pasar malam Cameron Highland iaitu cendawan celup tepung bergoreng, makan pula ketika panas-panas dengan cuaca nyaman di tengah hutan rimba sambil mendengar bunyi-bunyi alam, tambahan pula perut yang sedang lapar sememangnya cukup menyelerakan.

📷 Abang Azam, Saiful, Wan, Harzin, Kudu, Kama, Tikah, Ainbie, Nunnia, Sob, Zubir, Botak, Mirul, Ros, Apit, Helmi and geng !

Trips kali ini, agak istimewa kerjasama erat sahabat petualang bermula daripada urusan permit, guide, transportation, peralatan camping dan ration semuanya dilakukan bersama di antara Persatuan pendaki Kuala Kangsar [G2K2] dan Gerik silver outdoor Adventure [gsoa] dengan kekuatan lineup seramai 19 orang. Secara official Trans Jerging ini diberi nama Trans Jeng..Jeng..jeng oleh kami semua.

Lokasi wajib untuk bergambar setiap pendaki sekiranya melakukan Trans Jerging, pokok ini digelar Pokok Jerging.

Mendaki Gunung Irau - Hidden Mossy Forest
Hari kedua

Selepas siap sarapan pagi, masak packed lunch dan simpan kembali barang-barang camping kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Irau antara gunung yang cukup terkenal dikalangan pendaki kerana keindahan Hutan Mossy Kurang dari setengah jam perjalanan dari Kem Bear kita akan melalui  puncak palsu yang cukup cantik digelar Rock Garden oleh para pendaki disini  kelihatan banyak pokok-pokok bonsai yang indah yang tumbuh di tebing. Kebanyakan pendaki tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar disini, cuma perlu berhati-hati kerana pokok bongsal terletak di tepi tebing yang agak curam.

Berehat sebentar dan regroup, sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak Irau


Perjalanan ke Puncak Irau mengambil masa lebih 2 jam, cantiknya pemandangan Hutan Mossy di sepanjang trek menuju puncak tidak dapat diucapkan dengan kata-kata, cantik dan terjaga. Dengan keadaan suhu yang sejuk di kawasan tanah tinggi membuatkan cukup ramai pendaki Malaysia gemar mendaki di sini. Cuaca yang sejuk, kabus kelihatan di setengah laluan ketika melalui di bawah pohon-pohon mossy menghasilkan satu  panorama yang cukup indah terutama melihat air embun menitik di  sekitar lumut memang menarik perhatian  untuk dinikmati ketika mendaki.

Akan menjumpai satu kawasan mossy yang berwarna putih ketika menuju ke Gunung Irau

Trek menuju ke Gunung Irau pula menjadi semakin menaik dan sesekali perlu menurun, pada mulanya trek yang kering tidak berlecak tapi semakin tinggi mendaki keadaan trek berubah lembab dan berselut terutama di kawasan laluan Mossy. Teruskan mendaki sehingga sampai ke kawasan Simpang untuk meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Yellow dan Gunung Irau, dari sini menuju ke Puncak Irau hanya 10 minit perjalanan dimana laluanya agak berselut ketika dipijak

Mudah untuk menjumpai Periuk kera ketika menuju ke Puncak Gunung Irau

Puncak Gunung Irau [2110 meter]

Menduduki tempat ke-9 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia berada di kelas yang tersendiri antara gunung  di Semenanjung Malaysia berketinggian lebih daripada 2100 meter termasuk Gunung Batu Putih [2131 meter] Gunung Benum [2107 meter] dan Gunung Gerah [2103 meter]

Pemandangan daripada Puncak Irau

Pemandangan daripada Puncak Irau yang berketinggian 2110 Meter cukup mengagumkan dan ini merupakan puncak yang tertinggi perlu dilalui sepanjang Trans Jerging, pemandangan breathtaking Banjaran Titiwangsa dari sini boleh melihat dengan jelas terutama puncak G7. Walaupun tidak berpeluang melihat pemandangan matahari terbit dari puncak tapi apabila dapat melihat pemandangan jelas Banjaran Titiwangsa kami semua sudah cukup berpuas hati.

Gunung Yellow - Kem Bunian yang Cantik

Tidak lama kami semua berada disini kerana kerana mengejar masa, kerana ada yang bekerja pada keesokan harinya jadi harus turun secepat mungkin. Selepas selesai makan lunchpack yang dimasak di Kem Bear kami terus meneruskan perjalanan menuju ke puncak berikutnya iaitu Gunung Yellow. Bermulalah satu perjalanan yang panjang dan memenatkan, setelah banyak tenaga dihabiskan untuk menuju ke Puncak Irau, graf pendakian yang dilalui banyak turun dan landai. Boleh kelihatan batu-batu simpadan Pahang-Perak di laluan walau bagaimanapun keletihan mendaki akhirnya terbayar apabila mula melalui kawasan mossy forest yang cukup cantik terutama di Kem Bunian, lebih cantik daripada hutan mossy yang terdapat di Gunung Irau sehingga digelar secret mossy forest.

Kami berehat sebentar disini untuk melepaskan penat seketika, seterusnya meneruskan perjalanan  menuju Puncak Gunung Yellow. Kenapa kawasan ini digelar Kem Bunian mengikut kata guide ini merupakan antara kemsite atau checpoint untuk para pendaki berehat sebelum meneruskan perjalan tapi yang menariknya tempat ini selalu bersih dan terjaga walaupun tak ada orang selalu datang kesini.

Perjalanan menuju Gunung Yellow mengambil masa 3-5 jam bergantung kepada pace pendaki itu sendiri.

Gunung Yellow yang berketinggian 1667 meter merupakan puncak ketiga yang berjaya didaki ini bermakna hanya tinggal lagi satu puncak iaitu Gunung Pass sebelum berjaya menamatkan trans kali ini. Digelar Gunung Yellow mungkin disebabkan nama itu diambil daripada warna tanah yang berwarna kekuningan. Separuh daripada kawasan Gunung Kuning telah dijadikan sebagai kawasan Ladang dan ini merupakan kawasan tanah persendirian. Ada beberapa kes dimana pendaki tercedera atau ada hal kecemasan dan keluar menggunakan laluan ini

Gunung Yellow [1667 meter] & Gunung Pass [1587 meter].

Pewai dan barai menuju ke Gunung Pass

Hari semakin gelap ketika menuju ke Puncak Pass yang berketinggian 1667 mater, masa ini boleh dikatakan kebanyakan lineup sudah mula letih-letih badan setelah sehari penat berjalan memikul load dan ada diantara kami sudah mula merasa kekejangan kaki ini perkara biasa sekiranya mendaki dalam satu tempoh masa yang panjang dan jauh. Merupakan antara laluan yang paling panjang perjalanan anggaran masa mendaki lebih dari 5 jam dalam Trans Jerging dimana graf pendakianya ada menarik sekejap menaik, menurun dan juga landai.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi 'pantang hiker malaya berundur kecuali tebing maut menanti di hadapan' perlahan-lahan kami tetap  meneruskan perjalanan selangkah demi selangkah, berbekalkan dengan cahaya lampu headlamp di kepala. Suasana malam ketika itu senyap, sekali sekala tiupan angin malam yang sejuk menghembus ke badan kami semua dan kegelapan malam menemani sepanjang perjalanan sehingga sehingga sampai ke jalan keluar di Signboard selamat datang ke Cameron Highland. Rehat sebentar disini sambil memasak air panas untuk membancuh air kopi panas sangat enak pula dimakan bersama biskut lutut, untuk mengalas perut yang sudah mula berkeroncong minta diisi tenaga kembali, sementara menunggu powil datang menjemput kami semua untuk membawa kembali ke Masjid Lojing.

Alhamdulilah misi yang dirancang, berjaya dilaksanakan bersama-sama dengan sahabat petualang 'ada rezeki Trans Jerging kita berjumpa lagi untuk melengkapkan misi yang seterusnya jeng..jeng..jeng! Insyallah



       ARTICLE BERKAITAN

Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak

$
0
0

Terletak di dalam kawasan Lawin, Air Terjun Lata Taman mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berada di lokasi yang jarang dimasuki oleh pengunjung  air terjun ini tidaklah begitu popular, mungkin hanya dilawati oleh penduduk setempat sahaja. Sama ada anda pernah dengar atau tidak di sungai Air Pulau terdapat satu tarikan semulajadi yang tersergam indah dan mempesonakan iaitu Air Terjun Lata Taman.

Yang menariknya selain daripada keindahan air terjun itu sendiri, kawasan  sungai yang mengalir jernih daripada Hutan Simpan Bintang ini juga terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang boleh ditemui. Sepanjang perjalanan sob dan rakan-rakan menyusuri aliran sungai  memberikan satu perasaan adrenaline yang menyeronokkan kepada kami semua dimana boleh menikmati keindahan panorama hutan hijau yang indah serta melihat aliran air sungai yang jernih dan bebas daripada pencemaran yang terdapat di kawasan ini.

Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak

Air sungai yang jernih ini mengalir daripada Hutan Simpan Bintang Hijau dan dipanggil sebagai Sungai Air Pulau. Tempoh masa yang diambil dengan menaiki motor lebih kurang 40 minit untuk sampai ke kemsite utama dan sekiranya berjalan kaki daripada starting point di Felda Lawin Utara mungkin mengambil masa 2 jam perjalan sehala dimana perlu melalui jalan kebun getah terlebih dahulu, seterusnya laluan balak yang sedikit berbukit dan seterusnya trek landai sehingga sampai ke kemsite. 

Laluan untuk menuju ke air terjun daripada kemsite tidaklah terlalu sukar, terdapat 2 pilihan sama ada menyusuri sungai sehingga sampai ke lokasi air terjun atau boleh melalui jalan darat iaitu mengikuti trek balak yang sudah lama ditinggalkan.

Air sungai yang jernih dan mendamaikan.

Secara peribadi, boleh gelarkan ‘our hidden beautiful river’ aliran air sungai yang cukup bersih dan jernih kelihatan masih banyak anak ikan bermain-main di permukaan air, kawasan hutan di sekitar sungai yang masih terpelihara, disini ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuhan paku pakis, pokok herba, kulat, orked yang menarik boleh ditemui.

Trips ke Air terjun Lata Taman selama 2h1m ibarat trips lepas rindu kepada bau hutan dan stress setelah lama menjalani perintah kawalan pergerakan akibat pandemic covid yang melanda negara kita serta seluruh dunia, semoga tak lama lagi wabakini akan berakhir dan kita semua akan menjalani kehidupan seperti biasa kembali

Pemandu arah untuk trips santai ini ialah Masta Oda dari team @natural_hiker dan kekuatan lineup seramai 6 orang, terima kasih oda kerana menjemput saya bersama-sama untuk meneroka salah satu lagi lokasi indah di Lawin Perak! It really amazing experience! great combination between camping and adventure to spend another weekend with amazing team.


Hari Pertama

Perjalanan untuk sampai ke kemsite dengan menaiki motor selama, 40 minit, disini terdapat beberapa kawasan tanah yang rata yang sesuai dijadikan kemsite semuanya berdekatan dengan sumber air, senang cakap berhadapan sungai. Bayangkan camping sambil mendengar bunyi air sungai yang mengalir, bunyi kicauan burung, serangga dan dikelilingi kawasan hutan yang menghijau cukup memberikan  ketenangan setelah lama berkurung di rumah.

Setelah sampai kami membersihkan tapak kemsite yang sudah mulai semak  ditumbuhi oleh anak-anak pokok kecil, ini mungkin disebabkan sudah lama tiada orang yang datang kesini seterusnya mendirikan khemah untuk bermalam, bersiap-siap menyediakan barang untuk memasak makan malam dan seterusnya aktiviti yang paling ditunggu iaitu mandi sungai sehingga menggigil kesejukan. Terasa sejuk sehingga ke tulang apabila mandi disini, cukup menyegarkan apabila air sungai terkena di tubuh badan tambahan pula arus sungai yang mengalir airnya agak jernih dan tenang

Hasil tangkapan ikan dengan menjala pada sebelah malam, alhamdulilah rezeki alam tidak tidak pernah mengecewakan bolehlah dijadikan menu tengahari esok sebelum keluar.

Hari pertama aktiviti santai sahaja seperti menjala ikan, memancing dan mandi sungai. Pada sebelah malam aktiviti masak-masak dan keesokannya harinya baru akan pergi ke waterfall Lata Taman yang mungkin mengambil masa 2-3 jam perjalanan daripada lokasi kami bermalam. Kami memilih untuk menuju ke air terjun dengan cara menyusuri sungai kerana sepanjang sungai ini sangat cantik dan sangat rugi sekiranya tidak diexplore sepenuhnya

Selamat pagi, hari kedua sebelum bergerak menuju ke waterfall sediakan sarapan terlebih dahulu. Nikmat apa yang anda dustakan make a breakfast with this view, owh men it's amazing experience

Menu pagi by Chef  Dean, menu sihat katanya makan salad-salad kome ☺

Setelah siap breakfast, kami semua bersiap-siap untuk bergerak menuju ke air terjun Lata Taman. Actually agak excited maklumlah setelah berbulan stay at home, finally dapat keluar sebentar untuk beriadah memang menyeronokkan. Kami memilih untuk pergi ke air terjun dengan cara untuk menyusuri sungai sehingga menjumpai air terjun yang dicari. One of the best moment yang sob dan kawan-kawan jumpa ketika menuju ke Air Terjun Lata Taman secara tidak sengaja kami berselisih dengan burung enggang dalam 4 ekor yang kelihatan berpasangan dari jarak yang sangat dekat, bayangkan burung enggang itu tidak terbang  hanya duduk di situ lebih kurang 4 minit, satu keterujaan melihat burung enggang liar bebas berterbangan dari jarak yang dekat.

Selain itu di sepanjang jalan ke air terjun akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan renek, kulat, cendawan, pohon menjalar dan rama-rama yang boleh ditemui di tepi-tepi sungai. Pemandangan yang indah dapat dilihat ketika menyusuri sungai, pokok-pokok besar dan kedengaran bunyi aliran air sungai di sepanjang perjalanan cukup memberikan ketenangan. Laluan trek yang agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian, cuma kena sentiasa berhati-hati ketika melangkah kerana mungkin setengah trek yang di lalui agak licin dan berisiko untuk jatuh. Pakai kasut yang sesuai terutama menyusuri sungai kerana ada di setenga kawasan batu agak licin dan arus sungai agak deras.

Air Terjun Lata Taman, tidaklah terlalu besar tapi cukup istimewa dan indah.

Di sini terdapat berapa air terjun kecil yang boleh ditemui, tapi air terjun yang paling besar yang boleh ditemui  digelar sebagai  Air Terjun Lata Taman. Air terjun di sungai ini tidaklah terlalu tinggi seperti Air Terjun Tanjong Kala atau Air terjun Lata Cermin tapi apabila melihat sendiri di depan mata air terjun yang di tengahnya terdapat batu bulat yang besar sehingga menghasilkan jatuhan air terjun yang terbelah dua, cukup menggetarkan jiwa bagi mata yang memandang terutama apabila percikan air-air terkena tubuh badan ia memberikan satu perasaan yang menyegarkan.

Lebih kurang 30 minit mandi manda di bawah air terjun serta bergambar seterusnya bergerak pulang ke kemsite untuk mengemas barang-barang camping dan keluar ketika itu agak mengejar waktu kerana cuaca mulai gelap dan kelihatan tanda-tanda akan hujan lebat. Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.00 petang kami semua lineup berjaya keluar dengan dengan selamat.


    ARTICLE BERKAITAN
Viewing all 94 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>